Umno Blogger Directory

Kesedaran Generasi Muda Terhadap Bidang Keusahawanan Meningkat

KUALA LUMPUR, 14 April – Kesedaran generasi muda terhadap potensi bidang keusahawanan semakin meningkat apabila bilangan mereka yang menceburi bidang itu bertambah setiap tahun, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Menurutnya, institusi pembangunan usahawan yang menyediakan pinjaman perniagaan menerima banyak permohonan daripada usahawan muda untuk mengembangkan perniagaan mereka dengan mengemukakan pelbagai rancangan kreatif.

“Dulu sewaktu saya jadi Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) memang susah kita nak dapat permohonan untuk pinjaman dalam kalangan usahawan muda.

“Tetapi, tahun lepas PUNB berjaya meluluskan pinjaman berjumlah RM14 juta kepada usahawan muda di bawah Skim Prosper Usahawan Muda (PUMA), melepasi sasaran RM10 juta yang ditetapkan,” katanya selepas menyampaikan anugerah Pertandingan PUNB Biz Plan Challenge 2013, di sini hari ini.

Sebanyak 12 usahawan muda yang mengemukakan 10 rancangan perniagaan menerima hadiah berupa geran perniagaan dengan nilai keseluruhan RM170,000.

Khairy berkata kementerian itu akan terus menggalakkan agensi seperti PUNB dan SME Bank untuk meningkatkan promosi skim pembiayaan perniagaan untuk golongan muda memandangkan keusahawanan adalah satu daripada empat teras pembangunan belia yang ditekankan kementerian.

“Pelbagai inisiatif telah disediakan kerajaan, jadi saya amat berharap agar golongan muda terutamanya bumiputera yang berminat untuk berniaga agar berani mengambil risiko, tidak mudah putus asa, berwawasan dan yakin pada kebolehan diri.

“Ini kerana bidang keusahawanan menjanjikan kedudukan ekonomi yang tinggi jika kita bijak dan berani merebut peluang apabila adanya laluan mencapai perkara tersebut,” tambahnya.

Laman Rasmi Pemuda UMNO Malaysia
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Copyright © 2013. All Rights Reserved.