Umno Blogger Directory

Selamat

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Dikesempatan ini kami warga UtaraNews.com memohon ampun dan maaf andai kata ada tersalah dan tersilap yang pernah dilakukan sepanjang kita bertemu di medan maya.Sesungguhnya kita berusaha untuk untuk menyampaikan berita-berita terkini dan juga kupasan berkaitan isu-isu tertentu yang mungkin bagi menyentuh hati dan perasaan semua.
Justeru itu bersempena hari baik dan bulan baik ini , kami warga utaranews.com mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua yang selama ini memberikan sokongan kepada UtaraNews.com
Memandangkan esok adalah hari raya maka utaranews.com membawakan kepada anda Panduan dan Cara Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri sebagai “refresh” kepada kita semua.
Sebelum itu, kita ketahui dahulu info mengenai solat raya. Dimana solat dua hari raya sama ada Idulfitri atau Iduladha adalah sunat dilakukan secara berjemaah. Menurut As-Syafie, Eid berasal daripada perkataan yang bermaksud kembali kerana sifatnya yang dilakukan secara berulangkali dalam setiap tahun. Solat ini di
syariatkan pada tahun kedua hijrah berdasarkan sirah an-Nabawiah.
Daripada Abu Said al-Khudriyi RA bahawa Rasulullah SAW keluar pada hari raya Idulfitri dan Iduladha menuju ke tempat solat. Perbuatan pertama yang baginda SAW lakukan ialah bersolat dan apabila selesai, maka baginda menghadap ke arah makmum yang sedang duduk. Baginda memuji Allah SWT dan memerintah mereka sesuatu tugas (untuk berjihad di jalan Allah), kemudian setelah selesai Baginda bersurai. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
HUKUM SOLAT HARIRAYA 
Hukumnya adalah sunat muakkad. Ini berdasarkan perbuatan Rasulullah SAW yang tidak pernah meninggalkannya sehingga Baginda wafat. Bahkan Baginda telah menggalakkan para sahabat untuk mengerjakannya apabila tiba waktunya.
Oleh itu setiap umat Islam yang mukallaf lelaki dan perempuan, bermastautin/bermukim atau bermusafir dituntut mengerjakannya. Segala rukun dan syarat serta sunatnya sama seperti solat fardu yang lima, kecuali perkara sunat yang ditambahkan iaitu bertakbir tujuh kali pada rakaat pertama dan lima kali pada rakaat yang kedua. Di antara tiap-tiap takbir itu disertakan dengan bacaan tasbih.
AZAN DAN IQAMAH 
Solat sunat hariraya tidak disunatkan untuk azan dan iqamah. Tetapi memadai bilal menyeru dengan iaitu ‘Marilah Solat Berjemaah’.
WAKTU SOLAT 
Waktu masuk bagi solat hariraya ialah selepas naik matahari pagi sehingga sebelum masuk waktu fardhu Zohor.
KAEDAH PELAKSANAAN SOLAT HARIRAYA 
Solat hariraya mempunyai cara-cara tertentu yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah 
SAW seperti:
Rakaat Pertama
1. Dimulai dengan lafaz Takbiratulihram (Allahuakbar) berserta niat: 
أُصَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ  رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى
 Usalli sunnatan liAidil Fitri rak’ataini makmuman lillahi ta’ala.
 Ertinya: “Sahaja aku solat sunat Idulfitri dua rakaat tunai (sebagai makmum) kerana Allah Taala.”
2. Membaca doa Iftitah. 
3. Mengangkat tangan dan bertakbir sebanyak 7 kali (seperti takbiratulihram solat fardhu) yang diselang-seli dengan bacaan tasbih:
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر 
subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar
4. Membaca surah al- Fatihah. 
5. Membaca ayat dari surah al–Quran seperti surah al-A’laa (atau surah yang lain). 
6. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama. 
Rakaat Kedua 
1. Dimulai dengan lafaz takbir Intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua). 
2. Mengangkat tangan dan bertakbir sebanyak lima kali (seperti takbiratulihram solat fardhu) yang diselang-seli dengan bacaan tasbih.
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر 
subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar
3. Membaca surah al-Fatihah.
4. Membaca ayat dari surah al-Quran seperti surah al-Ghaasyiyah (atau surah yang lain).
5. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua. 
6. Memberi salam. 
KHUTBAH HARIRAYA 
Selepas selesai melakukan solat sunat Hari Raya, akan diadakan Khutbah hari Raya. Di antara dua khutbah itu pula Khatib disunatkan duduk sebentar. Khatib sunat melafazkan takbir dalam khutbah pertama sebanyak sembilan kali dan dalam khutbah kedua sebanyak tujuh kali berturut-turut.
Berikut adalah perkara-perkara yang sunat dilakukan  :
1.Mandi Sunat Hari Raya
2.Memakai pakaian yang terbaik
3.Makan sedikit sebelum keluar ke masjid
4.Menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri
5.Mendengar Khutbah Raya
6.Pergi dan balik dari masjid mengikut jalan yang berbeza
7.Mengucapkan ucapan Hari Raya
Selamat Hari Raya Aidilfitri .. ~UtaraNews.com

UtaraNews – The News Portal
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

KULN Mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri

Semperna Sambutan Aidilfitri ini, Kelab UMNO Luar Negara diminta tidak lupa berdoa buat MH370 dan MH17 serta juga Gaza yang menjadi sasaran rejim Zionis.

Kelab UMNO Luar Negara akan mula beroperasi semula pada 4 Ogos 2014

Laman Rasmi Kelab UMNO Luar Negara
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

SELAMAT HARI WESAK

Hari Wesak


Mukhriz Mahathir
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

SELAMAT HARI GURU 2014

Selamat Hari Guru 2014


Mukhriz Mahathir
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

TERIMA KASIH PM KEPADA WARGA ‘PENDIDIK’ – “SELAMAT HARI GURU”

JUMAAT, 16 MAY 2014

16 Mei (Bernama) – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat melahirkan penghargaan kepada semua warga pendidik atas sumbangan yang mereka curahkan dalam mendidik anak bangsa. Beliau mengakui guru memikul beban melahirkan pelajar berilmu dan berkebolehan, yang bersedia untuk mewarisi perjuangan dan menyumbang kepada pembangunan negara. “Tanggal 16 Mei setiap tahun, Hari Guru disambut di seluruh negara bagi menghargai jasa dan pengorbanan guru yang telah bersusah payah memerah keringat mendidik anak bangsa dan mendorong mereka ke arah menjadi insan cemerlang dalam apa jua lapangan yang diceburi. 

Kita berterima kasih kepada guru yang yang begitu banyak berjasa, berkorban masa dan tenaga dan tidak pernah jemu melaksanakan tanggungjawab mereka yang besar ini,” katanya dalam catatan di laman blog www.1malaysia.com.my sempena sambutan Hari Guru hari ini. Perdana menteri berkata tugas dan tanggungjawab yang digalas warga pendidik amat berat dan mencabar, justeru mereka wajar dihargai. “Bagi pihak diri saya dan seluruh rakyat Malaysia, Selamat Hari Guru saya ucapkan kepada semua warga pendidik atas sumbangan mereka yang tidak ternilai demi kemakmuran bangsa dan tanah air. Terima Kasih Cikgu,” kata Najib. Dari IBM, “Selamat Hari Guru”. Wasallam ~ IBM
“TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA”

Aku Sayang UMNO dulu, kini dan selamanya (Perjuangan yang belum selesai )
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Selamat Menyambut Hari Songkran

Selamat menyambut Hari Songkran kepada seluruh rakyat Kedah berketurunan Siam. Semoga kedatangan tahun baharu ini menyemarakkan semangat dan sinar baharu  kepada seluruh masyarakat Siam di Negeri Kedah Darul Aman. Kerajaan menyanjung tinggi dan mengiktiraf sumbangan seluruh masyarakat Siam dalam usaha membangun dan memajukan Negeri Kedah selama ini. Saya berharap masyarakat Siam akan terus mendokong serta menyokong usaha kerajaan untuk memacu transformasi ke arah menjadikan Kedah sebuah negeri yang aman lagi makmur.

Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri akan berusaha membantu untuk memaju dan membangunkan masyarakat Siam dalam semua bidang supaya dapat bergerak seiring dengan masyarakat kaum lain di Negeri Kedah.

Selamat Menyambut Hari Songkran.

DATO’ SERI HAJI MUKHRIZ TUN MAHATHIR
Menteri Besar Kedah Darul Aman

Tarikh: 11 April 2014 (Songkran disambut Ahad ini, 13/4/14)


Mukhriz Mahathir
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

MH370 Sah Dirampas, Kemungkinan Masih Selamat

PM umum #MH370 kemungkinan besar dirampas. KAPAL TERBANG sah berpatah balik ke semenanjung Malaysia. Masih ada komunikasi dengan pesawat sehingga 8 pagi sabtu lepas. Kapal terbang berkemungkinan terbang sehingga sempadan Khazastan atau sehingga ke sempadan India.

PROSES MENCARI DITERUSKAN

Screenshot_2014-03-15-14-39-59

MYKMU.NET: DEMI SEBUAH PERJUANGAN
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARI ~ IBM

07 OGOS 2013

SALAM kepada semua pembaca-pembaca dan pengemar blog IBM dan juga semua umat Islam ammnya. Shawal menjelang lagi. Marilah kita sama-sama bermaaf-maafan di hari  dan bulan yang baik dan mulia ini. Lupakan sengketa lama, buka buku baru dan kita lupakan fahamam politik demi untuk memupuk umat Islam supaya lebih berdidikasi dan dihormati. 
Disini, IBM mengambil kesempatan mengucapkan “SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI” maaf zahir & batin kepada semua. Selama IBM menulis di blog ini, sekiranya terdapat kesalahan, terkasar bahasa, terlanjuir kata, sepuloh jari IBM susunkan memohon ampun dan maaf. IBM manusia biasa, tidak dapat lari dari membuat kesalahan dan kesilapan. Yang baik itu datangnya dari Allah SWT, yang buruk itu datangnya dari IBM sendiri. 

Akhir kata, salam Aidilfirti untuk semua. Untuk pengetahuan para pembaca semua, blog IBM akan berehat lebih kurang seminggu dari hari ini. Kita jumpa lagi pada 19 Ogos 2013, insyallah ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Aku Sayang UMNO dulu, kini dan selamanya (Perjuangan yang belum selesai )
Source Blog

September 2014
M T W T F S S
« Aug    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Copyright © 2013. All Rights Reserved.