Umno Blogger Directory

.::Pisau.Net::.

Kerana Nasihat dan Peringatan13 Mei ; DAP Gertak Guna Pengganas LTTE . Boleh Pakaikah Akta Hasutan?

Nasihat TPM Tan Sri Muhyidin Yasin di spin oleh haprak pakatan, Dalam bahasa Malaysia yang mudah TPM menasihati rakyat agar tidak terjebak didalam politik perkauman kerana akibatnya cukup teruk seperti 13Mei.

Peringatan semudah itu budak sekolah rendah pun boleh faham. Tetapi memandangkan teguran TPM menyentuh 13Mei ,DAP begitu terpukul kerana resepi politik perkauman dan rasis memang semua tahu adalah darah daging mereka. Tanpa kebencian perkauman mana mungkin DAP perolehi sokongan daripada ultrakiasu dan chauvanis cina.

Peringatan dan nasihat Tan Sri Muhyiddin bukan perkara baru..bukan sekali malah beberapa kali beliau mengingatkan agar rakyat jangan terlalu terikut dengan politik perkauman yang merbahaya DAP . Pisau percaya diluar sana kaum cina juga tahu siapakah pencetus 13Mei.Sejarah cuba diubah..DAP mengupah beberapa ahli akedemik untuk mengubah sejarah kononnya merekalah yang menjadi mangsa sebaliknya mereka mahu Umno dilihat sebagai punca 13Mei.

Paling melucukan Kit Siang dalam responnya secara rasmi bagi pihak DAP dan Pakatan juga tidak mahu peristiwa hitam rusuhan 13 Mei berlaku.
Ultrakiasu chauvanis rasis Kit Siang juga memberi jaminan akan melakukan segala yang perlu untuk memastikan peristiwa ini tidak berlaku lagi.

Katanya lagi DAP dan Pakatan memberi kerjasama penuh bersama dengan Umno dan BN untuk menjamin tidak berulangnya semula peristiwa tragedi 13 Mei dalam pilihan raya umum yang akan datang.Bolehkah anda percaya kata kata Lim Kit Siang yang seluruh negara tahu beliau adalah salah seorang dalang yang terbabit secara langsung didalam peristiwa hitam tersebut.

Pisau perhatikan semenjak sebelum 2007 hinggalah sekarang,secara konsisten DAP menghasut kaum cina dengan pelbagai dakyah,kononnya bangsa cina tertindas dan dalam masa yang sama turut mencabar apa yang termaktub didalam perlembagaan.

Bukan itu saja DAP turut berperanan memainkan sentimen kebencian agama dan juga kebencian kaum. 2 resepi ini diguna pakai sejak dari dulu lagi dan sekarang ini amat berjaya.

Artikel 153 iaitu hak istimewa orang Melayu, Artikel 152 mengenai bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Artikel 181 tentang raja-raja Melayu dan keempat, perkara yang tergolong kepada definisi hasutan menurut Akta Hasutan 1948 yang sekarang ini sudah ditukar kepada Akta Keharmonian Nasional hampir kesemuanya dilanggar ,dipijak dan juga dipersoalkan atas nama kebebasan bersuara.

Kesemua ini pada anggapan DAP dan pakatan adalah tuntutan hak yang mereka kira asas perjuangan mereka. Dalam pada itu mereka juga turut menguris perasaan bangsa melayu dengan pelbagai tindakan yang membabitkan kepentingan agama Islam.

DAP dan pakatan mendesak,pijak dan perlekehkan apa yang termaktub didalam perlembagaan dan mengharapkan pihak yang lain tidak bangkit bersuara dan membantah? Ibarat DAP mahukan satu keistimewaan untuk menghina orang lain dan mengharapkan tidak ada tindak balas? Begitu!?

Apakah DAP dan Kit Siang mengharapkan majoriti kaum yang dominan dinegara ini berpeluk tubuh apabila diasak dan dihina?

Kepada siapa Lim Kit Siang mahu berbohong? Pisau pernah dedahkan bahawa pecah dan perintah adalah sebahagian agenda utama hagemoni DAP dalam melaksanakan Malaysian Malaysia yakni dakwah mereka sudah pun berjaya dianuti oleh PAS .PKR dengan liberal dan pluralnya kesemua ini asakan dan ancaman kepada apa yang menjadi asas keharmonian sesama kaum dinegara ini yang merdeka sejak 50 tahun yang dahulu.

Pisau pernah dedahkan keadaan suasana politik pada masa sekarang tak ubah sepertimana berlakunya pasca 1969, Skrip 1969 dikitar semula pengarahnya sama (Kit Siang)cuma pemainnya adalah berbeza …

anda boleh rujuk artikel disebalik rahsia besar “Asal Bukan Umno”

Pisau menekankan agar anda faham apa yang sebenarnya berlaku dan akan kegagalan kita sendiri mempelajari daripada sejarah.

rujuk siri artikel Pisau sebelum ini

DAP Anti Umno,Rahsia Di Sebalik Kempen “Asal Bukan Umno” :klik sini

DAP Anti Umno:Rahsia Di Sebalik Kempen “Asal Bukan Umno” Pt2 Klik sini

Rahsia Terbongkar ! Agenda DAP PAP Penyatuan Malaysia Singapura::Klik sini

Malaysia dikuasai oleh DAP dan PAP. Melayu & Bumiputra Majoriti menjadi minoriti.Raja Melayu di Singkirkan .Lahirnya sebuah negara Republik Bersatu Rakyat Malaysia :KLIK SINI

Lim Kit Siang sebolehnya tidak mahu rakyat mengingati sejarah penglibatan secara langsung DAP dan PAP dalam kejadian rusuhan paling buruk. Mereka tahu generasi sekarang berjaya dimomokkan dengan pelbagai dakyah agar terpengaruh akan ideologi politik mereka.

Natijahnya daripada itu kita dapat lihat bagaiman kelompok melayu liberal yang kononnya meletakkan diri mereka sebagai lebih terbuka dan pertikaikan sendiri akan hak kepentingan kaum yang dominan dinegara ini sedangkan mereka sendiri adalah produk DEB.

Kelicikan Kit Siang yang saling tak tak tumpah seperti anaknya Lim Guan Eng yang anda harus tahu..

Perhatikan kenyataan Lim Kit Siang dan seluruh pemimpin pakatan dan bandingkan pepatah arab ini.

Ingat pepatah arab “Dia pukul orang dia mengadu bahawa orang lain pukul dia, dia memaki orang, dia mengadu orang lain memaki dia”

Kata Kit Siang sekarang ini zaman sudah berbeza dan beliau secara terbuka mahukan penubuhan suruhanjaya siasatan diraja terhadap sebab tercetusnya kejadian ini, dakwanya lagi keadaan dewasa ini jauh berbeza berbanding dengan apa yang berlaku 43 tahun lalu.

Jika dibandingkan suasana politik sekarang ini apa yang berlaku 43 tahun lepas tidak jauh bezanya . Kit Siang awal awal lagi cuba menutup kerja jahat DAP dengan menuduh hanya puak yang tidak bertanggungjawab, antinasional dan pengkhianat akan cuba memutarbelitkan kemenangan Pakatan dalam PRU13 sebagai satu kemenangan antara satu kaum terhadap kaum yang lain, untuk memberi justifikasi kepada idea liar rusuhan 13 Mei, di mana apa-apa kemenangan rakyat Malaysia berbilang kaum.

Kononnya pakatan akan memperolehi kemenangan pada PRU13,bagaikan ahli nujum Kit Siang seolah memberi isyarat bahawa kemenangan BN pada PRU13 nanti adalah berdasarkan penipuan.Isyarat ini kita harus jelas bahawa sejak dari awal lagi BERSIH yang dilaungkan sebenarnya adalah satu tindakan preamptive untuk mengharamkan setiap keputusan pilihanraya ke 13 nanti.

Apa akan terjadi? Sudah pasti gerembolan pakatan akan dihasut untuk turun dijalan raya membantah kononnya kemenangan BN pada PRU13 nanti adalah satu penipuan.

 

Anda harus faham , Yang pertama kononnya jika PRU13 Pakatan menang tuduhan kalangan pro BN akan merusuh semasa berlakunya transisi dari BN ke Pakatan ia adalah satu tindakan preamptive pakatan sedangkan ketika 5 negeri tumbang ke tangan pakatan jelas tidak ada apa apa yang berlaku. Anda perhatikan apa yang berlaku apabila Perak jatuh kembali ketangan BN,siapakah yang merusuh?

Yang kedua ,Jika PRU13 BN menang ,BERSIH akan turun dijalan raya melakukan revolusi menolak bulat bulat setiap keputusan pilihanraya sedangkan mereka sejak dari awal lagi sedar bahawa pakatan tidak akan menang PRU13.

Tidak dalam dulu sebelum PRU13 dalam satu forum di Permatang Pauh,Chegu Bard dan A Samad Said melaungkan agar rakyat turun kejalan raya jika pakatan kalah semasa PRU13 nanti.Kenapa menghasut dan membuat ugutan?

(Pisau pernah lapurkan mesyuarat sulit pakatan para pemimpin akui mereka gagal ke Putrajaya Pru13 nanti):klik sini, sini dan sini, Malah baru baru ini Lim Guan Eng dalam satu mesyuarat turut mengakui amat sukar mempertahankan momentum sokongan rakyat terhadap BN.

Timbalan Ketua Menteri 2 Regim Pulau Pinang pula mengertak kononnya jika 13Mei tercetus LTTE akan turut sama pertahankan DAP. Pisau lihat P Ramasamy telah membuat hasutan dan provokasi untuk menaikkan kemarahan rakyat diluar sana.

LTTE memang ada kaitan rapat dengan P Ramasamy,kerena beliau adalah pemudah cara kepada beberapa operasi LTTE .Mengertak untuk mengunakan pengganas menentang Melayu Malaysia adalah satu hasutan dan provokasi yang amat serius. Pisau harap rakyat Malaysia diluar sana agar membuat satu laporan polis agar pemimpin DAP seperti Kit Siang dan P Ramasamy diambil tindakan.

KUALA LUMPUR 7 Julai – Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II Dr P Ramasamy menjelaskan beliau tidak akan gentar sekiranya peristiwa 13 Mei berulang semula.

 

Beliau berkata demikian selepas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengeluarkan kenyataan bahawa insiden 13 Mei mungkin berulang sekiranya perpaduan antara kaum tidak dijaga.

“MIC mungkin takut, Gerakan mungkin takut, MCA mungkin takut. Tapi biar saya katakan sekiranya kamu (Muhyiddin) mahu kembalikan insiden 13 mei, bawalah.

“Jangan cakap sahaja. Setiap masa cakap pasal 13 Mei.. 13 Mei. Cetuskanlah 13 Mei. Kamu mulakan 13 Mei maka ini merupakan kali pertama kerajaan memulakan 13 Mei,” katanya kepada pemeberita, semalam.

Andaian insiden kejadian 13 Mei dikeluarkan oleh Muhyiddin sekiranya etnik agama di Malaysia sering merngkritik antara satu sama lain.

Beliau walaubagaimanapun tidak menyebut secara spesifik tarikh 13 Mei ketika mengeluarkan kenyataan tersebut namun perumpamaan yang dikeluarkan beliau merujuk kepada insiden berdarah tersebut – Rakyat News

Jom Baca artikel bersiri Pisau : Klik Sini

Pisau kata “DAP sesuka hati boleh menghina bangsa melayu,agama Islam tapi jika kita pertahankan hak bangsa,agama akan dituduh rasis.. boleh macam tu?”

Tags:  

Del.icio.us


Facebook
TweetThis
Digg
StumbleUpon

You might be interested in this:  
  •  Sayau Sarawak,
  •  Hot!Ultrakiasu Di Import Dari Singapura Bantu Pakatan Untuk PRU13.
  •  Beberapa Perubahan Bakal Dilakukan Pada Draft Akta Badan Perkomputeran Professional
  •  Tak Murtad Kalau Keluar Dari PAS
  •  Orang Melayu Percaya Drakula Wujud di KLCC?

Copyright © .::Pisau.Net::. [Kerana Nasihat dan Peringatan13 Mei ; DAP Gertak Guna Pengganas LTTE . Boleh Pakaikah Akta Hasutan?], All Right Reserved. 2014.
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Seorang lagi kanak-kanak di Pulau Pinang sah JE.

babi copy

Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun lima bulan di dijangkiti virus Ensefalitis Jepun (JE), dipercayai selepas melawat datuknya di Bagan Jermal, di Butterworth.

Pengarah Kesihatan Pulau Pinang, Datuk Dr Lailanor Ibrahim berkata  pemeriksaan darah terhadap kanak-kanak itu pada 24 Jun lepas mendapati ia positif JE.

“Kanak-kanak itu mengalami demam dan kejang-kejang dan dimasukkan ke Hospital Seberang Jaya pada 13 Jun, bagaimanapun keadaannya makin serius dan dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut.

“Di HPP pesakit telah dimasukkan ke wad Pediatrik Unit Rawatan Rapi (ICU) dan setelah menerima rawatan intensif, pesakit telah menunjukan respons yang baik serta telah dikeluarkan dari ICU dan dipindahkan ke wad biasa pada 18 Jun,” katanya dalam kenyataan kepada Bernama, malam tadi.

Beliau berkata menurut doktor pakar dari HPP, kanak-kanak itu telah beransur pulih setelah menerima rawatan intensif dan pesakit berkenaan juga kini boleh makan dan minum.

Dr Lailanor berkata pesakit itu masih dirawat di HPP dan sedang menjalani fisioterapi.

“Pemeriksaan darah (Serum Serologi untuk JE) pada 24 Jun lepas adalah  positif dan hari ini pihak HPP sekali lagi mengambil sampel darah pesakit untuk kepastiaan, ia dijangka diketahui dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata pihaknya akan membuat siasatan lanjut terhadap keluarga pesakit untuk Pengesanan kes secara aktif dan langkah-langkah kawalan akan diambil.

Sebelum ini, seorang murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Kampung Selamat disyaki dijangkiti virus JE dan masih dirawat di sebuah hospital swasta di Bayan Baru, dekat Butterworth.

Muhammad Ammar Muqrish Zulkifli, 12, pada awalnya dikatakan mengalami demam panas sejak 18 Mei lalu dan dimasukkan ke Hospital Kepala Batas selepas  demamnya itu berlarutan sebelum dipindahkan ke hospital swasta itu pada 21 Mei.

- Bernama

Tags:  

Del.icio.us


Facebook
TweetThis
Digg
StumbleUpon

You might be interested in this:  
  •  Murtad: Mainan Media? Satu Lagi Tanda Khawarij Banggang
  •  Petua Mengenali Kurma
  •  Kajian Terkini Lembu NFC Lebih Bijak Dari Rafizi,Saifudin & Zuraida
  •  The Malaysian Insider issues fourth apology in over a week
  •  Karpal : Anwar Liwat Paksa Atau Rela ?

Copyright © .::Pisau.Net::. [Seorang lagi kanak-kanak di Pulau Pinang sah JE.], All Right Reserved. 2014.
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

HOT! Yang DAP Cuba Halang Untuk Rakyat Teluk Intan Jadi Kenyataan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan beberapa inisiatif bagi pembangunan Teluk Intan termasukpembinaan 5,000 unit rumah di bawah program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) serta penubuhan cawangan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). 

image

Sebagai memenuhi manifesto Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM5 juta bagi projek pembangunan di kawasan berkenaan. 

“BN adalah sebuah parti yang berpegang kepada falsafah dan prinsip bahawa BN menetapi janji dan membawa harapan kepada penduduk kawasan ini,”katanya ketika berucap pada Majlis Bersama Rakyat dan pelancaran PR1MA Teluk Intan di sini. 

Bagi projek PR1MA, Najib berkata sebagai permulaan, sebanyak 1,000 unit rumah akan dibina di kawasan itu. 

Projek PR1MA Teluk Intan secara keseluruhannya melibatkan kawasan seluas 202 hektar. 

Projek PR1MA di Teluk Intan melibatkan kerjasama antara Perbadanan PR1MA Malaysia, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan Koperasi Pegawai-pegawai Melayu Malaysia Bhd (MOCCIS). 

Bagi penubuhan cawangan UPSI, Najib berkata kampus berkenaan akan menempatkan 1,000 guru yang akan dilatih dalam bidang vokasional dan teknikal. 

“Kawasan Teluk Intan akan mendapat kesan yang begitu baik (dengan pembinaan cawangan UPSI)…. (cawangan) itu akan cuba siap tiga hingga empat tahun akan datang,” katanya. 

Selain peruntukan RM5 juta itu, beliau berkata sebagai bakal menteri, Anggota Parlimen Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong akan turut menerima peruntukan khas yang dapat digunakan untuk kepentingan penduduk kawasan itu. 

Katanya semua peruntukan yang disalurkan adalah untuk memenuhi permintaan penduduk Teluk Intan. 

Perdana Menteri turut merakamkan penghargaan kepada pengundi Teluk Intan kerana menyokong BN sehingga membawa kepada kemenangan Mah pada PRK Parlimen itu, 31 Mei lepas selepas menewaskan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud dengan majoriti 238 undi. 

“Saya datang untuk memastikan janji-janji (BN) ditunaikan. Saya nak ucap setinggi-tinggi perhargaan kepada pengundi yang menyokong BN. 

“Saya tidak sedap duduk kalau saya tidak turun hari ini untuk berjumpa rakyat Teluk Intan,” katanya. 

Beliau berkata kemenangan itu membuktikan pengundi yakin BN adalah parti yang menepati janji dan membawa harapan baharu kepada penduduk kawasan  itu. 

image

“Kita menang kerana kebolehpercayaan rakyat terhadap BN meningkat. Ramai yang merasakan bahawa jika BN diberi peluang akan berlaku perubahan persekitaran dari segi pembangunan sosio-ekonomi di kawasan itu,” katanya. - Bernama

image

Tags:  

Del.icio.us


Facebook
TweetThis
Digg
StumbleUpon

You might be interested in this:  
  •  Saya tak mahu gaduh dengan orang yang tak betul ni-Zahid Hamidi
  •  Tun M Di Masukkan IJN,Mengadu Sakit Dada
  •  3 Pemimpin PKR Didapati Bersalah Fitnah Aminah.
  •  Video:Orang Umno Sembahyang Baca Hidup Melayu dan Hidup Dacing
  •  Hot! Umno Dan PAS Bergabung Nak “Bunuh” Aku, Mat Sabu Mengaku Dirinya Syiah Di Hadapan Wartawan, Bukti Dakwaan @Zahid_Hamidi Ada Asas.

Copyright © .::Pisau.Net::. [HOT! Yang DAP Cuba Halang Untuk Rakyat Teluk Intan Jadi Kenyataan.], All Right Reserved. 2014.
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Panas! PAKATAN DEDAH SEBENARNYA MALAYSIA MENANG PIALA THOMAS

image

Mengikut kiraan dan fahaman haprak pakatan sebenarnya pasukan badminton negara menang Piala Thomas berdasarkan lebihan mata yang dipungut.

Begitu juga mengikut fahaman otak selut..mereka mengaku diseluruh negara kononnya merekalah yang sepatutnya menjadi kerajaan pusat disebabkan jumlah undi melebihi BN.

Justeru Ketua Menteri dan Menteri Besar haprak pakatan mengumumkan cuti khas bagi menyambut kepulangan wira wira negara kerana beroleh kemenangan popular Piala Thomas.. hahaha…

Pisau kata ” sejak bila Jepun pandai main badminton..?”

Tags:  

Del.icio.us


Facebook
TweetThis
Digg
StumbleUpon

You might be interested in this:  
  •  Zaid:Keluar Parti Macam Berhenti Kerja
  •  Apa Guna Bergaduh,Bersatulah PAS & DAP
  •  Penanti :Dr Mansor TKM1 Di Baling Telur
  •  Identiti Biseksual Tua Bakal Didedahkan?
  •  Tenang:Najib Berdehem Anwar U Turn

Copyright © .::Pisau.Net::. [Panas! PAKATAN DEDAH SEBENARNYA MALAYSIA MENANG PIALA THOMAS], All Right Reserved. 2014.
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Copyright © 2013. All Rights Reserved.