Umno Blogger Directory

jawatan..

Wanita UMNO Kudat usul tambah satu kerusi wanita jawatan Naib Presiden

UMNO general assembly 2012

KOTA KINABALU, 25 Ogos: Perwakilan Wanita Umno Kudat mengusulkan satu kerusi tambahan bagi jawatan Naib Presiden Umno dan Naib Ketua Umno Bahagian diberikan kepada anggota sayap itu.

Ketua Wanitanya, Datuk Aminah Ambrose berkata pihaknya merasakan keperluan wakil Wanita di peringkat kepimpinan tertinggi bagi memastikan suara wanita didengar berikutan jumlah pertambahan keanggotaan sayap berkenaan.

“Untuk kita melakukan satu perubahan, transformasi bukan sesuatu yang mudah tetapi kita mencuba. Kita bukan menidakkan hak kaum lelaki, kita cuma meminta sedikit kelebihan untuk kaum wanita,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata Wanita Umno Kudat turut mengusulkan bilangan senator dalam kalangan Wanita Umno di Sabah ditambah daripada satu kepada dua selain meminta pertambahan calon wanita dalam pilihan raya umum sama ada di peringkat Dewan Undangan Negeri atau Parlimen.

Menurutnya, pergerakan itu berpendapat usul itu sesuai dengan hasrat Wanita Umno untuk membangunkan wanita bagi mencapai 30 peratus golongan itu dalam bidang pembangunan dan pembuat dasar negara.

“Ia bersesuaian dengan keanggotaan Wanita Umno yang berjumlah 1.3 juta orang selain pengiktirafan Wanita Umno sebagai tulang belakang parti,” katanya.

 

Sumber – BERNAMA

Laman Rasmi Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

“TRAUMA” INSIDEN #MH370 & #MH17, HAMPIR 200 KRU MAS LETAK JAWATAN…

SELASA, 26 OGOS 2014

SUMBER : 

Hampir 200 kru penerbangan Malaysia Airline System Bhd (MAS) meletakkan jawatan terutamanya selepas tragedi berganda melibatkan MH17 dan MH370. Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja MAS (MASEU) Abdul Malek Arif berkata, kini hanya tinggal kira-kira 3,000 kakitangan kru penerbangan yang tinggal. “Sebahagiannya takut untuk terbang. Tiada apa yang boleh kita lakukan ekoran perkara ini. “Mereka jadi semakin takut dan kami berharap apabila masa berlaku mereka akan kembali normal,” katanya.

Dalam kenyataannya kepada The Edge Financial Daily, MAS berkata, jumlah keseluruhan peletakan jawatan daripada Januari hingga Julai tahun ini sebanyak 186 dan bukannya 500 seperti didakwa. “Ekoran insiden MH17, terjadi peletakan jawatan mendadak anak kapal, tetapi bilangannya kini menurun ke tahap rutin dijangkakan.” “Ramai menyebut mereka meletakkan jawatan kerana tekanan keluarga ekoran tragedi MH17 dan MH370. “Setakat ini, kadar peletakan jawatan di MAS kurang 5 peratus, yang mana bawah norma industri,” menurutnya kenyataan itu lagi. – Reuters

P/S ~ Kalau itulah pilihan mereka, apakan daya. MAS tidak boleh berbuat apa-apa. Itu hak mereka untuk berhenti kerja dik ‘trauma’ di atas kejadian yg menimpa MH370 & MH17. Ucapan selamat maju jaya untuk mereka yang akan mencari pekerjaan lain. Wasallam ~ IBM

Aku Sayang UMNO dulu, kini dan selamanya (Perjuangan yang belum selesai )
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Hadi dirasuah KETUM dengan jawatan dalam Ulamak Sedunia?

Selama beberapa minggu kita difahamkan Haji Hadi menolak KIPAS dari menjadi MB Selangor atas sokongan kepada TSKI.

Rupanya ada cerita …

Tak dapat sogok wang, sogok pink form, kontrak, PLC dll. Ada kala sogok perempuan. Ada pula jawatan dalam parti atau kerajaan.

Pertama kali dengar sogok guna jawaran dalam persatuan ulama. Memang pakar Anwsr Ibrahim dalam bab rasuah dan sogok.

Dulu UMNO dotosakkan dengan rasuah, kini PAS pun dibeli hingga Ulamak hilang kuasa dengsn rasush dalam PAS.

Akhurnya ulamsk pun.dapat dirasuahnya.

Harap ada yg dalam PAS bertanya, jika Anwar hormat ulama, kenapa tak ikut cakap ulamak dan berhenti lakukan zina bisexual????
The Unspinners
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

ANWAR IBRAHIM PANAS PONGGONG MEROYAN TERGILAKAN JAWATAN MB SELANGOR????

SHAH ALAM – PR sudah bersedia menghadapi pilihan raya mengejut negeri jika ia terpaksa dilakukan bagi mendapatkan Menteri Besar Selangor yang baharu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jika pilihan raya terpaksa diadakan, PR sudah bersedia untuk menghadapi pengundi dan berkeyakinan penuh rakyat Selangor akan sekali lagi menyokong PR.

“Rakyat perlu diyakinkan. Jika keputusan sukar perlu dibuat, ia akan dibuat setelah mengambil kira kepentingan rakyat dan dibuat untuk maslahah atau kepentingan rakyat.

“Sama ada kita hilang sokongan akibat pendirian yang kita ambil…kita akan terus beristiqamah dan komited dengan matlamat untuk membentuk Malaysia yang lebih adil, bebas korupsi dan benar-benar demokratik,” katanya.

Beliau berkata, persefahaman mengenai hak lantikan Menteri Besar Selangor telah wujud dalam kalangan pimpinan PR.

“Situasi ini sama. PKR juga pernah bersetuju akan hak parti-parti lain dalam membuat keputusan yang sama di negeri-negeri dan persefahaman ini wajib dipatuhi.

“Kita juga bimbang akan nada perkauman dan perpecahan yang disuarakan segelintir pimpinan kecil PR yang jelasnya mencabuli nilai-nilai asas dan mereka ini perlu dikenakan tindakan disiplin,” katanya.

Bagaimanapun Anwar tetap yakin, isu Menteri Besar Selangor ini akan dapat diselesaikan dengan cara baik sesuai dengan semangat PR.

“(Isu ini) sama ada diselesaikan melalui proses peralihan yang lancar, undi tidak percaya atau pilihan raya.

Anak Jati Malaya
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Krisis jawatan bukti pembangkang parah

KUALA LUMPUR 29 Jun – Krisis perebutan jawatan Menteri Besar Selangor yang disandang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggambarkan perpecahan yang semakin parah bukan sahaja di dalam Parti Keadilan Rakyat…
Utusan Online – Politik
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

62% wanita isi jawatan pengurusan, profesional

NDCALON 177

 

PUTRAJAYA 30 April – Sebanyak 62 peratus atau 205,557 penjawat awam di peringkat pengurusan dan profesional pada tahun lalu terdiri daripada kaum wanita.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd. Dun berkata, jumlah itu secara tidak langsung membuktikan wanita diberi peluang untuk memegang jawatan kepimpinan tertinggi dalam sektor awam.

Selain itu, beliau berkata, jumlah penglibatan wanita pada peringkat pembuat dasar dalam sektor awam juga meningkat kepada 33.7 peratus pada tahun lepas.

“Jumlah itu melebihi daripada 30 peratus sasaran asal yang diumumkan kerajaan pada 2004 dan saya gembira untuk mengumumkan kita telah berjaya melepasinya.

“Sebelum ini peratusan penglibatan wanita di peringkat pembuat keputusan adalah sebanyak 18.8 peratus pada 2004, 30.5 peratus (2009) dan 31.7 peratus (2012),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penutup Persidangan Kepimpinan Wanita Dalam Sektor Awam dan Swasta di Hotel Pullman di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Institut Pengurusan Wanita (WIM), Tan Sri Napsiah Omar.

Sementara itu, Azizah berkata, kementerian turut menyasarkan pembabitan 30 peratus golongan wanita memegang jawatan penting di dalam syarikat yang tersenarai pada Bursa Malaysia menjelang akhir 2016.

Beliau berkata, sasaran itu selari dengan polisi yang diumumkan kerajaan untuk melibatkan wanita pada peringkat pembuat keputusan dalam sektor korporat pada tahun 2011.

 

Sumber – Utusan

Laman Rasmi Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Jawatan Presiden PKR Tetap Milik Keluarga Anwar

Asas penubuhan Parti Keadilan Rakyat adalah untuk berjuang mempertahankan Anwar Ibrahim yang telah disabitkan dengan beberapa siri jenayah dahulu sehingga dipenjarakan beberapa tahun. Dengan itu para penyokong Anwar yang taksub telah berjuang di jalanraya dan di mana-mana sahaja demi mempertahankan Anwar yang merupakan seorang penjenayah.

Kini setelah Anwar dibebaskan dan disabitkan semula dengan jenayah baru iaitu liwat tiada apa yang berubah. Tujuan parti PKR ini tetap sama iaitu demi kepentingan peribadi Anwar Ibrahim. Segala laungan demi rakyat untuk rakyat hanya sekadar ucapan palsu dibibir semata.  Sememangnya pengikut PKR telah bertambah dengan bertambahnya kekuatan pakatan pembangkang yang bergerak dengan bantuan “tangan-tangan ghaib”. Hakikatnya PKR tidak pernah berjuang untuk rakyat. Tidak ada satu pun jasa PKR terhadap rakyat Malaysia.

Menjelang pemilihan dalaman PKR, sudah tentulah ada para pemimpin atasan PKR yang menyimpan cita-cita untuk menjawat jawatan Presiden yang sebelum ini disandang oleh Wan Azizah.  Namun satu lawak jenaka telah berlaku apabila Anwar dan Azizah telah bertanding jawatan Presiden PKR seolah tidak ada seorang pun ahli PKR yang lain layak menyandangnya. Dalam erti kata lain ianya milik keluarga Anwar Ibrahim ataupun Kroni Anwar.

Walaubagaimana pun penyokong tegar PKR tetap memberi alasan kononnya munasabah sangat suami isteri itu bertanding. Mereka anggap tindakan Wan Azizah mempertahankan jawatan presiden dalam pemilihan PKR dilihat sebagai pelan sokongan sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dalam proses rayuan di Mahkamah Persekutuan berhubung kes liwatnya. Ini sebagai “back up plan” kononnya walaupun Anwar  turut mengumumkan untuk bertanding jawatan tersebut.

 

 

Kononnya ini merupakan strategi  Anwar  untuk memastikan beliau kekal dalam parti. Namun, dalam masa sama perlu ada jalan elakkan masalah jika Anwar gagal dalam proses rayuan ke atas hukumannya. Dengan erti kata lain sebenarnya Anwar tahu bahawa terdapat seseorang di dalam parti yang menunggu masa yang sesuai untuk merampas jawatan Presiden. Persoalannya siapakah “orang” itu?

 

Walaubagaimana pun, pada usia Wan Azizah yang sebenarnya lebih berminat untuk mengundurkan diri berehat dan menikmati hari-hari tua beliau sebagai seorang nenek, ibu dan isteri sahaja  beliau seolah dipaksa dalam rela untuk memuaskan nafsu ketamakkan kuasa Anwar Ibrahim. Dalam hari pencalonan pemilihan PKR kelmarin, Anwar sah bertanding merebut jawatan Presiden dan bakal berdepan Wan Azizah yang memegang jawatan itu sejak 1999.

 

Menurut Seksyen 9A(1) (b) Akta Pertubuhan 1966, seseorang tidak boleh memegang jawatan dalam sesebuah pertubuhan berdaftar jika disabitkan kesalahan dan didenda tidak kurang RM2,000 atau dihukum penjara tidak kurang satu tahun. Tambahan pula terdengar desas desus yang cukup kuat mengatakan bahawa  keputusan Anwar bertanding jawatan presiden sebenarnya bagi mengelakkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menentang Wan Azizah. Ini memandangkan Wan Azizah berada dalam kem Khalid Ibrahim. Sengketa antara Azmin Ali dan Khalid Ibrahim bukan lagi rahsia.

 

Walau apa pun alasan yang mereka cuba berikan namun rakyat tetap melihat PKR sebagai hanya sebuah parti “kartun” hak milik cipta keluarga Anwar. Walau selama mana pun ianya ditubuhkan namun hakikat ini tetap tidak akan dapat disangkal. Anwar akan pastikan hanya ahli keluarga dan kroni nya sahaja yang menerajui PKR sama seperti DAP yang merupakan parti anak beranak.

MYKMU.NET: DEMI SEBUAH PERJUANGAN
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Akhirnya, seorang lagi ADUN PKR letak jawatan..

Baru sahaja baru-baru imi ADUN Kadamaian, Jeremmy Malajad mengumumkan keluar PKR dan menjadi ADUN Bebas yang menyokong BN, dan terkini, secara rasmi ADUN Matunggong, Datuk Jelani Hamdan umum letak jawatan sebagai Naib Pengerusi PKR Sabah berkuat kuasa serta merta hari ini. 

Keputusan ini dilakukan ekoran tindakan Naib Presiden PKR, Tian Chua yang mengemukakan surat tunjuk sebab kepadanya kerana mempersoalkan tentang pemimpin PKR Sabah yang tidak dipilih sebagai Pengerusi Majlis Kepimpinan Negeri Sabah, sedangkan terdapat empat ADUN dan seorang Ahli Parlimen daripada PKR Sabah.

 Katanya, bukan jawatan tertinggi sahaja tidak diberikan kepada pemimpin PKR negeri malah jawatan Timbalan Pengerusi majlis tersebut juga diberikan kepada orang lain. Pkr memang parti gila, hanya kerana memberikan pandangan maka dikenakan surat tunjuk sebab.

Datuk Jelani juga dikhabarkan dalam masa terdekat ini juga akan keluar terus dari Pkr. Tidak mustahil dalam masa terdekat ini di Sabah akan jadi Parti Keluar Ramai Ramai. Nampaknya PKR Sabah akan bungkus selepas ini akibat ketidakadilan yang ditunjukkan PKR Pusat.
Anak Seberang
Source Blog

Copyright © 2013. All Rights Reserved.