ANAK
Anak Tempatan Jadi Calon BN #PengkalanKubor
Barisan Nasional (BN) menamakan bekas penolong pegawai pendidikan daerah Tumpat, Mat Razi Mat Ail sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor pada 25 September ini.
Pengumuman itu dibuat Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis pengumuman calon BN PRK DUN N.01 Pengkalan Kubor.
Muhyiddin berkata Mat Razi, 48, yang juga Anggota Jawatankuasa Umno Tumpat dipilih kerana beliau anak tempatan yang mempunyai banyak pengalaman dan jasa terhadap penduduk di kawasan DUN itu.
“Beliau anak tempatan di Pengkalan Kubor yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dalam pengkhususan Bahasa Melayu dan Sejarah.
“Ustaz Mat Razi juga adalah pengasas sebuah pondok di Tumpat yang kita rasakan dekat di hati rakyat,” katanya ketika membuat pengumuman di hadapan kira-kira 5,000 hadirin di Pusat Operasi BN PRK DUN Pengkalan Kubor.
Turut hadir isteri Muhyiddin, Puan Sri Norainee Abdul Rahman, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Pemangku Ketua Umno Bahagian Tumpat Datuk Mohd Rosdi Ab Aziz.
Muhyiddin berkata keputusan memilih Mat Razi diputuskan hari ini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi BN.
“Semua calon yang dikemukakan dibuat tapisan ketat dan dari sudut undang-undang pun layak… sebab itu pengerusi parti memilih Ustaz Mat Razi,” katanya.
Beliau berkata pemilihan Mat Razi dilakukan secara perundingan dan bukan dibuat sewenang-wenangnya.
“Ia (calon) mestilah baik budi pekerti dan bukan sahaja itu, calon mestilah juga baik dalam perjawatan,” katanya.
Muhyiddin kemudian meletakkan tengkolok di kepala Mat Razi sebagai simbolik pemilihannya sebagai calon BN sambil disambut sorakan `Gelombang Merah’ oleh ribuan penyokong BN.
Selepas itu, Muhyiddin mengumumkan Mustapa yang juga menteri perdagangan antarabangsa dan industri sebagai pengarah Jentera BN bagi PRK DUN Pengkalan Kubor.
Beliau berkata BN mengutamakan langkah mengatur strategi dengan terperinci bagi memastikan kemenangan BN.
“Masalah tempatan mungkin tidak banyak isu kerana Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar menyelesaikan dengan baik malah lebih hebat daripada wakil rakyat pembangkang di Kelantan,” katanya.
Beliau berkata apa yang dilakukan BN ialah menyambung legasi perjuangan Allahyarham Noor Zahidi di DUN itu.
Muhyiddin juga meminta semua pihak dalam BN supaya memastikan perpaduan yang utuh dalam kalangan anggota di semua peringkat kerana ia penting untuk BN mengekalkan kemenangan di DUN itu.
PRK DUN itu diadakan berikutan kematian Noor Zahidi, 57, akibat kanser hati pada 20 Ogos lepas.
Pada pilihan raya umum lepas, Allahyarham mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 13 September ini sebagai tarikh penamaan calon manakala hari pengundian pada 25 September. – Bernama, 10 September, 2014.
Tags:
Copyright © .::Pisau.Net::. [Anak Tempatan Jadi Calon BN #PengkalanKubor], All Right Reserved. 2014.
.::Pisau.Net::.
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.
BUDAK POMPUAN SELFIE CARA TAK SENONOH NI ANAK SAPA PULAK?
THE DUKE’S BLOG
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.
Tuduh “Anak Dara Tua Kurang Seks”, Orang Macam Ni Pun Pakatan Lambung?
THE DUKE’S BLOG
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.
NI ANAK SAPA BUAT TAK SENONOH NIH? CHECK TENGOK…ISHHH..!!!
THE DUKE’S BLOG
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.
GILA KA PUKUL ANAK 6 TAHUN SAMPAI MATI..???!!!
THE DUKE’S BLOG
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.
Luahan Sayu Anak Ketua Pramugara MAS Yang Menaiki MH370 Dalam Twitter #PrayForMH370
ANGIN PERUBAHAN
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.
@ustazfathulbari – Suami Beri Anak Bini Makan Hasil Nombor Ekor
Komen Abu Aqif: Semoga mereka² yang kaki ekor tu dapat memberhentikan diri dari main ekor. Main la benda lain. Main bola ke. Main ping pong ke..
Video Penuh: 23.12.2013 – @ustazfathulbari – Ceramah Perdana Sanglang
http://abuaqifstudio.blogspot.com/2014/02/video-penuh-23122013-ustazfathulbari.html
Segmen Terpilih:
@ustazfathulbari – Penipu Dan Penjual Agama
http://abuaqifstudio.blogspot.com/2014/02/ustazfathulbari-penipu-dan-penjual-agama.html
@ustazfathulbari – Mendidik Anak
http://abuaqifstudio.blogspot.com/2014/02/ustazfathulbari-didik-anak-takutkan.html
@ustazfathulbari – Didik Anak Takutkan Allah. Bukan Takut Hantu
http://abuaqifstudio.blogspot.com/2014/02/ustazfathulbari-didik-anak-takutkan.html
@ustazfathulbari – Suami Beri Anak Bini Makan Hasil Nombor Ekor
http://abuaqifstudio.blogspot.com/2014/02/ustazfathulbari-suami-beri-anak-bini.html
Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari blog Abu Aqif Studio ke wall masing², boleh klik di sini:
- Klik “Syndication” di sebelah kiri
- Klik “Grant Permissions“
- Klik “Add Facebook Target” dan klik “Add”
* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah.
Anda bebas untuk share dan download. Tidak perlu keizinan untuk mengambil video dari Channel Abu Aqif Studio. Namun video yang diambil dari Abu Aqif Studio mohon diberi sedikit kredit dengan link-kan semula kepada video yang asal. Jazakallahukhair.. Semoga bermanfaat..
Abu Aqif Studio
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.
Pemuda UMNO Ke Sweden Bantu Pasangan Dan Anak
SEPANG, 24 Jan – Pemuda UMNO dan Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam) berlepas ke Sweden malam ini bagi membantu kes pasangan Malaysia yang ditahan pihak berkuasa negara itu.
Rombongan itu disertai Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO Sheikh Nafiq Alfirdaous dan wakil Wisma Putra.
Sheikh Nafiq berkata pihaknya akan berada di Sweden sehingga 30 Jan untuk melihat secara jelas perkembangan terkini kes itu selain cuba membantu dari sudut tertentu.
“Tujuan kita ke sana bukan untuk mengganggu proses siasatan tetapi cuba mencari jalan bagi membantu membawa balik kanak-kanak itu sementara tunggu perbicaraan ibu bapa mereka selesai,” katanya kepada pemberita.
Pasangan berkenaan, Azizul Raheem Awalludin dan isteri, Shalwati Norshal, seorang guru yang sedang bercuti, ditahan reman sejak 18 Dis bagi membantu siasatan kerana dikatakan memukul tangan anak mereka kerana tidak solat.
Empat anak mereka, berusia antara tujuh dan 14 tahun, kini tinggal bersama keluarga angkat yang disediakan oleh perkhidmatan masyarakat negara itu.
Sheikh Nafiq berkata pihaknya mengharapkan doa dan sokongan rakyat Malaysia dalam misi berkenaan selain melahirkan penghargaan kepada pelbagai badan bukan kerajaan dan agensi kerajaan yang telahpun membantu mendapatkan perkembangan kes itu sebelum ini.
Laman Rasmi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Source Blog
ANAK MANJA DI PLANET UMNO
Ini adalah artikel yang khas ditujukan kepada ahli-ahli UMNO yang merancang hendak mengundi calon pembangkang sebagai tanda protes kerana calon pilihan mereka tidak terpilih. Juga saya tujukan pada pemimpin-pemimpin UMNO yang merajuk tidak dicalonkan sehingga nak melakukan sabotaj.
Pembaca yang tidak berminat dengan isu sabotaj dalam UMNO adalah digalakkan membaca artikel saya yang lain sebelum ini iaitu “MEMPERGUNAKAN UMNO” yang mana lebih relevan dengan pandangan umum.
Ini berlaku baru-baru ini diantara saya dengan seorang sahabat yang mula naik suara mempertahankan Pembangkang ketika kami berbual mengenai pilihanraya. Saya terpaksa buat begini untuk mengelakkan debat yang membawa kepada rasa sakit hati:-
Saya: Ok lah bro, kita tak usah debatlah sebab semua orang bebas mengundi pilihan masing-masing. Aku cuma cadangkan kita bersumpah untuk untuk menetapkan pendirian kita di masa akan datang saja. Aku mulakan dulu ya. Wallahi Wabillahi Wattalahi aku bersumpah tidak akan berdusta di masa akan datang iaitu mengatakan kononnya aku mengundi Pakatan dalam pilihanraya ke 13 ini. Sekarang aku minta kau pula bersumpah.
Sahabat: Kenapa pula aku perlu bersumpah begini??
Saya: Supaya kita berdua tidak hipokrit di masa akan datang. Manalah tau memang Pakatan akan menang PRU ini dan betul ramalan aku bahawa negara ini akan dimusnahkan oleh pemimpin kau. Janganlah pula 5-6 tahun dari sekarang aku dengar kau berbohong pada orang keliling kau yang pada 2013 ni kau adalah pengundi BN. Ingat, ini pilhan kita so jangan antara kita nak mengelak pertanggungjawaban di masa akan datang biar apa pun berlaku. Kalau Pakatan memerintah lebih cemerlang dari BN, aku akan terima apa juga sindiran dan malahan maki hamun dari orang keiling aku pada waktu itu. Aku tak akan curi kredit penyokong Pakatan hari ini.
Dan sahabat saya itupun terus belah setelah enggan bersumpah…
Artikel kali ini saya tujukan khusus untuk pemimpin dan penyokong UMNO yang merajuk dan bakal mensabotaj UMNO/BN melalui undi protes.
Sahabat saya dalam perbualan diatas sebenarnya ahli UMNO yang merajuk kerana satu muka lama di Tawau iaitu Datuk Abdul Ghapur bin Salleh masih lagi dikekalkan sebagai calon ahli parlimen bagi satu daerah di Tawau. Oleh itu sahabat saya ini yang merupakan penyokong kuat seorang lagi pemimpin tempatan UMNO yang bernama Osman Jamal pun “merajuk” kerana Osman Jamal tidak jadi dicalonkan bagi daerah itu dan sekarang sahabat saya itu giat kehulu-kehilir berkempen agar pengundi mensabotaj UMNO dengan mengundi calon bebas atau pembangkang.
Jadi kebetulan sahabat saya itu ada urusan sehingga datang berkunjung ke daerah saya dan berlakulah perbualan yang berkisar kepada PRU13 di Sabah. Saya menasihatkan beliau supaya jangan mensabotaj UMNO tahun ini kerana pilihanraya ini bakal menentukan masa depan dan agama bangsa melayu. Namun sahabat saya tu “mengencang” (berkeras) hendak mengundi Pembangkang juga. Dia kata kepimpinan tertinggi UMNO harus diperingatkan agar lebih mendengar kehendak akar umbi dan jangan berterusan meletakkan pemimpin yang beliau gelar ‘non-performing dinasour’.
Saya tidak begitu tahu keperibadian Datuk Abdul Ghapur ni sebab ini saya agak jarang juga ke Tawau. Namun yang saya dengar ialah beliau adalah salah seorang dari kumpulan ’19 September’ yang diwar-warkan pernah merancang hendak ‘cross over’ ke kem Anwar Ibrahim. Identiti pemimpin UMNO yang dikatakan pernah dipancing menggunakan politik wang untuk melompat ketika peristiwa ’19 September’ adalah sesuatu yang diketahui umum di seluruh Sabah.
Saya sebenarnya merasa simpati juga dengan PM kita sekarang yang terpaksa membuat percaturan semasa menamakan calon-calon di seluruh Malaysia. Apabila PM menggunakan istilah “winnable candidate” (calon boleh menang) ramai yang beranggapan bahawa maksud “winnable candidate” merujuk kepada “favourable candidate” iatu calon yang paling disenangi di satu-satu kawasan. Namun masyarakat gagal memahami faktor matematik di sebalik pemilihan calon. Hanya kerana seorang calon muka baru itu disenangi oleh masyarakat tidak semestinya menjadikan beliau “winnable”. Bagi memilih calon maka terdapat tiga faktor yang perlu diambil kira iaitu peratusan faktor populariti, peratusan pengundi pembangkang dan akhir sekali peratusan faktor sabotaj dalaman.
Contohnya calon muka baru Encik A. Encik A mungkin calon muka baru pilihan akar umbi UMNO dan oleh itu faktor populariti adalah 60% manakala pengundi pembangkang adalah 40%. Kalau dilihat dari dua faktor ini saja maka secara logiknya Encik.A lah yang dicalonkan menggantikan penyandang Encik B. Namun hasil risikan juga mendapati bahawa sekiranya Encik A dicalonkan maka Encik B mampu mensabotaj dari dalam sehingga melenyapkan 20% undi kepada Mr A. Akibatnya Mr A yang merupakan calon “favorable” tetap tidak menjadi calon “winnable” kerana angka rasmi berakhir dengan 60% – 20%=40% sahaja. Maka sepertimana berlaku di daerah kawan saya tu, terpaksalah calon dinasour dikekalkan kerana perkiraan matematik meramalkan si dinasour tu tetap “possible winnable” walaupun sekadar 50-50 sahaja.
Perkara ini memang berlaku dalam UMNO dimana ramai pemimpin UMNO mempunyai kumpulan “saboteuer” mereka sendiri bagi tujuan menggertak kepimpinan tertinggi. Ini adalah satu contoh klasik akan kelemahan sistem demokrasi itu sehingga boleh menjejaskan kepimpinan negara.
Namun kepada rakyat marhaen, ingin saya katakan disini bahawa masalah ini ada ubatnya dan ubatnya itu adalah kita sendiri sebagai rakyat. Sekiranya anda ingin memprotes terhadap dinasour-dinasour ini maka janganlah dulu dilakukan semasa pilihanraya kerana bangsa, agama dan negara kita akan menerima musibah yang dahsyat sekiranya UMNO tumbang pada pilihanraya ini. Cara terbaik untuk memprotes ialah selepas pilihanraya. Saya sendiri bercadang untuk mengkritik habis-habisan mana-mana pemimpin UMNO di Sabah yang masih lagi tidak berkerja walaupun selepas memenangi semula pilihanraya kawasannya. Dengan menggunakan hikmat kungfu “keyboard warrior”, saya akan pastikan kesemua non-performing leaders di Sabah tak akan senang duduk kalau gagal menepati janji. Malahan hikmat kungfu memblogging ini akan saya perhebatkan ke jurus paling tinggi sehinggakan mereka yang tidak perform ini akhirnya menyesal kerana minta dicalonkan semasa PRU13.
Kepada semua dinasour-dinasour UMNO di Sabah yang memenangi semula kawasan masing-masing (insyaAllah), jangan sangka selepas 2013 anda semua masih boleh duduk di office menggaru punggung tak buat kerja tau. PRU13 telah membuktikan betapa dahsyatnya tekanan yang boleh diberikan kepada pemimpin yang korup dan tidak berkerja. Lihat saja Menteri Besar Kelantan dan Kedah yang sehingga masuk hospital itu and you’ll get my point.
Okay, kembali semula kepada senario “undi protes” dikalangan penyokong UMNO ini, saya sebenarnya pernah menyentuh sedikit mengenainya pada November 2008 di MYKMU. Tajuk artikel tersebut ialah “STUPID PRESUMPTION OF A SIMILAR KIND” namun sudah tiada dalam arkib MYKMU. Namun seorang blogger iaitu Bujang Senang (ini bukan saya) pernah menerbitkannya semula di dalam ruangan komen di http://antirepublik.blogspot.com/ (klik sini). Berikut adalah sedikit petikan dari artikel saya tersebut”-
“If my prediction is correct, we will see the misfortune that had befall us on PRU-12 March 2008 repeating itself in the next UMNO General Assembly March 2009. Remember what had happened during the nation’s 12th general election? Millions of UMNO / BN loyalists all over the country cast their precious votes in favor of the opposition because they were trapped under presumption that their votes wouldn’t make a difference. Duped by the opposition’s calling of “jom kurangkan majoriti”, each and everyone of them assume that Barisan Nasional is too strong to be shaken that a couple of missing votes from them will not change history. Under such presumption and coupled with dissatisfaction towards Paklah’s policies, some cast their votes for Anwar Ibrahim, others deliberately cast bad votes, while the remaining in the category didn’t even bother to go to vote at all.”
Didalam artikel tersebut saya memprofilkan mentaliti perwakilan UMNO yang akan membawa kepada kemenangan Khairy Jamaluddin dalam perebutan Jawatan Ketua Pemuda UMNO. Ternyata pada 2009 beliau benar-benar berjaya mengalahkan saingannya iaitu Mukhriz Mahathir dan Khir Toyo.
Oleh itu pada kali ini saya nak sentuh lagi mengenai mentaliti sesetengah orang melayu yang bakal merugikan negara, bangsa dan agama ni.
Pada pendapat saya, majoriti orang melayu ni masih dijangkiti sindrom “anak manja”. Saya tahu benar mengenai sindrom ini kerana saya sering benar melihatnya berlaku didalam kes-kes kriminal di Mahkamah yang melibatkan pesalah muda di Mahkamah.
Boleh dikatakan hampir kesemua pesalah muda yang akhirnya mendarat di lokap mahkamah ini mempunyai mentaliti yang sama iaitu keyakinan bahawa ayah dan ibu (terutamanya ibu) mereka akhirnya akan tetap berusaha menyelesaikan masalah mereka.
Berbeza dengan pesalah muda lain yang tidak mempunyai ibu dan bapa untuk bergantung harapan, anak-anak manja ini mempunyai keyakinan bahawa tidak kira betapa nakal pun perbuatan mereka, yang penting ialah “esok masih ada” untuk mereka. Persepsi mereka memang benar kerana tak kira apa pun berlaku, selepas selesai menjalani hukuman mereka akan tetap ada tempat berlindung di rumah ibu bapa dan ibu bapa akan tetap memberi makan dan minum kepada mereka.
Inilah juga mentaliti yang dimiliki oleh orang-orang UMNO yang nak mengundi protes ni. Di Malaysia majoriti kita yang lahir selepas merdeka tidak pernah kenal hidup selain dari kehidupan di bawah pemerintahan UMNO. Ini secara kiasannya samalah seperti seolah-olah kita tinggal di sebuah planet yang bernama planet UMNO. Tidak kira apa bentuk pencemaran dan kerosakan yang kita lakukan ke atas planet UMNO ini, namun kita tetap yakin planet ini tidak akan terjejas teruk.
(Kita lihat mentaliti serupa dikalangan masyarakat planet bumi. Apabila seseorang membuang bahan toksik ke sungai, di dalam fikirannya perbuatannya itu hanya kesalahan kecil yang tidak akan menyebabkan kehancuran bumi.)
Sepertimana yang berlaku semasa PRU12, saboteur dalam UMNO pada tahun 2013 ini masih ‘confident’ bahawa sabotaj yang akan mereka lakukan tidak akan membawa kepada lenyapnya planet UMNO ini. Niat mereka sebenarnya hanyalah untuk “menjentik” UMNO sebagai hukuman kerana tidak menuruti kemahuan mereka namun dalam masa yang sama mereka masih mahu selesa hidup mereka di planet UMNO.
Ramai anak-anak manja UMNO ini pada hari ini bermati-matian melakukan ‘pencemaran’ dan ‘kerosakan’ ke di atas planet UMNO mereka namun dalam masa yang sama mahukan keselesaan hidup mereka di planet ini akan terus berkekalan hingga ke hari esok. Perosak-perosak planet ini tetap mahu berkereta selepas pilihanraya, masih boleh pergi berkerja, masih boleh pergi shopping di Pasaraya dan lain-lain. Malahan ramai dikalangan penyokong tegar pembangkang dan saboteur dalam UMNO pada waktu ini sedang berkira-kira bagaimana hendak membelanjakan wang BR1M sebanyak RM1000 yang dijanjikan oleh UMNO selepas pilihanraya.
Namun hakikatnya mereka lupa bahawa planet UMNO sudah begitu lama rosak oleh perbuatan mereka selama ini sehinggakan planet UMNO kini sudah retak seribu dan kini akan meletup dan hancur pada bila-bila masa. Dan yang ironinya ialah melayu di planet ini masih tetap mahu meneruskan kerosakan dan melakukan sabotaj takala planet mereka tinggal nyawa-nyawa ikan.
Sepatutnya, mentaliti “anak manja” ini tidak boleh diaplikasikan didalam survival politik bangsa. Hakikat yang nyata bahawa pertukaran pemerintah di akhir zaman ini lebih banyak membawa risiko kemusnahan akibat dari pengkhianatan musuh dari luar. Lihat saja apa yang telah berlaku di negara-negara arab pada masa ini. Saya yakin pendemo-pendemo arab spring di Libya, Mesir dan Syria sendiri sebenarnya terperanjat dengan hasil Arab-Spring mereka. Di Syria contohnya, siapa sangka kehidupan rakyat marhaen di Syria boleh berubah sebegitu extreme hanya dalam 11 bulan??
Saboteur-saboteur dalam UMNO ni sebenarnya tahu perbuatan mereka salah namun mereka menyangkakan bahawa perbuatan mereka melakukan sabotaj tidak akan meruntuhkan UMNO. Mereka tetap mahu hidup di zaman UMNO namun dek kerana “ego & emo” maka berlakulah perbuatan sabotaj ini.
Saya merayu agar mereka tidak melakukan perbuatan ini kerana langsung tiada manfaatnya buat masa ini. UMNO pada 2013 ini bukanlah sepertimana UMNO di zaman kegemilangannya di bawah Tun Mahathir. Kalau UMNO di zaman Tun tu, korang nak jentik UMNO puas-puas pun tak apa sebab UMNO masa tu sihat walafiat. UMNO pada 2013 ni sakit tenat sehinggakan kalau dijentik pun mungkin tumbang terus.
Jadi soalan saya kepada saboteur-saboteur dalam UMNO ini, adakah mereka sudah cukup persediaan untuk memulakan hidup baru di planet yang lain? Dan benarkan planet yang lain itu lebih selesa daripada planet UMNO? Bagaimana jika terbukti dakwaan bahawa planet lain yang kononnya lebih indah itu sebenarnya tidak wujud? Ke mana lagi kita hendak pergi?
(Note: Saya tahu mesti ada rakan pembaca yang sekarang ini sedang berkata “jom tinggalkan planet UMNO dan berhijrah ke planet khalifah Islam Al-Mahdi!!”.. Ya betul, tapi nak berhijrah ke planet tu pun kena ada persiapan juga kan? Lagipun planet tu rasanya jauh lagi tu. So sementara belum cukup persiapan ni, lebih baik kita pelihara dulu planet UMNO kita hatta buat sementara)
.
AFTERDARK WRITES!
Source Blog
HARAM JADAH PUNYA ANAK CINA SEKO NI. ELOK DITARIK BALIK KERAKYATANYA…
SELASA, 06 OGOS 2013
Aku Sayang UMNO dulu, kini dan selamanya (Perjuangan yang belum selesai )
Source Blog