Daily Archives: September 5, 2014
HUBUNGAN ALYAH DAN RAMLI MS YANG DIBONGKAR AKAN DISIASAT KEMBALI
Pengarah muzik Datuk Ramli MS sepatutnya mendaftarkan perkahwinannya dengan penyanyi Alyah dalam masa enam bulan selepas tarikh mereka bernikah mengikut Seksyen 31 Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2013.
Penolong Pengarah Unit Dasar, Penyelewengan dan Doktrinisasi, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Shahrom Maarof, berkata, kegagalan pasangan itu berbuat demikian dalam tempoh ditetapkan boleh disabitkan sebagai kesalahan selain dikenakan penalti.
“Secara dasarnya pasangan yang berkahwin di luar negara perlu mendaftarkan perkahwinan tersebut dalam masa enam bulan selepas tarikh perkahwinan itu dengan hadir di hadapan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk di bawah enakmen tersebut.
“Sebaik-baiknya sejurus kembali ke Malaysia pasangan yang menetap di negeri Selangor terus hadir di hadapan mana-mana Pendaftar di negeri ini dengan mengemukakan surat perakuan nikah dan dokumen berkaitan untuk mengesahkan perkahwinan itu telah berlaku,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Ramli atau nama sebenarnya Ramli Mohamed Salleh pada Selasa lalu hadir ke Jais bagi menyerahkan pasport perjalanan antarabangsa miliknya dan isteri selain buku pernikahan mereka.
Perkahwinan Ramli dan Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasilah Hassan, 33, terbongkar apabila sekumpulan pegawai penguatkuasa Jais membuat serbuan di rumah mereka di Bandar Kinrara, Puchong kira-kira pukul 7.30 pagi, 28 Ogos lalu.
Kedua-dua pasangan tersebut telah berkahwin pada 18 Mac 2013 di Batam, Indonesia.
Dalam pada itu, Shahrom berkata, pihak penguatkuasa akan menjalankan siasatan menyeluruh terhadap pasangan itu memandangkan mereka tidak mendaftarkan perkahwinan yang sudah menjangkau usia setahun lima bulan.
“Jika jelas peraturan itu dilanggar maka pasangan itu boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 35.
“Bagaimanapun kes Ramli dan Alyah masih diperingkat siasatan dan mereka akan dipanggil untuk memberi keterangan sama ada perkahwinan tersebut ada mendapat kebenaran di luar dan dalam negara dan perkara-perkara berkaitan sebelum kes itu dibawa ke Mahkamah Syariah untuk dibicarakan,” jelasnya.
UtaraNews – The News Portal
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.
GADIS MELAYU LALOK GAM SAMPAI TAK SEDAR DIRI
Walaupun telah dikejut berulang kali, namun dipercayai lalok dengan bahan terlarang, seorang remaja perempuan tingkatan lima terbaring tanpa sedarkan diri di Dataran Seremban di sini.
Malah, ibu bapanya yang dimaklumkan perkara itu terpaksa meminta bantuan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) untuk membawa anaknya ke Hopsital Tuanku Jaafar (HTJ) di sini, berikutan bimbang keadaan bertambah buruk.
Remaja terbabit antara 12 yang diperiksa oleh Bahagian Penguatkuasa JHEAINS dalam pemeriksaan dilakukan di lokasi berkenaan jam 10 malam kelmarin.
Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasa JHEAINS, Ahmad Zaki Hamzah berkata, ketika pemeriksaan tersebut, didapati kumpulan remaja lelaki dan perempuan berusia seawal 16 tahun hingga 20-an itu sedang leka menghidu gam dan meminum minuman keras.
“Kami dapati sebahagian daripada mereka memegang bungkusan plastik dipercayai berisi gam, selain terdapat botol-botol arak bersepah di kawasan itu.
“Manakala remaja perempuan berkenaan dilihat terbaring tanpa sedarkan diri walaupun cuba dikejutkan beberapa kali,” katanya.
Menurutnya, keadaan itu menyebabkan remaja terbabit terpaksa diangkat masuk ke dalam van penguatkuasa berikutan bimbang berlaku sesuatu tidak diingini terhadapnya.
Ahmad Zaki berkata, ibu bapa remaja itu yang datang ke bahagian penguatkuasa setelah dihubungi, cuba mengejutkannya namun dia masih tidak sedarkan diri.
“Ibu bapanya yang tinggal di sekitar daerah ini datang dengan menaiki motosikal terpaksa meminta bantuan kami untuk membawa anaknya ke HTJ kerana bimbang keadaan remaja terbabit.
“Manakala pada pemeriksaan tersebut empat remaja lelaki yang diperiksa, ditahan di bawah Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan kerana didapati mengambil minuman memabukkan yang mensabitkan hukuman denda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Sementara itu katanya, ibu bapa dinasihatkan agar memantau pergerakan anak-anak khususnya golongan remaja agar tidak terjerumus dengan perkara tidak sepatutnya yang boleh merosakkan masa depan mereka kelak. -Sh
UtaraNews – The News Portal
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.