Umno Blogger Directory

jemaah

256 jemaah haji program 1MDB berlepas ke Madinah

Sebanyak 256 bakal jemaah program khas haji Perdana Menteri-Yayasan 1MDB berlepas ke Madinah pagi ini dengan penerbangan kedua (KT 2) menggunakan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH8000 ke Tanah Suci.

Mereka merupakan kumpulan pertama program khas yang kemudian akan diikuti dengan penerbangan dua lagi kumpulan iaitu pada 1.30 pagi esok dan 1.30 pagi hari Jumaat.

Para jemaah terlibat dijangka tiba ke Madinah kira-kira pukul 12.50 tengah hari (5 petang waktu Malaysia)

Sebanyak 1,000 imam dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dipilih menyertai program tersebut pada tahun ini.

 

:SembangHaji.Com:
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Kaunter pengeluaran wang Tabung Haji mula beroperasi di maktab penginapan jemaah

ac9cab5b-ed8e-46b3-8626-a07c593948f7_400

Semua kaunter pengeluaran wang Tabung Haji mula beroperasi hari ini di maktab-maktab penginapan jemaah haji Malaysia di Hotel Al-Haram dan Hotel Anwar Madinah Movenpick di sini.

:SembangHaji.Com:
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Pantau agensi umrah elak jemaah tertipu

KEBELAKANGAN ini dilaporkan berlaku banyak kes penipuan terhadap jemaah umrah di negara kita.

Terbaru lebih 100 jemaah umrah dilaporkan terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang selepas agensi terlibat gagal menyediakan penerbangan yang dijanjikan.

Akibatnya kebanyakan jemaah yang berasal dari Perak, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang terpaksa pulang hampa apabila agensi yang menguruskannya yang beribu pejabat di Alor Setar itu gagal menunaikan janji mereka.

Ironinya, ini bukanlah kes pertama seumpama ini yang berlaku di negara kita.

Sebelum ini, kes seperti itu sering dilaporkan oleh media, namun ternyata ia belum menemui titik noktah apabila masih ada agensi yang sanggup menipu demi meraih keuntungan wang ringgit tanpa belas kasihan.

Misalnya, Oktober lalu, sebuah agensi pelancongan didakwa memperdaya kira-kira 1,200 jemaah umrah dari seluruh negara melibatkan kerugian berjumlah hampir RM4.8 juta.

Penerbangan mereka ditunda beberapa kali dan jemaah juga gagal menuntut kembali wang mereka.

Oleh kerana kes seperti ini dilihat terus berlaku, kita berharap pihak berkuasa campur tangan dan bantu mengatasi masalah ini agar tidak ada lagi bakal jemaah umrah diperdaya oleh agensi yang tidak bertanggungjawab.

Dalam hal ini, agensi yang berkaitan seperti Lembaga Tabung Haji, Kementerian Pelancongan dan polis perlu bergabung tenaga mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah tersebut.

Pastikan semua agensi berdaftar dengan Lembaga Tabung Haji.

Semua agensi yang menyediakan perkhidmatan ini perlu dipantau secara berkala dan konsisten.

Pihak berkuasa perlu memastikan operasi mereka berada di landasan yang betul dan mematuhi segala prosedur yang telah ditetapkan.

Walaupun bukan semua agensi melakukan penipuan, namun kita tidak mahu tindak-tanduk segelintir agensi yang tidak bertanggungjawab ini merobek kepercayaan dan keyakinan masyarakat.

Umpama pepatah Melayu, kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Agensi yang didapati menyeleweng mahupun menipu perlu dikenakan hukuman setimpal termasuk disenaraihitamkan supaya kes bakal jemaah umrah diperdaya tidak berulang.

Dalam pada itu, orang ramai juga perlu lebih berwaspada dan berhati-hati dalam memilih agensi yang menyediakan perkhidmatan itu.

Jangan mudah termakan pujuk rayu dan janji manis yang disogok oleh pihak agensi terbabit.

Sepatutnya masyarakat mengambil iktibar dengan segala pendedahan yang dilakukan media dan pihak berkuasa sebelum ini berkaitan penipuan seumpama itu.

Ringkasnya, jangan terlalu mudah mempercayai orang lain apatah lagi ia melibatkan jumlah wang yang besar.

Pilihlah agensi yang terbukti tiada sebarang masalah dan mempunyai rekod perkhidmatan cemerlang.

Apapun kita juga berharap sangat agar semua agensi dan syarikat yang ada agar lebih sensitif dan bertanggungjawab dalam hal ini.

Ini soal ibadah, jadi janganlah mudah gelap mata dan utamakan keuntungan semata-mata.

Biarlah kita mencari rezeki berkat hasil usaha yang ikhlas dan beretika.

Justeru, saya berharap pihak berkuasa akan bertindak dengan lebih tegas selepas ini terutama membabitkan aspek pemantauan dan penguatkuasaan.

Masyarakat perlu menjadikan insiden seperti ini sebagai pengajaran agar tidak lagi terjerat dengan sindiket seperti ini.

:SembangHaji.Com:
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Hotel Di Madinah Terbakar ,15 Jemaah Maut

MADINAH 9 Feb – Satu kebakaran Hotel Ishraq Al-Madina di Madinah semalam telah menyebabkan 15 jemaah maut dan mencederakan 130 yang lain.
Kabakaran dilaporkan berlaku 2.33 petang Sabtu waktu tempatan dan kira-kira pukul 8 malam waktu Malaysia, lapor agensi berita Saudi Press Agency (SPA).
Menurut agensi itu, beberapa pegawai yang ditemui berkata, kira-kira 700 jemaah telah menginap di hotel di bandar barat Madinah untuk melaksanakan umrah.
Laporan sebelum ini berkata, 12 orang terbunuh dalam kebakaran tersebut.
Stesen-stesen televisyen di Mesir berkata rakyat Mesir dan Turki adalah antara mereka yang terkorban dan jurucakap Kementerian Luar, Badr Abdelatty berkata, Kaherah masih cuba untuk mengesahkan jumlah warga mereka yang meninggal dunia.
“Api tersebut mengakibatkan kematian 15 jemaah dan disebabkan oleh pengsan, pendarahan dan serangan jantung dan pernafasan. Kami juga merawat 30 kes lemas akibat kebakaran,” kata Mohammed Mahmoud Kheyat , jurucakap Bulan Sabit Merah Arab di Madinah kepada agesi berita tersebut.
Kebakaran berlaku pada waktu petang dan berjaya dikawal beberapa jam kemudian oleh lebih daripada 110 anggota Bomba dan Pertahanan Awam Arab Saudi.
Mereka yang terselamat berpindah ke hotel lain di bandar tersebut.
Pihak berkuasa melakukan siasatan punca kebakaran itu dan mengatakan kerja-kerja penyelenggaraan di hotel itu litar pintas mungkin menjadi punca hotel tersebut terbakar.
_72853507_020974560-1 _72853498_72853497 Medina hotel fire kills 15 pilgrims, injures 130

:SembangHaji.Com:
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Jemaah Haji Tidak Dibenarkan Daftar Kali Kedua selama 5 Tahun

KUALA LUMPUR, 28 Nov – Rakyat Malaysia yang baru pulang daripada mengerjakan ibadah haji tidak dibenarkan mendaftar untuk menunaikan haji buat kali kedua dalam tempoh lima tahun.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, mereka sebaliknya dicadangkan supaya mengerjakan umrah bagi memberi laluan kepada orang lain menunaikan ibadah haji.

“Apabila sudah dibenarkan mendaftar untuk mengerjakan haji selepas lima tahun pun, mereka yang sudah mengerjakan haji, tidak akan diberi keutamaan.

“Namun kelonggaran akan diberikan kepada mereka yang menghadapi masalah ketika mengerjakan haji buat pertama kali seperti tidak sempat menunaikan perkara tertentu dan sebagainya,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Che Mohamad Zulkifly Jusoh (BN-Setiu) pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Jamil Khir menjelaskan, pada masa ini terdapat 1.3 juta pendeposit Tabung Haji yang sedang menunggu untuk menunaikan ibadah haji dan daripada jumlah itu 14,000 merupakan warga emas mengikut takrifan Tabung Haji iaitu berusia lebih 75 tahun.

Sementara itu, menjawab soalan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (BN-Kepala Batas), beliau berkata, kerajaan Arab Saudi menetapkan wanita yang berumur 45 tahun ke atas tidak diwajibkan untuk membawa mahram.

:SembangHaji.Com:
Source Blog

Arab Saudi kurangkan kuota jemaah umrah semasa Ramadan

JEDDAH 8 Dis. – Kerajaan Arab Saudi semalam mengumumkan akan mengurangkan jumlah jemaah umrah pada bulan Ramadan akan datang kepada 500,000 jemaah sahaja sehari, di Mekah dan Madinah.

Menteri Haji, Bandar Hajjar pada masa sama berkata, pengeluaran visa umrah juga akan dihentikan pada pertengahan bulan Ramadan tahun depan.

Langkah itu bertujuan untuk mengurangkan kesesakan di Masjidilharam berikutan kerja-kerja pembesaran kawasan sedang giat dilakukan.

Katanya, pengumuman awal itu akan membolehkan syarikat perkhidmatan umrah di seluruh dunia membuat perancangan lebih awal berpandukan arahan yang telah ditetapkan Arab Saudi.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan peratusan jemaah yang tinggal melebihi tempoh visa yang ditetapkan juga telah menurun kepada 0.1 peratus hasil penguatkuasaan yang dilakukan pihak berkuasa.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan sistem pengangkutan bas bersepadu bagi jemaah umrah di pejabatnya di Jeddah di sini.

Selain itu katanya, kerajaan akan mewujudkan sistem penalti ke atas syarikat penerbangan yang gagal memastikan perjalanan pergi dan balik para jemaah berjalan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

“Kita mendapat kerjasama daripada Pihak Berkuasa Am Penerbangan Awam (GACA) untuk memastikan penerbangan para jemaah di lapangan terbang mengikut jadual,” katanya.

Sementara itu, pihaknya telah menerima permohonan daripada 48 syarikat pengelola perkhidmatan umrah dan 2,000 agensi pelancongan dari luar negara untuk mendapatkan kebenaran membawa jemaah menunaikan umrah pada Ramadan tahun depan. – AGENSI

:SembangHaji.Com:
Source Blog

16 jemaah haji kita meninggal dunia di tanah suci

Sebanyak 16 jemaah haji Malaysia meninggal dunia di tanah suci kerana masalah kesihatan ketika mengerjakan rukun Islam kelima itu.

Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata segala urusan pengebumian dan sijil kematian diuruskan oleh Tabung Haji di sana dan kemudian dihantar kepada waris di negara ini.

“Petugas Tabung Haji yang berada di Makkah akan memaklumkan kepada saya sekiranya ada jemaah haji kita yang meninggal di sana supaya pihak kita dapat memaklumkan kepada waris si mati,” katanya kepada pemberita ketika melawat keluarga seorang jemaah yang meninggal dunia di Makkah, di Kampung Pokok Pauh Dalam, Pokok Sena dekat Alor Setar hari ini.

Abdul Azeez menziarahi keluarga Allahyarham Jasin Taib, 73, yang meninggal dunia di Hospital King Abdulaziz di Jeddah pada Isnin lalu akibat sakit tua.

Rombongan Tabung Haji hadir di kediaman keluarga Allahyarham bagi menyampaikan bantuan khairat kematian kepada anak sulung Allahyarham, Ghazali, 52.

Abdul Azeez berkata Allahyarham merupakan jemaah ke-15 yang meninggal dunia di Makkah dan jenazah disemadikan di tanah perkuburan Syara’ik di Makkah.

Beliau berkata isteri arwah, Siti Aminah Abau, 70, dan anak bongsu, Abdul Rashid, 40, yang turut serta menunaikan haji akan pulang ke Malaysia pada 14 Nov ini.

Abdul Azeez berkata setakat ini, lebih 2,000 jemaah haji Malaysia telah pulang ke Malaysia dan penerbangan terakhir bagi musim haji kali ini adalah pada 17 Nov.

Sementara itu, Ghazali berkata arwah ayahnya sepatutnya menunaikan haji pada tahun lepas tetapi disebabkan kesihatannya tidak mengizinkan, tahun ini baru arwah boleh ke sana.

“Arwah ada penyakit kencing manis dan darah tinggi. Sebelum berangkat, arwah sedikit bimbang untuk ke sana kerana tidak berapa sihat. Ayah dah lama simpan duit untuk ke Makkah. Dia bekerja buat bendang dan hasil duit itulah membolehkannya pergi menunaikan haji dengan mak,” katanya.

Bernama

:SembangHaji.Com:
Source Blog

Kumpulan terakhir jemaah haji tiba di KLIA

SEPANG – Kumpulan terakhir seramai 281 jemaah haji Malaysia, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini menerusi pesawat MH8309.

Mereka yang tiba pada kira-kira 7 pagi disambut pegawai pengurusan kanan Lembaga Tabung Haji (TH), Malaysia Airlines System (MAS) dan anggota keluarga masing-masing.

Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat Kumpulan TH, Anis Zuhani Ahmad berkata, seorang jemaah haji bagaimanapun masih menerima rawatan di Hospital King Fahd Jeddah, Arab Saudi.

“Pesakit yang dirawat kini dalam pemerhatian doktor dan petugas Tabung Haji di Tanah Suci akan terus memantau keadaan beliau,” menurutnya dalam kenyataan yang diedarkan kepada media di sini.

Sebanyak 64 buah penerbangan terdiri daripada 39 penerbangan MAS dan 25 penerbangan Saudi Airlines telah digunakan untuk membawa pulang seramai kira-kira 22,000 jemaah haji secara berperingkat, bermula 21 Okt lepas.

Pada musim haji tahun ini, jumlah kematian jemaah haji Malaysia di tanah suci adalah seramai 26 orang iaitu 15 lelaki dan 11 wanita.- Bernama

:SembangHaji.Com:
Source Blog

Kumpulan terakhir jemaah haji tiba 18 November – Azeez

Kumpulan terakhir jemaah haji Malaysia yang pulang daripada mengerjakan ibadat itu di Tanah Suci dijadual tiba pada 18 November ini.

Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, terdapat seramai 19,482 orang jemaah Malaysia masih berada di Mekah dan Madinah dan akan pulang secara berperingkat melibatkan 57 penerbangan.

Menurutnya, sehingga kini sebanyak 2,492 jemaah telah selamat pulang ke tanah air dengan tujuh penerbangan.

“Sebanyak 64 penerbangan digunakan untuk membawa pulang kesemua jemaah haji Malaysia dengan kumpulan terakhir dijangka tiba pada 17 dan 18 Novermber ini.

“Dengan kepulangan kesemua jemaah kita, bilik gerakan TH di Mekah akan menamatkan operasi pada 20 November ini,” katanya

 

:SembangHaji.Com:
Source Blog

Tiga jemaah haji maut dalam kemalangan

Tiga jemaah haji maut manakala tiga parah termasuk pemandu, selepas van yang dinaiki mereka merempuh belakang sebuah lori di Km210.2 Lebuh raya Pantai Timur menghala ke Kuantan dekat Kuantan, awal pagi tadi.

Mangsa yang terbunuh ialah penumpang hadapan, Kamarudin Ab Rahman, 43, dari Permatang Badak dan dua penumpang belakang, Zainab Awang Hassan, 59, dari Kampung Seri Teruntum dan Fatimah Said, 63, dari Kampung Rozali dekat Jalan Gambang di Kuantan.

Pemangku Tadbir/Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, ASP Zainalabidin Othman berkata dua lagi penumpang dan pemandu van itu mengalami kecederaan dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan.

“Nahas jam 3.40 itu berlaku semasa van yang membawa lima jemaah haji terbabit dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) menuju ke Kuantan.

“Dipercayai di tempat kejadian, van itu telah merempuh bahagian belakang lori muatan bijih besi terbabit yang berada di lorong kiri jalan.

“Ekoran itu, ketiga-tiga mangsa mati di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan,” kata Zainalabidin kepada pemberita.

Beliau berkata mangsa yang terbunuh dihantar ke hospital yang sama untuk bedah siasat dan keluarga semua mangsa kemalangan telah dimaklumkan.

- Bernama

:SembangHaji.Com:
Source Blog

Copyright © 2013. All Rights Reserved.