Daily Archives: September 9, 2014
Kaji semula kos ambil pembantu rumah
PULAU PINANG 17 Ogos – Kos bagi mengambil seorang pembantu rumah terutama melibatkan warga asing akan dinilai semula supaya lebih relevan dan tidak menekan rakyat khususnya mereka yang terdesak memerlukan perkhidmatan berkenaan.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd. Dun berkata, perkara itu dipandang serius kementerian dan perbincangan bersama agensi kerajaan terlibat telah diadakan.
Namun, tambah beliau, perbincangan itu perlu dilakukan dengan teliti memandangkan bukan sahaja melibatkan agensi kerajaan tempatan tetapi melibatkan agensi daripada negara asing.
“Ada persetujuan ke arah pengurangan kos pengambilan pembantu rumah ini dalam memastikan mereka yang memerlukan tidak terus terbeban dan kita sedang membincangkannya bersama agensi terlibat.
“Jadi, kita harap isu ini dapat menunjukkan perkembangan positif dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Azizah yang juga Naib Ketua Wanita UMNO berkata, pengurangan kos pembantu rumah itu dilihat akan memberikan impak positif kepada masyarakat khususnya kepada ibu bapa yang bekerja.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, beliau memberitahu kementerian akan terus komited dalam usaha menggalakkan pembukaan taman asuhan kanak-kanak (taska) di pejabat.
Katanya, langkah itu penting supaya dapat memudahkan golongan ibu yang bekerja mendapatkan tempat diyakini untuk meninggalkan anak-anak mereka.
“Kalau boleh kita mahu semua majikan termasuk agensi kerajaan dan swasta dapat menyediakan taska ini khususnya bagi syarikat yang mempunyai ramai kakitangan daripada golongan ibu.
“Selain itu, kementerian juga akan cuba mencadangkan supaya ada insentif seperti pelepasan cukai kepada majikan yang menyediakan kemudahan taska ini bagi menarik syarikat-syarikat lain mengambil pendekatan serupa,” katanya.
Sumber – Utusan
Laman Rasmi Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.
PERGHHH..!!! BILA EXCO KEDAH BERSUARA, DENGARNYA SAMPAI KE SELANGOR..!!! @Suraya_Yaacob
Tu diaaaa… bila sesekali Exco Kerajaan Negeri Kedah bersuara, boleh dengar sampai ke Selangor..! Apatah lagi yang bersuara tu seorang pemimpin wanita… ni dah jadi edisi “Dari Wanita Kepada Wanita” la pulakkkk..kan?
Tapi Exco Kedah ni takdak la gila kemaruk nak jadi MB atau suami suruh Exco ni jadi MB. Exco ni tak pernah jadi boneka sesiapa pun.. she’s what she is…
Kak Su dah bukak mulut pasal Wan Azizah. Bestnya, Kak Su tahu dan faham apa yang cuba disampaikan oleh Ayah Chik dan dia pun setuju dengan pendirian Presiden PAS tu… heh! Tu diaaa.. bila UMNO dan PAS “sekepala”… heh!
Pedih bebbbb… memang pediiihhh.. saya dah tengok dahhhh.. dah baca dahhh..! Heh!
THE DUKE’S BLOG
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.