Umno Blogger Directory

Kepada

TERIMA KASIH PM KEPADA WARGA ‘PENDIDIK’ – “SELAMAT HARI GURU”

JUMAAT, 16 MAY 2014

16 Mei (Bernama) – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat melahirkan penghargaan kepada semua warga pendidik atas sumbangan yang mereka curahkan dalam mendidik anak bangsa. Beliau mengakui guru memikul beban melahirkan pelajar berilmu dan berkebolehan, yang bersedia untuk mewarisi perjuangan dan menyumbang kepada pembangunan negara. “Tanggal 16 Mei setiap tahun, Hari Guru disambut di seluruh negara bagi menghargai jasa dan pengorbanan guru yang telah bersusah payah memerah keringat mendidik anak bangsa dan mendorong mereka ke arah menjadi insan cemerlang dalam apa jua lapangan yang diceburi. 

Kita berterima kasih kepada guru yang yang begitu banyak berjasa, berkorban masa dan tenaga dan tidak pernah jemu melaksanakan tanggungjawab mereka yang besar ini,” katanya dalam catatan di laman blog www.1malaysia.com.my sempena sambutan Hari Guru hari ini. Perdana menteri berkata tugas dan tanggungjawab yang digalas warga pendidik amat berat dan mencabar, justeru mereka wajar dihargai. “Bagi pihak diri saya dan seluruh rakyat Malaysia, Selamat Hari Guru saya ucapkan kepada semua warga pendidik atas sumbangan mereka yang tidak ternilai demi kemakmuran bangsa dan tanah air. Terima Kasih Cikgu,” kata Najib. Dari IBM, “Selamat Hari Guru”. Wasallam ~ IBM
“TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA”

Aku Sayang UMNO dulu, kini dan selamanya (Perjuangan yang belum selesai )
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

@realDrMAZA Silap ‘Tahniah’. Yang Sebenarnya ‘Takziah’ Kepada Keluarga Karpal Singh




Komen Abu Aqif : Posting sebelum ini Dr Maza dengan tidak semena-mena mengucapkan ‘tahniah’ di atas kematian mendiang Karpal Singh. Rupa-rupanya itu adalah kesilapan dalam menaip. Beliau telah pun membetulkan kesilapan tersebut namun tiada permohonan maaf langsung dibuat kepada keluarga mendiang Karpal Singh. Saya menyarankan Dr Maza dengan segera memohon maaf kepada keluarga mendiang supaya keluarga mereka yang di dalam kesedihan tidak bertambah terguris hari mereka.



Dan di sini telah membuktikan betapa tidak konsistennya Dr Maza dalam sesuatu perkara. Sikapnya yang muzabzib tidak berubah lagi. Mengambil mudah dalam semua perkara sehingga perkara yang boleh menyentuh hati dan perasaan keluarga si mati pun diambil mudah.

Dan kami harap Dr Maza dapat mengambil iktibar dalam hal ini. Semua manusia melakukan kesilapan. Beliau juga kerap menghentam orang lain bila berlaku kesilapan namun tidak boleh dirinya dikritik apabila kesilapan berlaku kepada diri beliau. Tindakan seperti ini adalah jumud dan tidak profesional malah tidak cocok dengan seorang yang memegang scroll Ph.D.

Jika zaman dahulu, perawi hadith jika kerap melakukan kesilapan seperti ini, riwayatnya tidak boleh diterima. Tertolak sama sekali. Mungkin ini adalah petunjuk kepada kita bahawa, segala pendapat Dr Maza sekarang boleh diragui. Asyik salah posting sahaja. Ini bukan posting seorang Ph.D. Sudah terlalu kerap beliau melakukan kesilapan dalam posting yang boleh mengundang fitnah. Bertaubatlah wahai Dr Maza.

Karpal Singh Maut Dalam Kemalangan Jalanraya

@realDrMAZA Ucap ‘Tahniah’ Di Atas Kematian @KarpalSinghDAP

@realDrMAZA Silap ‘Tahniah’. Yang Sebenarnya ‘Takziah’ Kepada Keluarga Karpal Singh



Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari blog Abu Aqif Studio ke wall masing², boleh klik di sini:

- Klik “Syndication” di sebelah kiri
- Klik “Grant Permissions
- Klik “Add Facebook Target” dan klik “Add

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah.

Anda bebas untuk share dan download. Tidak perlu keizinan untuk mengambil video dari Channel Abu Aqif Studio. Namun video yang diambil dari Abu Aqif Studio mohon diberi sedikit kredit dengan link-kan semula kepada video yang asal. Jazakallahukhair.. Semoga bermanfaat..



Abu Aqif Studio
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Ketaksuban Kaptan Zaharie kepada Anwar luar tabii?

Pada mulanya, The Unspinners enggan kaitkan politik dalam kisah kehilangan psawat MAS MH370, tetapi sejak Perdana Menteri Dato Najib menyebut dalam kenyataannya bahwa usaha akan ditumpukan terhadap anak kapal dan penumpang, ianya sedikit sebanyak telah membabitkan politik.

Kapten Zaharie diketahui adalah rapat dan penyokong kuat PKR.

Ini diperakui sendiri oleh Sivarasa, Naib President PKR yang mana bersama Tian Chua disuspek terlibat dalam membiayai pengganas Suluk untuk menyerang Lahad Datu.

Laman FB nya pun menunjukkan dia sangat mengkuti kegiatan dan bberita PKR.

Semalam pihak polis telah pergi ke rumah Kapten Zaharie dan pembantu juruterabang untuk menyiasat terutama simulator Kapten Zaharie sendiri. Khususnya diharapkan simulator Kapten Zaharie dapat memberi tunjuk arah bagi penyiasatan seterusnya,

Selama ini Unspinners pun agak hairan bagi seseorang perlu membelanjakan sampai RM18,000 untuk punya simulator sendiri di rumah. Bukankah sebagai pelatih Boeing 777 dan seorang yang paling pakar dalam pesawat jenis tersebut, simulation boleh dilakukan di pejabat?

Ini menimulkan syak bahawa Kapten Zaharie mahu mengelak dari simulation yang ingin dilakukan diketahui pihak majikan MAS dan pejabat?

Ekoran kenyataan Dato Najib yang mendedahkan pesawat tersebbut berpatah balik dan kemudiannya mematkan dua transponder perhubungan, ini yang membuat penyiasatan kini menumpukan kepada latarbelakang anak kapal dan penumpang.

 
Dato Najib belum mengesyahkan pesawat MH370 diculik tapi maksud tersirat ada sedemikian. Pelbagai teori disebut tentang ke mana kapalterbang itu hilang. Namun Dato Najib ada menyebut kemungkinan psawat itu menghalakan ke turkmenistan atau Kazakhtan.

Ada teori mengatakan pesawat tersebut mungkin ada mengambil minyak untuk dapat terus terbang ke Rusia atau Ukraine. Ada pula teori mengaikan dengan kebangkitan puak Islam Uigar di CHina.

Namun begitu berita yang mengejustkan pagi ini adalah berita dua akhbar Britain yang melihat Kaptan Zakarie yang mungkin bersikap emosi setelah Anwar dihukum salah dan penjara 5 tahun oleh Mahkamah Rayuan.

Berita-berita Mail Mail dan Mirror ini boleh diperolehi di  SINI dan SINI.

Secara susunan, Zaharie telah bertolak bekerja selepas menghadiri Mahkamah Rayuan pada hari tersebut. Kemungkinan dia dalam rasa jiwa tertekan akibat keputusan tiga Hakim Mahkamah Rayuan yang memutuskan Anwar Ibrahim bersalah.

Adakah keadaan emosi sedemikian yang membuat ia sengaja menutup transpnder komunikasi pesawat? Transponder yang oleh ditutup hanya satu dan sebaik ditutup, Transponder back-up akan berkuatkuasa secara otomatik. Oleh kerana transponder kedua pun tertutup, kemungkinan wayar transponder kedua dipotong.

Kapten Zaharie adalah juruterbang Boeing 777 terhebat dalam MAS dan merupakan pelatih. Dia sangat pakar tentang pesawat Boeign 777. Adakah dia yang potong wayar transponder ke dua atau ada orang lain?

Mengapakah kapten Zaharie terbang juga pada pada hari tersebut sedangkan dia hanya on standby saja? Jika benar dia begitu taksub dengan Anwar, adakah hingga sampai egitu emosi hingga mahu hijack kapalterbang?

Ketaksuban politik tidak cukup untuk kelakuan sedemikian. Mungkinkah keidolannya pada Anwar Ibrahim melampau hanya seorang pengikut atau penyokong parti pada pemimpin? 

Pihak pembangkang termasuk Wan Azizah berkelakuan tidak munasabah untuk beriya-iya menyerang kerajaan dalam hal bencana kehilangan peswat MH370 padahal usaha yang dijalankan tidak ada cacat celanya. Kerajaan tidak cuba menjadi populis dan politikal tapi hanya professional dalam pengendalian.

Namun begitu, Anwar hanya berdiam diri dalam hal kehilangan pesawat MH370. Hanya baru-baru ini Anwar menyindir pihak kerajaan.

Adakah Anwar cuba mengelak dari menarik sebarang kritikan terhadap diri? Padahal, ini hanya siasatan saja. Macam ada sesuatu luar tabii…
The Unspinners
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Apakata kerajaan serah MAS kepada Dr Azizan Osman? @NajibRazak

SYARIKAT penerbangan Malaysia Airlines (MAS) mencatatkan kerugian RM1.174 bilion sepanjang tahun lalu, iaitu hampir tiga kali ganda lebih tinggi berbanding kerugian RM433 juta dicatatkannya pada 2012.

Kerugian itu direkodkan di sebalik peningkatan pendapatan kasar sebanyak 36 peratus iaitu RM254 juta bagi tempoh 12 bulan berakhir 31 Disember 2013 berbanding RM187 juta pada akhir 2012.

“Bagaimanapun, pendapatan bersih selepas cukai merosot akibat penyusutan nilai lebih tinggi serta kerugian pertukaran mata wang asing,” menurut MAS dalam satu kenyataan, semalam. 

Selanjutnya baca DISINI
Kat atas tu cite tak sedap yang dah biasa kita dengar tentang Sistem Penerbangan Malaysia (Mas) sejak zaman TS Tajuddin lagi dan sejak zaman suku sakat Tun Abdullah “merompak” syarikat ini semasa dia jadi Perdana Menteri dan bertambah sakit bila Tony Fernandes dan Air Asia pulak main “suap menyuap” yang menyaksikan dia sorang saja yang kenyang dan Mas terus kebuluran.Nasib baiklah kerajaan mendengar bantahan dari majoriti rakyat dan membatalkan “suap mulut Tony F” tu,kalau tidak Mas mungkin hari ini dah guarantee dalam keadaan koma.
Kat bawah ini pula cite sedap yang aku petik dari FB Dr Azizan Osman seorang pakar motivasi yang dah tak perlu aku kenalkan lagi sebab satu Malaya dah kenal siapa dia Dr Azizan ini. Secara berseluruh Dr Azizan melemparkan CABARAN/CADANGAN kepada kerajaan…

“Beri saya uruskan. Insha Allah untung RM1billion. Sebab kalau rugi RM1b mesti boleh untung RM1b.”


Itu AYAT KERAMAT yang keluar dari mulut Dr Azizan Osman sendiri.Mengenali peribadi Dr Azizan aku percaya bila dia bercakap tentang sesuatu dia 100% yakin dia mampu lakukan,kalau tidak dia tidak akan bercakap,tidak macam kebanyakan pemimpin yang Cant Walk Their Talks But Talk Cock.
Jadi kepada pembuat dasar dan penguasa yang berkuasa tentang masadepan Sistem Penerbangan Malaysia…
ADA BERANI…????

Aku Peduli Apa @ APA
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Cikgu Zaidi : Anwar Bertanding Bukan Untuk Berkhidmat Kepada Pengundi

AIDCNews – 17/2/14 – Jika ada pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang beranggapan kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu memberi khidmat kepada DUN itu, anggapan itu adalah satu andaian yang bakal mengecewakan para pengundi. Anwar hanya mahu menang dan bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di kawasan itu, tetapi bukan untuk berkhidmat kepada para pengundinya. [...]
AIDC
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

PETISYEN RAYUAN KEPADA UMNO

Pagi-pagi bangun tido, dan mak saya dah start memperli..

“Ni haaa 60 kilo beras ni siapa nak makan?”

Maka dengan itu bermakna sohehlah BN menang dalam PRU-13.. Horraaaaaah!!

The bad news is – tekaan dalam artikel 2008 saya iaitu “2013 ILLUMINATI BLUEPRINT” tidak menjadi kenyataan. Segan jugak ni..

But the EXTREMELY GOOD NEWS is – tekaan dalam artikel 2008 saya iaitu “2013 ILLUMINATI BLUEPRINT” tidak menjadi kenyataan. Hoooraaaaaaaah! Boleh buat kenduri kesyukuran dalam tempoh terdekat. Lagipun lepas ni boleh tanya kat seniors kalau boleh gantung keyboard terus.

Tahniah kepada anda semua yang saya tahu sentiasa berusaha ke arah kebaikan, terutamanya para bloggers, tweeters, facebookers dan segala bentuk kaum cybertroopers yang pada pendapat saya menyumbang kepada lebih 60% dari berjuta-juta undi yang menyebelahi UMNO/BN tahun ini. Semoga anda semua dimurahkan rezeki dan diberkati Allah kerana berjuang ‘memperlahankan’ kesan New World Order ke Malaysia.

Saya sebagai ayah kepada dua orang anak yang masih kecil sangat-sangat berterima kasih pada anda yang memberikan kesempatan kepada anak-anak saya untuk membesar di dalam persekitaran yang “okay” untuk tempoh minimum 5 tahun lagi. Walaupun berkemungkinan kita tidak akan saling mengenali (walaupun jika berselisih bahu di jalan) namun ketahuilah saya dan isteri saya sangat-sangat terhutang budi pada anda semua.

Berkenaan artikel ‘bidan terjun’ pada pagi ini, sebenarnya artikel ini separuh ditaip sebelum pilihanraya namun akibat sedikit perselisihan faham secara online di antara saya dengan seniors saya, maka saya pun memprotes iaitu secara merajuk tak nak menyiapkan artikel ini. Saya emo sikit pada masa itu kerana tengah pancit (penat) mem’vacuum’ 60 kilo beras di rumah emak saya, so tu pasal cepat naik darah pada waktu tu dan akibatnya saya bertindak ala-ala gaya YB Kamilia yang merajuk tak dicalonkan di Perak tu.

Tapi saya dah kembali waras dah ni, dan maka dengan itu saya laksanakan permintaan seniors saya (yang pemalas menulis di blog sendiri tu) untuk menyiarkan RAYUAN the Watchers Group kepada UMNO sekiranya UMNO kembali memerintah.

KAMI, THE WATCHERS GROUP DENGAN INI MERAYU KEPADA YANG BERHORMAT DATO SERI NAJIB BIN ABDUL RAZAK AGAR MEMFOKUSKAN PERJUANGAN UMNO KEPADA MEMARTABATKAN AGAMA ISLAM DAN MENYATU-PADUKAN ORANG ISLAM.

Jika UMNO berjaya mempertahankan Putrajaya, maka tiada sebab untuk tidak memperhebatkan usaha mengajak PAS kembali bersepakat dengan UMNO. Malahan terdapat banyak pembaharuan politik yang boleh diperkenalkan bagi memujuk PAS kembali kepada perpaduan. Antaranya ialah:-

  1. Mewujudkan dan menawarkan jawatan di Jabatan Perdana Menteri kepada tokoh-tokoh PAS yang bukan Anwarinas. Saya secara peribadi sangat bersetuju jika Dato Harun Din ditawarkan sebagai Menteri Penuh dan berhak memilih Timbalannya manakala Ustaz Nasha ditawarkan jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Jika anda tanya saya apa jawatan yang sesuai untuk Dato Harun Din maka saya akan katakan “Menteri Dalam Negeri”! Hahaha.. At least lebih baik daripada si Kerismuddin. Malahan sebagai Menteri Dalam Negeri Dato Harun Din akan dapat access kepada segala bukti-bukti mengenai cubaan musuh Islam menguasai negara ini. Mudah-mudahan maklumat seperti ini akan kembali menyedarkan Dato Harun Din betapa merbahayanya individu-individu yang sebelum ini bermuka-muka dengan beliau.

  2. Memperkenalkan majlis penasihat kepada Majlis Tertinggi UMNO yang berfungsi seperti majlis syura di dalam UMNO. Tokoh-tokoh PAS seperti Dato Harun Din, Ustaz Nasha dan tokoh lain yang bukan Anwarinas hendaklah dipujuk menganggotai serta berdampingan dengan tokoh-tokoh seperti  Tuan Guru Abdullah Samaah, Ustaz Fathul Bahri, Ustaz Mohd Kazim Elias, Dr. Juanda dan semua mufti-mufti bagi negeri-negeri di Malaysia. Majlis ini juga hendaklah diberi kekebalan daripada undang-undang dalam menyuarakan isu-isu yang berkait dengan permasaalahan umat Islam.
  3. Sudah sampai masanya agar UMNO mengkaji semula hubungannya dengan golongan dakwah yang terbukti berjaya dalam bidang perniagaan seperti kumpulan Ikhwan dan Tabligh. Memandangkan Tun Mahathir sendiri pernah mengaku bahawa dasar DEB gagal mencapai sasaran seperti yang diharapkan, maka pendekatan yang digunakan oleh golongan Ikhwan dan Tabligh harus dikaji, diperhalusi dan cuba ditiru dengan galakan Kerajaan. Jika terdapat kemusykilan mengenai fahaman dalam kumpulan ini yang dikhuatiri sedikit off, maka saya yakin tokoh-tokoh ugama kita mampu berbincang dengan pimpinan mereka bagi tujuan saling menasihati dalam isu berkaitan akidah ahli sunnah wal jamaah. (P/S: Syiah group? No way!)
  4. Pada pendapat saya kesemua ahli politik UMNO yang dilantik semula hendaklah berbaiah taat setia kepada Raja-Raja Melayu serta bermuhabalah secara terbuka dalam janji  mereka untuk melaksanakan amal ma’ruf nahi mungkar serta menjauhi rasuah dan maksiat. Dengan cara ini maka kita menyerahkan nasib mereka kepada Allah Ta’ala sekiranya mereka melanggar sumpah mereka.
  5. Sudah sampai masanya UMNO berbincang secara terbuka mengenai ancaman musuh-musuh Islam samada Yahudi, Illuminati dan Freemason. Peduli apa dengan media antarabangsa yang bakal memperli kepimpinan kita seolah-olah negara ini dipenuhi dengan pemimpin paranoid. Yakinlah bahawa Iblis itu ada walaupun kita mungkin belum pernah melihatnya.
  6. Walaupun sebahagian mereka pernah mengkhianati kita, namun janganlah kita menghukum kesemua suku-kaum suluk beragama Islam dari Filipina. Saya yang emo dengan Suluk ini pun telah ditarbiyah oleh senior saya dan mengakui bahawa saya tidak boleh prejudis dengan mereka semua. Pendekatan baru hendaklah diambil untuk menyelesaikan kemelut warga asing beragama Islam di Sabah serta mempererat persahabatan dengan kumpulan pejuang Islam Asia Tenggara di Thailand dan Filipina. Saya akan menulis secara detail mengenai perkara ini nanti namun satu cadangan yang boleh difikirkan ialah menjemput mereka menyertai tentera Malaysia dalam misi bantuan (dan pengaman) ke negara-negara bergolak seperti di Palestin dan Myanmar. Sebenarnya masalahnya dengan bekas tentera MNLF dan PULO ni ialah apabila keamanan wujud di wilayah mereka maka mereka pun menganggur. Sepertimana penganggur-penganggur lain, maka mereka pun ditekan oleh masalah ekonomi sehingga akhirnya hilang pertimbangan dan mudah dibeli sebagai mercenary oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab. Tiada salahnya jika kita menjemput mereka ikut serta dalam perjuangan membantu umat islam yang tertindas di negara lain. Selain menyelesaikan masalah ekonomi mereka, perjuangan sehidup semati di muncung senjata juga pasti memperatkan ukhuwah diantara tentera kita dengan tentera mereka. Menaja mereka ke negara luar juga langsung tidak memberi risiko kepada keselamatan negara kita kerana mereka akan berada di luar negara.
  7. Kami juga mencadangkan agar yang berhormat Dato Seri melupakan persepsi lapuk bahawa kalau nak menang pilihanraya kena ada sokongan bangsa cina. PRU13 ini telah membuktikan bahawa orang melayu boleh menang pilihanraya tanpa sokongan mereka. Oleh itu semangat “Ultra Malay” hendaklah disemai secara berhemah dikalangan orang melayu Islam dimana sebarang bantuan kerajaan, perjawatan, pelaburan, bantuan pinjaman perniagaan, promosi, permohonan tanah, permohonan lesen dan lain-lain hendaklah diutamakan kepada orang melayu saja. Jumlah kuota melayu juga hendaklah dilipat kali gandakan manakala segala bentuk bantuan kerajaan yang sebelum ini diperuntukkan melalui MCA kepada kaum mereka hendaklah dipindah kepada pembangungan umat Islam terutamanya kepada penyokong PAS di Kelantan yang masih mengalami masalah mempertingkat taraf hidup mereka. Ini bagi saya bukanlah satu penganiayaan kepada orang cina kerana mereka mengundi DAP pun atas kepercayaan mereka bahawa mereka boleh terus berjaya dalam hidup tanpa secuit bantuan orang melayu. Oleh itu tak usahlah kita mengganggu mereka dan tak usahlah kita melakukan provokasi kepada mereka. Biarkanlah mereka melaksanakan hak mereka untuk hidup aman di Malaysia namun dalam masa yang sama adalah jelas mereka juga tidak mahukan bantuan extra daripada Kerajaan kita. So tak perlu layan tuntutan dan ugutan pemimpin mereka lagi. Tumpukan saja segala wang itu kepada orang Islam di Malaysia.

    Adakah para pembaca mempunyai idea yang ingin dikongsikan, jom kita berkongsi pendapat di ruangan komen di bawah.
    AFTERDARK WRITES!
    Source Blog

    Semangat Hijrah Beri Momentum Berganda Kepada Transformasi Negara – Najib

    KUALA LUMPUR, 4 Nov – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebagai sebuah negara Islam, kerajaan sentiasa menggarap roh dan semangat hijrah Nabi Muhammad S.A.W. bagi memberikan momentum berganda untuk terus melakukan transformasi dan islah buat negara.

    Perdana Menteri berkata Malaysia yang menjunjung tinggi perlembagaan dan Islam sebagai agama bagi negara, tetap istiqamah mendaulatkan kedudukan Islam berlandaskan Maqasid Syariah dan pendekatan berhemah berkonsepkan Wasatiyyah.

    “Sasaran menjadi negara Islam maju, progresif dan berpendapatan tinggi ini adalah berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah yang menuntut kita untuk menjadi satu umat yang wasatiyyah, adil dan terbaik.

    “Justeru, seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, bahasa dan agama hidup berharmoni, mempertahankan kemakmuran dan kesejahteraan bumi bertuah ini untuk kita kecapi bersama dengan sepenuh kesyukuran,” kata Najib dalam perutusan Maal Hijrah beliau yang disiarkan dalam blog www.1Malaysia.com.my hari ini.

    Najib berkata sambutan Maal Hijrah setiap tahun sebenarnya mengajak umat Islam untuk melakukan perubahan kerana dengan melakukan hijrah bersifat semasa, ia mampu melepaskan seseorang itu daripada belenggu kebekuan yang bersifat tradisi.

    Perdana Menteri berkata dalam pengertian Hijrah yang lebih luas, kerajaan tetap memartabatkan agama dan mempertahankan kalimah Allah s.w.t demi agama, bangsa dan negara tercinta.

    Najib berkata selaras dengan semangat Hijrah, Bajet 2014 yang dibentangkan baru-baru ini juga dirangka untuk terus mengislah ketahanan ekonomi, memperkasa transformasi dan melaksana janji-janji kepada rakyat.

    Beliau berkata melalui pelaksanaan program-program transformasi ekonomi yang telah dilancarkan, negara kini terus berkembang dan mendapat pengiktirafan Bank Dunia apabila Laporan Mudah Menjalankan Perniagaan Bank Dunia 2014 meletakkan Malaysia pada kedudukan keenam berbanding tempat ke-12 tahun lepas.

    “Peningkatan ketara ini sekali gus membuktikan komitmen dan kesungguhan kerajaan bagi mentransformasikan negara dan ini mencerminkan kejayaan agenda penghijrahan yang telah dilakukan di dalam negara.

    “Kejayaan ini juga mengukuhkan lagi Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh apabila menjadi satu-satunya negara Islam yang berada dalam kedudukan 10 negara terbaik,” katanya.

    Memetik firman Allah S.W.T dalam surah Ar-Rad ayat 11 yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri”, Najib berkata semangat hijrah akan melahirkan umat Islam yang sentiasa berfikiran kreatif dan berinovasi serta relevan dengan zaman dan cabaran arus perdana.

    Justeru, beliau mengajak seluruh umat Islam untuk sama-sama berdoa supaya kehidupan pada tahun 1435 Hijrah ini akan menjadi lebih baik dan menjadi insan yang beriman dan bertakwa serta segala dosa diampunkan olehNya.

    “Di kesempatan ini, saya dan keluarga mendoakan agar sambutan Maal Hijrah 1435H bertemakan “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” ini dapat memupuk persefahaman dan perpaduan seluruh rakyat Malaysia, seterusnya menjadi pemangkin kepada kemajuan, kestabilan dan kemakmuran negara,” katanya.

    UMNO Online
    Source Blog

    Zahid Berterima Kasih Kepada Media Pembangkang

    Sejak Datuk Seri mengambil alih KDN, serangan pembangkang terhadap kementerian itu meningkat. Komen Datuk Seri?

    AHMAD ZAHID : Saya berterima kasih kepada liputan oleh portal berita, akhbar dan media sosial yang didalangi oleh pembangkang. Sebelum ini saya tidak dapat liputan.
    Tentunya ini melonjakkan populariti saya kerana yang saya pentingkan ialah rakyat Malaysia secara keseluruhannya.
    Bukan sebilangan kecil yang menjadi perosak kepada keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
    Jika ada pihak yang berkenaan itu mempertahankan hak asasi manusia mereka yang melakukan jenayah, tentu hak asasi keseluruhan rakyat Malaysia harus dipertahankan termasuk pegawai dan anggota polis yang tertembak atau terbunuh ketika operasi dilakukan.
    Bagaimana pula hak asasi manusia mangsa-mangsa tembakan, rompakan atau pembunuhan yang dilakukan oleh penjenayah itu?

    Mengapa tiada pembelaan?
    Daripada pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pemimpin pembangkang yang mempertahankan hak asasi manusia penjenayah, saya tidak fikir mereka propenjenayah.
    Jika mereka tidak propenjenayah, mereka mesti pro pada majoriti rakyat keseluruhannya. Jadi, ketegasan saya kerana menjaga kepentingan majoriti rakyat, bukan kepentingan penjenyah.

    Untuk temuramah seterusnya : KLIK SINI

    Tags:  

    Del.icio.us


    Facebook
    TweetThis
    Digg
    StumbleUpon


    Copyright © .::Pisau.Net::. [Zahid Berterima Kasih Kepada Media Pembangkang], All Right Reserved. 2013.
    .::Pisau.Net::.

    Copyright © 2013. All Rights Reserved.