Umno Blogger Directory

orang.

Tuduh “Anak Dara Tua Kurang Seks”, Orang Macam Ni Pun Pakatan Lambung?

Betul… saya betul-betul heran… awat la Pakatan Haram ni suka sangat jemput Isham Rais jadi panelis forum depa. Orang yang ada mentaliti dunia kelas ketiga macam tu pun depa jemput dok atas pentas? Dah takdak orang lain dah?
Otai-otai ideologi memang kenal dengan Isham Rais ni. Masa demo mahasiswa 1974 dulu, Isham Rais ni pun menyebok jugak… tapi lari lintang pukang jugak laaa… Tok Him kata, Isham Rais ni pendokong sosialis… lebih liberal dari sekular sebenarnya… 
Tapi, Pakatan Haram sanjung sangat mamat ni.. heran betoi.. takdak dah panelis lain yang lebih mantap… atau memang takdak pemimpin yang berkebolehan dah dalam Pakatan Haram ni?

 

Isham Rais kutuk Faekah… dia kata anak dara tua kurang aktif seks? Apa punya forum la…. itu hujah Isham? Takdak hujah lain yang relevan? 
Ni cuba tengok kat sini nihhhh… teruk sangat nihhhh…!
Teruk, kan?

THE DUKE’S BLOG
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Bandingkan rumah orang asal Kg Chubadak dan istana CHairman YTL

Demikian jadinya Kg CHubadak

Manakala rumah Tan Sri Francis Yeoh taukeh YTL begitu mewah sekali …

Lihat di ABITW SINI

Khabarya pihak penduduk ada surat arahan mahkamah tinggi tahun 1998 yang menunjukkan mereka erhak tapi DBKl tetap keluarkan geran ada Sentulraya bawah YTL.

Aap jadi Tengku Adanan dan UMNO WIlayah dalam hal ini?
The Unspinners
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

MAS: ORANG LAIN SEMUA SALAH, MASEU SAJA YANG BETUL… #SelamatkanMAS


MAS rugi RM1.2 bilion tahun lepas dan suku pertama tahun ni rugi lagi, mencecah RM443 juta. Dan yang lebih menyedihkan, kerajaan dah masukkan RM5 billion sejak 10 tahun lalu tapi MAS terus mencatat kerugian. Bukan dua tiga ringgit bebbb… berbilion-bilion! Duit kita tu weiii…

Pakar-pakar penganalisa cakap MAS kena kurang kos dan juga tengok kontrak konsesi bekal makanan dan lain-lain tu…  Tapi MASEU pulak mintak CEO Ahmad Jauhari Yahya serta Zahrah Zaid, Ketua Pembangunan Sumber Manusia dan CEO Aerospace & Engineering, Azhari Mohd Dahlan supaya letak jawatan…

Pada saya, letak la Bill Gates ke, Donald Trumph ke, Robert Kuok ke, Syed Mokhtar ke dan guna la business plan paling hebat dalam dunia sekali pun, tapi kalau human capitalnya hancur, maka hancur la semua. Kita merancang, tapi orang kat bawah asyik bangkang je kerjanya, kalau plan pun depa takmau ikut plan tu.. boleh berjaya ke?

Kalau nak cari salah orang, bukan boleh selesai pun. burukkan keadaan lagi ada la. Tapi yang penting sekarang ni ialah #selamatkanMAS dulu. Ingat tak masa Kerajaan buat plan untuk selamatkan MAS. Sekali, para pekerja MAS ni tak setuju pulakkk.. depa nak Tony Fernandez blah dari MAS. Tony blah dan MASEU menang…

MASEU tu apa? MASEU ini union pekerja MAS la.. Kalau sesapa dalam MAS yang nak tubuhkan union, kena dapat sokongan MASEU.. kalau tidak, union tu akan kena “taruk” cukup-cukup..NUFAM dah kena dah katanya.. Kiranya MASEU ni “taiko” dalam MAS laaa…

Masa MAS share-swap dengan AirAsia, MASEU ni jumpa PM sebab nak suruh batalkan share-swap tu. PM pun batalkan… Bila Tun M cadangkan supaya MAS diswastakan terus, MASEU ni bangkang lagi. Yalah… kalau MAS diswastakan.. silap-silap kerja pun melayangkan.. MAS yang rugi bertahun-tahun ni ada 20,000 pekerja, SIA yang buat untung berbilion tu ada 14,000 pekerja jer tau…

Lepas tu MAS punya management buat plan pemulihan…MASEU ni bangkang lagi! Perghh!!! Kira MASEU ni betul-betul power laaa.. “taiko” besar punya. Semua depa bangkang! PM depa bangkang, Tun M depa bangkang, Management pun depa bangkang!

Patut pun ramai yang kata majoriti pekerja MAS tu memang sokong parti PEMBANGKANG! Heh! Kalau tak caya, cuba tanya “Malaysiaairlinesfamilies”…mana ada penyokong kerajaan eja BN jadi “Bee End”, kan? kan? kan?


Saya tengok lagak MASEU ni macam “yang paling berkuasa” la dalam MAS ni. Power depa “lebih besar” dari PM, Mantan PM, CEO dan top management MAS. Nak tanya sikit, berapa banyak saham yang depa ada dalam MAS? 90% ke?

Kalau nak ikut, setiap union ni dah tentu la hala tujunya nak jaga kepentingan periuk nasi pekerja. Sekarang ni, MAS tengah “nazak”. Kalau MAS hidup, maka periuk nasi MASEU pun hidup la. Tapi kalau MAS nazak, rasanya MASEU perlu la “ikat perut” sekejap nak bagi MAS bernafas semula, kan? Ikat perut tu kira okay lagi la, kalau “bungkus” terus nanti camana???

Sekarang ni mana yang penting? Survival MAS ataupun survival MASEU?? Tak boleh ke MASEU ni utamakan MAS sekarang Atau memang betul MASEU lebih rela tengok MAS dikorbankan berbanding depa yang berkorban sikit?

Khabarnya, Kerajaan pun dah cakap takmau bail out MAS. Dah fed up! Ye laaa.. saya pun setuju… tak payah la bagi peruntukan bilion-bilion lagi kat MAS.. dah bagi banyak sangat dah dulu… semua tu duit rakyat… duit kita yang bayar cukai ni…

Helooo… rakyat biasa yang bertahun-tahun mencurah dana dalam MAS.. nak travel pun berkira duit ade ke tidak.. Ni sebab kerja MAS dapat travel.. bayar pun seciput jer.. bukan jealous tapi dah tahun MAS tu nazak, berkorbanlah sikit… ni asyik-asyik cakap kerajaan berhak tolong MAS!!  Berhak ape???

Bro.. MAS tu bukan “pusat kebajikan masyarakat”. MAS perlu profit oriented dah sekarang ni. Kalau rugi, bukan saja kita akan hilang MAS, malah maruah negara pun akan tergadai. Korang sayang MAS ke tidak?

MAS tu duta kita beb… kita perlu kempen #selamatkanMAS..

THE DUKE’S BLOG
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Chew Mei Fun ada hubungan sulit dengan suami orang?

Siapa lelaki di sebelah Chew Mei Fun dalam gambar yang kabur di atas ini? Adakah ini lelaki yang sedang di perkatakan tentera siber RBA dan PKR (Dajjal) sebagai suami orang yang ada hubungan sulit dengan calun BN di PRK Kajang?

Gambar ini sedang tersebar dalam Whats App PKR dan RBA. Hanya sedang dikarang cerita untuk merosakkan reputasi Chew Mei Fun yang berikrar meletakkan jawatan jika Chua Soi Lek menang. Ketika itu, baru terdedah skandal seks Soi Lek dengan kekasihnya di Hotel Katarina Batu Pahat.

Pasukan Unspinners telah menyiasat dengan bersungguh dan syukur dapat dikesan di mana gambar yang begitu innocent mahu di gunakan sebagai fitnah oleh tentera siber RBA dan Dajjal.

Rupanya hanya gambar Chew Mei Fun sedang menziarahi dan melawat penduduk Kajang.

Tentera RBA dan Dajjal memang jahat sekali. Chew Mei Fun yang cemerlang tapi hanya kalah di PJ Utara pada PRU11 kerana Tsunami pertama cina.

Datin Paduka Chew Mei Fun merupakan bekas Ahli Parlimen Malaysia bagi kawasan Petaling Jaya Utara dari tempoh  November 1999 sehingga Februari 2008. Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dari tarikh 10 April 2009 sehingga 29 April 2010

Baca sepenuh latarbelakang Chew Mei Fun di SINI
The Unspinners
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

SIAPA SITI KASSIM NI YANG MENGELAR ORANG MELAYU ‘BODOH’? DIA PULAK BANGSA APA?

RABU, 05 MARCH 2014

PUTRAJAYA 5 Mac – Seorang peguam yang kononnya membawa imej keamanan semasa perhimpunan umat Islam mempertahankan Kalimah Allah di Istana Kehakiman hari ini menggelarkan orang ‘Melayu bodoh’.

Siti Kasim yang hadir membawa bunga sebagai lambang keamanan mendakwa, tindakan kira-kira 2000 orang yang berhimpun tersebut adalah sia-sia kerana tidak semua bangsa melayu di negara ini menyokong tindakan mereka.
alt
Kumpulan NGO sedang bersolat hajat di hadapan Mahkamah di Putrajaya.Rakyat News
Amboi, nak tayang anu tu ke. Isss..Isss…memalukan

“Apa yang mereka buat ini menunjukkan melayu itu bodoh dan mudah diperbodohkan. “Mereka tidak mewakili setiap rakyat di Malaysia kerana masih ramai lagi penduduk di Malaysia yang menyokong penggunaan Kalimah Allah ini,” katanya kepada pemberita di perkarangan Istana Kehakiman di sini.
Siti memberitahu isu penggunaan Kalimah Allah ini merupakan perkara yang kecil dan tidak perlu diperbesarkan oleh umat Islam di Malaysia. Katanya, tindakan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam yang mengetuai perhimpunan tersebut adalah bahaya dan mengancam keselamatan orang lain.
“Kita tidak mahu timbul perbalahan hanya kerana ‘satu perkataan’, kenapa umat Islam di Malaysia terlalu ‘istimewa’, perkataan Allah telah digunakan oleh pelbagai masyarakat di seluruh dunia.
Rakyat News
Apa lagi yang si wanita gemok ni tk puas hati? Kata lawyer, betul ke?
“NGO-NGO yang hadir hari ini tidak membawa suara orang-orang melayu dan tindakan mereka ini sebenarnya sangat ganas dan mampu menimbulkan ancaman keselamatan terhadap rakyat di negara ini,” ujarnya.

Siti turut mengetuai kumpulan Melayu Islam yang dipercayai turut menyokong tuntutan COMANGO dan telah menyampaikan bunga kepada paderi sebagai tanda sokongan penggunaan kalimah Allah kepada penganut kristian selepas sidang mahkamah ditangguhkan.
P/S ~ Apa nak jadi le dengan orang-orang Melayu kita sekarang ni. Langsung tak menghormati agama sendiri. Tengok je le wanita yang bernama Siti Kassim (seperti dalam gambar) yang terang-terang menyokong agama Kristian menggunakan kalimah “Allah’. Dan cuba tengok cara dia berpakaian (perkataan Allah Tuhan Seluruh Alam pada T-shirt yang dia pakai) depan dia punya anu pulak tu. Memalu dan menjijikkan. Terdedah sana, terdedah sini. Apa, dia ingat barang dia baik sangat ke? Dah le gemuk macam apa…..siapa si Siti Kassim ni yang sebenarnya? Apa dia mahu? Ayuh….pihak yang berkenaan, siasat dan tahan wanita ini. Perosak makhlok. Wasallam ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA” 

Aku Sayang UMNO dulu, kini dan selamanya (Perjuangan yang belum selesai )
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Syiah: Siapa Orang Nombor 2 Dalam PAS Yang Dimaksudkan Zahid?

SUKAR nak mengagak siapakah yang dimaksudkan Datuk Seri Zahid Hamidi sebagai orang nombor 2 PAS yang terlibat dengan gerakan syiah, sebab PAS bukanlah seperti UMNO yang kita semua jelas siapa orang nombor satu dan nombor dua.

Hieraki dalam UMNO begitu jelas sekali, Presiden orang nombor satu dan Timbalan Presiden orang nombor 2, tidak ada jawatan atau badan lain yang di atas dari itu.

Jadi kalau ada sesiapa buat fitnah mengaitkan orang nombor 2 UMNO (tanpa menyebutkan nama), Timbalan Presiden Tan Sri Mahyuddin boleh saman orang itu dengan mudah sebab memfitnah beliau.

Sedangkan PAS berbeza.

Ikut fahaman ramai orang, Mat Sabulah orang nombor 2 PAS sebab dia Timbalan Presiden. Tapi kalau ikut hieraki dalam perlembagaan PAS, Mat Sabu sepatutnya berada di antara kedudukan ketiga dan keempat – dibawah Mursyidul Am, Timbalan Mursyidul Am (?) dan Presiden PAS.

Timbalan Mursyidul Am tu penulis letakkan tanda soal sebab fungsi jawatan tersebut tidak nampak signifikasinya dalam organisasi PAS melainkan ambil alih jawatan Pengerusi Majlis Syura Ulama bila Mursyidul Am sakit, tenat atau meninggal dunia terus.

Dalam masa yang sama, perlembagaan PAS (Fasal 8) mengesahkan Mursyidul Am adalah jawatan tertinggi dalam parti.  Sesuai dengan ketinggian kedudukan Majlis Syura Ulama PAS yang diketuainya.

Jadi takkan Timbalan kepada orang nombor satu berada dikedudukan lebih bawah dari Presiden dan Timbalan Presiden?  Sebab itulah penulis letakkan tanda soal pada jawatan Timbalan Mursyidul Am.

Nak lebih complicated keadaan lagi, ada pandangan mengatakan Ahli-Ahli Majlis Syura Ulama lebih tinggi dari jawatan Timbalan Presiden PAS sebab badan itu diiktiraf perlembagaan PAS sebagai badan tertinggi parti berlambangkan bulan tersebut.

Kalau pandangan itu diterima, Mat Sabu jatuh tempat ke berapa?  18?  Sebab ahli majlis syura ada 17 orang dan Mat Sabu bukanlah salah seorang darinya.

Moral cerita disini, bukan mudah Mat Sabu nak melatah, apatah lagi mengambil tindakan undang-undang ke atas Zahid atas kenyataan yang dikeluarkan beliau mendakwa orang nombor 2 PAS sebagai penganut fahaman syiah dalam ucapan penggulungan beliau di perhimpunan Agung UMNO sebentar tadi.

Zahid pun bijak tak sebut nama, menyukarkan lagi usaha Mat Sabu nak menyaman Menteri Dalam Negeri tersebut, melainkan dia boleh buktikan di Mahkamah bahawa dia memang berada di kedudukan nombor 2 dalam PAS.

Itu satu hal, satu hal yang lain, kalau betul pun orang yang dimaksudkan Zahid itu ialah Mat Sabu, sudah pasti selaku Menteri Dalam Negeri, Zahid ada first hand info dari kita semua yang lain.  Maklumat itu  mungkin tak cukup untuk mendakwa sesiapa di Mahkamah kerana menjadi syiah, tapi nak mempertahankan diri kalau Mat Sabu menyaman, sudah cukup kot.

MYKMU.NET: DEMI SEBUAH PERJUANGAN
Source Blog

Tokong guna nama orang Islam?


KRUBONG – Kewujudan sebuah tokong di kawasan perindustrian Krubong di sini yang menggunakan nama orang Islam menimbulkan tanda-tanya dalam kalangan masyarakat Islam di situ.

Menurut mereka, tokong itu wujud sejak kira-kira 30 tahun lalu, namun hanya menyedari ia menggunakan nama “Datuk Haji Jawi Shamsuddin” sejak dua minggu lalu.

Seorang penduduk, Sham Kamat, 47, berkata, dia tidak berniat untuk mencampuri aktiviti keagamaan kaum lain namun, tindakan pihak terbabit menggunakan nama orang Islam memang tidak boleh diterima.

Menurutnya, perkara itu perlu disiasat pihak berkuasa termasuk untuk mengetahui sebab mengapa mereka menggunakan nama orang Islam di tokong berkenaan.

“Kita tidak mahu mengganggu urusan atau aktiviti keagamaan kaum lain tetapi tindakan mereka menggunakan nama ini boleh menimbulkan kekeliruan orang ramai.

“Memanglah hari ini kerajaan melaungkan slogan 1Malaysia tetapi janganlah sampai isu keagamaan pun hendak ‘di 1Malaysiakan’,” katanya, semalam.

Sham berkata, tokong berkenaan juga terletak hanya kira-kira 10 meter dari surau tempat pekerja kilang terbabit menunaikan solat.

Sementara itu, Ketua Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Islam (Jaim), Rahimin Bani ketika dihubungi berkata, penggunaan nama yang berkaitan Islam atau orang Islam seperti Datuk Haji Jawi Shamsuddin tidak sepatutnya dilakukan oleh bukan Islam apatah lagi ia diletakkan di tokong.

“Perkara ini boleh menimbulkan keresahan dan kemarahan masyarakat Islam. Ia juga boleh ditafsirkan sebagai menghina Islam.

“Pihak berkuasa tempatan (PBT) diharap dapat menguatkuasakan garis panduan pembinaan rumah-rumah ibadat bukan Islam,” katanya.

Beliau turut mengharapkan kerjasama semua pihak bagi memastikan Islam terus dimartabatkan di arus perdana seiring dengan peruntukan perlembagaan negara.

“Tindakan undang-undang juga akan dikuatkuasakan kepada pihak yang sengaja menimbulkan kegusaran dan isu sensitif umat Islam,” katanya.
Anak Seberang
Source Blog

Ketika Ops Daulat, sebagai Menteri Pertahanan saya merasakan bahawa perundingan selama tiga minggu yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia dan pengganas Sulu terlalu lama sehingga memakan korban sebanyak 10 orang. Lapan orang pegawai dan anggota polis serta dua orang anggota tentera-Zahid Hamidi

Ikuti wawancara khas akhbar Utusan bersama Ds Zahid Hamidi..

MUKADIMAH

DATUK SERI DR.AHMAD ZAHID HAMIDI dianggap calon paling popular untuk terus menyandang jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan parti 19 Oktober ini.

Ketegasan beliau mengemudi Kementerian Dalam Negeri dikatakan memungkinkan populariti itu dikecapi, namun bukan itu yang diburu oleh Ahli Parlimen Bagan Datoh ini.

Dalam pertemuan dengan wartawan Mingguan Malaysia, ZULKIFLEE BAKAR dan HUSSAINI AMRAN di kediamannya di Kajang, kelmarin, Menteri Dalam Negeri tersebut memberi pandangan berhubung pelbagai isu berkaitan kementerian itu dan pemilihan UMNO kali ini.

MINGGUAN: Datuk Seri dikatakan meninggalkan calon-calon lain yang bertanding merebut jawatan Naib Presiden UMNO jauh di belakang. Adakah persepsi ini satu bebanan kepada Datuk Seri?

AHMAD ZAHID: Adalah tidak adil untuk saya menilai populariti yang dianggap oleh kebanyakan perwakilan sebagai sesuatu yang boleh memberi sokongan sepenuhnya kepada saya. Tetapi kalau itu dapat diterjemahkan dalam bentuk sokongan, saya lebih daripada sukacita menerimanya. Dalam hal ini, ia bukan menjadi bebanan kepada saya kerana mungkin apa yang dilakukan sewaktu saya menyandang jawatan Naib Presiden selama satu penggal ini dan di Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah banyak dinilai oleh para perwakilan dan apa yang saya lakukan tidak ada kena mengena dengan pemilihan ini. Sebaliknya, ia merupakan tugas yang saya terjemahkan pelaksanaannya dengan kerjasama dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kesemua jabatan serta agensi di bawah KDN. Penilaian masih terserah kepada orang ramai khususnya para perwakilan untuk melihat daripada apa yang telah dan sedang saya lakukan.

Ketika Datuk Seri di Jabatan Perdana Menteri, timbul isu kalimah Allah. Semasa di Kementerian Pertahanan timbul Ops Daulat manakala di KDN pula Ops Cantas. Ketiga-tiga perkara itu telah melonjakkan populariti Datuk Seri. Adakah ia berlaku secara kebetulan atau sebaliknya?

AHMAD ZAHID: Mungkin ia bertunjangkan kepada keseriusan saya melaksanakan tugas di mana sahaja kementerian saya diberikan kepercayaan. Kalau ia merupakan satu kebetulan mungkin itu dianggap isu-isu bermusim. Sedangkan isu kalimah Allah sebelum itu adalah isu semasa yang saya tangani sewaktu menjawab persoalan ini yang dibangkitkan pihak pembangkang khususnya Pas di Dewan Rakyat. Ketika Ops Daulat, sebagai Menteri Pertahanan saya merasakan bahawa perundingan selama tiga minggu yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia dan pengganas Sulu terlalu lama sehingga memakan korban sebanyak 10 orang. Lapan orang pegawai dan anggota polis serta dua orang anggota tentera.

Apa yang saya lakukan adalah dengan mengambil tindakan drastik bagi menyelamatkan negara kita khususnya bumi Sabah yang boleh diceroboh sewenang-wenangnya oleh pihak luar dan kita masih berunding ketika itu. Keadaan ini tentu mencabar kredibiliti dan kewibawaan pasukan keselamatan kita. Saya tidak boleh menangguhkan sebarang tindakan setelah mendapat restu daripada Perdana Menteri apabila saya menyampaikan hasrat daripada Panglima Angkatan Tentera, Ketua Polis Negara dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein selaku Menteri Dalam Negeri ketika itu. Tindakan yang kita lakukan adalah ada wajar bagi sebuah negara yang diceroboh oleh pihak luar. Walaupun ia seolah-olah dianggap sebagai isu politik, ini adalah soal maruah negara dan saya bertanggungjawab untuk mempertahankannya.

Akibat ketegasan Datuk Seri di KDN, ada pihak melihat secara tidak langsung menyebabkan Hishammuddin dipandang negatif?

AHMAD ZAHID: Tidak adil untuk membandingkan antara saya dan Hishammuddin. Saya mempunyai persamaan yang banyak dengan beliau dalam bidang tugas. Namun, apa yang saya lakukan digariskan dalam undang-undang, akta atau enakmen. Terdapat 42 kuasa yang diberikan kepada Menteri Dalam Negeri dan ada perkara-perkara yang boleh dilaksanakan.

Namun, saya membahagikan tugas ini kepada tiga. Dalam soal dasar, saya yang menentukan setelah berunding dan mendapat nasihat daripada ketua-ketua jabatan. Dari segi pentadbiran, saya serahkan kepada Ketua Setiausaha kementerian. Tetapi dari segi operasi, saya serahkan kepada Ketua Polis Negara dan semua ketua pengarah jabatan serta agensi di bawah KDN. Penyelarasan dan tindakan susulan saya lakukan supaya kesemuanya terselaras sebagai satu tindakan yang sepadu di bawah KDN. Bukan caca-marba kerana seolah-olah ada semacam pemecahan kuasa yang dibuat oleh agensi dan jabatan masing-masing.

Sejak Datuk Seri mengambil alih KDN, serangan pembangkang terhadap kementerian itu meningkat. Komen Datuk Seri?

AHMAD ZAHID: Saya berterima kasih kepada liputan oleh portal berita, akhbar dan media sosial yang didalangi oleh pembangkang. Sebelum ini saya tidak dapat liputan. Tentunya ini melonjakkan populariti saya kerana yang saya pentingkan ialah rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Bukan sebilangan kecil yang menjadi perosak kepada keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Jika ada pihak yang berkenaan itu mempertahankan hak asasi manusia mereka yang melakukan jenayah, tentu hak asasi keseluruhan rakyat Malaysia harus dipertahankan termasuk pegawai dan anggota polis yang tertembak atau terbunuh ketika operasi dilakukan. Bagaimana pula hak asasi manusia mangsa-mangsa tembakan, rompakan atau pembunuhan yang dilakukan oleh penjenayah itu? Mengapa tiada pembelaan? Daripada pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pemimpin pembangkang yang mempertahankan hak asasi manusia penjenayah, saya tidak fikir mereka propenjenayah. Jika mereka tidak propenjenayah, mereka mesti pro pada majoriti rakyat keseluruhannya. Jadi, ketegasan saya kerana menjaga kepentingan majoriti rakyat, bukan kepentingan penjenayah.

Ramai yang bercakap soal meremajakan UMNO. Datuk Seri berusia 60 tahun. Adakah faktor umur ini relevan atau tidak untuk menempuh Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14)?

AHMAD ZAHID: Saya mengambil contoh terbaik ketika Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Walaupun beliau ketika mengambil alih kepimpinan melepasi umur 50-an dan ketika hampir tamat perkhidmatan, beliau telah berumur 70 tahun tetapi peremajaan UMNO itu terus dilakukan oleh beliau.

Ertinya, bukan faktor umur menjadi penanda aras pada peremajaan. Yang penting idea baharu, pendekatan yang relevan dan mengenalpasti kumpulan sasaran. Peremajaan UMNO ini bergantung kepada agenda, pengisian program dan bagaimana idea daripada sayap-sayap terutamanya Pemuda dan Puteri dapat dijadikan sebagai elemen di dalam program-program yang dijalankan oleh UMNO. Biarpun Presiden melepasi waktu, melebihi umur setengah abad. Di dalam hal ini, saya sering berinteraksi dengan kumpulan generasi muda dalam UMNO dan idea saya laksanakan biarpun usia ‘setengah abad’ ini mungkin dianggap sesetengah pihak agak tidak relevan. Tetapi pemikiran saya masih tetap relevan terutama dalam usaha untuk meremajakan UMNO.

Berhubung dengan ‘tiga serangkai’, ada yang berpandangan status quo ini perlu dikekalkan. Ada juga yang berpandangan, ia tidak menunjukkan UMNO itu dinamik. Pandangan yang mana sepatutnya diberi perhatian?

AHMAD ZAHID: Ia adalah pandangan subjektif dan kedua-dua pandangan ini harus dianalisis melalui beberapa pendekatan terutamanya apabila Presiden dan Timbalan Presiden perlukan ketiga-tiga Naib Presiden yang mempunyai ‘chemistry’ (keserasian) yang baik bagi bukan sahaja membantu dalam bentuk idea tetapi melunaskan pertanggungjawaban apabila kerja-kerja parti mahu disampaikan di peringkat akar umbi atau bahagian. Melaksanakan tugas-tugas pilihan raya kecil atau umum dan juga melakukan beberapa agenda untuk diterjemahkan terutama peremajaan UMNO dan agenda-agenda yang harus diperturunkan ke bawah. Dalam hal ini, bagi saya, hak sebenar untuk menentukan sama ada pilihan pertama atau pilihan kedua ialah para perwakilan keseluruhannya. Saya sentiasa berlapang dada dan berfikiran terbuka untuk menerima sebarang keputusan yang akan ditentukan para perwakilan.

Adakah Datuk Seri merasakan gandingan sedia ada ini sudah cukup baik berbanding sebelum ini?

AHMAD ZAHID: Pengalaman sepenggal lalu membuktikan ia telah cukup baik tetapi saya tidak dapat menilai diri sendiri. Tidak adil untuk saya menilai kawan-kawan saya yang lain tetapi tentunya perwakilan melihat dari sudut pandang yang berbeza. Setakat ini, tentunya saya berpuas hati dengan sumbangan yang telah kami berikan bukan sahaja kepada parti tetapi kepada kepimpinan atasan khususnya Presiden dan Timbalan Presiden parti.

Ada suara-suara nakal mengatakan tiga Naib Presiden sekarang bimbang dengan `ancaman’ Datuk Mukhriz Tun Mahathir untuk pemilihan akan datang seandainya beliau dibawa masuk sekarang. Pandangan Datuk Seri?

AHMAD ZAHID: Tidak harus ada kebimbangan jika ada mereka yang di bawah umur 50-an mahu menawarkan diri. Sekali lagi, tentunya perwakilan akan menilai melalui sudut pandangan berbeza. Namun, apa yang diperlukan oleh UMNO keseluruhannya ialah kemantapan kepimpinan di peringkat atasan supaya tidak timbul sebarang permasalahan kini atau akan datang kepada pengukuhan landasan di dalam kepimpinan parti.

Dalam PRU-13, UMNO dikatakan mendapat pengajaran cukup bermakna apabila dikatakan tidak memperjuangkan nasib orang Melayu dan agama Islam sehingga menyebabkan NGO mengambil alih. Ke manakah hala tuju UMNO selepas pemilihan ini?

AHMAD ZAHID: Harga yang telah dibayar terlalu mahal. Biarpun UMNO meraih tambahan kerusi, prestasi Barisan Nasional (BN) keseluruhannya cukup membimbangkan. Apa yang perlu kita lihat ialah kerajaan yang terbentuk di Putrajaya adalah atas sokongan orang Melayu. Kita tidak boleh menolak agenda untuk memperkasakan penguasaan orang Melayu dalam banyak sektor khususnya ekonomi harus dilakukan dengan tidak berhasrat mengambil peluang atau pegangan ekonomi kaum lain. Tetapi yang penting, sebagai sebuah negara majmuk, UMNO tidak pernah meminggirkan mana-mana kepentingan selain orang Melayu.

Ini harus difahami tetapi kita lihat pendekatan pembangkang telah berjaya meracuni pemikiran lebih 50 peratus rakyat. Mereka menanam budaya kebencian yang cukup mendalam terhadap kerajaan. UMNO belum cukup berjaya untuk menangani persepsi ini. Justeru, pengurusan persepsi hendaklah dilakukan dengan drastik oleh kepimpinan UMNO. Jika persepi ini tidak dapat diubah, maka kekhuatiran saya dalam PRU-14 ini, kita bukan sahaja menghadapi masalah yang sama tetapi mungkin akan menghadapi masalah yang lebih parah.

Sejauh manakah UMNO boleh bertahan sebab di dalam BN sendiri, sebagai contoh apabila Perdana Menteri melancarkan program Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera baru-baru ini, parti-parti komponen menganggap perkara itu sebagai diskriminasi dan tidak adil kepada kaum lain?

AHMAD ZAHID: Tidak timbul soal berlakunya ketidakadilan kepada kaum lain. Yang ditekankan oleh Perdana Menteri bukan soal kesamarataan. Mustahil untuk mendapatkan kesamarataan. Tetapi beliau mahu memberi keadilan untuk orang Melayu yang masih jauh ketinggalan walaupun kita telah merdeka lebih 56 tahun. Jangan lupa bahawa bumiputera di Sabah dan Sarawak juga harus diambil kira. Keberadaan mereka dalam lingkungan bumiputera yang melebihi 60 peratus tentu harus diberi keutamaan. Jika kumpulan majoriti dipinggirkan, kesan yang paling dalam adalah terdapat kegelisahan sosial dalam kalangan majoriti rakyat. Walaupun kerajaan mempunyai pendekatan mesra perniagaan atau mahu memberi keselesaan kepada komuniti perniagaan, namun kita jangan melupakan bahawa `hutang’ negara kepada orang Melayu dan bumiputera masih belum terbayar sepenuhnya. Ini harus dilakukan oleh kerajaan yang didukung oleh orang Melayu.

Mengapa wujud suara seperti itu dalam BN sendiri? Adakah mereka begitu terdesak untuk mendapatkan sokongan?

AHMAD ZAHID: Parti-parti di dalam BN berasaskan kaum. Tentu mereka mahukan pendekatan heroistik kepada kumpulan yang mereka wakili. Jadi, di dalam perkara ini mereka harus tahu apa yang dilakukan oleh UMNO biarpun memperjuangkan soal Melayu dan bumiputera, kita tidak pernah meminggirkan kaum-kaum lain. Ini harus terus difahami oleh kepimpinan utama parti-parti komponen BN. Kita tahu bahawa pihak pembangkang memerhatikan gelagat untuk meraih dividen politik. Dalam hal ini, parti-parti komponen BN hendaklah sedar bahawa kesatuan pemikiran harus dilakukan dan UMNO sebagai sebuah parti politik bukan sekadar sebuah parti tetapi sebuah institusi sosial orang Melayu dan mereka harus menghormati prinsip ini.

Bagaimana kita hendak menonjolkan semula UMNO sebagai tonggak perjuangan Melayu?

AHMAD ZAHID: Saya melihat UMNO telah menyesuaikan diri dengan situasi semasa. Saya secara peribadi merasakan tidak adil jika kita memperkatakan soal perjuangan hak Melayu sebagai rasis atau perkauman. Kalau kita mahu memperjuangkan soal bahasa, kita dianggap berada dalam kepompong yang sempit. Jika kita memperkatakan tentang hak istimewa orang Melayu, seolah-olah kita telah ketinggalan zaman dan tidak relevan dengan situasi semasa.

Saya dianggap sebagai ultra Melayu kerana pandangan saya masih kukuh sebagaimana ketika saya memegang jawatan Ketua Penerangan Pemuda UMNO pada 1988. Bagi saya, orang-orang bukan Melayu jangan khuatir dengan UMNO. Kita tidak pernah mengambil hak mereka. Yang kita dambakan ialah memperkukuhkan hak Melayu dan bagi saya, UMNO keseluruhannya harus berfikiran begitu. Kepimpinan UMNO di semua peringkat harus berfikiran begitu dan jangan ada tanggapan mengizinkan orang lain berada di garisan hadapan untuk memperjuangkan nasib orang Melayu.

Terdapat kawasan-kawasan Parlimen yang menyaksikan orang Melayu berpecah kepada UMNO, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Namun, perpecahan kaum lain tidak sebegitu teruk. UMNO memerlukan sokongan orang Melayu. Tidakkah pendirian sebegini membawa kesan dalam PRU-14?

AHMAD ZAHID: Saya ingin memperjelaskan bahawa hak bangsa lain tidak akan diusik dan kita tidak pernah mengambil pun secebis peluang daripada mereka. Jika mereka mengatakan bahawa kaum lain harus berada di dalam perkhidmatan awam, kita mahu bertanya, dalam sektor swasta, berapa ramai orang Melayu yang diletakkan di pengurusan atasan? Berapa ramai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dalam organisasi syarikat-syarikat yang tersenarai? Berapa ramai kakitangan pengurusan yang diletakkan? Kalau mereka mahu keadilan dalam sektor awam, mereka juga harus terbuka untuk mengambil orang Melayu dalam sektor swasta. Ramai orang Melayu yang profesional dan ramai yang boleh serta mampu menjadi pengurus terbaik. Terbukti dalam GLC yang ada.

Tetapi apabila jawatan-jawatan yang diiklankan diutamakan yang mempunyai kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Mandarin, ertinya siapa? Ertinya, mereka tidak mahu orang Melayu dan bumiputera. Adakah itu satu keadilan? Saya tidak mempertikaikan itu hak keluarga mereka atau hak peribadi mereka. Tetapi kalau mereka mahu kerajaan liberal, mereka juga harus liberal. Mengapa apa yang dilakukan oleh UMNO dalam menentukan dasar dan BN melaksanakannya dipertikaikan? Mereka tidak terbuka sebagaimana mereka mahu UMNO itu terbuka.

Tags:  

Del.icio.us


Facebook
TweetThis
Digg
StumbleUpon


Copyright © .::Pisau.Net::. [Ketika Ops Daulat, sebagai Menteri Pertahanan saya merasakan bahawa perundingan selama tiga minggu yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia dan pengganas Sulu terlalu lama sehingga memakan korban sebanyak 10 orang. Lapan orang pegawai dan anggota polis serta dua orang anggota tentera-Zahid Hamidi], All Right Reserved. 2013.
.::Pisau.Net::.
Source Blog

Copyright © 2013. All Rights Reserved.