Umno Blogger Directory

Mukhriz

Ulang tahun UMNO kukuhkan parti

KUALA LUMPUR 7 Mei – Pembaharuan tekad dalam kalangan ahli untuk memperkukuh UMNO mengikut peredaran zaman seharusnya menjadi agenda utama parti itu yang menyambut ulang tahun penubuhan ke-68 pada Ahad ini.

Beberapa pemimpin UMNO menyifatkan, semua ahli wajar mempertingkatkan semangat dan daya juang mereka ke arah memperkasakan parti terbesar orang Melayu itu terutama dalam mendepani pelbagai cabaran pada masa depan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Moha­med Khaled Nordin berkata, kualiti ahli merupakan antara aspek yang dapat menyumbang kepada pengukuhan UMNO.

“Kita perlu mempunyai ahli yang mampu membuatkan parti ini terus relevan dan sesuai dengan peredaran zaman,” katanya seperti dipetik menerusi wawancara bersama Media UMNO di www.umno-online.my hari ini.ulangtahun UMNO

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, peringkat akar umbi UMNO sebagai tunjang kekuatan parti itu perlu bekerja lebih keras dalam menghadapi cabaran mendatang.

Beliau berkata, komitmen peringkat berkenaan dapat memastikan kekuatan UMNO terus dipertahankan.

“Bersempena hari ulang tahun UMNO, marilah kita bersatu dan bekerja lebih kuat untuk memastikan parti bertuah ini terus diperkasakan,” katanya.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob pula menyeru seluruh lapisan parti berkenaan memperbaharui tekad kerana keadaan politik pada masa ini berbeza daripada dahulu.

“Kita mesti mencari jalan berhubung kaedah-kaedah untuk mengukuhkan parti dan yang penting memahami apakah masalah dihadapi sekarang supaya boleh mencari jalan penyelesaian,” katanya.

Pandangan sama disuarakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang menyeru kepada seluruh kepimpinan, ahli dan pendokong UMNO supaya menjadikan ulang tahun ke-68 parti itu sebagai medan memperkukuh serta meningkatkan keupayaan parti sebagai pembela rakyat.

Dalam pada itu, Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menasihatkan ahli dan kepimpinan parti agar tidak leka dengan segala kejayaan yang dicapai bersama UMNO dalam membangunkan negara ini.

“Kita tidak boleh menganggap kejayaan ini boleh kekal lama jika tiada usaha untuk mengekalkannya. Justeru, kita perlu mempertingkatkan perpaduan dalam kalangan ahli selain berusaha mengukuhkan parti,” katanya.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Mas Ermieyati Samsudin pula berkata, dalam usia menjangkau 68 tahun, banyak sumbangan ahli dan pemimpin UMNO dalam memastikan tradisi membela rakyat, namun perubahan sikap juga perlu dilakukan demi kebaikan parti berkenaan.

“Kita tidak mahu lagi ada ‘cah keting’ sesama ahli, perasaan dengki atau tikam dari belakang. Ini perlu dilihat daripada skala yang besar iaitu untuk masa hadapan,” katanya yang turut dipetik dalam laman portal berkenaan baru-baru ini.

 


Mukhriz Mahathir
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Kerajaan Pusat Diminta Semak Semula Akta Penanam Padi

ALOR SETAR, 1 April (Bernama) — Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir meminta kerajaan pusat menyemak semula Akta Penanam Padi (Mengawal Sewa dan Menjamin Pemegangan) 1967 supaya dapat memberi manfaat sepenuhnya kepada penyewa tanah sawah dan tuan tanah.

Beliau berkata ini kerana peruntukan dalam akta yang sedia ada sudah lapuk dan tidak lagi relevan dengan situasi semasa.

“Akta ini semacam sudah kehilangan fungsi dan saya difahamkan, sejak diperkenalkan pada tahun 1955, hanya sekali akta berkenaan dipinda iaitu pada tahun 1967.

“Petani (tuan tanah) dikatakan lebih gemar menyediakan perjanjian sendiri yang tentunya tidak memihak kepada penyewa kerana kadar sewa yang dikenakan agak tinggi,” katanya pada majlis Serah Wang Ihsan kepada anggota pengasas Lembaga Kemajuan Penanam-penanam Padi Kedah di Wisma Darul Aman, di sini Selasa.

Beliau berkata, selain kadar sewa yang tidak seragam, perjanjian yang dibuat antara tuan tanah dan penyewa itu juga tidak terkawal dan selalunya berat sebelah.

Sehubungan itu Mukhriz meminta Persekutuan Penanam-Penanam Padi Kedah

tampil membantu dengan memberikan saranan dan idea bernas untuk terus menjaga kepentingan penyewa dan tuan tanah.

“Barangkali perlu diadakan seminar atau forum khas mengenainya oleh Persekutuan Penanam-Penanam Padi Kedah,” katanya.

Sementara itu katanya, kerajaan akan sentiasa memastikan sektor pertanian dilonjak menjadi sektor berpendapatan tinggi dan memberi pulangan yang lumayan kepada rakyat.

Beliau berkata, sehubungan itu semua jabatan dan agensi yang terlibat diminta berusaha gigih dengan melibatkan kesemua rantaian nilai sektor pertanian bagi meningkatkan pendapatan golongan petani.

– BERNAMA


Mukhriz Mahathir
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Selamat Menyambut Hari Songkran

Selamat menyambut Hari Songkran kepada seluruh rakyat Kedah berketurunan Siam. Semoga kedatangan tahun baharu ini menyemarakkan semangat dan sinar baharu  kepada seluruh masyarakat Siam di Negeri Kedah Darul Aman. Kerajaan menyanjung tinggi dan mengiktiraf sumbangan seluruh masyarakat Siam dalam usaha membangun dan memajukan Negeri Kedah selama ini. Saya berharap masyarakat Siam akan terus mendokong serta menyokong usaha kerajaan untuk memacu transformasi ke arah menjadikan Kedah sebuah negeri yang aman lagi makmur.

Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri akan berusaha membantu untuk memaju dan membangunkan masyarakat Siam dalam semua bidang supaya dapat bergerak seiring dengan masyarakat kaum lain di Negeri Kedah.

Selamat Menyambut Hari Songkran.

DATO’ SERI HAJI MUKHRIZ TUN MAHATHIR
Menteri Besar Kedah Darul Aman

Tarikh: 11 April 2014 (Songkran disambut Ahad ini, 13/4/14)


Mukhriz Mahathir
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

HAPPY SONGKRAN 2014

Web


Mukhriz Mahathir
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Bina rumah secara pukal

Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) akan mempertimbangkan cadangan untuk membina rumah secara pukal sebagai sebahagian daripada pendekatan baharu dalam menghasilkan rumah yang lebih berkualiti dan tersusun.

Pengerusinya, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, pendekatan itu sama sekali berbeza berbanding sebelum ini di mana pihaknya membina rumah di atas tanah milik individu yang ada ketikanya menimbulkan masalah ekoran perbalahan keluarga.

“Oleh itu, saya cadangkan tadi mungkin lebih elok jika kita buat seperti kampung tersusun atau taman perumahan di mana rumah dibina secara pukal di tapak luas.

“Apabila rumah dibina secara pukal, kita yakin akan berlaku penjimatan sekali gus membolehkan KEDA membina rumah yang lebih berkualiti untuk didiami oleh masyarakat berpendapatan rendah,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah KEDA di Bangunan Tunku di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ibrahim Muhamad; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Puat Mohd. Ali dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Azmi Che Hussain.

Menurut Mukhriz, sebelum ini pembinaan rumah secara pukal seperti dicadangkan itu pernah dilaksanakan di Kupang, Baling.

“Tindakan itu tampak memberi lebih manfaat di mana lebih banyak rumah dapat dibina secara serentak demi memenuhi permintaan tinggi daripada rakyat negeri ini,” ujarnya.

Sementara itu, Mukhriz dalam ucapannya berkata, setakat ini KEDA mempunyai rekod cemerlang dengan telah membangunkan 58 buah kampung yang dilengkapi dengan kemudahan asas.

“Daripada jumlah itu, hampir 15,000 buah rumah telah dibina untuk golongan yang memerlukan. Jumlah itu belum mengambil kira pembinaan rumah-rumah untuk keluarga termiskin di bawah Program Bantuan Rumah (PBR).

“Selain itu, peranan KEDA juga amat menyerlah dalam menyediakan kemudahan infrastruktur di kawasan-kawasan pedalaman,” katanya.


Mukhriz Mahathir
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Program Muhabbatul Rasul

Semua dijemput hadir untuk bersama-sama bersalawat dan menambah ilmu agama mendengar tazkirah dan ceramah dari Dato Mufti dan Ustaz Kazim

 


Mukhriz Mahathir
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Sekitar Malam Muhabbatur Rasul

Program yang berjalan dengan lancar dan jayanya dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat memenuhi Stadium Darul Aman. Dato Seri Mukhriz bersama-sama rakyat dari awal sehingga akhir program.

Hadir sama ialah Dato Mufti Negeri Kedah yang juga berada bersama dari mula hingga akhir.

Dendangan nasyid-nasyid berkumandang kedengaran yang juga disiarkan melalui TV AlHijrah.  Kehadiran yang amat memberangsangkan menunjukkan bahawa rakyat Kedah sangat teruja untuk bersama-sama program seperti ini.

Semoga diberkati.

Disiarkan gambar-ambar sekitar program tersebut.

IMG_7813

IMG_7772 IMG_7773

IMG_7774 IMG_7778 IMG_7779 IMG_7780 IMG_7781 IMG_7782 IMG_7783 IMG_7784 IMG_7785 IMG_7786 IMG_7788 IMG_7794 IMG_7795 IMG_7797 IMG_7798 IMG_7805 IMG_7806 IMG_7803


Mukhriz Mahathir
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

DS Mukhriz Bersalawat Bersama Rakyat

MALAM kelmarin bertempat di Stadium Darulaman Alor Setar berlangsung Malam Mahabbatur Rasul Kedah Berselawat dengan kehadiran kira-kira 40,000 umat Islam dari seluruh pelosok negeri ini untuk menzahirkan kecintaan kepada junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.

Majlis dihiasi dengan alunan qasidah dan selawat diketuai tokoh qasidah terkenal Indonesia, Habib Syech As Seggaf usai perarakan peserta pada lewat petang yang diketuai Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Tazkirah ulama yang hadir pada majlis ilmu tersebut sangat berharga kepada mereka yang hadir dan begitu juga lantunan qasidah dan selawat yang bergema menjadi pengisian yang sangat bermakna.

Pun begitu di sebalik niat kerajaan negeri Kedah memperbanyakkan usaha dakwah dan tarbiah kepada masyarakat Islam di negeri ini seperti program tersebut masih ada suara-suara sumbang dalam kalangan pemimpin pembangkang menuduhnya sekadar percaturan politik demi meraih sokongan rakyat.

Tanpa segan-silu, ada yang sanggup menggelar Mukhriz dengan pelbagai nama dan apa yang menyedihkan adalah kenyataan seumpama itu keluar dari mulut pemimpin yang mengakui Islam sebagai teras perjuangan parti mereka.

Barangkali parti pembangkang hari ini semakin tercabar kerana pelbagai langkah yang sebahagiannya menjadi dasar kerajaan negeri dalam mempertahankan Islam dan umatnya semakin mendapat tempat di hati rakyat termasuk daripada parti lawan.

Apatah lagi, pentadbiran Mukhriz dilihat konsisten dalam memastikan kesejahteraan Islam di negeri ini sekali gus dilihat menggerunkan terutama sekali apabila beliau mampu melaksanakan dasar yang tidak mampu dilakukan oleh kerajaan negeri di bawah pemerintahan sebelum ini.

Sebagai contoh, pewartaan fatwa anti Syiah yang kelak penggubalan enakmen di bawahnya dan ketegasan kerajaan negeri terhadap larangan penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama-agama lain dalam kitab mereka, memperlihatkan kesungguhan Mukhriz dalam menjaga kesejahteraan Islam di negeri ini.

Mukhriz juga berani mengambil langkah mengasingkan pendapatan negeri daripada sumber yang patuh syariah dan tidak patuh syariah bagi perbelanjaan yang melibatkan umat Islam iaitu sesuatu yang julung-julung kali diadakan.

Siapa yang dapat menjangka seorang pemimpin yang dilihat sering tampil dengan imej korporat sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri sebelum ini mempunyai sisi lain sebagai seorang pemimpin yang tegar dalam menegakkan syiar Islam.

Nah, ini sebenarnya realiti kepimpinan Mukhriz yang digeruni pemimpin pembangkang negeri ini sekali gus cuba diserongkan dengan pelbagai tohmahan walaupun ketika beliau cuba mengusahakan pelbagai langkah ke arah meningkatkan kerohanian umat Islam negeri ini.

Berbalik kepada program malam tadi, selain bagi memupuk penghayatan dan kasih sayang terhadap Rasulullah SAW, majlis seumpama ini seharusnya dilihat sebagai medan penyatuan seluruh umat Islam dan tidak sewajarnya ‘diserongkan’ hanya kerana penganjurannya diterajui oleh kerajaan negeri yang kini ditadbir oleh UMNO-BN.

Kebanyakan penduduk negeri ini sebenarnya cukup bersyukur dan gembira dengan penganjuran acara seumpama itu yang memberi peluang kepada mereka beribadah dan menyatakan kecintaan kepada Rasulullah.

Semua memahami bahawa Islam memberi ganjaran yang lumayan kepada orang yang banyak berselawat ke atas Rasulullah seperti firman-Nya yang bermaksud: Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang yang beriman! Hendaklah kalian berselawat baginya dan mengucapkan salam penghormatan kepadanya. (Al-Ahzab: 56)

Mukhriz sendiri menyatakan hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan program Kedah Berselawat sebagai acara tahunan dan niat murni beliau wajar disahut semua pihak tanpa mengira fahaman politik.

Mudah-mudahan, pada ketika pemimpin pembangkang di negeri ini ‘bekerja keras’ meletakkan pantang-larang pada pentadbiran Mukhriz, beliau tidak melatah dengan membalas perbuatan serong tersebut sebaliknya meneruskan sahaja usahanya kerana akhirnya, rakyat yang akan menilai keikhlasan beliau itu.

Petikan Utusan : Imej Mukhriz makin digeruni.


Mukhriz Mahathir
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Lawatan Dato’ Seri Menteri Besar ke MADA

Dato’ Seri mengadakan lawatan rasmi ke MADA Ampang Jajar sambil bermesra dengan staf -staf  MADA pada hari ini Isnin 3 Feb 2014.

Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) telah ditubuhkan pada 30 Jun 1970 di bawah satu Dekri Darurat dengan nama asalnya ialah Pehak Berkuasa Kemajuan Pertanian Muda. Ianya kemudian telah ditukarkan kepada Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) yang diluluskan oleh Parlimen di bawah Akta 70, Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Muda, 1972.

Tugas-Tugas MADA

Di bawah akta tersebut, MADA telah diamanahkan untuk mendukung tugas-tugas seperti yang digariskan iaitu:-

bullet
Memaju, menggalak, membantu dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial dalam Kawasan Muda.
bullet
Merancang dan mengusahakan dalam Kawasan Muda apa-apa kemajuan pertanian mengikut sebagaimana yang diperuntukkan kepadanya oleh pihak berkuasa negeri bagi negeri Kedah dan negeri Perlis.

 

Matlamat MADA

MADA juga telah menetapkan 2 matlamat utama iaitu memajukan kesejahteraan hidup sebilangan besar penduduk desa dan melebihkan hasil untuk keperluan Negara.

Fungsi-Fungsi MADA

Bagi memastikan matlamat yang ditetapkan dapat dicapai dengan jayanya, MADA telah menetapkan fungsi-fungsi utama yang harus dilaksanakan dengan efisien dan efektif iaitu:

bullet
Menyediakan perkhidmatan pertanian dan infrastuktur pengairan bagi memenuhi keperluan beras Negara.
bullet
Menguruskan sumber air secara cekap dan berkesan.
bullet
Meningkatkan pendapatan peladang melalui aktiviti bukan padi.
bullet
Memajukan industri asas tani dan mewujudkan usahawan yang bertaraf komersil.
bullet
Membentuk dan membangunkan institusi peladang.
bullet
Mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial masyarakat peladang.

 


Mukhriz Mahathir
Source Blog

Kerajaan negeri Kedah berjaya jimat RM100 juta

ALOR SETAR 19 Jan. – Kerajaan negeri memulakan langkah penjimatan dengan mengamalkan konsep perbelanjaan berhemah sehingga menjimatkan RM100 juta daripada perbelanjaan mengurus tanpa menjejaskan rancangan pembangunan.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, langkah ia turut memudahkan kerajaan negeri merancang dan memberi fokus kepada usaha membasmi kemiskinan di negeri itu.

“Daripada penghapusan bayaran lesen penjaja kepada pengupayaan rakyat dengan program pembangunan usahawan dan pinjaman mudah mikro kredit, semua perancangan ini dirangka untuk meringankan beban rakyat.

“Berdasarkan data e-Kasih, 3,416 kes miskin tegar, miskin dan mudah miskin berjaya dikeluarkan daripada kesemua kategori tersebut. Namun, masih banyak perlu dilakukan bagi membantu golongan miskin tegar dan miskin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis istiadat menyembah tahniah dan pengurniaan darjah serta bintang kebesaran sempena hari keputeraan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang ke-86 di Istana Anak Bukit di sini hari ini.

Menurut Mukhriz, sejak mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri, beliau bersama Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah mencari jalan dan berusaha gigih untuk menambah hasil pendapatan negeri.

“Asas utama kami adalah dengan mencari sumber pendapatan baharu dan mempertingkatkan usaha mendapatkan bayaran premium yang sebelum ini belum dikutip.

“Peningkatan pendapatan ini telah bertambah daripada RM418 juta kepada RM514 juta malah unjuran hasil bagi tahun 2014 adalah RM724 juta,” katanya.

Tambah beliau, peningkatan pendapatan itu akan diperoleh melalui daya usaha yang gigih, penyemakan segera hasil sedia ada dan 17 sumber baharu hasil cetusan minda daripada Makmal Transformasi Kedah yang telah dianjurkan.- Utusan


Mukhriz Mahathir
Source Blog

TEKS UCAPAN PERASMIAN PERHIMPUNAN PERGERAKAN WANITA, PEMUDA DAN PUTERI UMNO 2013

TEKS UCAPAN TIMBALAN PRESIDEN UMNO, YAB TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN

PADA MAJLIS PERASMIAN PERHIMPUNAN PERGERAKAN WANITA, PEMUDA DAN PUTERI UMNO 2013

“MENYAMBUNG RISALAH PERJUANGAN SUCI” Bismillahirrahmanirrahim.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدِ، الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ، نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ، وَالْهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيْمِ وَعَلىَ آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيْمِ

Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

YB Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
Ketua Pergerakan Wanita
YB Sdr. Khairy Jamaluddin
Ketua Pergerakan Pemuda

YB Mas Ermieyati Samsudin
Ketua Pergerakan Puteri

YB Naib-Naib Presiden UMNO

YB Setiausaha Agung UMNO

Ahli-ahli Majlis Tertinggi

Barisan Exco Wanita, Pemuda dan Puteri

Saudara-saudari sidang perwakilan, dif-dif jemputan dan para pemerhati sekalian

1. Alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana pada malam ini kita dapat berhimpun untuk menyempurnakan Majlis Perasmian Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2013. Untuk kesekian kalinya, kita pewaris perjuangan bangsa Melayu sejak turun temurun meneruskan tradisi menghadiri perhimpunan terbesar umat Melayu demi menyambung risalah perjuangan memartabatkan agama, bangsa dan tanah air kita.

2. Setinggi-tinggi kesyukuran juga kita panjatkan ke hadrat Allah s.w.t. kerana kita menjadi insan yang terpilih untuk berada di dalam saf perjuangan UMNO. Melalui wadah UMNO, para pejuang bangsa kita yang terdahulu telah berjaya menyatukan hati umat Melayu untuk memerdekakan tanahair dan seterusnya menggembeleng usaha mengangkat martabat agama dan bangsa kita.Semua pejuang UMNO yang berada di sini pada malam ini, dan di seluruh pelusuk negara, merupakan penyambung risalah perjuangan suci ini.Dalam mengemudi haluan perjuangan parti kita, yang kita harapkan hanyalah pertolongan dan redha Allah jua. Sepertimana firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Ankabut, Ayat 69:

وَٱلَّذِينَ جَـٰهَدُواْ فِينَا لَنَہۡدِيَنَّہُمۡ سُبُلَنَا‌ۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ

Yang bermaksud:

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.

3. Terlebih dahulu, di awal ucapan ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada barisan kepimpinan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO yang telah dipilih untuk menerajui ketiga-tiga sayap parti dalam pemilihan baru-baru ini. Saya ucapkan tahniah kepada Datuk Seri Shahrizat, Khairy dan Mas Ermiyati.Marilah kita berikan tepukan gemuruh kepada mereka.Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada seluruh barisan exco Pemuda, Wanita dan Puteri serta kepimpinan ketiga-tiga pergerakan di peringkat bahagian dan cawangan.

4. Kita bersyukur kerana proses pemilihan parti kita telah berjalan lancar tanpa sebarang musibah. Saya yakin, pemilihan UMNO yang melibatkan ratusan ribu perwakilan di seluruh negara membuktikan bahawa proses transformasi UMNO menjadi parti yang lebih demokratik, telus dan terbuka semakin berhasil. Menerusi pemilihan yang lalu, kita semua dapat saksikan bahawa amalan demokrasi di dalam parti kita terus subur, malah jauh lebih baik berbanding parti pembangkang.

5. Ada sebuah parti di negara kita yang sering menuduh kononnya UMNO tidak demokratik, tidak telus dan menipu semasa pilihan raya. Parti ini gemar mendabik dada dialah juara demokrasi, akauntabiliti, ketelusan, kecekapan dan bermacam-macam lagi.Kononnya dialah parti yang terbaik di negara ini.Tetapi Allah Maha Berkuasa. Baru-baru ini ditunjukkan tembelang sebenar parti ini yang terpaksa mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat kerana didakwa oleh ahli mereka sendiri terdapat penipuan dalam proses pengundian. Lebih teruk lagi, pemilihan kali kedua pun masih dipertikaikan. Bak kata pepatah:

Paku dulang paku serpih
Mengata orang dia yang lebih

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

6. Perhimpunan tahun ini amat istimewa kerana diadakan selepas kita mencapai kemenangan dalam Pilihanraya Umum ke-13. Setahun yang lalu di dewan inilah kita bulatkan tekad, jitukan semangat dan panjatkan doa kepada Allah untuk memenangi pilihanraya umum yang dikatakan amat mencabar bagi kita. Alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana doa kita telah dikabulkan olehNya dan ikhtiar kita telah mendatangkan kejayaan yang amat bermakna buat kita semua.

7. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada seluruh jentera Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO yang telah berusaha dengan gigih untuk memastikan kemenangan UMNO dan Barisan Nasional. Kita berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang terus memberikan mandat kepada Barisan Nasional untuk mentadbir negara. Kepada orang Melayu dan Bumiputera khususnya, kita amat berterima kasih kerana dengan sokongan padu mereka kepada UMNO, parti kita telah berjaya menambah kerusi di Parlimen daripada 79 kepada 88 kerusi kesemuanya. Dengan kemenangan ini, UMNO adalah parti yang memenangi jumlah kerusi terbanyak dalam pilihanraya. Alhamdulillah, berkat sokongan padu orang Melayu dan Bumiputera kepada UMNO, parti kita kekal menjadi tonggak kekuatan Barisan Nasional.

8. Tidak kita nafikan bahawa PRU-13 merupakan suatu pentas jihad untuk memastikan kelangsungan perjuangan UMNO demi agama, bangsa dan negara kita. Alhamdulillah, kita telah berjaya menjulang panji kemenangan di medan jihad ini. Walaupun berhadapan dengan pelbagai tohmahan dan pembohongan yang dilemparkan oleh pembangkang, termasuk oleh konco-konco mereka dari dalam dan luar negara, UMNO dan Barisan Nasional terus berdiri megah sebagai parti yang mendapat mandat rakyat untuk memerintah.

9. Kita sedar dalam pilihanraya yang lalu, UMNO bukan sahaja berhadapan dengan serangan parti pembangkang, malah belasahan gerombolan kuasa jahat yang mahu melihat parti keramat orang Melayu dan umat Islam ini berkubur di tanah air sendiri. Namun, berpantang maut sebelum ajal, dengan rahmat dan inayah Allah s.w.t. kita berjaya mempertahankan kelangsungan UMNO.

10. Di sebalik kejayaan memenangi PRU-13, jangan kita lalai dan leka. Kemenangan UMNO dan Barisan Nasional adalah kemenangan bersyarat. UMNO berjaya menambah bilangan kerusi di Parlimen, tetapi Barisan Nasional mengalami kekurangan sokongan terutamanya dalam kalangan pengundi muda dan pengundi bandar. Kita berjaya memenangi semula negeri Kedah dan mengekalkan pentadbiran negeri Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Perlis dan Sabah, tetapi kita gagal memenangi Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan. Bilangan kerusi kita di negeri-negeri kubu kuat UMNO seperti Johor dan Melaka juga berkurangan.

11. UMNO perlu memahami mesej jelas yang cuba dihantar oleh para pengundi. Kita perlu bermuhasabah secara jujur dan ikhlas untuk mengetahui sebab-musabab mengapa sokongan pengundi bandar dan golongan muda terhadap parti kita tidak seperti yang diharapkan. Apakah selama ini sentuhan UMNO tidak begitu dirasai oleh mereka? Mungkinkah terdapat kelemahan-kelemahan yang perlu kita perbaiki? Apakah bentuk penambahbaikan yang perlu kita laksanakan? Setidak-tidaknya, para pengundi telah menghantar mesej jelas kepada UMNO bahawa transformasi UMNO sebagai parti yang benar-benar merasai denyut nadi rakyat dan berupaya menggalas harapan rakyat mesti diteruskan.

12. Bagi orang Melayu dan Bumiputera pula, mereka telah buktikan bahawa sokongan padu merekalah yang menjadi sumber kekuatan UMNO dan Barisan Nasional. Harapan mereka kepada UMNO semakin tinggi dan mereka mahu sokongan kepada UMNO tidak disia-siakan. Mereka ingin melihat UMNO terus menjadi penyelamat Melayu dan perisai Islam yang sejati. Bagi orang Melayu dan Bumiputera, UMNO lah tempat mereka bernaung. Bak kata pepatah:

Uratnya tempat bersila
Batangnya tempat bersandar
Daunnya tempat berteduh

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

13. Persoalan yang sedang berlegar di minda orang Melayu selepas PRU-13 ialah kemanakah halatuju UMNO? Apakah UMNO akan terus berusaha untuk meningkatkan taraf ekonomi orang Melayu dan Bumiputera? Apakah UMNO akan terus berikhtiar menyediakan peluang-peluang pendidikan, latihan dan biasiswa kepada orang Melayu dan Bumiputera? Apakah UMNO akan terus berjuang menyediakan peluang-peluang ekonomi dan pekerjaan kepada anak-anak orang Melayu dan Bumiputera? Bagaimanakah UMNO berhadapan dengan cabaran liberalisasi ekonomi dan pasaran bebas? Masih adakah iltizam politik UMNO untuk membantu orang Melayu dan Bumiputera bersaing dalam kancah ekonomi global? Masih adakah kekuatan pada UMNO untuk memastikan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan membantu syarikat-syarikat Bumiputera? Apakah orang Melayu masih boleh bergantung harap kepada UMNO untuk menjadi penyelamat Melayu dan perisai Islam?

14. Di pentas ini, saya ingin memberi jaminan kepada orang Melayu dan Bumiputera. UMNO akan terus membela anda semua. Selama ini pun, berkat perjuangan UMNO, taraf ekonomi orang Melayu dan Bumiputera telah berjaya kita tingkatkan. Kadar kemiskinan Bumiputera menurun daripada 64.8% pada tahun 1970 kepada 2.2% pada tahun 2012. Insiden kemiskinan tegar Bumiputera juga telah menurun daripada 9.9% pada tahun 1970 kepada 0.3% pada tahun 2012. Dalam tempoh yang sama, purata pendapatan kasar bulanan isirumah Bumiputera telah meningkat daripada RM172 kepada RM4,457, dan pemilikan ekuiti Bumiputera telah bertambah daripada 2.4% kepada 23.5%.

15. Risalah perjuangan UMNO untuk meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam bidang ekonomi terus diperhebatkan dengan pelaksanaan Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri baru-baru ini. Melalui program terbaru ini, kerajaan akan memberi tumpuan kepada usaha mendaya modal insan Bumiputera, memantapkan pemilikan ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat, memperkukuhkan pemilikan aset bukan kewangan Bumiputera, memperhebatkan keusahawanan dan perniagaan Bumiputera, dan memantapkan ekosistem penyampaian perkhidmatan untuk membantu golongan Bumiputera.

16. Kita mengucapkan syabas kepada YAB Presiden selaku Perdana Menteri atas komitmen dan usaha beliau untuk memperkasa ekonomi Bumiputera. Ketegasan YAB Perdana Menteri memperkasa ekonomi Bumiputera menambah keyakinan orang Melayu dan Bumiputera kepada UMNO.Melangkah ke hadapan, kita perlu menjadikan agenda memperkasa ekonomi Bumiputera sebagai satu agenda besar yang bertujuan meningkatkan ekonomi Bumiputera dalam pelbagai bidang. Selain memberi tumpuan kepada pemilikan ekuiti dalam sektor korporat, pembangunan modal insan dan keusahawanan, dan pemilikan hartanah Bumiputera, kita perlu terus berikhtiar memajukan sektor-sektor ekonomi yang mempunyai impak besar kepada orang Melayu dan Bumiputera. Ini termasuk memperkasa sektor pertanian, perikanan dan ekonomi luar bandar yang mempunyai kesan langsung kepada orang Melayu dan Bumiputera.

17. Di samping meneruskan usaha-usaha membasmi kemiskinan di luar bandar, program-program kesejahteraan bandar juga perlu berfokus kepada usaha meningkatkan kualiti hidup golongan Bumiputera kelas pertengahan dan mudah miskin. Mereka ini semakin hari semakin dihimpit oleh kos sara hidup yang kian meningkat. Kita mahu peningkatan taraf ekonomi dan kesejahteraan orang Melayu dan Bumiputera bukan sahaja diukur dari segi peningkatan angka-angka pemilikan ekuiti dan pendapatan perkapita, tetapi benar-benar dirasai dalam kehidupan seharian mereka.

18. Secara khusus, 7 inisiatif utama hendaklah dilaksanakan segera untuk menyokong pelaksanaan Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera:

Pertama, selaras dengan KPI yang telah ditetapkan, Ketua-Ketua Eksekutif Syarikat-Syarikat Berkaitan Kerajaan hendaklah menyediakan pelan lengkap bagaimana untuk membantu syarikat-syarikat Bumiputera. Senaraikan peluang-peluang yang boleh direbut oleh syarikat-syarikat Bumiputera dan kemukakan laporan prestasi secara berkala kepada Majlis Ekonomi Bumiputera.

Kedua, anak-anak Bumiputera mesti segera merebut peluang menyertai pelbagai latihan peningkatan kemahiran yang disediakan oleh kerajaan. Ini termasuk pendidikan vokasional yang merupakan salah satu teras di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang menjadi asas pembentukan modal insan berkemahiran. Menerusi transformasi pendidikan vokasional, bilangan kolej-kolej vokasional akan ditambah untuk melahirkan lebih ramai tenaga kerja Bumiputera yang berkemahiran, memenuhi kehendak pasaran dan berpendapatan tinggi. Penambahan kolej-kolej vokasional harus disegerakan bagi memenuhi permintaan yang semakin tinggi dalam kalangan pelajar-pelajar Bumiputera untuk mengikuti latihan vokasional.

Ketiga, kerajaan hendaklah mempergiatkan usaha meningkatkan peratusan golongan profesional Melayu dan Bumiputera dalam pelbagai bidang. Sehingga kini kerajaan telah berjaya meningkatkan jumlah tenaga profesional Melayu dan Bumiputra menerusi skim latihan dan pendidikan tinggi sehingga peratusan mereka telah menjangkau 40-50% dalam pekerjaan profesional seperti doktor perubatan, doktor gigi, doktor veterinar, jurutera dan juruukur. Usaha ini hendaklah diteruskan dalam semua bidang profesional sehingga peratusan Melayu dan Bumiputra mencerminkan peratusan mereka dalam jumlah penduduk Negara.

Keempat, peniaga dan pengusaha Melayu dan Bumiputera mesti meningkatkan daya saing serta bersedia menghadapi persekitaran perniagaan yang mesra-pasaran. Oleh itu, orang Melayu dan Bumiputera mesti menerima prinsip ketelusan dan persaingan untuk menikmati bantuan kerajaan dan merebut pelbagai peluang yang tersedia. Ini bertujuan supaya peniaga dan pengusaha Melayu lebih bersedia untuk menangani cabaran globalisasi dan pembukaan pasaran yang semakin mendesak ketika ini. Di samping itu, isu ketirisan dan pembaziran juga perlu diatasi untuk meningkatkan keberkesanan usaha membantu golongan Bumiputera.

Kelima, bagi mengukuhkan lagi kemajuan ekonomi orang Melayu dan Bumiputera kerajaan mestilah meneruskan usaha membantu dan memajukan aset-aset kaum Melayu dan Bumiputra seperti tanah dan tabungan untuk melengkapkan usaha lain yang selama ini telah dilaksanakan. Usaha ini memerlukan sokongan yang padu dari kaum Melayu dan Bumiputera agar pihak Kerajaan dapat mengadakan program yang lebih mantap dan sesuai sebagai inisiatif baru di masa hadapan.

Keenam, kerajaan harus meneruskan usaha memenuhi tuntutan kebajikan dan kesejahteraan masyarakat Melayu dan Bumiputera, baik di kota mahupun di desa. Bagi meningkatkan kesejahteraan masyarakat Bumiputera di kota, skim perumahan mampu milik perlu diperluaskan dengan segera di samping memperkenalkan skim rumah mampu sewa.

Ketujuh, bagi mengatasi masalah peningkatan kos hidup, lebih banyak program menjana pendapatan mesti dilaksanakan, terutamanya di kawasan luar Bandar dan kawasan miskin Bandar. Kerajaan mesti memperluaskan industri berasaskan pertanian dengan pelbagai bentuk sokongan dan bantuan seperti pinjaman modal dan latihan, memperkasa industri kecil dan sederhana, serta membantu peniaga-peniaga kecil, petani dan nelayan. Agensi-agensi yang menyediakan kemudahan pembiayaan, hendaklah mempermudahkan pemberian pembiayaan kepada usahawan dan peniaga Bumiputera yang layak. Selain itu, pihak-pihak berkuasa tempatan hendaklah mempermudahkan pemberian lesen kepada peniaga-peniaga kecil. Saya menyarankan agar Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri, khususnya Biro Ekonomi, bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan untuk mempelopori usaha membantu usahawan dan peniaga Bumiputera meningkatkan pendapatan.

19. Kesemua inisiatif ini disediakan oleh kerajaan yang diterajui oleh UMNO untuk membantu golongan Bumiputera. Oleh itu, UMNO mesti mengambil peranan yang lebih penting untuk menggalakkan lebih ramai Bumiputera merebut peluang-peluang yang disediakan oleh kerajaan. Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri wajib melaksanakan pelbagai inisiatif tambahan untuk menyokong usaha kerajaan memacu ekonomi Bumiputera. Kita telah meletakkan sasaran Malaysia menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Kita hanya tinggal 6 tahun sahaja lagi. Masa amat mencemburui kita. Apa makna kita menjadi negara maju jika orang Melayu dan Bumiputera tidak mendapat bahagian yang adil dan setimpal dalam kek ekonomi negara.

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

PENEGASAN UMNO

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

20. Perjuangan membela nasib Melayu dan Bumiputera masih belum selesai. UMNO tidak akan mengabaikan kepentingan ekonomi orang Melayu dan Bumiputera. UMNO akan terus mendukung tugas besar ini selagi UMNO wujud dan mendapat sokongan rakyat. Kesemua ini adalah bukti komitmen UMNO untuk terus membela orang Melayu dan Bumiputera.Justeru, kepada mereka yang meragui ketegasan UMNO mempertahankan agenda Bumiputera, katakan kepada mereka UMNO bukan parti picisan yang mudah tenggelam dalam arus perubahan. UMNO sebagai parti terbesar umat Melayu akan terus menggalas agenda memperkasa bangsa Melayu dan Bumiputera tanpa rasa takut atau gentar. UMNO juga bukan parti jumud yang kekal di takuk lama.Kita sentiasa mengharungi arus perubahan sambil menggalas agenda perjuangan.

21. Melihat ke hadapan, menggalas harapan umat Melayu kepada UMNO bukanlah satu tugas yang mudah. Lebih-lebih lagi ketika umat Islam sedang menghadapi pelbagai cabaran. Di pentas dunia, negara-negara Islam adalah antara negara yang paling banyak dilanda pergolakan dan pertumpahan darah. Ketika krisis di Palestin belum selesai, kita dikejutkan pula dengan tragedi di Syria, Mesir, Tunisia, Libya dan negara-negara Islam yang lain. Bunuh-membunuh sesama umat Islam disebabkan perbalahan kabilah, perbezaan mazhab dan perebutan kuasa politik menjadi semakin lumrah.

22. Alhamdulillah, kita di Malaysia tidak mengalami krisis seperti ini. Negara kita terus stabil.Rakyat hidup dalam keadaan yang aman dan tenteram. Namun, jika bibit-bibit perpecahan dalam kalangan umat Islam samada yang disebabkan oleh perseteruan politik atau perbezaan mazhab tidak segera dibendung, tidak mustahil kita juga akan ditimpa nasib yang sama. Kita berdoa kepada Allah s.w.t. mudah-mudahan kita semua dijauhi daripada musibah ini.

PERPADUAN UMMAH

23. Justeru, tugas utama UMNO adalah untuk memastikan perpaduan ummah sentiasa terpelihara. Untuk itu, UMNO akan terus berganding bahu dengan pertubuhan-pertubuhan Melayu dan Islam untuk mempelopori usaha penyatuan ummah dalam ertikata yang sebenar. Pintu UMNO sentiasa terbuka luas untuk menyahut seruan perpaduan dan kerjasama dengan semua pertubuhan Melayu dan Islam.Inilah yang menjadi harapan umat Melayu dan Islam di negara kita. Mereka mahu melihat perpaduan ummah yang lebih jitu terbina kerana dengan perpaduanlah kepentingan umat Islam akan sentiasa dapat dibela.

24. Maka, sebagai parti yang memperjuangkan Islam, saya merasakan tidak sepatutnya ada tembok pemisah antara UMNO dan pertubuhan-pertubuhan Islam yang lain untuk membentuk kerjasama dan membina perpaduan yang lebih jitu berasaskan semangat persaudaraan di dalam Islam demi memastikan kepentingan Islam sentiasa terbela. Saya yakin, jika ditanya setiap seorang yang ada di dalam dewan ini pada malam ini, pastinya kita semua bersetuju bahawa tiada yang paling utama bagi kita umat Islam yang berpegang dengan ajaran ahli sunnah wal jamaah melainkan perpaduan di atas jalan Allah yang lurus. Sepertimana firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-An’am ayat 153:

وَأَنَّ هَـٰذَا صِرَٲطِى مُسۡتَقِيمً۬ا فَٱتَّبِعُوهُ‌ۖ وَلَا تَتَّبِعُواْ ٱلسُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمۡ عَن سَبِيلِهِۦ‌ۚ ذَٲلِكُمۡ وَصَّٮٰكُم بِهِۦ لَعَلَّڪُمۡ تَتَّقُونَ

Yang bermaksud:

Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertakwa.

CABARAN TERHADAP UMAT ISLAM

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

25. Perpaduan ummah menjadi lebih penting ketika umat Islam di seluruh dunia sedang menghadapi pelbagai cabaran. Umat Islam bukan sahaja dilanda krisis dan pertumpahan darah, malah diasak dengan pelbagai serangan minda dan jiwa. Kononnya atas nama globalisasi, hak asasi dan demokrasi, umat Islam dipaksa menerima konsep kebebasan individu tanpa batas, mengiktiraf perkahwinan sejenis, perkahwinan berlainan agama, hak untuk murtad, amalan ajaran sesat, gaya hidup gay dan lesbian serta pelbagai budaya songsang yang lain. Malah, dalam dunia hari ini, prinsip kebebasan individu yang tidak berteraskan nilai agama dan budaya dijadikan penandaaras moral di peringkat global.

26. Jika dipenuhi kesemua tuntutan hak asasi tanpa batas ini, kesucian institusi keluarga sudah tidak dapat dipertahankan lagi. Malah, keruntuhan institusi keluarga dan akhlak insan pasti terjadi. Ini amat berbeza sekali dengan pandangan Islam mengenai hak asasi manusia. Deklarasi Cairo Mengenai Hak Asas Manusia Dalam Islam yang diisytiharkan semasa Persidangan Menteri-Menteri Luar OIC pada tahun 1990 mengiktiraf institusi keluarga sebagai tiang seri masyarakat dan perkahwinan yang sah sebagai asas pembentukannya. Keselamatan akidah umat Islam juga dipelihara dengan tidak mengiktiraf kesalahan murtad sebagai suatu hak. Kandungan Deklarasi Cairo ini perlu dijadikan panduan oleh negara-negara Islam dalam menghadapi kumpulan hak asasi manusia yang mendesak supaya umat Islam mengiktiraf hak-hak yang bercanggah dengan prinsip Islam.

27. Malangnya, ada sesetengah pihak di negara kita yang mengatakan bahawa orang Melayu yang beragama Islam wajar diberikan hak untuk murtad sepertimana orang bukan Islam boleh menukar agama. Mereka persoalkan mengapa perlu dibezakan hak orang Islam dengan hak orang bukan Islam. Kalau orang bukan Islam boleh, mengapa orang Islam tidak boleh? Mengapa kita mendiskriminasi orang Islam? Mereka menuduh kononnya kita tidak mengamalkan prinsip kesamarataan atau equality yang menjadi perkara asas dalam sebuah masyarakat yang demokratik.

28. Begitu juga dengan amalan gay dan lesbian. Mereka berkata kalau di Barat boleh, mengapa di Malaysia tidak boleh? Apa istimewanya Malaysia sehinggakan perkara yang diamalkan di Barat tidak boleh diamalkan di sini? Apabila mereka hendak menganjurkan festival gay di negara kita, kerajaan tidak benarkan kerana kita hendak menjaga masyarakat kita daripada keruntuhan moral dan akhlak.

29. Kita juga tidak membenarkan penularan ajaran sesat di kalangan umat Islam. Kita hendak pastikan umat Islam di negara kita tidak terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar.Kita hendak menjaga akidah umat Islam. Tetapi mereka berkata atas prinsip kebebasan beragama sepatutnya kita biarkan orang Islam menganut apa sahaja fahaman atau ajaran. Kalau ada orang yang mengajar kononnya umat Islam boleh sembahyang dengan niat sahaja, tidak perlu mengerjakan solat seperti yang diajar oleh Rasulullah s.a.w., biarkan.Kerajaan tidak boleh menghalang. Kalau ada pihak yang menyebarkan ajaran kononnya orang Islam boleh mengerjakan haji dengan niat sahaja, tanpa perlu pergi ke Mekah, pun biarkan. Tiada siapa boleh menghalang.Kemudian, kalau ada pihak yang mengatakan orang Islam boleh berkahwin secara kontrak hatta untuk tempoh yang singkat sekali pun, tiada siapa boleh menegah. Kononnya agama adalah hak individu.Jika kita menghalang, mereka menuduh kita melanggar hak individu, tidak bersikap terbuka, tidak inklusif, tidak progresif dan sebagainya. Bagi mereka, atas nama kebebasan dan hak asasi, manusia boleh berbuat apa sahaja walaupun perbuatan itu jelas bercanggah dengan ajaran agama.

30. Baru-baru ini satu pertubuhan bernama Coalition of Malaysian NGOs (COMANGO) telah menyediakan satu laporan mengenai pelbagai isu hak asasi manusia di Malaysia untuk diteliti dalam Proses Semakan Berkala Sejagat Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva, Switzerland. Kumpulan ini telah melobi negara-negara asing supaya mendesak Malaysia mematuhi prinsip hak asasi tanpa batas.Antaranya, menandatangani International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR) yang mengiktiraf hak individu termasuk orang Islam untuk menukar agama.Malaysia juga digesa supaya mengiktiraf hak-hak bagi golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), selain memansuhkan undang-undang yang menjadikan hubungan seks luar tabi’i seperti liwat sebagai satu kesalahan jenayah. Mereka juga mendesak supaya enakmen-enakmen mengenai kesalahan jenayah syariah seperti khalwat, meminum arak, berjudi, mengamalkan ajaran sesat dipinda atau dimansuhkan atas alasan mengganggu hak peribadi orang Islam.

31. Saya lihat desakan-desakan ini adalah contoh jelas kewujudan gerakan menyebarkan dakyah songsang atas nama kebebasan tanpa batas di negara kita. Kumpulan ini nampaknya mempunyai dana yang cukup besar sehingga mampu menghantar wakil-wakil mereka ke luar negara untuk melobi negara-negara asing supaya memberi tekanan kepada Malaysia. Saya nak tanya saudara-saudari yang ada di dalam dewan ini. Adakah kita rela pihak asing memaksa kita menerima konsep kebebasan yang bercanggah dengan agama kita? Adakah kita rela kebebasan tanpa batas yang sebegini rupa diamalkan di negara kita? Adakah kita mahu akidah umat Islam dipesongkan oleh mereka? Tentu sekali tidak.

32. Saya dapat merasakan umat Islam amat resah apabila pelbagai dakyah songsang yang bertentangan dengan ajaran Islam disebarkan di negara kita. Mereka khuatir ini akan merosakkan aqidah dan perpaduan umat Islam. Kerana itu, akhir-akhir ini banyak NGO Melayu dan Islam bangkit mempertahankan aqidah umat Islam. Pertubuhan-pertubuhan seperti PEMBELA, PERKASA, Majlis Perunding Melayu, JATI, MUAFAKAT, Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Persatuan Pengguna Islam Malaysia, para ulama’, guru-guru pondok, pendakwah bebas dan pertubuhan-pertubuhan yang seangkatan bangkit memperjuangkan keselamatan aqidah umat Islam. Mereka bangkit kerana merasakan nilai-nilai murni yang diamalkan selama ini diancam oleh satu bentuk penjajahan baru. Penjajahan dalam erti kata memaksa umat Islam menerima nilai-nilai yang bercanggah dengan ajaran Islam.

33. Di sini, di pentas ini, di depan saudara dan saudari sekalian, saya memberi jaminan UMNO tidak akan berkompromi dengan sebarang cubaan untuk mengancam aqidah umat Islam. Kita tahu bahawa sekarang ini terdapat satu bentuk cubaan yang tersusun untuk merungkai institusi dan asas-asas Islam di negara kita. Kerana itu, UMNO sebagai benteng Islam mengambil pendirian tegas menolak sekeras-kerasnya segala tuntutan yang bertentangan dengan hukum Islam.

34. UMNO tidak akan sekali-kali menghalalkan sebarang perbuatan dosa besar kononnya atas dasar menghormati hak peribadi. Yang haram di sisi Islam tetaplah haram. Tidak ada sesiapa yang boleh mengubah hukum Allah atas apa jua alasan sekalipun. Kerana itu, UMNO mengalu-alukan pertubuhan-pertubuhan Melayu dan Islam yang lain untuk berganding bahu bersama-sama kita mempertahankan akhlak, moral dan aqidah umat Islam. Saya yakin gandingan dalam perkara yang ma’ruf ini akan memperkukuhkan lagi perjuangan menegakkan agama. Sepertimana firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Maaidah ayat 2:

وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰ‌ۖ وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٲنِ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ‌ۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ

Yang bermaksud:

Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).

PENDIDIKAN ISLAM SEPANJANG HAYAT

35. Saya percaya benteng aqidah Islam akan lebih kukuh sekiranya umat Islam mendapat pendidikan agama yang sempurna. Umat Islam di negara kita mestilah dididik dengan aqidah Islam yang sebenar berpandukan ajaran ahli sunnah wal-jamaah. Untuk itu, gerakan dakwah dan tarbiyah mesti diperhebatkan. Institusi-instiusi agama Islam mesti diperkukuhkan. Peluang untuk umat Islam mendapat pendidikan agama tidak harus terhenti di peringkat sekolah atau universiti sahaja, sebaliknya perlu diteruskan sepanjang hayat.Kerana itu saya ingin mencadangkan agar Pendidikan Islam Sepanjang Hayat dijadikan dasar utama negara kita. Menerusi dasar ini, kita boleh menubuhkan pusat-pusat pengajian Islam di peringkat komuniti yang memberi peluang kepada masyarakat Islam mendalami ilmu-ilmu agama dengan sempurna. Pakar-pakar yang terlatih dan bertauliah dalam bidang agama Islam boleh ditempatkan di pusat-pusat ini untuk mengajar pelbagai bidang keilmuan Islam seperti ilmu tafsir, qur’an, hadith, fekah, tauhid, mu’amalat, akhlaq, mantiq, balaghah, falsafah dan lain-lain. Program persijilan boleh ditawarkan kepada individu-individu yang berminat untuk mendalami ilmu Islam tanpa mengira peringkat umur. Sebagaimana hadis Nabi s.a.w:

“Utlubul ilma minal mahdi ila lahdi”

Yang bermaksud:

Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad

36. Untuk melaksanakan dasar pengajian Islam sepanjang hayat ini, saya mencadangkan Kerajaan Pusat dan Majlis-Majlis Agama Islam Negeri berbincang untuk menjayakan inisiatif ini sebagai usaha bersama. Dengan adanya kerjasama antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri, saya berharap inisiatif ini akan menjadi satu inisiatif nasional yang penting dan lestari. Buat permulaan, kelas-kelas pengajian yang dianjurkan oleh institusi-institusi pondok, maahad tahfiz dan masjid di seluruh negara boleh dinaiktaraf untuk dijadikan Kolej Komuniti Islam yang menawarkan kursus pengajian Islam kepada masyarakat Islam setempat.

37. Sehubungan ini juga, saya ingin menjemput pertubuhan-pertubuhan Islam untuk turut sama terlibat menjayakan inisiatif ini sebagai salah satu usaha ta’awanu ‘ala al-birri wal taqwa seperti yang disebut di dalam al-Qur’an. Saya berharap agar dasar ini boleh kita laksanakan dengan segera untuk memberikan pencerahan kepada umat Islam mengenai ajaran Islam yang sebenar, dan sekaligus membentengi mereka daripada pelbagai dakyah songsang yang menjejaskan aqidah umat Islam. Selain itu, bagi memastikan ajaran ahli sunnah wal jama’ah sentiasa terpelihara, saya mencadangkan agar satu jaminan terhadap aliran ahli sunnah wal jama’ah sebagai pegangan umat Islam di negara kita dimasukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan.

38. Menyentuh mengenai kedudukan Islam di negara kita, saya menegaskan bahawa kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan mesti kita pertahankan. Ini penting bukan sahaja untuk mempertahankan kesucian Islam, tetapi menjamin keseimbangan dalam hubungan antara kaum dan agama. Di dalam Perlembagan Persekutuan, terdapat banyak prinsip keseimbangan yang perlu kita pertahankan. Misalnya, kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan diseimbangkan dengan hak semua individu untuk mengamalkan agama masing-masing dalam keadaan aman dan harmoni. Kedudukan istimewa kaum Melayu dan Bumiputera diseimbangkan dengan hak kerakyatan kaum-kaum lain serta jaminan menjaga kepentingan semua kaum. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan diseimbangkan dengan hak semua kaum untuk mempelajari bahasa ibunda masing-masing. Prinsip-prinsip keseimbangan yang terkandung di dalam Perlembagaan ini tidak semuanya selari dengan idea kebebasan Barat. Tetapi kita tidak perlu bersikap apologetik kerana prinsip-prinsip ini penting untuk menjamin keharmonian dalam hubungan antara kaum dan agama di negara kita.

39. Kita tidak akan sekali-kali tunduk kepada tuntutan-tuntutan yang bercanggah dengan Perlembagaan seperti menghapuskan hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera, menghina agama Islam, menghina institusi Raja, tidak menghormati bahasa Melayu dan lain-lain. Jika kecenderungan merungkai asas-asas perlembagaan ini diteruskan, apa lagi dengan menuntut perkara-perkara yang menyentuh sensitiviti masyarakat pelbagai kaum, nescaya akan wujud suara-suara yang lebih ekstrem menuntut bermacam-macam perkara yang boleh menyebabkan hubungan kaum di negara kita menjadi lebih tegang. Trend ini amat tidak baik untuk negara kita yang berbilang kaum dan agama. Keadaan tidak akan menjadi aman dan segala usaha kita mempertahankan kestabilan dan keharmonian negara akan menjadi sia-sia. Bak kata pepatah:

Tuba binasa
Ikan tak dapat

PEMUJAAN DEMOKRASI LIBERAL BARAT

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

40. Cabaran nilai dan budaya yang dihadapi oleh umat Islam hari ini bukanlah sesuatu yang terpencil. Ia adalah sebahagian daripada perkembangan sejagat yang menganggap demokrasi liberal Barat sebagai satu-satunya sistem politik dan kerajaan untuk umat manusia. Bukan itu sahaja, nilai-nilai yang dibawa oleh pemikiran liberal barat juga dianggap sebagai nilai mutlak yang perlu dianuti oleh seluruh umat manusia. Seperti yang disebut oleh Francis Fukuyama di dalam bukunya “The End of History and the Last Man”, tidak ada ideologi lain yang layak menggantikan demokrasi liberal sebagai sistem politik dan kerajaan dalam evolusi sejarah manusia.

41. Dakwaan ini nampak macam betul. Kerana menurut Laporan Freedom House 2013, sebanyak 118 daripada 195 negara di seluruh dunia sudah pun mengamalkan sistem demokrasi. Negara yang tidak mengamalkan demokrasi adalah minoriti. Namun, di dalam laporan Freedom House ini, Malaysia tidak disenaraikan sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi. Sebaliknya, negara seperti Bhutan, Georgia dan Libya pula dikatakan telah mengamalkan demokrasi, manakala Lesotho, Senegal, Sierra Leone dan Tonga telah menjadi negara bebas. Menurut laporan ini lagi, Malaysia berada sebaris dengan Rwanda, Nicaragua dan Korea Utara yang bukan merupakan negara demokrasi. Suara-suara sumbang seumpama ini boleh didapati dalam laporan-laporan mengenai hak asasi manusia yang diterbitkan oleh pertubuhan tertentu di negara kita dan juga di dalam akhbar-akhbar parti pembangkang.

42. Tuduhan Malaysia bukan sebuah negara demokrasi bunyinya agak pelik bagi kita. Kalau boleh saya katakan pelik bin ajaib kerana negara-negara yang baru sahaja bebas daripada cengkaman diktator pun telah diberikan status negara demokrasi, sedangkan Malaysia yang sudah merdeka lebih lima dekad dan mengadakan berpuluh kali pilihan raya, termasuk pilihanraya-pilihanraya kecil, belum boleh dikatakan sebuah negara demokrasi. Apatah lagi, dengan mengambil kira program transformasi politik yang telah dimulakan oleh YAB Presiden kita selaku Perdana Menteri, ruang demokrasi di negara kita menjadi lebih luas, dengan kerajaan mengambil sikap yang lebih responsif dan terbuka dalam memenuhi kehendak rakyat.

43. Jadi, apakah sebenarnya muslihat mereka menuduh kita tidak demokratik? Adakah terdapat udang di sebalik batu? Adakah dengan mengatakan Malaysia bukan sebuah negara demokrasi, mereka berharap kita akan mengambil tindakan tertentu untuk kononnya menjadi lebih demokratik, termasuk mengapuskan hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera, membenarkan kebebasan beragama tanpa batas diamalkan di negara kita, menghapuskan institusi raja-raja Melayu untuk menjadi negara republik sepenuhnya, dan lain-lain lagi. Sebenarnya, niat mereka ialah untuk membentuk persepsi bahawa perjuangan menegakkan agama, bangsa dan tanah air seperti yang digalas oleh UMNO sebagai satu perjuangan yang tidak releven dan sia-sia. Inilah yang cuba dibuat oleh mereka.

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

44. Mengapa saya bercakap agak panjang lebar mengenai soal agama dan kedudukan orang Melayu dan Bumiputera kerana inilah teras perjuangan UMNO. Umat Melayu dan Islam hari ini dilanda pelbagai ancaman secara halus yang boleh menyebabkan perbalahan, perpecahan dan penyelewengan akidah. Bagi memperkukuhkan perjuangan ini, mesti ada kesedaran, keinsafan dan kesepaduan di kalangan kita semua untuk menjadi benteng perjuangan parti kita. Jika kita gagal mengurus cabaran ini dengan betul, kita akan menerima padah perpecahan ummah yang parah.

45. Sedarlah, UMNO adalah perisai Melayu dan benteng Islam yang sebenar. Walaupun ada sebuah parti di negara kita yang nampaknya berjuang untuk Islam, tetapi mereka seringkali terpaksa berkompromi dalam perkara-perkara asas mengenai Islam. Ini kerana parti ini bergantung kepada pihak lain untuk meraih kuasa. Oleh sebab itu, umat Islam tidak menaruh harapan yang tinggi kepada parti ini untuk memperjuangkan Islam. Sebaliknya, harapan umat Islam adalah kepada UMNO. Sebagai parti terbesar umat Melayu, parti kita tidak perlu berkompromi dalam hal agama semata-mata untuk meraih populariti dan kuasa politik.

PESANAN KEPADA WANITA, PEMUDA DAN PUTERI

Saudara-saudari yang saya hormati sekalian,

46. Pergerakan Wanita adalah pembawa obor perjuangan UMNO. Dalam setiap medan pertempuran UMNO menghadapi pilihanraya, pergerakan Wanita setia berada di barisan paling hadapan membawa mesej parti kepada para pengundi. Pergerakan wanita sentiasa bersemangat waja merayu undi tak kira panas, hujan, ribut, taufan, mereka tetap setia berada di medan perjuangan. Wanita tidak pernah berundur walau selangkah.Orang kata, di sebalik kejayaan seorang lelaki di belakangnya adalah wanita. Maka dalam konteks parti kita, di sebalik kejayaan UMNO di belakangnya adalah pergerakan wanita kita.Selaku Timbalan Presiden parti, saya wajib memberikan pengiktirafan kepada sumbangan Wanita yang sebenarnyalah tulang belakang UMNO. Tahniah wanita!

47. Pergerakan Pemuda dan Puteri adalah pewaris perjuangan UMNO. Masa depan perjuangan UMNO bergantung kepada citra generasi pelapis UMNO yang berada di dalam Pergerakan Pemuda dan Puteri hari ini. Jika Pemuda dan Puteri hari ini kental daya juangnya, hebat pemikirannya, kukuh imannya, kuat jatidiri Melayunya, mulia akhlaknya, saya percaya obor perjuangan UMNO akan terus menyala, dan rakyat akan terus memberikan keyakinan kepada UMNO sebagai parti tempat mereka bernaung. Inilah ciri generasi UMNO yang ingin kita lahirkan.

48. Yang penting, kita mesti kembali memahami idealisme dan matlamat perjuangan UMNO. Kita berjuang di dalam UMNO bukan untuk UMNO, tetapi untuk orang Melayu dan Bumiputera. Apabila kita diangkat menjadi pemimpin di dalam UMNO bukan bermakna kita hanya berkhidmat untuk orang UMNO, tetapi berkhidmat untuk orang Melayu dan Bumiputera.Kita mesti ingat harapan orang Melayu dan Bumiputera yang amat tinggi kepada UMNO. Seperti yang saya sebut di awal ucapan saya, orang Melayu dan Bumiputera telah memberikan sokongan padu kepada UMNO dan mereka amat berharap kita dapat membela nasib mereka. Bila kita diberi mandat, kita melakukan yang terbaik untuk membela nasib orang Melayu dan Bumiputera, serta menjamin kaum-kaum lain juga mendapat pembelaan yang adil.

49. Saya percaya, pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO yang merupakan tonggak kekuatan parti kita memiliki kekuatan masing-masing untuk menggalas harapan orang Melayu dan Bumiputera kepada UMNO. Tugas kita menggalas amanah besar ini insyaAllah akan menjadi lebih mudah jika kita bersatu hati, saling bantu-membantu, jujur dan ikhlas di dalam perjuangan, dan menggembeleng seluruh kekuatan kita secara bersama. Bak kata pepatah:

Yang kuat pembawa beban
Yang berani pelawan musuh
Yang cerdik pelawan perkara

50. Saya percaya, watak-watak yang disebut di dalam peribahasa Melayu ini semuanya ada di dalam ketiga-tiga pergerakan UMNO. Yang kuat menyumbang tenaga kepada parti. Yang berani mara ke barisan paling hadapan di medan-medan pertempuran. Yang cerdik bijak berbahas, berdebat, bersyarah, berforum untuk mematahkan hujah-hujah parti lawan.

51. Medan pertempuran kita yang seterusnya adalah PRU-14 yang pastinya lebih mencabar. Kita mesti ingat tempoh 4 tahun sebelum PRU-14 bukanlah satu jangkamasa yang panjang. Kita mesti telah pun bersedia bukan hari ini, tetapi dari semalam. Kerjasama, perpaduan dan komitmen kita semua penting untuk memastikan kemenangan UMNO dan Barisan Nasional. Jangan kita ulangi kesalahan, kesilapan dan kelemahan lampau. Bina kekuatan baru. Yang hampa biar terbang, yang bernas biar tinggal.

52. Kita mesti lebih lantang, berani dan yakin supaya kehadiran kita lebih dirasai oleh masyarakat. Selesaikan sebarang masalah dengan segera supaya Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO benar-benar wujud sebagai pergerakan yang dihormati. Terjemahkan konsep transformasi politik sebagai hijrah minda dan sikap kepada yang lebih baik. Generasi lama di dalam UMNO telah menyumbang, yang penting ialah sumbangan generasi hari ini sebagai penyambung risalah perjuangan parti demi agama, bangsa dan tanah air kita.

53. Orang muda lebih mengetahui kehendak generasi muda. Dekatilah mereka, bercakaplah dengan mereka, bersantailah dengan mereka. Ajaklah mereka menyertai perjuangan kita. Kita sedar bahawa UMNO yang diwujudkan enam dekad yang lalu kini berhadapan dengan pelbagai cabaran baru. Untuk terus releven, UMNO perlu sentiasa mencari pendekatan baru. Kempen membenci UMNO perlu ditangani dengan segera. Pemuda perlu berinteraksi dengan generasi muda termasuk di kampus dan kampung. Wanita perlu terus cekal dan kental dengan tradisi menawan hati dan budi wanita-wanita termasuk golongan profesional dan agamawan wanita. Puteri perlu lebih persiapan untuk menjadi rakan dan taulan buat remaja perempuan yang begitu ramai di luar sana.

54. Saya percaya dengan kehebatan Sdr Khairy berdebat, Datuk Seri Shahrizat yang mesra, Ermi yang rajin, pasti akan membawa perubahan buat parti kita. Prinsipnya jangan undur ke belakang, jangan bergerak berseorangan, jangan teragak-agak dan jangan gentar untuk berada di barisan hadapan untuk menjulang obor perjuangan parti dan mewujudkan keterujaan baru kepada UMNO.

55. Saya ingin mengingatkan saudara-saudari bahawa anda semua memikul tugas yang amat besar dalam menyambung risalah perjuangan suci parti. InsyaAllah, saya dan Presiden akanmembantu saudara-saudari. Kalau wanita hendak menjadi tulang belakang UMNO, teruskanlah semangat itu. Yang penting wanita mampu menyahut apa jua cabaran.

56. Pemuda dan Puteri pula wajib menjadi jurubicara umat mewakili suara orang muda. Lantanglah bersuara, beranilah membuat pendirian, muncullah di semua pentas menjuarai isu rakyat. Biarlah kehadiran Pemuda dan Puteri benar-benar dirasai dan dihargai oleh rakyat. Berusahalah dengan gigih tanpa mengenal jerit perih dalam menggalas harapan rakyat.

57. Ingatlah, berjaya atau gagal perjuangan kita sebahagian besarnya terletak di atas bahu saudara-saudari semua. Maka seharusnya saudara-saudari sudah lebih daripada bersedia untuk menyahut cabaran besar ini. Akhirnya, berdoa dan bertawakkallah kepada Allah. Mudah-mudahan, Allah s.w.t memberkati perjuangan kita dan memberikan kita kemenangan.

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah di Nusantara

Faiza azamta fa tawakkal ala Allah

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan sukacitanya merasmikan Perhimpunan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2013.

Hidup UMNO! Hidup UMNO! Hidup UMNO!

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Walillahilhamd.

Wabillahi al-taufiq wal hidayah wassalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh.


Mukhriz Mahathir
Source Blog

BINCANG PERSIAPAN DUN SUNGAI LIMAU

Kuala Terengganu: Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir, akan bertemu Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini untuk membincangkan soal calon dan persiapan menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau.

“Saya akan berjumpa Tan Sri Muhyiddin esok (hari ini) untuk membincangkan persiapan bagi PRK Sungai Limau dan soal calon. Kriteria calon masih terbuka, kita tengoklah nanti siapa diputuskan pucuk pimpinan,” katanya yang juga Pengerusi BN Kedah.

Bercakap kepada media selepas majlis memperkenalkan calon Majlis Tertinggi (MT) dan EXCO Sayap UMNO di Stadium Tertutup Gong Badak, di sini semalam, Mukhriz membayangkan calon akan diketengahkan BN pada PRK itu dari latar belakang agama bagi menepati cita rasa dan latar belakang pengundi kawasan berkenaan.

“Situasi di Sungai Limau berbeza dengan beberapa tempat lain yang pernah menghadapi PRK sebelum ini kerana Allahyarham mempunyai hubungan baik sekali dengan BN walaupun berbeza fahaman politik,” katanya yang akan bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti kali ini.

Tanggungjawab besar

Di Kuala Kangsar, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengingatkan semua pihak dalam parti bahawa PRK itu adalah tanggungjawab lebih besar berbanding pemilihan parti.

“Saya ingin ingatkan ibu pejabat (UMNO), badan perhubungan negeri dan semua sayap parti, walaupun sibuk dengan pemilihan, jangan lupa tanggungjawab lebih besar iaitu memastikan calon kita menang pilihan raya dan yang terdekat PRK Sungai Limau yang mana rakyat jadi pihak berkepentingan,” katanya.
Bercakap selepas taklimat tertutup kepada ahli UMNO Perak di sini semalam, Hishammuddin yang mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti kali ini, berkata kemenangan di Sungai Limau penting demi memantapkan kedudukan BN di Kedah selepas berjaya merampas negeri itu pada PRU-13.

“Walaupun UMNO sibuk dengan pemilihan, persaingan politik di Sungai Limau lebih besar kerana ia jadi ukuran kepada kemampuan parti dan diperhatikan rakyat keseluruhan. Jika menang (PRK), bermakna BN berjaya mengukuhkan lagi kepercayaan rakyat terhadap kemampuan parti untuk mentadbir dan memimpin Kedah,” katanya lagi.

Perpaduan penting

Di Sandakan, seorang lagi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata perpaduan ahli UMNO dan komponen BN bergerak sebagai sebuah pasukan bagi memenangi PRK itu selain menerima siapa juga calon diletakkan adalah paling penting.

Ketika selepas merasmikan Penyampaian Sijil Latihan 1Malaysia (L1M) Zon 2 GiatMARA Sabah dan sumbangan kepada pelajar miskin di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chi Hwa semalam, beliau yakin BN berpotensi menang di DUN Sungai Limau.


Mukhriz Mahathir
Source Blog

BERANI BERUBAH

Assalamualaikum WBT, saya mendoakan agar kita semua berada di dalam rahmat ALLAH SWT. Semoga persiapan bagi persidangan UMNO Bahagian berjalan dengan baik dan mudah-mudahan dapat dijalankan dengan jaya dan sempurna.

Agar kita diberi hidayah untuk membuat pilihan berlandaskan prinsip dan asas perjuangan Demi mengembalikan kegemilangan UMNO.

Salam “BERANI BERUBAH” buat semua perwakilan dan Selamat Bersidang.. !!

- Mukhriz Mahathir -

Calon Naib Presiden 05


Mukhriz Mahathir
Source Blog

MB KEDAH UTAMAKAN PILIHAN RAYA KECIL

Machang: Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir, menegaskan sasaran merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau tetap menjadi keutamaannya walaupun kini sibuk dengan pemilihan UMNO.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah itu yang juga calon Naib Presiden UMNO berkata, persiapan menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) berkenaan tidak pernah ‘tergendala’, malah berada pada tahap memuaskan.
“Kini, semua jentera pilihan raya parti bertungkus lumus membuat persiapan akhir kerana proses penamaan calon cuma tinggal beberapa hari saja lagi. Malah, saya juga terpaksa membahagikan masa kerana sibuk menghadapi pemilihan UMNO.

“Saya akui tak cukup masa untuk menemui ahli di bahagian kerana selain pemilihan UMNO, saya juga mengendalikan jentera PRK Sungai Limau. Apapun, sudah tanggungjawab saya untuk memastikan PRK diberi keutamaan melebihi persediaan pemilihan parti,” katanya ketika ditemui di Tok Bok, di sini semalam.

Syukur terima sokongan

Hari penamaan calon PRK DUN Sungai Limau ditetapkan 23 Oktober ini, manakala pengundian pada 4 November depan. Kerusi DUN itu yang terletak dalam Parlimen Jerai kosong berikutan kematian Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas Menteri Besar Kedah.

Mengenai pemilihan parti 19 Oktober ini, Mukhriz berkata, beliau bersyukur kerana menerima sokongan pelbagai pihak untuk menghadapi persaingan enam penjuru itu yang disifatkan agak sengit.
Di Alor Setar, Mukhriz mengakui jumlah calon yang disenarai pendek untuk PRK DUN Sungai Limau, kini lebih daripada tiga nama, iaitu jumlah yang pernah diumumkannya sebelum ini.

“Kita sudah senarai pendek calon dan saya boleh katakan jumlahnya lebih daripada tiga. Kita akan serahkan senarai akhir calon untuk Sungai Limau kepada Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 16 Oktober ini untuk pertimbangan,” katanya.

Calon BN bagi kerusi itu dijangka diumumkan 21 Oktober ini, dua hari sebelum proses penamaan calon.

PAS Kedah juga difahamkan akan mengumumkan calonnya daripada lapan nama yang disenarai pendek, pada hari sama.

Mengenai dakwaan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar bahawa PAS tidak berdepan laluan mudah bagi mempertahankan DUN Sungai Limau, Mukhriz berkata, tidak boleh ada `dua parti bukan pilihan’ dalam PRK berkenaan, sedangkan rekod penguasaan PAS di kerusi itu sejak 1995, menjadikan BN bukan pilihan.

Kerusi DUN Sungai Limau diisytiharkan kosong susulan kematian Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas Menteri Besar Kedah akibat komplikasi jantung dan jangkitan diabetes. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 23 Oktober ini sebagai tarikh penamaan calon, manakala 4 November sebagai tarikh pengundian.

SUMBER : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MBKedahutamakanpilihanrayakecil/Article/


Mukhriz Mahathir
Source Blog

Copyright © 2013. All Rights Reserved.