Umno Blogger Directory

Akta Hasutan : Pihak Yang Menentang Macam Anjing Takut Bayang-bayang

KUALA LUMPUR 8 Sept – Ahli Parlimen Sekijang,  Anuar Abd Manap melihat Akta Hasutan yang dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu adalah kerana mereka takut serta gusar kepada bayang-bayang mereka sendiri.

Sambil menyifatkan pihak berkenaan umpama “anjing yang takut bayang-bayang”, beliau menyelar pihak pembangkang yang cuba mempolitikkan akta berkenaan kerana semua tahu dan sedar bahawa akta tersebut adalah untuk menjaga keamanan serta keharmonian yang sedia ada.

“Kenapakah adanya pihak-pihak tertentu yang melompat dan  melatah dengan akta tersebut… malah lebih mengecewakan ianya ditohmah dengan pelbagai tohmahan sedangkan ianya adalah benteng kepada apa yang kita nikmati hari ini.

“Apakah kerana takut kepada bayang-bayang sendiri setelah sekian lama bergelumang dengan politik kebencian yang menyebabkan mereka mahu kerajaan menghapuskan akta tersebut. Apakah mereka tidak sedar memusnahkan adalah lebih mudah berbanding daripada kita mahu membina apa yang kita ada hari ini?” soalnya.

Mengulas lebih lanjut kepada UMNO-Online, ,beliau seterusnya menambah Akta Hasutan bukanlah untuk kepentingan mana-mana pihak apatah lagi apabila ia cuba dipesongkan kononnya disalahgunakan untuk kepentingan kerajaan dan sebagainya.

“Bukankah mencegah adalah lebih baik daripada merawat dan itulah yang seharusnya menjadi pertimbangan kepada mana-mana pihak yang cuba mempolitikkan akta tersebut.

“Jangan kerana takut dan gusar kepada bayang-bayang sendiri semua pihak cuba diheret ke dalam gelanggang yang songsang.  Rakyat sudah muak dengan segala permainan dan segala muslihat yang dipertontonkan kerana saya penuh yakin majoriti di negara ini tentunya mahukan sebuah negara yang cintakan kepada apa yang dinikmati hari ini,” ujarnya. -MediaUMNO

 

UMNO Online
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Copyright © 2013. All Rights Reserved.