Umno Blogger Directory

THE DUKE’S BLOG

#MH17: 27 KEPING GAMBAR SEKITAR LOKASI NAHAS

Berikut disiarkan sebanyak 27 keping gambar tragedi pesawat Boeing 777 MH17 milik Malaysia Airlines yang dilaporkan terhempas di sekitar wilayah Donetsk, Ukraine.
Difahamkan pesawat berkenaan membawa seramai 280 orang penumpang dan 15 orang kru pesawat yang dikhuatiri terbunuh dalam insiden mengejutkan dunia itu.
 
Lebih banyak gambar… Klik di sini

THE DUKE’S BLOG
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

SAYANG SUNGGUH PAS KAT DAP NOOOO….. HEH!

Dulu, depa sanggup kafirkan UMNO sebab kononnya Tun M tolak hudud. Padahal, yang ditolak tu sebab hudud ciptaan PAS tu “senget sebelah” dan tidak menepati konsep adil dalam Islam…
Sekarang ni, UMNO siap tadah tangan ajak sama-sama bincang untuk laksanakan hudud. Tapi PAS tarik balik pulak.. tak jadi bentang hudud kat Parlimen… konon “tahaluf siyasi”.. nak jaga hati DAP dan PKR… Mengamuk sakan jugak la penyokong-penyokong PAS kat Kedah ni…
Tapi, sekarang dah jelas pendirian DAP… Depa tolak hudud secara total… siap hasut MCA dan Gerakan supaya tolak hudud.. sedangkan dua parti komponen tu dah terbuka untuk “mengenali” hudud sebelum beri pendirian.. thanks to UMNO yang beri penerangan sikit kat pemimpin parti komponen…

Cuba baca kat sini apa yang DAP cakap… dua beranak ni memang cuba cabar kesabaran umat Islam time bulan Ramadhan ni…kan? 
Peliknya, PAS masih lagi nak “bersahabat” dengan DAP? Ishhhh… “tahaluf siyasi” jenis apa yang PAS pakai ni? Buat malu umat Islam je la weiii…
Kalau tak malu kat umat Islam pun, PAS patut malu la kat Allah SWT sebab “tidur sebantal” dengan puak DAP ni… dulu kata nak tarbiah DAP… soalnya, siapa yang “kena” tarbiah? DAP tarbiah PAS kotttt..??? Heh!

THE DUKE’S BLOG
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

PERGGHH!!! NAK CEPUK IBRAHIM ALI, TIAN CHUA PEMBELA MELAYU..!!! HEBAT TAK?

Hebatttt..! Betul-betul hebat…! Nak cepuk Presiden PERKASA tuuu.. Mungkin tu la yang diajar dalam mazhab PAS… bukan nak bekerjasama nak bantu bangsa Melayu… yang dia tahu nak cepuukkk jer.. patut pun ramai kaki gaduh masuk PAS…heh!
Apa kata kalau semua ahli Perkasa cabar mamat tu cepuk Ibrahim Ali secepat mungkin… Kita tengok pulak apa yang berlaku kat mamat tuuu…heh!
Lepas tu dia dewa-dewakan pulak Tian Chua sebagai “PEMBELA MELAYU”..??? Heh! Biar betul! Ni lebih kurang macam Mat Sabu la yang dok kata komunis tu pejuang Tanah Melayu… hmmmm… taktau la kepala depa ni pakai doktrin mana… 

 

Ni cuba baca kat sini… betul punya teruk la mamat tu… patut pun ramai akar umbi PAS Perak tolak dia masa dilantik jadi Pesuruhjaya… heh! 

THE DUKE’S BLOG
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

MAS: ORANG LAIN SEMUA SALAH, MASEU SAJA YANG BETUL… #SelamatkanMAS


MAS rugi RM1.2 bilion tahun lepas dan suku pertama tahun ni rugi lagi, mencecah RM443 juta. Dan yang lebih menyedihkan, kerajaan dah masukkan RM5 billion sejak 10 tahun lalu tapi MAS terus mencatat kerugian. Bukan dua tiga ringgit bebbb… berbilion-bilion! Duit kita tu weiii…

Pakar-pakar penganalisa cakap MAS kena kurang kos dan juga tengok kontrak konsesi bekal makanan dan lain-lain tu…  Tapi MASEU pulak mintak CEO Ahmad Jauhari Yahya serta Zahrah Zaid, Ketua Pembangunan Sumber Manusia dan CEO Aerospace & Engineering, Azhari Mohd Dahlan supaya letak jawatan…

Pada saya, letak la Bill Gates ke, Donald Trumph ke, Robert Kuok ke, Syed Mokhtar ke dan guna la business plan paling hebat dalam dunia sekali pun, tapi kalau human capitalnya hancur, maka hancur la semua. Kita merancang, tapi orang kat bawah asyik bangkang je kerjanya, kalau plan pun depa takmau ikut plan tu.. boleh berjaya ke?

Kalau nak cari salah orang, bukan boleh selesai pun. burukkan keadaan lagi ada la. Tapi yang penting sekarang ni ialah #selamatkanMAS dulu. Ingat tak masa Kerajaan buat plan untuk selamatkan MAS. Sekali, para pekerja MAS ni tak setuju pulakkk.. depa nak Tony Fernandez blah dari MAS. Tony blah dan MASEU menang…

MASEU tu apa? MASEU ini union pekerja MAS la.. Kalau sesapa dalam MAS yang nak tubuhkan union, kena dapat sokongan MASEU.. kalau tidak, union tu akan kena “taruk” cukup-cukup..NUFAM dah kena dah katanya.. Kiranya MASEU ni “taiko” dalam MAS laaa…

Masa MAS share-swap dengan AirAsia, MASEU ni jumpa PM sebab nak suruh batalkan share-swap tu. PM pun batalkan… Bila Tun M cadangkan supaya MAS diswastakan terus, MASEU ni bangkang lagi. Yalah… kalau MAS diswastakan.. silap-silap kerja pun melayangkan.. MAS yang rugi bertahun-tahun ni ada 20,000 pekerja, SIA yang buat untung berbilion tu ada 14,000 pekerja jer tau…

Lepas tu MAS punya management buat plan pemulihan…MASEU ni bangkang lagi! Perghh!!! Kira MASEU ni betul-betul power laaa.. “taiko” besar punya. Semua depa bangkang! PM depa bangkang, Tun M depa bangkang, Management pun depa bangkang!

Patut pun ramai yang kata majoriti pekerja MAS tu memang sokong parti PEMBANGKANG! Heh! Kalau tak caya, cuba tanya “Malaysiaairlinesfamilies”…mana ada penyokong kerajaan eja BN jadi “Bee End”, kan? kan? kan?


Saya tengok lagak MASEU ni macam “yang paling berkuasa” la dalam MAS ni. Power depa “lebih besar” dari PM, Mantan PM, CEO dan top management MAS. Nak tanya sikit, berapa banyak saham yang depa ada dalam MAS? 90% ke?

Kalau nak ikut, setiap union ni dah tentu la hala tujunya nak jaga kepentingan periuk nasi pekerja. Sekarang ni, MAS tengah “nazak”. Kalau MAS hidup, maka periuk nasi MASEU pun hidup la. Tapi kalau MAS nazak, rasanya MASEU perlu la “ikat perut” sekejap nak bagi MAS bernafas semula, kan? Ikat perut tu kira okay lagi la, kalau “bungkus” terus nanti camana???

Sekarang ni mana yang penting? Survival MAS ataupun survival MASEU?? Tak boleh ke MASEU ni utamakan MAS sekarang Atau memang betul MASEU lebih rela tengok MAS dikorbankan berbanding depa yang berkorban sikit?

Khabarnya, Kerajaan pun dah cakap takmau bail out MAS. Dah fed up! Ye laaa.. saya pun setuju… tak payah la bagi peruntukan bilion-bilion lagi kat MAS.. dah bagi banyak sangat dah dulu… semua tu duit rakyat… duit kita yang bayar cukai ni…

Helooo… rakyat biasa yang bertahun-tahun mencurah dana dalam MAS.. nak travel pun berkira duit ade ke tidak.. Ni sebab kerja MAS dapat travel.. bayar pun seciput jer.. bukan jealous tapi dah tahun MAS tu nazak, berkorbanlah sikit… ni asyik-asyik cakap kerajaan berhak tolong MAS!!  Berhak ape???

Bro.. MAS tu bukan “pusat kebajikan masyarakat”. MAS perlu profit oriented dah sekarang ni. Kalau rugi, bukan saja kita akan hilang MAS, malah maruah negara pun akan tergadai. Korang sayang MAS ke tidak?

MAS tu duta kita beb… kita perlu kempen #selamatkanMAS..

THE DUKE’S BLOG
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

TENGOK SENDIRI MUKA BUDAK-BUDAK PEREMPUAN KURANG AJAR NIH…

Tengok sendiri muka budak-budak kurang ajar ni… Polis dah buru dahhh…! Anak siapa ni agaknya? Anak kita?
Apa la budak-budak sekolah sekarang ni nak jadi. Dulu, saya ingatkan Gen Y ni bagus-bagus dan akan mencontohi sikap Gen X yang terdahulu. Rupanya jangkaan saya meleset… depa lebih teruk rupa-rupanya…
Saya tak nafikan Gen X dulu pun ada yang “buas” dan agak “pailang”. Tapi takde la seteruk macam ni kat sekolah dulu… At least, dulu Gen X ni hormat pada guru dan sekolah… nak buat jahat mana sekali pun, selalunya kat luar pagar sekolah…kan?
Tapi budak-budak sekarang ni “lain macam” pulak jadinya… Mungkin depa ni celik-celik mata tengok Malaysia dah membangun dan macam-macam terhidang depan mata dan depa mudah dapat apa saja depa nak… nak motor dapat motor…nak smart phone dapat Note 3! kan?
Kes terbaru kat bawah ni misalnya…

 

Saya percaya, kes kat atas ni adalah di antara ribuan kes yang berlaku di sekolah-sekolah. Guru-guru kat sekolah kalau tengok video tu dah tentu akan kata “Alaaa.. kat sekolah aku pun berlambak budak buat perangai macam tu.. lagi ganas pun adaaaa..”.
Sebab tu saya tak hairan kalau ada di kalangan guru kita yang kata “aku pun dah naik takut dengan budak-budak sekolah sekarang ni… tegur sikit depa tumbuk terajang kita… kita cubit sikit.. mak bapak pulak bawak parang nak serang kita…”. 
So macamana? Patut ke kita beri semula kuasa merotan pelajar pada semua guru-guru kat sekolah? Atau kita wujudkan lebih banyak sekolah-sekolah pemulihan akhlak macam sekolah Henry Gurney tu? Atau nak bina penjara khas untuk budak-budak bawah kes juvenil ni? 
Atau kita nak mak bapak depa “ajar” anak-anak depa supaya tak buat perangai kat sekolah? Boleh “pakai” ke idea tu? Heh! 
Tengok perangai budak-budak macam ni, rasa risau pulak nak hantar anak saya ke sekolah nanti. Bukan risau guru-guru tak ajar anak-anak saya, tapi saya risau anak-anak saya akan bercampur dengan budak-budak macam tu dan hasilnya ada 2 kebarangkalian… “Buli” atau “dibuli”, kan?
Saya tak mahu anak saya membuli sesiapa dan tak mahu anak saya dibuli sesiapa. Nak harapkan cikgu 100% pun tak boleh jugak sebab dia ada banyak lagi tanggungjawab lain. Takkan nak suruh cikgu ikut anak saya ke hulur ke hilir pulak, kan? Budak-budak lain macamana? Macam la cikgu tu takde kerja lain, kan?
Tapi kalau tak hantar anak saya ke sekolah, siapa nak ajar dia pulak? Saya kerja, isteri saya pun kerja? So macamana? Ada ke sekolah yang ada budak-budak baik saja kat sekolah tu…? Sekolah mana ek?

THE DUKE’S BLOG
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

GILA KA PUKUL ANAK 6 TAHUN SAMPAI MATI..???!!!

Menyirap betul darah saya bila baca kat sini. Memang marah sangat. Apa jenis manusia pun saya tak tahu. Mungkin Allah SWT dah hilangkan sifat kemanusiaan pada kedua suami isteri ni… 
Yang lebih membuat saya marah, kedua-dua suami isteri tu dipercayai beragama Islam dan berbangsa Melayu. Kasihan arwah adik Mohamad Akhil… umurnya baru 6 tahun… tapi di belasah teruk hingga hilang nyawa… Astagfirullahil’azim…
Anak tu amanah Allah SWT pada kita. Kenapa perlu kita marah dia? Apa yang anak tu tahu? Akil baligh pun belum.. mumayyiz pun belummmm..! Kita perlu la ajar dia… bukan marah… 

Kalau anak-anak buat perangai sekali pun, sabar je laaa.. anak-anak kecil tu mana reti nak fikir apa tu sabar, boleh atau tidak, sedih atau kecewa… apa yang depa tau ialah kalau lapar depa nak makan.. kalau kita tak bagi makan depa menangis… 
Kat situ la terbentuknya emosi anak-anak tu dalam proses tumbesaran depa…Kalau kita marah depa menangis pasal lapar, anak tu akan lain sikapnya dengan anak yang kita layan, beri perhatian dan suap makanan kalau dia beritahu dia lapar…
Namun, saya tak tuduh kedua suami isteri tu bersalah sebelum dibuktikan oleh pihak polis atau mahkamah. So far depa hanya suspek utama… tapi kalau base on maklumat yang ada dalam cerita tu, memang betul la angkara mak ayahnya…kan?
Korang tak hangin ke baca cerita tu? Betul saya marah sampai sekarang… suami isteri tu wajar diajar sebab kurang ajar… 

THE DUKE’S BLOG
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

CADBURY: NAK TUKAR DARAH? AWAT TAK TUKAR DAGING SEKALI..???!

Saya tak faham pasal ada segelintir pihak yang macam ektreme pulak pasal isu telan Cadbury yang ada unsur babi tu. Melampau-lampau sangat marahnya macam orang hilang akal…
Relaks la bro.. orang lain pun termakan Cadbury ada babi tu jugak… tapi takde la sampai kecoh nak tukar darah.. takde la mengamuk sampai batalkan plan nak kerjakan umrah semata-mata pasal tertelan Cadbury babi tuuu…
Setahu saya, kalau umat Islam tak tahu dalam makanan tu ada babi, maka tak jadi hal. Tak perlu samak pun. Yang perlu hanyalah memohon ampun pada Allah dan berazam tak buat lagi perkara macam tu di masa hadapan…

Yang kecoh sangat sampai nak tukar darah tu apahal? Kenapa tak tukar daging diorang sekali? Bukan ke Cadbury babi tu jadi darah daging? Tukar daging sekali laaaa… heh!
Saya pun marah pada cadbury.. sapa kata saya tak marah? Cuma saya takde la sampai nak bakar kilang Cadbury tu… Islam tak suruh pun macam tu… lagipun, kalau buat macam tu akan selesai masalah ke? Agak-agak la bila nak bertindak tuuu…
Bak kata arwah Ustaz Azizan dulu… nak buat sesuatu tu, buat la cara Islam… takkan tu pun tak boleh fikir kot? Sia-sia la Allah bagi akal kat kita…kan? Ishhhhh… dah… pi buat kerja masing-masing…

THE DUKE’S BLOG
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

HAIRIE OTHMAN MERUNGUT PAS TAK BANTU CARI MAKAN..???

Apa cerita ni bro? Dulu orang kata jangan masuk politik, tapi hang degil. Kononnya perjuangan nak masuk syurga. Err.. masuk PAS tu dijamin masuk syurga ke bro? Hang pun terpengaruh dengan Abby Abadi ke? Dia dapat “syurga” laki muda, hang dapat apa?
Sekarang baru nak mengeluh? PAS tak tolong cari job ke? Dah takleh cari makan? Alaaa… cuba buat macam Wardina tu. Dia tak masuk PAS atau PKR pun, tapi dia fokus kat dakwah saja. Cuba tiru dia jadi pengacara ke..apa ke.. 
Tapi kalau terdesak sangat, apa kata kalau hang bertanding jawatan pada muktamar PAS kali ni. Alaaa… mana la tau menang… heh! Hang kan glemer, kan? Silap-silap boleh jadi “mursyidul am”. Kalau Abby boleh jadi “mursyidah am”, pasal apa hang tak boleh? Heh!


Pelakon Hairie Othman mengakui kerjaya lakonannya sudah berakhir selepas mengambil keputusan untuk menyertai parti politik Pas sejak dua tahun lalu.
Hairie, 42, berkata, biarpun pihak stesen televisyen tidak pernah menyenarai hitamkan namanya namun kebanyakan pengarah dan penerbit masih mengamalkan diskriminasi terhadap parti politik.
“Saya sedar kerjaya saya memang sudah tamat selepas terlibat dengan politik dan menyertai Pas tapi perkara itu saya sudah fikirkan sebelum saya mengambil keputusan tersebut.
“Saya harap kerajaan negeri Kelantan dan pemimpin Pas dapat membantu artis-artis yang menerima nasib yang sama seperti saya, yang mana pendapatan saya semakin terdesak ketika ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Kerajaan Negeri Kelantan Bersama Selebriti, di sini, Ahad.
Turut hadir, Mursyidul Am Pas,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah.
Majlis bersama selebriti ini adalah bagi meraikan para selebriti yang pernah membuat persembahan atau bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Kelantan sejak tahun 2008 hingga 2013.
Tambah Hairi, pihak parti tidak hanya menggunakan selebriti dalam program ceramah dan kempen pilihan raya semata-mata.
“Sebagai pelakon cabang saya agak kecil berbanding penyanyi nasyid yang boleh membuat persembahan di majlis-majlis.
“Saya tidak mahu kami hanya digunakan untuk tujuan kempen atau ceramah sahaja tetapi banyak lagi khidmat yang boleh diberikan terutamanya dari segi kemasyarakatan,” katanya.

THE DUKE’S BLOG
Source Blog

Copyright © 2013. All Rights Reserved.