Umno Blogger Directory

Daily Archives: April 17, 2014

AKHLAK KARPAL LEBIH MULIA DARIPADA NUAR BRAHIM, KATA PAK BRAHIM ALI..KEH..KEH!!

KHAMIS, 17 APRIL 2014

Apabila Ketua Pembangkang, Nuar Brahim menyifatkan negara telah kehilangan seorang individu yang amat berdedikasi, dan rakyat Malaysia pula kehilangan seorang pejuang kebebasan yang berani dan mulia juga menyifatkan Karpal sebagai seorang wira bagi seluruh rakyat didalam negara ini. Tapi, bagaimana dengan diri beliau (Anwar) sendiri? Dalam hal ini, IBM amat bersetuju dengan apa yang disuarakan oleh Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali bahawa mendiang Karpal telah memberikan sumbangan besar dalam mewarnakan politik Malaysia. Beliau turut merasakan kehilangannya. Akhlaknya lebih mulia daripada Anwar Ibrahim. Beliau adalah antara ahli Parlimen yang selalu bertengkar dengan Karpal Singh di Parlimen.

Satu perkara yang buat beliau hilang hormat kepada Karpal ialah bila mendiang tidak menghormati agama Islam dengan mengatakan ‘langkah mayat dia dulu sebelum Malaysia jadi negara Islam/atau laksana Hukum Hudud’. Sikap ini amat melampau, tidak hormat agama Islam. Mendiang dikatakan pejuang keadilan,tapi tidak menghormati keadilan dlm Islam. Mendiang juga double standard. Itu pandangan ikhlas dari Datuk Ibrahim Ali. IBM pula beranggapan, disebalik keangkuhan, ego dan kedegilanya, Karpal masih mempunyai sikap-sikap yang masih boleh dihormati dan mempunyai budi bicara, tidak seperti Nuar Brahim yang amat-amat mementingkan diri sendiri demi kepentingan politik pribadi beliau.

Tapi, apabila Karpal masih menentang akan perlaksaan hukum Hudud serta tidak mengiktiraf negara ini negara Islam dan perkataan beliau “langkah mayat kami dahulu jika nak laksanakan Hudud dan negara Islam” membuat IBM hilang hormat terhadap beliau kerana mendiang Karpal telah menghina Islam. PAS pula diam membisu. Kesimpulanya, Karpal Singh lebih mulia dan jauh lebih baik daripada Anwar Brahim.  Setuju dengan pandangan Datuk Ibrahim Ali.Takziah kepada keluarga mendiang ~ IBM

“TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA”

Aku Sayang UMNO dulu, kini dan selamanya (Perjuangan yang belum selesai )
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Kelantan yakin hudud dapat dilaksana

KOTA BHARU 16 April – Kerajaan Pas Kelantan hanya memerlukan sokongan 112 Ahli Parlimen ketika usul rang undang-undang persendirian dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat nanti. Timbalan Menteri Besar, Datuk…
Utusan Online – Politik
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Kit Siang persalahkan ESSCOM lepas disogok pengusaha resort

Dalam kejadian yang berlaku pada 4 April lalu membabitkan seorang pelancong dari China dan seorang pekerja resort dari Filipina. Motif penculikan itu adalah wang. Sehubungan dengan itu, pihak berkuasa telah menahan beberapa orang pekerja asing di resort berkenaan untuk membantu siasatan.

Kebanyakan resort di Sabah terutama membabitkan pulau-pulau terpencil adalah milik orang Cina. Kebanyakan peraturan yang telah dibuat oleh pihak berkuasa, dilanggar dan tidak dipedulikan oleh pengusaha-pengusaha resort tersebut. Antara lain termasuklah menyediakan pengawal keselamatan bersenjata yang mengawal resort.

Bagaimanapun, kegagalan mereka untuk menanggung kos keselamatan, dipindahkan kepada pihak keselamatan apabila mendesak agar PDRM, ESSCOM dan ATM menjadi pengawal keselamatan mereka secara percuma dan boleh diherdik sesuka hati.

Begitu juga dengan larangan pengambil tenaga kerja asing tak berpermit, turut mendapat bantahan daripada penguasaha-pengusaha resort berkenaan. Mereka tidak sahaja menyalahkan kerajaan kerana enggan berkompromi dalam hal tersebut, sebaliknya mendakwa tindakan tersebut akan menyebabkan mereka kerugian besar.

Apabila berlaku penculikan dan pencerobohan lanun, mereka segera menyalahkan pihak berkuasa kerana tidak bertindak mengawal resort mereka. Dan untuk menambahkan tekanan, mereka menggunakan khidmat DAP dan PKR seperti yang dilakkan oleh Chun Cai, pengusaha Sipadan-Mabul Lodge yang menyediakan kemudahan bot dan penginapan untuk Lim Kit Siang sepanjang dia melawat Esszone.

Itu jugalah yang dikatakan oleh Lim Kit Siang apabila dia menyalahkan sepenuhnya ESSCOM dan mencerca peraturan-peraturan yang diberikan dalam menguatkuasakan keselamatan untuk pengunjung-pengunjung resort-resort berkenaan.

Baca sepenuh di Selangor Chronicle SINI
The Unspinners
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Copyright © 2013. All Rights Reserved.