Umno Blogger Directory

Bukti

Krisis jawatan bukti pembangkang parah

KUALA LUMPUR 29 Jun – Krisis perebutan jawatan Menteri Besar Selangor yang disandang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggambarkan perpecahan yang semakin parah bukan sahaja di dalam Parti Keadilan Rakyat…
Utusan Online – Politik
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Pertukaran MB Terengganu Bukti Kehebatan Najib Banding Dengan Anwar

mbangkatsumnpah

mbangkatsumnpah

SEBETULNYA, apa pun kesudahan krisis politik Terengganu ini, satu yang pasti ialah Datuk Seri Najib Tun Razak adalah seorang pemimpin politik yang jauh mendahului Anwar Ibrahim dari segala segi.

Kurang-kurang, Najib sudah berjaya tukar Menteri Besar yang tak perform dengan orang lain, sementara Anwar masih terkial-kial nak selesaikan masalah Menteri Besar Selangor yang kononnya bijak bab duit tapi tak bijak menguruskan negeri.

Tak perform jugalah tu.

Soal ada berlaku krisis dan sebagainya, itu soal lain, yang penting dari sudut itu (tukar Menteri Besar), Najib sudah berjaya, berbanding dengan Anwar.

Yang terdaya Anwar lakukan ialah cipta satu insiden kononnya dia kemalangan kecil malam tadi.  Retak tangan kanan kononnya, tapi masih mampu posing atas katil hospital.  Selama penulis hidup, baru ini kali pertama penulis dengar orang yang retak tangan kanan kena baring atas katil hospital.  Biasanya lepas bandage, dah boleh balik.

Takat itu sajalah lakonan politik Anwar, masalah yang berlambak dalam PKR tu, haram dia tidak cuba untuk selesaikan.  Kalau 4 tahun dulu pemilihan huru hara, 4 tahun kemudian, pemilihan masih huru haralah, malah lebih teruk pulak lagi.

Pemuja Anwar patut lihat perbezaan kedua pemimpin ini.  Polemik, krisis dan sebagainya, semua ini menguji kehebatan pemimpin dalam menyelesaikan masalah dan ini telah terbukti waima dalam lipatan sejarah negara kita yang tidak berapa nak panjang ini pun.

Tun Dr. Mahathir contohnya, beliau tidak mungkin jadi Perdana Menteri yang hebat kalau tidak kerana menghadapi, mengendali dan menyelesaikan pelbagai krisis politik/kepimpinan sepanjang 22 tahun memimpin negara dan mengetuai UMNO.

Dari pertukaran 3 Timbalan Perdana Menteri, UMNO diharamkan dan sebagainya, semua ini menjadikan Mahathir sebagai seorang manusia yang diakui sebagai hebat hari ini.

Najib juga sedang meniti aral yang sama, dalam proses menjadikan beliau seorang pemimpin dan ketua yang matang.  Tak patutlah dalam beliau cuba menyelesaikan krisis di Terengganu ini, ada pihak yang mengambil kesempatan dengan mempertikaikan kewibawaan beliau.

Jangan lupa, berbanding dengan Anwar yang lebih gemar menyapu masalah kebawah karpet, Najib berhadapan dengan masalah dan berusaha menyelesaikannya walaupun tahu ada sedikit sebanyak implikasi yang boleh menggugat kepimpinan beliau.

Pertukaran Menteri Besar Terengganu ini adalah manifestasi kepada kejayaan Najib melakukan sesuatu yang tidak mungkin Anwar mampu lakukan sepanjang hidupnya.

Jadi, krisis politik yang berlaku di Terengganu ini, walaupun singkat dan tidak berlarutan, telah membawa implikasi yang besar kepada ‘keagungan’ Najib sebagai pemimpin, berbanding Anwar yang hanya tahu berlakon pandai memimpin.

Hakikatnya, nak tukar satu Menteri Besar pun tak terbuat sampai sekarang.  Tahan dia sengaja sengaja kosongkan kerusi DUN Kajang kononnya nak selesai kemelut MB Selangor ni, tapi sampai sekarang, apa pun takdak.

MYKMU.NET
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

El Haraki Siar Gambar Bukti CheguBard Ada Di Tempat Kejadian

AIDCNews – 10/5/14 – Laman pro ulama, El Haraki hari ini menyiarkan sekeping gambar untuk membuktikan Badrul Hisham Saharin atau lebih dikenali sebagai… more »
AIDC
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Peratusan Mengundi Merosot Bukti Rakyat Tidak Suka Demokrasi Dipermainkan

KUALA LUMPUR, 25 Mac – Peratusan mengundi yang merosot dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang bukti pengundi di kawasan itu tidak suka demokrasi dipermainkan oleh sesetengah pihak.

Bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, perkara itu terbukti apabila jumlah yang mengundi merupakan terendah dalam sejarah PRK di semenanjung.

“Baru Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pilih wakil rakyat, sekarang ni hendak keluar lagi mengundi kerana wakil rakyat yang mereka undi meletak jawatan  sewenang-wenangnya, tanpa berunding dengan pengundi mereka.

“Paling serius saya merasa terbukti di PRK Kajang ini adalah rakyat menjadi jemu,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri program Ruang Bicara di Bernama TV, Isnin malam.

Sejumlah 28,314 pengundi atau 72 peratus daripada keseluruhan 39,278 pengundi berdaftar, mengundi pada Ahad.

Jumlah itu menurun sebanyak 16 peratus berbanding 88.4 peratus pada PRU13, Mei tahun lepas.

Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang meraih 16,741 undi berbanding 11,362 undi calon Barisan Nasional Datin Paduka Chew Mei Fun, dengan majoriti 5,379 undi.

Sementara itu, Datuk Wan Ahmad menyokong cadangan sesetengah pihak supaya mana-mana wakil rakyat yang melepaskan jawatan tanpa alasan yang kukuh dikenakan tindakan.

“Wajarlah perundangan dikaji semula supaya tidak membazir wang rakyat, membazir masa, tenaga dan tidak memperlekehkan pilihan rakyat.

“Kalau tidak berwaspada, cara peletakan jawatan seperti di Kajang ini akan terjadi lagi,” katanya.

Beliau mencadangkan jika benar seseorang wakil rakyat ingin melepaskan jawatan tanpa sebab yang kukuh, mereka hanya boleh berbuat demikian selepas tiga tahun berkhidmat.

“Selepas tiga tahun, tidak perlu lagi diadakan PRK. Kawasan itu akan ‘ditanggung’ oleh parti berkenaan. Maka tidak perlu mengeluarkan belanja sejuta ke dua juta untuk membuat PRK,” katanya.

PRK Kajang diadakan selepas penyandangnya Lee Chin Cheh meletakkan jawatan secara mengejut pada 27 Jan lepas.

Laman Rasmi Pemuda UMNO Malaysia
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

#MH370 TERKINI: BUKTI BLOGGER PRO-PAS KEDAH FITNAH PUTRAJAYA..!!!

Apa beza antara “tahu” dan “mungkin tahu”?
Kat atas ni ialah salah satu contoh penyebaran spekulasi yang tidak bertanggungjawab. Saya print screen gambar kat atas tu dari blog pro-PAS yang disifatkan sebagai salah satu blog “tukang fitnah” paling laris di Kedah…
Berita tu diproses pengendali blog tu. Faktanya hanyalah “Putrajaya MUNGKIN tahu”, tapi tajuk yang blog pro-PAS tu berikan ialah “PUTRAJAYA TAHU”. Perkataan “MUNGKIN” tu dibuang blog pro-PAS tu…
Pada saya, itu adalah satu contoh bentuk penyebaran cerita tak betul dan berunsur fitnah. Kalau dilihat dari sudut moral, memang jelas la salah, kan? 

Besar bezanya antara “tahu” dan “mungkin tahu”. “Tahu” bermaksud pasti, tapi “mungkin tahu” pulak ialah statement yang masih sangsi, kabur dan persepsi. 
Dalam kes di atas ni, cerita pakar US tu berbentuk pandangan dan persepsi dari seorang pakar. Itu tidak jadi masalah dari sudut penyiaran. Pakar tu cerita dari sudut kepakaran dan pengalamannya….
Berbanding dengan blogger pro-PAS yang memanipulasi tajuk laporan asal, blog pro-PAS Kedah tu telah menukar keseluruhan angle laporan pandangan pakar tu… maksudnya, blogger tu memalsukan story asal…
Kedua, tajuk yang dimanipulasi blogger pro-PAS tu mampu mengelirukan rakyat dan pembaca. Patut pun Mahfuz komplen dia keliru dengan info insiden MH370. Dia dapat info dari blogger PAS la mungkin, kan?
Ketiga, dengan mendakwa “Putrajaya tahu tapi taknak beritahu”, maka secara jelas blogger PAS ni buat fitnah. Bila dah buat fitnah ni, maka para pembaca faham-faham sendiri la kreadibiliti tukang fitnah ni… 
Tengok pula dari sudut hukum Islam dan undang-undang, semua orang tahu blogger pro-PAS Kedah tu macamana, kan? heh!

THE DUKE’S BLOG
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Bukti dah ada, tungggu lagi??

KELMARIN :-

Ambiga Dan Pasukan Himpunan BERSIH Telah Berbincang Dan Bermesyuarat Untuk Menggesa Seluruh Rakyat Malaysia Supaya Turun Ke Jalanan Pada Malam Tahun Baru 2014 Untuk Mendesak Supaya Kerajaan Pemerintah Sekarang Digulingkan.

Bukti Dah Ada,KDN Wajar Bertindak…!!!
Anak Seberang
Source Blog

Copyright © 2013. All Rights Reserved.