Umno Blogger Directory

Daily Archives: March 8, 2014

Sekitar Malam Muhabbatur Rasul

Program yang berjalan dengan lancar dan jayanya dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat memenuhi Stadium Darul Aman. Dato Seri Mukhriz bersama-sama rakyat dari awal sehingga akhir program.

Hadir sama ialah Dato Mufti Negeri Kedah yang juga berada bersama dari mula hingga akhir.

Dendangan nasyid-nasyid berkumandang kedengaran yang juga disiarkan melalui TV AlHijrah.  Kehadiran yang amat memberangsangkan menunjukkan bahawa rakyat Kedah sangat teruja untuk bersama-sama program seperti ini.

Semoga diberkati.

Disiarkan gambar-ambar sekitar program tersebut.

IMG_7813

IMG_7772 IMG_7773

IMG_7774 IMG_7778 IMG_7779 IMG_7780 IMG_7781 IMG_7782 IMG_7783 IMG_7784 IMG_7785 IMG_7786 IMG_7788 IMG_7794 IMG_7795 IMG_7797 IMG_7798 IMG_7805 IMG_7806 IMG_7803


Mukhriz Mahathir
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Rafizi ke Nurul ke Saifuddin … Khalid tetap MB kah kah kah …

Anwar Ibrahim mengumumkan beberapa nama bagi menggantikan dirinya sebagai calon dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang.

Ini susulan hukuman lima tahun penjara yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan terhadap Anwar hari ini setelah didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan kira-kira enam tahun lepas.

Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata terdapat beberapa nama sedang dipertimbangkan oleh parti itu antaranya rakan yang rapat dengan Anwar sendiri.

Sg Rapat Online

Dari segi undang-undang, Anwar tak boleh buat apa….

************

Fasal (1)(e) Bab LXIV, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan bahawa seseorang itu hilang kelayakan untuk dipilih sebagai ADUN, sekiranya dia telah disabitkan dengan suatu kesalahan jenayah dan dihukum penjara tidak kurang dari 1 tahun atau denda tidak kurang dari RM2,000.

Fasal (3) Bab LXIV, memberi pengecualian kepada mana-mana orang yang sedang menjadi ADUN. Menurut Fasal (3), sekiranya mana-mana ADUN disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman yang menghilangkan kelayakannya dan dia mengemukakan rayuan dalam tempoh 14 hari terhadap sabitan dan hukuman itu, maka kehilangan kelayakan itu tidak mula berkuatkuasa sehinggalah rayuan itu dibereskan.

Walau bagaimanapun, Fasal (4) Bab LXIV memperuntukkan bahawa:

“Fasal (3) tidaklah terpakai bagi maksud pencalonan atau pemilihan mana-mana orang ke DUN dan bagi maksud itu, kehilangan kelayakan hendaklah mula berkuatkuasa daripada tarikh sabitan dan hukuman”

Sekiranya Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan pihak pendakwaan dan mensabit serta menghukum Anwar Ibrahim melebihi 1 tahun penjara atau denda melebihi RM2,000 sebelum tarikh penamaan calon PRK Kajang, Anwar hilang kelayakan untuk mengemukakan kertas pencalonannya semasa proses penamaan calon, berdasarkan peruntukkan Peraturan-peraturan Pilihanraya (Perjalanan Pilihanraya) 1981.

Sekiranya sabitan dan hukuman itu berlaku selepas tarikh penamaan calon tetapi dalam tempoh yang masih dibenarkan untuk memfailkan petisyen pilihanraya (30 hari daripada tarikh keputusan PRK Kajang diwartakan), pemilihan Anwar boleh dicabar melalui petisyen atas alasan hilang kelayakan. Sekiranya petisyen pilihanraya itu berjaya, kerusi DUN Kajang kembali kosong.

Sekiranya sabitan dan hukuman berlaku selepas tamat tempoh yang dibenarkan untuk memfailkan petisyen pilihanraya, maka pengecualian dalam Fasal (3) adalah terpakai. Anwar boleh kekal menjadi ADUN sehinggalah rayuannya dibereskan.

************

Hmmm … Rafizi atau Nurul atau Saifuddin? Tak tolak Wan Azizah yang nampaknya terpaksa dikekalkan sebagai Presiden PKR.

Anwar kata Kajang move tetap kekal dan dia akan pantau Selangor walaupun dia bukan MB kah kah kah ….

Pasal ada sokongan dari …, maka ianya meyakinkan Khalid untuk tandatangani perjania air dengan kerajaan persekutuan. Senyum lebar Khalid masa tandatangan. 

Baca sini hint hingt ….

Mimpilah anwar …. masuk penjara dan diam-diam.
The Unspinners
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Copyright © 2013. All Rights Reserved.