Umno Blogger Directory

Daily Archives: April 18, 2014

Muafakat Cara Terbaik Bina Negara – Razali Ibrahim

KUALA LUMPUR: Muafakat merupakan kaedah terbaik untuk membina sesebuah negara berbanding demonstarsi di jalan raya, kata Pengerusi Biro Pengajian Tinggi UMNO, Datuk Razali Ibrahim.

Razali berkata golongan muda terutama mahasiswa perlu memahami bahawa sesuatu tindakan yang mahu dibuat perlu dilihat kesan baik dan buruk kepada diri sendiri dan negara.

razali-ibrahim-muar-johor-umno-bn

Katanya, banyak pihak yang sering mengkritik apa sahaja tindakan kerajaan tetapi tidak pernah memberi sumbangan dari segi buah fikiran untuk menambah baik apa yang ada.

“Ada pihak yang sering mengkritik, apa sahaja yang kerajaan buat, semua tak betul bagi mereka.

“Kerajaan memang banyak laksanakan dasar yang tidak popular tetapi bertanggungjawab,” katanya ketika berucap di majlis perbincangan meja bulat Program Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) dan pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), di sini, hari ini.

Razali turut membidas tindakan sesetengah mahasiswa yang mendesak kerajaan menghapuskan pinjaman PTPTN dan menggantikannya dengan biasiswa.

Katanya, mereka yang membuat desakan ini merupakan pelajar yang tidak mendapat kelulusan cemerlang dalam peperiksaan.

“Yang cemerlang dalam pelajaran, yang dapat first class sudah dapat PTPTN percuma.

“Yang tak puashati mereka yang tak cemerlang, mereka tak dapat percuma, kalau nak percuma belajar sampai dapat first class,” katanya.

Beliau juga mendedahkan hanya 30 peratus sahaja peminjam PTPTN yang tidak berpuashati dengan badan tersebut dan meminta supaya ia dihapuskan.

Terdahulu, Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata program perbincangan meja bulat PTPTN dengan pelanggan dibuat bertujuan untuk melestarikan badan tersebut.

Beliau berkata segala pandangan yang diberikan akan digunakan untuk menambah baik PTPTN.

UMNO Online
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

TERKINI!!! ANJING DAP DITANGKAP KERANA MENGHINA ISYERI PM !!!


Laporan atau “report” polis tangkapan terhadap pemilik akaun facebook yang menunjukkan gambar cebisan daging dan terdapat wajah datin seri rosmah mansor – seri iskandar rpt 591/2014@ 0554

Pada 6 apr 2014 lebih kurang jam 0010 sepasukan pegawai dan anggota yang diketuai oleh insp mohd hanis bin abd wahab – pegawai jsj ipd sentul, kuala lumpur bersama sepasukan D9 Ipk perak dan Ipd perak tengah, perak telah membuat serbuan dan tangkapan di alamat no. 29, jalan U 18, bandar universiti, seri iskandar, perak berkaitan sentul repot no 5181/2014.
Ringkasan kejadian

Bertindak atas maklumat sentul repot 5181/2014 pada 6 apr 2014 pengadu bersama sepasukan pegawai dan anggota dari jsj ipd sentul, sepasukan D9 ipk perak dan sepasukan jsj ipd perak tengah telah pergi di alamat no.29, bandar universiti, seri iskandar, perak. Apabila sampai di alamat tersebut pengadu telah memgetuk pintu dan dibuka oleh 1 (p) melayu. Seterusnya pengadu memperkenalkan diri pegawai kanan polis dengan menunjukkan kad kuasa polis dan minta butir pengenalan diri diberi ialah laila bt arden kpt no 620512-10-5664 alamat no. 29 jalan bandar U18, seri iskandar, perak. Pengadu bersama saksi polis telah menyatakan tujuan kedatangan adalah untuk mencari 1 (L) melayu yang dikenali dengan nama ‘Syed Saifullah’. Kemudian (P) melayu tersebut telah memberitahu (L) melayu yang dicari adalah anaknya dan saspek telah keluar makan bersama suaminya dalam beberapa minit yang lalu. Pengadu kemudiannya telah menyuruh (p) melayu tersebut menelefon anaknya. Dalam 20 minit kemudian telah datang (3) lelaki melayu ke rumah tersebut dan pengadu telah kenalkan diri sekali lagi sebagai pegawai kanan polis dengan menunjukkan kad kuasa polis lalu bertanyakan siapakah ‘Syed Saifullah’ dan (1) L melayu telah mengaku dirinya adalah lelaki tersebut. Seterusnya pengadu bersama saksi polis telah membuat pemeriksaan badan ke atas saspek dan telah menjumpai sebuah h/phone jenama sony x peria warna hitam/putih no tel 013-4928564 dari poket sebelah kanan. Pengadu telah membuat pemeriksaan dibilik tidur utama dan dua yang terletak di tingkat satu. Tangkapan dan rampasan adalah seperti berikut:-

Saspek
Nama: syed ahmad saifullah bin hashim
No. Kpt : 890620-10-5311
Jantina : lelaki
Warganegara : malaysia
Tarikh lahir : 20 jun 1989
Keturunan : melayu
Taraf perkahwinan : bujang
Alamat : no. 29 jalan bandar U 18, seri iskandar, perak.
Butir2 rampasan
1.sebuah h/phone jenama sony x peria
2.moniter komputer jenama acer warna hitam
3.cpu jenama power logic warna hitam
4.key board jenama power logic warna hitam
5.tetikus jenama power logic warna hitam
6. Broadband jenama p1 warna putih/hijau
7.thumb drive tp-link warna putih/hitam
8.broadnand jenama celcom
9.kamera komputer tanpa jenama warna ungu/jernih
10.set speker jenama vinnfier warna hitam
11.4 kabel komputer warna hitan
12.penyambung soket warna putih
13.multicard reader janama sbhc support warna kuning/putih
14.thumb drive jenama kongston warna hitam
15.mesin cetak jenama canon warna hitam
16. Kabel internet warna putih,

Ulasan
Saspek ditangkap bersangkut sentul rpt
5181/14 diklasifikasi di bawah Seksyen 233 (1) CMA (Jenayah Siber) dan 505 (b) KK. Kes disiasat oleh ASP Hamka bin Mohammad. Setakat ini okt berada di Lokap Berpusat Jinjang dan hari ini akan diambil reman .

Anak Jati Malaya
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Copyright © 2013. All Rights Reserved.