Umno Blogger Directory

Azlan Taib

PasMa Siap Sedia Ditubuhkan, Jika Nik Aziz Bubar PAS Untuk Bergabung Dengan UMNO

“Sudah berkali-kali saya mengajak UMNO agar mengubah dasar itu. Sudah berkali-kali saya sebutkan kepada pemimpin UMNO agar tinggalkan perjuangan kebangsaan dan terimalah perjuangan Islam. Kalau hari ini UMNO berbuat demikian, maka hari ini juga saya sanggup bubar PAS untuk sama-sama berjuang Islam dengan UMNO. Namun sampai sekarang mereka tidak sanggup mengubah dasar parti UMNO itu kepada dasar Islam! Di manakah duduknya roh Islam dalam UMNO? Saya tanyakan persoalan ini untuk dijawab oleh seluruh umat Malaysia,” Nik Aziz (1 Oktober 2010)

Sememangnya pun dah banyak kali ungkapan itu dituturkan oleh Mursyidul Am PAS TG Nik Aziz Nik Mat, malah seingatan saya ia bermula sejak awal 1980an,

Namun kalau merujuk pada hari ini, adalah amat mustahil untuk Nik Aziz meraih sokongan, kalau ditakdirkan UMNO menyahut cabaran beliau.

Dilaporkan oleh TMI, kumpulan tertentu dalam PAS telah mengadakan perjumpaan pada 31 Ogos lalu untuk menubuhkan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), yang bertujuan secara langsung untuk menidakkan hasrat Nik Aziz.

Ternyata kata-kata Nik Aziz sudah tidak diterima pakai lagi oleh kalangan PAS sendiri.

Perkara ini sememangnya telah dijangka, seperti yang telah diramalkan SINI.
AKAR UMBI
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Husam Bayangkan 2 Adun PAS Sokong Wan Azizah Bakal Terlepas Dari Tindakan Disiplin

“Tanpa diurus, dua ADUN PAS misalnya telah mengambil pendirian sendiri. Saya difahamkan, sepanjang masa itu Perhubungan PAS Selangor tidak pun bersidang,” – Husam Musa

Jika diamati kenyataan Naib Presiden PAS Husam Musa, dengan sendirinya membayangkan bahawa 2 Adun PAS yang menandatangani perakuan berkanun menyokong DS Wan Azizah sebagai MB Selangor (Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin) bakal terlepas dari tindakan disiplin.

Meskipun Dewan Ulamak PAS Selangor telah meluluskan usul mengecam tindakan 2 Adun berkenaan, disamping mencadangkan tindakan disiplin diambil kepada mereka, Husam sebaliknya menyalahkan PAS Selangor kerana gagal mengurus krisis.

Atau apakah Husam adalah antara anggota kumpulan pelobi Azizah yang menawarkan sesuatu kepada baki 13 Adun PAS untuk menandatangani perakuan berkanan menyokong Azizah, seperti didakwa oleh Setia Usaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman?
AKAR UMBI
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Mampukah Hadi Awang Bangun Setelah Dilanyak Teruk Oleh Penyokong-Penyokong DAP?

Presiden PAS DS Abdul Hadi Awang disifatkan sebagai politikus yang berfikiran sempit disamping punya sifat yang terlalu mementingkan diri dan perkiraan peribadi, melalui rencana Malaysiakini yang anda boleh baca SINI, berhubung pendiriannya dan PAS dalam penyelesaian isu penggantian MB Selangor.

Rencana tersebut  turut dipaparkan di laman FB Malaysikini, malangnya mendapat respons yang membidas dengan kata nesta dan cacian oleh para penyokong DAP, yang seolah-olah menggambarkan PAS tidak punya sebarang sumbangan dalam membina kekuatan Pakatan Rakyat Selangor.

Dalam menghadapi kemelut ini, Hadi sebenarnya terperangkap dengan perjalanan politiknya. Sebagai pemain lama dalam gelanggang politik Malaysia, apatah lagi sudah menjadi Naib Ketua Kesatuan Ulamak Sedunia, tentunya istiqamah adalah keutamaan dalam perjuangannya.

Hadi telah diperhatikan sejak dekad 80an lagi yang setiap patah perkataan mahu pun perbuatan adalah didokumenkan, meliputi samada bercetak mahu pun rakaman audio dan video.

Selepas PRU 2008, PAS yang dipimpin oleh Hadi, sedikit demi sedikit tergelincir dari landasan awal ciptaannya bersama rakan-rakannya yang bermula pada dekad 80an. Pendirian Hadi tentang konsep Negara Islam dan fatwa berhubung kerjasama politik dengan orang bukan Islam adalah antara contoh-contoh perubahan pendirian Hadi.

Adalah amat sukar untuk lari dari pendirian asalnya kerana jika beliau berbuat demikian bermakna kata-kata yang dilafaz, serta perbuatan yang dilakukan adalah fitnah terhadap UMNO, Barisan Nasional apatah lagi terhadap Tun Dr Mahathir dan Hadi tidaklah berbeza dengan politikus-politikus lain yang bermain dengan retorik politik.

Kini, Hadi sekadar mampu baring sambil memikirkan kesilapan tindakan politiknya, serta bertanya pada diri sendiri, “Berdosakah aku?”.

Mampukah Hadi untuk bangun selepas terkena lanyakan ini?

Teruskan membaca perbandingan Hadi dulu dan sekarang SINI.
AKAR UMBI
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Kini Perlantikan MB Selangor Terletak Ditangan Sultan – Redhakah Anwar?

Mengamati kenyataan akhbar Istana Selangor yang boleh dibaca SINI, terdapat 2 perkara yang diberikan penekanan oleh pihak istana, iaitu;

  • Kuasa budi bicara mutlak Sultan dalam perlantikan MB Selangor yang selaras dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959; dan
  • Amalan perlantikan yang sejajar dengan convention terdahulu.
Mengimbas kembali perlantikan-perlantikan terdahulu, berlaku 2 keadaan bila mana cadangan MB Selangor disaring begitu ketat oleh istana.
Pertama, ialah ketika mencari pengganti berikutan perletakan jawatan oleh TS Muhamad Mohd Taib dan yang kedua ialah pengganti kepada TS Abu Hasan Omar.
Apabila Muhamad meletakkan jawatan pada Ogos 1997, perlantikan adalah tidak serta merta. Abu Hasan bukanlah calon yang disebut-sebut sebagai MB kerana beliau mempunyai jawatan dalam kabinet. Telah menjadi cerita umum pada masa itu, pihak istana telah tidak memperkenankan calon-calon yang dikemukakan. 
Selangor tidak mempunyai MB hampir 2 bulan kerana perlantikan Abu Hasan terpaksa melalui PRK kawasan DUN Permatang, bagi membolehkannya dilantik kejawatan berkenaan. Abu Hasan hanya mengangkat sumpah pada Jun 1997.
Sekali lagi berlaku situasi yang sama, apabila Dr Mohd Khir Toyo mengambilalih jawatan MB dari Abu Hasan pada Ogos 2000. Khir dikatakan bukanlah pilihan utama, malah adalah paling junior setelah calon-calon terawal gagal melepasi saringan mengikut kehendak pihak istana.
Meskipun perlantikan-perlantikan tersebut bukan dibuat oleh Sultan Idris, namun baginda telah pun menzahirkan pendiriannya untuk mengikut convention terdahulu.
Tentunya pendirian baginda itu adalah untuk kepentingan Selangor dan seluruh rakya jelatanya.

DAULAT TUANKU!

AKAR UMBI
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Mahkamah Persekutuan Tolak Permohonan Semakan Penghakiman Liwat Anwar Ibrahim

Meskipun untuk kes Liwat 1 yang terdahulu, Anwar Ibrahim telah dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan, namun penghakiman bertulis yang dibuat 9 tahun dulu mencatatkan Anwar sebagai mempunyai kecenderungan melakukan homoseksual dengan Azizan Abu Bakar.

Hari ini, panel 5 hakim telah menolak permohonan semakan penghakiman bertulis, bagi memadamkan perenggan yang berkaitan isu berkenaan oleh Anwar.

Baca seterusnya akan reaksi Anwar di Rakyat News.
AKAR UMBI
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Azmin Ali & Zuraidah Kamarudin – Seorang Mengetap dan Seorang Tersengih Bila Masing-Masing Dipersoal Pihak Istana

Merenung wajah Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan Ketua Wanita Zuraidah Kamarudin, jelas sekali seorang mengetap bibir dan yang seorang lagi tersengih hingga menampakkan gigi.

Bagi MB Selangor TS Khalid Ibrahim, kedua-dua mereka adalah bagai hantu raya yang mengganggu kerusi MB yang sedang didudukinya.

Seolah-olah membayangkan yang dirinya mendapat perlindungan istana, Khalid memberitahu Sinar Harian, “Pegawai istana bertanyakan saya perkara ini (tukar menteri besar) sama ada mereka ini (Azmin dan Zuraida) arif dalam memahami adat dan tertib istana serta enakmen negeri”.

Kedua-dua Azmin dan Zuraidah adalah pemimpin PKR yang begitu kuat mahukan Khalid turun dari jawatan MB Selangor dan seterusnya memberi laluan kepada DS Wan Azizah Wan Ismail, seiring dengan kejayaan ‘Kajang Move’.

Kenyataan Khalid di atas dengan sendirinya bermaksud yang beliau berkeberatan untuk turun dari kerusi MB, meskipun Wan Azizah merupakan Presiden PKR.
AKAR UMBI
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Dulu Nallakarupan Bayar RM15,000 Pada Anwar, Kini Giliran Anwar Bayar RM20,000 Pada Nallakaruppan

Semalam telah berlangsung 2 penghakiman kes yang melibatkan Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan, Putra Jaya.

Kes pertama, Anwar telah gagal dalam permohonan semakan terhadap penghakiman bertulis untuk memadam perenggan ‘kecenderungan melakukan homoseksual dengan Azizan Abu Bakar’, berhubung pembebasan Anwar dari kes liwatnya terhadap Azizan, yang diputuskan 9 tahun lalu.

Kes kedua, Anwar telah diperintahkan oleh mahkamah membayar kos RM20,000 kepada S.Nallakarupan selepas Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan Nallakaruppan untuk menempatkan semula pernyataan pembelaannya yang dibatalkan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Serentak dengan itu, kes tersebut akan dibicarakan semula di Mahkamah Tinggi.

Sedikit mengenai kes yang kedua,

  • Pada 25 Ogos 2008, Anwar memfailkan saman berhubung kenyataan Nallakaruppan yang didakwa berunsur fitnah dalam artikel bertajuk ‘Anwar terima RM60 juta’, yang disiarkan akhbar Mingguan Malaysia dan Sinar Harian.
  • Pada 19 Jun, 2012, Mahkamah Tinggi membuat penghakiman liabiliti ke atas Nallakaruppan kerana kenyataan fitnahnya terhadap Anwar selepas membenarkan ketua pembangkang itu membatalkan pernyataan pembelaannya (Nallakaruppan). 
Nallakarupan kemudiannya telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan, namun gagal malah telah diperintahkan membayar kos RM15,000 kepada Anwar.
Nampaknya seteru (yang dulunya rakan karib) Anwar, Nallakarupan setakat ini untung RM5,000. Sementara dipihak Anwar, beliau akhirnya gagal 2 kes dalam sehari!

AKAR UMBI
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Ramai Yang Saksikan Sam Ketot Terima Sampul Berisi Wang – Namun Akhirnya Dia Yang Gigit Punggung Khalid Ibrahim

Menjelang PRK Kajang, bukan sedikit malah ramai termasuk DS Anwar Ibrahim yang menyaksikan MB Selangor TS Khalid Ibrahim menyerahkan sampul berisi sejumlah wang kepada Ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin.

Namun akhirnya, Shamsul yang mencanang dan menghidupkan semula isu Khalid bakal disingkir sebagai MB Selangor, laporan boleh dibaca di Antara Pos.

Tidak dinafikan bahawa Khalid masih berminat duduk di kerusi MB, hingga menjual nama pihak istana dengan dakwaan bahawa pegawai istana bertanyakan isu pertukaran MB, malah turut bertanya sama ada Azmin Ali dan Zuraidah Kamarudin arif dalam memahami adat dan tertib istana serta enakmen negeri, apabila kedua-dua pemimpin PKR berkenaan terlebih dahulu mencanang isu berkenaan.

Hakikatnya serangan dari rangkaian Azmin-Zuraidah-Sam Ketot adalah lebih menjurus kepada menimbulkan  kerosakan terhadap imej Khalid yang telah pun mengisytiharkan diri untuk menentang Azmin bagi jawatan Timbalan Presiden PKR.

Dalam pada itu, Khalid tentunya menyesal dengan pemberian wang kepada Sam Ketot (Shamsul Iskandar) yang didakwanya dikeluarkan dari poketnya sendiri, apabila akhirnya Ketua AMK itu menggigit punggungnya!
AKAR UMBI
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Gitu-Gitu Tu Apa Kak Wan? Nak Jadi MB Ye?

Seperkara yang diakui oleh DS Wan Azizah hari ini ialah mengesahkan peringkat awal Kajang Move sebagai pelan suaminya DS Anwar Ibrahim untuk mengambil tempat TS Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor.

Namun Wan Azizah enggan mengesahkan samada meneruskan pelan tersebut. Sebaliknya beliau berkata, “At the moment, MB is doing okay…..”.

Sekurang-kurangnya setakat ini, ayat itu boleh menyelamatkan Khalid dari asakan kem Azmin yang mahukan MB Selangor itu ditamatkan perkhidmatannya.

AKAR UMBI
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Calon Ketua AMK Dianggap ‘Ngok’ Oleh Exco DAP

Timbalan Speaker DUN Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad akan bertanding untuk jawatan Ketua AMK dalam pemilihan PKR akan datang.

Dalam sidang DUN Selangor hari ini, Nik Nazmi telah berselisih pendapat dengan bekas Speaker yang kini adalah Exco Kerajaan Selangor, Dato’ Teng Chang Khim.

Selaras dengan dasar kiasu DAP, Teng ternyata terlalu berpegang pada prinsip bahawa dirinya sahajalah yang betul, manakala yang lain termasuk PKR adalah ‘ngok’ belaka, seperti dilaporkan oleh Malaysiakini di bawah:-

Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Datuk Teng Chang khim hari ini dilihat cuba ‘mengajar’ Timbalan Speaker Nik Nazmi Nik Ahmad tentang peraturan tetap dewan. 

Ia berlaku ketika Teng diminta membenarkan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor Azmin Ali meneruskan hujah mengenai penstrukturan air negeri bawah Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA).

Teng, kini exco, yang pada mulanya mencelah bertegas untuk meneruskan penjelasannya namun ditegur dengan tegas Nik Nazmi.

Beliau berkata, berpegang pada peraturan tetap, penjelasan perlu dibuat bagi mengelakkan kekeliruan.

“Penjelasan tafsiran perlu supaya kita tidak keliru, kalau tidak kita akan membahas pada asas undang-undang itu sahaja…,” katanya sambil membaca peraturan tetap.

ADUN Sungai Pinang itu kemudian membaca peraturan tetap untuk mendapatkan ruang bagaimanapun tetap ditolak Nik Nazmi.

“Ya, saya faham Sungai Pinang (Teng), Sungai Pinang pun pernah menjadi speaker dan sekarang saya jadi speaker dalam sidang ini.

“Kalau ikutkan peraturan tetap, tafsiran saya sebagai speaker adalah tafsiran akhir dalam sebarang rujukan.

“Saya faham, sekarang saya sebagai speaker minta Sungai Pinang tolong duduk,” kata Nik Nazmi.

Teng terus membaca peraturan tetap namun sekali lagi Nik Nazmi meminta beliau supaya duduk.

AKAR UMBI
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Mereka Berkumpul 16 Km Dari Stadium Kajang Tidak Mahu Dengar Ceramah Anwar

Ketika Anwar Ibrahim dan isterinya mengumpulkan penyokong-penyokongnya yang dikerah dari seluruh negara demi meraih simpati atas masalah peribadi mereka di Stadium Kajang sekarang ini, puluhan ribuan muslimin dan muslimah pula sedang berkumpul 16km dari lokasi berkenaan.

Muslimin dan muslimah ini berhimpun di Dataran Masjid Putra, Presint 1, Putra Jaya untuk menyertai Selawat Perdana demi kesatuan, perpaduan dan persaudaraan.

Mereka enggan mendengar cerita-cerita rekaan Anwar yang telah pun didapati bersalah oleh mahkamah.

Kelibat ahli PAS Hulu Langat juga turut kelihatan.
AKAR UMBI
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Kawalan Ketat Untuk Teresa Kok Kerana Geli Geleman Tergesel Telur

Kecoh di Permatang Pauh bila dikatakan Teresa Kok ditampar oleh seorang lelaki, di majlis ceramah malam tadi.

Rupanya kekecohan berlaku apabila lelaki misteri yang datang kearah Teresa untuk bersalam, mengambil kesempatan menggeselkan telur tembelang kepada Ahli Parlimen DAP itu.

Tidak biasa tergesel telur, maka geli gelemanlah Teresa hingga menimbulkan kekecohan dalam ceramah politik di kawasan parlimen Anwar Ibrahim tersebut.
AKAR UMBI
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Ambiga Longlai Di Mahkamah Tinggi – Saifuddin Nasution, Dr Dzulkefly Ahmad & 3 Yang Lain Berkongsi Bayar Kos Mahkamah RM10,000

Foto – Rakyat News

Peguam Dato’ S. Ambiga kelihatan longlai apabila gagal ketika mewakili Saifudin Nasution (PKR) dan Dr Dzulkefly Ahmad (PAS) serta tiga yang lain dalam kes saman memohon pemecatan tujuh anggota Suruhanjaya Pilihan Raya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Malahan kelima-lima pemohon telah diarahkan membayar kos mahkamah RM10,000.

Dalam pada itu menurut laporan Bernama, dalam penghakiman bertulisnya, Hakim Dato’ Rosnaini Saub berkata anggota SPR memiliki keistimewaan sama seperti seorang Hakim Mahkamah Persekutuan.

“Ini bermakna mereka hanya boleh dipecat daripada jawatan oleh tribunal yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Tindakan memfailkan saman dan memohon satu perintah untuk memecat defendan sebagai anggota SPR boleh dianggap sebagai satu percubaan bagi melangkau atau memintas peruntukan Perkara 114(3) Perlembagaan Persekutuan dan merupakan satu penyalahgunaan proses mahkamah,” katanya.

Rosnaini berkata berdasarkan Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan, satu-satunya kaedah untuk mencabar keputusan pilihan raya ialah dengan memfailkan petisyen pilihan raya.

“Hanya hakim mahkamah pilihan raya yang boleh mengisytiharkan mana-mana pilihan raya sebagai batal dan tidak sah. Mahkamah ini bukan mahkamah pilihan raya, oleh itu, saya tidak boleh memberikan relif yang dipohon plaintif,” katanya.
AKAR UMBI
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Tersipu-Sipu Anwar Bila Kena Gelak Dengan Dr Mahathir

Foto atas adalah gambar lama ketika DS Anwar Ibrahim masih dalam kerajaan.
Anwar kelihatan kekok menggayakan tradisional Jepun hingga mengundangkan ketawa besar dari Tun Dr Mahathir.
Hakikatnya, Anwar sekadar menuruti Dr Mahathir dalam ‘Dasar Pandang Ke Timur’ yang diperkenalkan oleh bekas PM berkenaan.
Dalam keadaan hari ini pun, amat sukar untuk kita mendengar Anwar mengupas budaya kerja Jepun mahu pun Korea dalam membangunkan ekonomi dan teknologi mereka.
Sebaliknya ‘Asian Renaissance’ yang diperkatakan oleh Anwar lebih menjurus kebada liberalisme melalui masyarakat sivil yang pluralistik di Asia.
Semalam Anwar telah dihalang masuk ke Jepun.

Anwar mendakwa pengusirannya berpunca dari ‘aduan’ yang pada agakannya pada 2013.

Kini, Anwar malu kerana menjadi ‘barang’ larangan masuk ke Jepun.

AKAR UMBI
Source Blog

Lelaki Pendek Bersaiz Tentera Jepun Dalam Perang Dunia II, Ketuai Utusan Anwar Hantar Nota Bantahan Ke Kedutaan Jepun

Seorang lelaki pendek yang bersaiz tentera Jepun dalam Perang Dunia II, dilihat mengetuai rombongan utusan Anwar Ibrahim ke Kedutaan Jepun, untuk menyerahkan nota bantahan diatas pengusiran beliau dari memasuki negara berkenaan.

Amat sukar untuk melihat spesis seperti lelaki ini di Jepun, khususnya generasi selepas pengeboman Hiroshima dan Nagasaki pada tahun 1945 oleh Tentera Berikat.

AKAR UMBI
Source Blog

Dah Terpampang Bendera Jepun Kat Narita Pun, Anwar Masih Nak Try Masuk

Anwar Ibrahim memang semula jadi bersifat diluar tabie berbanding kita semua.

Sememangnya di Narita Airport terpampang bendera Jepun, yang bermakna pihak berkuasa Jepun punya hak untuk membenarkan atau menghalang kemasukan sesiapa pun ke negara berkenaan.

Tapi Anwar ini jenis manusia degil, apa cara pun dia tetap try nak masuk.

AKAR UMBI
Source Blog

Isu Sampah Berulang Semula Di Selangor – Sabotaj Dalam PKR Untuk Jatuhkan Khalid Ibrahim

Awal tahun 2012 masalah pungutan sampah di Selangor adalah begitu serius dan ketika itu kerajaan negeri Selangor membuat tohmahan, kononnya berpunca dari sabotaj kontraktor-kontraktor pungutan sampah pro-UMNO.

Selepas itu, urusan pungutan sampah telah diambilalih oleh PBT Selangor dari pengurus sisa pepejal Alam Flora.

Dengan pengambil-alihan itu, bermakna urusan pungutan sampah diurus keseluruhannya oleh kerajaan negeri. Malahan, kerajaan negeri telah mengurus pembelian 50 lori sampah (gred rendah yang amat susah dilihat beroperasi yang mungkin kebanyakan telah rosak) dari China, untuk membunuh pemilik-pemilik lori sampah yang dituduh sebagai agen UMNO.

Jika sebelum ini kontraktor dan pemilik lori sampah di’kambing hitam’kan sebagai punca masalah, apakah pula alasan yang bakal diberikan oleh kerajaan negeri apabila isu ini mula menunjukkan tanda-tanda berulang?

Foto atas adalah yang terbaru di Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang yang dibawah kawasan Majlis Perbandaran Klang yang dimaklum telah seminggu tidak dipungut. Disamping itu, beberapa kawasan lain turut mengalami masalah yang serupa, khususnya di kawasan DUN Khalid Ibrahim.

Adakah ini berupa sabotaj oleh Azmin Ali untuk menjatuhkan Khalid Ibrahim? Atau ini adalah petanda perebutan kontrak pungutan sampah dikalangan puak Azmin dengan puak Khalid?
AKAR UMBI
Source Blog

Masak Khalid Ibrahim Kali Ni – PKR Selangor Dah Mula Mengaruk

PKR Selangor punya sebab untuk mengaruk terhadap MB Selangor TS Khalid Ibrahim.

Betapa tidaknya, Khalid sengaja menarik kuasa yang dimiliki oleh Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali sebagai ahli lembaga pengarah PKNS.

Azmin bukan sembarangan ahli lembaga pengarah PKNS, tetapi punya kuasa besar sebagai Pengerusi Jawatan Kuasa Kerja (Exco) PKNS, yang khabarnya boleh buka envelope tender.

Untuk mengetahui sejauh mana kuasa yang dimiliki oleh Azmin, anda boleh semak di SINI.
Jadi tidak hairanlah maka anak-anak buah Azmin melenting terhadap Khalid, lantas mesyuarat tergempar PKR Selangor telah dipanggil dan berlangsung malam tadi.
Menurut laporan BNBBC, sidang mesyurat tersebut telah menuntut penjelasan Khalid terhadap 3 perkara berikut;
  • Penamatan khidmat Azmin sebagai ahli lembaga PKNS
  • Kenaikan lesen premis perniagaan oleh PBT
  • Kelulusan untuk Projek Empangan Air Langat 2 yang sebelum ini ditentang oleh Pakatan Rakyat Selangor
Cuma yang tidak dibincang ialah isu JAIS yang hangat diperkatakan hari ini. Barangkali PKR bersetuju dengan tindak-tanduk pihak gereja.

AKAR UMBI
Source Blog

September 2014
M T W T F S S
« Aug    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Copyright © 2013. All Rights Reserved.