Daily Archives: September 13, 2014
TAUKE CINA DITETAK DENGAN KEJAM DI KEPONG
Seorang ahli perniagaan ditemui terbaring berlumuran darah sejurus dirompak tiga penjenayah di Bandar Manjalara, Kepong, di sini.
Dalam kejadian jam 7.30 pagi semalam, mangsa, Wangliang Hua, 37, dikatakan diserang suspek yang menaiki kereta Honda City ketika mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, mangsa yang menaiki pacuan empat roda Toyota Hilux terlebih dahulu dirempuh kereta dinaiki suspek di kawasan itu.
Menurutnya, mangsa yang berhenti di bahu jalan untuk melihat kerosakan pada kenderaannya bagaimanapun diserang mendadak oleh kumpulan penjenayah.
“Mangsa cuba mempertahankan diri, namun dia dibelasah ketiga-tiga suspek sehingga cedera teruk dan pengsan,” katanya.
UtaraNews – The News Portal
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.
Hanya AMK PKR Yang Usung Logo DAP Di #PengkalanKubor
Apa motif Nik Nazmi bawa bersama bendera tiga parti ini termasuk DAP ke Pengkalan Kubor? Apakah ini mesej yang disuruh oleh Anwar Ibrahim untuk dipaparkan di Pengkalan Kubor.
Pemimpin DAP tiada seorang pun yang berani jijak bumi Pengkalan Kubor. Pakcik berkopiah dan makcik bertudung labuh yang membawa bendera DAP seperti di Bukit Gelugor dan Teluk Intan juga tiada.
Sudah tentu bendera DAP ini amat tidak disukai oleh orang orang Pengkalan Kubor. Sebab itulah Nik Nazmi tidak berada bersama dalam saf utama pimpinan PAS ketika perarakan calon PAS tadi.
ANGIN PERUBAHAN
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.