Daily Archives: April 12, 2014
Pantau agensi umrah elak jemaah tertipu
KEBELAKANGAN ini dilaporkan berlaku banyak kes penipuan terhadap jemaah umrah di negara kita.
Terbaru lebih 100 jemaah umrah dilaporkan terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang selepas agensi terlibat gagal menyediakan penerbangan yang dijanjikan.
Akibatnya kebanyakan jemaah yang berasal dari Perak, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang terpaksa pulang hampa apabila agensi yang menguruskannya yang beribu pejabat di Alor Setar itu gagal menunaikan janji mereka.
Ironinya, ini bukanlah kes pertama seumpama ini yang berlaku di negara kita.
Sebelum ini, kes seperti itu sering dilaporkan oleh media, namun ternyata ia belum menemui titik noktah apabila masih ada agensi yang sanggup menipu demi meraih keuntungan wang ringgit tanpa belas kasihan.
Misalnya, Oktober lalu, sebuah agensi pelancongan didakwa memperdaya kira-kira 1,200 jemaah umrah dari seluruh negara melibatkan kerugian berjumlah hampir RM4.8 juta.
Penerbangan mereka ditunda beberapa kali dan jemaah juga gagal menuntut kembali wang mereka.
Oleh kerana kes seperti ini dilihat terus berlaku, kita berharap pihak berkuasa campur tangan dan bantu mengatasi masalah ini agar tidak ada lagi bakal jemaah umrah diperdaya oleh agensi yang tidak bertanggungjawab.
Dalam hal ini, agensi yang berkaitan seperti Lembaga Tabung Haji, Kementerian Pelancongan dan polis perlu bergabung tenaga mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah tersebut.
Pastikan semua agensi berdaftar dengan Lembaga Tabung Haji.
Semua agensi yang menyediakan perkhidmatan ini perlu dipantau secara berkala dan konsisten.
Pihak berkuasa perlu memastikan operasi mereka berada di landasan yang betul dan mematuhi segala prosedur yang telah ditetapkan.
Walaupun bukan semua agensi melakukan penipuan, namun kita tidak mahu tindak-tanduk segelintir agensi yang tidak bertanggungjawab ini merobek kepercayaan dan keyakinan masyarakat.
Umpama pepatah Melayu, kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
Agensi yang didapati menyeleweng mahupun menipu perlu dikenakan hukuman setimpal termasuk disenaraihitamkan supaya kes bakal jemaah umrah diperdaya tidak berulang.
Dalam pada itu, orang ramai juga perlu lebih berwaspada dan berhati-hati dalam memilih agensi yang menyediakan perkhidmatan itu.
Jangan mudah termakan pujuk rayu dan janji manis yang disogok oleh pihak agensi terbabit.
Sepatutnya masyarakat mengambil iktibar dengan segala pendedahan yang dilakukan media dan pihak berkuasa sebelum ini berkaitan penipuan seumpama itu.
Ringkasnya, jangan terlalu mudah mempercayai orang lain apatah lagi ia melibatkan jumlah wang yang besar.
Pilihlah agensi yang terbukti tiada sebarang masalah dan mempunyai rekod perkhidmatan cemerlang.
Apapun kita juga berharap sangat agar semua agensi dan syarikat yang ada agar lebih sensitif dan bertanggungjawab dalam hal ini.
Ini soal ibadah, jadi janganlah mudah gelap mata dan utamakan keuntungan semata-mata.
Biarlah kita mencari rezeki berkat hasil usaha yang ikhlas dan beretika.
Justeru, saya berharap pihak berkuasa akan bertindak dengan lebih tegas selepas ini terutama membabitkan aspek pemantauan dan penguatkuasaan.
Masyarakat perlu menjadikan insiden seperti ini sebagai pengajaran agar tidak lagi terjerat dengan sindiket seperti ini.
:SembangHaji.Com:
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.
KUBU RBA DILAMAN SOSIAL PERLU DIROBOHKAN….
SABTU, 12 APRIL 2014
Aku Sayang UMNO dulu, kini dan selamanya (Perjuangan yang belum selesai )
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.