Umno Blogger Directory

Daily Archives: September 1, 2014

Mampukah Hadi Awang Bangun Setelah Dilanyak Teruk Oleh Penyokong-Penyokong DAP?

Presiden PAS DS Abdul Hadi Awang disifatkan sebagai politikus yang berfikiran sempit disamping punya sifat yang terlalu mementingkan diri dan perkiraan peribadi, melalui rencana Malaysiakini yang anda boleh baca SINI, berhubung pendiriannya dan PAS dalam penyelesaian isu penggantian MB Selangor.

Rencana tersebut  turut dipaparkan di laman FB Malaysikini, malangnya mendapat respons yang membidas dengan kata nesta dan cacian oleh para penyokong DAP, yang seolah-olah menggambarkan PAS tidak punya sebarang sumbangan dalam membina kekuatan Pakatan Rakyat Selangor.

Dalam menghadapi kemelut ini, Hadi sebenarnya terperangkap dengan perjalanan politiknya. Sebagai pemain lama dalam gelanggang politik Malaysia, apatah lagi sudah menjadi Naib Ketua Kesatuan Ulamak Sedunia, tentunya istiqamah adalah keutamaan dalam perjuangannya.

Hadi telah diperhatikan sejak dekad 80an lagi yang setiap patah perkataan mahu pun perbuatan adalah didokumenkan, meliputi samada bercetak mahu pun rakaman audio dan video.

Selepas PRU 2008, PAS yang dipimpin oleh Hadi, sedikit demi sedikit tergelincir dari landasan awal ciptaannya bersama rakan-rakannya yang bermula pada dekad 80an. Pendirian Hadi tentang konsep Negara Islam dan fatwa berhubung kerjasama politik dengan orang bukan Islam adalah antara contoh-contoh perubahan pendirian Hadi.

Adalah amat sukar untuk lari dari pendirian asalnya kerana jika beliau berbuat demikian bermakna kata-kata yang dilafaz, serta perbuatan yang dilakukan adalah fitnah terhadap UMNO, Barisan Nasional apatah lagi terhadap Tun Dr Mahathir dan Hadi tidaklah berbeza dengan politikus-politikus lain yang bermain dengan retorik politik.

Kini, Hadi sekadar mampu baring sambil memikirkan kesilapan tindakan politiknya, serta bertanya pada diri sendiri, “Berdosakah aku?”.

Mampukah Hadi untuk bangun selepas terkena lanyakan ini?

Teruskan membaca perbandingan Hadi dulu dan sekarang SINI.
AKAR UMBI
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

DUA MP PKAR DIARAH KELUAR???

Dua MP PKR diarah keluar Dewan RakyatKUALA LUMPUR – Dua anggota Parlimen PKR, N. Surendran (Padang Serai) dan Fuziah Salleh (Kuantan) diarahkan keluar dari Dewan Rakyat hari ini selepas mengingkari nasihat Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Fuziah diarah keluar apabila beliau mempersoalkan kewajaran penolakan usul membahaskan isu Lesen Operasi Sementara (TOL) berkaitan projek Lynas.
  
Semasa Pandikar sedang memberi penjelasan, Surendran pula bangun mencelah dan meminta Speaker Dewan Rakyat untuk menjelaskan mengapa usul itu ditolak.
  
Apabila Surendran mengingkari arahan untuk duduk, Pandikar berkata: “Ahli yang berhormat Padang Serai, saya buat keputusan yang berhormat.
  
“Yang Berhormat, saya tahu yang Berhormat apabila berdiri mengenai petisyen terpaksa juga rujuk point of order 14F,” tegas Pandikar pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
 
“Oleh kerana Padang Serai dan Kuantan enggan mematuhi arahan saya maka sekarang ini saya arahkan Yang Berhormat keluar dari Dewan,” katanya.
   
Arahan Pandikar itu mengakibatkan suasana di dalam Dewan Rakyat menjadi kecoh seketika.
  
Ini adalah kali keempat Surendran diusir daripada persidangan Dewan Rakyat dan semalam hari pertama beliau menghadiri persidangan selepas penggantungan enam bulan pada November tahun lepas, tamat tempoh. – Bernama

Anak Jati Malaya
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Copyright © 2013. All Rights Reserved.