Umno Blogger Directory

Hati

Anwar Tidak Puas Hati MOU Air, Khalid Belot?

Oleh Zul Rawi

Tindakan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim yang secara tiba-tiba bersetuju untuk menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Menteri Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili telah mengejutkan ramai pihak.

Menurut sumber, ekoran tindakan itu ada di kalangan pimpinan PKR yang mengecam Khalid disifatkan cuba bermain ‘tarik-tali’ dengan mengambil langkah populis tersebut. Paling menarik apabila ketika program sesi minum petang anjuran PKR di Kajang petang semalam, Ketua Umum parti itu, Anwar Ibrahim dilihat agak keberatan untuk mengulas tindakan tersebut.

Namun apabila diasak berulang kali, Anwar akhirnya terpaksa menjelaskan, dia dan parti langsung tidak dimaklumkan mengenainya. Malah menurut penasihat ekonomi Selangor itu lagi, dia masih mengkaji tindakan tersebut dan tidak dapat memberikan sebarang komen buat masa ini.

Terdahulu media melaporkan Khalid hadir dalam satu program menandatangani MoU dengan kerajaan Barisan Nasional yang turut disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

MoU tersebut bagi membolehkan kerajaan negeri mengambil alih empat syarikat konsesi air di negeri berkenaan dengan suntikan dana berjumlah RM2 bilion oleh kerajaan pusat bagi pengambil alihan saham-saham syarikat konsesi.

Antara isi kandungan perjanjian tersebut termasuklah kerajaan negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat (PR) akan membenarkan Putrajaya meneruskan Loji Rawatan Air Langat 2. Selain itu, kerajaan negeri juga akan memberikan pampasan bernilai RM9.65 bilion kepada empat syarikat konsesi air di Selangor.

Ekoran pengambilalihan tersebut, satu konsortium air untuk menguruskan industri air di Selangor akan dibentuk di bawah seliaan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).
Kerajaan negeri Selangor menjangkakan pengambil alihan syarikat konsesi tersebut akan selesai dalam tempoh tiga bulan.

Sumber turut mendedahkan, tindakan Khalid yang membelakangkan Anwar dan parti itu sebagai satu usaha untuk mengambil hati rakyat Selangor sekali gus menggagalkan sebarang percubaan untuk menggulingkannya sebagai Menteri Besar.

Malah permintaan Khalid sendiri yang menawarkan diri untuk menjadi pengarah PRK Kajang dan beberapa langkah yang dilakukan sebelum ini terutamanya dalam isu air adalah bertujuan untuk membina imejnya sebagai seorang pemimpin hebat.

“Perlu di ingat, ahli PKR paling ramai adalah di Selangor… jika Khalid berjaya dalam pilihan raya kecil kali ini, ia pasti membina momentum untuk pemilihan parti nanti,” kata sumber yang mengatakan di Selangor sahaja ahli PKR adalah sebanyak 130,000 orang,” menurut sumber tersebut.

Polemik isu ini di Selangor semakin meruncing apabila kerajaan negeri memutuskan untuk mencatu air ekoran paras tadahan di beberapa empangan menunjukkan tahap yang membimbangkan sehingga menimbulkan kemarahan masyarakat. Bagi mengelakkan terus menjadi mangsa cemuhan masyarakat, Khalid sebelum ini cuba menyalahkan faktor cuaca dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas).

Namun di dalam kenyataan balas terhadap tuduhan Khalid itu, Syabas menjelaskan pihaknya telah memaklumkan kepada kerajaan negeri berhubung kemungkinan berlaku kekurangan bekalan air sejak tahun 2008 lagi.

Kesimpulannya Khalid sedar, tindakan Anwar yang ingin bertanding di Kajang adalah untuk memaksanya meletakkan jawatan sebagai menteri besar. Namun sebagai ahli politik yang sering tertidur, ternyata Khalid bukanlah sebodoh yang disangka.

Walaupun Anwar sebelum ini berulang kali membayangkan hasratnya yang ingin menjadi menteri besar, namun tindakan terbaru Khalid ini boleh menyebabkan Anwar berputih mata.

MYKMU.NET: DEMI SEBUAH PERJUANGAN
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Sayu hati melihat adik kecil ini. (Seberang Jaya)

Siapa yang sudah bergelar ibu dan ayah pasti akan sedih selepas lihat gambar ni.. Kalau Kita Rasa Kita Susah, Sebenarnya Ada Lagi Yang Lebih Susah Daripada Kita, Gambar Ini Saya Ambil semalam DiHadapan CIMB BANK BANDAR SUNWAY SEBERANG JAYA PULAU PINANG.

Sedih Saya Tengok Budak Ini, Saya Hampiri Ibunya Bertanya Sama Ada Telah Dibawa Ke Klinik Dan Jika Tidak Saya Nak Tolong Bawakan, Ibunya Maklumkan Bahawa Anaknya Telah Dibawa Ke Klinik, Entah Betul Atau Tidak Saya Tak Pasti. Mungkin Ibunya Segan Dengan Saya Seorang Lelaki.

Untuk Makluman Lokasi Didepan Bank Ini Memang Menjadi Tempat Permainan Budak Perempuan Ini Dan Adik-Adiknya Seharian Sambil Ibu Mereka Menjual Kerepek Dihadapan Pintu Masuk Bank.

 Jadi Bagi Sesiapa Yang Rasa Ingin Membantu Sama Ada Dengan Cara Bersedekah Atau Membeli Kerepek Anda Singgah Di Hadapan CIMB BANK BANDAR SUNWAY SEBERANG JAYA, InShaAllah Anda Boleh Menemui Mereka …

p/s : Ibu mana yang tidak mahu keselesaan anak mereka, tapi mungkin dirumah tiada siapa yang boleh menjaga jadi anak yang demam terpaksa di bawa bersama..yg mne berdekatan tolonglah selagi mampu,semoga Allah memberi rahmat kpd anda.
Anak Seberang
Source Blog

Luahan dari hati Ustaz Kazim yang perlu kalian tahu..

Meskipun sudah menyatakan pendirian menolak pelantikan sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Mohammad Kazim Elias atau dikenali Ustaz Kazim, keputusan itu terus mencetuskan pelbagai reaksi.

Ada yang menyatakan sokongan, namun tidak kurang daripada mereka memberi persepsi negatif hingga menimbulkan rasa kurang senang kepada pendakwah berkenaan.

Dalam satu kenyataan di akaun Facebook milik Ustaz Kazim, kelmarin beliau menyatakan luahan hati apabila masih terdapat segelintir individu mempersoalkan pelantikan dan keputusan yang dibuat.

“Apa perkataan yg (yang) paling sesuai pd (pada) puak2 (puak-puak) yg (yang) x (tak) faham2 (faham-faham), ingatkan bila tak terima jawatan MT dah selesai, rupanya tak habis lg (lagi),” katanya.

Petikan dalam akaun yang didaftar atas nama Ustaz Mohd Kazim Elias itu turut memaklumkan ada yang menyatakan beliau menerima pelantikan MT, sedangkan pengumuman penolakan itu sidah dibuat, awal Disember lalu.

“Ada yang agak bodoh dok kata sy (saya) terima MT, tak habis2 (habis-habis) fitnah umpat dan keji,” katanya.

“Tolak pun salah, terima pun salah…tak masuk politik pun salah..diam pun salah..jawab pun salah,” katanya.

Sebelum ini, Ustaz Kazim membuat keputusan untuk menolak pelantikan berkenaan dengan menggariskan tiga faktor utama, salah satunya bagi menjaga nama baik Umno dari terus difitnah.

Biarpun keputusan yang dibuat itu muktamad, beliau yang juga Pengetua Pusat Pendidikan Al-Barakah tetap terbuka untuk memberikan idea dan cadangan yang membina kepada Perdana Menteri terhadap agenda transformasi agama di dalam Umno.

Anak Seberang
Source Blog

4 gambar menyayat hati pemuda melayu bunuh diri kerna putus cinta sebentar tadi..

Dimaklumkan kejadian bunuh diri terjun bangunan ini berlaku malam tadi di BP Mall, di Batu Pahat Johor. Mangsa difahamkan seorang pemuda berbangsa melayu berumur 21 tahun bertindak nekad melakukan perbuatan terkutuk ini kerana dikatakan putus cinta.

Wallahualam.,

Moga Allah SWT mengampunkan segala dosa dosa beliau..
Janganlah kita bertindak ikut perasaan jika kecewa sekalipun..

Anak Seberang
Source Blog

Allah Gerakkan Hati Saya Untuk Terus Yakin Dan Percaya Dengan Kemampuan BN Memerintah Negara– Adam AF

YAN, 2 Okt – Artis terkenal tanahair, Adam AF atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman secara terbuka mengakui bahawa beliau sememangnya sejak dari dulu menyokong kepimpinan Barisan Nasional (BN) di mana bagi beliau, setakat ini BN telah berjaya membuktikan kemampuan untuk membawa kemajuan serta mengekalkan keharmonian dan keamanan di negara ini.

Menurut beliau ketika ditemui di program santai bersama pengundi di Sungai Dedap, Kedah, dalam memilih untuk menyertai parti politik, ia sebenarnya terpulang kepada pemikiran dan penerimaan masing-masing.

“Alhamdulillah, saya sejak dari dulu hingga sekarang sememangnya menyokong BN. Allah gerakkan hati saya untuk memilih BN sebagai pentadbir di negara ini. Tapi bagi saya tidak ada masalah, jika ada yang berlainan pendapat dengan saya.

“Apa yang membuatkan saya tetap bersama BN adalah kerana kepercayaan dan keyakinan saya terhadap kepimpinan BN dari dulu, hinggalah kini di zaman pentadbiran Datuk Seri Najib. Bagi BN berjaya membawa keharmonian dan keamanan dari pelbagai sudut khususnya dari sudut agama yang bagi saya begitu berharga dan sebagai rakyat di negara ini, saya amat beryukur di atas pemberian Allah itu,” jelasnya kepada UMNO-Online.

Beliau juga tidak bersetuju dengan sesetengah dakwaan yang mengatakan bahawa UMNO dan BN tidak islamik dalam menjalankan pemerintahan di negara ini.

“UMNO secara jelas merupakan sebuah parti orang-orang Melayu yang secara puratanya beragama Islam. Apabila ada pihak yang mendakwa UMNO bukan parti Islam, itu sangat saya tidak setuju. Kita tidak boleh menghukum secara pukal sesebuah parti itu tidak Islamik hanya kerana wujud segelintir individu yang dilihat kurang Islamik atau bukan Islam.

“Kita tidak boleh menilai sesuatu yang pemikiran yang taksub. Apabila kita taksub, ia membuatkan penilaian kita jadi tidak rasional serta berat sebelah, dan mula menuduh pihak lain tidak betul dan sebagainya. Bagi saya, Islam itu sangat luas. Ia meliputi segala segi dari sudut ekonomi, pembangunan dan sebagainya. Kita tidak boleh lihat hanya dari satu sudut saja,” ujarnya.

Sebagai umat Islam katanya lagi, kita mestilah mendoakan kebaikan kepada pemimpin negara dan bukannya bertindak mengeji dan mencerca kepimpinan tertinggi negara sepertimana yang dilakukan oleh sesetengah pihak hari ini.

“Kita semua sudah sedia maklum ada pihak yang dulunya mendoakan kehancuran BN dan sebagainya, tetapi Alhamdulillah setakat ini BN masih lagi Allah kekalkan sebagai pemerintah di negara ini. Ini semua kerja Allah.

“Bagi saya, kita sesama Islam tidak perlulah mendoakan kehancuran sesama kita.Saya nasihatkan kepada semua khususnya pada diri saya sendiri, agar sentiasa menjaga tutur kata dan sekiranya kita tidak setuju dengan apa juga perkara, janganlah kita memaki hamun dan mendoakan kehancuran sesama kita. Bersyukurlah dengan segala nikmat yang telah Allah berikan kepada kita.

“Tetapi sudah tentulah, kerajaan di mana-mana pelusuk dunia sekalipun tidak akan ada kesempurnaan dalam pemerintahan mereka. Tetapi kita sebagai umat Islam, kita perlulah mendoakan pemimpin kita agar sentiasa diberi pentunjuk dan hidayah oleh Allah agar diberikan kebaikan, di mana kebaikan seorang pemimpin itu akhirnya akan memberi kesan kepada rakyat dan negara,” akhirinya. – MediaUMNO

UMNO Online
Source Blog

Copyright © 2013. All Rights Reserved.