Mampukah Hadi Awang Bangun Setelah Dilanyak Teruk Oleh Penyokong-Penyokong DAP?
Presiden PAS DS Abdul Hadi Awang disifatkan sebagai politikus yang berfikiran sempit disamping punya sifat yang terlalu mementingkan diri dan perkiraan peribadi, melalui rencana Malaysiakini yang anda boleh baca SINI, berhubung pendiriannya dan PAS dalam penyelesaian isu penggantian MB Selangor.
Rencana tersebut turut dipaparkan di laman FB Malaysikini, malangnya mendapat respons yang membidas dengan kata nesta dan cacian oleh para penyokong DAP, yang seolah-olah menggambarkan PAS tidak punya sebarang sumbangan dalam membina kekuatan Pakatan Rakyat Selangor.
Dalam menghadapi kemelut ini, Hadi sebenarnya terperangkap dengan perjalanan politiknya. Sebagai pemain lama dalam gelanggang politik Malaysia, apatah lagi sudah menjadi Naib Ketua Kesatuan Ulamak Sedunia, tentunya istiqamah adalah keutamaan dalam perjuangannya.
Hadi telah diperhatikan sejak dekad 80an lagi yang setiap patah perkataan mahu pun perbuatan adalah didokumenkan, meliputi samada bercetak mahu pun rakaman audio dan video.
Selepas PRU 2008, PAS yang dipimpin oleh Hadi, sedikit demi sedikit tergelincir dari landasan awal ciptaannya bersama rakan-rakannya yang bermula pada dekad 80an. Pendirian Hadi tentang konsep Negara Islam dan fatwa berhubung kerjasama politik dengan orang bukan Islam adalah antara contoh-contoh perubahan pendirian Hadi.
Adalah amat sukar untuk lari dari pendirian asalnya kerana jika beliau berbuat demikian bermakna kata-kata yang dilafaz, serta perbuatan yang dilakukan adalah fitnah terhadap UMNO, Barisan Nasional apatah lagi terhadap Tun Dr Mahathir dan Hadi tidaklah berbeza dengan politikus-politikus lain yang bermain dengan retorik politik.
Kini, Hadi sekadar mampu baring sambil memikirkan kesilapan tindakan politiknya, serta bertanya pada diri sendiri, “Berdosakah aku?”.
Mampukah Hadi untuk bangun selepas terkena lanyakan ini?
Teruskan membaca perbandingan Hadi dulu dan sekarang SINI.
AKAR UMBI
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.
Leave a Reply