Untuk
PasMa Siap Sedia Ditubuhkan, Jika Nik Aziz Bubar PAS Untuk Bergabung Dengan UMNO
“Sudah berkali-kali saya mengajak UMNO agar mengubah dasar itu. Sudah berkali-kali saya sebutkan kepada pemimpin UMNO agar tinggalkan perjuangan kebangsaan dan terimalah perjuangan Islam. Kalau hari ini UMNO berbuat demikian, maka hari ini juga saya sanggup bubar PAS untuk sama-sama berjuang Islam dengan UMNO. Namun sampai sekarang mereka tidak sanggup mengubah dasar parti UMNO itu kepada dasar Islam! Di manakah duduknya roh Islam dalam UMNO? Saya tanyakan persoalan ini untuk dijawab oleh seluruh umat Malaysia,” Nik Aziz (1 Oktober 2010)
Sememangnya pun dah banyak kali ungkapan itu dituturkan oleh Mursyidul Am PAS TG Nik Aziz Nik Mat, malah seingatan saya ia bermula sejak awal 1980an,
Namun kalau merujuk pada hari ini, adalah amat mustahil untuk Nik Aziz meraih sokongan, kalau ditakdirkan UMNO menyahut cabaran beliau.
Dilaporkan oleh TMI, kumpulan tertentu dalam PAS telah mengadakan perjumpaan pada 31 Ogos lalu untuk menubuhkan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), yang bertujuan secara langsung untuk menidakkan hasrat Nik Aziz.
Ternyata kata-kata Nik Aziz sudah tidak diterima pakai lagi oleh kalangan PAS sendiri.
Perkara ini sememangnya telah dijangka, seperti yang telah diramalkan SINI.
AKAR UMBI
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.
HOT! Yang DAP Cuba Halang Untuk Rakyat Teluk Intan Jadi Kenyataan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan beberapa inisiatif bagi pembangunan Teluk Intan termasukpembinaan 5,000 unit rumah di bawah program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) serta penubuhan cawangan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Sebagai memenuhi manifesto Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM5 juta bagi projek pembangunan di kawasan berkenaan.
“BN adalah sebuah parti yang berpegang kepada falsafah dan prinsip bahawa BN menetapi janji dan membawa harapan kepada penduduk kawasan ini,”katanya ketika berucap pada Majlis Bersama Rakyat dan pelancaran PR1MA Teluk Intan di sini.
Bagi projek PR1MA, Najib berkata sebagai permulaan, sebanyak 1,000 unit rumah akan dibina di kawasan itu.
Projek PR1MA Teluk Intan secara keseluruhannya melibatkan kawasan seluas 202 hektar.
Projek PR1MA di Teluk Intan melibatkan kerjasama antara Perbadanan PR1MA Malaysia, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan Koperasi Pegawai-pegawai Melayu Malaysia Bhd (MOCCIS).
Bagi penubuhan cawangan UPSI, Najib berkata kampus berkenaan akan menempatkan 1,000 guru yang akan dilatih dalam bidang vokasional dan teknikal.
“Kawasan Teluk Intan akan mendapat kesan yang begitu baik (dengan pembinaan cawangan UPSI)…. (cawangan) itu akan cuba siap tiga hingga empat tahun akan datang,” katanya.
Selain peruntukan RM5 juta itu, beliau berkata sebagai bakal menteri, Anggota Parlimen Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong akan turut menerima peruntukan khas yang dapat digunakan untuk kepentingan penduduk kawasan itu.
Katanya semua peruntukan yang disalurkan adalah untuk memenuhi permintaan penduduk Teluk Intan.
Perdana Menteri turut merakamkan penghargaan kepada pengundi Teluk Intan kerana menyokong BN sehingga membawa kepada kemenangan Mah pada PRK Parlimen itu, 31 Mei lepas selepas menewaskan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud dengan majoriti 238 undi.
“Saya datang untuk memastikan janji-janji (BN) ditunaikan. Saya nak ucap setinggi-tinggi perhargaan kepada pengundi yang menyokong BN.
“Saya tidak sedap duduk kalau saya tidak turun hari ini untuk berjumpa rakyat Teluk Intan,” katanya.
Beliau berkata kemenangan itu membuktikan pengundi yakin BN adalah parti yang menepati janji dan membawa harapan baharu kepada penduduk kawasan itu.
“Kita menang kerana kebolehpercayaan rakyat terhadap BN meningkat. Ramai yang merasakan bahawa jika BN diberi peluang akan berlaku perubahan persekitaran dari segi pembangunan sosio-ekonomi di kawasan itu,” katanya. - Bernama
Tags:
- Saya tak mahu gaduh dengan orang yang tak betul ni-Zahid Hamidi
- Tun M Di Masukkan IJN,Mengadu Sakit Dada
- 3 Pemimpin PKR Didapati Bersalah Fitnah Aminah.
- Video:Orang Umno Sembahyang Baca Hidup Melayu dan Hidup Dacing
- Hot! Umno Dan PAS Bergabung Nak “Bunuh” Aku, Mat Sabu Mengaku Dirinya Syiah Di Hadapan Wartawan, Bukti Dakwaan @Zahid_Hamidi Ada Asas.
Copyright © .::Pisau.Net::. [HOT! Yang DAP Cuba Halang Untuk Rakyat Teluk Intan Jadi Kenyataan.], All Right Reserved. 2014.
.::Pisau.Net::.
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.
Majlis Peguam Hilang Akal… Pembangkang Saja Ada Hak Asasi Manusia Untuk Saman Fitnah
Bebal betul Majlis Peguam …layak dipanggil BEBAL COUNCIL
Ini mesti kes dah terlalu banyak alcohol dalam badan. Maklumlah mereka ini majlis bar yang jual arak. Langsung otak pun tak berapa jelas berfikir.
Anwar tak ditegur nak saman media dari tanya soalan saja tapi Najib ditegur sebab saman pemfitnah. Hmmm … baca Cucu Tok Selampit berikut:
Ahli politik dan pegawai kanan kerajaan patut menerima kritikan umum sebagai sebahagian daripada kehidupan politik dan bukan menyaman pengkritik mereka, kata Badan Peguam Malaysia.
“Mereka patut menerima komen tidak menyenangkan, tidak kira berapa pedas, jelik atau tidak benar, kerana ia sebahagian rintangan semula jadi dalam kehidupan politik awam, selagi tidak menjejaskan kehidupan peribadinya,” kata presidennya Christopher Leong. – Sumber: Malaysiakini.
Presiden Badan Peguam Malaysia berkenaan amat ‘bias’ dan bersikap ‘double standard’ ketika menegur Datuk Seri Najib Razak, atas kapasiti peribadi, yang sebelum ini memutuskan untuk menyaman Malaysiakini ekoran kompilasi komen pembaca dalam dua artikel berkaitan krisis Terengganu.
Mungkin beliau lupa atau buat-buat lupa apabila dari tahun 2009 hingga tahun 2014, terdapat 14 kes saman yang dikemukakan ke atas media cetak oleh pemimpin-pemimpin pembangkang.
Kenapa Badan Peguam Malaysia tidak bertindak menegur pemimpin-pemimpin pembangkang ini sewaktu mereka menyaman media sebaliknya hanya memberi perhatian kepada saman Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak?
Kalau macam begini otak Majlis Peguam, ia bermakna pembangkang boleh menipu tapi tak boleh disaman. Kerajaan boleh difitnah tapi tak boleh betulkan diri sendiri.
Kata hak asasi manusia tapi PM tak ada ke hak asasi?
Apa punya gila lojik Majlis Peguam? Mereka ni terlalu lama di Bar hingga hilang akal ke?
theunspinners.blogspot.com
UMNO Online
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.
KUTIPAN DERMA KILAT untuk mahasiswi mangsa kemalangan di Iskandariah
[KUTIPAN DERMA KILAT] – Kutipan derma kilat untuk mahasiswi mangsa kemalangan di Iskandariah.
Seramai 6 orang mahasiswi Malaysia Fakulti Pergigian Universiti Iskandariah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Borg el Arab. Mereka kini sedang menjalani rawatan di Hospital Salamah, Iskandariah manakala 2 orang daripada mereka dilaporkan hanya mengalami cedera ringan.
Sehubungan dengan itu, Jabatan Kebajikan dan Kemanusiaan (JKK) akan melancarkan Kutipan Derma Kilat bagi membantu mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut.
Sumbangan boleh disalurkan kepada:
- BIRO KEBAJIKAN (BCARE) PERUBATAN CAWANGAN MASING-MASING
ATAU
- Kepada Jabatan Kebajikan & Kemanusiaan (JKK) PERUBATAN:
1. Ketua Jabatan: Nurhakim bin Ibrahim
Telefon: +20111 814 4288
Whatsapp: +2012 800 36032
FB: Nurhakim Ibrahim
2. Timbalan Ketua Jabatan: Aisyah Fakriyah binti Latif
Telefon: +20114 685 4320/+20114 294 3443
Whatsapp: +20114 829 8371
FB: Aisyah Fakriyah Latif
Sebarang sumbangan melalui perbankan boleh disalurkan melalui acc berikut:
CIMB Islamic
Nur Hanisah Binti Naspu
06100003169203
FB: Nur Hanisah
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”
“at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”
Jabatan Kebajikan & Kemanusian (JKK),
PERUBATAN 2014/2015.
Laman Rasmi Kelab UMNO Luar Negara
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.
SEJADAH BELAJAR SOLAT UNTUK BUDAK KECIK
Saya dah berkurun tak tulis artikel baru. Rasanya semenjak saya berjaya menyelesaikan artikel teori Yaseen tu (yang mengambil masa tiga hari melawan mengantuk yang sangat extreme), rasanya dah ada batalion baru jin yang menghalang saya menulis artikel dakwah terbaru. Setiap kali nak menaip saja mesti tetiba mengantuk menguap-nguap dan lepas tu terbongkang tidur mati.Sekarang tengah cuba selesaikan episod terbaru JEREJAK. Mudah-mudahan dapat diselesaikan.
Anyway, saya ada idea simple untuk dikongsikan bersama dengan ibu-bapa yang mempunyai anak kecil yang baru nak diajar solat. Saya tahu kebanyakan ibu-bapa mula melatih anak solat dengan cara menyuruh anak-anak solat bersama sewaktu berjemaah. Cara tradisional ini memang efektif tapi dalam kebanyakan kes ramai kana-kanak yang membesar solat tanpa mengetahui makna perkataan dalam solat mereka. Malahan tidak salah jika saya katakan bahawa ramai orang dewasa yang solat tanpa memahami apa yang mereka bacakan semasa solat. Saya tahulah sebab saya pun dulu begitu juga. Masa muda-muda dulu makna al-Fatihah pun tak tahu.
So, untuk anak saya yang masih kecik ni saya ambil pendekatan baru. Dia dah hafal bacaan ‘Al-Fatihah’ (Ustazah di sekolah yang ajar) tapi saya ajar dia solat dengan teknik terkini.
Dipersembahkan.. Teknik terkini saya.. Jeng Jeng Jeng!
SEJADAH MUALLAF!!
(Sebab sesuai untuk budak kecik dan muallaf yang baru belajar sembahyang saja)
Konsepnya senang saja. Suruh anak kecil berdiri di kawasan yang ada lambang kaki tu, lepas tu start praktikal sembahyang (dibawah guidance orang dewasa) sambil membaca bacaan-bacaan solat yang siap tertulis atas sejadah tu.
Alhamdulillah saya dah buat percubaan dengan anak saya yang berumur 7 tahun (tapi dah pandai membaca) dan nampaknya berkesan. Untuk setiap rakaat saya suruh dia baca “al-Fatihah” dalam bahasa arab dan kemudian lepas tu dia baca maksudnya dalam bahasa Melayu dengan suara perlahan sebelum meneruskan ke bahagian seterusnya. Pada peringkat awal saya terpaksa jaga sambil kata “buat nombor satu… haa pastu buat nombor dua..” etc etc tapi sekarang dia dah pandai solat 5 waktu walaupun buat masa ni masih dalam bahasa melayu. InsyaAllah dalam tempoh terdekat jika dia dah hafal semua makna di sebalik bacaan solat maka saya akan print out sejadah baru tapi semua bacaan dalam bahasa arab pula (tapi tulisan rumi dululah sebab dia masih muqaddam)
Oh ya lupa beritahu. Sejadah ni saya upah kedai print out atas kertas “bunting” iklan tu.
Kepada sesiapa yang nak cuba kaedah ni untuk anak-anak, boleh email saya dan nanti saya akan emelkan fail CorelDraw untuk anda bawak ke kedai printer. Anda juga boleh edit sendiri rekabentuk dan tulisan di sejadah tu tu (kepada sesiapa yang prefer agar anak-anak mereka terus hafal bacaan arab).
Kepada sesiapa yang nak komersialkan idea ni (manalah tau). Dipersilakan juga. Dengan syarat jangan ada sesiapa memandai nak claim copyright dan lepas tu cuba halang orang lain komersialkan konsep yang sama. Saya tak izinkan sesiapa nak ekslusifkan idea ni untuk keuntungannya sendiri saja.
Gambar Hiasan: Ini gambar masa awal-awal saya test konsep ni pada anak saya.
P/S: Kalau anda tak setuju dengan teknik saya, tak apalah. Rilek la bro, saya sekadar berkongsi idea. Bukannya menyebar ajaran sesat.
AFTERDARK WRITES!
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.
DAP Mula Main Taktik Kotor, Tikam Diri Sendiri Untuk Raih Simpati? #TelukIntan
ANGIN PERUBAHAN
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.
Mah Ada Pengaruh Dalam Kerajaan Untuk Bantu Warga Teluk Intan – Khairy
TELUK INTAN, 19 Mei – Pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan perlu membuat pertimbangan bijak dengan memilih calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong yang terbukti mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat kerana pengaruhnya dalam kerajaan.
Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin berkata Mah, anak tempatan Teluk Intan, yang mempunyai pengalaman luas dalam pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri itu dilihat mampu menyelesaikan isu tempatan.
“Walaupun berdepan calon pembangkang yang juga merupakan seorang beliawanis, namun kita yakin pertimbangan rakyat Teluk Intan akan memberi sokongan kepadanya yang berpengalaman sebagai Anggota Parlimen selama dua penggal serta Anggota Dewan Undangan Negeri selama satu penggal,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan Pemuda BN di sini, hari ini.
Sementara itu, ketika berucap pada majlis berasingan, beliau berkata PRK Teluk Intan bukan pertandingan ‘ratu cantik’ tetapi medan untuk rakyat memilih wakil mereka untuk memperjuangkan kemajuan dan pembangunan kawasan itu.
“Saya risau kalau pilih calon berdasarkan paras rupa yang tidak tahu mengenai Teluk Intan, apa akan jadi kepada kawasan ini. Bagaimana nasib rakyat di sini,” katanya.
Khairy yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO berkata Pemuda BN akan menggerakkan seluruh jenteranya melalui pelbagai program seperti siri ceramah, program santai serta turun rumah ke rumah bagi meraih sokongan pengundi Teluk Intan terutamanya pemilih golongan muda yang merangkumi 20,905 orang.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata Pemuda BN juga kini membentuk Jawatankuasa Khas Bertindak CBP (Cukai Barang dan Perkhidmatan) untuk member penerangan mengenai pelaksanaan cukai itu secara berterusan melalui siri ceramah serta platform media sosial.
Beliau berkata usaha penerangan ini digerakkan selepas mendapati saluran rasmi kerajaan bagi penjelasan CBP ini tidak mencukupi terutama untuk golongan muda.
“Kita dapati CBP perlu mempunyai penerangan ‘political treatment’ (yang mempunyai unsur-unsur politik) untuk menepis serangan dan tohmahan parti pembangkang yang memberi maklumat tidak tepat serta mengelirukan,” katanya.
Mengulas mengenai desakan Veteran UMNO supaya keanggotaan ibu kepada calon DAP, Yammy Samat dibatalkan, Khairy berkata ia bukan keutamaan parti pada masa sekarang.
“Kita ada proses tatatertib dalam parti dan prosedur yang telus, kita tidak boleh menggantung atau membatalkan keanggotaan seseorang begitu sahaja, ada prosesnya dan ia tidak perlu dilakukan secara terburu-buru,” katanya.
Laman Rasmi Pemuda UMNO Malaysia
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.
Penyedia makanan untuk tetamu Allah
PADA peringkat awal kehadirannya di Tanah Suci Mekah hanya sebagai pembantu masakan untuk menyediakan makanan kepada jemaah haji dan umrah Malaysia yang mengambil pakej dengan Tabung Haji Travel.
Begitulah permulaan bagi Sulaiman Ismail, 34, yang kini serius mengembangkan perniagaan dalam sajian makanan di kota suci itu hasil kerjasama dengan Al-Munief Catering Services (Al-Munief).
Tetapi kata Sulaiman, semua itu tidak datang dengan mudah. Namun, berbekalkan bakat dan hasrat murni untuk menawarkan perkhidmatan kepada tetamu Allah di Tanah Suci Mekah serta Madinah, dia mengorak langkah positif dalam bidang itu di bumi Arab Saudi.
Sulaiman yang berasal dari Banting, Selangor mengembangkan perniagaan di negara itu sejak lebih setahun lalu. Usaha- sama berkenaan memberikan pilihan kepada jemaah umrah untuk menikmati keenakan hidangan cita rasa Malaysia yang ditawarkan Al-Munief menerusi pengalaman dan kepakaran dalam bidang masakan dimiliki Sulaiman.
Malah Sulaiman turut menggaji empat tukang masak dari Malaysia untuk menyediakan masakan Melayu cita rasa tempatan kepada jemaah umrah dari Malaysia.
Namun bukan mudah bagi Sulaiman untuk bertapak di bumi penuh keberkatan itu. Apatah lagi syarat kerajaan Arab Saudi yang perlu dipenuhi ialah mesti mendapatkan rakan kongsi tempatan di negara berkenaan.
Sulaiman mula melihat peluang perniagaan dalam bidang sajian makanan di Tanah Suci apabila berkesempatan mengadakan latihan selama tiga bulan bersama Tabung Haji Travel di Mekah pada 1999.
Ketika itu dia merupakan pelajar tahun akhir dalam bidang masakan atau kulinari di Unitar.
Sulaiman membantu menyediakan masakan Melayu kepada 1,200 jemaah yang mengambil pakej Tabung Haji Travel untuk tiga kali hidangan iaitu sarapan pagi, makan tengah hari dan malam.
Saya datang sebagai pembantu tetapi ilmu dalam bidang masakan sudah ada kerana ia turun temurun, pekerjaan keluarga saya adalah tukang masak.
Sebab itu saya menyambung pengajian dalam bidang kulinari di Unitar untuk mendapatkan lebih banyak ilmu, katanya ketika ditemui di Mekah baru-baru ini.
Menurut Sulaiman, selepas tamat latihan di Tanah Suci, dia kembali ke Malaysia untuk menyempurnakan pengajian peringkat diplomanya di Unitar.
Bakat memasak dimiliki Sulaiman memikat Tabung Haji Travel yang menawarkannya kerja sebagai tukang masak pada musim haji di Tanah Suci.
Pemuda itu mula bekerja dengan syarikat berkenaan pada tahun 2000 untuk tempoh bermusim (tiga bulan setiap musim) dan memasak bagi 1,500 jemaah.
Secara keseluruhannya saya bekerja dengan Tabung Haji Travel selama enam musim sehingga 2006.
Di luar musim, saya mengendalikan perniagaan keluarga yang menyediakan perkhidmatan sajian makanan di Banting, katanya.
Selepas 2006, Sulaiman mendapat tawaran daripada Lembaga Tabung Haji (TH) untuk memasak kepada petugas lembaga berkenaan dan orang kenamaan Malaysia yang berkunjung ke Tanah Suci.
Katanya, dia berkhidmat selama empat tahun dengan TH sebelum memutuskan untuk pulang ke Malaysia bagi memberi tumpuan mengendalikan perniagaan sajian makanan keluarganya yang semakin berkembang.
Memandangkan Sulaiman menyimpan hasrat mendalam untuk membuka perkhidmatan sajian makanan Malaysia kepada tetamu Allah di Mekah, dia kembali ke Arab Saudi pada 2012.
Kedatangannya kali ini adalah untuk cuba menjalankan perniagaan sajian makanan sendiri menerusi pengalaman, kebolehan, ilmu dan modal kira-kira RM600,000.
Cita-cita saya memang hendak menyediakan masakan Melayu dan membawa orang Malaysia sebagai tukang masak berkhidmat di Tanah Suci ini, ujar bapa kepada tiga anak itu.
Cubaan awal Sulaiman berdepan dugaan apabila seorang kenalan warga Arab Saudi yang digunakannya untuk bertapak di negara tersebut tidak menepati aspek sasaran yang dikehendakinya, katanya.
Sulaiman kemudian berpindah kepada Al-Munief pada Disember 2012 dengan mengadakan kerjasama bersama syarikat berkenaan sehingga sekarang.
Saya mengenali Al-Munief kerana pernah berkhidmat di dapurnya di Mekah selepas diarahkan TH pada 2003 untuk memasak kepada jemaah Malaysia yang menjadi pelanggan syarikat itu, jelasnya.
Sulaiman memberitahu, dia memulakan perniagaan di Mekah selama setahun sebelum mengorak langkah lebih jauh dengan membuka dapur atau pejabat kedua di Madinah pada Disember tahun lalu.
Katanya, tidak ramai rakyat Malaysia menjalankan perniagaan di Arab Saudi dan dia adalah anak jati negara ini yang pertama membuka dapur bagi menyediakan perkhidmatan sajian makanan.
Di Arab Saudi kita tidak boleh menjalankan perniagaan sendirian walaupun ada kepakaran dan pelanggan kerana perlu kerjasama dengan rakyat negara itu.
Sebab itu saya mengadakan kerjasama dengan Al-Munief tetapi pengurusan saya kendalikan sendiri, ujarnya yang mahu membawa perniagaannya itu ke tahap lebih tinggi.
Menurut Sulaiman, cabaran sedang dihadapinya sekarang ialah masih ramai khususnya ejen pelancongan yang tidak mengetahui bahawa Al-Munief dikendalikan oleh orang Malaysia.
Sebagai anak jati Malaysia yang datang berniaga di Arab Saudi dengan memberi khidmat kepada tetamu Allah, saya bukannya mahu meminta bantuan wang tetapi mahu sokongan dari negara sendiri, katanya. – Utusan
:SembangHaji.Com:
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.
CUEPACS: Wujudkan kuota haji khas untuk penjawat awam
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan kerajaan menyediakan kuota haji khas bagi memudahkan para penjawat awam menunaikan rukun Islam kelima itu mulai tahun hadapan.
Presidennya, Azih Muda berkata, penyediaan kuota khas itu perlu bagi memastikan penjawat awam tidak terpinggir untuk menunaikan ibadat tersebut selain mengambil kira pendapatan mereka yang rendah.
“Kalau hendak tunggu giliran kuota Tabung Haji mereka terutamanya yang hampir bersara tidak berkesempatan untuk menunaikan ibadah itu. Oleh itu CUEPACS mencadangkan kerajaan menyediakan kuota khas kepada para penjawat awam bermula tahun hadapan.
“Hal ini antara perkara yang ditekankan CUEPACS untuk dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun akan datang selain semakan semula kadar semua jenis elaun, pencen dan tangga gaji,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan pemimpin CUEPACS Sabah dan wakil agensi kerajaan negeri di sini hari ini.
Yang turut hadir, Pengerusi CUEPACS Sabah, Jamian Dom.
Tambah Azih, selain kuota haji khas, kerajaan diminta memberi kelulusan kepada kakitangan awam yang mencapai umur 55 tahun untuk mengeluarkan 20 peratus wang pencen yang bakal diterima untuk perbelanjaan menunaikan umrah, perubatan atau pendidikan anak-anak.
Menurut beliau, pihaknya turut menggesa kerajaan menaikkan ganjaran persaraan kepada 10.5 peratus daripada tempoh perkhidmatan berbanding 7.5 peratus ketika ini.
Selain itu, katanya, CEUPACS mencadangkan kerajaan menaikkan Gantian Cuti Rehat (GCR) kakitangan awam kepada 180 hari berbanding 150 hari sekarang selain menimbang kadar pencen bulanan penjawat awam yang bersara kepada 80 peratus daripada jumlah gaji terakhir mereka.
“Kita akan memastikan tangga gaji semua jenis jawatan dalam perkhidmatan awam dikaji semula selaras dengan peningkatan kos sara hidup yang dibebani mereka,” katanya.
Sementara itu, beliau meminta Jabatan Kesihatan Sabah memberi penjelasan mengenai isu tuntutan elaun pakaian seragam kakitangannya yang menimbulkan kekeliruan.
Beliau berkata, pihaknya menerima aduan mengenai arahan meminta kakitangan jabatan itu membayar balik baki elaun tempahan pakaian seragam sejak tahun 2011.
Katanya, menerusi pekeliling yang dikeluarkan sebelum ini, kakitangan jabatan itu dibenarkan membuat tuntutan tempahan pakaian seragam sehingga RM690 setahun bagi tiga pasang pakaian.
“Bagaimanapun pada 6 September lalu, jabatan tersebut mengeluarkan arahan meminta kakitangan membayar balik baki elaun berdasarkan kadar jahitan ditetapkan Pejabat Kesihatan di seluruh negeri dan jika gagal mereka akan dikenakan tindakan tatatertib,” katanya.
:SembangHaji.Com:
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.
IBM BERCUTI, BEREHAT UNTUK TENANGKAN FIKIRAN. JUMPA LAGI!
KHAMIS, 13 MARCH 2014
Aku Sayang UMNO dulu, kini dan selamanya (Perjuangan yang belum selesai )
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.
Kawalan Ketat Untuk Teresa Kok Kerana Geli Geleman Tergesel Telur
Kecoh di Permatang Pauh bila dikatakan Teresa Kok ditampar oleh seorang lelaki, di majlis ceramah malam tadi.
Rupanya kekecohan berlaku apabila lelaki misteri yang datang kearah Teresa untuk bersalam, mengambil kesempatan menggeselkan telur tembelang kepada Ahli Parlimen DAP itu.
Tidak biasa tergesel telur, maka geli gelemanlah Teresa hingga menimbulkan kekecohan dalam ceramah politik di kawasan parlimen Anwar Ibrahim tersebut.
AKAR UMBI
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.
Cikgu Zaidi : Anwar Bertanding Bukan Untuk Berkhidmat Kepada Pengundi
AIDCNews – 17/2/14 – Jika ada pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang beranggapan kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu memberi khidmat kepada DUN itu, anggapan itu adalah satu andaian yang bakal mengecewakan para pengundi. Anwar hanya mahu menang dan bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di kawasan itu, tetapi bukan untuk berkhidmat kepada para pengundinya. [...]
AIDC
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.
Anwar Sengaja Provokasi Sentimen Agama & Kaum Untuk Raih Undi – Dr Atory
SHAH ALAM: Penganalisis politik, Profesor Dr Ahmad Atory Hussain berkata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sengaja menggunakan sentimen agama dan kaum sebagai modal meraih kemenangan di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang 23 Mac depan. Melalui cara itu, jelasnya rakyat akan mudah ‘terjentik’ sekaligus merasakan pemimpin yang sesuai mempertahankan hak penganut semua kaum. [...]
AIDC
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.
Isu Sampah Berulang Semula Di Selangor – Sabotaj Dalam PKR Untuk Jatuhkan Khalid Ibrahim
Awal tahun 2012 masalah pungutan sampah di Selangor adalah begitu serius dan ketika itu kerajaan negeri Selangor membuat tohmahan, kononnya berpunca dari sabotaj kontraktor-kontraktor pungutan sampah pro-UMNO.
Selepas itu, urusan pungutan sampah telah diambilalih oleh PBT Selangor dari pengurus sisa pepejal Alam Flora.
Dengan pengambil-alihan itu, bermakna urusan pungutan sampah diurus keseluruhannya oleh kerajaan negeri. Malahan, kerajaan negeri telah mengurus pembelian 50 lori sampah (gred rendah yang amat susah dilihat beroperasi yang mungkin kebanyakan telah rosak) dari China, untuk membunuh pemilik-pemilik lori sampah yang dituduh sebagai agen UMNO.
Jika sebelum ini kontraktor dan pemilik lori sampah di’kambing hitam’kan sebagai punca masalah, apakah pula alasan yang bakal diberikan oleh kerajaan negeri apabila isu ini mula menunjukkan tanda-tanda berulang?
Foto atas adalah yang terbaru di Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang yang dibawah kawasan Majlis Perbandaran Klang yang dimaklum telah seminggu tidak dipungut. Disamping itu, beberapa kawasan lain turut mengalami masalah yang serupa, khususnya di kawasan DUN Khalid Ibrahim.
Adakah ini berupa sabotaj oleh Azmin Ali untuk menjatuhkan Khalid Ibrahim? Atau ini adalah petanda perebutan kontrak pungutan sampah dikalangan puak Azmin dengan puak Khalid?
AKAR UMBI
Source Blog
Allah Gerakkan Hati Saya Untuk Terus Yakin Dan Percaya Dengan Kemampuan BN Memerintah Negara– Adam AF
YAN, 2 Okt – Artis terkenal tanahair, Adam AF atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman secara terbuka mengakui bahawa beliau sememangnya sejak dari dulu menyokong kepimpinan Barisan Nasional (BN) di mana bagi beliau, setakat ini BN telah berjaya membuktikan kemampuan untuk membawa kemajuan serta mengekalkan keharmonian dan keamanan di negara ini.
Menurut beliau ketika ditemui di program santai bersama pengundi di Sungai Dedap, Kedah, dalam memilih untuk menyertai parti politik, ia sebenarnya terpulang kepada pemikiran dan penerimaan masing-masing.
“Alhamdulillah, saya sejak dari dulu hingga sekarang sememangnya menyokong BN. Allah gerakkan hati saya untuk memilih BN sebagai pentadbir di negara ini. Tapi bagi saya tidak ada masalah, jika ada yang berlainan pendapat dengan saya.
“Apa yang membuatkan saya tetap bersama BN adalah kerana kepercayaan dan keyakinan saya terhadap kepimpinan BN dari dulu, hinggalah kini di zaman pentadbiran Datuk Seri Najib. Bagi BN berjaya membawa keharmonian dan keamanan dari pelbagai sudut khususnya dari sudut agama yang bagi saya begitu berharga dan sebagai rakyat di negara ini, saya amat beryukur di atas pemberian Allah itu,” jelasnya kepada UMNO-Online.
Beliau juga tidak bersetuju dengan sesetengah dakwaan yang mengatakan bahawa UMNO dan BN tidak islamik dalam menjalankan pemerintahan di negara ini.
“UMNO secara jelas merupakan sebuah parti orang-orang Melayu yang secara puratanya beragama Islam. Apabila ada pihak yang mendakwa UMNO bukan parti Islam, itu sangat saya tidak setuju. Kita tidak boleh menghukum secara pukal sesebuah parti itu tidak Islamik hanya kerana wujud segelintir individu yang dilihat kurang Islamik atau bukan Islam.
“Kita tidak boleh menilai sesuatu yang pemikiran yang taksub. Apabila kita taksub, ia membuatkan penilaian kita jadi tidak rasional serta berat sebelah, dan mula menuduh pihak lain tidak betul dan sebagainya. Bagi saya, Islam itu sangat luas. Ia meliputi segala segi dari sudut ekonomi, pembangunan dan sebagainya. Kita tidak boleh lihat hanya dari satu sudut saja,” ujarnya.
Sebagai umat Islam katanya lagi, kita mestilah mendoakan kebaikan kepada pemimpin negara dan bukannya bertindak mengeji dan mencerca kepimpinan tertinggi negara sepertimana yang dilakukan oleh sesetengah pihak hari ini.
“Kita semua sudah sedia maklum ada pihak yang dulunya mendoakan kehancuran BN dan sebagainya, tetapi Alhamdulillah setakat ini BN masih lagi Allah kekalkan sebagai pemerintah di negara ini. Ini semua kerja Allah.
“Bagi saya, kita sesama Islam tidak perlulah mendoakan kehancuran sesama kita.Saya nasihatkan kepada semua khususnya pada diri saya sendiri, agar sentiasa menjaga tutur kata dan sekiranya kita tidak setuju dengan apa juga perkara, janganlah kita memaki hamun dan mendoakan kehancuran sesama kita. Bersyukurlah dengan segala nikmat yang telah Allah berikan kepada kita.
“Tetapi sudah tentulah, kerajaan di mana-mana pelusuk dunia sekalipun tidak akan ada kesempurnaan dalam pemerintahan mereka. Tetapi kita sebagai umat Islam, kita perlulah mendoakan pemimpin kita agar sentiasa diberi pentunjuk dan hidayah oleh Allah agar diberikan kebaikan, di mana kebaikan seorang pemimpin itu akhirnya akan memberi kesan kepada rakyat dan negara,” akhirinya. – MediaUMNO
UMNO Online
Source Blog