Umno Blogger Directory

Kini Dan Selamanya (Perjuangan Yang Belum Selesai )

SIBUK BETUL PM KITA NI YE. SAMPAI TAK SEMPAT CAKAP DENGAN ISTERI

KHAMIS, 24 JULAI 2014

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak sempat bercakap dengan isterinya Rosmah Mansor untuk tiga hari selepas nahas melibatkan pesawat Malaysia Airlines (MAS) pada Khamis lalu. Ini kerana beliau sibuk menguruskan krisis yang berlaku empat bulan selepas kehilangan MH370 tanpa jejak, lapor Sin Chew Daily. Harian berbahasa Cina itu juga melaporkan, Datin Rosmah mendedahkan perkara itu dalam majlis berbuka puasa di Kuala Lumpur semalam.
Turut hadir dalam majlis itu, Menteri Pertahanan yang juga sepupu Najib, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. “Beliau malah lalu tanpa bercakap dengan saya,” katanya, sambil bergurau perkahwinannya tiada masalah. Rosmah juga berkata, beliau gembira kerana suaminya amat fokus dalam tugasnya menguruskan tragedi itu. Jangalah risau Datin. DS Najib memang komited dengan tugas beliau. Tak bercakap tu bukan bererti dia benci. Malah lebih sayang lagi. Hehehehe…pandangan IBM je. Wasallam ~ IBM

Aku Sayang UMNO dulu, kini dan selamanya (Perjuangan yang belum selesai )
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

ANWAR ANGIN SELURUH BADAN BILA PAPA GOMO HANYA MAMPU BAYAR RM100 SEBULAN SAMAN ANWAR TERHADAPNYA….HUHUHUHU!

JUMAAT, 20 JUNE 2014

ANGIN…dah tentu angin si Nuar tu. Apa tidaknya. Berangan-angan untuk dapat RM100 juta samannya terhadap blogger Papa Gomo, tapi di hadiahkan oleh Mahkamah RM800 ribu sahaja. Tapi, khabar yang tidak berpihak kepadanya apabila Papa Gomo akan merayu di Mahkamah untuk membayar saman Anwar tersebut sebanyak RM100 sebulan. Alasan, kerana beliau hanyalah seorang nelayan buat masa ini. jadi, mana mungkin beliau dapat bayar RM800 ratus ribu sekali gus. Alahai Nuar, ko dah banyak duit. Apa le dengan RM800 ratus ribu tu, betul tak? :

PENGENDALI blog Papa Gomo, Wan Muhammad Azri Wan Deris hari ini memberitahu mahkamah beliau kini seorang nelayan dan hanya mampu membayar RM100 sebulan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sebagai pampasan setelah di sabit kesalahan memfitnah Ketua Pembangkang itu. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan Azri untuk mendapatkan persetujuan Anwar sendiri terhadap bayaran pampasan RM800,000 itu.“Saya cuba mohon dengan Mahkamah untuk bayar RM100 sebulan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana sekarang hanya bekerja sebagai nelayan,” kata Wan Muhammad Azri kepada pemberita di luar Mahkamah. Beliau dalam pada itu turut memaklumkan beliau sudah menjual saham miliknya di KL POS Media & Production Sdn Bhd. Katanya Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Rosilah Yop bagaimanapun menasihatkan beliau supaya berbincang perkara itu dengan Anwar sendiri.

 IMBAS KEMBALI
Hari ini Rosilah menolak permohonan Wan Muhammad Azri dengan kos RM5,000, di dalam kamar dengan dihadiri peguam Shahid Adli yang mewakili Anwar dan Wan Muhammad Azri, yang mewakili diri sendiri. Shahid berkata Rosilah membuat keputusan itu atas alasan tiada sebab untuk membenarkan penangguhan. Katanya, rayuan Wan Muhammad Azri terhadap keputusan Rosilah yang memerintahkan ganti rugi RM800,000 dan kos RM50,000 ditetapkan pada 24 Jun untuk pengurusan kes di depan timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan. Pada 28 Februari, Rosilah memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi sebanyak RM800,000 dan kos RM50,000 kepada Anwar berhubung penyiaran perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkan Anwar dalam video seks di blog Papa Gomo.

Dalam penghakimannya, Rosilah berkata daripada keterangan yang dikemukakan, beliau mendapati Wan Muhammad Azri ialah blogger Papa Gomo dan menerbitkan kenyataan memfitnah dalam blognya. Anwar memfailkan saman terhadap Wan Muhamamad Azri pada 21 Mac tahun lepas dengan menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog berkenaan pada 16, 17, 19 dan 20 Mac 2013. Mengikut Papa Gomo, kononnya ada lagi video yang membabitkan si Nuar Brahim tu. Nak dedah jugak ke? Lantak ko Papa Gomo asalkan ko bahagia dan Nuar Brahim masuk ke Sg Buloh. Aman Malaysia ni. Wasallam ~ IBM

Aku Sayang UMNO dulu, kini dan selamanya (Perjuangan yang belum selesai )
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

DAPIGS KECEWA KERANA SPEAKER DEWAN BACKUP JAMIL KHIR

KHAMIS, 19 JUNE 2014

DAPigs akan cari dan cari kesalahan dari pemimpin-pemimpin BN. Diberitakan Ahli Parlimen Sibu daripada DAP Oscar Ling Chai Yew gagal merujuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen susulan kenyataannya mendakwa Malaysia bukan negara sekular. Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin  Mulia berkata beliau tidak mendapati prima facie terhadap Jamil Khir.
Beliau melihat fakta dan mendapati beliau tidak berniat untuk mengelirukan Dewan, jadi tiada sebab untuk merujuk beliau kepada jawatankuasa, Itu adalah muktmat. Benggang habis pemimpin DAPigs ni. Pendekan cerita, memang DAP ni dari dulu lagi memang cari pasal. Jom tolak DAPigs, parti rasis dan parti pencetus fitnah. Malaysia akan aman tanpa pembangkang seperti DAP, PKR dan PAS. Mereka-mereka ini adalah musuh no 1 negara. Maka, Awas! Wasallam ~ IBM

Aku Sayang UMNO dulu, kini dan selamanya (Perjuangan yang belum selesai )
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

MAAFKAN SAYA MALAYSIA : DAREN

ISNIN, 26 MAY 2014

KAPTEN skuad negara, Liew Daren memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana gagal memberikan mata kemenangan kepada pasukan untuk menamatkan kemarau selama 22 tahun menjulang trofi Piala Thomas selepas tewas kepada Jepun 2-3, malam semalam. Daren yang diturunkan sebagai perseorangan ketiga diletakkan harapan menggunung untuk menghadiahkan mata kemenangan selepas Malaysia terikat 2-2 dengan Jepun tetapi tewas kepada Takuma Ueda 12-21, 21-18, 17-21. Begitupun, semangat juang tinggi ditunjukkan Daren wajar diberikan pujian kerana dia tidak mudah menyerah kalah biarpun tewas pada set pertama.

Saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia. Saya sudah berikan aksi terbaik tetapi jika ada juga pihak yang mahu salahkan saya, saya tidak boleh berbuat apa-apa,” katanya selepas perlawanan malam tadi. Jadi, apa kata peminat-peminat Badminton tanah air semua. Nak terima tak maaf dari Daren ni? Ada juga Daren main sambil lewa yang membuat Malaysia gagal membawa Piala Thomas balik ke Malaysia setelah 22 tahun mengidamkannya. Dan, kalau kita letakan diri kita di tempat  Daren, mungkin kita akan berkata demekian. Siapa tak mahu menang. Siapa tak mahu jadi hero mengutip mata kemenangan negara? Apapun, ianya sudah berakhir. 

Menanggis air mata darah sekali pun Piala Thomas tidak boleh kita miliki kerana ianya milik Jepun yang kentar dengan semangat juang mereka. Lupakan episod sedih ini, siapkan dan lengkapkan pasukan yang baru bagi menghadapi banyak lagi kejohanan dunia yang akan pemain-pemain kita sertai. Insyallah, satu ketika nanti, Piala Thomas akan kita julang. Apa yang menyedihkan dan IBM terkilan sikit kerana di saat-saat persaraan jaguh badminton no 1 dunia Datuk Lee Chong Wei, beliau gagal meraikan pingat emas dan menjulang Piala Thomas buat kali pertama. Memang beliau terkilan habis.

Mata pertama beliau dalam perlawanan malam semalm, belum cukup bagi beliau dan negara menjulang Piala Thomas. Kata orang, bukan rezeki dia. Apapun tahniah kepada wira-wira badminton kita menjadi naib juara. Cuba lagi. Wasallam ~ IBM


Aku Sayang UMNO dulu, kini dan selamanya (Perjuangan yang belum selesai )
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

TERIMA KASIH PM KEPADA WARGA ‘PENDIDIK’ – “SELAMAT HARI GURU”

JUMAAT, 16 MAY 2014

16 Mei (Bernama) – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat melahirkan penghargaan kepada semua warga pendidik atas sumbangan yang mereka curahkan dalam mendidik anak bangsa. Beliau mengakui guru memikul beban melahirkan pelajar berilmu dan berkebolehan, yang bersedia untuk mewarisi perjuangan dan menyumbang kepada pembangunan negara. “Tanggal 16 Mei setiap tahun, Hari Guru disambut di seluruh negara bagi menghargai jasa dan pengorbanan guru yang telah bersusah payah memerah keringat mendidik anak bangsa dan mendorong mereka ke arah menjadi insan cemerlang dalam apa jua lapangan yang diceburi. 

Kita berterima kasih kepada guru yang yang begitu banyak berjasa, berkorban masa dan tenaga dan tidak pernah jemu melaksanakan tanggungjawab mereka yang besar ini,” katanya dalam catatan di laman blog www.1malaysia.com.my sempena sambutan Hari Guru hari ini. Perdana menteri berkata tugas dan tanggungjawab yang digalas warga pendidik amat berat dan mencabar, justeru mereka wajar dihargai. “Bagi pihak diri saya dan seluruh rakyat Malaysia, Selamat Hari Guru saya ucapkan kepada semua warga pendidik atas sumbangan mereka yang tidak ternilai demi kemakmuran bangsa dan tanah air. Terima Kasih Cikgu,” kata Najib. Dari IBM, “Selamat Hari Guru”. Wasallam ~ IBM
“TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA”

Aku Sayang UMNO dulu, kini dan selamanya (Perjuangan yang belum selesai )
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

ULANG TAHUN UMNO KE-68 DISAMBUT SEDERHANA, TAPI BERMAKNA

ISNIN, 12 MAY 2014

Majlis sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-68 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini berlangsung secara sederhana tetapi penuh bermakna. Ini kerana UMNO antara sebilangan kecil parti di dunia yang masih utuh bertahan dan menjadi pilihan utama orang Melayu untuk berpaut walaupun usianya sudah melewati 60 tahun. Walaupun pernah dilanda ma­salah hingga diharamkan pada 1988, diikuti pemecatan timbalan presidennya pada 1998 dan dilanda tsunami politik pada 2008, UMNO bangkit menjadi lebih gagah. Hakikat itu terbukti apabila pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu, UMNO menang 89 kerusi Parlimen iaitu peningkatan 10 kawasan berbanding 79 kerusi pada pilihan raya umum sebelumnya. Namun kini, cabaran getir yang harus didepani UMNO ialah bagaimana untuk menangani perpecahan orang Melayu selain kebiadapan pihak tertentu yang berani mempertikaikan Perlembagaan.

Majlis dimulakan dengan solat maghrib, tahlil, bacaan Yasin, doa kesyukuran dan solat Isyak yang dipimpin Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Selepas menunaikan solat Isyak berjemaah, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak di­iringi barisan kepimpinan UMNO berarak memasuki dewan bagi memulakan upacara sambutan. Di dalam dewan, acara dimulakan dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Bersatu, Bersetia, Berkhidmat serta upacara menaikkan bendera UMNO, Sang Saka Bangsa. Majlis kemudian diteruskan pula dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Jamil Khir diikuti dengan upacara memotong pulut kuning menandakan rasminya majlis sambutan Ulang Tahun Ke-68.

Yang turut hadir, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketiga-tiga Naib Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein serta kesemua ketua sayap parti. Selain itu, beberapa pemimpin parti Barisan Nasional (BN) antaranya Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel turut sama memeriahkan majlis. Pada majlis yang sama, Najib turut menyampaikan anugerah Tokoh Melayu Terbilang bagi kate­gori lelaki kepada tokoh agama terkenal Tan Sri Hassan Azhari yang juga merupakan bapa kepada bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Turut menerima anugerah sama tetapi bagi kategori wanita ialah wanita Melayu pertama bergelar doktor perubatan, Tan Sri Dr. Salma Ismail. Hassan diberi pengiktirafan itu atas sumbangan beliau dalam bidang keagamaan sehingga pernah menerima Tokoh Maal Hijrah 2002 manakala Dr. Salma pula kerana sumbangannya dalam bidang perubatan. Teruskan perjuangan mu wahai UMNO. Perjuangan kita masih belum selesai. Hidup UMNO!! Wasallam ~ IBM [Ehsan dari : UtusanOnline]
“TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA”

Aku Sayang UMNO dulu, kini dan selamanya (Perjuangan yang belum selesai )
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

AMBOI! KONFIDEN BETUI NAMPAKNYA KHALID GAGAP NI

ISNIN, 5 MAY 2014

[KUALA SELANGOR : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yakin dapat memenangi jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), walaupun penyandangnya, Mohamed Azmin Ali, sedang mendahului. Abdul Khalid berkata, faktor keyakinan itu yang mendorong beliau untuk bertanding bagi jawatan nombor dua parti pada pemilihan yang bermula Sabtu minggu lalu. “Saya yakin (boleh menang), sebab itu saya bertanding,” katanya selepas Majlis Penyerahan Geran Kampung Pecah Batu di Bestari Jaya, semalam. Keputusan terkini menyaksikan Azmin mendahului dua pencabarnya dengan 5,111 undi, berbanding Datuk Saifuddin Nasution (2,322 undi) dan Abdul Khalid (2,288 undi).

Mengenai harapannya menjelang pemilihan parti peringkat Selangor pada 11 Mei ini, Abdul Khalid berkata, beliau mempunyai harapan tinggi, berikutan negeri itu mempunyai jumlah ahli PKR paling ramai, iaitu melebihi 170,000 orang. “Selangor merupakan negeri yang akan menjadi penentu kerana mempunyai lebih 170,000 ahli PKR, selain Sabah yang mempunyai lebih 90,000 ahli,” katanya. Abdul Khalid juga bakal dicabar bekas Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam bagi jawatan Ketua Cabang Kuala Selangor dalam pemilihan itu] - Ehsan dari  : Antarapos

Ini baru seronok tengok. Berentap habis ketiga-tiga eko pemimpin PKR ni bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PKR. Masing-masing kononnya ada kekuatan tersendiri. Dari mulut Khalid gagap yang juga selaku Menteri Besar Selangor, beliau begitu yakin akan menang dan akan menewaskan musuh tradisinya, adik kesayang penasihat PKR, iaitu Azmin Ali dan seorang lagi iaitu, Saifudddin Nasution. 

Selain dari itu, IBM difahamkan, Khalid gagap akan ditentang oleh Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam bagi jawatan Ketua Cabang Kuala Selangor. Ini berat juga. Bagaimana kalau Khalid tewas dan tumbang d peringkat Cabang? Adakah beliau akan terus berhasrat bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR?. Setakat ini apa yang kita ketahui, bahawa si Azmin masih mendahului Khalid dan Saifuddin, tapi, Khalid gagap tetap yakin dan konfiden Azmin akan tersungkur di dalam pemilihan PKR di Selangor.

Khalid juga begitu yakin bahawa sebahagian daripada 170,000 ahli PKR yang berdaftar di Selangor akan memenangkan  beliau sekali gus menewaskan Azmin dan Saifuddin. Hehehe…begitu yakin nampaknya si Khalid ni. Apapun, kta ni sebagai orang luar, tengok je lah. Menang ke kalah ke Khalid, apa yang kita dapat? Yang penting pada PRU ke-14 yang akan datang ni. Pastikan negeri Selangor kita rampas kembali dari Pakatan Rakyat (PR). UMNO-BN boleh!! Wasallam ~ IBM
“TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA”

Aku Sayang UMNO dulu, kini dan selamanya (Perjuangan yang belum selesai )
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

RATU KERONCONG KARTINA DAHARI MENINGGAL DUNIA AKIBAT BARAH. AL-FATIHAH!

RABU, 30 APRIL 2014

KUALA LUMPUR: Penyanyi yang terkenal dengan lagu irama keroncong, Kartina Dahari, meninggal dunia di Hospital Mount Elizabeth, Singapura, petang tadi akibat barah. Perkara itu disahkan sendiri oleh Biduanita Negara yang juga teman baiknya, Datuk Sharifah Aini. “Anak angkat saya yang berada di Singapura memaklumkan, Kartina meninggal dunia di hospital Mount Elizabeth jam 6 petang tadi selepas bertahun-tahun menderita penyakit barah. 

“Berita itu sangat menyedihkan kerana kami memang berkawan baik. “Kali terakhir saya bertemu dengannya sekitar Ogos tahun lalu, ketika saya mengunjungi rumahnya di sana,” katanya kepada BH. Selain menyanyi, Kartina, 73, juga dikenali sebagai pelakon.  Antara lagunya yang popular ialah Jangan Ditanya, Sayang Di Sayang, Hati Ke Hati, Sejak Kita Berpisah dan duetnya bersama Datuk Ahmad Jais, Budi Setahun Segunung Intan. 

Mari kita ramai-ramai sedekahkan Al-Fatihah moga rohnya dirahmati oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama golongan orang yang beriman. Aminn ~ IBM
“TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA”

Aku Sayang UMNO dulu, kini dan selamanya (Perjuangan yang belum selesai )
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Copyright © 2013. All Rights Reserved.