Daily Archives: March 11, 2014
Pray for MH370
Assalamualaikum
Seperti yang ramai sudah sedia maklum akan berita kehilangan pesawat MAS – MH370.
Kelab UMNO Luar Negara memohon agar mendoakan keselamatan para penumpang dan krew pesawat MH370, serta memudahkan kerja kerja mencari dan menyelamat yang sedang giat dijalankan.
Di minta Kelab-kelab UMNO di seluruh negara mengadakan solat hajat.
Allah Ta’ala berfirman,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ
“Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) shalat.” (QS. Al-Baqarah: 153)
Laman Rasmi Kelab UMNO Luar Negara
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.
Chew Mei Fun ada hubungan sulit dengan suami orang?
Siapa lelaki di sebelah Chew Mei Fun dalam gambar yang kabur di atas ini? Adakah ini lelaki yang sedang di perkatakan tentera siber RBA dan PKR (Dajjal) sebagai suami orang yang ada hubungan sulit dengan calun BN di PRK Kajang?
Gambar ini sedang tersebar dalam Whats App PKR dan RBA. Hanya sedang dikarang cerita untuk merosakkan reputasi Chew Mei Fun yang berikrar meletakkan jawatan jika Chua Soi Lek menang. Ketika itu, baru terdedah skandal seks Soi Lek dengan kekasihnya di Hotel Katarina Batu Pahat.
Pasukan Unspinners telah menyiasat dengan bersungguh dan syukur dapat dikesan di mana gambar yang begitu innocent mahu di gunakan sebagai fitnah oleh tentera siber RBA dan Dajjal.
Rupanya hanya gambar Chew Mei Fun sedang menziarahi dan melawat penduduk Kajang.
Tentera RBA dan Dajjal memang jahat sekali. Chew Mei Fun yang cemerlang tapi hanya kalah di PJ Utara pada PRU11 kerana Tsunami pertama cina.
Baca sepenuh latarbelakang Chew Mei Fun di SINI
The Unspinners
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.