Umno Blogger Directory

Monthly Archives: July 2014

KDN Nafi Dakwaan Malaysia Tempat Latihan Hamas

KUALA LUMPUR, 31 Julai – Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menafikan dakwaan sebuah portal berita Israel kononnya Malaysia adalah tempat latihan untuk pejuang Hamas di Palestin.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Malaysia tidak pernah menganjur sebarang latihan ketenteraan untuk mana-mana pihak selain dari negara-negara yang mempunyai perjanjian secara formal.

“KDN tidak pernah melatih mana-mana pejuang dari Hamas secara sulit melainkan ada program latihan di kalangan negara-negara yang mempunyai perjanjian secara formal dengan kita,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata laporan yang tidak berasas itu mempunyai niat jahat bagi memburukkan imej negara di mata dunia.

Sebuah akhbar dalam talian The Jerusalem Post semalam memetik kononnya seorang anggota Hamas Cell mengakui Malaysia adalah tempat latihan menyeludup dan membuat serangan sempadan negara dengan menggunakan payung terjun.

Laporan itu juga memetik kononnya anggota Hamas terbabit memberitahu Agensi Keselamatan Israel (Shin Bet) bahawa mereka turut dilatih mengenai cara menculik anggota tentera dan ia adalah sebahagian persiapan Hamas untuk menentang serangan darat pasukan Pertahanan Israel (IDF) di Semenanjung Gaza.

Wan Junaidi berkata berita tidak sahih itu disifatkan sebagai satu dakyah jahat Shin Bet ekoran Malaysia menyokong perjuangan rakyat Palestin dan mengutuk kekejaman Israel di Gaza.

UMNO Online
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Ramai Yang Saksikan Sam Ketot Terima Sampul Berisi Wang – Namun Akhirnya Dia Yang Gigit Punggung Khalid Ibrahim

Menjelang PRK Kajang, bukan sedikit malah ramai termasuk DS Anwar Ibrahim yang menyaksikan MB Selangor TS Khalid Ibrahim menyerahkan sampul berisi sejumlah wang kepada Ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin.

Namun akhirnya, Shamsul yang mencanang dan menghidupkan semula isu Khalid bakal disingkir sebagai MB Selangor, laporan boleh dibaca di Antara Pos.

Tidak dinafikan bahawa Khalid masih berminat duduk di kerusi MB, hingga menjual nama pihak istana dengan dakwaan bahawa pegawai istana bertanyakan isu pertukaran MB, malah turut bertanya sama ada Azmin Ali dan Zuraidah Kamarudin arif dalam memahami adat dan tertib istana serta enakmen negeri, apabila kedua-dua pemimpin PKR berkenaan terlebih dahulu mencanang isu berkenaan.

Hakikatnya serangan dari rangkaian Azmin-Zuraidah-Sam Ketot adalah lebih menjurus kepada menimbulkan  kerosakan terhadap imej Khalid yang telah pun mengisytiharkan diri untuk menentang Azmin bagi jawatan Timbalan Presiden PKR.

Dalam pada itu, Khalid tentunya menyesal dengan pemberian wang kepada Sam Ketot (Shamsul Iskandar) yang didakwanya dikeluarkan dari poketnya sendiri, apabila akhirnya Ketua AMK itu menggigit punggungnya!
AKAR UMBI
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Gitu-Gitu Tu Apa Kak Wan? Nak Jadi MB Ye?

Seperkara yang diakui oleh DS Wan Azizah hari ini ialah mengesahkan peringkat awal Kajang Move sebagai pelan suaminya DS Anwar Ibrahim untuk mengambil tempat TS Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor.

Namun Wan Azizah enggan mengesahkan samada meneruskan pelan tersebut. Sebaliknya beliau berkata, “At the moment, MB is doing okay…..”.

Sekurang-kurangnya setakat ini, ayat itu boleh menyelamatkan Khalid dari asakan kem Azmin yang mahukan MB Selangor itu ditamatkan perkhidmatannya.

AKAR UMBI
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Rafizi’s Kajang move is now Anwar’s Kajang disaster

Opinion polls showed that public opinion about the Selangor government has gone down. The anti-Khalid gang has been quick to blame Khalid for the erosion in support but the real plunge began after the ill-conceived Kajang Move.

Most Selangorians did not buy the arguments for the Kajang Move because it was so nonsensical. Only the blindly loyal gave it their grudging support.

For instance, one of the arguments claimed that the Kajang Move was needed because Najib was about to be toppled from power and Umno would soon fall to the ultras led by Tun Dr Mahathir Mohamad. Once that happened, there would be a fullblown manipulation of racial and religious controversies which only another Mentri Besar like Anwar could handle.

Another argument claimed that the Kajang Move was to make Selangor doubly better so that it could become a showcase for Pakatan and a launchpad to take over Putrajaya.

Nothing of that sort has happened. Najib is in full control of Umno while Selangor has gone from Putrajaya launchpad to a political war zone. Worse, PKR’s standing has been tarnished by a problem-riddled party polls.

The Kajang Move has been an epic disaster.

The PAS stand on the Mentri Besar post is a serious setback for PKR and particularly for Anwar. He seems to have lost that magic touch and his party has lost its hold over the Selangor middle ground.
The Selangor population is quite sophisticated and informed. They supported Pakatan because they thought the coalition would be a more principled and better government.

Instead, they saw how PKR engineered an unnecessary by-election by forcing a sitting assemblyman to quit. Then they tried to force a popular Mentri Besar to resign for an untested woman.
Dr Wan Azizah has found herself taking one step forward and two steps backwards.

Read in full in the Star HERE
The Unspinners
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Gambar sensasi bersama Van Persie tersebar undang padah.

SEORANG pelayan digantung tugas selepas bergambar bersama dengan bintang bola sepak Manchester United, Robie van Persie.

Kyson Forde meminta pemain bola sepak itu untuk bergambar bersama dengannya di restoran mewah Cliff di Barbados.

Bagaimanapun, tindakan itu memberi masalah kepada Forde bersama seorang lagi pekerja apabila mereka melanggar peraturan di mana kakitangan tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit di kawasan menjamu selera.

Sumber berkata: “Mungkin Kyson sepatutnya tidak mempedulikan RVP (Robin van Persie) yang sedang menjamu selera, tetapi dia mungkin teruja.

“Kyson merupakan peminat tegasr Manchester United dan ia merupakan peluang untuk dia bergambar bersama dengan bintang pujaannya,” kata sumber itu.

Penyerang Manchester United itu berada di ­Caribbean untuk bercuti bersama isteri, Bouchra, anak lelaki, Shaqueel, lapan tahun, dan anak perempuannya, Dina, lima tahun selepas pasukannya Belanda menduduki tempat ketiga dalam perlawanan Piala Dunia 2014 di Brazil, baru-baru ini. – mirror.co.uk
UtaraNews – The News Portal
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

@ustazfathulbari – Ancaman Jahiliyyah & Sunnah Aidilfitri (Khutbah Jumaat)




Komen Abu Aqif: Semoga bermanfaat…



Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari blog Abu Aqif Studio ke wall masing², boleh klik di sini:

- Klik “Syndication” di sebelah kiri
- Klik “Grant Permissions
- Klik “Add Facebook Target” dan klik “Add

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah.

Anda bebas untuk share dan download. Tidak perlu keizinan untuk mengambil video dari Channel Abu Aqif Studio. Namun video yang diambil dari Abu Aqif Studio mohon diberi sedikit kredit dengan link-kan semula kepada video yang asal. Jazakallahukhair.. Semoga bermanfaat..



Abu Aqif Studio
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Dewan Ulama Pas seru sokong Hadi

KOTA BHARU 26 Julai – Dewan Ulama Pas menyokong penuh pendirian Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor.
Utusan Online – Politik
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

MH17: Malaysia Capai Persetujuan Tempatkan Polis Antarabangsa Di Kawasan Nahas

PUTRAJAYA, 27 Julai – Malaysia telah mencapai persetujuan dengan puak pemisah Ukraine, yang menguasai kawasan sekitar tapak nahas MH17 di timur Ukraine, untuk membenarkan sekumpulan anggota polis antarabangsa memasuki lokasi itu bagi memberi perlindungan kepada penyiasat antarabangsa.

Kenyataan Pejabat Perdana Menteri menyebut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Alexander Borodai, pemimpin puak pemisah, hari ini bersetuju membenarkan anggota polis antarabangsa memasuki kawasan nahas.

Menurut kenyataan itu, Najib telah menghubungi rakan sejawatannya dari Belanda serta Australia dan ketiga-tiga negara bersetuju bekerjasama rapat dalam urusan penempatan anggota polis di kawasan nahas.

Pejabat Perdana Menteri juga menyatakan sejumlah 68 anggota polis Malaysia akan berlepas dari Kuala Lumpur ke kawasan nahas pada Rabu.

Di bawah persetujuan asal tiga perkara yang dicapai antara Najib dan Borodai pada 22 Julai, puak pemisah Ukrainie bersetuju untuk menyerahkan kedua-dua kotak hitam kepada Malaysia; menyerahkan mayat mangsa kepada pegawai antarabangsa; dan memberi akses penuh ke kawasan nahas kepada penyiasat antarabangsa.

Kenyataan itu menyebut sebelum ini penyiasat antarabangsa tidak dapat dihantar ke tapak nahas yang meliputi kawasan yang luas di timur Ukraine dan mengumpul bukti ekoran kebimbangan mengenai keselamatan, termasuk aktiviti ketenteraan yang berterusan.

Oleh itu, Malaysia menggesa agar semua aktiviti ketenteraan di sekitar kawasan nahas dihentikan.

“Malaysia khuatir kebimbangan terhadap aspek keselamatan menghalang akses penuh ke kawasan nahas dan penyiasatan secara bebas tidak dapat dijalankan.

Dalam pada itu, Malaysia bimbang mungkin ada lagi mayat mangsa di kawasan nahas,” katanya.

Kenyataan itu menyebut Najib sebagai berkata amat penting sekumpulan lengkap penyiasat dihantar bagi memastikan semua mayat mangsa dipindah, dikenal pasti dan dihantar pulang ke negara asal kerana penumpang serta anak kapal MH17 perlu diberi penghormatan yang sewajarnya.

“Saya amat bimbang penyiasat antarabangsa tidak dapat dihantar ke kawasan nahas dengan sempurna berikutan keadaan keselamatan yang meruncing.

“Kami juga perlu menghantar penyiasat yang mempunyai akses tidak terhad di kawasan nahas agar kami dapat memahami apa yang berlaku kepada MH17. Saya berharap persetujuan ini dengan Borodai akan menjamin keselamatan di kawasan berkenaan supaya penyiasat antarabangsa dapat menjalankan tugas mereka,” katanya.

Najib juga berkata tiga negara iaitu Belanda, Australia dan Malaysia mewujudkan satu gabungan bagi memperoleh akses ke kawasan nahas serta menjalin kerjasama untuk memberi keadilan kepada mangsa.

Menurut kenyataan itu, pegawai Malaysia sedang membincangkan butiran mengenai penghantaran polis antarabangsa dengan Belanda dan Australia.

“Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman telah menghubungi rakan sejawatannya serta pegawai kerajaan Ukraine mengenai kerangka perundangan dan diplomatik berhubung perkara itu,” katanya.

Selain itu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai mengetuai siasatan MH17 dan bekerjasama rapat dengan ketua penyiasat Belanda.

Pesawat Boeing 777-200 milik MAS, yang membawa 298 orang iaitu 283 penumpang dan 15 anak kapal, dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila terhempas di Donetsk, di timur Ukraine dekat sempadan Rusia pada 17 Julai, dipercayai ditembak jatuh.

Bagaimanapun, setakat ini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab.

UMNO Online
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Dikesempatan ini kami warga UtaraNews.com memohon ampun dan maaf andai kata ada tersalah dan tersilap yang pernah dilakukan sepanjang kita bertemu di medan maya.Sesungguhnya kita berusaha untuk untuk menyampaikan berita-berita terkini dan juga kupasan berkaitan isu-isu tertentu yang mungkin bagi menyentuh hati dan perasaan semua.
Justeru itu bersempena hari baik dan bulan baik ini , kami warga utaranews.com mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua yang selama ini memberikan sokongan kepada UtaraNews.com
Memandangkan esok adalah hari raya maka utaranews.com membawakan kepada anda Panduan dan Cara Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri sebagai “refresh” kepada kita semua.
Sebelum itu, kita ketahui dahulu info mengenai solat raya. Dimana solat dua hari raya sama ada Idulfitri atau Iduladha adalah sunat dilakukan secara berjemaah. Menurut As-Syafie, Eid berasal daripada perkataan yang bermaksud kembali kerana sifatnya yang dilakukan secara berulangkali dalam setiap tahun. Solat ini di
syariatkan pada tahun kedua hijrah berdasarkan sirah an-Nabawiah.
Daripada Abu Said al-Khudriyi RA bahawa Rasulullah SAW keluar pada hari raya Idulfitri dan Iduladha menuju ke tempat solat. Perbuatan pertama yang baginda SAW lakukan ialah bersolat dan apabila selesai, maka baginda menghadap ke arah makmum yang sedang duduk. Baginda memuji Allah SWT dan memerintah mereka sesuatu tugas (untuk berjihad di jalan Allah), kemudian setelah selesai Baginda bersurai. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
HUKUM SOLAT HARIRAYA 
Hukumnya adalah sunat muakkad. Ini berdasarkan perbuatan Rasulullah SAW yang tidak pernah meninggalkannya sehingga Baginda wafat. Bahkan Baginda telah menggalakkan para sahabat untuk mengerjakannya apabila tiba waktunya.
Oleh itu setiap umat Islam yang mukallaf lelaki dan perempuan, bermastautin/bermukim atau bermusafir dituntut mengerjakannya. Segala rukun dan syarat serta sunatnya sama seperti solat fardu yang lima, kecuali perkara sunat yang ditambahkan iaitu bertakbir tujuh kali pada rakaat pertama dan lima kali pada rakaat yang kedua. Di antara tiap-tiap takbir itu disertakan dengan bacaan tasbih.
AZAN DAN IQAMAH 
Solat sunat hariraya tidak disunatkan untuk azan dan iqamah. Tetapi memadai bilal menyeru dengan iaitu ‘Marilah Solat Berjemaah’.
WAKTU SOLAT 
Waktu masuk bagi solat hariraya ialah selepas naik matahari pagi sehingga sebelum masuk waktu fardhu Zohor.
KAEDAH PELAKSANAAN SOLAT HARIRAYA 
Solat hariraya mempunyai cara-cara tertentu yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah 
SAW seperti:
Rakaat Pertama
1. Dimulai dengan lafaz Takbiratulihram (Allahuakbar) berserta niat: 
أُصَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ  رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى
 Usalli sunnatan liAidil Fitri rak’ataini makmuman lillahi ta’ala.
 Ertinya: “Sahaja aku solat sunat Idulfitri dua rakaat tunai (sebagai makmum) kerana Allah Taala.”
2. Membaca doa Iftitah. 
3. Mengangkat tangan dan bertakbir sebanyak 7 kali (seperti takbiratulihram solat fardhu) yang diselang-seli dengan bacaan tasbih:
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر 
subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar
4. Membaca surah al- Fatihah. 
5. Membaca ayat dari surah al–Quran seperti surah al-A’laa (atau surah yang lain). 
6. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama. 
Rakaat Kedua 
1. Dimulai dengan lafaz takbir Intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua). 
2. Mengangkat tangan dan bertakbir sebanyak lima kali (seperti takbiratulihram solat fardhu) yang diselang-seli dengan bacaan tasbih.
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر 
subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar
3. Membaca surah al-Fatihah.
4. Membaca ayat dari surah al-Quran seperti surah al-Ghaasyiyah (atau surah yang lain).
5. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua. 
6. Memberi salam. 
KHUTBAH HARIRAYA 
Selepas selesai melakukan solat sunat Hari Raya, akan diadakan Khutbah hari Raya. Di antara dua khutbah itu pula Khatib disunatkan duduk sebentar. Khatib sunat melafazkan takbir dalam khutbah pertama sebanyak sembilan kali dan dalam khutbah kedua sebanyak tujuh kali berturut-turut.
Berikut adalah perkara-perkara yang sunat dilakukan  :
1.Mandi Sunat Hari Raya
2.Memakai pakaian yang terbaik
3.Makan sedikit sebelum keluar ke masjid
4.Menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri
5.Mendengar Khutbah Raya
6.Pergi dan balik dari masjid mengikut jalan yang berbeza
7.Mengucapkan ucapan Hari Raya
Selamat Hari Raya Aidilfitri .. ~UtaraNews.com

UtaraNews – The News Portal
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

KULN Mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri

Semperna Sambutan Aidilfitri ini, Kelab UMNO Luar Negara diminta tidak lupa berdoa buat MH370 dan MH17 serta juga Gaza yang menjadi sasaran rejim Zionis.

Kelab UMNO Luar Negara akan mula beroperasi semula pada 4 Ogos 2014

Laman Rasmi Kelab UMNO Luar Negara
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

10 Sunnah Hari Raya Aidilfitri – @ustazfathulbari




Komen Abu Aqif: Semoga kita dapat amalkan amalan² sunnah di Aidilfitri. Jika tidak dapat buat semua jangan ditinggal semua amalan sunnah ini. Semoga kehidupan kita sentiasa berlandaskan petunjuk dan sunnah Nabi sallallahu alaihi wasallam. Jika anda semua mendakwa sayangkan Nabi maka, ikutlah petunjuk Nabi ^__^

Berikut adalah 10 sunnah sempena Hari Raya Aidilfitri secara ringkas yang dapat dikongsikan:



Download nota susunan Dr Fathul Bari berkaitan Sunnah Hari Raya Aidilfitri secara lengkap di sini.
Download | PDF



Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari blog Abu Aqif Studio ke wall masing², boleh klik di sini:

- Klik “Syndication” di sebelah kiri
- Klik “Grant Permissions
- Klik “Add Facebook Target” dan klik “Add

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah.

Anda bebas untuk share dan download. Tidak perlu keizinan untuk mengambil video dari Channel Abu Aqif Studio. Namun video yang diambil dari Abu Aqif Studio mohon diberi sedikit kredit dengan link-kan semula kepada video yang asal. Jazakallahukhair.. Semoga bermanfaat..



Abu Aqif Studio
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

SEMBAH TAKZIAH

Salam Takziah


Mukhriz Mahathir
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Dr Salma, Doktor Wanita Melayu Pertama Meninggal Dunia

surat_al_fatiha

KUALA LUMPUR: Wanita Melayu pertama yang memperoleh kelayakan doktor perubatan, Tan Sri Dr Salma Ismail, meninggal dunia akibat sakit tua di Hospital Pantai di sini pada 6.15 petang Ahad.

Allahyarhamah, yang berusia 95 tahun, meninggalkan dua anak lelaki, seorang anak perempuan dan enam cucu.

Anak sulungnya, Tan Sri Dr Ridzwan Abu Bakar, 64, berkata ibunya dimasukkan ke hospital baru-baru ini akibat sesak nafas.

Jenazah akan disempurnakan di No. 6, Jalan Mesra, Off Jalan Aman di sini dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang sebelum Zohor, kata Dr Ridzwan ketika ditemui Bernama di rumahnya di sini malam Ahad.

Allahyarhamah menempa sejarah sebagai wanita Melayu pertama memperoleh kelayakan sebagai doktor pada 1949.

Anak kelahiran Alor Setar itu antara lain pernah bertugas sebagai Pegawai Perubatan di Kedah dan Selangor pada tahun 1950-an dan 60-an.

Dr Salma dianugerah darjah Panglima Setia Mahkota pada 1997 yang membawa gelaran Tan Sri.

“Sebagai seorang wanita dan doktor, beliau hidup dengan prinsip, mempunyai keyakinan pada diri sendiri, jujur, jangan bercakap buruk tentang orang lain dan memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan,” kata Dr Ridzwan mengenai ibunya.

Laman Rasmi Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

PARTI KELUARGA ROSAK

10384741_757232177672028_3297300952334171517_n

MYKMU.NET
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

SIBUK BETUL PM KITA NI YE. SAMPAI TAK SEMPAT CAKAP DENGAN ISTERI

KHAMIS, 24 JULAI 2014

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak sempat bercakap dengan isterinya Rosmah Mansor untuk tiga hari selepas nahas melibatkan pesawat Malaysia Airlines (MAS) pada Khamis lalu. Ini kerana beliau sibuk menguruskan krisis yang berlaku empat bulan selepas kehilangan MH370 tanpa jejak, lapor Sin Chew Daily. Harian berbahasa Cina itu juga melaporkan, Datin Rosmah mendedahkan perkara itu dalam majlis berbuka puasa di Kuala Lumpur semalam.
Turut hadir dalam majlis itu, Menteri Pertahanan yang juga sepupu Najib, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. “Beliau malah lalu tanpa bercakap dengan saya,” katanya, sambil bergurau perkahwinannya tiada masalah. Rosmah juga berkata, beliau gembira kerana suaminya amat fokus dalam tugasnya menguruskan tragedi itu. Jangalah risau Datin. DS Najib memang komited dengan tugas beliau. Tak bercakap tu bukan bererti dia benci. Malah lebih sayang lagi. Hehehehe…pandangan IBM je. Wasallam ~ IBM

Aku Sayang UMNO dulu, kini dan selamanya (Perjuangan yang belum selesai )
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Video warga Belanda memuatnaik kemarahan dan ketidakpuasan hatinya di Youtube #justice4mh17

Ramai hilang nyawa kerana konflik yang tidak diketahui, tempelak warga Belanda Seorang rakyat Belanda telah memuat naik video ke laman web YouTube bagi melahirkan kemarahannya terhadap tragedi yang menimpa pesawat Penerbangan Malaysia MH17. 


Dalam video yang dimuatnaik dua hari lalu, Guilly Koster berkata dia amat marah dan sedih atas serangan terhadap pesawat tersebut yang telah mengorbankan rakannya bernama Tim. 


“Saya marah kerana Tim terbunuh. Saya juga marah kerana 297 orang lain hilang nyawa mereka hanya kerana satu perjuangan yang mereka tidak ketahui.” 


“Saya juga marah kerana terdapat ramai doktor menaiki pesawat tersebut yang sedang berusaha mencari penawar untuk AIDS; banyak pengetahuan telah hilang,” tambah Koster, merujuk kepada Presiden Persatuan Aids Antarabangsa Joep Lange dan lima pakar lain dalam perjalanan ke Melbourne untuk menghadiri Persidangan AIDS Antarabangsa ke-20. 


“Saya juga amat marah kerana terdapat kanak-kanak dalam pesawat tersebut. Mereka tidak berbuat apa-apa. Mereka juga tidak tahu konflik yang sedang berlaku. Tiga bayi merupakan antara penumpang pesawat Boeing 777 itu, yang dipercayai ditembak jatuh oleh pemberontak Ukraine yang disokong Rusia. 


“Saya berang terhadap tentera yang menggelar diri mereka sebagai pejuang kebebasan. Mereka sebenarnya pengecut kerana menggunakan roket dan senjata untuk membunuh orang awam dari jarak jauh.” 


“Saya juga amat marah ke atas peperangan di seluruh dunia – di Asia, Timur Tengah, Africa dan Eropah. Apakah objektifnya? Berjuang untuk pemimpin yang gila, untuk apa? Saya marah kerana dunia yang serba cantik ini dimusnahkan atas sebab untuk memperoleh minyak,gas, arang dan wang ringgit.


Kesedihan yang melanda warga Belanda kini bertukar menjadi kemarahan berikutan laporan bahawa beg dan barangan kepunyaan mangsa MH17 diselongkar dan dicuri.


Pihak pemberontak juga dilaporkan menghalang pasukan penyiasat untuk melakukan operasi siasatan dan mencari mayat di lokasi pesawat terhempas. 

Seramai 193 rakyat Belanda terkorban dalam tragedi ini.

Anak Seberang
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Banglo Exco Yang Pernah Seorang Ahli PKR Ditemui Separuh Bogel Dan Tidak Sedar Diri Ditegur oleh Ketua Audit Negara

Di atas ialah sebahagian dari unit-unit banglo di Kompleks Perumahan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Seksyen 7, Shah Alam.

Kompleks perumahan berkenaan telah siap dibina dan diduduki oleh anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional. Namun selepas PR mengambilalih pemerintahan, mereka dengan angkuh tidak mahu anggota exco kerajaan PR menduduki di kompleks perumahan berkenaan.

Sebaliknya, kompleks perumahan berkenaan telah dijadikan pusat perkaderan PKR, hinggalah tercetusnya kegemparan apabila seorang pemimpin masyarakat dan pemimpin cawangan PKR ditemui dalam keadaan separuh bogel dan tidak sedar diri, dipercayai terjatuh dari tingkat satu, salah sebuah unit banglo di dalam kompleks perumahan berkenaan. [Laporan baca SINI].

Malahan ada cakap-cakap yang mengatakan ia berpunca dengan pengaruh bahan yang memabukkan.

Berbalik kepada isu kompleks perumahan berkenaan, tindakan dangkal oleh kerajaan PR Selangor yang enggan menduduki di unit-unit banglo berkenaan, akhirnya ditegur oleh Ketua Audit Negara melalui Laporan KAN 2013.

Penemuan audit yang dibangkitkan oleh laporan berkenaan ialah Kerajaan Selangor tidak mendapat ‘value for money’, ekoran kegagalan memanfaatkan kompleks yang diwarisi dari Kerajaan BN sebelumnya.

Laporan itu turut mendedah sejumlah RM6.24 juta dibelanjakan oleh kerajaan PR sepanjang 5 tahun pertama pemerintahan mereka, yang akhirnya menyaksikan hasilnya hanyalah penemuan seoarang aktivis PKR ditemui pengsan dan separuh bogel terjatuh dari tingkat satu banglo di kompleks berkenaan!

Laporan KAN 2013 boleh dibaca SINI.
AKAR UMBI
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Tweet dari pengawal udara Kiev mendedahkan dalang yang menembak MH17?

Satu laporan kini berlegar di Internet mengenai siapa sebenarnya yang menembak pesawat MH17. Maklumat itu adalah dari seorang pegawal trafik udara di Kiev yang bernama Carlos. 

Mengikut laporan tersebut, Carlos didakwa memuatnaik tweet perihal MH17 ketika kejadian berlaku menggunakan akaun bernama @spainbuca (akaun telah ditutup) tetapi malangnya akaun tersebut telah pun dibuang. 

TETAPI Merungkai kebenaran kesahihan akaun tersebut, SK cuba memeriksa kewujudan akaun itu di waybackmachine dan mendapati salinan pertama yang ada disitu bertarikh 16 Mac 2014. Ini bermakna akaun berkenaan benar wujud dan telah didelete dari Twitter. 


Screenshoot Twiiter Carlos di WayBackMachine


Setelah itu, SK pergi ke salinan bertarikh 17 Julai 2014 dan memang benar tweet-tweet laporan oleh Carlos wujud sepertimana yang dilaporkan oleh laporan tersebut. 

Sedikit pengenalan mengenai Kiev, beliau adalah seorang pengawal trafik udara berwarganegara sepanyol yang bertugas bersama-sama dengan pegawai asing yang lain di Kiev Ukraine. 

Berdasarkan tweet-tweet beliau di laman twitternya, dia memberitahu bahawa kerajaan Ukraine yang menembak jatuh kapal MH17, dan yang lebih menarik, pesawat MH17 ditembak oleh jet pejuang, bukannya misil seperti yang diberitahu media.
Berikut kronologi twitter @spainbuca, diharap pembaca dapat membaca satu-satu. Bagi siapa yang tidak berpuas hati dengan terjemahan, boleh dapatkan sebagaimana asal dari link di bawah artikel. 

Kronologi Twitter @spainbuca’s 
————————————————————–
10:21 – 17 July 2014 ”Kiev pihak berkuasa, cuba untuk membuat kelihatan seperti serangan oleh pro-Rusia”

10:24 – 17 July 2014 ”Amaran! Ia boleh menjadi terhempas, Malaysia Airlines B777 di ukraine, 280 penumpang “

10:25 – 17 July 2014 ”Amaran! Kiev mendadpat apa yang mereka mahu “

10:25 – 17 July 2014 [Miitary] telah mengambil kawalan ATC di Kiev”

10:27 – 17 July 2014 ”Pesawat Malaysia Airlines B777 hilang dari radar, tidak ada mana-mana komunikasi anomali, disahkan”

10:30 – 17 July 2014 ”Kapal terbang ditembak jatuh, ditembak jatuh, ditembak jatuh, bukan kemalangan”

10:31 – 17 July 2014 ”Kiev mendapat apa yang mereka mahu, saya berkata dalam tw pertama [Tweet], Kiev bertanggungjawab @ ActualidadRT”

10:35 – 17 July 2014 ”Kemalangan itu bukan perkara biasa, mereka mengancam kami di menara yang sama di lapangan terbang Kiev”

10:35 – 17 July 2014 ”Mereka akan mengambil telefon kami dan barangan lain pada bila-bila masa”

10:38 – 17 July 2014 ”Sebelum Mereka mengambtelefon bimbit saya atau mereka memecahkan kepala saya, ditembak jatuh oleh Kiev”

11:12 – 17 July 2014 ”Kami mempunyai pengesahan. Pesawat dijatuhkan, Kiev pihak berkuasa dimaklumkan, dijatuhkan, kami tenang sekarang “

11:13 – 17 July 2014 ”Apa yang orang asing lakukan dengan Pihak Berkuasa kiev di menara? Mengumpul semua maklumat”

11:15 – 17 July 2014 ”Jika berkesempatan saya akan menulis”

11:48 – 17 July 2014 B777 itu terbang pesawat diiringi oleh jet pejuang Ukraine sehingga 2 minit sebelum hilang dari radar

12:00 – 17 July 2014 ”Kapal terbang Malaysia Airlines B777 baru hilang dan pihak tentera Kiev mengkhabarkan kepada kami, Bagaimana mereka tahu?”

12:00 – 17 July 2014 “7:00 minit selepas [pesawat hilang], kejadian itu diberitahu, menara kami kemudiannya diambil alih oleh kakitangan asing, mereka ‘masih di sini’

12:01 – 17 July 2014 ”Semua ini dirakam dalam radar, susah untuk percaya, ditembak jatuh oleh kiev, di sini kami tahu dan tentera kawalan trafik udara juga”

13:15 – 17 July 2014 ”Di sini para komander tentera mengurus dan menyokong boleh jadi arahan dari pihak lain, tetapi tidak, pro-Rusia”

13:29 – 17 July 2014 ”Menteri Dalam Negeri Tahu apa yang dilakukan oleh jet pejuang di kawasan itu, Menteri Pertahanan tidak tahu.”

13:31 – 17 July 2014 ”Pihak tentera mengesahkan Tentera Ukraine, tetapi masih tidak tahu dari mana perintah itu datang “

13:36 – 17 July 2014 ”Hari-hari yang lalu, saya nyatakan di sini, tentera Kiev mahu bangkit melawan presiden sekarang, ini mungkin caranya, diperintahkan oleh Timoshenko [perintah timishenko ]“

13:38 – 17 July 2014 ”Jet pejuang terbang berdekatan dengan 777, sehingga 3 minit sebelum hilang dari radar, hanya 3 minit.”

13:43 – 17 July 2014 “Ruangan udara ditutup”

13:45 – 17 July 2014 ”Ruang Udara ditutup, dikhuatiri lebih banyak serangan”

15:17 – 17 July 2014 ”Pihak Tentera kini secara rasmi [mengatakan] pesawat telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu”

15:23 – 17 July 2014 “Kerajaan telah menandatangani laporan rasmi oleh Pihak Berkuasa Kawalan di Kiev tentera,,,, [kapal terbang ditembak jatuh]“

15:26 – 17 July 2014 ”Laporan itu Menunjukkan di mana peluru berpandu TELAH keluar [dari], dan tidak dinyatakan dari  kawasan pemberontak”

15:34 – 17 July 2014 ”Data dari radar tentera dikumpulkan dari peluru berpandu ditembak ke kapal terbang, tidak radar awam”
—————————————————————
Jika benar apa yang dilaporkan, benarlah kerajaan Ukrain yang menembak MH17. Laporan dari negara luar juga ada mengatakan bahawa orang awam ternampak jet pejuang Ukrain berada di ruang udara beberapa minit sebelum nahas MH17. Carlos kini dikhabarkan diberi cuti oleh majikannya. Bagi yang inginkan transkrip asal dan lengkap, dapatkandisini. WALLAHUALAM- SiakapKeli.com

Anak Seberang
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Copyright © 2013. All Rights Reserved.