Umno Blogger Directory

Laman Rasmi Pergerakan Wanita UMNO Malaysia

Dr Salma, Doktor Wanita Melayu Pertama Meninggal Dunia

surat_al_fatiha

KUALA LUMPUR: Wanita Melayu pertama yang memperoleh kelayakan doktor perubatan, Tan Sri Dr Salma Ismail, meninggal dunia akibat sakit tua di Hospital Pantai di sini pada 6.15 petang Ahad.

Allahyarhamah, yang berusia 95 tahun, meninggalkan dua anak lelaki, seorang anak perempuan dan enam cucu.

Anak sulungnya, Tan Sri Dr Ridzwan Abu Bakar, 64, berkata ibunya dimasukkan ke hospital baru-baru ini akibat sesak nafas.

Jenazah akan disempurnakan di No. 6, Jalan Mesra, Off Jalan Aman di sini dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang sebelum Zohor, kata Dr Ridzwan ketika ditemui Bernama di rumahnya di sini malam Ahad.

Allahyarhamah menempa sejarah sebagai wanita Melayu pertama memperoleh kelayakan sebagai doktor pada 1949.

Anak kelahiran Alor Setar itu antara lain pernah bertugas sebagai Pegawai Perubatan di Kedah dan Selangor pada tahun 1950-an dan 60-an.

Dr Salma dianugerah darjah Panglima Setia Mahkota pada 1997 yang membawa gelaran Tan Sri.

“Sebagai seorang wanita dan doktor, beliau hidup dengan prinsip, mempunyai keyakinan pada diri sendiri, jujur, jangan bercakap buruk tentang orang lain dan memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan,” kata Dr Ridzwan mengenai ibunya.

Laman Rasmi Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Tujuh pelatih wanita jalani latihan dengan Petronas di Sabah

MALAYSIA-OIL-PETRONAS-COMPANY-EARNINGS-FILES

KOTA KINABALU, 8 Julai (Bernama) — Buat pertama kali sejak penubuhannya, Pusat Latihan Petroleum Kimanis (KTC) di Papar yang dikendalikan Petronas menerima tujuh pelatih wanita.

Kesemua mereka dari Sabah melapor diri bersama 13 pelatih lelaki pada 24 Jun lepas dan menjalani program orientasi selama empat hari.

Pada program penutupan majlis orientasi itu, Ketua Jabatan Perkhidmatan Khas, Institut Teknologi Petroleum Petronas (Instep), Wan Zulfakrurazi Wan Abd Majid berkata program itu mendapat sambutan menggalakkan dari beliawanis di Sabah.

“Ini merupakan perkembangan positif di kalangan muda-mudi di Sabah,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Serantau Petronas Sabah dan Labuan.

Kumpulan tersebut akan menjalani latihan di kampus baharu pusat latihan itu yang terletak berhadapan Terminal Minyak dan Gas Sabah (SOGT).

Seorang pelatih, Syaza Syazwanie, 18, berkata dia membuat keputusan untuk mengikuti kursus instrumentasi dan kawalan kerana mahu mencuba sesuatu yang baharu.

“Ibu bapa saya menggalakkan saya untuk mengikuti program ini,” katanya.

KTC setakat ini melakukan empat pengambilan pelatih dengan kumpulan pertama sebanyak 23 orang yang menamatkan pengajian Julai tahun lepas dan hampir kesemuanya berkerja dalam industri minyak dan gas.

Kumpulan kedua melibatkan 24 pelatih menamatkan latihan bulan lepas dan kini bersedia untuk diambil oleh industri.

 

Sumber – Bernama

Laman Rasmi Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

MCA, Gerakan sertai Kabinet

cabinet reshuffle 2

PUTRAJAYA 25 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pelantikan tiga menteri dan tiga timbalan menteri baharu dalam barisan Kabinet yang menyaksikan kemasukan semula pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) daripada MCA dan Gerakan.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dilantik sebagai Menteri Pengangkutan; Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong dan Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Tiga Naib Presiden MCA yang dilantik ialah Datuk Lee Chee Leong sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Chua Tee Yong sebagai Timbalan Menteri Kewangan dan Datin Paduka Chew Mei Fun sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Dengan pelantikan Liow itu, Perdana Menteri mengesahkan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak lagi memangku jawatan itu.

“Saya gembira wakil MCA kembali dalam Kabinet, begitu juga Gerakan,” katanya dalam sidang akhbar di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Yang hadir sama timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa.

MCA dalam mesyuarat agung luar biasa parti itu pada Februari lalu memutuskan untuk kembali menyertai Kabinet dan menduduki jawatan dalam kerajaan selepas mendapat sokongan majoriti daripada ahli-ahlinya.

Pelantikan Siew Kiong dibuat selepas Perdana Menteri mengumumkan dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan pada 31 Mei lalu untuk melantiknya sebagai menteri jika menang. Beliau menang dengan majoriti 238 selepas menewaskan calon DAP, Dyana Sofya Mohd. Daud.

Najib berkata, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah memperkenan untuk majlis angkat sum­pah dan simpan rahsia anggota Kabinet baharu itu pada pukul 11. 30 pagi Jumaat ini di Istana Negara.

Mengulas saiz Kabinet kali ini yang semakin besar, Perdana Menteri berkata, keadaan itu berlaku disebabkan MCA telah membuat keputusan untuk menyertai semua Kabinet selepas enggan menerimanya sebelum ini.

“Ya, memang berlaku pertambahan dan kita terpaksa membuat perubahan berikutan keputusan MCA. MCA pada mulanya tidak mahu menyertai kerajaan tetapi kemudian berfikir semula dan melihat bahawa perlunya mereka menyertai Kabinet.

DARI KIRI: Chua Tee Yong, Chew Mei Fun, Lee Chee Leaong

“Saya juga sedar saiz Kabinet kali ini lebih besar dari dahulu tetapi keadaan ini tidak dapat dielakkan kerana situasi yang agak luar biasa,” ujarnya.

Ditanya sama ada pertambahan Kabinet itu memberi jaminan bahawa perkhidmatan akan bertambah baik kepada rakyat, beliau secara berseloroh berkata:”Tidak semestinya tetapi saya harap begitulah dan ini saya katakan di luar jangkaan. Saya mula-mula tidak bercadang mempunyai Kabinet yang begini besar tetapi setakat ini tiada sesiapa pula yang secara sukarela mahu keluar dari Kabinet”.

Dalam perkembangan berkaitan, Najib yakin saiz Kabinet yang terbaharu itu akan menggalakkan perbincangan serta pandangan yang lebih sihat daripada semua wakil komuniti di dalam mesyuarat Jemaah Menteri.

Mengenai pelantikan tiga timbalan menteri daripada MCA, beliau berkata, mereka mempunyai tugas tertentu antaranya menjelaskan tentang pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) kepada peneraju industri kecil dan sederhana daripada kaum CIna.

“Begitu juga dengan pelantikan (Mei Fun) sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

“Ini kerana terdapat banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) daripada kaum Cina yang perlu ada timbalan menteri untuk menyelesaikan kehendak dan tuntutan mereka yang boleh dipertimbangkan oleh kerajaan,” ujarnya.

Mengenai satu-satunya wakil Gerakan di dalam Kabinet, Perdana Menteri menjelaskan itu melibatkan kuota dan beliau juga telah berjanji memberikan satu tempat kepada Siew Keong.

Berhubung kedudukan Hishammuddin dalam proses pencarian pesawat MH370 Najib berkata, perkara itu akan dibincangkan selanjutnya berdasarkan kedudukan terkini Menteri Pertahanan itu dengan Tiong Lai.

Sementara itu, beliau tidak bercadang untuk mengisi kekosongan jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ekoran peletakan jawatan P. Waythamoorthy.

“Kita ada satu jawatankuasa Kabinet yang menjaga hal ehwal kaum India dan saya sendiri mempengerusikan secara keseluruhannya dan menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri yang mewakili kaum India juga telah diberi tugas dan tanggungjawab secara terperinci,’’ katanya.

 

Sumber – Utusan

Laman Rasmi Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

62% wanita isi jawatan pengurusan, profesional

NDCALON 177

 

PUTRAJAYA 30 April – Sebanyak 62 peratus atau 205,557 penjawat awam di peringkat pengurusan dan profesional pada tahun lalu terdiri daripada kaum wanita.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd. Dun berkata, jumlah itu secara tidak langsung membuktikan wanita diberi peluang untuk memegang jawatan kepimpinan tertinggi dalam sektor awam.

Selain itu, beliau berkata, jumlah penglibatan wanita pada peringkat pembuat dasar dalam sektor awam juga meningkat kepada 33.7 peratus pada tahun lepas.

“Jumlah itu melebihi daripada 30 peratus sasaran asal yang diumumkan kerajaan pada 2004 dan saya gembira untuk mengumumkan kita telah berjaya melepasinya.

“Sebelum ini peratusan penglibatan wanita di peringkat pembuat keputusan adalah sebanyak 18.8 peratus pada 2004, 30.5 peratus (2009) dan 31.7 peratus (2012),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penutup Persidangan Kepimpinan Wanita Dalam Sektor Awam dan Swasta di Hotel Pullman di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Institut Pengurusan Wanita (WIM), Tan Sri Napsiah Omar.

Sementara itu, Azizah berkata, kementerian turut menyasarkan pembabitan 30 peratus golongan wanita memegang jawatan penting di dalam syarikat yang tersenarai pada Bursa Malaysia menjelang akhir 2016.

Beliau berkata, sasaran itu selari dengan polisi yang diumumkan kerajaan untuk melibatkan wanita pada peringkat pembuat keputusan dalam sektor korporat pada tahun 2011.

 

Sumber – Utusan

Laman Rasmi Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Ekonomi Malaysia tumbuh paling cepat

130618_pertumbuhan-ekonomi--2

KUALA LUMPUR 30 April – Ekonomi Malaysia dijangka mengalami pertumbuhan paling cepat pada tahun ini dan paling menonjol dalam kalangan lima negara ASEAN termasuk Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand.

Institut Penyelidikan RHB berkata, pertumbuhan itu dipacu oleh permintaan domestik yang didorong oleh pelaburan swasta, walaupun keadaan ekonomi dijangka mencabar disebabkan kos semakin meningkat.

“Permintaan domestik didorong oleh pelaburan swasta akan terus menjadi pemacu utama pertumbuhan, iaitu berkembang pada kadar sederhana kerana perbelanjaan yang meningkat.

“Ini berkemungkinan dibantu oleh peningkatan dalam permintaan luar untuk eksport negara,” katanya dalam laporan tinjauan ekonomi di sini hari ini.

Sebelum ini, Institut Penyelidikan RHB mengunjurkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia akan berkembang pada kadar yang pantas sebanyak 5.4 peratus tahun ini, selepas sederhana pada 4.7 peratus tahun lepas.

Menurut laporan itu lagi, ekonomi lima negara ASEAN utama terbabit bagaimanapun dijangka tidak akan menunjukkan pertumbuhan yang kukuh pada 2014, sebahagiannya disebabkan oleh pemulihan eksport kekal sederhana dan ditambah dengan masalah dalaman.

“Kami bayangkan lima negara ini berkembang pada kadar yang lebih sederhana sebanyak 4.7 peratus pada tahun 2014, berbanding sekitar 4.9 peratus yang dicatatkan pada tahun 2013,” jelasnya.

Walau bagaimanapun, jelas institut penyelidikan itu, pelabur perlu melihat keadaan luaran yang sederhana dalam pertumbuhan kerana ia mungkin bersifat sementara dan dijangka kembali mencatatkan pertumbuhan lebih kukuh dianggarkan sebanyak 5.2 peratus pada 2015.

 

Sumber – Utusan

Laman Rasmi Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Karnival usahawan wanita meriah

MAZNAH Hamid (tengah) memotong pulut kuning selepas merasmikan Karnival Keusahawanan Wanita 2014 anjuran Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Sungai Petani di Ruang Legar Central Square Sungai Petani di Kedah, baru-baru ini.- UTUSAN/Abd. Razak Osman

MAZNAH Hamid (tengah) memotong pulut kuning selepas merasmikan Karnival Keusahawanan Wanita 2014 anjuran Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Sungai Petani di Ruang Legar Central Square Sungai Petani di Kedah, baru-baru ini.- UTUSAN/Abd. Razak Osman

SUNGAI PETANI 4 Mei – Karnival Keusahawanan Wanita 2014 yang berlangsung selama empat hari di sebuah pusat beli-belah di Jalan Kampung Baru di sini baru-baru ini mendapat sambutan meriah.

Selain pameran, ceramah dan gerai perniagaan, sebanyak 10 acara pertandingan diadakan termasuk sukan tradisional seperti congkak, batu selambut, dam haji, mewarna kanak-kanak dan teka silang kata.

Ketua Wanita UMNO Kedah, Datuk Dr. Maznah Hamid ketika merasmikan karnival itu berkata, langkah diambil oleh Wanita UMNO Sungai Petani menganjurkan program tersebut digalakkan dalam usaha melahirkan lebih ramai wanita menjadi usahawan berjaya.

“Inilah cara terbaik untuk menarik wanita tempatan menjadi usahawan hebat,” katanya yang turut menyampaikan ceramah bertajuk ‘Transformasi Minda Usahawan Berjaya’ pada program tersebut.

Menurutnya, kejayaan dalam bidang itu bakal menjadi kenyataan, jika wanita terus didedahkan dengan pelbagai ilmu berkaitan keusahawanan.

“Banyak persaingan terpaksa dihadapi tetapi mereka berjaya setelah memiliki keramahan serta bijak menyusun pelbagai perniagaan baharu,” katanya. – Utusan Online

 

Laman Rasmi Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Agensi perlu bertanggungjawab

image (1)

KUALA LUMPUR 30 April – Pergerakan Wanita UMNO meminta kerajaan bertindak tegas memastikan agensi pembantu rumah asing bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kes amah yang melarikan diri atau bermasalah dalam tempoh kontrak selama dua tahun.

Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menegaskan, agensi berkaitan perlu menggantikan pembantu rumah yang baharu kepada majikan tanpa mengenakan sebarang kos dan fi.

Selain itu katanya, Wanita UMNO juga sebulat suara mahu kerajaan menghapuskan bayaran denda sebanyak RM250 yang dikenakan terhadap majikan apabila pembantu rumah melarikan diri.

“Amat tidak munasabah jika pembantu rumah lari, majikan pula terpaksa keluar duit lagi untuk mendapatkan pengganti malah bukan sahaja perlu keluar duit kepada agensi tetapi didenda.

“Wanita UMNO mohon supaya kerajaan mengambil perhatian serius dalam perkara berbangkit ini. Isu ini perlu diselesaikan segera jika tidak wanita atau isteri yang me­nerima kesannya,” katanya di sini

Dalam hubungan itu kata Shahrizat, Wanita UMNO mencadangkan sebuah pusat sehenti agensi pembantu rumah diwujudkan bagi mempermudahkan urusan berkaitan amah termasuk kes me­larikan diri selain sebagai tempat pengambilan, latihan dan kebajikan.

Katanya, pusat itu diyakini boleh mengatasi banyak ketirisan yang berlaku dalam urusan pengambilan dan pemulangan pembantu rumah kepada agensi.

Utusan Malaysia baru-baru ini melaporkan seramai 105,119 pembantu rumah asing telah melarikan diri dari 2008 hingga 2013 dan melibatkan kos sebanyak RM1 bilion.

Mengulas lanjut katanya, ang­ka pembantu yang melarikan diri daripada majikan itu terlalu besar sekali gus menunjukkan isu amah turut mempengaruhi ekonomi negara.

“Exco Wanita UMNO mencadang­kan kadar maksimum pengambilan pembantu rumah asing dapat ditetapkan pada kadar RM4,000 hingga RM5,000 sahaja berbanding RM7,000 hingga RM8,000. Jika isu ini tidak diselesaikan dengan baik kita bimbang ramai wanita terpaksa berhenti kerja dan perkara ini tentunya menjejaskan ekonomi,” katanya.

 

Sumber – Utusan

Laman Rasmi Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Copyright © 2013. All Rights Reserved.