Umno Blogger Directory

Monthly Archives: March 2014

Jawatan Presiden PKR Tetap Milik Keluarga Anwar

Asas penubuhan Parti Keadilan Rakyat adalah untuk berjuang mempertahankan Anwar Ibrahim yang telah disabitkan dengan beberapa siri jenayah dahulu sehingga dipenjarakan beberapa tahun. Dengan itu para penyokong Anwar yang taksub telah berjuang di jalanraya dan di mana-mana sahaja demi mempertahankan Anwar yang merupakan seorang penjenayah.

Kini setelah Anwar dibebaskan dan disabitkan semula dengan jenayah baru iaitu liwat tiada apa yang berubah. Tujuan parti PKR ini tetap sama iaitu demi kepentingan peribadi Anwar Ibrahim. Segala laungan demi rakyat untuk rakyat hanya sekadar ucapan palsu dibibir semata.  Sememangnya pengikut PKR telah bertambah dengan bertambahnya kekuatan pakatan pembangkang yang bergerak dengan bantuan “tangan-tangan ghaib”. Hakikatnya PKR tidak pernah berjuang untuk rakyat. Tidak ada satu pun jasa PKR terhadap rakyat Malaysia.

Menjelang pemilihan dalaman PKR, sudah tentulah ada para pemimpin atasan PKR yang menyimpan cita-cita untuk menjawat jawatan Presiden yang sebelum ini disandang oleh Wan Azizah.  Namun satu lawak jenaka telah berlaku apabila Anwar dan Azizah telah bertanding jawatan Presiden PKR seolah tidak ada seorang pun ahli PKR yang lain layak menyandangnya. Dalam erti kata lain ianya milik keluarga Anwar Ibrahim ataupun Kroni Anwar.

Walaubagaimana pun penyokong tegar PKR tetap memberi alasan kononnya munasabah sangat suami isteri itu bertanding. Mereka anggap tindakan Wan Azizah mempertahankan jawatan presiden dalam pemilihan PKR dilihat sebagai pelan sokongan sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dalam proses rayuan di Mahkamah Persekutuan berhubung kes liwatnya. Ini sebagai “back up plan” kononnya walaupun Anwar  turut mengumumkan untuk bertanding jawatan tersebut.

 

 

Kononnya ini merupakan strategi  Anwar  untuk memastikan beliau kekal dalam parti. Namun, dalam masa sama perlu ada jalan elakkan masalah jika Anwar gagal dalam proses rayuan ke atas hukumannya. Dengan erti kata lain sebenarnya Anwar tahu bahawa terdapat seseorang di dalam parti yang menunggu masa yang sesuai untuk merampas jawatan Presiden. Persoalannya siapakah “orang” itu?

 

Walaubagaimana pun, pada usia Wan Azizah yang sebenarnya lebih berminat untuk mengundurkan diri berehat dan menikmati hari-hari tua beliau sebagai seorang nenek, ibu dan isteri sahaja  beliau seolah dipaksa dalam rela untuk memuaskan nafsu ketamakkan kuasa Anwar Ibrahim. Dalam hari pencalonan pemilihan PKR kelmarin, Anwar sah bertanding merebut jawatan Presiden dan bakal berdepan Wan Azizah yang memegang jawatan itu sejak 1999.

 

Menurut Seksyen 9A(1) (b) Akta Pertubuhan 1966, seseorang tidak boleh memegang jawatan dalam sesebuah pertubuhan berdaftar jika disabitkan kesalahan dan didenda tidak kurang RM2,000 atau dihukum penjara tidak kurang satu tahun. Tambahan pula terdengar desas desus yang cukup kuat mengatakan bahawa  keputusan Anwar bertanding jawatan presiden sebenarnya bagi mengelakkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menentang Wan Azizah. Ini memandangkan Wan Azizah berada dalam kem Khalid Ibrahim. Sengketa antara Azmin Ali dan Khalid Ibrahim bukan lagi rahsia.

 

Walau apa pun alasan yang mereka cuba berikan namun rakyat tetap melihat PKR sebagai hanya sebuah parti “kartun” hak milik cipta keluarga Anwar. Walau selama mana pun ianya ditubuhkan namun hakikat ini tetap tidak akan dapat disangkal. Anwar akan pastikan hanya ahli keluarga dan kroni nya sahaja yang menerajui PKR sama seperti DAP yang merupakan parti anak beranak.

MYKMU.NET: DEMI SEBUAH PERJUANGAN
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Kos haji kekal RM9,980

Kos menunaikan ibadat haji tahun ini kekal sebanyak RM9,980 walaupun kos sebenar mengalami kenaikan daripada RM15,575 tahun lalu kepada RM16,115 tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kos tersebut dikekalkan sebagai tanda keprihatinan kerajaan kepada jemaah haji negara ini.

:SembangHaji.Com:
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

APA – Mar 2014

Aku Peduli Apa @ APA
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Khutbah Jumaat diterjemah ke bahasa Melayu

Jemaah solat Jumaat di Masjidilharam di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah, hari ini berpeluang mendengar khutbah yang diterjemahkan dalam bahasa Melayu, Urdu dan Perancis.

Imam Besar bagi kedua-dua masjid suci itu, Sheikh Abdul Rahman al-Sudais berkata, beberapa minggu lalu, pihaknya telah memulakan usaha menterjemah khutbah Jumaat di kedua-dua masjid itu ke dalam bahasa Melayu, Urdu dan Inggeris.

Jelas beliau, di Masjidilharam, khidmat penterjemahan itu disediakan berhampiran pintu Raja Fahd, yang ditetapkan untuk jemaah bukan Arab.

Untuk mendengar khutbah dalam bahasa pilihan mereka, jemaah hanya perlu memakai fon kepala dan peranti audio yang disediakan, lapor Arab News.

Peranti tersebut disambung kepada frekuensi FM yang menyiarkan terjemahan khutbah Jumaat yang disampaikan dalam bahasa Arab oleh imam bertugas.

Bahasa Melayu digunakan oleh penduduk Indonesia, Malaysia, Singapura dan Brunei, manakala bahasa Perancis digunakan meluas di benua Afrika.

:SembangHaji.Com:
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Pegawai Tourism Malaysia Dipenjara 10 Bulan, Isteri 14 Bulan

KUALA LUMPUR, 28 Mac – Mahkamah Daerah Solna di Stockholm menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan ke atas Pegawai Tourism Malaysia di Sweden Azizul Raheem dan 14 bulan terhadap isterinya, Shalwati Norshal kerana mendera anak-anak mereka pada Disember tahun lepas.

Pengerusi Sukarelawan Peguam Untuk Semua (Sukaguam) Datuk Khairul Anwar Rahmat, ketika dihubungi hari ini, mengesahkan perkara itu.

Katanya, beliau dimaklumkan perkara itu oleh wakil Sukaguam yang hadir di mahkamah ketika prosiding jatuh hukum terhadap pasangan berkenaan pada kira-kira 6 petang (waktu di Stockholm 11 pagi).

Khairul berkata pasangan itu berdepan hukuman penjara minimum enam bulan dan maksimum enam tahun dan berdasarkan perkembangan terkini, mereka dijangka bebas hujung tahun ini.

Kedua-duanya ditahan reman sejak 18 Dis lepas.

Beliau berkata Sukaguam akan menasihati anggota keluarga serta kerajaan Malaysia untuk mengemukakan rayuan.

Khairul berkata di bawah undang-undang Sweden, Azizul dan Shalwati mempunyai tempoh tiga minggu untuk memfailkan rayuan.

Shalwati dan Azizul didakwa mengasari dan mencabuli integriti anak-anak mereka dengan memukul serta mendera kanak-kanak terbabit di kediaman pasangan itu di Spånga antara 15 Sept 2010 dan 17 Dis 2013.

Shalwati, seorang guru yang sedang bercuti tanpa gaji, dan suaminya ditahan reman selepas memukul tangan seorang anak mereka kerana tidak bersolat.

Keempat-empat anak pasangan itu, Aishah, 14, Ammar, 12, Adam, 11 dan Arif, 7, yang sebelum ini ditempatkan di bawah jagaan keluarga angkat bukan beragama Islam di Sweden kerana kes itu, telah diserahkan kepada Kedutaan Malaysia di Stockholm pada 30 Jan lepas.

Kesemua anak pasangan itu pulang ke Malaysia pada 31 Jan lepas dan kini dijaga oleh bapa dan emak saudara mereka di Kelantan.

Laman Rasmi Pemuda UMNO Malaysia
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Abang Long Ingat Nak Tembak PM @najibrazak @pdrm #mh370

image

Abang long haprak pakatan ugut nak tembak Najib..

Mungkin mamat ni memiliki senjata merbahaya. Senapang atau pistol semua orang tahu menghasilkan tembakan.

Pisau percaya ugutan sebegini pasti amat serius sebab abang long ni dakwa takkan goyang atau takut dengan mana mana pihak..

Kepada pihak polis harap berhati hati dengan haprak pencacai sekor ni..dikhuatiri menganas dan mengancam nyawa pihak berkuasa jika mereka mahu ambil tindakan..

Pisau kata “oooo…. takut nyerrrr”

Tags:  

Del.icio.us


Facebook
TweetThis
Digg
StumbleUpon


Copyright © .::Pisau.Net::. [Abang Long Ingat Nak Tembak PM @najibrazak @pdrm #mh370], All Right Reserved. 2014.
.::Pisau.Net::.
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Tragedi MH370 Tidak Jejas Nama Baik Malaysia Pada Penganjuran Sukan F1 – Khairy

KUALA TERENGGANU, 27 Mac – Penganjuran sukan permotoran Formula Satu (F1) yang akan berlangsung mulai esok di Sepang tidak akan menjejaskan nama baik Malaysia walaupun ia dijangka berlangsung dalam keadaan suram berikutan tragedi kehilangan Malaysia Airlines MH370.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata masyarakat dunia telah sedia maklum yang Malaysia masih lagi berkabung memperingati tragedy menyayat hati itu.

“Walaupun tanpa penganjuran konsert dan acara sampingan lain, kita yakin perlumbaan yang akan bermula Jumaat ini tetap menjadi perhatian peminat sukan permotoran itu,” katanya pada majlis santai minum petang bersama Pergerakan Pemuda UMNO Kuala Nerus di sini hari ini.

Khairy sebelum ini meminta semua penganjur acara sukan menghormati tragedy kehilangan MH370 dengan mengadakan majlis secara sederhana.

Katanya acara sukan utama yang dirancang sebelum ini seperti kejohanan golf Piala EurAsia yang berlangsung selama tiga hari di Glenmarie Golf and Country Club serta Anugerah Dunia Sukan Laureus berjalan seperti biasa.

Laman Rasmi Pemuda UMNO Malaysia
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Bina rumah secara pukal

Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) akan mempertimbangkan cadangan untuk membina rumah secara pukal sebagai sebahagian daripada pendekatan baharu dalam menghasilkan rumah yang lebih berkualiti dan tersusun.

Pengerusinya, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, pendekatan itu sama sekali berbeza berbanding sebelum ini di mana pihaknya membina rumah di atas tanah milik individu yang ada ketikanya menimbulkan masalah ekoran perbalahan keluarga.

“Oleh itu, saya cadangkan tadi mungkin lebih elok jika kita buat seperti kampung tersusun atau taman perumahan di mana rumah dibina secara pukal di tapak luas.

“Apabila rumah dibina secara pukal, kita yakin akan berlaku penjimatan sekali gus membolehkan KEDA membina rumah yang lebih berkualiti untuk didiami oleh masyarakat berpendapatan rendah,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah KEDA di Bangunan Tunku di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ibrahim Muhamad; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Puat Mohd. Ali dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Azmi Che Hussain.

Menurut Mukhriz, sebelum ini pembinaan rumah secara pukal seperti dicadangkan itu pernah dilaksanakan di Kupang, Baling.

“Tindakan itu tampak memberi lebih manfaat di mana lebih banyak rumah dapat dibina secara serentak demi memenuhi permintaan tinggi daripada rakyat negeri ini,” ujarnya.

Sementara itu, Mukhriz dalam ucapannya berkata, setakat ini KEDA mempunyai rekod cemerlang dengan telah membangunkan 58 buah kampung yang dilengkapi dengan kemudahan asas.

“Daripada jumlah itu, hampir 15,000 buah rumah telah dibina untuk golongan yang memerlukan. Jumlah itu belum mengambil kira pembinaan rumah-rumah untuk keluarga termiskin di bawah Program Bantuan Rumah (PBR).

“Selain itu, peranan KEDA juga amat menyerlah dalam menyediakan kemudahan infrastruktur di kawasan-kawasan pedalaman,” katanya.


Mukhriz Mahathir
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

BESAR KEMUNGKINAN BOEING DAN MAS BERDEPAN TINDAKAN MAHKAMAH

RABU, 26 MARCH 2014


TRAJEDI KEHILANGAN MH370


BERKEMUNGKINAN Syarikat Boeing dan Malaysia Airlines berdepan tuntutan Mahkamah yang difailkan oleh ahli keluarga Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang dipercayai terhempas di Lautan Hindi. Difahamkan, dokumen Mahkamah telah difailkan di Mahkamah di Chicago. Wakil-wakil dari Syarikat yang berpangkalan di Chicago, Ribbeck Law Chartered telah berada di sini beberapa hari lalu dan telah bertemu ahli keluarga untuk membincangkan butir-butiran tuntutan Mahkamah.

Ribbeck adalah salah sebuah firma undang-undang penerbangan yang terkemuka di dunia. Sumber berkata, tidak semua ahli keluarga 239 mangsa terlibat dalam proses litigasi. Boeing, pengeluar pesawat 777-200, telah berdepan tindakan undang-undang pada masa lalu. Tuntutan terbaharu telah difailkan di Mahkamah Illinois pada Januari tahun ini oleh sekumpulan penumpang penerbangan Asiana Airlines yang mendarat cemas di San Francisco pada 6 Julai tahun lepas. Tiga orang terbunuh dan lebih 180 yang lain cedera. Malang sungguhlah nasib MAS kerana telah mencuba membuat yang terbaik, kini, Mahkamah pula yang menunggu.

Tuntutan insurance sudah pasti akan diberi kepada semua pewaris-pewaris mangsa nahas MH370. Kemuskilannya di sini, apakah bentuk tuntutan Mahkamah yang difailkan oleh keluarga mangsa? Sukar untuk dijawab. Apapun kita tunggu perkembangan selanjutnya. Wasallam ~ IBM

 ”TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA”

Aku Sayang UMNO dulu, kini dan selamanya (Perjuangan yang belum selesai )
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Peratusan Mengundi Merosot Bukti Rakyat Tidak Suka Demokrasi Dipermainkan

KUALA LUMPUR, 25 Mac – Peratusan mengundi yang merosot dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang bukti pengundi di kawasan itu tidak suka demokrasi dipermainkan oleh sesetengah pihak.

Bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, perkara itu terbukti apabila jumlah yang mengundi merupakan terendah dalam sejarah PRK di semenanjung.

“Baru Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pilih wakil rakyat, sekarang ni hendak keluar lagi mengundi kerana wakil rakyat yang mereka undi meletak jawatan  sewenang-wenangnya, tanpa berunding dengan pengundi mereka.

“Paling serius saya merasa terbukti di PRK Kajang ini adalah rakyat menjadi jemu,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri program Ruang Bicara di Bernama TV, Isnin malam.

Sejumlah 28,314 pengundi atau 72 peratus daripada keseluruhan 39,278 pengundi berdaftar, mengundi pada Ahad.

Jumlah itu menurun sebanyak 16 peratus berbanding 88.4 peratus pada PRU13, Mei tahun lepas.

Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang meraih 16,741 undi berbanding 11,362 undi calon Barisan Nasional Datin Paduka Chew Mei Fun, dengan majoriti 5,379 undi.

Sementara itu, Datuk Wan Ahmad menyokong cadangan sesetengah pihak supaya mana-mana wakil rakyat yang melepaskan jawatan tanpa alasan yang kukuh dikenakan tindakan.

“Wajarlah perundangan dikaji semula supaya tidak membazir wang rakyat, membazir masa, tenaga dan tidak memperlekehkan pilihan rakyat.

“Kalau tidak berwaspada, cara peletakan jawatan seperti di Kajang ini akan terjadi lagi,” katanya.

Beliau mencadangkan jika benar seseorang wakil rakyat ingin melepaskan jawatan tanpa sebab yang kukuh, mereka hanya boleh berbuat demikian selepas tiga tahun berkhidmat.

“Selepas tiga tahun, tidak perlu lagi diadakan PRK. Kawasan itu akan ‘ditanggung’ oleh parti berkenaan. Maka tidak perlu mengeluarkan belanja sejuta ke dua juta untuk membuat PRK,” katanya.

PRK Kajang diadakan selepas penyandangnya Lee Chin Cheh meletakkan jawatan secara mengejut pada 27 Jan lepas.

Laman Rasmi Pemuda UMNO Malaysia
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Terdapat 5 agen Amerika dan Israel yang matikan transponder?? #MH370

Tuan-tuan boleh baca,nak percaya timbang2 sendiri.Kenapa MH370 membawa diri jauh ke lautan yang sangat dalam dan sunyi.

Adakah anda pernah mendengar teori konspirasi mengenai kehilangan MH 370? Perkara ini berlaku seperti ini: Amerika telah keluar daripada Afghanistan, salah satu sistem kawal dan perintah (command and control system – CNC) mereka (yang digunakan untuk mengawal Drone tanpa pemandu) telah dirampas oleh Taliban ketika konvoi pengangkutan Amerika sedang bergerak ke bawah dari salah satu pangkalan di atas bukit.

 Taliban menyerang hendap konvoi tersebut dan membunuh 2 kakitangan Navy Seal Amerika, merampas peralatan/senjata, termasuk CNC yang beratnya 20 tan dan dimasukkan ke dalam enam peti. Peristiwa ini berlaku lebih kurang sebulan yang lalu pada Februari 2014. Tiada liputan dalam peristiwa ini. http://america.aljazeera.com/articles/2014/2/23/taliban-ambush-killsscoresofafghantroops.html

Apa yang Taliban mahu ialah wang. Mereka mahu menjual sistem CNC tersebut kepada Rusia atau China. Rusia terlalu sibuk dengan urusan di Ukraine. China pula amat dahagakan teknologi sistem ini. Bayangkan jika China dapat menguasai teknologi di belakang sistem CNC ini, semua Drone Amerika akan tidak berguna lagi.

Oleh itu China telah menghantar lapan saintis pakar pertahanan mereka untuk memeriksa sistem yang dirampas tersebut dan bersetuju untuk membayar jutaan dollar untuk itu.

Sekitar awal Mac 2014, lapan saintis China tersebut bersama 6 peti melakukan perjalanan mereka ke Malaysia, dengan berpendapat laluan ini adalah yang terbaik untuk mengelakkan dari dikesan. Kargo ini kemudian disimpan dalam Kedutaan China di bawah perlindungan diplomatik.

Sementara itu, Amerika dengan bantuan perisikan Israel, bersama-sama merangka pelan untuk memintas dan menawan semula kargo tersebut. China berfikiran adalah lebih selamat untuk mengangkut kargo tersebut menggunakan pesawat awam untuk mengelakkan syak wasangka. Lagipun penerbangan terus dari KL ke Beijing mengambil masa hanya 4 jam setengah, dan Amerika dipercayai tidak akan merampas atau memudaratkan pesawat awam itu.

 Jadi MH370 adalah pilihan yang terbaik. Terdapat 5 agen Amerika dan Israel, yang sudah biasa dengan operasi Boeing 777 di dalam pesawat ini. 2 warga “Iran” dengan pasport curi kemungkinan diantaranya.

Sebaik sahaja MH370 meninggalkan ruang udara Malaysia dan melapor diri kepada kawalan udara Vietnam, satu pesawat AWACS Amerika telah menyekat isyarat komunikasi mereka (jammed the signal), mematikan sistem kawalan juruterbang dan menukar kawalan kepada mod kawalan jauh (remote control).

Pada ketika itu pesawat hilang ketinggian secara tiba-tiba untuk seketika. Bagaimana AWACS boleh melakukannya? Ingat peristiwa 911? Selepas peristiwa itu, semua pesawat Boeing (Airbus dan mungkin semua) dipasang dengan sistem kawalan jauh untuk menentang rampasan pesawat oleh pengganas.

 Sejak itu semua Boeing boleh terbang dengan kawalan jauh oleh menara kawalan di daratan. Sistem kawalan jauh yang sama digunakan untuk mengawal pesawat pengintip tanpa pemandu dan Drone. Seterusnya, 5 agen Amerika dan Israel mengambil alih kawalan pesawat, mematikan transponder dan sistem komunikasi yang lain, mengubah laluan dan terbang ke arah barat.

Mereka tidak terbang timur, ke Filipina atau Guam kerana Laut China Selatan dan keseluruhan ruang udaranya diawasi sepenuhnya oleh radar dan satelit pengawasan China. Radar tentera Malaysia, Thailand dan India sebenarnya telah mengesan pesawat yang tidak dikenali itu tetapi seperti dijangka mereka bertindak balas secara tidak profesional.

 Pesawat itu kemudian terbang ke atas Sumatra Utara, Anambas, India Selatan dan kemudian mendarat di Maldives (beberapa penduduk kampung menyaksikan pendaratan pesawat), mengisi minyak dan meneruskan penerbangannya ke Deigo Garcia, Pangkalan Udara Amerika di tengah-tengah Lautan Hindi.

 Sebaik mendarat, kargo dikeluarkan dan kotak hitam ditanggalkan. Penumpang disenyapkan (dibunuh) melalui kaedah secara semula jadi, iaitu kekurangan oksigen. Mereka percaya hanya orang mati sahaja yang tidak akan membocorkan rahsia.

Pesawat MH370 dengan penumpang yang sudah mati sekali lagi berlepas dan diterbangkan dengan kawalan jauh menuju selatan Lautan Hindi, untuk menjadikan orang percaya bahawa pesawat kehabisan minyak dan akhirnya terhempas ke lautan, dengan menyalahkan kapten dan pembantu juruterbang yang degil.

Amerika telah melakukan persembahan yang baik. Pertama, mereka mengalihkan semua perhatian dan usaha carian di Laut China Selatan padahal MH370 terbang ke arah barat ke Lautan Hindi. Kemudian mereka dengan bantuan media-media mereka telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bercanggah dan bukti-bukti untuk mengelirukan dunia.

 Australia memainkan peranan sebagai pembantu pelakon. Jika dilihat usaha yang dibuat oleh China, dari segi bilangan pesawat carian, kapal dan satelit, mula-mula mencari di Laut China Selatan, kemudian di Selat Melaka dan Lautan Hindi, ini agak luar biasa. Ini menunjukkan bahawa China amat prihatin, bukan kerana ramainya penumpang awam China, tetapi lebih kepada nilai tinggi kandungan pesawat dan nyawa lapan ahli-ahli sains pertahanannya.

 Jangan percaya cerita? Saya tidak mengharapkan anda untuk mempercayai tetapi mari kita tunggu dan lihat bagaimana episod ini mendedahkan diri akhirnya nanti. Atau mungkin ia tidak akan berlaku sehingga kemunculan Snowden (Edward Snowden – pakar komputer US, bekas kakitangan CIA yang berpaling tadah dan mendedahkan pelbagai program dan dokumen rahsia US).SUMBER

WALLAHUALAM….
Anak Seberang
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

@ustazfathulbari – Menjual Agama





Komen Abu Aqif: Semoga bermanfaat





Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari blog Abu Aqif Studio ke wall masing², boleh klik di sini:

- Klik “Syndication” di sebelah kiri
- Klik “Grant Permissions
- Klik “Add Facebook Target” dan klik “Add

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah.

Anda bebas untuk share dan download. Tidak perlu keizinan untuk mengambil video dari Channel Abu Aqif Studio. Namun video yang diambil dari Abu Aqif Studio mohon diberi sedikit kredit dengan link-kan semula kepada video yang asal. Jazakallahukhair.. Semoga bermanfaat..
Abu Aqif Studio
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

BN lawan PKR di DUN Balingian

adenan-satim-yossibnosh-balo-muhyiddin-balingian-sarawak-calon-bn

MUKAH: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian, 29 Mac ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Yussibnosh Balo, 47, dan calon PKR, Abdul Jalil Bujang, 55.

Perkara ini diumumkan Pegawai Pengurus Pilihanraya DUN Balingian, Shafri Saili, sebentar tadi.

DUN Balingian mempunyai 13,366 pengundi berdaftar, dengan Melanau/Melayu kumpulan majoriti iaitu sebanyak 7,705 orang atau 57.65 peratus, Iban 3,875 (28.99 peratus), Cina 1,683 (12.59 peratus), Orang Ulu 29 (0.22 peratus) Bidayuh 19 (0.14 peratus) dan kaum lain 55 (0.41 peratus).

Sementara itu, proses penamaan calon pagi ini berlangsung tenang tanpa sebarang insiden tidak diingini, sekali gus memperlihatkan kematangan berpolitik di Sarawak.

 

Sumber – Berita Harian

Laman Rasmi Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Mereka Berkumpul 16 Km Dari Stadium Kajang Tidak Mahu Dengar Ceramah Anwar

Ketika Anwar Ibrahim dan isterinya mengumpulkan penyokong-penyokongnya yang dikerah dari seluruh negara demi meraih simpati atas masalah peribadi mereka di Stadium Kajang sekarang ini, puluhan ribuan muslimin dan muslimah pula sedang berkumpul 16km dari lokasi berkenaan.

Muslimin dan muslimah ini berhimpun di Dataran Masjid Putra, Presint 1, Putra Jaya untuk menyertai Selawat Perdana demi kesatuan, perpaduan dan persaudaraan.

Mereka enggan mendengar cerita-cerita rekaan Anwar yang telah pun didapati bersalah oleh mahkamah.

Kelibat ahli PAS Hulu Langat juga turut kelihatan.
AKAR UMBI
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

#MH370 TERKINI: BUKTI BLOGGER PRO-PAS KEDAH FITNAH PUTRAJAYA..!!!

Apa beza antara “tahu” dan “mungkin tahu”?
Kat atas ni ialah salah satu contoh penyebaran spekulasi yang tidak bertanggungjawab. Saya print screen gambar kat atas tu dari blog pro-PAS yang disifatkan sebagai salah satu blog “tukang fitnah” paling laris di Kedah…
Berita tu diproses pengendali blog tu. Faktanya hanyalah “Putrajaya MUNGKIN tahu”, tapi tajuk yang blog pro-PAS tu berikan ialah “PUTRAJAYA TAHU”. Perkataan “MUNGKIN” tu dibuang blog pro-PAS tu…
Pada saya, itu adalah satu contoh bentuk penyebaran cerita tak betul dan berunsur fitnah. Kalau dilihat dari sudut moral, memang jelas la salah, kan? 

Besar bezanya antara “tahu” dan “mungkin tahu”. “Tahu” bermaksud pasti, tapi “mungkin tahu” pulak ialah statement yang masih sangsi, kabur dan persepsi. 
Dalam kes di atas ni, cerita pakar US tu berbentuk pandangan dan persepsi dari seorang pakar. Itu tidak jadi masalah dari sudut penyiaran. Pakar tu cerita dari sudut kepakaran dan pengalamannya….
Berbanding dengan blogger pro-PAS yang memanipulasi tajuk laporan asal, blog pro-PAS Kedah tu telah menukar keseluruhan angle laporan pandangan pakar tu… maksudnya, blogger tu memalsukan story asal…
Kedua, tajuk yang dimanipulasi blogger pro-PAS tu mampu mengelirukan rakyat dan pembaca. Patut pun Mahfuz komplen dia keliru dengan info insiden MH370. Dia dapat info dari blogger PAS la mungkin, kan?
Ketiga, dengan mendakwa “Putrajaya tahu tapi taknak beritahu”, maka secara jelas blogger PAS ni buat fitnah. Bila dah buat fitnah ni, maka para pembaca faham-faham sendiri la kreadibiliti tukang fitnah ni… 
Tengok pula dari sudut hukum Islam dan undang-undang, semua orang tahu blogger pro-PAS Kedah tu macamana, kan? heh!

THE DUKE’S BLOG
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

#MH370: Malaysiakini Cuba Sabotaj MAS

Portal pro Pakatan, Malaysiakini.com hari ini cuba menyalahkan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) atas kehilangan pesawat MH370 kerana membenarkan pesawat tersebut membawa bateri Lithium-ion yang mudah terbakar.

Portal itu melaporkan MAS hari ini mengesahkan bahan kargo yang dibawa oleh pesawat MH370 termasuk bateri lithium-ion. Pengesahan ini dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya itu dibuat hari ini.

“Kami bawa beberapa bateri kecil lithium-ion, ia bukan bateri yang besar dan ia pada dasarnya diluluskan di bawah ICAO (Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa) di bawah barangan berbahaya,” katanya.

Menurutnya, bateri lithium-ion pada asasnya bukan barangan berbahaya tetapi dari segi ianya diisytiharkan sebagai bahan berbahaya di bawah ICAO.

Jauhari berkata demikian dalam taklimat harian di Hotel Sama-Sama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).Jauhari bertegas kargo bateri lithium-ion itu telah diperiksa “beberapa kali” bagi memastikan ia dibungkus mengikut garis panduan ICAO.

Syarikat penerbangan, katanya melakukannya sepanjang masa, dan bukan Malaysia Airlines sahaja. Barangan ini diterbangkan oleh banyak syarikat penerbangan kargo, yang berdasarkan kepada peraturan ICAO,” katanya.

Bagaimanapun Malaysiakini yang terkenal dengan sikap anti kerajaan Barisan Nasional menyambung laporan dengan memetik beberapa kes kemalangan membabitkan bateri lithium ini.

Menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) yang berpangkalan di AS, sejumlah 141 insiden udara melibatkan bateri yang dibawa sebagai kargo atau bagasi dicatatkan antara 20 Mac 1991 hingga 17 Feb tahun ini.

Dalam kes-kes yang jarang berlaku, seluruh pesawat telah musnah akibat kebakaran yang bermula dari bateri lithium-ion dengan kes yang terbaru ialah Asiana Airlines Penerbangan 991 dan UPS Airlines Penerbangan 6, walaupun kedua-dua insiden itu membabit pesawat kargo.

Dalam kes UPS Airlines Penerbangan 6 yang berlepas dari Dubai ke Cologne, Jerman, ia terhempas selepas cuba melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai pada 3 September 2010, yang mengorbankan anak kapalnya.

Lembaga Penerbangan Awam Emiriah Arab Bersatu, dalam laporannya setebal 322 halaman mengenai insiden itu yang diterbitkan pada tahun 2013, membuat kesimpulan bahawa kemalangan itu dikaitkan dengan kebakaran yang dicetuskan oleh bateri lithium-ion, atas sebab-sebab yang tidak ketahui dan merebak ke barangan mudah terbakar di dalam kargo.

Laporan itu menyebut, juruterbang terpaksa meninggalkan tempat duduknya untuk mencari oksigen mudah alih di dek penerbangan yang dipenuhi asap dan selepas itu Boeing 747-400F itu terputus komunikasi.

Berikutan kebimbangan itu, tahun lepas, ICAO mengenakan peraturan baru yang memerlukan sebarang penghantaran yang mengandungi lebih daripada dua bateri lithium-ion perlu mematuhi syarat-syarat terperinci berkaitan barangan berbahaya.

‘Kemungkinan terlepas pandang’

Kemungkinan berlaku kebakaran akibat bateri lithium-ion yang membawa kepada kehilangan MH370, pertama kali ditimbulkan oleh CNN pada 14 Mach 14, tetapi hanya sedikit perhatian diberikan terhadapnya kerana pihak berkuasa enggan mendedahkan kandungan kargo pesawat tersebut.

Laporan Malaysiakini ini jelas sekali berniat jahat kerana sehingga kini tidak ada sebarang bukti MH370 meletup di udara dalam laluannya ke Beijing. Jika bateri Lithium yang cuba disensasikan oleh Malaysiakini sebagai oenyebab kehilangan MH370 sudah tentu kapal tersebut terbakar dan meletup dalam perjalanan ke Beijing pada 8 Mac lalu.

Sebaliknya, semua data yang ada menununjukkan Penerbangan MH370 bagi laluan KL- Beijing telah dengan sengaja menutup segala komunikasi pesawat terbabit dan keluar dari laluan asal. MH 370 juga dikesan terbang beberapa jam selepas ia berpatah balik.

Justeru teori ia meletup akibat bateri Lithium langsung tidak masuk akal buat masa ini kecuali Malaysiakini mempunyai bukti yang sebaliknya berbanding fakta-fakta dari satelit dan radar yang sedia ada.

Justeru apakah matlamat portal ini apabila melaporkan secara mengelirukan kemungkinan pesawat tersebut terbakar dan meletup akibat bateri Lithium sedangkan selepas 14 hari semua bukti menunjukkan pesawat tersebut dengan sengaja dilencongkan dari laluan asal berjam-jam sebelum hilang.

Fakta-fakta ini mengeesahkan ia bukan terbakar secara tiba-tiba dan meletupkan pesawat tersebut di udara.

Mengapakah sebuah portal berita yang menjalankan perniagaan di negara ini, ditulis oleh warga negara ini sanggup mencari jalan untuk mensabotaj syarikat penerbangan Malaysia milik rakyat negara ini sangat mengelirukan. Apakah mereka ini sanggup berbuat apa sahaja untuk melingkupkan kepentingan-kepentingan negara ini demi agenda tuan-tuan terselindung mereka?

MYKMU.NET: DEMI SEBUAH PERJUANGAN
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Copyright © 2013. All Rights Reserved.