Daily Archives: March 19, 2014
POYO SAKAN..!!! SIMPTOM “SEMUA AKU TAHU”…
Budak kat atas ni memang glemer kat youtube. Dan saya nak ulas sikit pasal video kat atas ni…
Dah tengok video kat atas tu? Saya setuju dengan Mat Luthfi dalam video kat atas ni. Saya nak tanya, korang pernah ke berdepan dengan orang yang macam budak Luthfi ni kata? Pernah? Saya pernah…
Pada saya, orang macam yang bersifat seperti yang dikatakan dalam video tu saya namakan “POYO”. “Hebat” bebbbb..!!! Semua dia tahu. Cakap je..sebut je isu apa… semua dia tahu! Memang champion betul la orang macam tu…heh!
Saya ada cerita yang agak menarik tentang orang macam tu… heh! Meh saya ceritakan. Perkara ni benar-benar berlaku di satu tempat yang dirahsiakan. Saya ketawa besar masa kawan saya cerita perkara ni..
Begini…
Kami ada seorang kawan yang memang poyo macam yang diceritakan dalam video kat atas. Dia serba tahu. Semua dia tahu. Sampai benda yang dia tak tahu langsung pun dia kata dia tahu.. Memang poyo habis!
Satu hari tu, berlaku PRK di satu kawasan ni. Kawan saya yang poyo ni bertugas sebagai “Ketua Jentera”. Dia ada budak-budak bawah dia. Selalunya, dia kerah budak-budak ni bekerja. Tapi dia lepak kat homestay dan sekali-sekala keluar ke Command Centre (paw pemimpin yang datang!).
Satu hari, kawan baik saya datang jumpa kawan saya yang poyo tu. Dia saja nak test kawan saya yang poyo tu…heh! Kawan baik saya tanya “hangpa tak pi tengok ke Mahfuz nak mai bagi ceramah kat padang tu? Aku dengar Mahfuz nak ceramah sakan kat situ malam ni”…
Kawan saya yang poyo tu jawab, “Ya ka? Betoi ka? Okay… nanti aku suruh budak-budak aku pi tengok ceramah Mahfuz tu.. mana la tahu dapat maklumat baguih dok ada..” Kawan baik saya tersengih, “jarum dah masuk”… katanya…
Malam tu, budak-budak kawan saya yang poyo tu pun pergi la ke padang “tapak ceramah” Mahfuz tu… tunggu punya tunggu punya tunggu… jangankan Mahfuz, lampu pun takdak.. gelap gelita kat area tu…
Lebih kurang 4 jam tunggu kat situ, budak-budak tu blah balik. Depa bagitau la Ketua depa yang poyo tu takdak apa-apa pun berlaku kat padang tu….heh!
Paling best, malam tu brader poyo tu terjumpa kawan baik saya. Brader poyo tu kata…
“Bro.. aku dah suruh budak aku pergi tengok ceramah Mahfuz tu.. tapi depa cancel la ceramah tu bro… bro nak tahu kenapa? Sebab aku awal-awal lagi dah buat black ops. Bila Mahfuz dapat tahu, terus dia cancel ceramah tu.. menjadi betul black ops aku.. Mahfuz pun tak jadi ceramah!”
Perggghhh..!!! Bangga betul budak poyo tu… nak tahu cerita sebenar?
Ceritanya, kawan baik saya tu saja “test” brader poyo tu. Memang sebenarnya takde ceramah pun kat situ. Kawan saya saja buat cerita sebab nak tengok perangai poyo brader tu. Kawan baik saya tu selalu jadikan sikap “poyo” brader tu sebagai bahan hiburan dia nak gelak! Heh!
Paling poyo, brader tu sempat tipu lagi bebbb! Black ops??? Kah! Kah! Kah! Kononnya pasal black ops dia maka Mahfuz tak jadi datang buat ceramah. Kiranya Mahfuz takut la pada black ops dia tu.. kononnya black ops dia hebat dan menjadi! Heh!
Brader… takde ceramah pun sebenarnya. Apahal pulak yang nak buat black ops? Black ops apa yang dibuat kalau takde ceramah pun? Hahahahaaa..! Wayang kuat niiiii… poyo habisss..!!! Hahahahaaaa…
Kami sekadar kawan je dengan brader tu sebenarnya. Tak rapat pun. Brader tu pun dah balik negeri dia. Mungkin meneruskan kepoyoan dirinya. Saya harap dia berubah dah sekarang ni. Doakan je la yang terbaik untuk dia… dia pun manusia jugak, kan?
Sebab tu saya setuju dengan Mat Luthfi kat dalam video tu… korang camana? Ada experience kawan dengan orang macam tu? Haru biru wooooo… heh!
THE DUKE’S BLOG
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.
PANAS DAN SENSASI !! NAJWA LATIF MENGAMUK BESAR.?
ITULAH antara luahan hati penyanyi kecil molek yang baru hendak meningkat remaja ini tentang apa yang terjadi pada konsert sambutan ambang tahun 2014 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur malam tadi.
Dengan kehadiran para demonstran-demonstran dari pihak pembangkang, Najwa Latif meluahkan isi hatinya di dalam laman twitternya @NjwaLatif tentang konsert yang sepatutnya berlangsung dengan aman tetapi tiba-tiba bertukar huru-hara dengan kehadiran peserta demo guling kerajaan di atas pentas.
Bukan setakat mengganggu perjalanan majlis, malah ada juga beberapa penonton wanita yang diraba oleh para perusuh hingga menakutkan orang ramai.
Baca lagi di Jawa Bernam
Anak Jati Malaya
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.