Umno Blogger Directory

lagi

PANAS !!! BLOGGER PERAK PRO BN BERGADUH LAGI ???

Setiap Kali Pilihanraya Barulah wujudnya kumpulan-kumpulan bloggers yang acapkali membantu kemenangan Pilihanraya Umum . Umum mengakui medan sosial merupakan satu platform untuk menyebarkan dakyah yang dibawa dan diperkenalkan kerajaan .

Hari ini Anak Jati Malaya ingin mengambil kesempatan untuk menulis sedikit rencana berkenaan kemana hala tuju para bloggers Pro BN Negeri Perak khususnya .

PRU 13 merupakan satu lipatan sejarah , semua sedia maklum pertembungan antara kerajaan BN dan Pakatan Rakyat memang amat merisaukan , kebanyakkan dari kita menyedari dakyah dan ideologi yg diterapkan oleh RBA khususnya memang memberi kesan kepada jumlah undi di PRU 13 yg lalu .
TEAM MEDIA PERAKBerbalik kepada tajuk diatas , Anak Jati Malaya Sambil duduk tiba-tiba terfikir kemana Perginya Para Pejuang Cyber khususnya para Blogger Perak Cyber Troopers yang diketuai sendiri oleh SekupangDua Anak Pak Ya , Kemana Perginya Team Bloggers Team Media Perak yang dinaungi Tun Faisal sewaktu beliau menjadi Exco Pemuda. 

PERAK CYBER TROOPERS

Untuk pengetahuan semua, Perak memang banyak kumpulan bloggers , dengan PCTnya , Dengan Team Media Peraknya dan Lain- lain  lagi . Yang merisaukan teman sehingga ini , jurang perpecahan antara bloggers kian ketara apabila wujudnya kumpulan- kumpulan bloggers.

Lebih merisaukan teman jika wujud banyak kumpulan bloggers ini , sudah pasti memisahkan lagi jurang antara blogger, tembak menembak sana- sini . Bersatu lah wahai Bloggers Negeri Perak . Teman merayu sesangat pada semua .

Bersambung..

Anak Jati Malaya
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Seorang lagi kanak-kanak di Pulau Pinang sah JE.

babi copy

Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun lima bulan di dijangkiti virus Ensefalitis Jepun (JE), dipercayai selepas melawat datuknya di Bagan Jermal, di Butterworth.

Pengarah Kesihatan Pulau Pinang, Datuk Dr Lailanor Ibrahim berkata  pemeriksaan darah terhadap kanak-kanak itu pada 24 Jun lepas mendapati ia positif JE.

“Kanak-kanak itu mengalami demam dan kejang-kejang dan dimasukkan ke Hospital Seberang Jaya pada 13 Jun, bagaimanapun keadaannya makin serius dan dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut.

“Di HPP pesakit telah dimasukkan ke wad Pediatrik Unit Rawatan Rapi (ICU) dan setelah menerima rawatan intensif, pesakit telah menunjukan respons yang baik serta telah dikeluarkan dari ICU dan dipindahkan ke wad biasa pada 18 Jun,” katanya dalam kenyataan kepada Bernama, malam tadi.

Beliau berkata menurut doktor pakar dari HPP, kanak-kanak itu telah beransur pulih setelah menerima rawatan intensif dan pesakit berkenaan juga kini boleh makan dan minum.

Dr Lailanor berkata pesakit itu masih dirawat di HPP dan sedang menjalani fisioterapi.

“Pemeriksaan darah (Serum Serologi untuk JE) pada 24 Jun lepas adalah  positif dan hari ini pihak HPP sekali lagi mengambil sampel darah pesakit untuk kepastiaan, ia dijangka diketahui dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata pihaknya akan membuat siasatan lanjut terhadap keluarga pesakit untuk Pengesanan kes secara aktif dan langkah-langkah kawalan akan diambil.

Sebelum ini, seorang murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Kampung Selamat disyaki dijangkiti virus JE dan masih dirawat di sebuah hospital swasta di Bayan Baru, dekat Butterworth.

Muhammad Ammar Muqrish Zulkifli, 12, pada awalnya dikatakan mengalami demam panas sejak 18 Mei lalu dan dimasukkan ke Hospital Kepala Batas selepas  demamnya itu berlarutan sebelum dipindahkan ke hospital swasta itu pada 21 Mei.

- Bernama

Tags:  

Del.icio.us


Facebook
TweetThis
Digg
StumbleUpon


Copyright © .::Pisau.Net::. [Seorang lagi kanak-kanak di Pulau Pinang sah JE.], All Right Reserved. 2014.
.::Pisau.Net::.
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Naik Tarif Air : Sekali Lagi Rakyat Pulau Pinang Kena Tipu

KUALA LUMPUR, 16  April – Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang menyelar tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk menaikkan tarif air di negeri tersebut.

Ketuanya, Rafizal Abd Rahim berkata, cadangan menaikkan tariff air ini berlaku tidak sampai setahun surjac air dinaikkan 100% dari RM0.24 sen ke RM 0.48 sen.

“Ini adalah bebanan tambahan kepada rakyat Pulau Pinang. Cadangan ini juga berlawanan dengan janji-janji pakatan dalam manifesto mereka semasa Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu, di mana mereka berjanji untuk tidak akan menaikkan tarif air di negeri ini.

“Hakikatnya, rakyat Pulau Pinang sekali lagi akan ditipu jikalau kenaikan tarif ini benar-benar berlaku,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bukit Bendera.

Tambahnya, rakyat Pulau Pinang tidak harus dibebani untuk menanggung kos operasi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) yang semakin menaik ekoran ketidak-cekapan pentadbiran mereka.

“Sebelum ini rakyat sudah berasa terbeban dengan caj perkhidmatan air selepas Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menaikkan surcaj pemulihan air sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2010 dan 2013.

“Sekarang mereka hendak naikkan pula kadar tarif air sebanyak seratus peratus yang dijangka akan dilaksanakan hujung tahun ini dan keputusan berkenaan tidak wajar,” katanya.

Justeru, beliau meminta agar kerajaan negeri termasuk PBAPP membatalkan cadangan berkenaan demi kepentingan rakyat. -MediaUMNO

UMNO Online
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

IBM BERCUTI, BEREHAT UNTUK TENANGKAN FIKIRAN. JUMPA LAGI!

KHAMIS, 13 MARCH 2014

Salam, salam 1 Malaysia buat semua para pembaca blog yang dihormati sekalian. Bermula hari ini selepas pukul 5:00 petang, blog ibm-akusayangumno.blogspot.com, berhenti buat sementera kerana pergi bercuti bersama keluarga untuk berihat dan tenang-tenangkan fikiran. Insyallah IBM akan balik ke Malaysia pada 17hb March 2014. Blog IBM kan kembali aktif pada hari berikutnya.

Harap maklum. Selamat membaca kepada semua. Wasallam ~ IBM

Aku Sayang UMNO dulu, kini dan selamanya (Perjuangan yang belum selesai )
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Terimalah Hakikat, Allah Taala Sedang Menurunkan Bala Bencana Di Selangor, Bukan Ujian Lagi!

Ada juga penyokong Pakatan Rakyat yang cuba menyedapkan hatinya sendiri menyatakan krisis air yang sedang berlaku di Selangor sekarang, adalah ujian bagi orang-orang yang bertaqwa. Justeru, kata mereka, rakyat dan penduduk di Selangor perlu pasrah, berserah, dan bersabar dengan ujian yang diturunkan oleh Allah Taala ke atas negeri Selangor. Kata mereka lagi, selepas ujian ini, Selangor, penduduk dan rakyatnya pasti akan bertambah maju kerana redha dengan ujian Allah Taala.

Sekali dengar, sekali baca, seimbas lalu, memang kelihatan betul sangatlah kenyataan tersebut. Sememangnya umat Islam diwajibkan bersangka baik kepada Allah Taala. Malah dalam pembelajaran tasauf, sabar menduduki antara 9 maqam hati tertinggi selain tawakal dan tawaduk.

Malangnya mereka terlupa satu perkara. Ujian yang Allah Taala berikan sebagai satu peringatan, kemudiannya disusuli dengan bencana seperti yang berlaku kepada umat-umat terdahulu. Memang hak Allah Taala untuk memberikan seberapa banyak ujian kepada hamba-hamba-Nya tetapi Allah Taala juga telah berjanji bahawa setiap ujian yang ditimpakan kepada hamba-hamba-Nya berada dalam keupayaan hamba-hamba-Nya untuk mengatasi ujian tersebut dengan jalan sabar dan bertawakal kepada-Nya.

Mungkin ramai yang sudah lupa krisis bekalan air pada tahun 1998 yang menjangkau tempoh dua bulan. Pada ketika yang sama, krisis kepimpinan sedang berlaku. Anwar Ibrahim sedang bergelut untuk menjatuhkan Tun Dr. Mahathir dan merampas jawatan Perdana Menteri bagi mengelakkan dia dibicarakan di bawah tuduhan menyalahgunakan kuasa dan liwat.

Selama dua bulan menyaksikan sebuah negara Khatulistiwa seperti Malaysia, mengalami musim kemarau yang agak teruk. Paras air di semua empangan menurun secara drastik. Catuan bekalan air terpaksa dibuat secara besar-besaran di seluruh negara. Paling teruk terjejas adalah Kelantan yang pada waktu itu permohonan pinjaman kepada Kerajaan Persekutuan bagi menaiktarafkan sistem penyaluran air, telah ditolak mentah-mentah oleh Menteri Kewangan. Apatah lagi, perjudian pentadbiran Nik Aziz yang menyerahkan pengurusan air kepada syarikat dari Eropah, akhirnya bukan sahaja tidak menambahkan mutu perkhidmatan dan pembekalan, bahkan Kerajaan Negeri Kelantan pula telah disaman dan terpaksa membayar gantirugi bernilai ratusan juta ringgit kepada syarikat asing itu.

Bayangkanlah, hujan turun dengan lebat, tetapi paras air di empangan tetap tidak meningkat, bahkan terus menurun. Catuan memang memeritkan apatah lagi mereka yang tinggal di rumah-rumah pangsa. Mereka terpaksa mengangkut air dari bawah sama ada mendaki anak tangga mahupun menaiki lif.

‘Ujian’ krisis bekalan air pada penghujung tahun 1990-an itu berakhir apabila Anwar Ibrahim disumbatkan ke dalam penjara. Mungkin secara kebetulan, tetapi mungkin juga bencana krisis air pada waktu itu memang ada kena-mengena dengan Anwar Ibrahim, keadaan terus pulih apabila Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman penjara 14 tahun secara berasingan bagi dua kesalahan iaitu rasuah salah guna kuasa dan liwat.

air

Sepanjang Anwar Ibrahim berada dalam penjara dari tahun 1999 sehinggalah 2005, tiada sebarang krisis air di Malaysia. Namun sebaik-baik sahaja Anwar Ibrahim dikeluarkan dari penjara, krisis air kembali berlaku. 2008 apabila Pakatan Rakyat berjaya menguasai Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Perak (sehingga Februari 2009) dan Kelantan, sudah ada tanda-tanda krisis air akan berulang. Ingatan keras telah diberikan kepada pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor bahawa Selangor berpotensi dan berhadapan dengan risiko bekalan air yang sangat serius. Rezab simpanan air di Selangor tidak mampu menampung permintaan sehingga penghujung tahun 2014. Justeru, projek Loji Rawatan Langat II yang dihentikan oleh Pakatan Rakyat kerana berebutkan kontrak, perlu disambung semula dengan seberapa segera.

Namun para pemimpin Pakatan Rakyat bercakap pandai. Pelbagai dalih dan alasan yang mereka berikan termasuklah projek berkenaan adalah untuk kroni dan untuk UMNO mengumpul dana pilihanraya di samping mengkayakan segelintir individu.

Bulan kedua 2014, krisis air sudah mula berlaku. Selangor menjadi negeri pertama yang mencatu bekalan air bersih ke atas penduduk dan rakyatnya. Sekaligus akan menyebabkan komuniti industri beransur-ansur keluar dari Selangor dan menarik semula pelaburan mereka kerana asas terpenting iaitu air, tidak stabil.

Ujiankah ini? Atau sebenarnya ini merupakan bencana daripada Allah Taala setelah Allah Taala memperingatkan dengan pelbagai cara tentang risiko kehilangan bekalan air di negeri ini? Dan ingatan tersebut bukannya sekali, bahkan berkali-kali.

Krisis bekalan air di Selangor kali ini, terlalu hampir serupa dengan krisis bekalan air pada tahun 1999. Adakah Anwar Ibrahim sebagai puncanya memandangkan Allah Taala sendiri memberi jaminan bahawa kiamat dipercepatkan dengan tangan (perbuatan) manusia sendiri. Masih adakah lagi yang mahu membela Anwar Ibrahim semata-mata kerana ego dan fahaman politik mereka sedangkan apabila Allah Taala menurunkan bala, ia akan meliputi semua orang termasuklah abid, ulama, cendekiawan, pakar, mahupun marhein dan kafirin. Tiada yang terkecuali daripada bencana tersebut, melainkan mereka yang sentiasa beringat-ingat dan diberikan hidayah untuk keluar dari kawasan bencana itu sepertimana yang diceritakan di dalam al Quran.

 

MYKMU.NET: DEMI SEBUAH PERJUANGAN
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Skandal China DollGate yang dikhuatiri bakal mengeruhkan lagi hubungan Jepun dengan Negara China.

19 Januari: Negara Jepun dikejutkan dengan kehadiran adiwira baru di Lapangan Terbang Narita hari ini. Adiwira tersebut yang terkenal dengan kuasa anti arsenik dan kuasa kebal skandal hanya dikenali dengan nama Ultraman BlakangTaro. Pihak imigresen Jepun yang juga merupakan AJK UMNO Bahagian Kyusyu terpaksa menafikan kemasukan adiwira baru tersebut dengan DUA alasan iaitu:

1) Jepun sudah pun mempunyai begitu banyak Ultraman, termasuklah dari kelompok adik beradik Taro dan kemasukan Ultraman yang baru ini bakal menjadikan negara pulau tersebut semakin sesak; dan

2) Ultraman BlakangTaro ini dikesan mempunyai Skandal China DollGate yang dikhuatiri bakal mengeruhkan lagi hubungan Jepun dengan Negara China.

Ultraman BlakangTaro telah selamat dihantar pulang semula hari ini – TokyoKini

image

Pisau kata ” depa dah tuduh Jepun subahat dengan umno kekekek”

Tags:  

Del.icio.us


Facebook
TweetThis
Digg
StumbleUpon


Copyright © .::Pisau.Net::. [Skandal China DollGate yang dikhuatiri bakal mengeruhkan lagi hubungan Jepun dengan Negara China.], All Right Reserved. 2014.
.::Pisau.Net::.
Source Blog

Bukti dah ada, tungggu lagi??

KELMARIN :-

Ambiga Dan Pasukan Himpunan BERSIH Telah Berbincang Dan Bermesyuarat Untuk Menggesa Seluruh Rakyat Malaysia Supaya Turun Ke Jalanan Pada Malam Tahun Baru 2014 Untuk Mendesak Supaya Kerajaan Pemerintah Sekarang Digulingkan.

Bukti Dah Ada,KDN Wajar Bertindak…!!!
Anak Seberang
Source Blog

Akhirnya, seorang lagi ADUN PKR letak jawatan..

Baru sahaja baru-baru imi ADUN Kadamaian, Jeremmy Malajad mengumumkan keluar PKR dan menjadi ADUN Bebas yang menyokong BN, dan terkini, secara rasmi ADUN Matunggong, Datuk Jelani Hamdan umum letak jawatan sebagai Naib Pengerusi PKR Sabah berkuat kuasa serta merta hari ini. 

Keputusan ini dilakukan ekoran tindakan Naib Presiden PKR, Tian Chua yang mengemukakan surat tunjuk sebab kepadanya kerana mempersoalkan tentang pemimpin PKR Sabah yang tidak dipilih sebagai Pengerusi Majlis Kepimpinan Negeri Sabah, sedangkan terdapat empat ADUN dan seorang Ahli Parlimen daripada PKR Sabah.

 Katanya, bukan jawatan tertinggi sahaja tidak diberikan kepada pemimpin PKR negeri malah jawatan Timbalan Pengerusi majlis tersebut juga diberikan kepada orang lain. Pkr memang parti gila, hanya kerana memberikan pandangan maka dikenakan surat tunjuk sebab.

Datuk Jelani juga dikhabarkan dalam masa terdekat ini juga akan keluar terus dari Pkr. Tidak mustahil dalam masa terdekat ini di Sabah akan jadi Parti Keluar Ramai Ramai. Nampaknya PKR Sabah akan bungkus selepas ini akibat ketidakadilan yang ditunjukkan PKR Pusat.
Anak Seberang
Source Blog

Copyright © 2013. All Rights Reserved.