MYKMU.NET: DEMI SEBUAH PERJUANGAN
PARTI KELUARGA ROSAK
MYKMU.NET
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.
Pakatan Kecewa Tak Dapat Campurtangan Dalam JAIS?
Baru-baru ini Khalid Ibrahim dikecam hebat dalam beberapa isu yang melibatkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Kita tahu betapa dominannya DAP dalam pemerintahan pakatan pembangkang di Selangor. Dalam banyak perkara keputusan seolah-olah bergantung kepada “kelulusan” DAP.
Setiap kali isu melibatkan pihak Kristian dan JAIS maka pemimpin DAP akan lantang bersuara menuntut bermacam-macam perkara walaupun ianya jelas melanggar Perlembagaan Negara dan Negeri Selangor.
Hakikatnya Islam merupakan agama rasmi negara dan ianya dilindungi dalam Pelembagaan Malaysia, perkara 11(4) yang melarang penyebaran agama-agama lain kepada umat Islam. Dan Sultan Selangor pula merupakan Ketua Agama Islam di Selangor. Dengan itu pihak kerajaan Selangor tidak boleh sewenang-wenangnya campurtangan dalam urusan JAIS melalui penasihat agama Islam Selangor iaitu MAIS.
Khalid sebagai Exco Agama Islam Selangor tidak mempunyai banyak kuasa untuk mengganggu gugat perjalanan JAIS, MAIS dan Sultan Selangor sebagai Ketua Agama Islam. Perkara ini menjadi duri dalam daging bagi kerajaan Selangor yang dikuasai oleh DAP.
Perkara ini telah cuba dijelaskan oleh Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim. Pihak yang cuba menjatuhkan Khalid dalam PKR juga turut menggunakan isu ini untuk “menghentam” beliau. Sesungguhnya kerajaan negeri Selangor tidak ada kuasa ke atas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) jika badan kerajaan itu mengambil tindakan ke atas orang Islam di Selangor.
JAIS hanya perlu memberitahu saja kerajaan negeri dan exco apabila mahu mengambil tindakan kepada orang bukan Islam tetapi tiada kuasa langsung jika membabitkan orang Islam. Ini antara perkara yang turut dilaporkan laman web rasmi kerajaan negeri Selangor itu.
Isu tindakan dua penguatkuasa JAIS menahan empat individu yang didakwa melakukan khalwat ketika semua mereka sedang sibuk berkemas untuk berpindah rumah turut dipersoalkan walaupun kerajaan pakatan Selangor tiada hak. Dalam kejadian pada 22 Jun lalu, Hanisha Abdul Rahman, 29, ditahan bersama pemandu, Muhammad Mukamil Nordin dan dua pekerja lain selepas dipantau selama lima minit. Ketika tangkapan dilakukan, Hanisha sedang berada di dalam rumah bersama dua kakitangan yang juga rakan serumah sementara Muhammad berada di luar. Hakikatnya lelaki dan perempuan tidak boleh menjadi rakan serumah.
Dalam isu ini DAP perlu menerima hakikat bahawa mereka tidak boleh campurtangan dalam isu yang melibatkan agama Islam dalam Selangor. Walaupun begitu isu murtad dan kitab Injil versi bahasa Melayu telah menjadi modal politik mereka. Pemantauan yang lebih tegas perlu dilaksanakan ke atas DAP yang dilihat seolah-olah cuba memanipulasikan isu yang cukup sensitif ini. Kita amat khuatir perkara ini akan mendorong kepada cetusan tragedi 13 Mei yang kedua.
Oleh itu kita mahu kerajaan bertindak lebih tegas menangani mereka yang cuba bermain dengan sentimen yang cukup sensitif. Apa yang termaktub dalam Perlembagaan Negara dan Jus Soli Ketuanan Melayu perlu dipelihara demi keamanan negara.
MYKMU.NET
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.
KERAJAAN SERIUS TANGANI MASALAH PENGEMIS DAN GELANDANGAN DI KUALA LUMPUR – Ku Nan
Merujuk kepada masalah gelandangan dan pengemis yang masih berterusan di ibukota Kuala Lumpur, Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) memandang serius mengenai perkara ini dan ingin menjelaskan beberapa perkara iaitu:
Masalah gelandangan telah menyumbang terhadap masalah kebersihan di Kuala Lumpur khususnya lokasi-lokasi tumpuan pengunjung/pelancong. Mereka tidur di tempat-tempat yang tidak sesuai di sekitar bandaraya Kuala Lumpur dalam persekitaran yang tidak bersih dan terdedah kepada penyakit berjangkit.
Manakala golongan pengemis pula kebanyakannya meminta sedekah di hadapan kompleks perniagaan, tepi-tepi jalan dan sebagainya. Kedua-dua faktor ini bukan sahaja menyumbang kepada masalah kebersihan, malah turut menyumbang pelbagai masalah lain seperti sosial; keselamatan; menjejaskan imej Kuala Lumpur dengan pandangan kurang elok jika dilihat oleh pelancong. Menurut siasatan oleh pihak berkuasa, didapati terdapat sindiket yang beroperasi membawa golongan ini untuk mengemis di ibukota terutamanya di kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai. Mengemis juga seolah-olah telah dijadikan sebagai satu kerjaya yang mendatangkan hasil yang lumayan. Malah, terdapat diantara pengemis yang pernah ditahan oleh pihak berkuasa menginap di hotel-hotel berdekatan dengan tempat mereka mengemis;
Bagi tahun 2013, operasi bersepadu yang dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengangkut sejumlah 965 orang gelandangan dan didapati 125 orang daripada mereka adalah pendatang asing . Pada tahun 2014 (sehingga Mei) sejumlah 117 orang gelandangan telah berjaya diangkut menerusi operasi bersepadu yang dijalankan dan didapati 21 orang daripada mereka adalah pendatang asing.
Masalah gelandangan ini menjadi semakin rumit apabila mereka mempunyai kumpulan masing-masing yang menguasai kawasan tertentu. Masalah timbul apabila mereka berebut kawasan dan berlaku pergaduhan diantara mereka;
Antara faktor yang menyumbang kepada masalah gelandangan ialah tiada pekerjaan, miskin, masalah mental/kemurungan,/penyakit melarat, warga asing tiada pekerjaan, ketidakupayaan mengurus diri, ditinggalkan keluarga serta penagihan dadah/arak/bekas banduan dan warga emas.
Kawasan “Hot Spot” masalah gelandangan di Kuala Lumpur ialah Mydin Kotaraya; Masjid Negara; Central Market; Menara Maybank; Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Masjid India, Jalan Tiong Nam (Chow Kit), Jalan Silang, Masjid Jamek, Bank Negara, Bulatan Sultan Mohamad dan Dataran Merdeka.
Antara pendekatan strategik yang akan dilaksanakan bagi menangani masalah gelandangan ialah Pelaksanaan Zon Sifar Gelandangan iaitu 2.0 KM Radius bermula daripada Simpang Empat Lot 10. Pemilihan kawasan ini adalah berasaskan kepada aspek tumpuan pelancong, kawasan perniagaan dan berada di pusat Bandar Kuala Lumpur.
Tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan di kawasan ini dengan mengenakan denda dan bayar serta merta (terhadap mereka yang memberi makanan dan derma) serta melaksanakan proses “pungutan” terhadap gelandangan dan pengemis yang berada di kawasan berkenaan.
Pihak DBKL juga akan melaksanaan Perundangan Di bawah PBT di mana penggubalan undang-undang kecil akan dilaksanakan yang memberi kuasa kepada pihak DBKL untuk mengangkut golongan gelandangan dan pengemis yang berada di 2.0 km radius dan menyerahkan kepada pihak yang berwajib untuk tindakan selanjutnya seperti PDRM, Imigeresen; Jabatan Kebajikan Masyarakat; AADK dan pihak-pihak lain yang berkenaan.
Di samping itu, Kementerian Wilayah Persekutuan akan bekerjasama rapat dengan Agensi Kerajaan yang lain serta NGO-NGO yang berkaitan secara bersepadu bagi mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) untuk memastikan masalah ini dapat ditangani secara berkesan.
Sehingga kini, pihak DBKL telah mengenalpasti 12 NGO yang aktif memberi makanan kepada golongan gelandangan ini mengikut hari dan waktu serta lokasi popular pengagihan makanan seperti Pasar Seni; Dataran Kota Raya; Stesen Bas Klang, Masjid India; Masjid Negara; Bangkok Bank, Jalan Tun HS Lee; Kota Raya; Pudu Sentral; dan Swiss Garden Hotel, Jalan Pudu.
Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) bersama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan mengenalpasti pusat pengagihan makanan yang sesuai supaya NGO terbabit dapat meneruskan aktiviti sukarelawan serta menderma makanan kepada golongan ini. Usaha ini juga mampu mengurangkan masalah kekotoran yang akan timbul akibat pembuangan sampah oleh golongan berkenaan. Pemilihan lokasi ini juga akan mengambil kira daripada aspek kesampaian yang mudah kepada golongan gelandangan ini.
KWP bersama dengan DBKL akan mengenalpasti lokasi yang sesuai bagi penempatan golongan ini iaitu dengan menyediakan bangunan seperti konsep “Anjung Singgah” yang akan menyediakan beberapa kemudahan untuk golongan gelandangan seperti:
Menyediakan makanan yang berkhasiat secara percuma dan pihak NGO juga dialu-alukan untuk menyumbang makanan di pusat pengumpulan golongan tersebut;
Menyediakan tempat rehat dan tidur bagi memberikan keselesaan dan keselamatan kepada golongan ini;
Menyediakan pusat rawatan kesihatan bagi memastikan tiada masalah penyakit berjangkit akan tersebar oleh golongan ini;
Menyediakan pusat pendaftaran bersepadu yang akan merekod perihal golongan ini dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat termasuk maklumat diri, waris dan sebagainya;
Menyediakan kemudahan riadah, mendobi pakaian dan sebagainya untuk kesihatan dan kekemasan diri; dan
Menyediakan perkhidmatan kaunseling dan membantu mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian.
Justeru, saya ingin menafikan sekeras-kerasnya bahawa kerajaan bertindak zalim dan tidak berperikemanusiaan, sebaliknya tindakan tersebut adalah bagi membantu golongan gelandangan dan pengemis ini dengan kehidupan yang lebih baik dan sempurna melalui perkhidmatan yang disediakan di ‘Anjung Singgah’.
Usaha-usaha yang dilaksanakan ini juga adalah bagi memastikan keselesaan dan kesejahteraan warga kota sentiasa terpelihara serta aktiviti-aktiviti sindiket mengemis dapat dibanteras.
Saya menghargai segala usaha murni yang dilaksanakan oleh NGO-NGO yang terlibat dan Ketua Setiauasaha Kementerian Wilayah Persekutuan akan mengadakan perbincangan bersama dengan NGO-NGO ini pada hari Selasa (8 Julai 2014) bagi menetapkan lokasi yang bersesuaian supaya pengagihan makanan dan bantuan-bantuan lain dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna.
Sekian, terima kasih.
Tengku Adnan Tengku Mansor
MYKMU.NET
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.
PEMBANGKANG, MAJLIS PEGUAM DAN COMANGO “MERAMPAS” MKPN (NUCC)
Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad
Jika ada satu keputusan yang saya buat dalam beberapa bulan lepas yang semakin terbukti bahawa ia adalah betul, ianya adalah keputusan saya untuk menolak tawaran untuk menjadi Pengerusi Majlis Konsultansi Perpaduan Negara (MKPN) atau lebih dikenali dalam Bahasa Inggerisnya sebagai National Unity Consultative Council (NUCC). Saya menolak tawaran itu kerana saya khuatir saya akan menjadi alat untuk memanjangkan tuntutan-tuntutan pihak-pihak tertentu yang senentiasa mencari peluang untuk menguatkan kedudukan mereka dengan menghakiskan hak-hak orang Melayu dan anak-anak negeri Sabah dan Sarawak dan kedudukkan agama Islam, sambil mengekalkan hak-hak mereka. Saya takut kiranya saya akan menjadi “pengkhianat” kepada bangsa Melayu dan agama Islam. Saya berbuat demikian sebelum saya mengetahui komposisi dan nama ahli-ahli MKPN.
Apabila saya melihat komposisi dan nama ahli-ahli MKPN, saya lebih yakin bahawa keputusan saya itu adalah betul. Besar kemungkinan MKPN akan menjadi saluran untuk pihak-pihak yang mendokong program parti-parti pembangkang, terutama sekali DAP dan PKR (manakala PAS, seperti biasa akan menurut sahaja) dan ahliahli Melayu/Islam tidak akan dapat mempertahankan kedudukan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan, malah ada yang tidak akan mempertahankannya kerana fahaman mereka yang “liberal” itu. Ahli-ahli yang terdiri daripada anak-anak negeri Sabah dan Sarawak, terutama sekali yang beragama Kristian, yang kurang senang denagn orang Melayu/Islam di Semenanjung kerana isu kalimah Allah, juga akan bersekongkol tanpa menyedari bahawa hak-hak mereka juga akan terhakis.
Siapakakh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang dan Polisi MKPN? Pengerusinya ialah YB Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen PAS Parit Buntar dan Timbalan Pengerusinya ialah Encik Lim Chee Wee (LCW), bekas Presiden Majlis Peguam. Dato’ Dr. Mujahid adalah seorang pemimpin PAS dan LCW adalah mantan Pengerusi Majlis Peguam. Saya katakan bahawa Kerajaan melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), secara senghaja atau tidak, sedar atau tidak, telah menyerahkan tugas menetapkan dasar (polisi) dan menyediakan draf rang-rang undang-undang berikut kepada pembangkang:
1. Racial and Religious Hate Crime Billl;
2. National Harmony and Reconciliation Bill; and
3. National Harmony and Reconciliation Commission Bill.
Mengapa saya kaitkan Majlis Peguam dengan pembangkang? Semua orang tahu pendirian Majlis Peguam mengenai politik tanahair. Terus terang saya katakan bahawa Majlis Peguam menyebelahi dan menyokong Pakatan Rakyat, terutama sekali DAP dan Keadilan. Tidak perlu saya menghabiskan ruang untuk menurunkan fakta-fakta untuk menyokong kenyataan ini. Walau bagaimana pun saya akan cerita satu peristiwa yang berlaku semasa saya menjadi Ketua Hakim Negara.
Seleps PRU12, Majlis Peguam mengadakan Majlis Makan Malam Tahunannya. Untuk menjaga hubungan baik di antara Badan Kehakiman dan Majlis Peguam, saya hadir. Majlis itu tak ubah seperti majlis menyambut kemenangan parti-parti pembangkang. Antara lain, Dato Ambigar, Presiden Majlis Peguam berkata, “Akhirnya pengundi-pengundi telah matang….” (Soalan saya: Adakah pengundi hanya matang apabila mereka mengundi pembangkang, khususnya DAP dan Keadilan?) Encik Cecil Rajendra, peguam-penyair dari Pulau Pinang itu, menulis sebuah puisi memuji peguam-peguam yang memenangi pilihanraya atas tiket DAP dan Keadilan. Sebelum membaca puisinya, beliau memanggil mereka naik ke pentas dan mengisytiharkan mereka sebagai “Our heroes”. Itulah majlis rasmi Majlis Peguam yang menjemput Ketua Hakim Negara sebaga dif kehormat! Saya berfikir sama ada hendak meninggalkan majlis itu atau tidak, tetapi kerana tidak mahu membuat heboh, saya sabar juga. (Mungkin itu salah satu kelemahan orang Melayu: Orang Melayu terlalu sensitive terhadap perasaan orang lain sehingga orang lain tidak perlu sensitive terhadap perasaan mereka.)
Saya difahamkan bahawa LCW dan Andrew Khoo (Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam dan seorang aktivis COMANGO) terlibat dalam menyediakan draf ketiga-tiga rang undang-undang itu. Malah saya percaya bahawa firma guaman merekalah yang membuatnya. Naskah awal yang saya terima melalui email tertera kata-kata “Prepared by Bar Council”. Saya juga membandingkan kedua-dua set rang-rang undang-undang itu. Banyak peruntukan kedua-dua set itu serupa, seksyen demi sekyen.
Apa salahnya jika pembangkang dilantik menjadi Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa itu? Ia bererti, paling kurang, bahawa setelah BN berhempas pulas untuk memenangi PRU 13, ia mengketepikan pengundi-pengundinya untuk mengambil hati pembangkang. Jika demikian untuk apa penyokong-penyokong BN terutama sekali UMNO berkerja keras untuk memberi kemenangan kepada UMNO dan BN? Pembangkang pula tidak perlu berkerja keras untuk menang, sebab jika ia kalah sekalipun ia akan dapat menyerapkan rancangannya untuk dilaksanakan juga.
Apa salahnya jika Majlis Peguam yang menggubal draf awal? Saya katakan, apabila diberi peluang Majlis Peguam semestinya akan menggubal seperti yang dikehendakinya, sesuai dengan kehendak parti-parti yang disokongnya ia itu DAP dan Keadilan.
Hal seperi ini pernah berlaku semasa saya menjadi Ketua Hakim Negara. Majlis Peguam telah menggubal Rang Udang-Undang Pelantikan Hakim-Hakim. Draf itu dibawa kepada Perdana Menteri (pada masa itu) oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (pada masa tu), Dato Zaid Ibrahim. Kerana ia melibatkan Badan Kehakiman, saya diberi satu salinan. Ringkasnya, mengikut draf itu Suruhanjaya itu akan menentukan siapa yang akan dilantik menjadi Hakim dan siapa yang akan naik pangkat sehingga menjadi Ketua Hakim Negara. Dalam draf Majlis Peguam itu, majoriti ahli-ahli Suruhanjaya itu adalah peguam-peguam. Ertinya penguampeguamlah yang akan menentukannya. Saya membantahnya. Antara lain, saya berkata: “Jika Rang Undang-Undang ini diluluskan, Hakim-Hakim akan melutut kepada peguam-peguam.” Akhirnya, rang undang-undang itu dipinda dan peruntukan mengenai ahli-ahli yang terdiri daripada peguam-peguam dikeluarkan.
Tidakkah kita belajar dari kesilapan itu? Atau, dalam hal ini, adakah ia disengajakan, cuai, atau kerana tidak atau tidak dapat berfikir?
Saya difahamkan bahawa LCW, bersama-sama Christopher Leong (Presiden Majlis Peguam ) dan Andrew Khoo telah pun turun padang untuk mempromosikan agenda mereka.
Seperti yang ditegaskan oleh MKPN, rang-rang udang-undang itu berada di peringkat rundingan. Walaupun ia masih di peringkat rundingan, soalan saya ialah mengapa pembangkang, termasuk Majlis Peguam dan COMANGO diminta, dibenarkan, dibiarkan untuk menetapkan dasar dan menggubalnya, sedangkan mereka mempunyai agenda sendiri?
Mengikut amalan biasa, apabila Kerajaan hendak membuat sesuatu undangundang, Kerajaan (Kementerian atau Jabatan) akan terlebih dahulu membuat keputusan-keputusan dasar. Selapas itu Kementerian/Jabatan akan mengarahkan Jabatan Peguam Negara (melalui pegawai-pegawainya di Kementerian atau Jabatan itu.) Tugas Peguam Negara adalah untuk menggubal seperti yang dikehendaki oleh sesuatu Kementerian atau Jabatan. Mengapa amalan itu tidak diikuti?
Dalam hal ini, adalah amat menghairankan mengapa jawatankuasa itu bukan sahaja diberi tugas untuk mendraf rang-rang undang-undang, tetapi juga untuk menetapkan dasar mengenainya. Peguam Negara pun tidak tidak diberi tugas seperti itu.
Perlu ditegaskan bahawa saya tidak menentang pihak pembangkang dirunding mengenai rang-rang udang-undang itu. Tetapi, janganlah sampai menyerahkan penentuan dasar dan penggubalan kpada mereka. Mereka tentu sekali akan menetapkan dasar akan menggubal mengikut kehendak mereka. Ini kita dapat lihat daripada kandungan draf rang-rang undang-undang terebut.
Kerajaan BN, terutama sekali UMNO dan juga PAS akan bertanggungjawab jika undang-undang itu diluluskan dan ia akan menghakis hak-hak orang Melayu dan kedudukan agama Islam. Pemimpin-pemimpin anak negeri Sabah dan Sarawak juga tidak akan terlepas daipada tanggungjawab itu.
(Bhagian Kedua akan membincang peruntukan-peruntukan rang-rang undangundang itu)
[email protected]
www.tunabdulhamid.my
29 Jun 2014
MYKMU.NET
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.
El Nino: Bersediakah Rakyat Selangor?
El Nino; cuaca panas melampau dijangka bakal melanda negara tidak lama ini. Mengikut kajian, kebarangkalian ianya melanda Asia Tenggara ialah 70%, dan Malaysia termasuk ke dalam ruang lingkup itu.
Apa yang menakutkan, ia dijangka berlarutan selama 6 bulan dengan keadaan panas melampau yang dikhuatiri membawa kepada kesan-kesan pada tahap kesihatan rakyat.
Selangor baru sahaja selesai menghadapi karenah politik dan ketidakupayaan urustadbir yang menyusahkan sekelian rakyat di Lembah Klang apabila terpaksa mengharungi detik-detik tanpa air dalam meniti kehidupan seharian.
Sejauh mana kerajaan negeri berkebajikan mampu untuk mengharungi gejala El Nino nanti? Yang pasti, penggunaan air diperlukan lebih dari biasa berikutan cuaca panas ini. Lebih dari apa yang diperlukan sewaktu pesta catu air di Selangor tempoh hari.
Imbas kembali pengalaman kita sewaktu 1998, yang penulis percaya masih lagi berlegar-legar di minda semua. Rungutan dari segenap lapisan masyarakat.
Panas dan terik memerlukan kita meningkatan pengambilan air minuman, serta keperluan untuk mandi atau membersihkan tubuh badan adalah lebih kerap dari biasa.
Persekitaran yang kering juga boleh mengakibatkan kebakaran hutan, yang akhirnya membawa kepada jerebu. Maka, kerap-keraplah membasuh muka dan meminum air yang banyak untuk mengelakkan sebarang masalah kesihatan. Lagi air yang diperlukan.
Air juga merupakan agen terpenting yang bakal digunakan sekiranya ada hutan-hutan yang terbakar kelak.
Ketika keperluan terhadap air meningkat, fenomena El Nino ini membawa kepada situasi di mana sejatan air berlaku di kawasan tadahan air. Empangan-empangan bakal dilanda penurunan kadar simpanan air, satu situasi yang telah dijadikan alasan oleh kerajaan negeri untuk mengelakkan mereka dipersalahkan dek permainan politik tanpa sempadan baru-baru ini.
Apa plan kerajaan negeri untuk menghadapi El Nino nanti? Penulis difahamkan bahawa beberapa kawasan lombong telah dikenalpasti sebagai berpotensi untuk membekal air kepada pengguna.
Bukankah air lombong mempunyai kadar logam berat yang tinggi yang boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan pengguna? Siapa yang boleh memastikan ianya selamat? Kali terakhir penulis percaya dengan kenyataan Menteri Besar adalah sewaktu “konsultan” mereka membuat kajian bahawa kononnya krisis air Selangor hanya akan berlaku pada 2019!
Di bawah ini adalah contoh bekas lombong yang dahulunya bersih dan dijadikan tempat rekreasi di Puchong, kini dipenuhi sampah sarap. Kalau ini pun tidak mampu dijaga oleh kerajaan negeri, apa jaminan bahawa bekas lombong lain mampu dijaga tahap kandungan airnya?
Sebagai tambahan, cuaca panas juga meningkatkan kes penyakit sensitif iklim seperti taun, demam denggi dan malaria. Serangan penyakit vektor ini bukanlah sesuatu yang asing di Selangor.
Kritikalnya sumber air bersih tidak boleh dipertikaikan lagi. Apatah lagi pada saat keperluan meningkat, dalam keadaan keupayaan menyediakannya menurun, tentu sahaja bakal membawa pelbagai musibah.
Tiba-tiba penulis teringat beberapa bulan yang lalu apabila seorang sahabat dari United Kingdom berkata “I am very confused as to why Selangor could face this crisis.” “You should not have that kind of crisis since your country receives a heavy rain throughout the year”.
Malu siooottt…
MYKMU.NET
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.
Jerangkong Pakatan Rakyat
MYKMU.NET
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.
Pertukaran MB Terengganu Bukti Kehebatan Najib Banding Dengan Anwar
SEBETULNYA, apa pun kesudahan krisis politik Terengganu ini, satu yang pasti ialah Datuk Seri Najib Tun Razak adalah seorang pemimpin politik yang jauh mendahului Anwar Ibrahim dari segala segi.
Kurang-kurang, Najib sudah berjaya tukar Menteri Besar yang tak perform dengan orang lain, sementara Anwar masih terkial-kial nak selesaikan masalah Menteri Besar Selangor yang kononnya bijak bab duit tapi tak bijak menguruskan negeri.
Tak perform jugalah tu.
Soal ada berlaku krisis dan sebagainya, itu soal lain, yang penting dari sudut itu (tukar Menteri Besar), Najib sudah berjaya, berbanding dengan Anwar.
Yang terdaya Anwar lakukan ialah cipta satu insiden kononnya dia kemalangan kecil malam tadi. Retak tangan kanan kononnya, tapi masih mampu posing atas katil hospital. Selama penulis hidup, baru ini kali pertama penulis dengar orang yang retak tangan kanan kena baring atas katil hospital. Biasanya lepas bandage, dah boleh balik.
Takat itu sajalah lakonan politik Anwar, masalah yang berlambak dalam PKR tu, haram dia tidak cuba untuk selesaikan. Kalau 4 tahun dulu pemilihan huru hara, 4 tahun kemudian, pemilihan masih huru haralah, malah lebih teruk pulak lagi.
Pemuja Anwar patut lihat perbezaan kedua pemimpin ini. Polemik, krisis dan sebagainya, semua ini menguji kehebatan pemimpin dalam menyelesaikan masalah dan ini telah terbukti waima dalam lipatan sejarah negara kita yang tidak berapa nak panjang ini pun.
Tun Dr. Mahathir contohnya, beliau tidak mungkin jadi Perdana Menteri yang hebat kalau tidak kerana menghadapi, mengendali dan menyelesaikan pelbagai krisis politik/kepimpinan sepanjang 22 tahun memimpin negara dan mengetuai UMNO.
Dari pertukaran 3 Timbalan Perdana Menteri, UMNO diharamkan dan sebagainya, semua ini menjadikan Mahathir sebagai seorang manusia yang diakui sebagai hebat hari ini.
Najib juga sedang meniti aral yang sama, dalam proses menjadikan beliau seorang pemimpin dan ketua yang matang. Tak patutlah dalam beliau cuba menyelesaikan krisis di Terengganu ini, ada pihak yang mengambil kesempatan dengan mempertikaikan kewibawaan beliau.
Jangan lupa, berbanding dengan Anwar yang lebih gemar menyapu masalah kebawah karpet, Najib berhadapan dengan masalah dan berusaha menyelesaikannya walaupun tahu ada sedikit sebanyak implikasi yang boleh menggugat kepimpinan beliau.
Pertukaran Menteri Besar Terengganu ini adalah manifestasi kepada kejayaan Najib melakukan sesuatu yang tidak mungkin Anwar mampu lakukan sepanjang hidupnya.
Jadi, krisis politik yang berlaku di Terengganu ini, walaupun singkat dan tidak berlarutan, telah membawa implikasi yang besar kepada ‘keagungan’ Najib sebagai pemimpin, berbanding Anwar yang hanya tahu berlakon pandai memimpin.
Hakikatnya, nak tukar satu Menteri Besar pun tak terbuat sampai sekarang. Tahan dia sengaja sengaja kosongkan kerusi DUN Kajang kononnya nak selesai kemelut MB Selangor ni, tapi sampai sekarang, apa pun takdak.
MYKMU.NET
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.