Umno Blogger Directory

Daily Archives: March 29, 2014

Khutbah Jumaat diterjemah ke bahasa Melayu

Jemaah solat Jumaat di Masjidilharam di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah, hari ini berpeluang mendengar khutbah yang diterjemahkan dalam bahasa Melayu, Urdu dan Perancis.

Imam Besar bagi kedua-dua masjid suci itu, Sheikh Abdul Rahman al-Sudais berkata, beberapa minggu lalu, pihaknya telah memulakan usaha menterjemah khutbah Jumaat di kedua-dua masjid itu ke dalam bahasa Melayu, Urdu dan Inggeris.

Jelas beliau, di Masjidilharam, khidmat penterjemahan itu disediakan berhampiran pintu Raja Fahd, yang ditetapkan untuk jemaah bukan Arab.

Untuk mendengar khutbah dalam bahasa pilihan mereka, jemaah hanya perlu memakai fon kepala dan peranti audio yang disediakan, lapor Arab News.

Peranti tersebut disambung kepada frekuensi FM yang menyiarkan terjemahan khutbah Jumaat yang disampaikan dalam bahasa Arab oleh imam bertugas.

Bahasa Melayu digunakan oleh penduduk Indonesia, Malaysia, Singapura dan Brunei, manakala bahasa Perancis digunakan meluas di benua Afrika.

:SembangHaji.Com:
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Pegawai Tourism Malaysia Dipenjara 10 Bulan, Isteri 14 Bulan

KUALA LUMPUR, 28 Mac – Mahkamah Daerah Solna di Stockholm menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan ke atas Pegawai Tourism Malaysia di Sweden Azizul Raheem dan 14 bulan terhadap isterinya, Shalwati Norshal kerana mendera anak-anak mereka pada Disember tahun lepas.

Pengerusi Sukarelawan Peguam Untuk Semua (Sukaguam) Datuk Khairul Anwar Rahmat, ketika dihubungi hari ini, mengesahkan perkara itu.

Katanya, beliau dimaklumkan perkara itu oleh wakil Sukaguam yang hadir di mahkamah ketika prosiding jatuh hukum terhadap pasangan berkenaan pada kira-kira 6 petang (waktu di Stockholm 11 pagi).

Khairul berkata pasangan itu berdepan hukuman penjara minimum enam bulan dan maksimum enam tahun dan berdasarkan perkembangan terkini, mereka dijangka bebas hujung tahun ini.

Kedua-duanya ditahan reman sejak 18 Dis lepas.

Beliau berkata Sukaguam akan menasihati anggota keluarga serta kerajaan Malaysia untuk mengemukakan rayuan.

Khairul berkata di bawah undang-undang Sweden, Azizul dan Shalwati mempunyai tempoh tiga minggu untuk memfailkan rayuan.

Shalwati dan Azizul didakwa mengasari dan mencabuli integriti anak-anak mereka dengan memukul serta mendera kanak-kanak terbabit di kediaman pasangan itu di Spånga antara 15 Sept 2010 dan 17 Dis 2013.

Shalwati, seorang guru yang sedang bercuti tanpa gaji, dan suaminya ditahan reman selepas memukul tangan seorang anak mereka kerana tidak bersolat.

Keempat-empat anak pasangan itu, Aishah, 14, Ammar, 12, Adam, 11 dan Arif, 7, yang sebelum ini ditempatkan di bawah jagaan keluarga angkat bukan beragama Islam di Sweden kerana kes itu, telah diserahkan kepada Kedutaan Malaysia di Stockholm pada 30 Jan lepas.

Kesemua anak pasangan itu pulang ke Malaysia pada 31 Jan lepas dan kini dijaga oleh bapa dan emak saudara mereka di Kelantan.

Laman Rasmi Pemuda UMNO Malaysia
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Copyright © 2013. All Rights Reserved.