Umno Blogger Directory

#Syiah

Pemimpin PAS Gagal Jawab Isu Mat Sabu Syiah – Ustaz Ashiq Elahi

AIDCNews – 25/12/2013 – Ustaz Ashiq Elahi, Pengasas Pondok Bukit Kobah, Pendang dan Timbalan Pengerusi Gabungan Institusi Pondok, Maahad Tahfiz dan Ilmuwan Sunni (GIPTIS) berkata pemimpin PAS tidak bersungguh-sungguh mempertahankan Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu daripada dituduh mengamalkan ajaran Syiah. Menurutnya, kebanyakan pemimpin PAS hanya menjawab satu perkara, iaitu mengangungkan ‘Ayatollah Khomeini’ tetapi tidak [...]
AIDC
Source Blog

Mat Sabu Mahu Saman Zahid, Enggan Komen Tentang Syiah

17 DIS: Walaupun sudah ambil keputusan menyaman Datuk Seri Zahid Hamidi tetapi keenggannya Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengiyakan atau menafikan dakwaan beliau berfahaman Syiah terus jadi tanda tanya. Dalam sidang media di ibu pejabat PAS pada Selasa, Mohamad atau Mat Sabu enggan membuat sebarang kenyataan mengenai dakwaan itu. Sebaliknya anak guam beliau Hanipa Maidin [...]
AIDC
Source Blog

WOW!! PENGIKUT SYIAH MENCECAH 250 RIBU ORANG??….BAHAYA…BAHAYA NI….

ISNIN 05 OGOS 2013

MENGIKUT perkembangan terkini dan perkiraan dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengesan terdapat 250,000 pengikut Syiah di negara ini dengan sepuluh kumpulan dikenal pasti bergerak aktif. Mengikut kata Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi (gambar dibawah), jika sepuluh tahun dahulu mereka cuma terdiri komuniti kecil dan mempunyai tiga buah markas sahaja, tetapi kini markas mereka hampir di seluruh negeri. Perkembangan teknolgi maklumat antara faktor memudahkan pergerakan kumpulan berkenaan menyebarkan fahaman apatah lagi orang ramai mudah untuk akses kepada pelbagai bentuk laman sosial dan media sosial, katanya demalam. Syiah diwartakan haram oleh Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 5 Mei 1996. Penularan fahaman Syiah kian membimbangkan kerana ia boleh membawa kepada perpecahan di kalangan umat Islam. DS Seri Abdul Rahim juga berkata usaha untuk memerangi dan membanteras pergerakan Syiah secara total perlu dilaksanakan secara bersepadu dan tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada satu agensi sahaja.
Mengikut kata DS Abdul Rahim lagi, untuk melaksanakannya semua pihak KDN misalnya dari segi keselamatan menerusi Polis Diraja Malaysia, Pendaftar Pertubuhan (ROS), kawalan bahan penerbitan menerusi Akta Percetakan dan Penerbitan, pengeluaran cakera padat (CD) dan Cakera Padat Digital (DVD)menerusi Lembaga Penapisan Filem sementara kemasukan pihak luar menerusi Jabatan Imigresen hendaklah berkerjasama, katanya. Daripada aspek akidah pula, DS Seri Abdul Rahim berkata ia di bawah bidang kuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), media sosial (Kementerian Komunikasi dan Multimedia), hubungan luar (Kementerian Luar) dan institusi pengajian tinggi (Kementerian Pendidikan). Berhubung tangkapan, beliau berkata dua tangkapan pernah dibuat sebelum ini iaitu pada 1996 di bawah Akta Keselamatan Negeri (ISA) dan pada 2012 oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). “Dalam tangkapan oleh JAIS itu seramai 200 pengikut ditahan, namun dibebaskan apabila terdapat masalah teknikal dari segi perundangan ketika pendakwaan dijalankan,” katanya.
Mengenai tindakan mengharamkan buku dan bahan penerbitan pula, katanya setakat ini sepuluh judul buku telah diharamkan antaranya Pengantar Ilmu-Ilmu Islam, Dialog Sunnah Syiah dan Tafsir Sufi Al Fatihah Mukadimah yang didapati mengandungi bahan-bahan bercanggah dengan ajaran dan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Buku Tokoh-Tokoh Terkemuka Ahlul Bait Nabi (Jilid tiga dan Jilid empat), yang antara kandungannya mendakwa Saidina sebagai penerus syariah selepas wafat Rasulullah yang berhubung dengan konsep Imamiah dalam fahaman Syiah. Ditanya sama ada kumpulan itu dipergunakan sesetengah pihak untuk mewujudkan keadaan tidak tenang, beliau tidak menolak kemungkinan tersebut kerana sudah menjadi satu kelaziman bila sesuatu isu atau masalah berlaku ada pihak yang cuba ‘menangguk di air keruh’ atau mengambil kesempatan.
Namun, katanya KDN senantiasa memantau keadaan termasuk kemungkinan terdapat pengikut kumpulan tersebut yang terbabit dengan kegiatan militan. Mengenai status warta mengenai ajaran Syiah dan Pengharaman (Enakmen Anti-Syariah) di negeri-negeri, beliau berkata setakat ini 10 negeri telah mewartakan ajaran Syiah bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah, manakala empat negeri (Pahang, Kelantan, Sabah dan Sarawak) masih dalam proses pewartaan. Kepada semua umat Islam di negara ini dinasihatkan supaya berwaspada, jangan sampai terjerat dan terjerumus dalam kefahaman Syiah ini kerana ianya adalah ajaran sesat dan lagi menyesatkan. Kepada yang sudah terlanjur tu, baliklah kepangkal jalan, masih ada esok bagi mu dan  masih ada pengampunan bagi mu. Ikhlas dari saya ~ IBM

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FIIRI MAAF ZAHIR DAN BATIN
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Aku Sayang UMNO dulu, kini dan selamanya (Perjuangan yang belum selesai )
Source Blog

Syiah: Siapa Orang Nombor 2 Dalam PAS Yang Dimaksudkan Zahid?

SUKAR nak mengagak siapakah yang dimaksudkan Datuk Seri Zahid Hamidi sebagai orang nombor 2 PAS yang terlibat dengan gerakan syiah, sebab PAS bukanlah seperti UMNO yang kita semua jelas siapa orang nombor satu dan nombor dua.

Hieraki dalam UMNO begitu jelas sekali, Presiden orang nombor satu dan Timbalan Presiden orang nombor 2, tidak ada jawatan atau badan lain yang di atas dari itu.

Jadi kalau ada sesiapa buat fitnah mengaitkan orang nombor 2 UMNO (tanpa menyebutkan nama), Timbalan Presiden Tan Sri Mahyuddin boleh saman orang itu dengan mudah sebab memfitnah beliau.

Sedangkan PAS berbeza.

Ikut fahaman ramai orang, Mat Sabulah orang nombor 2 PAS sebab dia Timbalan Presiden. Tapi kalau ikut hieraki dalam perlembagaan PAS, Mat Sabu sepatutnya berada di antara kedudukan ketiga dan keempat – dibawah Mursyidul Am, Timbalan Mursyidul Am (?) dan Presiden PAS.

Timbalan Mursyidul Am tu penulis letakkan tanda soal sebab fungsi jawatan tersebut tidak nampak signifikasinya dalam organisasi PAS melainkan ambil alih jawatan Pengerusi Majlis Syura Ulama bila Mursyidul Am sakit, tenat atau meninggal dunia terus.

Dalam masa yang sama, perlembagaan PAS (Fasal 8) mengesahkan Mursyidul Am adalah jawatan tertinggi dalam parti.  Sesuai dengan ketinggian kedudukan Majlis Syura Ulama PAS yang diketuainya.

Jadi takkan Timbalan kepada orang nombor satu berada dikedudukan lebih bawah dari Presiden dan Timbalan Presiden?  Sebab itulah penulis letakkan tanda soal pada jawatan Timbalan Mursyidul Am.

Nak lebih complicated keadaan lagi, ada pandangan mengatakan Ahli-Ahli Majlis Syura Ulama lebih tinggi dari jawatan Timbalan Presiden PAS sebab badan itu diiktiraf perlembagaan PAS sebagai badan tertinggi parti berlambangkan bulan tersebut.

Kalau pandangan itu diterima, Mat Sabu jatuh tempat ke berapa?  18?  Sebab ahli majlis syura ada 17 orang dan Mat Sabu bukanlah salah seorang darinya.

Moral cerita disini, bukan mudah Mat Sabu nak melatah, apatah lagi mengambil tindakan undang-undang ke atas Zahid atas kenyataan yang dikeluarkan beliau mendakwa orang nombor 2 PAS sebagai penganut fahaman syiah dalam ucapan penggulungan beliau di perhimpunan Agung UMNO sebentar tadi.

Zahid pun bijak tak sebut nama, menyukarkan lagi usaha Mat Sabu nak menyaman Menteri Dalam Negeri tersebut, melainkan dia boleh buktikan di Mahkamah bahawa dia memang berada di kedudukan nombor 2 dalam PAS.

Itu satu hal, satu hal yang lain, kalau betul pun orang yang dimaksudkan Zahid itu ialah Mat Sabu, sudah pasti selaku Menteri Dalam Negeri, Zahid ada first hand info dari kita semua yang lain.  Maklumat itu  mungkin tak cukup untuk mendakwa sesiapa di Mahkamah kerana menjadi syiah, tapi nak mempertahankan diri kalau Mat Sabu menyaman, sudah cukup kot.

MYKMU.NET: DEMI SEBUAH PERJUANGAN
Source Blog

@ustazfathulbari Pihak Berkuasa Mesti Pergiat Benteras #Syiah




Komen Abu Aqif: Syiah Malaysia memang sesat. Meraka ambil fahaman Syiah Imam 12. Perlu tegas benteras mereka.


List penuh video akan di-update kemudian. Harap dapat bersabar. Barakallahufikum..


Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari blog Abu Aqif Studio ke wall masing², boleh klik di sini:

- Klik “Syndication” di sebelah kiri
- Klik “Grant Permissions
- Klik “Add Facebook Target” dan klik “Add

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah.

Anda bebas untuk share dan download. Tidak perlu keizinan untuk mengambil video dari Channel Abu Aqif Studio. Namun video yang diambil dari Abu Aqif Studio mohon diberi sedikit kredit dengan link-kan semula kepada video yang asal. Jazakallahukhair.. Semoga bermanfaat..
Abu Aqif Studio
Source Blog

Copyright © 2013. All Rights Reserved.