Dengan rasminya tutup blog?
Sebenarnya saya saja test market. Sengaja tak menulis dalam jangka masa yang agak lama di blog ni. Saja nak tengok respon kawan-kawan. Saja nak “mogok”…. hahahahaaa…
Ada yang kata saya takdak idea. Saya jawab, tak jugak. Idea ada, tapi dicurahkan di tempat lain.
Ada yang kata, saya makin malas. Maybe. Mungkin sebab saya rasa ada segelintir pihak yang sebelum ni “take things for granted”. Tak semua, tapi ada.
Ada yang tanya, apa dah jadi dengan blog ni? Saya jawab, saja. Saja-saja saya tak update blog. Ni blog saya. Saya punya suka la nak update ke tidak..kan? Heheheeee…
Ada yang mintak saya menulis semula. Saya jawab, insyaAllah…
Ada yang kata kat saya, “tutup blog je lahhhh!”. Saya jawab, ikut suka saya la nak tutup ke nak bukak ke.. heheheheeee…
Ada yang kata, “ikut suka haji laaa”, saya senyum ja bila kawan-kawan kata lagu ni…
Sebenarnya?
Sebenarnya saya memang busy sangat lately. Ada idea, tapi saya salurkan ditempat lain. Saya mungkin malas sikit nak update blog sejak kebelakangan ni sebab letih. Kerja dari pagi sampai tengah malam. Kadang-kadang sampai pagi…
Memang saya saja tak update blog ni. Saja tak update blog sebab tak cukup jari, tak cukup tangan nak menaip sana sini… Tak macam sesetengah blog yang ramai admin. Memang sebelum ni ada yang volunteer tolong update blog, tapi atas beberapa sebab, saya terpaksa tamatkan perkhidmatan depa…
Tutup blog? Mungkin nanti, tapi tidak dalam tempoh 10 tahun akan datang ni…heheheheee…
Hakikatnya? Ikut suka saya la… kan? kan? kan? Heh! Lagi pun saya tak kejar “hits”, saya tak kejar ranking, saya tak kejar glamour dan saya bukan blogger upahan mana-mana pihak. Semuanya ikut suka saya la nak tulis atau tidak…
Tapi jangan risau. As promised, saya akan tetap menulis jugak. Dan yang paling penting, blog saya ni menolak sebarang bentuk fitnah, cerita tipu, bohong dan seumpamanya. Kalau ada silap, boleh tegur dengan niat membina dan secara sihat… saya sanggup mohon maaf kalau saya silap atau salah.. no problem..
Yang penting, tulis demi ibadah. Demi Islam, Melayu dan Tanah Melayu… itu tidak pernah berubah dari dalam hati saya… okay? Sampai ketemu lagi.. wassalam semua…adiossss…
THE DUKE’S BLOG
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.
Leave a Reply