Umno Blogger Directory

Calon

Calon Ketua AMK Dianggap ‘Ngok’ Oleh Exco DAP

Timbalan Speaker DUN Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad akan bertanding untuk jawatan Ketua AMK dalam pemilihan PKR akan datang.

Dalam sidang DUN Selangor hari ini, Nik Nazmi telah berselisih pendapat dengan bekas Speaker yang kini adalah Exco Kerajaan Selangor, Dato’ Teng Chang Khim.

Selaras dengan dasar kiasu DAP, Teng ternyata terlalu berpegang pada prinsip bahawa dirinya sahajalah yang betul, manakala yang lain termasuk PKR adalah ‘ngok’ belaka, seperti dilaporkan oleh Malaysiakini di bawah:-

Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Datuk Teng Chang khim hari ini dilihat cuba ‘mengajar’ Timbalan Speaker Nik Nazmi Nik Ahmad tentang peraturan tetap dewan. 

Ia berlaku ketika Teng diminta membenarkan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor Azmin Ali meneruskan hujah mengenai penstrukturan air negeri bawah Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA).

Teng, kini exco, yang pada mulanya mencelah bertegas untuk meneruskan penjelasannya namun ditegur dengan tegas Nik Nazmi.

Beliau berkata, berpegang pada peraturan tetap, penjelasan perlu dibuat bagi mengelakkan kekeliruan.

“Penjelasan tafsiran perlu supaya kita tidak keliru, kalau tidak kita akan membahas pada asas undang-undang itu sahaja…,” katanya sambil membaca peraturan tetap.

ADUN Sungai Pinang itu kemudian membaca peraturan tetap untuk mendapatkan ruang bagaimanapun tetap ditolak Nik Nazmi.

“Ya, saya faham Sungai Pinang (Teng), Sungai Pinang pun pernah menjadi speaker dan sekarang saya jadi speaker dalam sidang ini.

“Kalau ikutkan peraturan tetap, tafsiran saya sebagai speaker adalah tafsiran akhir dalam sebarang rujukan.

“Saya faham, sekarang saya sebagai speaker minta Sungai Pinang tolong duduk,” kata Nik Nazmi.

Teng terus membaca peraturan tetap namun sekali lagi Nik Nazmi meminta beliau supaya duduk.

AKAR UMBI
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Perubahan Calon Lawan Tak Ubah Strategi BN Dekati Rakyat

KUALA LUMPUR, 10 Mac –  Barisan Nasional (BN) tidak akan mengubah strategi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang semata-mata parti lawan menukar calon mereka, kata Khairy Jamaluddin.

Pengerusi Pemuda BN itu berkata pencalonan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi menggantikan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan memberi kesan besar kepada jentera BN kerana fokus kempen tetap sama, iaitu memperkenalkan calon, menerangkan dasar kerajaan serta memperjelaskan isu dibangkitkan lawan.

“Sama ada calon itu suaminya atau isteri, persiapan tetap sama, kita nak pastikan bahawa (calon BN Datin Paduka) Chew (Mei Fun) dapat jumpa seramai mungkin pengundi bagi jelaskan sebarang perkara yang perlu diberi penekanan.

“Strategi tidak akan berubah semata-mata ada perubahan calon di pihak lawan, siapa pun mereka, kita akan teruskan kempen untuk promosikan calon yang diketengahkan parti,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pemuda BN di Menara Dato Onn di sini Isnin.

Pada Ahad, Anwar yang tidak boleh bertanding selepas dijatuhi hukuman penjara lima tahun setelah didapati bersalah pertuduhan meliwat oleh Mahkamah Rayuan pada Jumaat lepas, mengumumkan Dr Wan Azizah sebagai calon baharu mewakili parti itu bagi pilihan raya kecil itu yang dijadualkan berlangsung 23 Mac.

Berhubung penarikan diri bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim, Khairy berkata sama ada Zaid bertanding atau tidak, BN tidak mengharapkan calon ketiga untuk mendapat sebarang kelebihan.

Beliau berkata kebergantungan kepada calon ketiga merupakan pendekatan tidak optimis, sedangkan BN lebih menekankan kepada pengundi mengundi kerana mereka meyakini BN, bukannya disebabkan dakwaan calon ketiga pecahkan undi parti lawan.

Mengenai bentuk kempen BN yang sebelum ini dikatakan lebih terarah kepada usaha menghalang Anwar daripada menjadi Menteri Besar Selangor, Khairy berkata soal itu tidak timbul kerana keputusan bertanding lebih kepada usaha menawarkan seorang wakil rakyat yang lebih dedikasi dalam memperjuangkan nasib penduduk Kajang.

Dalam perkembangan lain, Khairy meminta Pemuda BN di seluruh negara mendoakan keselamatan penumpang pesawat MH370 yang masih hilang termasuk mengadakan solat hajat bagi yang beragama Islam.

Laman Rasmi Pemuda UMNO Malaysia
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Calon PAS Nafi Tumpang Imej Azizan

YAN: Calon PAS, Mohd Azam Abdul Samat menolak dakwaan kononnya beliau cuba menumpang populariti Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak bagi meraih sokongan pengundi pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau 4 November depan. Sambil menafikan sering dibayangi Azizan, Azam yang dikatakan ‘anak didik politik’ kepada bekas Menteri Besar Kedah itu sebaliknya [...]
AIDC
Source Blog

BN Umum Prof Dr Sohaimi Lazim Calon BN Di Sungai Limau

JERAI, 21 Okt – Teka teki siapa calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sg Limau terjawab apabila Pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Prof Dr Sohaimi Lazim, 52, diumumkan sebagai calon.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jerai,  telah diumum Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon BN di Bilik Gerakan PRK BN di Sungai Lentang, Yan, Kedah hari ini.

Muhyiddin berkata pemilihan Ahmad Sohaimi, 52, adalah berdasarkan kelebihan beliau yang mempunyai kelulusan tinggi selain pernah terlibat dalam parti termasuk kini sebagai Anggota Jawatankuasa UMNO Bahagian Jerai dan aktiviti kemasyarakatan.

Katanya pemilihan dibuat berdasarkan oleh penilaian oleh Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau sendiri dan Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri.

“Mohon kerjasama pengundi untuk memberi peluang kepadanya. Jika terpilih segala perkara yang perlukan perhatian akan disampaikan kepada kerajaan negeri dan kerajaan pusat,” katanya selepas majlis pengumuman itu. Ahmad Sohaimi yang merupakan pensyarah kanan Jabatan Pengajian Kemasyarakatan, Fakulti Sains Kemanusiaan UPSI berasal dari Kampung Titi Batu, Guar Chempedak di sini.

Ditanya mengenai pandangan sesetengah pihak bahawa BN perlu meletakkan calon yang mempunyai latar belakang agama untuk merampas semula kerusi DUN Sungai Limau yang dikuasai Pas dalam lima pilihan raya umum sejak 1995, Muhyiddin berkata apa yang penting, calon BN itu mempunyai kelulusan dan boleh menjalankan tugas sebagai wakil rakyat dengan baik.

Mengenai dakwaan Pas bahawa kemenangan BN pada PRK Sungai Limau ini tidak membawa banyak kesan kepada kerajaan negeri Kedah yang diterajui BN kerana masih gagal mencapai dua pertiga kerusi DUN, Muhyiddin berkata BN berharap untuk menang supaya dapat melakukan perubahan besar dalam soal pembangunan di DUN Sungai Limau.

“Kita tak boleh nafikan Sungai Limau kubu kuat Pas. Lima kali pilihan raya mereka menang tetapi kemenangan BN adalah untuk menentukan satu perubahan besar, anjakan baharu. Saya percaya wakil kita (jika menang) boleh lakukan tugas.

“Kerajaan pusat dan kerajaan negeri di bawah parti yang sama. Jika wakil rakyat di sini BN lebih mudah (untuk membuat perubahan). Ini yang kita tawarkan,” katanya.

Muhyiddin berkata BN akan menumpukan kepada soal-soal positif pada pilihan raya kecil ini kerana baginya Pas dan UMNO mempunyai banyak persamaan.

Terdahulu dalam ucapannya pada majlis itu, Muhyiddin berkata BN memutuskan untuk bertanding atas faktor demokrasi walaupun ada beberapa pihak yang meminta supaya BN dan UMNO memberi laluan mudah kepada Pas dengan tidak bertanding sebagai menghormati bekas Adun Sungai Limau Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas Menteri Besar Kedah,

“Proses demokrasi benarkan kita tawarkan diri kita lagi. Tak banyak beza antara Pas dan UMNO. UMNO berjuang untuk Islam begitu juga dengan Pas. UMNO perjuang Ummah begitu juga dengan Pas,” katanya.

Katanya BN menawarkan diri untuk bertanding kerana mahu suara masyarakat di Sungai Limau didengari daan memastikan Sungai Limau maju.

Turut hadir pada majlis itu ialah Mukhriz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang juga Ketua UMNO Bahagian Jerai, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 4 Nov ini sebagai hari pengundian PRK Dun Sungai Limau manakala 23 Okt sebagai hari penamaan calon. Kerusi DUN Sungai Limau kosong berikutan kematian Azizan pada 26 Sept lepas.

Laman Rasmi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Source Blog

Copyright © 2013. All Rights Reserved.