AKAR UMBI
Sempena Ramadhan – Hasan Malek Tebus Dosa?
DS Hasan Malek belum pun menafikan wujudnya pengecualian faedah terhadap baki pinjaman RM32 juta dari Bank Rakyat kepada seorang individu yang dikatakan sebagai ‘saudagar karpet’.
Perkara ini didedahkan oleh bekas Pengerusi Bank Rakyat, TS Sabaruddin Chik pada May lalu. Sabaruddin selanjutnya menjelaskan wujudnya campurtangan dari menteri yang membolehkan baki pinjaman berkenaan (yang asalnya RM40 juta), dibayar melalui 120 keping ‘post-dated cheque’ untuk tempoh 10 tahun.
Oleh kerana tiada penafian dari Malek berhubung dari pengucualian faedah terhadap baki pinjaman berkenaan, apabila Bank Rakyat melancarkan Skim Pinjaman Bazar Ramadhan 2014 dengan peruntukan dana RM45 juta, maka timbullah andaian Malek cuba menebus dosa sempena Ramdhan.
Skim yang dilancar oleh Perdana Menteri hari ini adalah berbentuk kredit mikro tanpa faedah, dengan pinjaman maksimum RM3,000 kepada peniaga-peniaga bazar Ramadhan seluruh negara.
Sementara kaedah pembayaran ialah 50% daripada jumlah pinjaman mesti dilangsaikan sebelum berakhir bulan Syawal dan baki selanjutnya mesti dibayar sebulan selepas Syawal.
Secara perbandingan, pinjaman RM45 juta mesti dilangsaikan dalam tempoh 2 bulan, tetapi pinjaman RM32 juta dapat keistimewaan penangguhan hingga 120 bulan.
Adilkah?
AKAR UMBI
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.
Era Pentadbiran Nik Aziz Sebagai MB, Paling Mudah Penyamun Tarbus Larikan Hasil Mahsul Negeri Kelantan
Tidak dapat disangsikan bahawa pentadbiran TG Nik Aziz ketika menjadi MB Kelantan cuba dipotretkan sebagai yang terbaik di Kelantan oleh pemimpin dan penyokong PAS.
Dengan gelaran ulamak, maka dengan sendirinya menjadi mudah bagi mereka untuk melihat luaran bahawa Nik Aziz adalah yang terbaik, walhal hakikatnya beliau adalah lemah dan mudah dipedaya oleh penyamun-penyamun tarbus di Kelantan.
Jika memandang dari segi niat, pentadbiran Nik Aziz dilihat begitu berhasrat melihat Yayasan Kelantan Darul Naim (YAKIN) dapat menjana sumber bagi menaja anak-anak negeri Kelantan melanjutkan pelajaran, apabila menghadiahkan kawasan perlombongan manganese kepada pertubuhan berkenaan.
Akan tetapi atas kejahilan Nik Aziz dalam hal-ehwal pentadbiran, maka telah berlaku ketirisan dalam hasil negeri, apabila sebahagian darinya telah dilarikan oleh penyamun-penyamun tarbus di negeri berkenaan.
Dalam Laporan Ketua Audit Negara 2013, penemuan audit mendapati bahawa bayaran tribute yang diterima oleh YAKIN tidak mengikut kuantiti manganese yang dilombong. Jabatan Audit Negara gagal mendapatkan rekod perlombongan, hingga terpaksa membuka stastik jumlah eksport bagi mendapatkan anggaran kuantiti pengeluaran lombong berkenaan.
Malah pihak audit juga mendapati 2 tapak lombong tidak mempunyai mesin penimbang meskipun bertahun-tahun telah beroperasi di tapak berkenaan.
Tindakan ini bagai disengajakan, bagi memberi ruang yang besar untuk hasil mahsul Kelantan diangkut keluar dari negeri berkenaan.
Anda boleh periksa sendiri Laporan Ketua Audit Negara mengenai Kelantan di SINI.
AKAR UMBI
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.