Umno Blogger Directory

Zahid

ZAHID SANGGAH OBAMA, TIADA KAUM DIANAKTIRIKAN DI MALAYSIA.

GERAKAN ANTI PKR
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Protes GST Tetap Di Dataran Merdeka, Apa Zahid Berani Buat?

zahidhamidi

zahidhamidi

Kumpulan anti-GST tetap akan mengadakan perhimpunan untuk membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 Mei di kawasan Dataran Merdeka biarpun polis meminta ia diadakan di Padang Merbuk atau Stadium Merdeka.

Menurut Malaysiakini.com, Penganjur perhimpunan tetap akan berkumpul di kawasan Dataran Merdeka biarpun ia kini ditutup untuk tujuan “naik taraf”

Jurucakap jawatankuasa protes 1 Mei S Arutchelvan berkata keputusan telahpun dibuat pagi ini untuk tetap berkumpul di Dataran Merdeka.

“Kami bersetuju dengan kebimbangan mengenai kawasan pembinaan yang berjalan tetapi kami akan berkumpul di jalan bersebelahan padang,” kata beliau kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

Beliau menambah sekiranya pihak berkuasa boleh menutup jalan di Dataran Merdeka walaupun tiada pembinaan, jadi para demonstran boleh berkumpul di kawasan tersebut.

“Pilihan kedua terbaik ialah berkumpul di sekeliling Dataran Merdeka, kami tidak akan bersetuju (berkumpul) di Stadium,” kata setiausaha agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) berkata himpunan itu akan tetap berjalan di padang bersejarah tersebut.

“Kami fikir Dataran Merdeka adalah simbol kepada gerakan rakyat,” kata beliau.

Menurut Arutchelvan, himpunan dijadualkan bermula jam 2 petang dan hadirin diminta berkumpul di empat tempat utama iaitu Bangunan KLCC, Kompleks Membeli Belah Sogo, Dataran Maybank dan Masjid Negara sebelum berarak ke Dataran Merdeka.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Zainuddin Ahmad semalam memberi amaran kepada penganjur agar tidak menggunakan padang berkenaan kerana peralatan pembinaan di kawasan itu boleh menyebabkan bahaya. Polis turut mengesyorkan penggunaan Padang Merbok dan Stadium Merdeka sebagai tempat alternatif.

Apa yang dikatakan oleh penganjur demontrasi ini ialah, kami peduli apa undang-undang dan arahan Polis.

Soalnya, Apakah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekadar mengulangi taktik Menteri Dalam Negeri sebelumnya yang terkenal dengan Menteri Amaran?


MYKMU.NET
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

LAWAN TETAP LAWAN. UNDUR TIDAK SEKALI-KALI, KATA ZAHID

SABTU, 01 FEBRUARI 2014

ITULAH semangat juang yang Barisan Nasional (BN)selalu laung-laungkan. Dulu, kini dan selama-lamanya. Berpegang pada prinsip ‘lawan tetap lawan’ biarpun belum memuktamad calon untuk bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan penuh semangat. Beliau berkata, walaupun secara lazimnya kerusi DUN Kajang diperuntuk kepada MCA namun kuasa mutlak pemilihan calon terletak di tangan Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan akan diputus pada mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang bakal diadakan dalam masa terdekat. Beliau berpendirian bahawa jika BN putuskan untuk letakkan calon dalam PRK DUN Kajang dari parti mana sekalipun, terutama jika parti itu pernah meletakkan calonnya dalam PRU lalu di DUN itu, maka kita akan hormati keputusan tersebut.

Dan sekiranya seseorang calon itu telah dimuktamad menjadi calon rasmi BN, pendirian beliau secara peribadi ‘lawan tetap lawan’ kerana mana-mana parti yang meletakkan calon mereka dalam pilihan raya kecil sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, tetap dianggap musuh politik BN, kata kepada pemberita selepas menutup Seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional 2014 (PENA) peringkat negeri Selangor di Universiti Teknologi MARA petang tadi (Sabtu). 
Turut hadir Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan, yang juga Ketua Penerangan Umno. 
Seperti yang semua maklum, memang hangat bak ‘goreng pisang panas’ di mana-mana di perkatakan tentang kerusi DUN Kajang kosong berikutan peletakan jawatan oleh penyandangnya, Lee Chin Cheh dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 27 Januari lepas dan sehari selepas itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diumum sebagai calon pada PRK berkenaan. Tak mengapa siapa calon mereka (pembangkang). Apa yang pasti ialah kita akan tentang mereka habis-habisan. Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk Barisan Nasional (BN) Amin! Wasallam.
“TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA” 

Aku Sayang UMNO dulu, kini dan selamanya (Perjuangan yang belum selesai )
Source Blog

Mat Sabu Mahu Saman Zahid, Enggan Komen Tentang Syiah

17 DIS: Walaupun sudah ambil keputusan menyaman Datuk Seri Zahid Hamidi tetapi keenggannya Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengiyakan atau menafikan dakwaan beliau berfahaman Syiah terus jadi tanda tanya. Dalam sidang media di ibu pejabat PAS pada Selasa, Mohamad atau Mat Sabu enggan membuat sebarang kenyataan mengenai dakwaan itu. Sebaliknya anak guam beliau Hanipa Maidin [...]
AIDC
Source Blog

Syiah: Siapa Orang Nombor 2 Dalam PAS Yang Dimaksudkan Zahid?

SUKAR nak mengagak siapakah yang dimaksudkan Datuk Seri Zahid Hamidi sebagai orang nombor 2 PAS yang terlibat dengan gerakan syiah, sebab PAS bukanlah seperti UMNO yang kita semua jelas siapa orang nombor satu dan nombor dua.

Hieraki dalam UMNO begitu jelas sekali, Presiden orang nombor satu dan Timbalan Presiden orang nombor 2, tidak ada jawatan atau badan lain yang di atas dari itu.

Jadi kalau ada sesiapa buat fitnah mengaitkan orang nombor 2 UMNO (tanpa menyebutkan nama), Timbalan Presiden Tan Sri Mahyuddin boleh saman orang itu dengan mudah sebab memfitnah beliau.

Sedangkan PAS berbeza.

Ikut fahaman ramai orang, Mat Sabulah orang nombor 2 PAS sebab dia Timbalan Presiden. Tapi kalau ikut hieraki dalam perlembagaan PAS, Mat Sabu sepatutnya berada di antara kedudukan ketiga dan keempat – dibawah Mursyidul Am, Timbalan Mursyidul Am (?) dan Presiden PAS.

Timbalan Mursyidul Am tu penulis letakkan tanda soal sebab fungsi jawatan tersebut tidak nampak signifikasinya dalam organisasi PAS melainkan ambil alih jawatan Pengerusi Majlis Syura Ulama bila Mursyidul Am sakit, tenat atau meninggal dunia terus.

Dalam masa yang sama, perlembagaan PAS (Fasal 8) mengesahkan Mursyidul Am adalah jawatan tertinggi dalam parti.  Sesuai dengan ketinggian kedudukan Majlis Syura Ulama PAS yang diketuainya.

Jadi takkan Timbalan kepada orang nombor satu berada dikedudukan lebih bawah dari Presiden dan Timbalan Presiden?  Sebab itulah penulis letakkan tanda soal pada jawatan Timbalan Mursyidul Am.

Nak lebih complicated keadaan lagi, ada pandangan mengatakan Ahli-Ahli Majlis Syura Ulama lebih tinggi dari jawatan Timbalan Presiden PAS sebab badan itu diiktiraf perlembagaan PAS sebagai badan tertinggi parti berlambangkan bulan tersebut.

Kalau pandangan itu diterima, Mat Sabu jatuh tempat ke berapa?  18?  Sebab ahli majlis syura ada 17 orang dan Mat Sabu bukanlah salah seorang darinya.

Moral cerita disini, bukan mudah Mat Sabu nak melatah, apatah lagi mengambil tindakan undang-undang ke atas Zahid atas kenyataan yang dikeluarkan beliau mendakwa orang nombor 2 PAS sebagai penganut fahaman syiah dalam ucapan penggulungan beliau di perhimpunan Agung UMNO sebentar tadi.

Zahid pun bijak tak sebut nama, menyukarkan lagi usaha Mat Sabu nak menyaman Menteri Dalam Negeri tersebut, melainkan dia boleh buktikan di Mahkamah bahawa dia memang berada di kedudukan nombor 2 dalam PAS.

Itu satu hal, satu hal yang lain, kalau betul pun orang yang dimaksudkan Zahid itu ialah Mat Sabu, sudah pasti selaku Menteri Dalam Negeri, Zahid ada first hand info dari kita semua yang lain.  Maklumat itu  mungkin tak cukup untuk mendakwa sesiapa di Mahkamah kerana menjadi syiah, tapi nak mempertahankan diri kalau Mat Sabu menyaman, sudah cukup kot.

MYKMU.NET: DEMI SEBUAH PERJUANGAN
Source Blog

Zahid Berterima Kasih Kepada Media Pembangkang

Sejak Datuk Seri mengambil alih KDN, serangan pembangkang terhadap kementerian itu meningkat. Komen Datuk Seri?

AHMAD ZAHID : Saya berterima kasih kepada liputan oleh portal berita, akhbar dan media sosial yang didalangi oleh pembangkang. Sebelum ini saya tidak dapat liputan.
Tentunya ini melonjakkan populariti saya kerana yang saya pentingkan ialah rakyat Malaysia secara keseluruhannya.
Bukan sebilangan kecil yang menjadi perosak kepada keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
Jika ada pihak yang berkenaan itu mempertahankan hak asasi manusia mereka yang melakukan jenayah, tentu hak asasi keseluruhan rakyat Malaysia harus dipertahankan termasuk pegawai dan anggota polis yang tertembak atau terbunuh ketika operasi dilakukan.
Bagaimana pula hak asasi manusia mangsa-mangsa tembakan, rompakan atau pembunuhan yang dilakukan oleh penjenayah itu?

Mengapa tiada pembelaan?
Daripada pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pemimpin pembangkang yang mempertahankan hak asasi manusia penjenayah, saya tidak fikir mereka propenjenayah.
Jika mereka tidak propenjenayah, mereka mesti pro pada majoriti rakyat keseluruhannya. Jadi, ketegasan saya kerana menjaga kepentingan majoriti rakyat, bukan kepentingan penjenyah.

Untuk temuramah seterusnya : KLIK SINI

Tags:  

Del.icio.us


Facebook
TweetThis
Digg
StumbleUpon


Copyright © .::Pisau.Net::. [Zahid Berterima Kasih Kepada Media Pembangkang], All Right Reserved. 2013.
.::Pisau.Net::.

Copyright © 2013. All Rights Reserved.