Perlu
Agensi perlu bertanggungjawab
KUALA LUMPUR 30 April – Pergerakan Wanita UMNO meminta kerajaan bertindak tegas memastikan agensi pembantu rumah asing bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kes amah yang melarikan diri atau bermasalah dalam tempoh kontrak selama dua tahun.
Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menegaskan, agensi berkaitan perlu menggantikan pembantu rumah yang baharu kepada majikan tanpa mengenakan sebarang kos dan fi.
Selain itu katanya, Wanita UMNO juga sebulat suara mahu kerajaan menghapuskan bayaran denda sebanyak RM250 yang dikenakan terhadap majikan apabila pembantu rumah melarikan diri.
Amat tidak munasabah jika pembantu rumah lari, majikan pula terpaksa keluar duit lagi untuk mendapatkan pengganti malah bukan sahaja perlu keluar duit kepada agensi tetapi didenda.
Wanita UMNO mohon supaya kerajaan mengambil perhatian serius dalam perkara berbangkit ini. Isu ini perlu diselesaikan segera jika tidak wanita atau isteri yang menerima kesannya,” katanya di sini
Dalam hubungan itu kata Shahrizat, Wanita UMNO mencadangkan sebuah pusat sehenti agensi pembantu rumah diwujudkan bagi mempermudahkan urusan berkaitan amah termasuk kes melarikan diri selain sebagai tempat pengambilan, latihan dan kebajikan.
Katanya, pusat itu diyakini boleh mengatasi banyak ketirisan yang berlaku dalam urusan pengambilan dan pemulangan pembantu rumah kepada agensi.
Utusan Malaysia baru-baru ini melaporkan seramai 105,119 pembantu rumah asing telah melarikan diri dari 2008 hingga 2013 dan melibatkan kos sebanyak RM1 bilion.
Mengulas lanjut katanya, angka pembantu yang melarikan diri daripada majikan itu terlalu besar sekali gus menunjukkan isu amah turut mempengaruhi ekonomi negara.
Exco Wanita UMNO mencadangkan kadar maksimum pengambilan pembantu rumah asing dapat ditetapkan pada kadar RM4,000 hingga RM5,000 sahaja berbanding RM7,000 hingga RM8,000. Jika isu ini tidak diselesaikan dengan baik kita bimbang ramai wanita terpaksa berhenti kerja dan perkara ini tentunya menjejaskan ekonomi,” katanya.
Sumber – Utusan
Laman Rasmi Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.
KUBU RBA DILAMAN SOSIAL PERLU DIROBOHKAN….
SABTU, 12 APRIL 2014
Aku Sayang UMNO dulu, kini dan selamanya (Perjuangan yang belum selesai )
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.
Luahan dari hati Ustaz Kazim yang perlu kalian tahu..
Meskipun sudah menyatakan pendirian menolak pelantikan sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Mohammad Kazim Elias atau dikenali Ustaz Kazim, keputusan itu terus mencetuskan pelbagai reaksi.
Ada yang menyatakan sokongan, namun tidak kurang daripada mereka memberi persepsi negatif hingga menimbulkan rasa kurang senang kepada pendakwah berkenaan.
Dalam satu kenyataan di akaun Facebook milik Ustaz Kazim, kelmarin beliau menyatakan luahan hati apabila masih terdapat segelintir individu mempersoalkan pelantikan dan keputusan yang dibuat.
“Apa perkataan yg (yang) paling sesuai pd (pada) puak2 (puak-puak) yg (yang) x (tak) faham2 (faham-faham), ingatkan bila tak terima jawatan MT dah selesai, rupanya tak habis lg (lagi),” katanya.
Petikan dalam akaun yang didaftar atas nama Ustaz Mohd Kazim Elias itu turut memaklumkan ada yang menyatakan beliau menerima pelantikan MT, sedangkan pengumuman penolakan itu sidah dibuat, awal Disember lalu.
“Ada yang agak bodoh dok kata sy (saya) terima MT, tak habis2 (habis-habis) fitnah umpat dan keji,” katanya.
“Tolak pun salah, terima pun salah…tak masuk politik pun salah..diam pun salah..jawab pun salah,” katanya.
Sebelum ini, Ustaz Kazim membuat keputusan untuk menolak pelantikan berkenaan dengan menggariskan tiga faktor utama, salah satunya bagi menjaga nama baik Umno dari terus difitnah.
Biarpun keputusan yang dibuat itu muktamad, beliau yang juga Pengetua Pusat Pendidikan Al-Barakah tetap terbuka untuk memberikan idea dan cadangan yang membina kepada Perdana Menteri terhadap agenda transformasi agama di dalam Umno.
Anak Seberang
Source Blog
Krisis Sabah Perlu Perhatian Majlis Keselamatan Negara
Dr. Mohamad Khir
Source Blog
Formula Perhubungan Baharu Antara Kerajaan Pusat Dan Negeri Perlu Diperkenalkan – Raja Dr Nazrin Shah
KUALA LUMPUR, 10 Nov – Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah bertitah supaya satu formula perhubungan dan orientasi baharu antara kerajaan Persekutuan dan negeri perlu diperkenalkan dalam orde politik baharu.
Baginda bertitah langkah itu penting untuk tidak menyulitkan penjawat awam dalam menyempurna tugas mereka dan memastikan rakyat tidak menjadi mangsa pertelingkahan politik.
Menurut baginda penjawat awam menghadapi dilema ketika memenuhi tanggungjawab untuk mengimbangkan kesetiaan di antara pihak berkuasa negeri dan Persekutuan terutama dalam kalangan mereka yang ditempatkan di negeri dikuasai kumpulan politik berlainan parti dengan kerajaan Persekutuan.
“Konsep Federalisme berasaskan Perkara-perkara 73 hingga 95E Perlembagaan Persekutuan wajib difahami dan dihormati. Kelainan politik di antara negeri dan Persekutuan jangan sampai menjejaskan hubungan warga hingga menyebabkan mereka bersifat parokial kenegerian dan menghindar daripada tercapainya semangat muafakat dan hasrat berpadu.
“Perlu ada garis yang jelas di antara hubungan yang dipengaruhi kekangan politik, atas dasar parti dengan parti, dibezakan dengan hubungan kerja, antara kerajaan dengan kerajaan,” titah baginda dalam ucaptama pada Kongres Profesor Negara Kedua anjuran Majlis Profesor Negara di sini, hari ini.
Raja Nazrin bertitah sifat profesional iaitu sifat berkecuali perkhidmatan awam adalah penting untuk memastikan tataurus pentadbiran berteraskan undang-undang dipatuhi terutama melibatkan wang negara.
Titah baginda perkhidmatan awam wajib mengamalkan prinsip yang tidak bersekongkol dengan amalan yang salah.
“Perkhidmatan awam sewajarnya menjadikan teladan akan sifat kebijaksanaan Bendahara Melaka yang dapat membezakan antara yang betul dengan yang salah, antara keadilan dengan kezaliman, sebelum melaksanakan sesuatu arahan.
“Perlu ada disiplin pemisah antara kesetiaan kepada negara, kesetiaan kepada warga dengan kesetiaan kepada individu,” titah baginda.
Selain itu, baginda turut bertitah amalan mengetepikan status negeri adalah amalan yang boleh ditafsirkan sebagai tidak menghormati kedaulatan Raja dan tidak menghormati Institusi Yang Dipertua Negeri.
Raja Nazrin juga bertitah tema Hari Kebangsaan yang ditetapkan peringkat nasional sepatutnya diikuti oleh negeri-negeri.
Baginda menganggap negeri yang memilih tema sambutan berbeza dengan peringkat nasional adalah amat tidak sihat dan hendaklah dihentikan.
“Hari Kebangsaan adalah hari memperingati peristiwa bersejarah negara. Sambutan Hari Kebangsaan adalah peristiwa melambangkan penyatupaduan.
“Warga hendaklah memisahkan emosi ketaksuban politik dengan peristiwa paling bersejarah dan paling bermakna kepada negara,” titah baginda.
Raja Dr Nazrin juga bertitah penyatupaduan nasional adalah satu kemestian bagi sesebuah negara demi memastikan kelangsungan hayat sesebuah negara.
Bagi mengolah formula penyatupaduan, baginda mengajak rakyat mengimbas kembali peristiwa 10 Julai 1957 ketika Tunku Abdul Rahman atas nama Ketua Menteri membentangkan usul penggubalan perlembagaan di Majlis Perundangan Persekutuan.
“Ketika menyusun langkah ke arah mencapai impian gemilang, imbaslah kembali memori lama, selaras dengan kata pedoman orang tua ‘tersesat di hujung jalan, baliklah ke pangkal jalan.
“Negara ditubuhkan dan warga disatukan, berpaksikan semangat penyatuan dalam kepelbagaian; semangat yang termaktub dalam dokumen penting, dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan,” titah baginda.
Baginda bertitah untuk mengolah formula penyatupaduan itu, ia memerlukan kesediaan berundur sebelum mara, memerlukan keberanian menerima realiti dan ketegasan mempertahankan prinsip.
“Perlembagaan hendaklah kekal ditafsirkan berasaskan semangat yang menghormati kata sepakat yang telah dipersetujui,” titah baginda.
Kongres dua hari itu yang bertemakan `Gagasan Penyatupaduan Nasional’ disertai 600 profesor dari pelbagai bidang menghadiri kongres selama dua hari itu yang membincangkan lima topik utama iaitu konsep dan cabaran penyatupaduan nasional; keadilan dan sosioekonomi; sains dan pendidikan; jati diri dan patriotisme serta globalisasi dan ketahanan nasional.
Resolusi kongres itu akan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis penutupan kongres malam ini. – MediaUMNO
UMNO Online
Source Blog
Kabinet Perlu Cerminkan Semua Kaum
Dr. Mohamad Khir
Source Blog
Umat Islam Perlu Bersatu Hadapi Cabaran – Muhyiddin
KUALA LUMPUR, 15 Okt – Umat Islam di negara ini perlu bersatu bagi membina kekuatan untuk menghadapi apa juga cabaran yang datang dalam pelbagai bentuk dan rupa, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata umat Islam kini berdepan ancaman paling besar terhadap perpaduan, yang boleh menjejaskan keamanan dan kedamaian yang dikecapi selama ini.
Menurutnya pergolakan di negara-negara Islam lain akibat sengketa sesama sendiri perlu dijadikan pengajaran supaya umat Islam di negara ini tidak mengalami nasib yang sama.
“Kita di Malaysia amat bertuah kerana dikurniakan sebuah negara yang aman dan damai,” katanya dalam perutusan sempena Hari Raya Aidiladha.
Beliau berkata Aidiladha atau Hari Raya Korban membawa mesej yang penting kepada seluruh umat Islam untuk sentiasa dihayati dan diteladani.
“Antaranya ialah sifat pengorbanan tinggi yang harus dimiliki oleh umat Islam bagi mencapai kejayaan yang diredai Allah S.W.T. Dalam hubungan ini, Islam sebenarnya menuntut umatnya supaya sentiasa memiliki kesabaran dan sanggup berkorban demi menegakkan syiar Islam dan mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
“Kesabaran dan pengorbanan yang benar-benar disandarkan atas sifat kehambaan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T, akan menjamin kejayaan yang cukup bermakna, seperti mana pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dengan menuruti perintah Allah S.W.T,” katanya.
Justeru, katanya, umat Islam seharusnya mengambil mesej penting itu sebagai panduan hidup seharian bagi menghadapi pelbagai bentuk cabaran dan dugaan.
“Saya percaya dengan pendekatan itu, kita bukan sahaja dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa dan harmoni, malah lebih penting daripada itu, umat Islam akan sentiasa memperoleh rahmat dan keberkatan daripada Allah S.W.T. Insya-Allah,” katanya.
Sempena Aidiladha, Muhyiddin mengingatkan umat Islam supaya memperingati dan menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s untuk diamalkan dalam pelbagai aspek kehidupan.
“Semoga dalam semangat Aidiladha ini, umat Islam di Malaysia menjadi contoh kepada semua umat Islam. Jalani ibadah korban dengan ikhlas dan dengan niat mahu berkongsi nikmat kurniaan Allah bersama golongan yang memerlukan,” katanya.
Beliau turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada umat Islam di Malaysia dan rakyat Malaysia yang meraikannya di seluruh dunia.
UMNO Online
Source Blog