Umno Blogger Directory

Daily Archives: March 4, 2014

BICARA KES SAMAN ANWAR – KHAIRY DITETAPKAN 9 – 11 JUN DEPAN

ISNIN, 03 MARCH 2014

KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi di sini menetapkan tiga hari bermula 9 Jun untuk perbicaraan kes saman fitnah RM100 juta yang difailkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin. Pesuruhjaya Kehakiman S.M. Komathy Suppiah menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Datuk Sulaiman Abdullah dan J. Leela mewakili Anwar, dan peguam Jeffery John mewakili Khairy. Mahkamah menetapkan 9 hingga 11 Jun untuk perbicaraan manakala 27 Mac ini ditetapkan untuk pengurusan kes.

Pada 7 Mac 2008, Anwar memfailkan saman terhadap Khairy, dengan mendakwa Khairy yang ketika itu Naib Ketua Pemuda Umno, telah mengeluarkan kata-kata berbaur fitnah dan menyebabkan klip video bertajuk ‘Anwar and kin no threat’ disiarkan dalam laman web, termasuk Malaysiakini.com.
Anwar, yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh, turut mendakwa klip video dalam Malaysiakini.com mengandungi sebahagian daripada ucapan Khairy di Lembah Pantai pada atau sekitar 20 Februari 2008.
Pada 25 November tahun lepas, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Khairy bagi mendapatkan kebenaran untuk merayu ke mahkamah itu (Mahkamah Persekutuan)terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Oktober tahun lepas, yang menolak permohonan Khairy, yang juga Anggota Parlimen Rembau untuk meminda pembelaannya dalam kes saman tersebut. - BERNAMA
P/S ~ Tak habis-habis kes saman si ‘sesumpah’ ni. Dah tak ada duit le tu. Selesai kes saman Papagomo, menang le sikit, kini saman KJ pulak. Boleh menang ke? KJ, jangan give-up. Lawan tetap lawan. Hehehehe…bagi semangat kat KJ. Insyallah, terlungkup sesumpah ni. Wasallam ~ IBM
“TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA”

Aku Sayang UMNO dulu, kini dan selamanya (Perjuangan yang belum selesai )
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Copyright © 2013. All Rights Reserved.