Umno Blogger Directory

#MH370: Malaysiakini Cuba Sabotaj MAS

Portal pro Pakatan, Malaysiakini.com hari ini cuba menyalahkan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) atas kehilangan pesawat MH370 kerana membenarkan pesawat tersebut membawa bateri Lithium-ion yang mudah terbakar.

Portal itu melaporkan MAS hari ini mengesahkan bahan kargo yang dibawa oleh pesawat MH370 termasuk bateri lithium-ion. Pengesahan ini dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya itu dibuat hari ini.

“Kami bawa beberapa bateri kecil lithium-ion, ia bukan bateri yang besar dan ia pada dasarnya diluluskan di bawah ICAO (Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa) di bawah barangan berbahaya,” katanya.

Menurutnya, bateri lithium-ion pada asasnya bukan barangan berbahaya tetapi dari segi ianya diisytiharkan sebagai bahan berbahaya di bawah ICAO.

Jauhari berkata demikian dalam taklimat harian di Hotel Sama-Sama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).Jauhari bertegas kargo bateri lithium-ion itu telah diperiksa “beberapa kali” bagi memastikan ia dibungkus mengikut garis panduan ICAO.

Syarikat penerbangan, katanya melakukannya sepanjang masa, dan bukan Malaysia Airlines sahaja. Barangan ini diterbangkan oleh banyak syarikat penerbangan kargo, yang berdasarkan kepada peraturan ICAO,” katanya.

Bagaimanapun Malaysiakini yang terkenal dengan sikap anti kerajaan Barisan Nasional menyambung laporan dengan memetik beberapa kes kemalangan membabitkan bateri lithium ini.

Menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) yang berpangkalan di AS, sejumlah 141 insiden udara melibatkan bateri yang dibawa sebagai kargo atau bagasi dicatatkan antara 20 Mac 1991 hingga 17 Feb tahun ini.

Dalam kes-kes yang jarang berlaku, seluruh pesawat telah musnah akibat kebakaran yang bermula dari bateri lithium-ion dengan kes yang terbaru ialah Asiana Airlines Penerbangan 991 dan UPS Airlines Penerbangan 6, walaupun kedua-dua insiden itu membabit pesawat kargo.

Dalam kes UPS Airlines Penerbangan 6 yang berlepas dari Dubai ke Cologne, Jerman, ia terhempas selepas cuba melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai pada 3 September 2010, yang mengorbankan anak kapalnya.

Lembaga Penerbangan Awam Emiriah Arab Bersatu, dalam laporannya setebal 322 halaman mengenai insiden itu yang diterbitkan pada tahun 2013, membuat kesimpulan bahawa kemalangan itu dikaitkan dengan kebakaran yang dicetuskan oleh bateri lithium-ion, atas sebab-sebab yang tidak ketahui dan merebak ke barangan mudah terbakar di dalam kargo.

Laporan itu menyebut, juruterbang terpaksa meninggalkan tempat duduknya untuk mencari oksigen mudah alih di dek penerbangan yang dipenuhi asap dan selepas itu Boeing 747-400F itu terputus komunikasi.

Berikutan kebimbangan itu, tahun lepas, ICAO mengenakan peraturan baru yang memerlukan sebarang penghantaran yang mengandungi lebih daripada dua bateri lithium-ion perlu mematuhi syarat-syarat terperinci berkaitan barangan berbahaya.

‘Kemungkinan terlepas pandang’

Kemungkinan berlaku kebakaran akibat bateri lithium-ion yang membawa kepada kehilangan MH370, pertama kali ditimbulkan oleh CNN pada 14 Mach 14, tetapi hanya sedikit perhatian diberikan terhadapnya kerana pihak berkuasa enggan mendedahkan kandungan kargo pesawat tersebut.

Laporan Malaysiakini ini jelas sekali berniat jahat kerana sehingga kini tidak ada sebarang bukti MH370 meletup di udara dalam laluannya ke Beijing. Jika bateri Lithium yang cuba disensasikan oleh Malaysiakini sebagai oenyebab kehilangan MH370 sudah tentu kapal tersebut terbakar dan meletup dalam perjalanan ke Beijing pada 8 Mac lalu.

Sebaliknya, semua data yang ada menununjukkan Penerbangan MH370 bagi laluan KL- Beijing telah dengan sengaja menutup segala komunikasi pesawat terbabit dan keluar dari laluan asal. MH 370 juga dikesan terbang beberapa jam selepas ia berpatah balik.

Justeru teori ia meletup akibat bateri Lithium langsung tidak masuk akal buat masa ini kecuali Malaysiakini mempunyai bukti yang sebaliknya berbanding fakta-fakta dari satelit dan radar yang sedia ada.

Justeru apakah matlamat portal ini apabila melaporkan secara mengelirukan kemungkinan pesawat tersebut terbakar dan meletup akibat bateri Lithium sedangkan selepas 14 hari semua bukti menunjukkan pesawat tersebut dengan sengaja dilencongkan dari laluan asal berjam-jam sebelum hilang.

Fakta-fakta ini mengeesahkan ia bukan terbakar secara tiba-tiba dan meletupkan pesawat tersebut di udara.

Mengapakah sebuah portal berita yang menjalankan perniagaan di negara ini, ditulis oleh warga negara ini sanggup mencari jalan untuk mensabotaj syarikat penerbangan Malaysia milik rakyat negara ini sangat mengelirukan. Apakah mereka ini sanggup berbuat apa sahaja untuk melingkupkan kepentingan-kepentingan negara ini demi agenda tuan-tuan terselindung mereka?

MYKMU.NET: DEMI SEBUAH PERJUANGAN
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Copyright © 2013. All Rights Reserved.