Umno Blogger Directory

Mykmu

Protes GST Tetap Di Dataran Merdeka, Apa Zahid Berani Buat?

zahidhamidi

zahidhamidi

Kumpulan anti-GST tetap akan mengadakan perhimpunan untuk membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 Mei di kawasan Dataran Merdeka biarpun polis meminta ia diadakan di Padang Merbuk atau Stadium Merdeka.

Menurut Malaysiakini.com, Penganjur perhimpunan tetap akan berkumpul di kawasan Dataran Merdeka biarpun ia kini ditutup untuk tujuan “naik taraf”

Jurucakap jawatankuasa protes 1 Mei S Arutchelvan berkata keputusan telahpun dibuat pagi ini untuk tetap berkumpul di Dataran Merdeka.

“Kami bersetuju dengan kebimbangan mengenai kawasan pembinaan yang berjalan tetapi kami akan berkumpul di jalan bersebelahan padang,” kata beliau kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

Beliau menambah sekiranya pihak berkuasa boleh menutup jalan di Dataran Merdeka walaupun tiada pembinaan, jadi para demonstran boleh berkumpul di kawasan tersebut.

“Pilihan kedua terbaik ialah berkumpul di sekeliling Dataran Merdeka, kami tidak akan bersetuju (berkumpul) di Stadium,” kata setiausaha agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) berkata himpunan itu akan tetap berjalan di padang bersejarah tersebut.

“Kami fikir Dataran Merdeka adalah simbol kepada gerakan rakyat,” kata beliau.

Menurut Arutchelvan, himpunan dijadualkan bermula jam 2 petang dan hadirin diminta berkumpul di empat tempat utama iaitu Bangunan KLCC, Kompleks Membeli Belah Sogo, Dataran Maybank dan Masjid Negara sebelum berarak ke Dataran Merdeka.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Zainuddin Ahmad semalam memberi amaran kepada penganjur agar tidak menggunakan padang berkenaan kerana peralatan pembinaan di kawasan itu boleh menyebabkan bahaya. Polis turut mengesyorkan penggunaan Padang Merbok dan Stadium Merdeka sebagai tempat alternatif.

Apa yang dikatakan oleh penganjur demontrasi ini ialah, kami peduli apa undang-undang dan arahan Polis.

Soalnya, Apakah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekadar mengulangi taktik Menteri Dalam Negeri sebelumnya yang terkenal dengan Menteri Amaran?


MYKMU.NET
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Memang Tak Kena Gaya Dah KDN Ni!

Masa pemilihan agung UMNO tempoh hari, antara yang menarik perhatian adalah calon Naib Presiden, Zahid Hamidi. Beberapa kenyataannya dilihat telah menyebabkan dia menerima sokongan besar, bahkan ada sesetengahnya berpendapat, sekiranya dia bertanding sebagai Presiden UMNO pun, dia boleh menang pada ketika itu. Dan ramai pula yang menjuih bibir dan berkata, panas Zahid Hamidi itu tidak akan lama kerana apa yang dilakukannya hanyalah mencari populariti semata-mata.

Entahkan betul, tetapi kebetulannya terlalu luar biasa. Antara janji besar yang dibuat untuk mendapatkan sokongan adalah janji Operasi Membantera PATI dan amaran keras kepada penggiat media yang sentiasa mencipta masalah Kerajaan. Ternyata, selepas menang, Zahid bagaikan terlupa dengan janji-janjinya sendiri.

Ng Wei Aik merupakan ADUN DAP yang paling kuat pegangan Cinanya. Dia sanggup melakukan apa-apa sahaja hatta menghina golongan yang dilabelkannya sebagai pendatang, melengking-lengking bagaikan anjing putus ekor apabila ada desakan agar Kerajaan Negeri Kedah menuntut Pulau Pinang dikembalikan kepada Kedah atau bayaran pajakan dinaikkan dari RM10,000 menjadi RM10 juta setahun. Ng Wei Aik pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia sebagai rakyat Pulau Pinang, tidak rela Pulau Pinang ‘dijajah’ kembali.

Berita tentang hampir 1000 orang Cina yang merupakan bekas warganegara Malaysia tersadai di seluruh United Kingdom dan kini tidak mempunyai negara setelah mereka melepaskan kewarganegaraan Malaysia dalam usaha untuk menjadi warganegara United Kingdom sudah mula diperkatakan. Lebih diperkatakan lagi ialah apabila Menteri Dalam Negeri memberi jaminan Malaysia akan membantu Cina-Cina tersebut untuk kembali ke negara ini dan menguruskan kerakyatan mereka.

Menariknya, usaha-usaha untuk membantu Cina-Cina bekas warganegara Malaysia itu dipelopori oleh Ng Wei Aik.

1Baik sungguh hati Menteri KDN Malaysia. Baik sungguh layanan yang diberikan kepada golongan pengkhianat yang sudah tentulah sepanjang berada di United Kingdom kerja-kerja mereka ialah memburuk-burukkan Malaysia bagi memudahkan mereka diterima sebagai rakyat atau penduduk United Kingdom. Baik sehinggakan anjing yang menggigit setelah diberi makan pun, masih boleh dipeluk, dibelai dan tidak mustahil juga diberikan hamparan karpet merah untuk menyambut kepulangan mereka ke negara ini.

Mengapa agaknya DAP bersungguh-sungguh mahu membantu Cina-Cina yang telah mengoyakkan kerakyatan Malaysia mereka? Sudah tentulah kerana DAP melihat mereka sebagai penyokong setia yang sanggup memburuk-burukkan Malaysia demi menaikkan DAP. DAP tidak akan membantu kalau tidak mendatangkan keuntungan kepada parti tersebut.

Golongan terbabit tidak sepatutnya diberikan keistimewaan sebagai rakyat Malaysia lagi. Kalaupun terlalu baik hati dan tidak sampai hati melihat mereka terperangkap di antara sempadan negara memandangkan status mereka sekarang adalah rakyat tidak bernegara, Malaysia bolehlah membenarkan mereka masuk ke negara ini. Namun mereka tidak boleh dibenarkan menjadi rakyat walau dengan apa cara sekalipun. Sebaliknya mereka hanya perlu diberikan kad pengenalan merah yang tidak memberikan hak kepada mereka untuk mengundi. Mereka diharamkan sama sekali daripada menjadi rakyat Malaysia pada masa-masa hadapan. Begitu juga dengan keturunan mereka yang pada sepanjang waktu hanya boleh memegang kad pengenalan merah dan berstatus penduduk tetap.

Malaysia bagi golongan tersebut hanyalah pilihan terakhir. DAP pada sepanjang masa seringkali menyatakan Kerajaan Malaysia menzalimi orang Cina dan tidak memberikan hak sama rata kepada masyarakat Cina. Anehnya, DAP yang bersungguh-sungguh pula ingin membantu Cina-Cina bekas warganegara itu untuk kembali menetap dan menjadi rakyat Malaysia walaupun mereka sendiri yang menyatakan Kerajaan Malaysia yang ditunjangi oleh UMNO zalim serta tidak berhati perut selain melakukan pembersihan etnik.

Tidak salah Malaysia membantu mereka atas dasar kemanusiaan tetapi TERLALU SALAH sekiranya kerakyatan mereka dikembalikan sedangkan semua orang tahu, hati perut dan fikiran mereka bukan di Malaysia, sebaliknya di negara asing yang bagi mereka jauh lebih baik berbanding Malaysia. Lebih SALAH lagi ialah jikalau Kerajaan Malaysia membenarkan mereka menentukan kerajaan kerana golongan pengkhianat tersebut tidak akan teragak-agak untuk mengkhianati negara ini dengan apa-apa cara sekalipun demi untuk mendapatkan kerakyatan dari negara berkulit putih.

Tetapi seelok-eloknya, biarlah mereka mampus kering di sempadan mana-mana negara kerana sesungguhnya itulah balasan bagi pengkhianat yang tidak tahu berfikir dan tidak tahu berterima kasih. Tak perlulah KDN cuba berlagak baik dan berhati mulia kerana kebaikan serta kemuliaan hati yang ditunjukkan kepada golongan tersebut tidak akan disyukuri sebaliknya mereka akan menjadi musuh dalam selimut yang mahu melihat Malaysia ranap dan lingkup!

MYKMU.NET: DEMI SEBUAH PERJUANGAN
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Jawatan Presiden PKR Tetap Milik Keluarga Anwar

Asas penubuhan Parti Keadilan Rakyat adalah untuk berjuang mempertahankan Anwar Ibrahim yang telah disabitkan dengan beberapa siri jenayah dahulu sehingga dipenjarakan beberapa tahun. Dengan itu para penyokong Anwar yang taksub telah berjuang di jalanraya dan di mana-mana sahaja demi mempertahankan Anwar yang merupakan seorang penjenayah.

Kini setelah Anwar dibebaskan dan disabitkan semula dengan jenayah baru iaitu liwat tiada apa yang berubah. Tujuan parti PKR ini tetap sama iaitu demi kepentingan peribadi Anwar Ibrahim. Segala laungan demi rakyat untuk rakyat hanya sekadar ucapan palsu dibibir semata.  Sememangnya pengikut PKR telah bertambah dengan bertambahnya kekuatan pakatan pembangkang yang bergerak dengan bantuan “tangan-tangan ghaib”. Hakikatnya PKR tidak pernah berjuang untuk rakyat. Tidak ada satu pun jasa PKR terhadap rakyat Malaysia.

Menjelang pemilihan dalaman PKR, sudah tentulah ada para pemimpin atasan PKR yang menyimpan cita-cita untuk menjawat jawatan Presiden yang sebelum ini disandang oleh Wan Azizah.  Namun satu lawak jenaka telah berlaku apabila Anwar dan Azizah telah bertanding jawatan Presiden PKR seolah tidak ada seorang pun ahli PKR yang lain layak menyandangnya. Dalam erti kata lain ianya milik keluarga Anwar Ibrahim ataupun Kroni Anwar.

Walaubagaimana pun penyokong tegar PKR tetap memberi alasan kononnya munasabah sangat suami isteri itu bertanding. Mereka anggap tindakan Wan Azizah mempertahankan jawatan presiden dalam pemilihan PKR dilihat sebagai pelan sokongan sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dalam proses rayuan di Mahkamah Persekutuan berhubung kes liwatnya. Ini sebagai “back up plan” kononnya walaupun Anwar  turut mengumumkan untuk bertanding jawatan tersebut.

 

 

Kononnya ini merupakan strategi  Anwar  untuk memastikan beliau kekal dalam parti. Namun, dalam masa sama perlu ada jalan elakkan masalah jika Anwar gagal dalam proses rayuan ke atas hukumannya. Dengan erti kata lain sebenarnya Anwar tahu bahawa terdapat seseorang di dalam parti yang menunggu masa yang sesuai untuk merampas jawatan Presiden. Persoalannya siapakah “orang” itu?

 

Walaubagaimana pun, pada usia Wan Azizah yang sebenarnya lebih berminat untuk mengundurkan diri berehat dan menikmati hari-hari tua beliau sebagai seorang nenek, ibu dan isteri sahaja  beliau seolah dipaksa dalam rela untuk memuaskan nafsu ketamakkan kuasa Anwar Ibrahim. Dalam hari pencalonan pemilihan PKR kelmarin, Anwar sah bertanding merebut jawatan Presiden dan bakal berdepan Wan Azizah yang memegang jawatan itu sejak 1999.

 

Menurut Seksyen 9A(1) (b) Akta Pertubuhan 1966, seseorang tidak boleh memegang jawatan dalam sesebuah pertubuhan berdaftar jika disabitkan kesalahan dan didenda tidak kurang RM2,000 atau dihukum penjara tidak kurang satu tahun. Tambahan pula terdengar desas desus yang cukup kuat mengatakan bahawa  keputusan Anwar bertanding jawatan presiden sebenarnya bagi mengelakkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menentang Wan Azizah. Ini memandangkan Wan Azizah berada dalam kem Khalid Ibrahim. Sengketa antara Azmin Ali dan Khalid Ibrahim bukan lagi rahsia.

 

Walau apa pun alasan yang mereka cuba berikan namun rakyat tetap melihat PKR sebagai hanya sebuah parti “kartun” hak milik cipta keluarga Anwar. Walau selama mana pun ianya ditubuhkan namun hakikat ini tetap tidak akan dapat disangkal. Anwar akan pastikan hanya ahli keluarga dan kroni nya sahaja yang menerajui PKR sama seperti DAP yang merupakan parti anak beranak.

MYKMU.NET: DEMI SEBUAH PERJUANGAN
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

#MH370: Malaysiakini Cuba Sabotaj MAS

Portal pro Pakatan, Malaysiakini.com hari ini cuba menyalahkan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) atas kehilangan pesawat MH370 kerana membenarkan pesawat tersebut membawa bateri Lithium-ion yang mudah terbakar.

Portal itu melaporkan MAS hari ini mengesahkan bahan kargo yang dibawa oleh pesawat MH370 termasuk bateri lithium-ion. Pengesahan ini dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya itu dibuat hari ini.

“Kami bawa beberapa bateri kecil lithium-ion, ia bukan bateri yang besar dan ia pada dasarnya diluluskan di bawah ICAO (Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa) di bawah barangan berbahaya,” katanya.

Menurutnya, bateri lithium-ion pada asasnya bukan barangan berbahaya tetapi dari segi ianya diisytiharkan sebagai bahan berbahaya di bawah ICAO.

Jauhari berkata demikian dalam taklimat harian di Hotel Sama-Sama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).Jauhari bertegas kargo bateri lithium-ion itu telah diperiksa “beberapa kali” bagi memastikan ia dibungkus mengikut garis panduan ICAO.

Syarikat penerbangan, katanya melakukannya sepanjang masa, dan bukan Malaysia Airlines sahaja. Barangan ini diterbangkan oleh banyak syarikat penerbangan kargo, yang berdasarkan kepada peraturan ICAO,” katanya.

Bagaimanapun Malaysiakini yang terkenal dengan sikap anti kerajaan Barisan Nasional menyambung laporan dengan memetik beberapa kes kemalangan membabitkan bateri lithium ini.

Menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) yang berpangkalan di AS, sejumlah 141 insiden udara melibatkan bateri yang dibawa sebagai kargo atau bagasi dicatatkan antara 20 Mac 1991 hingga 17 Feb tahun ini.

Dalam kes-kes yang jarang berlaku, seluruh pesawat telah musnah akibat kebakaran yang bermula dari bateri lithium-ion dengan kes yang terbaru ialah Asiana Airlines Penerbangan 991 dan UPS Airlines Penerbangan 6, walaupun kedua-dua insiden itu membabit pesawat kargo.

Dalam kes UPS Airlines Penerbangan 6 yang berlepas dari Dubai ke Cologne, Jerman, ia terhempas selepas cuba melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai pada 3 September 2010, yang mengorbankan anak kapalnya.

Lembaga Penerbangan Awam Emiriah Arab Bersatu, dalam laporannya setebal 322 halaman mengenai insiden itu yang diterbitkan pada tahun 2013, membuat kesimpulan bahawa kemalangan itu dikaitkan dengan kebakaran yang dicetuskan oleh bateri lithium-ion, atas sebab-sebab yang tidak ketahui dan merebak ke barangan mudah terbakar di dalam kargo.

Laporan itu menyebut, juruterbang terpaksa meninggalkan tempat duduknya untuk mencari oksigen mudah alih di dek penerbangan yang dipenuhi asap dan selepas itu Boeing 747-400F itu terputus komunikasi.

Berikutan kebimbangan itu, tahun lepas, ICAO mengenakan peraturan baru yang memerlukan sebarang penghantaran yang mengandungi lebih daripada dua bateri lithium-ion perlu mematuhi syarat-syarat terperinci berkaitan barangan berbahaya.

‘Kemungkinan terlepas pandang’

Kemungkinan berlaku kebakaran akibat bateri lithium-ion yang membawa kepada kehilangan MH370, pertama kali ditimbulkan oleh CNN pada 14 Mach 14, tetapi hanya sedikit perhatian diberikan terhadapnya kerana pihak berkuasa enggan mendedahkan kandungan kargo pesawat tersebut.

Laporan Malaysiakini ini jelas sekali berniat jahat kerana sehingga kini tidak ada sebarang bukti MH370 meletup di udara dalam laluannya ke Beijing. Jika bateri Lithium yang cuba disensasikan oleh Malaysiakini sebagai oenyebab kehilangan MH370 sudah tentu kapal tersebut terbakar dan meletup dalam perjalanan ke Beijing pada 8 Mac lalu.

Sebaliknya, semua data yang ada menununjukkan Penerbangan MH370 bagi laluan KL- Beijing telah dengan sengaja menutup segala komunikasi pesawat terbabit dan keluar dari laluan asal. MH 370 juga dikesan terbang beberapa jam selepas ia berpatah balik.

Justeru teori ia meletup akibat bateri Lithium langsung tidak masuk akal buat masa ini kecuali Malaysiakini mempunyai bukti yang sebaliknya berbanding fakta-fakta dari satelit dan radar yang sedia ada.

Justeru apakah matlamat portal ini apabila melaporkan secara mengelirukan kemungkinan pesawat tersebut terbakar dan meletup akibat bateri Lithium sedangkan selepas 14 hari semua bukti menunjukkan pesawat tersebut dengan sengaja dilencongkan dari laluan asal berjam-jam sebelum hilang.

Fakta-fakta ini mengeesahkan ia bukan terbakar secara tiba-tiba dan meletupkan pesawat tersebut di udara.

Mengapakah sebuah portal berita yang menjalankan perniagaan di negara ini, ditulis oleh warga negara ini sanggup mencari jalan untuk mensabotaj syarikat penerbangan Malaysia milik rakyat negara ini sangat mengelirukan. Apakah mereka ini sanggup berbuat apa sahaja untuk melingkupkan kepentingan-kepentingan negara ini demi agenda tuan-tuan terselindung mereka?

MYKMU.NET: DEMI SEBUAH PERJUANGAN
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

MH370 Sah Dirampas, Kemungkinan Masih Selamat

PM umum #MH370 kemungkinan besar dirampas. KAPAL TERBANG sah berpatah balik ke semenanjung Malaysia. Masih ada komunikasi dengan pesawat sehingga 8 pagi sabtu lepas. Kapal terbang berkemungkinan terbang sehingga sempadan Khazastan atau sehingga ke sempadan India.

PROSES MENCARI DITERUSKAN

Screenshot_2014-03-15-14-39-59

MYKMU.NET: DEMI SEBUAH PERJUANGAN
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Anwar Tidak Puas Hati MOU Air, Khalid Belot?

Oleh Zul Rawi

Tindakan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim yang secara tiba-tiba bersetuju untuk menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Menteri Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili telah mengejutkan ramai pihak.

Menurut sumber, ekoran tindakan itu ada di kalangan pimpinan PKR yang mengecam Khalid disifatkan cuba bermain ‘tarik-tali’ dengan mengambil langkah populis tersebut. Paling menarik apabila ketika program sesi minum petang anjuran PKR di Kajang petang semalam, Ketua Umum parti itu, Anwar Ibrahim dilihat agak keberatan untuk mengulas tindakan tersebut.

Namun apabila diasak berulang kali, Anwar akhirnya terpaksa menjelaskan, dia dan parti langsung tidak dimaklumkan mengenainya. Malah menurut penasihat ekonomi Selangor itu lagi, dia masih mengkaji tindakan tersebut dan tidak dapat memberikan sebarang komen buat masa ini.

Terdahulu media melaporkan Khalid hadir dalam satu program menandatangani MoU dengan kerajaan Barisan Nasional yang turut disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

MoU tersebut bagi membolehkan kerajaan negeri mengambil alih empat syarikat konsesi air di negeri berkenaan dengan suntikan dana berjumlah RM2 bilion oleh kerajaan pusat bagi pengambil alihan saham-saham syarikat konsesi.

Antara isi kandungan perjanjian tersebut termasuklah kerajaan negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat (PR) akan membenarkan Putrajaya meneruskan Loji Rawatan Air Langat 2. Selain itu, kerajaan negeri juga akan memberikan pampasan bernilai RM9.65 bilion kepada empat syarikat konsesi air di Selangor.

Ekoran pengambilalihan tersebut, satu konsortium air untuk menguruskan industri air di Selangor akan dibentuk di bawah seliaan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).
Kerajaan negeri Selangor menjangkakan pengambil alihan syarikat konsesi tersebut akan selesai dalam tempoh tiga bulan.

Sumber turut mendedahkan, tindakan Khalid yang membelakangkan Anwar dan parti itu sebagai satu usaha untuk mengambil hati rakyat Selangor sekali gus menggagalkan sebarang percubaan untuk menggulingkannya sebagai Menteri Besar.

Malah permintaan Khalid sendiri yang menawarkan diri untuk menjadi pengarah PRK Kajang dan beberapa langkah yang dilakukan sebelum ini terutamanya dalam isu air adalah bertujuan untuk membina imejnya sebagai seorang pemimpin hebat.

“Perlu di ingat, ahli PKR paling ramai adalah di Selangor… jika Khalid berjaya dalam pilihan raya kecil kali ini, ia pasti membina momentum untuk pemilihan parti nanti,” kata sumber yang mengatakan di Selangor sahaja ahli PKR adalah sebanyak 130,000 orang,” menurut sumber tersebut.

Polemik isu ini di Selangor semakin meruncing apabila kerajaan negeri memutuskan untuk mencatu air ekoran paras tadahan di beberapa empangan menunjukkan tahap yang membimbangkan sehingga menimbulkan kemarahan masyarakat. Bagi mengelakkan terus menjadi mangsa cemuhan masyarakat, Khalid sebelum ini cuba menyalahkan faktor cuaca dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas).

Namun di dalam kenyataan balas terhadap tuduhan Khalid itu, Syabas menjelaskan pihaknya telah memaklumkan kepada kerajaan negeri berhubung kemungkinan berlaku kekurangan bekalan air sejak tahun 2008 lagi.

Kesimpulannya Khalid sedar, tindakan Anwar yang ingin bertanding di Kajang adalah untuk memaksanya meletakkan jawatan sebagai menteri besar. Namun sebagai ahli politik yang sering tertidur, ternyata Khalid bukanlah sebodoh yang disangka.

Walaupun Anwar sebelum ini berulang kali membayangkan hasratnya yang ingin menjadi menteri besar, namun tindakan terbaru Khalid ini boleh menyebabkan Anwar berputih mata.

MYKMU.NET: DEMI SEBUAH PERJUANGAN
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Terimalah Hakikat, Allah Taala Sedang Menurunkan Bala Bencana Di Selangor, Bukan Ujian Lagi!

Ada juga penyokong Pakatan Rakyat yang cuba menyedapkan hatinya sendiri menyatakan krisis air yang sedang berlaku di Selangor sekarang, adalah ujian bagi orang-orang yang bertaqwa. Justeru, kata mereka, rakyat dan penduduk di Selangor perlu pasrah, berserah, dan bersabar dengan ujian yang diturunkan oleh Allah Taala ke atas negeri Selangor. Kata mereka lagi, selepas ujian ini, Selangor, penduduk dan rakyatnya pasti akan bertambah maju kerana redha dengan ujian Allah Taala.

Sekali dengar, sekali baca, seimbas lalu, memang kelihatan betul sangatlah kenyataan tersebut. Sememangnya umat Islam diwajibkan bersangka baik kepada Allah Taala. Malah dalam pembelajaran tasauf, sabar menduduki antara 9 maqam hati tertinggi selain tawakal dan tawaduk.

Malangnya mereka terlupa satu perkara. Ujian yang Allah Taala berikan sebagai satu peringatan, kemudiannya disusuli dengan bencana seperti yang berlaku kepada umat-umat terdahulu. Memang hak Allah Taala untuk memberikan seberapa banyak ujian kepada hamba-hamba-Nya tetapi Allah Taala juga telah berjanji bahawa setiap ujian yang ditimpakan kepada hamba-hamba-Nya berada dalam keupayaan hamba-hamba-Nya untuk mengatasi ujian tersebut dengan jalan sabar dan bertawakal kepada-Nya.

Mungkin ramai yang sudah lupa krisis bekalan air pada tahun 1998 yang menjangkau tempoh dua bulan. Pada ketika yang sama, krisis kepimpinan sedang berlaku. Anwar Ibrahim sedang bergelut untuk menjatuhkan Tun Dr. Mahathir dan merampas jawatan Perdana Menteri bagi mengelakkan dia dibicarakan di bawah tuduhan menyalahgunakan kuasa dan liwat.

Selama dua bulan menyaksikan sebuah negara Khatulistiwa seperti Malaysia, mengalami musim kemarau yang agak teruk. Paras air di semua empangan menurun secara drastik. Catuan bekalan air terpaksa dibuat secara besar-besaran di seluruh negara. Paling teruk terjejas adalah Kelantan yang pada waktu itu permohonan pinjaman kepada Kerajaan Persekutuan bagi menaiktarafkan sistem penyaluran air, telah ditolak mentah-mentah oleh Menteri Kewangan. Apatah lagi, perjudian pentadbiran Nik Aziz yang menyerahkan pengurusan air kepada syarikat dari Eropah, akhirnya bukan sahaja tidak menambahkan mutu perkhidmatan dan pembekalan, bahkan Kerajaan Negeri Kelantan pula telah disaman dan terpaksa membayar gantirugi bernilai ratusan juta ringgit kepada syarikat asing itu.

Bayangkanlah, hujan turun dengan lebat, tetapi paras air di empangan tetap tidak meningkat, bahkan terus menurun. Catuan memang memeritkan apatah lagi mereka yang tinggal di rumah-rumah pangsa. Mereka terpaksa mengangkut air dari bawah sama ada mendaki anak tangga mahupun menaiki lif.

‘Ujian’ krisis bekalan air pada penghujung tahun 1990-an itu berakhir apabila Anwar Ibrahim disumbatkan ke dalam penjara. Mungkin secara kebetulan, tetapi mungkin juga bencana krisis air pada waktu itu memang ada kena-mengena dengan Anwar Ibrahim, keadaan terus pulih apabila Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman penjara 14 tahun secara berasingan bagi dua kesalahan iaitu rasuah salah guna kuasa dan liwat.

air

Sepanjang Anwar Ibrahim berada dalam penjara dari tahun 1999 sehinggalah 2005, tiada sebarang krisis air di Malaysia. Namun sebaik-baik sahaja Anwar Ibrahim dikeluarkan dari penjara, krisis air kembali berlaku. 2008 apabila Pakatan Rakyat berjaya menguasai Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Perak (sehingga Februari 2009) dan Kelantan, sudah ada tanda-tanda krisis air akan berulang. Ingatan keras telah diberikan kepada pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor bahawa Selangor berpotensi dan berhadapan dengan risiko bekalan air yang sangat serius. Rezab simpanan air di Selangor tidak mampu menampung permintaan sehingga penghujung tahun 2014. Justeru, projek Loji Rawatan Langat II yang dihentikan oleh Pakatan Rakyat kerana berebutkan kontrak, perlu disambung semula dengan seberapa segera.

Namun para pemimpin Pakatan Rakyat bercakap pandai. Pelbagai dalih dan alasan yang mereka berikan termasuklah projek berkenaan adalah untuk kroni dan untuk UMNO mengumpul dana pilihanraya di samping mengkayakan segelintir individu.

Bulan kedua 2014, krisis air sudah mula berlaku. Selangor menjadi negeri pertama yang mencatu bekalan air bersih ke atas penduduk dan rakyatnya. Sekaligus akan menyebabkan komuniti industri beransur-ansur keluar dari Selangor dan menarik semula pelaburan mereka kerana asas terpenting iaitu air, tidak stabil.

Ujiankah ini? Atau sebenarnya ini merupakan bencana daripada Allah Taala setelah Allah Taala memperingatkan dengan pelbagai cara tentang risiko kehilangan bekalan air di negeri ini? Dan ingatan tersebut bukannya sekali, bahkan berkali-kali.

Krisis bekalan air di Selangor kali ini, terlalu hampir serupa dengan krisis bekalan air pada tahun 1999. Adakah Anwar Ibrahim sebagai puncanya memandangkan Allah Taala sendiri memberi jaminan bahawa kiamat dipercepatkan dengan tangan (perbuatan) manusia sendiri. Masih adakah lagi yang mahu membela Anwar Ibrahim semata-mata kerana ego dan fahaman politik mereka sedangkan apabila Allah Taala menurunkan bala, ia akan meliputi semua orang termasuklah abid, ulama, cendekiawan, pakar, mahupun marhein dan kafirin. Tiada yang terkecuali daripada bencana tersebut, melainkan mereka yang sentiasa beringat-ingat dan diberikan hidayah untuk keluar dari kawasan bencana itu sepertimana yang diceritakan di dalam al Quran.

 

MYKMU.NET: DEMI SEBUAH PERJUANGAN
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Pemberian BR1M Mengikut Syariat Islam – PM

PEKAN, 23 Feb — Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperkenalkan kerajaan adalah selaras dengan syariat Islam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sambil memetik sepotong hadis, Najib berkata Islam menggalakkan umatnya membantu meringankan bebanan yang ditanggung orang lain termasuk melunaskan beban hutang.

“Seorang sahabat Rasulullah SAW pernah bertanya kepada baginda, Ya Rasulullah siapakah manusia yang paling dicintai Allah dan apakah perbuatan yang paling dicintai Allah.

Jawab Rasulullah manusia yang paling dicintai ialah manusia yang banyak memberi manfaat kepada manusia lain, menggembirakan manusia lain dengan melunas hutang orang tak mampu bayar, beri makan kepada orang kelaparan dan berjalan untuk membantu orang yang susah, itu lebih baik daripada beriktikaf selama sebulan di masjid.

“Saya tahu ada orang yang bayar hutang apabila mendapat bantuan BR1M ini, kita tolong orang lunas hutang, besar pahala yang kita dapat,” katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian BR1M Parlimen Pekan di Dewan Seri Perdana Kolej Automotif Antarabangsa (ICAM) di sini Ahad.

Di majlis itu, Perdana Menteri menyampaikan bantuan kepada 1,000 penerima daripada empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, Peramu Jaya, Bebar dan Pulau Manis.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.

Najib berkata, beliau tidak kisah dengan sikap pembangkang yang sentiasa mengutuk kerajaan walaupun langkah yang dilakukan kerajaan itu memberi manfaat kepada rakyat.

“Kita pegang pada hadis, Insya-Allah apa yang kita lakukan akan diredai Allah,” katanya.

“Ramai yang tertanya-tanya kenapa pula perlu naik harga minyak dan hapus subsidi gula seolah-olah membebankan rakyat dalam keadaan ekonomi pada masa kini,” kata Najib.

Perdana Menteri menjelaskan bahawa subsisdi dinikmati oleh semua orang.  Malah orang kaya lebih banyak dapat untung dalam subsidi petrol dan elektrik.

“Apa yang kita lakukan bukannya hendak membebankan rakyat. Kita hendak alih daripada subsidi yang banyak ketirisan, ada yang seludup diesel, ada kilang-kilang besar guna diesel subsidi, ada nelayan jual diesel.

“Contohnya RON95, setiap liter minyak petrol itu ada 63 sen subsidi oleh kerajaan. Kalau pengguna kereta Perodua Kancil dengan kapasiti enjin di bawah 1,000 cc dan diandaikan membuat perjalanan 50 kilometer (km) sehari atau 350 km seminggu.

“Mereka akan menggunakan 30 liter petrol seminggu atau 120 liter petrol sebulan dan menikmati subsidi RM19 seminggu atau RM76 sebulan. Jika 12 bulan, maka mereka nikmati subsidi RM900 setahun,” katanya.

Selain itu jumlah pembayar cukai di negara ini tidak ramai sedangkan perbelanjaan kerajaan bertambah setiap tahun.

“Setiap tahun kita perlu tambah penjawat awam, rekrut ribuan jadi guru, jururawat, polis dan tentera dan kalau kita tambah penjawat awam, perbelanjaan juga meningkat, sedangkan hasil tidak bertambah,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, kerajaaan perlu melakukan rasionalisasi subsidi dan subsidi bersasar untuk memastikan hanya golongan yang berpendapatan rendah sahaja menerima manfaatnya iaitu menerusi BR1M sekali gus mengawal perbelanjaan serta memperkukuh ekonomi negara.

MYKMU.NET: DEMI SEBUAH PERJUANGAN
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Operasi Curi Pasir Selangor Didalangi Kongsi Gelap Dengan Sokongan Pakatan Pembangkang?

Nampak gaya isu curi pasir  tidak akan berkesudahan selagi pakatan memerintah Selangor? Memang rakyat Selangor sudah sampai ke tahap  “cuak” dengan sandiwara pemantauan  kecurian pasir yang tidak pernah selesai dalam erti kata yang sebenarnya.

 

Hakikatnya, tidak sampai dua bulan setelah aktiviti curi pasir di satu kawasan di Semenyih didedahkan namun sindiket yang mendalangi aktiviti itu sudah berani kembali beroperasi di tempat sama. Mereka seolah-olah begitu berani. Adakah mereka ini kebal dari tindakan undang-undang? Ataupun mereka tahu bahawa mereka sentiasa dilindungi oleh “pihak tertentu”? Perkara ini perlu disiasat dan didedahkan kepada rakyat Selangor kerana ini melibatkan hak rakyat.

 

Manakala  sindiket yang  sama dari Banting yang telah didedahkan kerana kegiatan curi pasir di tanah kerajaan seluas 50 hektar bersebelahan kuari Sungai Long dan perumahan di Semenyih itu, sudah beberapa kali dikenakan tindakan, tetapi seolah-olah kebal kerana beroperasi semula sejak seminggu lalu.  Adakah tindakan yang dikenakan itu terlalu ringan ataupun tindakan itu hanya sekadar pada nama  yang menyebabkan pihak yang disabitkan “pandang ringan”.

 

Sebelum ini kerajaan pakatan di Selangor telah mendabik dada kononnya berjaya menyelesaikan hampir 90 peratus kecurian pasir yang berlaku di negeri ini. Kononnya terdapat kira-kira 10 peratus lagi kejadian curi pasir yang masih berlaku. Kononnya  ia mungkin disebabkan mereka menjalankan kegiatan curi itu pada waktu malam. Malam atau siang bukannya  alasan kerana pihak berkuasa yang bertanggungjawab perlu bertindak mengikut keperluan. Atau adakah penjenayah pasir ini “dilindungi” untuk beroperasi pada waktu malam?

 
Kononnya  pihak pakatan telah  mengambil pelbagai langkah dalam menangani kegiatan curi pasir  daripada terus berleluasa seperti bekerjasama dengan Pejabat Tanah bagi mengatasi kejadian curi pasir tersebut. Kononnya mereka merampas pasir yang dicuri serta mesin-mesin digunakan.  Namun persoalannya kejadian curi pasir masih terus berleluasa. Ini seolah-olah menggambarkan bahawa “orang dalam” bersubahat” dalam aktiviti jenayah ini.

 

Sehingga kini kerajaan pakatan Selangor masih gagal melaksanakan satu pelan tindakan khusus bagi membendung kegiatan mencuri pasir di negeri itu termasuk siasatan terperinci kemungkinan wujudnya penglibatan pakatan dan kongsi gelap dalam aktiviti berkenaan.

 

Rakyat perlu tahu bahawa  kegiatan mencuri pasir merupakan perkara serius yang bukan sahaja melanggar undang-undang, malah memberikan kesan kepada perolehan hasil negeri melalui sebuah syarikat yang mengawal perlombongan pasir di Selangor iaitu  Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB). Sebelum ini juga Khalid Ibrahim ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada tahun lalu mengumumkan keberkesanan operasi pemantauan dan pencegahan yang telah dijalankan. Nampak gaya pakatan telah terlalu kerap berbohong sehinggakan ianya mendatangkan masalah kepada parti mereka sendiri.

Pada 15 Jun lalu, akhbar telah menyiarkan pendedahan seorang lelaki yang menjalankan kegiatan mencuri pasir di kawasan rekreasi Sungai Batang Si, Kampung Pasir Baru, Semenyih, Selangor sehingga mampu memperoleh keuntungan mencecah kira-kira RM300,000 sehari. Keuntungan lumayan itu menyebabkan lelaki terbabit tidak serik melakukan kegiatan haram berkenaan walaupun pernah dikenakan tindakan kompaun oleh Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat baru-baru ini. Malahan lelaki berusia 54 tahun itu dipercayai berani meneruskan kegiatan mencuri pasir di kawasan tersebut kerana perbuatannya dilindungi kumpulan samseng dan pihak tertentu yang dipercayai penyokong sebuah parti setelah dibayar sejumlah sogokan.

 

Pakatan pembangkang sering menuduh kerajaan Barisan Nasional sebagai tidak telus, korupsi dan lain-lain lagi. Hakikatnya pakatan itu sendiri penuh dengan “najis mughallazah” yang tidak mampu dicuci oleh sesiapapun.  Mungkin “Kekebalan” penjenayah curi pasir merupakan antara bukti ketidak telusan dan korupsi melampau pakatan pembangkang.Sebelum ini kuasa untuk menentukan kutipan pasir ditentukan oleh PTG melalui sistem doket. Ini bermakna, mereka yang diberi kebenaran melombong pasir itu perlu membayar doket terus kepada PTG selaku pihak berkuasa di bawah kerajaan negeri. Namun pakatan mengubah dengan mewujudkan KSSB yang membeli doket daripada PTG. Kemudian KSSB mengeluarkan doket mereka sendiri yang berkemungkinan terdedah kepada pelbagai bentuk manipulasi.

 
Demi menjaga kesejahteraan rakyat Selangor maka kita semua bertanggungjawab bagi memastikan tampuk pemerintahan Selangor dikembalikan kepada Barisan Nasional.

MYKMU.NET: DEMI SEBUAH PERJUANGAN
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Apa Kejayaan Di Sebalik Demonstrasi TURUN?

Hari ini sudah hari ketiga tahun 2014. Di sebalik kekecohan pada malam tahun baru di Dataran Merdeka serta beberapa tempat lain, kemiskinan dan kesusahan yang diperkatakan oleh Pakatan Rakyat, nampaknya masih tidak menjadi realiti. Di sekolah-sekolah yang memulakan hari pertama persekolahan semalam, ibu bapa datang dengan pelbagai cerita tentang kenaikan harga tetapi tiada seorang pun daripada mereka yang kelihatan susah sepertimana yang digambarkan. Bahkan lebih ramai yang datang dengan kenderaan sendiri sehingga menyesakkan kawasan di luar sekolah dengan barisan panjang kenderaan, di sebalik rungutan kenaikan harga minyak telah menaikkan segala macam kos.

Pengerusi TURUN, Mohamad Azan Safar dengan girangnya menyatakan demonstrasi yang diadakan pada tengah malam di Dataran Merdeka telah berjaya. Dari segi apa kejayaan itu diukur, hanya dia sahaja yang tahu.

Yang pasti, demonstrasi itu merupakan kejayaan kepada golongan yang menguasai ekonomi membodoh-bodohkan anak-anak muda Melayu dengan menggunakan sentimen dan semangat mereka yang meluap-luap. Keserakahan dan ketamakan golongan penguasa ekonomi itu, telah dipindahkan kepada kerajaan dan kerajan dipersalahkan oleh anak-anak muda Melayu yang berdemonstrasi itu.

Tiada seorang pun daripada belasan ribu anak muda di seluruh negara yang berdemonstrasi mengecam tindakan pemborong dan orang tengah serta pembekal menaikkan harga barangan. Sebaliknya kesemua mereka sepakat menyalahkan kerajaan dengan alasan, kerajaan telah menaikkan harga sehinggakan alasan-alasan aneh termasuklah peribadi isteri Perdana Menteri pun turut dikaitkan sama.

Adakah itu dianggap sebagai satu kejayaan oleh Mohamad Azan Safar? Adakah kejayaan itu diukur daripada segi pembodohan keterlaluan yang sedang menjadi trend di kalangan anak-anak muda Melayu? Atau sebenarnya kejayaan tersebut diumumkan kerana demonstrasi yang dirancang berlaku juga serta mendapat sokongan daripada anak-anak muda penyokong Pakatan Rakyat?

Memang benar, demonstrasi pada tengah malam 31 Disember 2013 tidaklah sekecoh seperti yang berlaku di Mesir, Thailand dan negara-negara lain. Bukan itu sahaja, tidak ada kematian dan kecederaan parah berlaku dalam demonstrasi tersebut walaupun ada yang bincut kepala serta terkehel kaki. Pada masa yang sama, janji Pakatan Rakyat bahawa demonstrasi itu tidak akan disusuli dengan letupan atau pembunuhan, juga telah ditepati.

Usaha-usaha subversif untuk menguasai sebarang demonstrasi yang dianjurkan oleh pihak pembangkang di negara ini sentiasa wujud. Disebabkan itulah pasukan polis khususnya terpaksa bekerja keras berminggu-minggu sebelum demonstrasi itu diadakan untuk mengenalpasti individu, motif, lokasi dan sebagainya.

Mudah bagi mereka yang berkepentingan untuk terus membuat penafian dan memberi jaminan bahawa segala-galanya selamat. Kemudian apabila wujud unsur-unsur subversif, segera menyalahkan pihak polis dan menuduh pihak polis yang melakonkan drama berkenaan.

Kalau itulah yang dianggap sebagai satu kejayaan, sememangnya benarlah seperti yang dibangga-banggakan oleh Mohamad Azan Safar. Kejayaan membodohkan sebahagian daripada rakyat Malaysia yang lebih menggunakan sentimen berbanding akal yang waras dan kesedaran yang tinggi selain mengenepikan segala ilmu pengetahuan yang dipelajari sekurang-kurangnya 11 tahun. Kejayaan menjadikan para penyokong sebagai boneka yang tidak boleh berfikir tetapi bergerak dan bertindak berdasarkan suruhan dan tohmahan sememangnya tidak dapat dibandingkan dengan suatu apa pun.

Siapa sebenarnya yang mendapat untung daripada demonstrasi yang amat dibanggakan oleh PKR dan PAS itu?

Sudah tentulah DAP dan segala taukeh-taukeh berperut gendut yang mengaut segala keuntungan daripada dasar pentadbiran kerajaan sekarang, tetapi membiayai aktiviti-aktiviti yang bertujuan untuk menggulingkan sistem sedia ada bagi membolehkan mereka menjadi penguasa sepenuhnya sekaligus menghapuskan saki-baki keistimewaan Melayu-Bumiputera dan Islam di negara ini.

Ibarat Negara China pada zaman Dinasti Ming yang dikelilingi oleh Tembok Besar. Musuh memang tidak dapat menembusi kekebalan tembok tersebut. Tetapi akhirnya Dinasti Ming kalah di tangan tentera-tentera Han kerana kolaborator di dalam kubu dan lingkungan tembok besar itu sendiri.

Begitulah Melayu dan umat Islam di negara ini.

Itukah yang dinamakan kejayaan?

Barangkali memang benar ianya kejayaan tetapi bukan untuk Melayu-Bumiputera dan bukan juga untuk umat Islam!

MYKMU.NET: DEMI SEBUAH PERJUANGAN
Source Blog

Syiah: Siapa Orang Nombor 2 Dalam PAS Yang Dimaksudkan Zahid?

SUKAR nak mengagak siapakah yang dimaksudkan Datuk Seri Zahid Hamidi sebagai orang nombor 2 PAS yang terlibat dengan gerakan syiah, sebab PAS bukanlah seperti UMNO yang kita semua jelas siapa orang nombor satu dan nombor dua.

Hieraki dalam UMNO begitu jelas sekali, Presiden orang nombor satu dan Timbalan Presiden orang nombor 2, tidak ada jawatan atau badan lain yang di atas dari itu.

Jadi kalau ada sesiapa buat fitnah mengaitkan orang nombor 2 UMNO (tanpa menyebutkan nama), Timbalan Presiden Tan Sri Mahyuddin boleh saman orang itu dengan mudah sebab memfitnah beliau.

Sedangkan PAS berbeza.

Ikut fahaman ramai orang, Mat Sabulah orang nombor 2 PAS sebab dia Timbalan Presiden. Tapi kalau ikut hieraki dalam perlembagaan PAS, Mat Sabu sepatutnya berada di antara kedudukan ketiga dan keempat – dibawah Mursyidul Am, Timbalan Mursyidul Am (?) dan Presiden PAS.

Timbalan Mursyidul Am tu penulis letakkan tanda soal sebab fungsi jawatan tersebut tidak nampak signifikasinya dalam organisasi PAS melainkan ambil alih jawatan Pengerusi Majlis Syura Ulama bila Mursyidul Am sakit, tenat atau meninggal dunia terus.

Dalam masa yang sama, perlembagaan PAS (Fasal 8) mengesahkan Mursyidul Am adalah jawatan tertinggi dalam parti.  Sesuai dengan ketinggian kedudukan Majlis Syura Ulama PAS yang diketuainya.

Jadi takkan Timbalan kepada orang nombor satu berada dikedudukan lebih bawah dari Presiden dan Timbalan Presiden?  Sebab itulah penulis letakkan tanda soal pada jawatan Timbalan Mursyidul Am.

Nak lebih complicated keadaan lagi, ada pandangan mengatakan Ahli-Ahli Majlis Syura Ulama lebih tinggi dari jawatan Timbalan Presiden PAS sebab badan itu diiktiraf perlembagaan PAS sebagai badan tertinggi parti berlambangkan bulan tersebut.

Kalau pandangan itu diterima, Mat Sabu jatuh tempat ke berapa?  18?  Sebab ahli majlis syura ada 17 orang dan Mat Sabu bukanlah salah seorang darinya.

Moral cerita disini, bukan mudah Mat Sabu nak melatah, apatah lagi mengambil tindakan undang-undang ke atas Zahid atas kenyataan yang dikeluarkan beliau mendakwa orang nombor 2 PAS sebagai penganut fahaman syiah dalam ucapan penggulungan beliau di perhimpunan Agung UMNO sebentar tadi.

Zahid pun bijak tak sebut nama, menyukarkan lagi usaha Mat Sabu nak menyaman Menteri Dalam Negeri tersebut, melainkan dia boleh buktikan di Mahkamah bahawa dia memang berada di kedudukan nombor 2 dalam PAS.

Itu satu hal, satu hal yang lain, kalau betul pun orang yang dimaksudkan Zahid itu ialah Mat Sabu, sudah pasti selaku Menteri Dalam Negeri, Zahid ada first hand info dari kita semua yang lain.  Maklumat itu  mungkin tak cukup untuk mendakwa sesiapa di Mahkamah kerana menjadi syiah, tapi nak mempertahankan diri kalau Mat Sabu menyaman, sudah cukup kot.

MYKMU.NET: DEMI SEBUAH PERJUANGAN
Source Blog

Wajah Pengikut Tuhan Harun Yang Dalam Pemburuan Polis

10 individu berkenaan ialah Mohd. Shahril Mohd. Jaafar, 28, beralamat terakhir di Kedah; Mohamed Faizal Abdullah, 46, (Johor); Mohd. Rozi Akasah, 38, (Melaka); Khairul Amir Akasah, 34, (Negeri Sembilan) dan Mansur Hussin, 39, (Kelantan).

Lima lagi ialah Shamsinar Abdul Halim, 36, (Johor); Shaizral Eddie Nizam Shaari, 37, (Melaka); Jefferi Safari, 36, (Johor); Wan Mohd. Shakri Wan Isa @ Wan Ismail, 27, (Kelantan) dan Shamsul Amri Abu Hassan, 44, (Pahang).

MYKMU.NET: DEMI SEBUAH PERJUANGAN
Source Blog

Suspek utama kes bunuh pegawai AmBank didakwa Isnin ini

KUALA LUMPUR 16 Nov. – Suspek utama kes bunuh pegawai AmBank Subang Jaya yang ditahan pada 10 Nov di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor akan didakwa Isnin ini.

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada BERNAMA, tidak menyatakan di mahkamah mana suspek akan didakwa.

Dalam kejadian pada 23 Oktober, Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak oleh suspek ketika membuka peti besi di dalam bilik kebal bank itu, sebelum suspek melarikan diri dengan hasil rompakan berjumlah RM450,000.

Pada 11 November, polis menemui senjata api jenis ‘pump gun’ yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan itu, di dalam sebuah longkang di Jalan Subang 2, Taman Perindustrian Subang, tidak jauh dari bank berkenaan.

 

MYKMU.NET: DEMI SEBUAH PERJUANGAN
Source Blog

Antara Adab dan Politik dan Adab Berpolitik

Kecoh di laman-laman sosial mengenai seorang artis tersohor menegur seorang Menteri muda. Mungkin politik Malaysia sudah benar-benar ketandusan isu sehinggakan perkara sebegini juga dijadikan isu.

Tidak keterlaluan dikatakan bahawa akhir-akhir ini, dunia politik dan dunia hiburan seolah-olah sedang bersaing dari segi merebut tempat dalam carta populariti.

Suatu ketika dahulu, dunia hiburan dilihat sebagai dunia gelap golongan bahawan manakala dunia politik pula adalah tempat orang-orang terhormat, yang bijak dan berpandangan jauh yang mampu memimpin dan membawa negara ke hadapan.

Entah kenapa, kedua-dua dunia ini hari ini telah mengalami pertembungan. Kedua-duanya penuh dengan skandal dan lumpur dan kedua-duanya menyaksikan perlumbaan populariti yang memualkan. Hari ini kita lihat pak-pak Menteri dan artis bagaikan sama saja dari segi ‘gila glamour’.

Lebih malang bagi Malaysia ialah apabila artis tampak lebih bijak dari Menteri. Artis juga lebih berhemah dan terhormat berbanding Menteri. Malah artis pula terpaksa menegur Menteri.

Jika artis perlu membuat kenyataan kontroversi untuk menarik perhatian, maka menteri juga menggunakan taktik yang sama untuk menonjolkan diri. Sang Menteri akan bercakap apa sahaja asalkan dapat menempelkan muka di akhbar. Akhirnya, keluarlah kenyataan-kenyataan yang kurang bijak dan tidak bijak langsung dari mulutnya.

Sebagai seorang yang bertaraf pemimpin dan seringkali mendabik dada sebagai ‘bijak’, kita menjangkakan respon yang matang dari sang Menteri setelah ditegur oleh artis itu. Bagaimanapun, beliau nampaknya mengambil keputusan untuk berdiam diri dan membiarkan sahaja penyokongnya menyerang balas.

Sikap mendiamkan diri sedang isu terus hangat menunjukkan keangkuhan Menteri tersebut, sekali gus membangkitkan rasa muak di kalangan rakyat terhadap gelagat penyokong yang sanggup berkata apa saja demi membela pemimpin mereka.

Mungkin sang Menteri enggan melayan teguran seorang artis kerana menganggap artis sebagai orang bawahan. Namun, itu hanyalah anggapan beliau. Anggapan rakyat pula, artis tersebut lebih berhak dihormati kerana terkenal dengan adab sopan serta kerja kerasnya untuk berjaya sedangkan sang Menteri pula terkenal dengan tidak perlu berbuat apa-apa untuk menjawat jawatannya.

Apa yang berlaku telah mengalihkan isu daripada isu sebenar iaitu ‘bolasepak’ kepada isu adab. Manakala daripada isu adab pula kini dikaitkan dengan politik. Semuanya bertitik tolak dari sikap tidak tahu adab berpolitik di mana semua perkara ingin dipolitikkan atau digunakan untuk kepentingan politik.

Jika sang Menteri kurang beradab, itu mungkin merupakan masalah yang berpunca dari cara didikan di rumah dan merupakan masalah peribadinya. Tetapi jika Menteri tidak tahu adab berpolitik, maka kelam kabutlah negara hanya kerana sang Menteri ingin mencari publisiti.

Matlamat politik adalah untuk memastikan negara dapat berfungsi dengan baik bukannya untuk mencari populariti. Politik itu sendiri membawa bersamanya peraturan. Manusia yang bertamadun sepatutnya tidak mempunyai masalah untuk mengikut peraturan. Tanpa peraturan dan adab, manusia akan kembali ke zaman jahiliah.

Justeru, seorang pemimpin yang memikul tanggungjawab untuk membawa negara ke hadapan wajib mempunyai adab sopan yang tinggi.

Di dalam Islam, adab melambangkan darjat yang tinggi. Kegagalan memahami semua ini menjadikan dunia politik Malaysia dipandang semakin rendah dan semakin hina setiap hari

Beruang Biru

MYKMU.NET: DEMI SEBUAH PERJUANGAN
Source Blog

Paderi Kristian Di Semenanjung Jangan Kurang Ajar Campuri Hal-Ehwal Islam

Tindakan Paderi Katholik Dr Paul Tan Chee Ing mencadangkan agar diadakan satu referendum di kalangan orang Islam di Malaysia sama ada mahu melaksanakan atau tidak Undang-undang Syariah merupakan cerminan sikap kurang ajar yang makin berkembang di kalangan Paderi Kristian di Semenanjung Malaysia.

Dr Paul tidak sewajarnya masuk campur hal ehwal Islam, apatah lagi undang-undang Syariah yang beliau sendiri tidak faham pun. Mencadangkan agar diadakan referendum di kalangan orang Islam, Dr Tan memberi isyarat secara simbolik bahawa orang Islam di negara ini tidak mahu undang-undang syariah.

Untuk pengetahuan Dr Paul juga negara ini telah pun melaksanakan undang-undang Syariah. Yang belum dilaksanakan hanyalah Hudud iaitu sebahagian daripada Undang-undang Syariah.

Bagaimanapun Paderi bodoh ini tidak faham undang-undang Syariah bila merujuk pelaksanaan Hudud di Brunai dan Aceh.

Jika hudud mahu dilaksanakan, orang bukan Islam tdak boleh dikecualikan kerana ia merupakan undang-undang jenayah negara.

Walau apa pun masalah perundangan Islam, ia bukan hak orang Kristian untuk membicarakannya selagi ia tidak membabitkan kepentingan mereka.

Kerajaan harus memantau kegiatan kumpulan paderi Kristian ini yang tampak kian kuat berusaha menggugat kedudukan Islam di negara ini.

Catholic Bishop Dr Paul Tan Chee Ing said that perhaps the time has arrived to put syariah law to a referendum among Muslims in Malaysia.

“Let’s face it, this question of the imposition of the syariah won’t go away and so I propose that it be put to a referendum among Muslims to see if they wanted it imposed on them,” commented the head of the Catholic Church in the Melaka-Johor diocese.

Bishop Paul Tan emphasised that he was speaking in his own capacity and not for others, be they Christians or people of other faiths.

The prelate was moved to comment on renewed calls for the imposition of syariah law, made by ulama such as PAS president Abdul Hadi Awang who are certain of its efficacy in checking the rising incidence of crime in the country.

“It won’t do for non-Muslims to say that they are opposed to syariah’s imposition in Malaysia if due cognisance is taken of it being an obligation among Muslims to support its imposition,” he argued.

“Once you take due note of this fact and if you note also that the crime rate is the subject of manipulation by the corrupt and the dysfunctional among the police force and reigning leaders, you will have to accept that the way out of this conundrum is to support a referendum among Muslims on the desirability or not of syariah’s imposition on them,” he expatiated.

“If the referendum shows that the majority of Muslims want syariah law imposed on them, then non-Muslims should say they support the move provided cast-iron guarantees are rendered them that they, the non-Muslims, be exempt,” said the Jesuit-trained cleric.

He elaborated: “This is the best way to face this issue. It will either result in it going away or it will resolve in favour of imposition, which is better than letting it hang in the air against a backdrop of a seemingly rising crime rate that is the object of manipulation by the corrupt and dysfunctional.”

Indonesian parliament votes against syariah

Bishop Paul Tan said that being a “religious man myself, I abhor the notion that other religious people are prevented from wanting something that’s obligatory for them imposed on their kind. If the non-Muslims demand freedom to practice their faiths without hindrance, they too should accord the same right to Muslims. Double standards are immoral.”

What if the referendum showed that Malaysia’s Muslims don’t want syariah law?

“Well, that’s something for its proponents to mull over,” said the bishop.

He added: “But it would go a distance in resolving the question. Otherwise against a background of rising crime, the question of syariah’s desirability will press heavily and those opposed to it will be portrayed as people who are unconcerned about crime which is a dubious deduction.”

Bishop Paul Tan recalled that the question of syariah law was put before the Indonesian parliament some years ago and was voted down.

“That vote gave pause to syariah’s proponents though it did not prevent the law’s imposition in regions in Indonesia, in Aceh, for example,” he noted.

He noted that Brunei’s just-announced decision to opt for syariah law would give impetus to the law’s proponents in Malaysia.

“The question is not about to vanish. It may if it’s put to the vote here. Let’s find out,” proposed the bishop.

MYKMU.NET: DEMI SEBUAH PERJUANGAN
Source Blog

Keputusan Tidak Rasmi Naib Presiden UMNO (Live Update)

7.30 pm: Sumber Tidak Bernama: 124 bahagian – Zahid 123, Shafie 109, Hisham 65, Mukhriz 57 Isa 6, Ali 5

Semua maklumat di bawah berdasarkan keputusan tidak rasmi.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi : 79
Datuk Seri Hishammuddin Hussein : 42
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal : 70
Tan Sri Isa Samad : 4
Datuk Mukhriz Mahathir : 38
Datuk Seri Mohd Ali Rustam : 5

8.45 p.m
- Jerai: Zahid, Shafie, Mukhriz
- Gelang Patah: Zahid, Shafie, Hisham
- Maran: Zahid, Shafie, Hishammudin
- Sungai Petani: Zahid, Shafie, Mukhriz
- Sabak Bernam: Zahid, Shafie, Mukhriz
- Bera: Zahid, Shafie, Hisham
- Jelebu: Zahid, Shafie, Mukhriz
- Jerantut: Zahid, Shafie, Hisham
- Pengerang: Zahid, Shafie, Hisham

8.30 p.m
- Kuantan : Zahid, Shafie, Hisham
- Cameron Highland: Zahid, Shafie, Hisham
- Indera Mahkota: Zahid, Shafie, Hisham

8.10 p.m
- Selayang: Zahid, Shafie, Mukhriz
- Gombak : Zahid, Shafie, Mukhriz
- Tumpat: Zahid, Shafie, Hisham
-
8.10 p.m
- Jerlun: Zahid, Shafie, Mukhriz
- Bukit Gelugor – Zahid, Shafie, Hisham
- Kulim : Zahid, Shafie, Mukhriz

7.50 p.m
- Kota Raja: Zahid, Shafie, Hisham
- PJ Utara: Zahid, Shafie, Mukhriz

7.30 p.m
-Merbok : Zahid, Shafie, Mukhriz
-Langkawi: Zahid, Shafie, Mukhriz
-Pasir Putih: Zahid, Shafie, Mukhriz

7.30 p.m
-Tenggara: Zahid, Hishammuddin dan Shafie
-Simpang Renggam: Zahid, Hishammuddin dan Shafie
-Bukit Bintang: Zahid, Shafie, Mukhriz

7.00 p.m
- Ampang : Zahid, Shafie, Mukhriz
- Tanah Merah: Zahid, Shafie, Hisham
- Bachok: Zahid, Shafie, Mukhriz

6.30 p.m
- Hulu Selangor : Zahid, Shafie, Mukhriz

6.30 p.m
- Pekan : Zahid, Shafiee, Hishamuddin
- Putrajaya: Zahid, Shafie, Hishammuddin
- Johor Bharu: Zahid, Hisham, Mukhriz

6.10 p.m
- Bukit Katil : Zahid, Ali Rustam, Mukhriz
- Kota Melaka : Zahid, Shafie, Mukhriz
- Padang Besar: Zahid, Mukhriz, Shafie
- Wangsa Maju : Zahid, Mukhriz, Ali Rustam
- Batu : Zahid (367), Shafie (252), Hishammuddin (224) [Mukhriz kalah satu undi - 223]
- Balik Pulau: Zahid, Mukhriz, Shafie
- Bandar Tun Razak: Zahid, Shafie, Mukhriz
- Seputeh: Zahid, Shafie, Hishammudin
5.05 p.m
- Laporan tidak rasmi TV Bernama menyatakan Datuk Seri Ahmad zahid Hamidi mendapat 63 undi, Datuk Seri Shafie Apdal (52), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien (35), Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir (30) Tan Sri Isa Samad (4) dan Datuk Seri Ali Rustam (4)

5.00 p.m
- Kota Tinggi: Zahid, Shafie, Hishammudin
- Tanjung Pia: Zahid, Shafie, Hishammudin
- Seremban : Zahid, Shafie, Mukhriz

4.50 p.m
-Kuala Kangsar: Zahid Hamidi, Shafie Apdal, Mukhriz Mahathir.
-Puchong: Zahid Hamidi, Shafie Apdal, Mukhriz Mahathir
-Pasir Salak: Zahid Hamidi, Shafie Apdal, Mukhriz Mahathir
-TANJONG MALIM : Zahid, Hisham, Shafie
-TELUK INTAN : Zahid, Hisham, Shafie
-PARIT BUNTAR : Zahid, Hisham, Shafie
-GERIK : Zahid, Hisham, Shafie
-Lembah Pantai: Zahid Hisham, Shafie

4.30 p.m
-Ketereh : Zahid, Shafie, Mukhriz

4.25 p.m
- Subang : Zahid, Shafie, Mukhriz
- Tampin : Zahid, Shafie, Isa Samad
- Kuala Selangor : Zahid, Hisham, Shafie
- Gua Musang: Zahid, Shafie, Isa Samad
-

4.00 p.m
- Kota Kinabalu: Zahid, Hishammudin, Ali Rustam

3.45 p.m
- Sungai Besar: Zahid, Shafie, Mukhriz
- Maran : Zahid, Shafie, Hisham
- Tanjong : Zahid, Hisham, Mukhriz
- Parit : Zahid (462), Shafie (331) Hisham (228) *[Mukhriz mendapat 227, undi rosak 24]
- Bukit Mertajam : Zahid (219), Shafie (125), Mukhriz (119)
- Nibong Tebal: Zahid, Shafie, Mukhriz
- Sembrong: Zahid, Hisham, Shafie
- Jempol: Shafie, Hisham, Isa Samad
- Teluk Kemang: Isa Samad, Mukhriz, Zahid Hamidi

3.35 p.m
- Lumut : Zahid, Shafie, Hisham
- Bagan Datoh : Zahid, Shafie, Hisham

3.20 p.m
- Air Hitam (Johor) : Hishammuddin, Zahid, Ali Rustam
- TAMBUN :Zahid, Shafie, Mukhriz
- KAMPAR : Zahid, Shafie, Mukhriz
- IPOH BARAT: Zahid, Shafie, Mukhriz

- Maklumat Terbaru – Zahid Hamidi 17, Shafie 15, Hishamuddin 10, Mukhriz 7 (Bagaimanapun kami tidak mendapat maklumat tersebut dari bahagian mana. Senarai di bawah berdasarkan pengumuman bahagian)

3.00 p.m.
- Raub : Zahid, Shafie, Hisham
- Ledang: Zahid (641 undi), Hishammuddin (508), Shafie (379)
- Tapah: Zahid (400), Shafie (357), Hishammuddin (325)
- Padang Rengas: Zahid (338), Mukhriz (301), Shafie (256)

2.45 p.m.
- BENTONG: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin
- Bukit Bendera – Datuk Seri Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Ali Rustam
- Cheras – Mukhriz Mahathir , Zahid dan Hishammuddin
- Pagoh – Zahid, Shafie, Hishamuddin
- Batu Gajah – Zahid, Shafie, Ali Rustam

MYKMU.NET: DEMI SEBUAH PERJUANGAN
Source Blog

Mahkamah Perakui Kalimah Allah S.W.T Hak Mutlak Islam

Selepas bertahun-tahun isu kesucian kalimah Allah S.W.T menjadi polemik umum berikutan tuntutan Gereja Kristian untuk menggunakannya bagi menggantikan kata nama GOD, akhirnya pagi tadi Mahkamah Rayuan Putrajaya memutuskan kalimah Allah hanya hak mutlak agama Islam.

Keputusan yang disepakati bersama oleh panel hakim yang diketuai Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohamad Zawawi Salleh ini adalah betul dari segi takrifan Perlembagaan Negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan dan menepati tuntutan agama Islam.

Allah S.W.T seperti kita maklum adalah satu-satunya Tuhan yang disembah tiada dua dan bukan tiga malah langsung tidak boleh disamakan atau disekutukan seperti mana Kristian mempercayai wujudnya tuhan anak, lord atau tuhan bapa dalam kepercayaan mereka.

Keputusan yang cukup bermakna ini tidak hanya satu kemenangan bagi pihak Kerajaan, majlis-majlis agama Islam Negeri dan para peguam muslim yang menjadi barisan pertama mempertahankannya tetapi ia juga satu kejayaan besar untuk seluruh umat Islam di Malaysia.

Dengan ini juga secara tidak langsung dapat membantutkan gerakan Kristianisasi yang cuba memesongkan kepercayaan akidah orang Islam secara halus.

Namun demikian bagi sebilangan kecil golongan liberal dan pluralisme yang sedang beranak pinak PKR dan PAS mungkin ada yang kecewa kerana keputusan Mahkamah Rayuan Purajaya ini secara tidak langsung menyebabkan cita-cita tuan mereka iaitu DAP tidak kesampaian.

Untuk rekod, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng semasa menyampaikan perutusan sambutan Krismas 2012 telah mendesak Kerajaan membenarkan kalimah Allah digunakan oleh Gereja Kristian atas alasan kebebasan agama yang kemudiannya dijadikan dasar PR melalui keputusan yang dipersetujui bersama.

Hari ini, hasrat jahat tersebut telah pun dihalang, pun begitu ia tidak memberi satu jaminan bahawa isu ini akan reda.

Mereka tidak akan berdiam diri selagi mana masih wujud segelintir pemimpin politik beragama Islam yang berfahaman pluralisme bersama mereka maka selagi itulah akan ada sahaja usaha mencabar kesucian Islam di masa akan datang.

MYKMU.NET: DEMI SEBUAH PERJUANGAN
Source Blog

Copyright © 2013. All Rights Reserved.