Umno Blogger Directory

Pemuda

Mulut Anwar Terkunci Dalam Serangan Zionis Ke Atas Gaza

5 Julai 2014 bersamaan dengan 7 Ramadhan menyaksikan serangan besar-besaran oleh tentera Zionis ke atas Gaza. Berselang 3 hari kemudian, seluruh dunia mula didedahkan dengan serangan ganas Zionis yang cuba menghapuskan keseluruhan Palestin dan warganya dengan bantuan kuasa-kuasa besar dunia yang mengawal segala-galanya, terutama sekali media.

Berita-berita serta gambar-gambar kezaliman tentera Zionis turut disebarkan dengan menggunakan pelbagai medium. Dan seperti biasa, seperti dalam serangan-serangan Zionis yang lain, di Malaysia, perkara utama yang dilakukan adalah mewujudkan tabung derma dan kemudian mengadaka upacara berdoa, bersolat hajat dan ceramah berapi-api mengutuk Zionis.

Setelah berpuluh-puluh tahun berdoa, berqunut nazilah, bersolat hajat dan berceramah berapi-api dengan derma pula sudah berbilion-bilion Ringgit, keadaan di Palestin tidak berkurangan, bahkan semakin bertambah buruk dengan keganasan Zionis tidak mengira waktu dan tidak peduli sama ada yang dibunuh itu kanak-kanak, orang tua, wanita mahupun memusnahkan infrastruktur, rumah kediaman mahupun rumah ibadat rakyat Palestin.

Setelah berbilion doa dan berbilion juga rakaat hajat mahupun qunut nazilah, apakah Allah Taala pekak dan tidak peduli dengan nasib rakyat Palestin?

Nauzubillah!

Maha Suci Allah Taala daripada segala sifat-sifat yang tidak selayak bagi-Nya….

Apa yang menyebabkan sehingga kini Allah Taala terus memberikan kemenangan kepada kaum Zionis dan konco-konco mereka? Sedangkan janji Allah Taala adalah memenangkan umat Islam sekiranya umat Islam meninggalkan perkara yang dilarang dan menunaikan suruhan-Nya.

Nabi s.a.w telah menjanjikan kemenangan untuk umat Islam dalam memerangi kaum Yahudi sehingga kaum Yahudi itu bersembunyi di sebalik pohon yang bernama Gharqad.

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

“Tidak akan terjadi kiamat sehingga kaum Muslimin memerangi Yahudi dan membunuh mereka sampai ketika Yahudi bersembunyi di sebalik batu dan pohon. Batu dan pohon itu berkata, “wahai Muslim, wahai hamba Allah, Yahudi ada di belakangku. Kemari dan bunuhlah dia.” Kecuali pohon gharqad (ia tidak berbicara) kerana ia dari pohon Yahudi.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Pembahasan isu ini sebenarnya masih panjang. Namun yang pasti, satu sahaja yang boleh disimpulkan iaitu pengejaran dan pemerangan terhadap Yahudi tidak akan berlaku dalam keadaan sekarang kerana umat Islam saling berpecah belah dan berpuak-puak seperti sekarang.

Dengan ketiadaan penyatuan maknanya usaha mengalahkan Yahudi-Zionis dan konco-konconya tidak akan berhasil sama sekali. Apatah lagi di kalangan umat Islam sendiri, ramai yang bertuhankan Zionis dan sanggup melakukan apa-apa sahaja perintah Zionis termasuklah menimbulkan ketidaktenteraman dan pecah belah di dalam sebuah negara yang bermajoritikan umat Islam seperti Malaysia.

Salah seorang penyokong kuat Zionis dan kewujudan negara haram Israel adalah Anwar Ibrahim. Dia merupakan orang yang paling mendapat pujian daripada para pencatur Zionis selain media-media Zionis seperti Jerusalem Post memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Anwar Ibrahim.

Tidak cukup setakat media yang meramalkan dan berharap Anwar Ibrahim akan menang dalam PRU-13 dan menjadikan Malaysia sebagai ‘sebuah negara baru’, satu upacara keagamaan yang mendoakan agar Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim menang pilihanraya umum juga telah dibuat di Israel.

Justeru bukanlah sesuatu yang menganehkan apabila suatu ketika dahulu, Anwar bercakap berapi-api tentang kekejaman Zionis tetapi kemudian bergegas ke Washington dan London untuk memohon maaf kepada para pelobi dan pay-master Zionis yang berada di belakangnya kerana bermulut celupar.

Walaupun sentiasa cuba mempotretkan dirinya sebagai pemimpin dunia yang berkaliber serta peka dengan apa-apa sahaja yang berlaku khususnya melibatkan persengketaan Zionis dengan Islam, namun setiap kali Zionis melakukan kekejaman terhadap rakyat Palestin, Anwar Ibrahim sentiasa menjadi orang terakhir yang membuat ulasan. Dan ulasannya pula sekadar melepaskan batok di tangga tanpa mempunyai sebarang nilai dan roh Islam.

Tentu ramai yang masih ingat dengan ikrar yang dibuat oleh Anwar Ibrahim untuk mempertahankan kewujudan negara haram Israel dengan apa cara sekalipun. Dia kemudiannya ‘membetulkan semula’ kenyataan yang dibuatnya dalam satu ucapan dengan menyatakan bahawa media telah meninggalkan persetujuannya dengan pembentukan dua buah negara berasingan iaitu Palestin dan Israel.

Hakikatnya sepanjang ucapan tersebut yang dihadiri oleh taukeh-taukeh Zionisnya, Anwar Ibrahim langsung tidak menyebut tentang pembentukan dua negara, sebaliknya lebih memusatkan kepada kemarahan terhadap Arab Palestin yang sanggup melakukan apa-apa sahaja demi mendapatkan kebebasan di negara sendiri, walaupun terpaksa membunuh diri dan melakukan serangan roket yang jumlah kemusnahannya langsung tidak ada.

Kita masih lagi menunggu ulasan dan komen Anwar Ibrahim setelah lebih 100 orang terbunuh dalam serangan gila Zionis di Gaza.

Namun sama ada sedar atau tidak, para penyokong Anwar Ibrahim sedang menggila terutama di Facebook menerusi cubaan mengaitkan UMNO dan Kerajaan Malaysia dengan Zionis semata-mata untuk melupakan orang Islam di Malaysia tentang kenyataan yang Anwar Ibrahim telah keluarkan dalam memberi sokongan kepada negara haram Zionis itu.

Hero Tua

Laman Rasmi Pemuda UMNO Malaysia
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Pemuda BN Perak Dan NGO Bantu Gelandangan

IPOH, 17 Julai  Pemuda Barisan Nasional (BN) dan badan bukan kerajaan (NGO) di Perak hari ini turun padang untuk mendekatkan diri dan menghulurkan bantuan kepada golongan gelandangan.

Dalam program “Sahur Bersama Gelandangan” yang diadakan awal pagi tadi, seramai 30 sukarelawan daripada BN, Yayasan Bina Upaya dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia mengagihkan makanan kepada golongan gelandangan di beberapa kawasan sekitar Ipoh.

Ketua Pemuda UMNO Perak, Hairul Anwar Mohamed Noor berkata golongan gelandangan itu kebanyakkannya terdiri daripada orang bujang yang tidak mempunyai pekerjaan tetap.

“Pihak kami akan membuat kertas kerja untuk dihantar kepada kerajaan negeri dan mencadangkan satu kawasan bagi mengumpulkan semua gelandangan supaya urusan pembahagian makanan akan menjadi lebih mudah,” katanya selepas mengedarkan makanan kepada golongan berkenaan.

Sukarelawan Zeti Suhaila Mustapha Kamal yang turut terlibat dalam program itu berkata beliau menjadi sukarelawan sejak 2011 dan ia adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial sebagai rakyat Malaysia.

“Setiap seorang daripada kami (sukarelawan) akan keluarkan  antara RM5 dan RM10 untuk membeli makanan dan diedarkan kepada gelandangan di sekitar kawasan ini,” katanya.

Seorang gelandangan yang berasal dari Alor Setar, Kedah berkata beliau terpaksa hidup merempat kerana disisih oleh keluarga.

“Balik kampung saya dihalau, saya dibebaskan daripada penjara. Saya ditahan selama 12 tahun kerana pengambilan dadah,” katanya.

Laman Rasmi Pemuda UMNO Malaysia
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Kenyataan PM Mengenai Tragedi MH17

SEPANG, 18 Julai – Berikut ialah kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang berita mengenai tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, di Hotel Sama-Sama di sini.

“Petang semalam, saya dimaklumkan mengenai berita yang amat dahsyat dan sangat mengejutkan bahawa sebuah pesawat Malaysia Airlines terhempas di timur Ukraine.

“Malaysia Airlines telah mengesahkan bahawa pesawat itu adalah Malaysia Airlines Penerbangan 17 yang dalam penerbangan berjadual dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

“Penerbangan itu berlepas pada 12.15 tengah hari, waktu tempatan. Ia dijadual tiba di Kuala Lumpur pada 6.10 pagi waktu tempatan Malaysia.

“Pesawat itu adalah Boeing 777-200″.

“Laluan penerbangan pesawat itu telah diisytiharkan selamat oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa.

“Dan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa telah menyatakan bahawa ruang udara yang direntasi pesawat itu tidak tertakluk kepada sekatan.

“Malaysia Airlines mengesahkan bahawa pesawat itu tidak membuat sebarang panggilan kecemasan.

“Penerbangan itu membawa sejumlah 295 orang – merangkumi 280 penumpang dan 15 anak kapal.

“Malaysia Airlines kini dalam proses memaklumkan kepada waris penumpang dan anak kapal. Semua bentuk penjagaan yang sebaik mungkin akan diberikan kepada waris.

“Kerajaan Malaysia akan menghantar penerbangan khas ke Kiev, yang membawa Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia serta satu pasukan perubatan.

“Menurut maklumat yang diberikan oleh Menara Trafik Udara Kiev, lokasi isyarat kecemasan pesawat itu ialah 48 darjah 7 minit dan 23 saat Utara; dan 38 darjah 31 minit dan 33 Timur.

“Phak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu telah ditembak.

“Pada peringkat awal ini, bagaimanapun, Malaysia tidak dapat menentukan punca tragedi ini.

“Tetapi kami perlu – dan kami akan – mendapatkan maklumat tepat mengenai apa yang berlaku kepada pesawat itu.

“Kita akan berusaha sedaya upaya.

“Sekiranya pesawat itu benar-benar ditembak jatuh, kita akan mendesak pihak yang bertanggungjawab melakukannya dibawa ke muka pengadilan dengan segera.

“Pusat-pusat operasi kecemasan sudah pun ditubuhkan. Dalam beberapa jam lepas, pegawai-pegawai Malaysia sentiasa berhubung dengan rakan sejawatan mereka di Ukraine dan tempat lain.

“Dan saya akan bercakap dengan beberapa pemimpin dunia dalam beberapa jam lagi.

“Saya telah pun beberapa kali bercakap dengan Perdana Menteri Netherlands.

“Saya juga telah bercakap dengan Presiden Ukraine. Beliau berjanji akan menjalankan siasatan penuh, menyeluruh dan bebas, dan pegawai-pegawai Malaysia akan dijemput menyertainya.

“Presiden Ukraine juga mengesahkan bahawa kerajaannya akan berunding dengan pemberontak di timur negara itu bagi menubuhkan satu koridor kemanusiaan di tempat pesawat itu terhempas.

“Sebentar tadi, saya menerima panggilan daripada Presiden Obama.

“Saya dan beliau bersetuju bahawa siasatan itu perlu dijalankan tanpa sekatan.

“Sebuah pasukan antarabangsa perlu mempunyai akses sepenuhnya ke tempat pesawat itu terhempas.

“Dan tiada siapa pun patut mengganggu kawasan itu, atau mengalihkan sebarang serpihan, termasuk kotak hitam.

“Ini merupakan hari yang tragik, dalam tahun yang begitu tragik, bagi Malaysia.

“Sambil kita cuba memahami apa yang berlaku, doa dan harapan kita adalah untuk keluarga dan rakan mereka yang berada dalam penerbangan itu.

“Saya tidak dapat bayangkan apa yang sedang mereka alami pada saat-saat memilukan ini.

“Penumpang dan anak kapal penerbangan ini adalah dari banyak negara berbeza.

“Namun, hari ini, tanpa mengira kewarganegaraan, kita semua bersatu dalam kesedihan.

Laman Rasmi Pemuda UMNO Malaysia
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Pesawat MH17 Guna Laluan Betul – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyangkal dakwaan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 ditembak jatuh di Ukraine kerana menggunakan laluan larangan.
    
Beliau berkata laluan sama telah digunakan oleh beberapa pesawat syarikat penerbangan lain, dan “spekulasi mengatakan pesawat MH17 telah menggunakan laluan yang menjadi kawasan larangan adalah tidak benar.”

“Saya boleh sahkan bahawa laluan yang digunakan pesawat MH17 itu bukanlah ruang angkasa yang tidak dibenarkan oleh negara terbabit,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri istiadat sambutan Hari Pahlawan di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi di ibu negara.
    
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berangkat ke istiadat tersebut.
    
Hishammuddin berkata beliau difahamkan beberapa pesawat MAS serta penerbangan lain termasuk Thai Airways dan Pakistan International Airlines telah menggunakan lalulan sama selepas insiden tersebut.
    
“(Oleh itu) masalah laluan salah yang dihebahkan tidak boleh diterima,” tegasnya.
 
Pesawat Boeing 777 itu yang membawa 298 penumpang dan anak kapal sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia.
    
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak awal hari ini berkata pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu ditembak jatuh.
    
Penerbangan itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Belanda) pada Khamis dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada pukul 6.10 pagi (waktu Malaysia) pada Jumaat.
    
Hishammuddin yang juga Naib Presiden UMNO berkata Malaysia komited untuk bawa pesalah ke muka pengadilan jika benar pesawat MH17 ditembak jatuh.
    
“Kita akan buat apa sahaja untuk memastikan penjenayah yang bertanggungjawab itu akan dibawa ke muka pengadilan. Buat masa ni, penting untuk kita pastikan bahawa tidak ada tuduhan sebelum mendapat jawapan yang tepat,” katanya.
 
Dalam pada itu, Hishammuddin meminta pihak tidak bertanggungjawab menghentikan penyebaran sebarang spekulasi yang akan menjejaskan kelancaran penyiasatan tragedi tersebut.

“Apa sahaja perkara yang timbul perlu mendapat pengesahan. Yang penting kita ikut prosedur telah ditetapkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dan saya percaya Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai akan memaklumkan perkembangan terkini kepada orang ramai,” katanya.
    
Ditanya tentang bantuan logistik, beliau berkata kementerian tidak dapat membuat sebarang keputusan selagi siasatan masih dijalankan dan akan menghantar sebarang keperluan yang diperlukan kelak.

Laman Rasmi Pemuda UMNO Malaysia
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Pemuda UMNO Tanjong Buat Laporan Polis Terhadap Surendran

GEORGE TOWN, 21 April – Pemuda UMNO bahagian Tanjong hari ini membuat laporan polis terhadap naib presiden PKR N.Surendran kerana didakwa mengeluarkan kenyataan yang mempertikai kredibiliti sistem kehakiman negara.

Laporan itu dibuat Naib Ketuanya Mohd Yusmadi Mohd Yusof di Balai Polis Lebuh Pantai di sini. Beliau diiringi kira-kira 10 anggota Pemuda UMNO bahagian Tanjong dan Gerakan Rakyat Marhaen (Geram) Pulau Pinang.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Mohd Yusmadi berkata  polis perlu menyiasat kenyataan Surendran yang juga anggota Parlimen Padang Serai yang seolah-olah memperlekeh keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes liwat ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada 19 April lepas, sebuah portal berita menyiarkan kenyataan Surendran yang menyifatkan penghakiman mahkamah rayuan berhubung pencemaran bukti dalam kes liwat itu sebagai “bercanggah dengan common sense (sesuatu yang diterima akal)”.

“Tindakan Surendran itu seolah-olah memperlekehkan keputusan mahkamah rayuan dan menghasut rakyat untuk marah dan benci kepada sistem kehakiman negara,” kata Mohd Yusmadi.

Laman Rasmi Pemuda UMNO Malaysia
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Kesedaran Generasi Muda Terhadap Bidang Keusahawanan Meningkat

KUALA LUMPUR, 14 April – Kesedaran generasi muda terhadap potensi bidang keusahawanan semakin meningkat apabila bilangan mereka yang menceburi bidang itu bertambah setiap tahun, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Menurutnya, institusi pembangunan usahawan yang menyediakan pinjaman perniagaan menerima banyak permohonan daripada usahawan muda untuk mengembangkan perniagaan mereka dengan mengemukakan pelbagai rancangan kreatif.

“Dulu sewaktu saya jadi Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) memang susah kita nak dapat permohonan untuk pinjaman dalam kalangan usahawan muda.

“Tetapi, tahun lepas PUNB berjaya meluluskan pinjaman berjumlah RM14 juta kepada usahawan muda di bawah Skim Prosper Usahawan Muda (PUMA), melepasi sasaran RM10 juta yang ditetapkan,” katanya selepas menyampaikan anugerah Pertandingan PUNB Biz Plan Challenge 2013, di sini hari ini.

Sebanyak 12 usahawan muda yang mengemukakan 10 rancangan perniagaan menerima hadiah berupa geran perniagaan dengan nilai keseluruhan RM170,000.

Khairy berkata kementerian itu akan terus menggalakkan agensi seperti PUNB dan SME Bank untuk meningkatkan promosi skim pembiayaan perniagaan untuk golongan muda memandangkan keusahawanan adalah satu daripada empat teras pembangunan belia yang ditekankan kementerian.

“Pelbagai inisiatif telah disediakan kerajaan, jadi saya amat berharap agar golongan muda terutamanya bumiputera yang berminat untuk berniaga agar berani mengambil risiko, tidak mudah putus asa, berwawasan dan yakin pada kebolehan diri.

“Ini kerana bidang keusahawanan menjanjikan kedudukan ekonomi yang tinggi jika kita bijak dan berani merebut peluang apabila adanya laluan mencapai perkara tersebut,” tambahnya.

Laman Rasmi Pemuda UMNO Malaysia
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Sistem Pengundian Tidak Menjamin Peluang Belia Bumiputera Miliki Rumah

KUALA LUMPUR, 11 April – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pahang hari ini menyokong penuh cadangan yang diutarakan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia agar satu kajian semula terhadap sistem pengundian bagi skim perumahan mampu milik yang tidak menjamin kuota 30% belia bumiputera dapat dijalankan.

Ketua Penerangannya, Mohd Farid Mohd Nor berkata ini memandangkan dari segi majoriti, belia Bumiputera merupakan golongan yang paling sukar untuk memiliki rumah terutamanya di kawasan bandar disebabkan oleh faktor harga rumah yang tinggi dan ketidakupayaan untuk mendapatkan pembiayaan daripada pihak bank.

“Kegagalan memperoleh pembiayaan, sebagai contoh akan menyebabkan sesetengah daripada mereka yang terpilih melalui undian terbuka terpaksa membatalkan hasrat untuk memiliki rumah, sekaligus membuka ruang kepada yang lain, tanpa kuota 30%, tempat ini mungkin akan diisi oleh golongan yang lebih mudah mendapat pinjaman daripada pihak bank.

“Kita telah melihat banyak contoh dalam projek-projek perumahan swasta di mana lot-lot rumah kos rendah dan sederhana yang diperuntukkan kepada bumiputera diisi oleh bukan bumiputera dengan alasan bakal pembeli yang telah membuat tempahan awal gagal memperoleh pinjaman bank.

“Dengan penetapan kuota 30%, sekurang-kurangnya ada jaminan bahawa sekiranya pembeli terpilih gagal meneruskan hasratnya, ianya tetap diisi oleh pembeli lain di kalangan bumiputera,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lipis.

Tambahnya, Pemuda UMNO juga memahami hasrat saudara Chong Sin Wong, Ketua Pemuda MCA Pusat yang tidak bersetuju dengan cadangan penetapan kuota ini.

“Walaubagaimanapun kami menyeru agar beliau lebih realistik dan mengakui bahawa golongan bumiputera sememangnya menghadapi masalah yang cukup besar dalam memiliki rumah”, katanya.

Pada masa yang sama tegas beliau lagi sistem kuota tidak bercanggah dengan hasrat kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah memiliki rumah mampu milik kerana sememangnya rata-rata mereka yang tergolong dalam golongan ini adalah Bumiputera.

“Seharusnya Pemuda UMNO meminta kuota yang lebih besar namun kami memahami dan menghormati perasaan sahabat-sahabat pemimpin parti komponen yang turut menjaga kepentingan kaum masing-masing.

“Walaubagaimanapun, kami juga bersetuju dengan kenyataan saudara Chong agar  sistem saringan diperbaiki bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar layak sahaja diberi peluang untuk memiliki rumah mampu milik”, ujarnya.

Justeru tambah beliau, Pemuda UMNO Pahang tidak mahu ada golongan Bumiputera yang berkemampuan menidakkan peluang rakan-rakan mereka yang lain samada bumiputera atau bukan bumiputera yang lebih memerlukan.

Laman Rasmi Pemuda UMNO Malaysia
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Pemuda Desak Kerajaan DAP P.Pinang Tidak Naikkan Tarif Air

GEORGE TOWN, 4 April  - Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang mendesak kerajaan negeri supaya tidak meneruskan langkah menaikkan tarif air kerana ia akan menambah bebanan pengguna terutamanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Ketua pergerakan itu Rafizal Abd Rahim berkata tidak sampai setahun rakyat di negeri itu dibebani dengan kenaikan 100 peratus surcaj pemuliharaan air, kini mereka bakal berhadapan dengan kenaikan tarif air yang dijangka akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Katanya, tindakan kerajaan negeri itu jelas sekali bercanggah dengan manifesto DAP yang tidak akan menaikkan tarif air sekiranya pakatan pembangkang terus menerajui Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lepas.

“Sebelum ini kita telah dijanjikan (Ketua Menteri) Lim Guan Eng bahawa tidak akan berlaku kenaikan tarif air. Tetapi apabila beliau telah menang pada pilihan raya umum yang lalu, tarif air dijangka naik.

“Ini satu lagi janji palsu, lidah bercabang daripada pihak kerajaan negeri. Pemuda UMNO negeri mendesak agar kajian kenaikan tarif air ini tidak diteruskan dan walaupun diteruskan, kenaikan ini tidak akan berlaku,” katanya dalam siding akhbar di sini, Khamis malam.

Pada Rabu, Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri telah member kebenaran kepada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) untuk menjalankan kajian mengenai kenaikan tarif air sebagai langkah terakhir bagi mengurangkan penggunaan air di Pulau Pinang yang mencatatkan kadar tertinggi di Malaysia.

Lim yang juga pengerusi PBAPP berkata sekiranya tarif air di negeri ini dinaikkan, kadarnya masih merupakan yang terendah berbanding di negeri lain, iaitu RM0.31 bagi setiap 1,000 liter padu untuk 35,000 liter pertama.

Menurutnya langkah pendidikan dan surcaj penjimatan air yang dikenakan sebagai hukuman ke atas pengguna sebelum ini, gagal membendung sikap pembaziran air di negeri ini.

Laman Rasmi Pemuda UMNO Malaysia
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Isu Saman : Patutkah Presiden Pas Dibiar Terkontang Kanting?

KUALA LUMPUR 3 April – Pimpinan Pas hari ini patut dipersoalkan apabila seperti tidak berdaya untuk melakukan sesuatu bagi mempertahankan presiden mereka berhubung isu saman RM2 juta yang gagal mencapai kompromi meskipun membabitkan rakan pakatan mereka.

Bagi Exco Pemuda UMNO Malaysia Ustaz Mohd Azmir Youzaimi Mohd Yunos isu saman RM2 juta ini sepatutnya mampu diselesaikan terutama jaminan yang telah diberikan oleh Ketua Pembangkang sendiri kononnya boleh memujuk bekas calon PKR DUN Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin untuk menarik balik saman tersebut.

Tegas beliau lagi pimpinan Pas sepatutnya membuat satu desakan kuat untuk Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum PKR untuk mengarahkan ahli parti itu menghormati Presiden Pas

“Jika kita melihat dan memperhalusi isu ini secara mendalam, macam ada sesuatu yang tidak kena antara mereka di kalangan pimpinan pembangkang tersebut.

“Secara logiknya amat mustahil perkara berkenaan tidak dapat diselesaikan sesama sendiri. Yang saman ahli PKR… apakah Anwar selaku Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum PKR begitu lemah untuk menasihatkan ahlinya menarik balik saman. Seperkara lagi mana suara panglima-panglima Pas hingga presiden mereka terkontang kanting berdepan isu ini “, katanya kepada UMNO-online, di sini hari ini.

Mahkamah Tinggi sebelum ini menetapkan 14 April ini bagi memutuskan permohonan mengetepikan perintah penghakiman ingkar, Mohd. Shamsul Mat Amin terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Keputusan itu dibuat selepas Timbalan Pendaftar, Mohamad Nasrudin Mohamed memberi tempoh kepada plaintif, Mohd. Shamsul yang diwakili peguam A. Vasudevan untuk memfailkan afidavit jawapan terhadap afidavit yang dikemukakan oleh pihak defendan.

Bagaimanapun defendan Abdul Hadi tidak hadir ke mahkamah dan hanya diwakili peguamnya, Asmuni Awi.

Ustaz Azmir yang juga Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO seterusnya percaya isu berkenaan akan menjadi kudis kepada hubungan antara kedua-dua parti berkenaan.

“Mana Presiden Pas nak letak muka…mana penyokong serta pendokong mereka nak letak muka.Perkara ini menjadi bualan sesama mereka.. tak mungkin mereka tiada perasaan langsung,” soalnya.

Bekas calon PKR DUN Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin dilapor tidak akan menarik balik saman sebanyak RM2juta terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurut Mohd Shamsul beliau tidak akan berganjak dengan pendiriannya berikutan kegagalan pihak Abdul Hadi bersemuka dan berbincang untuk mencari jalan penyelesaian secara baik berhubung persoalan yang begitu serius menyentuh kehidupannya dan keluarga.

Laman Rasmi Pemuda UMNO Malaysia
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Pegawai Tourism Malaysia Dipenjara 10 Bulan, Isteri 14 Bulan

KUALA LUMPUR, 28 Mac – Mahkamah Daerah Solna di Stockholm menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan ke atas Pegawai Tourism Malaysia di Sweden Azizul Raheem dan 14 bulan terhadap isterinya, Shalwati Norshal kerana mendera anak-anak mereka pada Disember tahun lepas.

Pengerusi Sukarelawan Peguam Untuk Semua (Sukaguam) Datuk Khairul Anwar Rahmat, ketika dihubungi hari ini, mengesahkan perkara itu.

Katanya, beliau dimaklumkan perkara itu oleh wakil Sukaguam yang hadir di mahkamah ketika prosiding jatuh hukum terhadap pasangan berkenaan pada kira-kira 6 petang (waktu di Stockholm 11 pagi).

Khairul berkata pasangan itu berdepan hukuman penjara minimum enam bulan dan maksimum enam tahun dan berdasarkan perkembangan terkini, mereka dijangka bebas hujung tahun ini.

Kedua-duanya ditahan reman sejak 18 Dis lepas.

Beliau berkata Sukaguam akan menasihati anggota keluarga serta kerajaan Malaysia untuk mengemukakan rayuan.

Khairul berkata di bawah undang-undang Sweden, Azizul dan Shalwati mempunyai tempoh tiga minggu untuk memfailkan rayuan.

Shalwati dan Azizul didakwa mengasari dan mencabuli integriti anak-anak mereka dengan memukul serta mendera kanak-kanak terbabit di kediaman pasangan itu di Spånga antara 15 Sept 2010 dan 17 Dis 2013.

Shalwati, seorang guru yang sedang bercuti tanpa gaji, dan suaminya ditahan reman selepas memukul tangan seorang anak mereka kerana tidak bersolat.

Keempat-empat anak pasangan itu, Aishah, 14, Ammar, 12, Adam, 11 dan Arif, 7, yang sebelum ini ditempatkan di bawah jagaan keluarga angkat bukan beragama Islam di Sweden kerana kes itu, telah diserahkan kepada Kedutaan Malaysia di Stockholm pada 30 Jan lepas.

Kesemua anak pasangan itu pulang ke Malaysia pada 31 Jan lepas dan kini dijaga oleh bapa dan emak saudara mereka di Kelantan.

Laman Rasmi Pemuda UMNO Malaysia
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Tragedi MH370 Tidak Jejas Nama Baik Malaysia Pada Penganjuran Sukan F1 – Khairy

KUALA TERENGGANU, 27 Mac – Penganjuran sukan permotoran Formula Satu (F1) yang akan berlangsung mulai esok di Sepang tidak akan menjejaskan nama baik Malaysia walaupun ia dijangka berlangsung dalam keadaan suram berikutan tragedi kehilangan Malaysia Airlines MH370.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata masyarakat dunia telah sedia maklum yang Malaysia masih lagi berkabung memperingati tragedy menyayat hati itu.

“Walaupun tanpa penganjuran konsert dan acara sampingan lain, kita yakin perlumbaan yang akan bermula Jumaat ini tetap menjadi perhatian peminat sukan permotoran itu,” katanya pada majlis santai minum petang bersama Pergerakan Pemuda UMNO Kuala Nerus di sini hari ini.

Khairy sebelum ini meminta semua penganjur acara sukan menghormati tragedy kehilangan MH370 dengan mengadakan majlis secara sederhana.

Katanya acara sukan utama yang dirancang sebelum ini seperti kejohanan golf Piala EurAsia yang berlangsung selama tiga hari di Glenmarie Golf and Country Club serta Anugerah Dunia Sukan Laureus berjalan seperti biasa.

Laman Rasmi Pemuda UMNO Malaysia
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Peratusan Mengundi Merosot Bukti Rakyat Tidak Suka Demokrasi Dipermainkan

KUALA LUMPUR, 25 Mac – Peratusan mengundi yang merosot dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang bukti pengundi di kawasan itu tidak suka demokrasi dipermainkan oleh sesetengah pihak.

Bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, perkara itu terbukti apabila jumlah yang mengundi merupakan terendah dalam sejarah PRK di semenanjung.

“Baru Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pilih wakil rakyat, sekarang ni hendak keluar lagi mengundi kerana wakil rakyat yang mereka undi meletak jawatan  sewenang-wenangnya, tanpa berunding dengan pengundi mereka.

“Paling serius saya merasa terbukti di PRK Kajang ini adalah rakyat menjadi jemu,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri program Ruang Bicara di Bernama TV, Isnin malam.

Sejumlah 28,314 pengundi atau 72 peratus daripada keseluruhan 39,278 pengundi berdaftar, mengundi pada Ahad.

Jumlah itu menurun sebanyak 16 peratus berbanding 88.4 peratus pada PRU13, Mei tahun lepas.

Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang meraih 16,741 undi berbanding 11,362 undi calon Barisan Nasional Datin Paduka Chew Mei Fun, dengan majoriti 5,379 undi.

Sementara itu, Datuk Wan Ahmad menyokong cadangan sesetengah pihak supaya mana-mana wakil rakyat yang melepaskan jawatan tanpa alasan yang kukuh dikenakan tindakan.

“Wajarlah perundangan dikaji semula supaya tidak membazir wang rakyat, membazir masa, tenaga dan tidak memperlekehkan pilihan rakyat.

“Kalau tidak berwaspada, cara peletakan jawatan seperti di Kajang ini akan terjadi lagi,” katanya.

Beliau mencadangkan jika benar seseorang wakil rakyat ingin melepaskan jawatan tanpa sebab yang kukuh, mereka hanya boleh berbuat demikian selepas tiga tahun berkhidmat.

“Selepas tiga tahun, tidak perlu lagi diadakan PRK. Kawasan itu akan ‘ditanggung’ oleh parti berkenaan. Maka tidak perlu mengeluarkan belanja sejuta ke dua juta untuk membuat PRK,” katanya.

PRK Kajang diadakan selepas penyandangnya Lee Chin Cheh meletakkan jawatan secara mengejut pada 27 Jan lepas.

Laman Rasmi Pemuda UMNO Malaysia
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Perubahan Calon Lawan Tak Ubah Strategi BN Dekati Rakyat

KUALA LUMPUR, 10 Mac –  Barisan Nasional (BN) tidak akan mengubah strategi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang semata-mata parti lawan menukar calon mereka, kata Khairy Jamaluddin.

Pengerusi Pemuda BN itu berkata pencalonan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi menggantikan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan memberi kesan besar kepada jentera BN kerana fokus kempen tetap sama, iaitu memperkenalkan calon, menerangkan dasar kerajaan serta memperjelaskan isu dibangkitkan lawan.

“Sama ada calon itu suaminya atau isteri, persiapan tetap sama, kita nak pastikan bahawa (calon BN Datin Paduka) Chew (Mei Fun) dapat jumpa seramai mungkin pengundi bagi jelaskan sebarang perkara yang perlu diberi penekanan.

“Strategi tidak akan berubah semata-mata ada perubahan calon di pihak lawan, siapa pun mereka, kita akan teruskan kempen untuk promosikan calon yang diketengahkan parti,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pemuda BN di Menara Dato Onn di sini Isnin.

Pada Ahad, Anwar yang tidak boleh bertanding selepas dijatuhi hukuman penjara lima tahun setelah didapati bersalah pertuduhan meliwat oleh Mahkamah Rayuan pada Jumaat lepas, mengumumkan Dr Wan Azizah sebagai calon baharu mewakili parti itu bagi pilihan raya kecil itu yang dijadualkan berlangsung 23 Mac.

Berhubung penarikan diri bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim, Khairy berkata sama ada Zaid bertanding atau tidak, BN tidak mengharapkan calon ketiga untuk mendapat sebarang kelebihan.

Beliau berkata kebergantungan kepada calon ketiga merupakan pendekatan tidak optimis, sedangkan BN lebih menekankan kepada pengundi mengundi kerana mereka meyakini BN, bukannya disebabkan dakwaan calon ketiga pecahkan undi parti lawan.

Mengenai bentuk kempen BN yang sebelum ini dikatakan lebih terarah kepada usaha menghalang Anwar daripada menjadi Menteri Besar Selangor, Khairy berkata soal itu tidak timbul kerana keputusan bertanding lebih kepada usaha menawarkan seorang wakil rakyat yang lebih dedikasi dalam memperjuangkan nasib penduduk Kajang.

Dalam perkembangan lain, Khairy meminta Pemuda BN di seluruh negara mendoakan keselamatan penumpang pesawat MH370 yang masih hilang termasuk mengadakan solat hajat bagi yang beragama Islam.

Laman Rasmi Pemuda UMNO Malaysia
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Isu Saman RM2 Juta Bakal Ubah Skrip Pas Di Kajang

KUALA LUMPUR 27 Feb – Sudahlah bakal melepas jawatan Menteri Besar Selangor, kini Presiden Pas pula dikenakan saman RM2 juta… inilah yang dikatakan nasib Lebai Malang dan inilah juga nilai sebenar Pas di sisi pakatan pembangkang.

Merumus keadaan itu Exco Pemuda UMNO Malaysia, Shahril Hamdan berkata Pas jelas dipermainkan sekutunya meskipun mempunyai jumlah kerusi yang besar di Selangor selain jentera parti yang mantap berbanding PKR dan DAP.

Menurut beliau di kalangan pimpinan Pas sendiri termasuklah di akar umbi terutamanya semakin sedar ada sesuatu yang tidak kena dengan kerjasama mereka bersama pakatan pembangkang

“Sebab itu kita melihat Pas akan terus berputih mata kerana sikap mereka yang masih kurang cerdik dengan permainan politik rakan pakatan mereka.

“Ada kemungkinan mereka sedar dengan permainan politik rakan pakatan mereka tetapi mereka tidak jumpa jalan untuk melepaskan diri dari jerat yang telah mengikat mereka,” katanya  di sini, hari ini.

Beliau seterusnya percaya Pas sedar mereka dilayan sebagai penumpang di dalam pakatan pembangkang namun mereka masih menyimpan harapan mampu bermain padang yang setakat ini tidak menyebelahi mereka.

“Kita yakin drama Kajang sebagai satu lagi ujian penting buat Pas.  Berdasarkan beberapa kenyataan Pas sebelum ini berhubung Projek Kajang ini kita percaya Pas juga telah mempunyai skrip dan strategi mereka sendiri.  Perlu diingat bahawa Pas berulang kali menyatakan mereka hanya berminat dalam pilihan raya kecil DUN Kajang tetapi sama sekali tidak mahu menyentuh soal jawatan Menteri Besar.

“Isu terbaru saman RM2 juta ini bolehlah kita sifatkan sebagai sebahagian daripada skrip yang akan diambil kira Pas dalam merencanakan gerakan mereka di Kajang. Kita tunggu dan lihat,” ujarnya. 

Laman Rasmi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Polemik Video Teresa Tidak Menyumbang Pembangunan Negara – Khairy

KUALA LUMPUR 8 Feb – Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menepis dakwaan bahawa pergerakan itu tidak bersuara mengenai polemik isu klip video sempena Tahun Baharu Cina oleh pemimpin DAP, Teresa Kok.

Menurut beliau Pemuda Wilayah Persekutuan antara yang pertama membuat laporan polis berhubung isu berkenaan dan sewajarnya polemik tersebut tidak seharusnya dibiarkan berlarutan.

“Secara peribadi ‘bad comedy’……Sepatutnya beliau tidak merakamkan video seperti itu dan bagi saya tindakan untuk minta supaya dia ditampar dan diberikan tawaran wang ringgit untuk ditampar itu pun keterlaluan juga. Ye betul ramai marah…..dua-dua pun salah. Dalam masa yang sama, Pemuda Wilayah antara yang pertama buat laporan polis. Kalau kata Pemuda tak menyuarakan pun tak betul.

“Ramai yang dah buat laporan polis…kenalah beri penjelasan. Kalau tak benda ini akan berlarutan. Benda ini tidak menyumbang kepada pembangunan negara.

“Bagi jawapan apa hasil siasatan…jelaskan supaya kita tahu. Sampai tahap ada orang nak ‘sepok’ Teresa, saya tidak setuju….tidak mencerminkan agama Islam dan budaya Melayu. Kalau tanya saya, Teresa Kok punya Video pun tak betul, yang nak buat benda tu pun tak betul. Dua-dua tak betul.,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Aspirasi dan Kepimpinan Nasional bertemakan ‘Mengupayakan Generasi Malaysia’ di sini hari ini.

Lebih 700 peserta yang terdiri daripada mahasiswa dalam dan luar negara serta para belia lain menyertai simposium berkenaan yang kali kedua diadakan. Kali pertama diadakan pada tahun lalu.

Dalam perkembangan lain, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata penamaan calon bagi 119 kerusi Parlimen Belia Malaysia (PBM) akan berlangsung akhir bulan ini sementara pengundian pula diadakan Mac ini, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata 200,000 belia berusia antara 18 hingga 40 tahun telah berdaftar sebagai pengundi dan proses pengundian itu akan berlangsung selama seminggu.

“Persidangan pertama PBM dijangka diadakan pada April. Saya harap ramai calon akan bertanding, terutama belia yang tidak pernah terlibat dengan sebarang persatuan. Gunakan medium ini untuk membentuk kepimpinan,” katanya.

Laman Rasmi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Anwar Pemimpin Dunia, Tapi Jepun “Reject” Tak Bagi Masuk

Lawak!!! Ingat hanya seorang dua yang perasan, rupanya ramai yang ketawa terbahak-bahak dengan kenyataan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali semalam yang menyifatkan ‘Bapa Sandiwara Negara’Anwar Ibrahim sebagai ‘Pemimpin Bertaraf Dunia’.

Menurut Azmin, Ketua Pembangkang itu di perlukan oleh banyak negara di dunia terutamanya di Timur Tengah.

“Saya sudah kenal lama Anwar. Sudah lebih 30 tahun, dia seorang pemimpin bertaraf dunia dan akan menjadi wakil rakyat penduduk di Kajang. Dia (Anwar) bukan diperlukan di Malaysia sahaja, tetapi dia pemimpin dunia.. negara Islam di Timur Tengah pun memerlukan Anwar.

“Jadi orang Kajang harus bersyukur kerana pemimpin dunia turun sini berjuang,” ujarnya ketika menyampaikan ucapan pada sesi Taklimat Jentera Pilihan Raya PRK N25 Kajang di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Sekamat semalam.

Ada yang mengatakan, kenyataan Azmin itu agak keterlaluan kerana cuba membodek Anwar dengan meletakkannya di tempat yang tidak sepatutnya. Namun ramai juga yang beranggapan kenyataan tersebut lebih bersifat untuk menyindir atau dalam bahasa mudah ‘pukul dalam senyap’.

Ini kerana Azmin yakin dan sedar, kenyataannya itu akan menyebabkan semakin ramai yang akan mentertawakan Anwar sekali gus menyebabkan imej dan maruah Ketua Umum PKR itu semakin tercalar.

Masakan tidak, pertengahan bulan yang lalu masyarakat di negara ini tiba-tiba gempar dengan laporan berita mengenai Anwar yang dihalau pulang kerana pihak imigresen Jepun tidak membenarkannya masuk ke negara itu.

Demi untuk mengelakkan maruahnya dari tercalar, Anwar cuba menyalahkan kerajaan Malaysia yang dikatakan menjadi dalang kerana berpakat dengan kerajaan Jepun untuk memalukannya.

Namun semua tuduhan yang tidak berasas itu, kembali menimpa dirinya, apabila jurucakap kedutaan Jepun di negara ini menjelaskan masalah itu berpunca dari Anwar sendiri, yang gagal untuk memohon dan mengemukakan visa perjalanan.

Rentetan daripada itu, masyarakat Malaysia mula mentertawakan Anwar yang jelas telah memperbodohkan dirinya sendiri. Di laman media-media sosial pula, penuh dengan watak-watak animasi Jepun seperti Doraemon, Ultraman, Kesatria Baja Hitam dan banyak lagi yang dijadikan bahan lawak jenaka ekoran insiden yang memalukan itu.

Kesimpulannya, tindakan Azmin mengatakan Anwar adalah pemimpin dunia bukanlah untuk memuji jauh sekali untuk membodek, tapi merupakan serangan hendap bagi mengajarnya.

Ini kerana, tindakan Anwar untuk bertanding di Dun Kajang hanya bertujuan untuk membunuh peluang Azmin yang telah lama mengidamkan jawatan tersebut. Malah kehadiran Anwar di Selangor juga bakal menyebabkan Azmin hilang pengaruh sekali gus mengelakkannya menggunakan pimpinan PKR negeri untuk mengugut Anwar seperti yang pernah dilakukan sebelum ini.

Ertinya Azmin sedar, Anwar cuba membunuh 2 ekor burung, dengan menggunakan satu batu. Selain membunuh Khalid yang dilihat tidak cekap, Anwar sudah pasti akan mampu menghalang atau paling tidak mengurangkan pengaruh politik Azmin yang suatu ketika dahulu pernah dilihat sebagai ‘anak emas’ atau bakal pengganti kepada Anwar.

isuhot.com

Laman Rasmi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Source Blog

Pemuda UMNO Kota Kinabalu Tidak Mahu ADUN Likas Hanya Memohon Maaf

KOTA KINABALU, 24 Jan – Pemuda UMNO Kota Kinabalu hari ini menuntut anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Likas Junz Wong bertindak lebih jauh daripada sekadar memohon maaf kerana kerosakan serius yang berlaku akibat dakwaan palsunya berhubung serangan di Suria Sabah Mall baru-baru ini, termasuk terhadap imej bandar raya ini.

Ketuanya Mohd Bahrin Abd Karim berkata oleh kerana Junz membuat tuduhan yang amat berat melalui Internet, maka tindakannya memohon maaf semata-mata adalah tidak memadai.

“Memandangkan beliau begitu prihatin tentang keselamatan di bandar raya ini, maka beliau perlu membuat laporan polis terhadap wanita muda berkenaan atau mereka yang menyiarkan gambar melalui Internet kerana perbuatan itu menimbulkan kegelisahan orang dari merata tempat.

“Malah, ada orang menyangka pusat beli-belah itu cuba menyembunyikan rompakan yang berlaku apabila pihak pengurusannya memberitahu bahawa mereka tidak dapat mengesan sebarang tanda berlakunya kejadian jenayah dalam system pengawal keselamatan mereka,” katanya dalam kenyataan di sini.

Mohd Bahrin berkata dalam kenyataan sebelum ini, Junz mendakwa beliau cuba mendapatkan penjelasan daripada ‘mangsa’, tetapi tidak berhasil, sedangkan beliau menulis dalam Internet bahawa seorang remaja yang baru tamat pengajian Tingkatan Enam dirompak di tandas tingkat bawah tanah pusat beli-belah itu pada kira-kira pukul 7.10 malam 6 Jan.

Semalam, sebuah akhbar tempatan melaporkan bahawa seminggu selepas gambar tangan seorang wanita berusia 20 tahun cedera ditetak dalam satu cubaan merompak, yang didakwa berlaku di Suria Sabah Shopping Mall, tersebar dengan meluas melalui Internet, wanita itu akhirnya mengaku bahawa cerita itu hanya dibuat-buat.

Laman Rasmi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Source Blog

Pemuda UMNO Ke Sweden Bantu Pasangan Dan Anak

SEPANG, 24 Jan – Pemuda UMNO dan Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam) berlepas ke Sweden malam ini bagi membantu kes pasangan Malaysia yang ditahan pihak berkuasa negara itu.

Rombongan itu disertai Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO Sheikh Nafiq Alfirdaous dan wakil Wisma Putra.

Sheikh Nafiq berkata pihaknya akan berada di Sweden sehingga 30 Jan untuk melihat secara jelas perkembangan terkini kes itu selain cuba membantu dari sudut tertentu.

“Tujuan kita ke sana bukan untuk mengganggu proses siasatan tetapi cuba mencari jalan bagi membantu membawa balik kanak-kanak itu sementara tunggu perbicaraan ibu bapa mereka selesai,” katanya kepada pemberita.

Pasangan berkenaan, Azizul Raheem Awalludin dan isteri, Shalwati Norshal, seorang guru yang sedang bercuti, ditahan reman sejak 18 Dis bagi membantu siasatan kerana dikatakan memukul tangan anak mereka kerana tidak solat.

Empat anak mereka, berusia antara tujuh dan 14 tahun, kini tinggal bersama keluarga angkat yang disediakan oleh perkhidmatan masyarakat negara itu.

Sheikh Nafiq berkata pihaknya mengharapkan doa dan sokongan rakyat Malaysia dalam misi berkenaan selain melahirkan penghargaan kepada pelbagai badan bukan kerajaan dan agensi kerajaan yang telahpun membantu mendapatkan perkembangan kes itu sebelum ini.

Laman Rasmi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Source Blog

Kontroversi Tuntutan Maaf, Pemuda Pas Harus Buktikan Mereka Bukan Harimau Sarkas

KUALA LUMPUR 19 Dis – Apa sudah jadi dengan status tempoh lima hari yang diberikan Dewan Pemuda Pas kepada Penasihat DAP, Karpal Singh berhubung kontroversi yang berlaku sebelum muktamar agung Pas baru-baru ini.

Tentu ramai yang masih lagi tertanya-tanya dan keliru pun mungkin ada gara-gara kontroversi tersebut tiada titik noktah sehingga ke hari ini kerana umum mengetahui perkara tersebut kecoh pada satu ketika.

Ketika diajukan perkara ini kepada Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia, Jamawi Jaafar, beliau berkata Pemuda Pas sewajarnya perlu mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kontroversi tersebut.

“Ya betul….soalan-soalan seperti di atas tentunya akan bermain di fikiran orang ramai khususnya ahli mereka sendiri. Mungkin saya boleh tambah akan ada juga pertanyaan apakah Pemuda Pas sudah mengaku kalah atau amaran kepada Karpal itu hanya sekadar gimik politik menjelang pemilihan muktamar mereka.

“Sebetulnya dan seharusnya ada satu kenyataan rasmi mengenainya dikeluarkan. Saya tidak berniat untuk mencampuri urusan parti mereka tetapi apabila dibuat sidang akhbar dan sebagainya, ia sudah pasti menarik tumpuan umum,” katanya.

Sebelum ini, bekas Naib Ketua Dewan Pemuda Pas, Dr. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob mempertahankan dakwaannya sebelum ini bahawa Pengerusi DAP, Karpal Singh berbohong apabila menafikan beliau meminta pendaftaran Pas dibatalkan.

Sehubungan itu, Raja Ahmad Iskandar menegaskan, Dewan Pemuda Pas mendesak kepemimpinan DAP mengarahkan Karpal meminta maaf kepada Pas dalam tempoh lima hari bermula Isnin ( 18 Nov).

Mengulas lebih lanjut Jamawi seterusnya menambah sikap berdiam diri Pemuda Pas hanya memperlihatkan mereka cuba bermain sandiwara di hadapan penyokong dan ahli mereka

“Sekali  lagi kita nyatakan bahawa kita bukan mahu masuk campur urusan mereka tapi kita juga mahu tahu status amaran itu. Apakah Pemuda Pas masih berminat meneruskan amaran itu kepada Karpal atau pun mereka sudah sedar hakikat bahawa Pas sebenarnya tidak mampu untuk bersuara atau menegur DAP.

“Jika Pemuda Pas lebih berminat berdiam diri maka tak salah kalau rakyat melabelkan Pas seperti harimau sarkas yang hanya layak dipermainkan buat tontonan ramai,” ujarnya.

Laman Rasmi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Source Blog

Copyright © 2013. All Rights Reserved.