Umno Blogger Directory

TERKINI

TERKINI !!! MASJID SULTAN YUSOF DI REMPUH

Semalam : Pintu pagar utama Masjid Sultan Yusof di Rapat Setia, di sini, rosak teruk selepas dirempuh dua kenderaan yang terbabit dalam satu kemalangan berhadapan masjid berkenaan petang tadi.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 4.20 petang itu, kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Grand Livina itu dipercayai hilang kawalan dan merempuh pintu pagar utama masjid.

Kenderaan itu juga melanggar tiang lampu isyarat di hadapan masjid hingga tercabut serta mengakibatkan kerosakan teruk pada pagar batu masjid berkenaan.

Saksi Muhammad Yahya, 84, yang ditemui di lokasi kejadian berkata, sebelum kejadian dia mendengar dentuman kuat di sebelah kanan masjid.

“Ketika itu saya nampak sebuah MPV hampir terbalik di hadapan pintu pagar dan melihat pemandu keluar daripada kenderaan tanpa sebarang kecederaan.

“Selain MPV itu, sebuah Nissan Sentra turut tersangkut pada pagar batu manakala kereta Perodua Kancil berada di laluan bertentangan,”, katanya

Anak Jati Malaya
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

TERKINI !!! SUAMI KEMPUNAN “BERSAMA”???

Afif Syazwan duduk di sisi mayat isterinya yang maut akibat nahas jalan raya di Tanjung Lumpur, semalam.KUANTAN – Hasrat seorang suami, Afif Syazwan Uugust, 23, untuk menyambut kedatangan Ramadan bersama isteri tercinta tidak kesampaian apabila teman hidupnya, Sarimah Abdul Razak, 22 terkorban dalam satu kemalangan jalan raya, di hadapan Petronas Jalan Tanjung Lumpur, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.38 pagi itu, Sarimah yang membonceng motosikal ditunggang suaminya meninggal dunia serta-merta di lokasi kejadian selepas bertembung dengan sebuah kereta.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Abdul Aziz Salleh berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta jenis Honda Civic yang keluar dari Petronas di kiri jalan telah menyeberang ke kanan jalan untuk membuat pusingan U dan berlanggar dengan motosikal yang dinaiki pasangan suami isteri muda berkenaan.
Menurutnya, motosikal yang dibonceng mangsa bersama suami datang dari arah Tanjung Lumpur. Pertembungan itu menyebabkan mangsa cedera parah dan kemudiannya meninggal dunia sebelum sempat dibawa ke hospital.
“Manakala suaminya yang beralamat di Taman Seriku Baru 12, Jalan Gambang turut mengalami kecederaan akibat kemalangan itu.
“Difahamkan keadaan laluan di tempat kejadian ialah jalan sehala tiga lorong dan kawasan membuat pusingan U. Keadaan cuaca baik dan jalan kering. Punca kematian dan kemalangan masih dalam siasatan. Kes ini di siasat di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya kepada media semalam.
Sementara itu, adik mangsa, Mariam Abdul Rahman, 18, berkata, arwah kakaknya meninggalkan dua anak berusia lima dan tiga tahun.
“Kakak dan suami tinggal berasingan dari keluarga, manakala kedua-dua anaknya ditinggalkan bersama ibu mertuanya di Batu 12 kerana dia juga bekerja.
“Saya terkejut mendengar berita tentang kematiannya kerana sudah beberapa bulan tidak bertemu dengannya dan kali terakhir adalah pada Februari lalu,” katanya.

Anak Jati Malaya
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

TERKINI !!! PANAS !!! MP RANTAU PANJANG HATI PALING BUSUK ???


Ahli Parlimen PAS Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff disifatkan “berniat jahat” oleh Menteri di Jabatan perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim kerana bertanya sama ada program Permata Negara bertujuan menaikkan nama isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

“Yang berhormat pakaian nampak macam Islam tapi mulutnya…,” kata Shahidan tidak menghabiskan ayat beliau ketika menjawab soalan tambahan Siti Zailah dalam sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawap lisan di Dewan Rakyat, Parlimen, Rabu.

“Saya berdoa semoga Allah membuka hatimu agar jadi lebih mulia,” kata Shahidan yang juga ahli Parlimen Arau.

Siti Zailah dalam soalannya membangkitkan kenapa kerajaan tidak memperkukuh dan memperkasakan agensi pendidikan kanak-kanak sedia ada seperti KEMAS dan Tadika, sebaliknya memilih untuk menumpukan kepada pembangunan institusi baru iaitu Permata yang dinaungi Rosmah.

“Adakah ini agenda untuk menaikkan nama isteri perdana menteri?” soal Siti Zaleha dalam sesi berkenaan.
Shahidan juga sempat membacakan sepotong ayat suci Al-Quran beserta dengan maksudnya sekali yang berbunyi


“Wahai orang-orang yang beriman! Jangan kamu buruk sangka dan jangan kamu mengintai keburukan orang” yang bertujuan menasihati Siti Zaleha sebelum menjawap soalan ahli Parlimen PAS.

Anak Jati Malaya
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

TERKINI!!! ANJING DAP DITANGKAP KERANA MENGHINA ISYERI PM !!!


Laporan atau “report” polis tangkapan terhadap pemilik akaun facebook yang menunjukkan gambar cebisan daging dan terdapat wajah datin seri rosmah mansor – seri iskandar rpt 591/2014@ 0554

Pada 6 apr 2014 lebih kurang jam 0010 sepasukan pegawai dan anggota yang diketuai oleh insp mohd hanis bin abd wahab – pegawai jsj ipd sentul, kuala lumpur bersama sepasukan D9 Ipk perak dan Ipd perak tengah, perak telah membuat serbuan dan tangkapan di alamat no. 29, jalan U 18, bandar universiti, seri iskandar, perak berkaitan sentul repot no 5181/2014.
Ringkasan kejadian

Bertindak atas maklumat sentul repot 5181/2014 pada 6 apr 2014 pengadu bersama sepasukan pegawai dan anggota dari jsj ipd sentul, sepasukan D9 ipk perak dan sepasukan jsj ipd perak tengah telah pergi di alamat no.29, bandar universiti, seri iskandar, perak. Apabila sampai di alamat tersebut pengadu telah memgetuk pintu dan dibuka oleh 1 (p) melayu. Seterusnya pengadu memperkenalkan diri pegawai kanan polis dengan menunjukkan kad kuasa polis dan minta butir pengenalan diri diberi ialah laila bt arden kpt no 620512-10-5664 alamat no. 29 jalan bandar U18, seri iskandar, perak. Pengadu bersama saksi polis telah menyatakan tujuan kedatangan adalah untuk mencari 1 (L) melayu yang dikenali dengan nama ‘Syed Saifullah’. Kemudian (P) melayu tersebut telah memberitahu (L) melayu yang dicari adalah anaknya dan saspek telah keluar makan bersama suaminya dalam beberapa minit yang lalu. Pengadu kemudiannya telah menyuruh (p) melayu tersebut menelefon anaknya. Dalam 20 minit kemudian telah datang (3) lelaki melayu ke rumah tersebut dan pengadu telah kenalkan diri sekali lagi sebagai pegawai kanan polis dengan menunjukkan kad kuasa polis lalu bertanyakan siapakah ‘Syed Saifullah’ dan (1) L melayu telah mengaku dirinya adalah lelaki tersebut. Seterusnya pengadu bersama saksi polis telah membuat pemeriksaan badan ke atas saspek dan telah menjumpai sebuah h/phone jenama sony x peria warna hitam/putih no tel 013-4928564 dari poket sebelah kanan. Pengadu telah membuat pemeriksaan dibilik tidur utama dan dua yang terletak di tingkat satu. Tangkapan dan rampasan adalah seperti berikut:-

Saspek
Nama: syed ahmad saifullah bin hashim
No. Kpt : 890620-10-5311
Jantina : lelaki
Warganegara : malaysia
Tarikh lahir : 20 jun 1989
Keturunan : melayu
Taraf perkahwinan : bujang
Alamat : no. 29 jalan bandar U 18, seri iskandar, perak.
Butir2 rampasan
1.sebuah h/phone jenama sony x peria
2.moniter komputer jenama acer warna hitam
3.cpu jenama power logic warna hitam
4.key board jenama power logic warna hitam
5.tetikus jenama power logic warna hitam
6. Broadband jenama p1 warna putih/hijau
7.thumb drive tp-link warna putih/hitam
8.broadnand jenama celcom
9.kamera komputer tanpa jenama warna ungu/jernih
10.set speker jenama vinnfier warna hitam
11.4 kabel komputer warna hitan
12.penyambung soket warna putih
13.multicard reader janama sbhc support warna kuning/putih
14.thumb drive jenama kongston warna hitam
15.mesin cetak jenama canon warna hitam
16. Kabel internet warna putih,

Ulasan
Saspek ditangkap bersangkut sentul rpt
5181/14 diklasifikasi di bawah Seksyen 233 (1) CMA (Jenayah Siber) dan 505 (b) KK. Kes disiasat oleh ASP Hamka bin Mohammad. Setakat ini okt berada di Lokap Berpusat Jinjang dan hari ini akan diambil reman .

Anak Jati Malaya
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

TERKINI !! Peserta Demo di Dataran Merdeka ‘Terkantoi ‘???

Keadaan terkini dari dataran Merdeka yg boleh kita lihat , utk pengetahuan pembaca , demo ini bukan sahaja dihadiri oleh org pr namun ada juga org bn yg hadir ke himpunan ini . Yg hadir ke himpunan ini menyatakan bantahan tentang kenaikkan harga barang . 

Anak Jati Malaya
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

#MH370 TERKINI: BUKTI BLOGGER PRO-PAS KEDAH FITNAH PUTRAJAYA..!!!

Apa beza antara “tahu” dan “mungkin tahu”?
Kat atas ni ialah salah satu contoh penyebaran spekulasi yang tidak bertanggungjawab. Saya print screen gambar kat atas tu dari blog pro-PAS yang disifatkan sebagai salah satu blog “tukang fitnah” paling laris di Kedah…
Berita tu diproses pengendali blog tu. Faktanya hanyalah “Putrajaya MUNGKIN tahu”, tapi tajuk yang blog pro-PAS tu berikan ialah “PUTRAJAYA TAHU”. Perkataan “MUNGKIN” tu dibuang blog pro-PAS tu…
Pada saya, itu adalah satu contoh bentuk penyebaran cerita tak betul dan berunsur fitnah. Kalau dilihat dari sudut moral, memang jelas la salah, kan? 

Besar bezanya antara “tahu” dan “mungkin tahu”. “Tahu” bermaksud pasti, tapi “mungkin tahu” pulak ialah statement yang masih sangsi, kabur dan persepsi. 
Dalam kes di atas ni, cerita pakar US tu berbentuk pandangan dan persepsi dari seorang pakar. Itu tidak jadi masalah dari sudut penyiaran. Pakar tu cerita dari sudut kepakaran dan pengalamannya….
Berbanding dengan blogger pro-PAS yang memanipulasi tajuk laporan asal, blog pro-PAS Kedah tu telah menukar keseluruhan angle laporan pandangan pakar tu… maksudnya, blogger tu memalsukan story asal…
Kedua, tajuk yang dimanipulasi blogger pro-PAS tu mampu mengelirukan rakyat dan pembaca. Patut pun Mahfuz komplen dia keliru dengan info insiden MH370. Dia dapat info dari blogger PAS la mungkin, kan?
Ketiga, dengan mendakwa “Putrajaya tahu tapi taknak beritahu”, maka secara jelas blogger PAS ni buat fitnah. Bila dah buat fitnah ni, maka para pembaca faham-faham sendiri la kreadibiliti tukang fitnah ni… 
Tengok pula dari sudut hukum Islam dan undang-undang, semua orang tahu blogger pro-PAS Kedah tu macamana, kan? heh!

THE DUKE’S BLOG
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Terkini.. RUSUHAN di Singapura!! (Gambar-Gambar dan video)


RUSUHAN-Kekecohan berlaku di Little India Singapura apabila sebuah bas melanggar seorang lelaki Bangladesh.

Orang ramai di kawasan tersebut yang dikatakan warga asing bertindak menyerang dan merosakkan sebuah bas dan sebuah ambula.Kereta polis turut diterbalikkan dan dibakar.

Sesiapa yang nak tau berita lebih terperinci sila klik kat SINI

Hebatkan negara Singapork nih? Dicanang sebagai negara bersih segala galanya dan jadi pujaan pecacai pakatan.
Nah, sekarang ambik habuan,pandailah polis korang selesaikannya..


Ambulan pun kena bakar







Anak Seberang
Source Blog

TERKINI !!! 3 BERANAK DIBUNUH KEJAM !!! APA SUDAH JADI ???

ALOR SETAR 1 Dis. – Apa sudah jadi dengan negara ini, apabila kanak-kanak yang tidak berdosa pun sanggup #dibunuh dengan #kejam.

Inilah yang berlaku kepada tiga beradik perempuan berusia tiga, 12 dan 14 tahun berasal dari Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar di sini semalam.

Mayat Nor Syafikah Nadia Rusdi, 14, ditemui tertiarap dalam keadaan separuh bogel di tepi sawah Alor Senibong di sini pukul 3.45 petang semalam selepas keluar dari rumah bersama dua adiknya, Puteri Nurul Akma, 3, dan Nur Izzati Husna,12, kira-kira pukul 7.30 malam, kelmarin.

Lebih menyayat hati, mayat Puteri Nurul Akma dan Nur Izzati Husna pula ditemui kira-kira pukul 4.50 petang ini di dalam terusan MADA Kampung Padang Petani, Langgar di sini iaitu kira-kira 3.5 kilometer dari mayat Nor Syafikah Nadia ditemui.

 Walaupun mereka ditemui lemas, polis mengklasifikasikan kes ini sebagai kes bunuh.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, ketiga-tiga beradik itu keluar dari rumah mereka Jumaat lalu dengan menaiki motosikal Honda Wave milik bapanya untuk ke rumah rakan di Kampung Gelam dekat sini.

 Ibrahim memberitahu, walaupun hasil bedah siasat mendapati #kematian Nor Syafikah Nadia akibat lemas namun polis menyifatkan ia sebagai kes bunuh kerana kes lemas tersebut dianggap luar biasa.

Katanya, hasil bedah siasat mangsa pertama mendapati mangsa tidak dirogol dan hanya kesan calar dijumpai pada belakang badannya.

“Polis akan melakukan siasatan merangkumi segala aspek dan kita akan panggil ahli keluarga serta rakan-rakan mangsa. Setakat ini polis menyiasat kes ini sebagai kes bunuh dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Ahmad memberitahu, #mayat dua adik perempuan Nor Syafikah Nadia yang berusia 12 dan tiga tahun dijumpai lengkap berpakaian di dalam terusan, dalam keadaan terapung berhampiran kira-kira 200 meter antara satu sama lain di dalam terusan tersebut.

“Mayat dua mangsa masih belum disahkan punca kematian mereka. Bedah siasat akan dilakukan secepat mungkin bagi mengenal pasti punca kematian dua kanak-kanak ini dan kaitannya dengan kes kematian mangsa pertama iaitu kakak mereka,” jelasnya.

Ketika ditanya sama ada alirannya bersambung dengan tali air di Alor Senibong, beliau memberitahu, kedua-duanya tidak bersambung dan terletak jauh antara satu sama lain.

“Tidak mungkin mangsa yang berumur 12 dan tiga tahun hanyut dari tali air Alor Senibong sehingga ke tali air Kampung Padang Pusing kerana kedua-dua tali air ini tidak bersambung antara satu sama lain,” jelasnya.

Ahmad memberitahu, polis turut menjumpai seluar berwarna hitam berhampiran tali air Kampung Padang Petani dan masih menyiasat pemilik seluar tersebut sama ada itu milik salah seorang mangsa.

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Nashir Ya berkata, pihaknya menemukan motosikal yang ditunggangi mangsa serta adiknya dalam keadaan baik dan berkunci di tepi jalan kira-kira satu kilometer dari rumahnya malam semalam.

“Siasatan masih dijalankan mengenai punca mangsa meninggalkan motosikalnya di situ,” katanya.

Sementara itu, bapa saudara mangsa, Mazlan Ariffin, 51, pula berkata, penduduk yang cuba menjejaki ketiga-tiga beradik itu menemui motosikal mangsa ditinggalkan berhampiran hentian bas.

“Motosikal itu kemudian dibawa pulang sebelum enjin terhenti secara tiba-tiba kerana kehabisan petrol sejurus sampai di rumah,” katanya.

 Al-Fatihah dan salam takziah kepada ahli keluarga. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas semua roh mereka.  Semoga Allah akan memberikan petunjuk dan mempermudahkan segalanya kepada PDRM  untuk menangkap pelaku pembunuhan itu untuk di bawa ke muka pengadilan….

Anak Jati Malaya
Source Blog

Wajah terkini Siti Aisyah didedahkan di media London??

ITV News London menyiarkan imej wanita dipercayai Siti Aishah Abdul Wahab, 69 (gambar) dan seorang lagi wanita, Josephine iaitu wanita yang dijadikan hamba oleh sepasang suami isteri sejak 30 tahun di Brixton.
Imej berkenaan dirakamkan ketika Aishah dan Josephine bersama dengan suspek, Aravindan Balakrishnan menghadiri inkues di mahkamah pada 1997.
Inkues itu diadakan susulan kematian seorang wanita, Sian Davies, selepas terjatuh dari tingkap sebuah rumah pada Oktober 1997.

Dalam imej berkenaan Aishah memakai cermin mata serta kemeja dan dia serta Josephine berada di belakang Balakrishnan.

Menurut media tempatan, Siti Aishah bersama-sama enam wanita lain pernah dibicarakan pada 1978 selepas ibu pejabat Maoist di sebuah kedai buku di Brixton diserbu polis.

Siti Aishah paling kiri dan suspek Aravindan Balakrishnan kanan sekali.

Sepanjang perbicaraan ketika itu, semua wanita tersebut melaungkan slogan komunis dan enggan mengemukakan rayuan terhadap 13 tuduhan yang dikenakan ke atas mereka termasuk menyerang polis.
Ini kerana mereka tidak mengiktiraf mahkamah, hakim dan sistem kehakiman.
Malah Aishah yang ketika itu berusia 34 tahun, telah membacakan satu kenyataan bahawa British adalah suruhan kepada Amerika Syarikat.
Jelasnya, mereka semua merupakan tahanan politik yang berdepan dengan tuduhan yang sengaja direka-reka.
Semalam, seorang pesara guru, Kamar Mahtum Abdul Wahab menyatakan bahawa Siti Aisyah adalah  adiknya yang hilang dalam tempoh sama selepas menyertai fahaman komunis Maoist.
Kamar Mahtum memberitahu,  Siti Aishah ditahan oleh pasangan suami isteri, Aravindan Balakrishnan dan Chanda yang memimpin sebuah kumpulan ekstremis komunis pada 1970-an.
Siti Aishah pernah belajar di Kolej Tunku Kursiah di Seremban, Negeri Sembilan sebelum menyambung pengajian dalam bidang juru ukur bahan di London dengan biasiswa Komanwel.
Jelasnya, Siti Aishah berpindah ke Britain pada 1968 bersama tunangnya, Omar Munir dengan impian untuk memulakan kerjaya di negara tersebut bersama keluarga.--Sumber

Anak Seberang
Source Blog

GAMBAR-GAMBAR TERKINI DARI BAITULLAH AL-HARAM..!!!

Gambar terkini di dalam Masjidil Haram dan Kaabah hanya di KedahNews.com..!
Lebih kurang 3 hari lagi kami para jemaah haji akan berwukuf di Arafah. Ia menandakan bermulanya kami bermasya’ir di Arafah, Muzdalifah dan Mina sebelum bertahlul awwal…
Doakanlah kami diberikan kesihatan yang terbaik, sepasang kaki yang kuat dan redha atas segalanya di bumi para Anbiya’ di Makkah Al-Mukarramah ini. 
Sementara itu, ikuti liputan secara langsung dan cerita-cerita menarik tentang perhimpunan terbesar umat Islam bagi tahun 1434 Hijrah dari KedahNews.com setiap hari. Doakan kami dikurniakan haji yang mabrur… insyaAllah…

THE DUKE’S BLOG

Copyright © 2013. All Rights Reserved.