Umno Blogger Directory

Monthly Archives: May 2014

Ekonomi Malaysia tumbuh paling cepat

130618_pertumbuhan-ekonomi--2

KUALA LUMPUR 30 April – Ekonomi Malaysia dijangka mengalami pertumbuhan paling cepat pada tahun ini dan paling menonjol dalam kalangan lima negara ASEAN termasuk Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand.

Institut Penyelidikan RHB berkata, pertumbuhan itu dipacu oleh permintaan domestik yang didorong oleh pelaburan swasta, walaupun keadaan ekonomi dijangka mencabar disebabkan kos semakin meningkat.

“Permintaan domestik didorong oleh pelaburan swasta akan terus menjadi pemacu utama pertumbuhan, iaitu berkembang pada kadar sederhana kerana perbelanjaan yang meningkat.

“Ini berkemungkinan dibantu oleh peningkatan dalam permintaan luar untuk eksport negara,” katanya dalam laporan tinjauan ekonomi di sini hari ini.

Sebelum ini, Institut Penyelidikan RHB mengunjurkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia akan berkembang pada kadar yang pantas sebanyak 5.4 peratus tahun ini, selepas sederhana pada 4.7 peratus tahun lepas.

Menurut laporan itu lagi, ekonomi lima negara ASEAN utama terbabit bagaimanapun dijangka tidak akan menunjukkan pertumbuhan yang kukuh pada 2014, sebahagiannya disebabkan oleh pemulihan eksport kekal sederhana dan ditambah dengan masalah dalaman.

“Kami bayangkan lima negara ini berkembang pada kadar yang lebih sederhana sebanyak 4.7 peratus pada tahun 2014, berbanding sekitar 4.9 peratus yang dicatatkan pada tahun 2013,” jelasnya.

Walau bagaimanapun, jelas institut penyelidikan itu, pelabur perlu melihat keadaan luaran yang sederhana dalam pertumbuhan kerana ia mungkin bersifat sementara dan dijangka kembali mencatatkan pertumbuhan lebih kukuh dianggarkan sebanyak 5.2 peratus pada 2015.

 

Sumber – Utusan

Laman Rasmi Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Tindakan Main Taktik Kotor Tanda DAP Takut Dan Terdesak

TELUK INTAN, 30 Mei  - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyelar DAP yang dianggap menggunakan taktik kempen kotor   untuk menang pilihan raya kecil (PRK) Teluk Intan.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata tindakan sedemikian menggambarkan DAP takut tidak mampu memenangi kerusi Parlimen Teluk Intan.

“Pelbagai taktik kotor pembangkang gunakan, dan kita (BN) tidak akan tunduk kepada tekanan. Malah kita ambil tindakan proaktif dan tidak akan mengikut seperti mereka,” katanya selepas hadir majlis sarapan pagi bersama 25 Badan Bukan Kerajaan (NGO) kaum India di sini hari ini.

BN menurunkan Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong, yang juga bekas anggota Parlimen kawasan itu untuk bertanding pada PRK Teluk Intan, dan DAP mencalonkan Dyana Sofya Mohd Daud, setiausaha politik kepada Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Muhyiddin berkata selain itu, ceramah besar-besaran membabitkan calon dan pemimpin pembangkang yang diadakan malam tadi turut melambangkan mereka tidak menghormati kemangkatan Almarhum Sultan Azlan Shah.

Almarhum Sultan Azlan Shah, 86, mangkat pada Rabu dan dikebumikan lewat petang semalam di Makam Diraja Kuala Kangsar. Perak kini dalam tempoh berkabung selama 100 hari dan dalam tempoh seminggu pertama, semua bentuk hiburan, keramaian dan perayaan dibatalkan.

Pada PRK Teluk Intan, pihak pembangkang melemparkan pelbagai tohmahan terhadap BN dan calonnya Mah, selain didakwa melempar cat hitam dan merah terhadap beberapa poster Mah serta mencontengnya dengan perkataan ‘bodoh’.

Mah sebelum ini turut mendakwa pembangkang menyebarkan maklumat palsu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), meminta penduduk Teluk Intan dating ke pejabatnya untuk mendapatkan sumbangan kewangan.

Berita palsu ini menimbulkan rasa tidak puas hati orang ramai apabila gagal memperoleh sumbangan itu.

Menyentuh kempen BN, Muhyiddin berkata jentera BN akan menggunakan tempoh terakhir berkempen hari ini untuk terus menarik sokongan pengundi, dengan memberi tumpuan kepada beberapa kawasan tertentu.

Muhyiddin berkata penjelasan berterusan oleh jentera parti bagi menjawab pelbagai tohmahan pembangkang, khususnya mengenai kos hidup, cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan rasuah diterima dengan baik.

“Saya percaya isu-isu ini tidak akan berlarutan,” katanya.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, timbalan perdana menteri berkata kaum India yang mewakili kira-kira 20 peratus pengundi kawasan itu turut mempunyai peranan besar untuk menentukan kemenangan BN di Teluk Intan.

Laman Rasmi Pemuda UMNO Malaysia
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

DAULAT TUANKU

Daulat Tuanku Sultan Nazrin


Mukhriz Mahathir
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

GILA KA PUKUL ANAK 6 TAHUN SAMPAI MATI..???!!!

Menyirap betul darah saya bila baca kat sini. Memang marah sangat. Apa jenis manusia pun saya tak tahu. Mungkin Allah SWT dah hilangkan sifat kemanusiaan pada kedua suami isteri ni… 
Yang lebih membuat saya marah, kedua-dua suami isteri tu dipercayai beragama Islam dan berbangsa Melayu. Kasihan arwah adik Mohamad Akhil… umurnya baru 6 tahun… tapi di belasah teruk hingga hilang nyawa… Astagfirullahil’azim…
Anak tu amanah Allah SWT pada kita. Kenapa perlu kita marah dia? Apa yang anak tu tahu? Akil baligh pun belum.. mumayyiz pun belummmm..! Kita perlu la ajar dia… bukan marah… 

Kalau anak-anak buat perangai sekali pun, sabar je laaa.. anak-anak kecil tu mana reti nak fikir apa tu sabar, boleh atau tidak, sedih atau kecewa… apa yang depa tau ialah kalau lapar depa nak makan.. kalau kita tak bagi makan depa menangis… 
Kat situ la terbentuknya emosi anak-anak tu dalam proses tumbesaran depa…Kalau kita marah depa menangis pasal lapar, anak tu akan lain sikapnya dengan anak yang kita layan, beri perhatian dan suap makanan kalau dia beritahu dia lapar…
Namun, saya tak tuduh kedua suami isteri tu bersalah sebelum dibuktikan oleh pihak polis atau mahkamah. So far depa hanya suspek utama… tapi kalau base on maklumat yang ada dalam cerita tu, memang betul la angkara mak ayahnya…kan?
Korang tak hangin ke baca cerita tu? Betul saya marah sampai sekarang… suami isteri tu wajar diajar sebab kurang ajar… 

THE DUKE’S BLOG
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

CADBURY: NAK TUKAR DARAH? AWAT TAK TUKAR DAGING SEKALI..???!

Saya tak faham pasal ada segelintir pihak yang macam ektreme pulak pasal isu telan Cadbury yang ada unsur babi tu. Melampau-lampau sangat marahnya macam orang hilang akal…
Relaks la bro.. orang lain pun termakan Cadbury ada babi tu jugak… tapi takde la sampai kecoh nak tukar darah.. takde la mengamuk sampai batalkan plan nak kerjakan umrah semata-mata pasal tertelan Cadbury babi tuuu…
Setahu saya, kalau umat Islam tak tahu dalam makanan tu ada babi, maka tak jadi hal. Tak perlu samak pun. Yang perlu hanyalah memohon ampun pada Allah dan berazam tak buat lagi perkara macam tu di masa hadapan…

Yang kecoh sangat sampai nak tukar darah tu apahal? Kenapa tak tukar daging diorang sekali? Bukan ke Cadbury babi tu jadi darah daging? Tukar daging sekali laaaa… heh!
Saya pun marah pada cadbury.. sapa kata saya tak marah? Cuma saya takde la sampai nak bakar kilang Cadbury tu… Islam tak suruh pun macam tu… lagipun, kalau buat macam tu akan selesai masalah ke? Agak-agak la bila nak bertindak tuuu…
Bak kata arwah Ustaz Azizan dulu… nak buat sesuatu tu, buat la cara Islam… takkan tu pun tak boleh fikir kot? Sia-sia la Allah bagi akal kat kita…kan? Ishhhhh… dah… pi buat kerja masing-masing…

THE DUKE’S BLOG
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Pemuda UMNO Dan NGO Di P.Pinang Buat Laporan Polis Terhadap Rayer

NIBONG TEBAL, 27 Mei – Beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Pemuda UMNO di Pulau Pinang hari ini membuat laporan polis terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima R.S.N Rayer kerana mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dalam beberapa ceramah kempen pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor, baru-baru ini.

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), di sini.

Antara yang membuat laporan polis itu ialah Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal, Pemuda UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor, Pemuda UMNO Balik Pulau, Gabungan NGO Islam Pulau Pinang, Gerakan Belia 4B Balik Pulau dan Nibong Tebal, Majlis Belia Barat Daya, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Barat Daya dan Pekida Barat Daya.

Ketua Pemuda Nibong Tebal Norheisham Ismail berkata pihaknya mahu polis mengggunakan Akta Hasutan 1948 bagi menyiasat Rayer yang dalam ceramahnya semasa berkempen untuk calon DAP Ramkarpal Singh Deo berulang kali menghasut rakyat dengan menyebut ‘UMNO Celaka’.

“Ungkapan biadab dan kurang ajar Rayer itu menyebabkan 3 juta anggota UMNO di seluruh negara marah,” katanya selepas membuat laporan
polis itu.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Balik Pulau Hisham Abdul Hamid berkata pihaknya  mahu polis mengambil tindakan tegas terhadap Adun berkenaan kerana kenyataannya itu boleh menggugat keamanan dan keselamatan negara serta dengan sengaja membuat provokasi.

“Kami desak Rayer menarik balik kenyataannya dan memohon maaf…jika beliau gagal berbuat demikian, Pemuda UMNO sedia menghadapi apa sahaja untuk parti keramat milik orang Melayu ini,” katanya.

Laman Rasmi Pemuda UMNO Malaysia
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Panas! PAKATAN DEDAH SEBENARNYA MALAYSIA MENANG PIALA THOMAS

image

Mengikut kiraan dan fahaman haprak pakatan sebenarnya pasukan badminton negara menang Piala Thomas berdasarkan lebihan mata yang dipungut.

Begitu juga mengikut fahaman otak selut..mereka mengaku diseluruh negara kononnya merekalah yang sepatutnya menjadi kerajaan pusat disebabkan jumlah undi melebihi BN.

Justeru Ketua Menteri dan Menteri Besar haprak pakatan mengumumkan cuti khas bagi menyambut kepulangan wira wira negara kerana beroleh kemenangan popular Piala Thomas.. hahaha…

Pisau kata ” sejak bila Jepun pandai main badminton..?”

Tags:  

Del.icio.us


Facebook
TweetThis
Digg
StumbleUpon


Copyright © .::Pisau.Net::. [Panas! PAKATAN DEDAH SEBENARNYA MALAYSIA MENANG PIALA THOMAS], All Right Reserved. 2014.
.::Pisau.Net::.
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

MAAFKAN SAYA MALAYSIA : DAREN

ISNIN, 26 MAY 2014

KAPTEN skuad negara, Liew Daren memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana gagal memberikan mata kemenangan kepada pasukan untuk menamatkan kemarau selama 22 tahun menjulang trofi Piala Thomas selepas tewas kepada Jepun 2-3, malam semalam. Daren yang diturunkan sebagai perseorangan ketiga diletakkan harapan menggunung untuk menghadiahkan mata kemenangan selepas Malaysia terikat 2-2 dengan Jepun tetapi tewas kepada Takuma Ueda 12-21, 21-18, 17-21. Begitupun, semangat juang tinggi ditunjukkan Daren wajar diberikan pujian kerana dia tidak mudah menyerah kalah biarpun tewas pada set pertama.

Saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia. Saya sudah berikan aksi terbaik tetapi jika ada juga pihak yang mahu salahkan saya, saya tidak boleh berbuat apa-apa,” katanya selepas perlawanan malam tadi. Jadi, apa kata peminat-peminat Badminton tanah air semua. Nak terima tak maaf dari Daren ni? Ada juga Daren main sambil lewa yang membuat Malaysia gagal membawa Piala Thomas balik ke Malaysia setelah 22 tahun mengidamkannya. Dan, kalau kita letakan diri kita di tempat  Daren, mungkin kita akan berkata demekian. Siapa tak mahu menang. Siapa tak mahu jadi hero mengutip mata kemenangan negara? Apapun, ianya sudah berakhir. 

Menanggis air mata darah sekali pun Piala Thomas tidak boleh kita miliki kerana ianya milik Jepun yang kentar dengan semangat juang mereka. Lupakan episod sedih ini, siapkan dan lengkapkan pasukan yang baru bagi menghadapi banyak lagi kejohanan dunia yang akan pemain-pemain kita sertai. Insyallah, satu ketika nanti, Piala Thomas akan kita julang. Apa yang menyedihkan dan IBM terkilan sikit kerana di saat-saat persaraan jaguh badminton no 1 dunia Datuk Lee Chong Wei, beliau gagal meraikan pingat emas dan menjulang Piala Thomas buat kali pertama. Memang beliau terkilan habis.

Mata pertama beliau dalam perlawanan malam semalm, belum cukup bagi beliau dan negara menjulang Piala Thomas. Kata orang, bukan rezeki dia. Apapun tahniah kepada wira-wira badminton kita menjadi naib juara. Cuba lagi. Wasallam ~ IBM


Aku Sayang UMNO dulu, kini dan selamanya (Perjuangan yang belum selesai )
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

SEJADAH BELAJAR SOLAT UNTUK BUDAK KECIK

Saya dah berkurun tak tulis artikel baru. Rasanya semenjak saya berjaya menyelesaikan artikel teori Yaseen tu (yang mengambil masa tiga hari melawan mengantuk yang sangat extreme), rasanya dah ada batalion baru jin yang menghalang saya menulis artikel dakwah terbaru. Setiap kali nak menaip saja mesti tetiba mengantuk menguap-nguap dan lepas tu terbongkang tidur mati.Sekarang tengah cuba selesaikan episod terbaru JEREJAK. Mudah-mudahan dapat diselesaikan.

Anyway, saya ada idea simple untuk dikongsikan bersama dengan ibu-bapa yang mempunyai anak kecil yang baru nak diajar solat. Saya tahu kebanyakan ibu-bapa mula melatih anak solat dengan cara menyuruh anak-anak solat bersama sewaktu berjemaah. Cara tradisional ini memang efektif tapi dalam kebanyakan kes ramai kana-kanak yang membesar solat tanpa mengetahui makna perkataan dalam solat mereka. Malahan tidak salah jika saya katakan bahawa ramai orang dewasa yang solat tanpa memahami apa yang mereka bacakan semasa solat. Saya tahulah sebab saya pun dulu begitu juga. Masa muda-muda dulu makna al-Fatihah pun tak tahu.

So, untuk anak saya yang masih kecik ni saya ambil pendekatan baru. Dia dah hafal bacaan ‘Al-Fatihah’ (Ustazah di sekolah yang ajar) tapi saya ajar dia solat dengan teknik terkini.

Dipersembahkan.. Teknik terkini saya.. Jeng Jeng Jeng!

SEJADAH MUALLAF!!
(Sebab sesuai untuk budak kecik dan muallaf yang baru belajar sembahyang saja)

 Konsepnya senang saja. Suruh anak kecil berdiri di kawasan yang ada lambang kaki tu, lepas tu start praktikal sembahyang (dibawah guidance orang dewasa) sambil membaca bacaan-bacaan solat yang siap tertulis atas sejadah tu.


Alhamdulillah saya dah buat percubaan dengan anak saya yang berumur 7 tahun (tapi dah pandai membaca) dan nampaknya berkesan. Untuk setiap rakaat saya suruh dia baca “al-Fatihah” dalam bahasa arab dan kemudian lepas tu dia baca maksudnya dalam bahasa Melayu dengan suara perlahan sebelum meneruskan ke bahagian seterusnya. Pada peringkat awal saya terpaksa jaga sambil kata “buat nombor satu… haa pastu buat nombor dua..” etc etc tapi sekarang dia dah pandai solat 5 waktu walaupun buat masa ni masih dalam bahasa melayu. InsyaAllah dalam tempoh terdekat jika dia dah hafal semua makna di sebalik bacaan solat maka saya akan print out sejadah baru tapi semua bacaan dalam bahasa arab pula (tapi tulisan rumi dululah sebab dia masih muqaddam)

Oh ya lupa beritahu. Sejadah ni saya upah kedai print out atas kertas “bunting” iklan tu.

Kepada sesiapa yang nak cuba kaedah ni untuk anak-anak, boleh email saya dan nanti saya akan emelkan fail CorelDraw untuk anda bawak ke kedai printer. Anda juga boleh edit sendiri rekabentuk dan tulisan di sejadah tu tu (kepada sesiapa yang prefer agar anak-anak mereka terus hafal bacaan arab).

Kepada sesiapa yang nak komersialkan idea ni (manalah tau). Dipersilakan juga. Dengan syarat jangan ada sesiapa memandai nak claim copyright dan lepas tu cuba halang orang lain komersialkan konsep yang sama. Saya tak izinkan sesiapa nak ekslusifkan idea ni untuk keuntungannya sendiri saja.

Gambar Hiasan: Ini gambar masa awal-awal saya test konsep ni pada anak saya. :)

P/S: Kalau anda tak setuju dengan teknik saya, tak apalah. Rilek la bro, saya sekadar berkongsi idea. Bukannya menyebar ajaran sesat.

AFTERDARK WRITES!
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Masalah mahasiswa Jordan dibawa ke saluran betul

AMMAN – JORDAN . Prihatin dengan masalah dihadapi pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di universiti di Jordan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) telah mengatur satu pertemuan bagi mendengar sendiri keluhan mereka.

Rombongan diketuai Yang Dipertua Yadim, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut disertai beberapa Felo Muda Dakwah (FMD) itu akan bertemu secara tidak formal dan berbincang mengenai masalah-masalah yang dihadapi mereka di sana.

Dr Asyraf Wajdi berkata, antara masalah yang masih berbangkit dan menjadi kerisauan mahasiswa di sini ialah kenaikan yuran pengajian berganda dan kos kehidupan semakin meningkat berbanding jumlah pinjaman pelajaran yang diterima  daripada kerajaan atau swasta.

“Setakat ini saya difahamkan yuran pengajian semakin meningkat sedangkan ada mahasiswa ini yang dibiayai oleh Baitulmal dan pusat-pusat zakat negeri. Pemberian yang  tidak mencukupi adalah cabaran yang amat besar yang perlu ditanggung oleh mahasiswa ini demi meneruskan pembelajaran sehingga tamat di negara ini,” katanya.

Beliau berkata, beliau mahu dalam lawatan selama tiga hari itu suara mahasiswa dibawa ke saluran yang betul dalam usaha meringankan beban dihadapi itu, di samping mengeratkan lagi hubungan antara Yadim dengan pelajar di Jordan.

“Kita juga akan memberikan penerangan dan penjelasan mengenai perkembangan terkini apa yang berlaku di Malaysia khususnya mengenai hudud dan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang kini hangat diperkatakan agar mereka jelas apa yang sebenarnya berlaku,” katanya.

Jordan, katanya, sebuah negara beraja yang kependudukannya hampir 6 juta orang, adalah antara salah satu tempat pembelajaran yang menjadi perhatian bagi sebahagian rakyat Malaysia yang ingin meneruskan pembelajaran mereka terutamanya dalam jurusan agama dan kedoktoran. – Sinar Harian

Laman Rasmi Kelab UMNO Luar Negara
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Karnival usahawan wanita meriah

MAZNAH Hamid (tengah) memotong pulut kuning selepas merasmikan Karnival Keusahawanan Wanita 2014 anjuran Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Sungai Petani di Ruang Legar Central Square Sungai Petani di Kedah, baru-baru ini.- UTUSAN/Abd. Razak Osman

MAZNAH Hamid (tengah) memotong pulut kuning selepas merasmikan Karnival Keusahawanan Wanita 2014 anjuran Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Sungai Petani di Ruang Legar Central Square Sungai Petani di Kedah, baru-baru ini.- UTUSAN/Abd. Razak Osman

SUNGAI PETANI 4 Mei – Karnival Keusahawanan Wanita 2014 yang berlangsung selama empat hari di sebuah pusat beli-belah di Jalan Kampung Baru di sini baru-baru ini mendapat sambutan meriah.

Selain pameran, ceramah dan gerai perniagaan, sebanyak 10 acara pertandingan diadakan termasuk sukan tradisional seperti congkak, batu selambut, dam haji, mewarna kanak-kanak dan teka silang kata.

Ketua Wanita UMNO Kedah, Datuk Dr. Maznah Hamid ketika merasmikan karnival itu berkata, langkah diambil oleh Wanita UMNO Sungai Petani menganjurkan program tersebut digalakkan dalam usaha melahirkan lebih ramai wanita menjadi usahawan berjaya.

“Inilah cara terbaik untuk menarik wanita tempatan menjadi usahawan hebat,” katanya yang turut menyampaikan ceramah bertajuk ‘Transformasi Minda Usahawan Berjaya’ pada program tersebut.

Menurutnya, kejayaan dalam bidang itu bakal menjadi kenyataan, jika wanita terus didedahkan dengan pelbagai ilmu berkaitan keusahawanan.

“Banyak persaingan terpaksa dihadapi tetapi mereka berjaya setelah memiliki keramahan serta bijak menyusun pelbagai perniagaan baharu,” katanya. – Utusan Online

 

Laman Rasmi Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

SELAMAT HARI WESAK

Hari Wesak


Mukhriz Mahathir
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Mah Ada Pengaruh Dalam Kerajaan Untuk Bantu Warga Teluk Intan – Khairy

TELUK INTAN, 19 Mei – Pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan perlu membuat pertimbangan bijak dengan memilih calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong yang terbukti mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat kerana pengaruhnya dalam kerajaan.

Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin berkata Mah, anak tempatan Teluk Intan, yang mempunyai pengalaman luas dalam pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri itu dilihat mampu menyelesaikan isu tempatan.

“Walaupun berdepan calon pembangkang yang juga merupakan seorang beliawanis, namun kita yakin pertimbangan rakyat Teluk Intan akan memberi sokongan kepadanya yang berpengalaman sebagai Anggota Parlimen selama dua penggal serta Anggota Dewan Undangan Negeri selama satu penggal,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan Pemuda BN di sini, hari ini.

Sementara itu, ketika berucap pada majlis berasingan, beliau berkata PRK Teluk Intan bukan pertandingan ‘ratu cantik’ tetapi medan untuk rakyat memilih wakil mereka untuk memperjuangkan kemajuan dan pembangunan kawasan itu.

“Saya risau kalau pilih calon berdasarkan paras rupa yang tidak tahu mengenai Teluk Intan, apa akan jadi kepada kawasan ini. Bagaimana nasib rakyat di sini,” katanya.

Khairy yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO berkata Pemuda BN akan menggerakkan seluruh jenteranya melalui pelbagai program seperti siri ceramah, program santai serta turun rumah ke rumah bagi meraih sokongan pengundi Teluk Intan terutamanya pemilih golongan muda yang merangkumi 20,905 orang.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata Pemuda BN juga kini membentuk Jawatankuasa Khas Bertindak CBP (Cukai Barang dan Perkhidmatan) untuk member penerangan mengenai pelaksanaan cukai itu secara berterusan melalui siri ceramah serta platform media sosial.

Beliau berkata usaha penerangan ini digerakkan selepas mendapati saluran rasmi kerajaan bagi penjelasan CBP ini tidak mencukupi terutama untuk golongan muda.

“Kita dapati CBP perlu mempunyai penerangan ‘political treatment’ (yang mempunyai unsur-unsur politik) untuk menepis serangan dan tohmahan parti pembangkang yang memberi maklumat tidak tepat serta mengelirukan,” katanya.

Mengulas mengenai desakan Veteran UMNO supaya keanggotaan ibu kepada calon DAP, Yammy Samat dibatalkan, Khairy berkata ia bukan keutamaan parti pada masa sekarang.

“Kita ada proses tatatertib dalam parti dan prosedur yang telus, kita tidak boleh menggantung atau membatalkan keanggotaan seseorang begitu sahaja, ada prosesnya dan ia tidak perlu dilakukan secara terburu-buru,” katanya.

Laman Rasmi Pemuda UMNO Malaysia
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Letak calon Melayu di Teluk Intan hanya ‘hiasan’ DAP – Dr. Mahathir

MELAKA 19 Mei – Tindakan DAP meletakkan calon Melayu pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan merupakan tindakan ‘hiasan luaran’ parti itu bagi mengaburi mata orang Melayu, kata bekas Perdana…
Utusan Online – Politik
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Perhimpunan Agung Tahunan KUJ

Assalamualaikum semua.

Insyaallah Kelab UMNO Jepun Tokyo akan mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan pada tempat dan masa seperti berikut:

Tempat: National Olympics Memorial Youth Center (stesen terdekat: 参宮橋, sanguubashi)

http://nyc.niye.go.jp/e/02informations/cont05.html

Tarikh: 25 Mei 2014 (Ahad)
Masa: 09:30-12:00

Antara tentatif adalah ucapan dari bekas presiden, pembentangan belanjawan, pembentangan aktiviti lepas, dan yang penting sekali- pelantikan jawatankuasa baru sesi 2014-2015.

Kedatangan kalian amat dialu-alukan. Jumpa di sana!

Laman Rasmi Kelab UMNO Luar Negara
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

SELAMAT HARI GURU 2014

Selamat Hari Guru 2014


Mukhriz Mahathir
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Copyright © 2013. All Rights Reserved.