Uncategorized
2 ADUN PAS LANGGAR BAI’AH PARTI
UtaraNews – The News Portal
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.
Gambar sensasi bersama Van Persie tersebar undang padah.
SEORANG pelayan digantung tugas selepas bergambar bersama dengan bintang bola sepak Manchester United, Robie van Persie.
Kyson Forde meminta pemain bola sepak itu untuk bergambar bersama dengannya di restoran mewah Cliff di Barbados.
Bagaimanapun, tindakan itu memberi masalah kepada Forde bersama seorang lagi pekerja apabila mereka melanggar peraturan di mana kakitangan tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit di kawasan menjamu selera.
Sumber berkata: “Mungkin Kyson sepatutnya tidak mempedulikan RVP (Robin van Persie) yang sedang menjamu selera, tetapi dia mungkin teruja.
“Kyson merupakan peminat tegasr Manchester United dan ia merupakan peluang untuk dia bergambar bersama dengan bintang pujaannya,” kata sumber itu.
Penyerang Manchester United itu berada di Caribbean untuk bercuti bersama isteri, Bouchra, anak lelaki, Shaqueel, lapan tahun, dan anak perempuannya, Dina, lima tahun selepas pasukannya Belanda menduduki tempat ketiga dalam perlawanan Piala Dunia 2014 di Brazil, baru-baru ini. – mirror.co.uk
UtaraNews – The News Portal
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.
Umat Islam Perlu Bersatu Hadapi Cabaran – Muhyiddin
KUALA LUMPUR, 15 Okt – Umat Islam di negara ini perlu bersatu bagi membina kekuatan untuk menghadapi apa juga cabaran yang datang dalam pelbagai bentuk dan rupa, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata umat Islam kini berdepan ancaman paling besar terhadap perpaduan, yang boleh menjejaskan keamanan dan kedamaian yang dikecapi selama ini.
Menurutnya pergolakan di negara-negara Islam lain akibat sengketa sesama sendiri perlu dijadikan pengajaran supaya umat Islam di negara ini tidak mengalami nasib yang sama.
“Kita di Malaysia amat bertuah kerana dikurniakan sebuah negara yang aman dan damai,” katanya dalam perutusan sempena Hari Raya Aidiladha.
Beliau berkata Aidiladha atau Hari Raya Korban membawa mesej yang penting kepada seluruh umat Islam untuk sentiasa dihayati dan diteladani.
“Antaranya ialah sifat pengorbanan tinggi yang harus dimiliki oleh umat Islam bagi mencapai kejayaan yang diredai Allah S.W.T. Dalam hubungan ini, Islam sebenarnya menuntut umatnya supaya sentiasa memiliki kesabaran dan sanggup berkorban demi menegakkan syiar Islam dan mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
“Kesabaran dan pengorbanan yang benar-benar disandarkan atas sifat kehambaan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T, akan menjamin kejayaan yang cukup bermakna, seperti mana pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dengan menuruti perintah Allah S.W.T,” katanya.
Justeru, katanya, umat Islam seharusnya mengambil mesej penting itu sebagai panduan hidup seharian bagi menghadapi pelbagai bentuk cabaran dan dugaan.
“Saya percaya dengan pendekatan itu, kita bukan sahaja dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa dan harmoni, malah lebih penting daripada itu, umat Islam akan sentiasa memperoleh rahmat dan keberkatan daripada Allah S.W.T. Insya-Allah,” katanya.
Sempena Aidiladha, Muhyiddin mengingatkan umat Islam supaya memperingati dan menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s untuk diamalkan dalam pelbagai aspek kehidupan.
“Semoga dalam semangat Aidiladha ini, umat Islam di Malaysia menjadi contoh kepada semua umat Islam. Jalani ibadah korban dengan ikhlas dan dengan niat mahu berkongsi nikmat kurniaan Allah bersama golongan yang memerlukan,” katanya.
Beliau turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada umat Islam di Malaysia dan rakyat Malaysia yang meraikannya di seluruh dunia.
UMNO Online
Source Blog
Kemenangan Sayap Tidak Menjanjikan Kemenangan Saya – Hishammuddin
BUKIT MERTAJAM, 14 Okt - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan bahawa kemenangan dua pemimpin sayap parti Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, bukan penentukemenangannya.
Katanya, kemenangannya bergantung di tangan 150,000 perwakilan dan apa yang dimainkan dalam blog atau forum mengenai dirinya bukanlah pandangan benar.
“Saya ingin tegaskan kemenangan saya bukan kerana sayap tetapi kerana tuan, ia bersandarkan kepada isu, kepimpinan, ujian dan pengalaman,” katanya kepada pemberita selepas perjumpaan dengan pemimpin UMNO negeri Pulau Pinang, Isnin.
“Ini kerana pada pemilihan UMNO 2008, seramai lapan orang bertanding dimana mereka (blogger) kata saya tiada peluang dan kalah pada kedudukan nombor lapan tetapi saya dapat nombor dua,” katanya.
Ditanya keyakinannya untuk mempertahankan jawatannya, Hishammuddin berkatabeliau mahu perwakilan membuat keputusan bersandarkan kebenaran dan keadilan keatas dirinya.
Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan itu berkata anggota UMNO perlu memilih barisan kepimpinan parti berdasarkan kewibawaan, pengalamanserta kepimpinan pemimpin yang sudah teruji.
“Pemilihan dalam UMNO amat penting. Pemilihan dalam kita menentukan anggotamajlis tertinggi, barisan naib presiden mestilah selari dengan kehendak merekayang dah lalui pahit getir kepimpinan UMNO dan negara,” katanya.
Beliau turut mengingatkan para perwakilan agar mengetepikan soal emosi ketika mengundi.
“Saya berharap para perwakilan akan mengundi pemimpin yang boleh bekerjasama dengan pucuk kepimpinan untuk memastikan parti akan kekal relevan,” katanya.
Exco Baharu Pemuda UMNO Diajak Perkukuh Sayap
KUALA LUMPUR, 14 Okt – Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin mengajak anggota jawatankuasa pergerakan itu yang baharu dipilih agar bersama-samanya memperkukuh sayap Pemuda berlandaskan ideologi progresif. Katanya bakti yang ditabur kepada rakyat juga harus dilakukan dengan jujur dan ikhlas. “Tak guna kita popular dalam parti tapi ditolak …
UMNO Online
TERKINI DARI MEKAH..! LIPUTAN “LIVE” DARI BAITUL ATEEQ…!!!
Laman web dari Kedah yang membuat liputan haji secara LIVE dari rumah Allah, Baitul Ateeq… |
GAMBAR-GAMBAR TERKINI DARI BAITULLAH AL-HARAM..!!!
Gambar terkini di dalam Masjidil Haram dan Kaabah hanya di KedahNews.com..! |
Zahid Berterima Kasih Kepada Media Pembangkang
Sejak Datuk Seri mengambil alih KDN, serangan pembangkang terhadap kementerian itu meningkat. Komen Datuk Seri?
AHMAD ZAHID : Saya berterima kasih kepada liputan oleh portal berita, akhbar dan media sosial yang didalangi oleh pembangkang. Sebelum ini saya tidak dapat liputan.
Tentunya ini melonjakkan populariti saya kerana yang saya pentingkan ialah rakyat Malaysia secara keseluruhannya.
Bukan sebilangan kecil yang menjadi perosak kepada keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
Jika ada pihak yang berkenaan itu mempertahankan hak asasi manusia mereka yang melakukan jenayah, tentu hak asasi keseluruhan rakyat Malaysia harus dipertahankan termasuk pegawai dan anggota polis yang tertembak atau terbunuh ketika operasi dilakukan.
Bagaimana pula hak asasi manusia mangsa-mangsa tembakan, rompakan atau pembunuhan yang dilakukan oleh penjenayah itu?
Mengapa tiada pembelaan?
Daripada pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pemimpin pembangkang yang mempertahankan hak asasi manusia penjenayah, saya tidak fikir mereka propenjenayah.
Jika mereka tidak propenjenayah, mereka mesti pro pada majoriti rakyat keseluruhannya. Jadi, ketegasan saya kerana menjaga kepentingan majoriti rakyat, bukan kepentingan penjenyah.
Untuk temuramah seterusnya : KLIK SINI
Tags:
Copyright © .::Pisau.Net::. [Zahid Berterima Kasih Kepada Media Pembangkang], All Right Reserved. 2013.
.::Pisau.Net::.