Daily Archives: May 5, 2014
AMBOI! KONFIDEN BETUI NAMPAKNYA KHALID GAGAP NI
ISNIN, 5 MAY 2014

Mengenai harapannya menjelang pemilihan parti peringkat Selangor pada 11 Mei ini, Abdul Khalid berkata, beliau mempunyai harapan tinggi, berikutan negeri itu mempunyai jumlah ahli PKR paling ramai, iaitu melebihi 170,000 orang. “Selangor merupakan negeri yang akan menjadi penentu kerana mempunyai lebih 170,000 ahli PKR, selain Sabah yang mempunyai lebih 90,000 ahli,” katanya. Abdul Khalid juga bakal dicabar bekas Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam bagi jawatan Ketua Cabang Kuala Selangor dalam pemilihan itu] - Ehsan dari : Antarapos

Selain dari itu, IBM difahamkan, Khalid gagap akan ditentang oleh Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam bagi jawatan Ketua Cabang Kuala Selangor. Ini berat juga. Bagaimana kalau Khalid tewas dan tumbang d peringkat Cabang? Adakah beliau akan terus berhasrat bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR?. Setakat ini apa yang kita ketahui, bahawa si Azmin masih mendahului Khalid dan Saifuddin, tapi, Khalid gagap tetap yakin dan konfiden Azmin akan tersungkur di dalam pemilihan PKR di Selangor.
Khalid juga begitu yakin bahawa sebahagian daripada 170,000 ahli PKR yang berdaftar di Selangor akan memenangkan beliau sekali gus menewaskan Azmin dan Saifuddin. Hehehe…begitu yakin nampaknya si Khalid ni. Apapun, kta ni sebagai orang luar, tengok je lah. Menang ke kalah ke Khalid, apa yang kita dapat? Yang penting pada PRU ke-14 yang akan datang ni. Pastikan negeri Selangor kita rampas kembali dari Pakatan Rakyat (PR). UMNO-BN boleh!! Wasallam ~ IBM
“TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA”
Aku Sayang UMNO dulu, kini dan selamanya (Perjuangan yang belum selesai )
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.