Umno Blogger Directory

oleh

Mampukah Hadi Awang Bangun Setelah Dilanyak Teruk Oleh Penyokong-Penyokong DAP?

Presiden PAS DS Abdul Hadi Awang disifatkan sebagai politikus yang berfikiran sempit disamping punya sifat yang terlalu mementingkan diri dan perkiraan peribadi, melalui rencana Malaysiakini yang anda boleh baca SINI, berhubung pendiriannya dan PAS dalam penyelesaian isu penggantian MB Selangor.

Rencana tersebut  turut dipaparkan di laman FB Malaysikini, malangnya mendapat respons yang membidas dengan kata nesta dan cacian oleh para penyokong DAP, yang seolah-olah menggambarkan PAS tidak punya sebarang sumbangan dalam membina kekuatan Pakatan Rakyat Selangor.

Dalam menghadapi kemelut ini, Hadi sebenarnya terperangkap dengan perjalanan politiknya. Sebagai pemain lama dalam gelanggang politik Malaysia, apatah lagi sudah menjadi Naib Ketua Kesatuan Ulamak Sedunia, tentunya istiqamah adalah keutamaan dalam perjuangannya.

Hadi telah diperhatikan sejak dekad 80an lagi yang setiap patah perkataan mahu pun perbuatan adalah didokumenkan, meliputi samada bercetak mahu pun rakaman audio dan video.

Selepas PRU 2008, PAS yang dipimpin oleh Hadi, sedikit demi sedikit tergelincir dari landasan awal ciptaannya bersama rakan-rakannya yang bermula pada dekad 80an. Pendirian Hadi tentang konsep Negara Islam dan fatwa berhubung kerjasama politik dengan orang bukan Islam adalah antara contoh-contoh perubahan pendirian Hadi.

Adalah amat sukar untuk lari dari pendirian asalnya kerana jika beliau berbuat demikian bermakna kata-kata yang dilafaz, serta perbuatan yang dilakukan adalah fitnah terhadap UMNO, Barisan Nasional apatah lagi terhadap Tun Dr Mahathir dan Hadi tidaklah berbeza dengan politikus-politikus lain yang bermain dengan retorik politik.

Kini, Hadi sekadar mampu baring sambil memikirkan kesilapan tindakan politiknya, serta bertanya pada diri sendiri, “Berdosakah aku?”.

Mampukah Hadi untuk bangun selepas terkena lanyakan ini?

Teruskan membaca perbandingan Hadi dulu dan sekarang SINI.
AKAR UMBI
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Astaghfirullahulazim. Pasangan lesbian dinikahkan oleh ‘imam’ gay?



Maryam dan Sahar terpaksa melarikan diri ke luar negara untuk hidup bersama sebagai pasangan ‘suami isteri’.

DUA wanita yang menjalin hubungan sejenis ‘disatukan’ sebagai pasangan suami isteri dalam majlis ringkas di Stockholm, Sweden, baru-baru ini.

Wanita berasal dari Iran itu dikenali sebagai Sahar Mosleh dan Maryam Iranfar memulakan kehidupan sebagai pasangan ‘suami isteri’ selepas sembilan tahun hidup bersama.

Dengan tersenyum lebar, kedua-dua wanita terbabit disatukan oleh ‘imam’ bernama Ludovid Mohamed Zahed.

Media melaporkan, Maryam sedang hamil anak pertama mereka, manakala Sahar menderita penyakit tulang yang memaksanya banyak bergantung kepada kerusi roda.

Ludovid adalah gay berasal dari Afrika Selatan dan memang dikenali ramai di kalangan pengamal hubungan sejenis dan seks songsang.

Bercakap kepada wartawan selepas majlis itu, Ludivid berkata, dia berkongsi kegembiraan pasangan lesbian berkenaan.

“Keberanian Maryam dan Sahar berusaha mendapat penghidupan baharu di negara asing sangat terpuji,” katanya.

Di Iran pasangan cinta sejenis boleh dikenakan hukuman berat, termasuk 50 sebatan bagi kesalahan pertama dan kedua. Jika ditangkap dan disabitkan kesalahan kali ketiga, pengamal homoseks boleh dihukum mati.

Ludovid berkata, dia gembira dan puas kerana pasangan Maryam dan Sahar kini boleh memulakan hidup berkeluarga walaupun sudah lama menghadapi halangan.

“Ia perjalanan yang jauh. Mereka terpaksa berkelana meninggalkan negara sendiri untuk ke negara asing semata-mata mahu memulakan hidup baru sebagai pasangan suami isteri,” katanya.  -mstar
Anak Seberang
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Banglo Exco Yang Pernah Seorang Ahli PKR Ditemui Separuh Bogel Dan Tidak Sedar Diri Ditegur oleh Ketua Audit Negara

Di atas ialah sebahagian dari unit-unit banglo di Kompleks Perumahan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Seksyen 7, Shah Alam.

Kompleks perumahan berkenaan telah siap dibina dan diduduki oleh anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional. Namun selepas PR mengambilalih pemerintahan, mereka dengan angkuh tidak mahu anggota exco kerajaan PR menduduki di kompleks perumahan berkenaan.

Sebaliknya, kompleks perumahan berkenaan telah dijadikan pusat perkaderan PKR, hinggalah tercetusnya kegemparan apabila seorang pemimpin masyarakat dan pemimpin cawangan PKR ditemui dalam keadaan separuh bogel dan tidak sedar diri, dipercayai terjatuh dari tingkat satu, salah sebuah unit banglo di dalam kompleks perumahan berkenaan. [Laporan baca SINI].

Malahan ada cakap-cakap yang mengatakan ia berpunca dengan pengaruh bahan yang memabukkan.

Berbalik kepada isu kompleks perumahan berkenaan, tindakan dangkal oleh kerajaan PR Selangor yang enggan menduduki di unit-unit banglo berkenaan, akhirnya ditegur oleh Ketua Audit Negara melalui Laporan KAN 2013.

Penemuan audit yang dibangkitkan oleh laporan berkenaan ialah Kerajaan Selangor tidak mendapat ‘value for money’, ekoran kegagalan memanfaatkan kompleks yang diwarisi dari Kerajaan BN sebelumnya.

Laporan itu turut mendedah sejumlah RM6.24 juta dibelanjakan oleh kerajaan PR sepanjang 5 tahun pertama pemerintahan mereka, yang akhirnya menyaksikan hasilnya hanyalah penemuan seoarang aktivis PKR ditemui pengsan dan separuh bogel terjatuh dari tingkat satu banglo di kompleks berkenaan!

Laporan KAN 2013 boleh dibaca SINI.
AKAR UMBI
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Calon Ketua AMK Dianggap ‘Ngok’ Oleh Exco DAP

Timbalan Speaker DUN Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad akan bertanding untuk jawatan Ketua AMK dalam pemilihan PKR akan datang.

Dalam sidang DUN Selangor hari ini, Nik Nazmi telah berselisih pendapat dengan bekas Speaker yang kini adalah Exco Kerajaan Selangor, Dato’ Teng Chang Khim.

Selaras dengan dasar kiasu DAP, Teng ternyata terlalu berpegang pada prinsip bahawa dirinya sahajalah yang betul, manakala yang lain termasuk PKR adalah ‘ngok’ belaka, seperti dilaporkan oleh Malaysiakini di bawah:-

Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Datuk Teng Chang khim hari ini dilihat cuba ‘mengajar’ Timbalan Speaker Nik Nazmi Nik Ahmad tentang peraturan tetap dewan. 

Ia berlaku ketika Teng diminta membenarkan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor Azmin Ali meneruskan hujah mengenai penstrukturan air negeri bawah Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA).

Teng, kini exco, yang pada mulanya mencelah bertegas untuk meneruskan penjelasannya namun ditegur dengan tegas Nik Nazmi.

Beliau berkata, berpegang pada peraturan tetap, penjelasan perlu dibuat bagi mengelakkan kekeliruan.

“Penjelasan tafsiran perlu supaya kita tidak keliru, kalau tidak kita akan membahas pada asas undang-undang itu sahaja…,” katanya sambil membaca peraturan tetap.

ADUN Sungai Pinang itu kemudian membaca peraturan tetap untuk mendapatkan ruang bagaimanapun tetap ditolak Nik Nazmi.

“Ya, saya faham Sungai Pinang (Teng), Sungai Pinang pun pernah menjadi speaker dan sekarang saya jadi speaker dalam sidang ini.

“Kalau ikutkan peraturan tetap, tafsiran saya sebagai speaker adalah tafsiran akhir dalam sebarang rujukan.

“Saya faham, sekarang saya sebagai speaker minta Sungai Pinang tolong duduk,” kata Nik Nazmi.

Teng terus membaca peraturan tetap namun sekali lagi Nik Nazmi meminta beliau supaya duduk.

AKAR UMBI
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Ketika Ops Daulat, sebagai Menteri Pertahanan saya merasakan bahawa perundingan selama tiga minggu yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia dan pengganas Sulu terlalu lama sehingga memakan korban sebanyak 10 orang. Lapan orang pegawai dan anggota polis serta dua orang anggota tentera-Zahid Hamidi

Ikuti wawancara khas akhbar Utusan bersama Ds Zahid Hamidi..

MUKADIMAH

DATUK SERI DR.AHMAD ZAHID HAMIDI dianggap calon paling popular untuk terus menyandang jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan parti 19 Oktober ini.

Ketegasan beliau mengemudi Kementerian Dalam Negeri dikatakan memungkinkan populariti itu dikecapi, namun bukan itu yang diburu oleh Ahli Parlimen Bagan Datoh ini.

Dalam pertemuan dengan wartawan Mingguan Malaysia, ZULKIFLEE BAKAR dan HUSSAINI AMRAN di kediamannya di Kajang, kelmarin, Menteri Dalam Negeri tersebut memberi pandangan berhubung pelbagai isu berkaitan kementerian itu dan pemilihan UMNO kali ini.

MINGGUAN: Datuk Seri dikatakan meninggalkan calon-calon lain yang bertanding merebut jawatan Naib Presiden UMNO jauh di belakang. Adakah persepsi ini satu bebanan kepada Datuk Seri?

AHMAD ZAHID: Adalah tidak adil untuk saya menilai populariti yang dianggap oleh kebanyakan perwakilan sebagai sesuatu yang boleh memberi sokongan sepenuhnya kepada saya. Tetapi kalau itu dapat diterjemahkan dalam bentuk sokongan, saya lebih daripada sukacita menerimanya. Dalam hal ini, ia bukan menjadi bebanan kepada saya kerana mungkin apa yang dilakukan sewaktu saya menyandang jawatan Naib Presiden selama satu penggal ini dan di Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah banyak dinilai oleh para perwakilan dan apa yang saya lakukan tidak ada kena mengena dengan pemilihan ini. Sebaliknya, ia merupakan tugas yang saya terjemahkan pelaksanaannya dengan kerjasama dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kesemua jabatan serta agensi di bawah KDN. Penilaian masih terserah kepada orang ramai khususnya para perwakilan untuk melihat daripada apa yang telah dan sedang saya lakukan.

Ketika Datuk Seri di Jabatan Perdana Menteri, timbul isu kalimah Allah. Semasa di Kementerian Pertahanan timbul Ops Daulat manakala di KDN pula Ops Cantas. Ketiga-tiga perkara itu telah melonjakkan populariti Datuk Seri. Adakah ia berlaku secara kebetulan atau sebaliknya?

AHMAD ZAHID: Mungkin ia bertunjangkan kepada keseriusan saya melaksanakan tugas di mana sahaja kementerian saya diberikan kepercayaan. Kalau ia merupakan satu kebetulan mungkin itu dianggap isu-isu bermusim. Sedangkan isu kalimah Allah sebelum itu adalah isu semasa yang saya tangani sewaktu menjawab persoalan ini yang dibangkitkan pihak pembangkang khususnya Pas di Dewan Rakyat. Ketika Ops Daulat, sebagai Menteri Pertahanan saya merasakan bahawa perundingan selama tiga minggu yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia dan pengganas Sulu terlalu lama sehingga memakan korban sebanyak 10 orang. Lapan orang pegawai dan anggota polis serta dua orang anggota tentera.

Apa yang saya lakukan adalah dengan mengambil tindakan drastik bagi menyelamatkan negara kita khususnya bumi Sabah yang boleh diceroboh sewenang-wenangnya oleh pihak luar dan kita masih berunding ketika itu. Keadaan ini tentu mencabar kredibiliti dan kewibawaan pasukan keselamatan kita. Saya tidak boleh menangguhkan sebarang tindakan setelah mendapat restu daripada Perdana Menteri apabila saya menyampaikan hasrat daripada Panglima Angkatan Tentera, Ketua Polis Negara dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein selaku Menteri Dalam Negeri ketika itu. Tindakan yang kita lakukan adalah ada wajar bagi sebuah negara yang diceroboh oleh pihak luar. Walaupun ia seolah-olah dianggap sebagai isu politik, ini adalah soal maruah negara dan saya bertanggungjawab untuk mempertahankannya.

Akibat ketegasan Datuk Seri di KDN, ada pihak melihat secara tidak langsung menyebabkan Hishammuddin dipandang negatif?

AHMAD ZAHID: Tidak adil untuk membandingkan antara saya dan Hishammuddin. Saya mempunyai persamaan yang banyak dengan beliau dalam bidang tugas. Namun, apa yang saya lakukan digariskan dalam undang-undang, akta atau enakmen. Terdapat 42 kuasa yang diberikan kepada Menteri Dalam Negeri dan ada perkara-perkara yang boleh dilaksanakan.

Namun, saya membahagikan tugas ini kepada tiga. Dalam soal dasar, saya yang menentukan setelah berunding dan mendapat nasihat daripada ketua-ketua jabatan. Dari segi pentadbiran, saya serahkan kepada Ketua Setiausaha kementerian. Tetapi dari segi operasi, saya serahkan kepada Ketua Polis Negara dan semua ketua pengarah jabatan serta agensi di bawah KDN. Penyelarasan dan tindakan susulan saya lakukan supaya kesemuanya terselaras sebagai satu tindakan yang sepadu di bawah KDN. Bukan caca-marba kerana seolah-olah ada semacam pemecahan kuasa yang dibuat oleh agensi dan jabatan masing-masing.

Sejak Datuk Seri mengambil alih KDN, serangan pembangkang terhadap kementerian itu meningkat. Komen Datuk Seri?

AHMAD ZAHID: Saya berterima kasih kepada liputan oleh portal berita, akhbar dan media sosial yang didalangi oleh pembangkang. Sebelum ini saya tidak dapat liputan. Tentunya ini melonjakkan populariti saya kerana yang saya pentingkan ialah rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Bukan sebilangan kecil yang menjadi perosak kepada keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Jika ada pihak yang berkenaan itu mempertahankan hak asasi manusia mereka yang melakukan jenayah, tentu hak asasi keseluruhan rakyat Malaysia harus dipertahankan termasuk pegawai dan anggota polis yang tertembak atau terbunuh ketika operasi dilakukan. Bagaimana pula hak asasi manusia mangsa-mangsa tembakan, rompakan atau pembunuhan yang dilakukan oleh penjenayah itu? Mengapa tiada pembelaan? Daripada pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pemimpin pembangkang yang mempertahankan hak asasi manusia penjenayah, saya tidak fikir mereka propenjenayah. Jika mereka tidak propenjenayah, mereka mesti pro pada majoriti rakyat keseluruhannya. Jadi, ketegasan saya kerana menjaga kepentingan majoriti rakyat, bukan kepentingan penjenayah.

Ramai yang bercakap soal meremajakan UMNO. Datuk Seri berusia 60 tahun. Adakah faktor umur ini relevan atau tidak untuk menempuh Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14)?

AHMAD ZAHID: Saya mengambil contoh terbaik ketika Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Walaupun beliau ketika mengambil alih kepimpinan melepasi umur 50-an dan ketika hampir tamat perkhidmatan, beliau telah berumur 70 tahun tetapi peremajaan UMNO itu terus dilakukan oleh beliau.

Ertinya, bukan faktor umur menjadi penanda aras pada peremajaan. Yang penting idea baharu, pendekatan yang relevan dan mengenalpasti kumpulan sasaran. Peremajaan UMNO ini bergantung kepada agenda, pengisian program dan bagaimana idea daripada sayap-sayap terutamanya Pemuda dan Puteri dapat dijadikan sebagai elemen di dalam program-program yang dijalankan oleh UMNO. Biarpun Presiden melepasi waktu, melebihi umur setengah abad. Di dalam hal ini, saya sering berinteraksi dengan kumpulan generasi muda dalam UMNO dan idea saya laksanakan biarpun usia ‘setengah abad’ ini mungkin dianggap sesetengah pihak agak tidak relevan. Tetapi pemikiran saya masih tetap relevan terutama dalam usaha untuk meremajakan UMNO.

Berhubung dengan ‘tiga serangkai’, ada yang berpandangan status quo ini perlu dikekalkan. Ada juga yang berpandangan, ia tidak menunjukkan UMNO itu dinamik. Pandangan yang mana sepatutnya diberi perhatian?

AHMAD ZAHID: Ia adalah pandangan subjektif dan kedua-dua pandangan ini harus dianalisis melalui beberapa pendekatan terutamanya apabila Presiden dan Timbalan Presiden perlukan ketiga-tiga Naib Presiden yang mempunyai ‘chemistry’ (keserasian) yang baik bagi bukan sahaja membantu dalam bentuk idea tetapi melunaskan pertanggungjawaban apabila kerja-kerja parti mahu disampaikan di peringkat akar umbi atau bahagian. Melaksanakan tugas-tugas pilihan raya kecil atau umum dan juga melakukan beberapa agenda untuk diterjemahkan terutama peremajaan UMNO dan agenda-agenda yang harus diperturunkan ke bawah. Dalam hal ini, bagi saya, hak sebenar untuk menentukan sama ada pilihan pertama atau pilihan kedua ialah para perwakilan keseluruhannya. Saya sentiasa berlapang dada dan berfikiran terbuka untuk menerima sebarang keputusan yang akan ditentukan para perwakilan.

Adakah Datuk Seri merasakan gandingan sedia ada ini sudah cukup baik berbanding sebelum ini?

AHMAD ZAHID: Pengalaman sepenggal lalu membuktikan ia telah cukup baik tetapi saya tidak dapat menilai diri sendiri. Tidak adil untuk saya menilai kawan-kawan saya yang lain tetapi tentunya perwakilan melihat dari sudut pandang yang berbeza. Setakat ini, tentunya saya berpuas hati dengan sumbangan yang telah kami berikan bukan sahaja kepada parti tetapi kepada kepimpinan atasan khususnya Presiden dan Timbalan Presiden parti.

Ada suara-suara nakal mengatakan tiga Naib Presiden sekarang bimbang dengan `ancaman’ Datuk Mukhriz Tun Mahathir untuk pemilihan akan datang seandainya beliau dibawa masuk sekarang. Pandangan Datuk Seri?

AHMAD ZAHID: Tidak harus ada kebimbangan jika ada mereka yang di bawah umur 50-an mahu menawarkan diri. Sekali lagi, tentunya perwakilan akan menilai melalui sudut pandangan berbeza. Namun, apa yang diperlukan oleh UMNO keseluruhannya ialah kemantapan kepimpinan di peringkat atasan supaya tidak timbul sebarang permasalahan kini atau akan datang kepada pengukuhan landasan di dalam kepimpinan parti.

Dalam PRU-13, UMNO dikatakan mendapat pengajaran cukup bermakna apabila dikatakan tidak memperjuangkan nasib orang Melayu dan agama Islam sehingga menyebabkan NGO mengambil alih. Ke manakah hala tuju UMNO selepas pemilihan ini?

AHMAD ZAHID: Harga yang telah dibayar terlalu mahal. Biarpun UMNO meraih tambahan kerusi, prestasi Barisan Nasional (BN) keseluruhannya cukup membimbangkan. Apa yang perlu kita lihat ialah kerajaan yang terbentuk di Putrajaya adalah atas sokongan orang Melayu. Kita tidak boleh menolak agenda untuk memperkasakan penguasaan orang Melayu dalam banyak sektor khususnya ekonomi harus dilakukan dengan tidak berhasrat mengambil peluang atau pegangan ekonomi kaum lain. Tetapi yang penting, sebagai sebuah negara majmuk, UMNO tidak pernah meminggirkan mana-mana kepentingan selain orang Melayu.

Ini harus difahami tetapi kita lihat pendekatan pembangkang telah berjaya meracuni pemikiran lebih 50 peratus rakyat. Mereka menanam budaya kebencian yang cukup mendalam terhadap kerajaan. UMNO belum cukup berjaya untuk menangani persepsi ini. Justeru, pengurusan persepsi hendaklah dilakukan dengan drastik oleh kepimpinan UMNO. Jika persepi ini tidak dapat diubah, maka kekhuatiran saya dalam PRU-14 ini, kita bukan sahaja menghadapi masalah yang sama tetapi mungkin akan menghadapi masalah yang lebih parah.

Sejauh manakah UMNO boleh bertahan sebab di dalam BN sendiri, sebagai contoh apabila Perdana Menteri melancarkan program Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera baru-baru ini, parti-parti komponen menganggap perkara itu sebagai diskriminasi dan tidak adil kepada kaum lain?

AHMAD ZAHID: Tidak timbul soal berlakunya ketidakadilan kepada kaum lain. Yang ditekankan oleh Perdana Menteri bukan soal kesamarataan. Mustahil untuk mendapatkan kesamarataan. Tetapi beliau mahu memberi keadilan untuk orang Melayu yang masih jauh ketinggalan walaupun kita telah merdeka lebih 56 tahun. Jangan lupa bahawa bumiputera di Sabah dan Sarawak juga harus diambil kira. Keberadaan mereka dalam lingkungan bumiputera yang melebihi 60 peratus tentu harus diberi keutamaan. Jika kumpulan majoriti dipinggirkan, kesan yang paling dalam adalah terdapat kegelisahan sosial dalam kalangan majoriti rakyat. Walaupun kerajaan mempunyai pendekatan mesra perniagaan atau mahu memberi keselesaan kepada komuniti perniagaan, namun kita jangan melupakan bahawa `hutang’ negara kepada orang Melayu dan bumiputera masih belum terbayar sepenuhnya. Ini harus dilakukan oleh kerajaan yang didukung oleh orang Melayu.

Mengapa wujud suara seperti itu dalam BN sendiri? Adakah mereka begitu terdesak untuk mendapatkan sokongan?

AHMAD ZAHID: Parti-parti di dalam BN berasaskan kaum. Tentu mereka mahukan pendekatan heroistik kepada kumpulan yang mereka wakili. Jadi, di dalam perkara ini mereka harus tahu apa yang dilakukan oleh UMNO biarpun memperjuangkan soal Melayu dan bumiputera, kita tidak pernah meminggirkan kaum-kaum lain. Ini harus terus difahami oleh kepimpinan utama parti-parti komponen BN. Kita tahu bahawa pihak pembangkang memerhatikan gelagat untuk meraih dividen politik. Dalam hal ini, parti-parti komponen BN hendaklah sedar bahawa kesatuan pemikiran harus dilakukan dan UMNO sebagai sebuah parti politik bukan sekadar sebuah parti tetapi sebuah institusi sosial orang Melayu dan mereka harus menghormati prinsip ini.

Bagaimana kita hendak menonjolkan semula UMNO sebagai tonggak perjuangan Melayu?

AHMAD ZAHID: Saya melihat UMNO telah menyesuaikan diri dengan situasi semasa. Saya secara peribadi merasakan tidak adil jika kita memperkatakan soal perjuangan hak Melayu sebagai rasis atau perkauman. Kalau kita mahu memperjuangkan soal bahasa, kita dianggap berada dalam kepompong yang sempit. Jika kita memperkatakan tentang hak istimewa orang Melayu, seolah-olah kita telah ketinggalan zaman dan tidak relevan dengan situasi semasa.

Saya dianggap sebagai ultra Melayu kerana pandangan saya masih kukuh sebagaimana ketika saya memegang jawatan Ketua Penerangan Pemuda UMNO pada 1988. Bagi saya, orang-orang bukan Melayu jangan khuatir dengan UMNO. Kita tidak pernah mengambil hak mereka. Yang kita dambakan ialah memperkukuhkan hak Melayu dan bagi saya, UMNO keseluruhannya harus berfikiran begitu. Kepimpinan UMNO di semua peringkat harus berfikiran begitu dan jangan ada tanggapan mengizinkan orang lain berada di garisan hadapan untuk memperjuangkan nasib orang Melayu.

Terdapat kawasan-kawasan Parlimen yang menyaksikan orang Melayu berpecah kepada UMNO, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Namun, perpecahan kaum lain tidak sebegitu teruk. UMNO memerlukan sokongan orang Melayu. Tidakkah pendirian sebegini membawa kesan dalam PRU-14?

AHMAD ZAHID: Saya ingin memperjelaskan bahawa hak bangsa lain tidak akan diusik dan kita tidak pernah mengambil pun secebis peluang daripada mereka. Jika mereka mengatakan bahawa kaum lain harus berada di dalam perkhidmatan awam, kita mahu bertanya, dalam sektor swasta, berapa ramai orang Melayu yang diletakkan di pengurusan atasan? Berapa ramai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dalam organisasi syarikat-syarikat yang tersenarai? Berapa ramai kakitangan pengurusan yang diletakkan? Kalau mereka mahu keadilan dalam sektor awam, mereka juga harus terbuka untuk mengambil orang Melayu dalam sektor swasta. Ramai orang Melayu yang profesional dan ramai yang boleh serta mampu menjadi pengurus terbaik. Terbukti dalam GLC yang ada.

Tetapi apabila jawatan-jawatan yang diiklankan diutamakan yang mempunyai kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Mandarin, ertinya siapa? Ertinya, mereka tidak mahu orang Melayu dan bumiputera. Adakah itu satu keadilan? Saya tidak mempertikaikan itu hak keluarga mereka atau hak peribadi mereka. Tetapi kalau mereka mahu kerajaan liberal, mereka juga harus liberal. Mengapa apa yang dilakukan oleh UMNO dalam menentukan dasar dan BN melaksanakannya dipertikaikan? Mereka tidak terbuka sebagaimana mereka mahu UMNO itu terbuka.

Tags:  

Del.icio.us


Facebook
TweetThis
Digg
StumbleUpon


Copyright © .::Pisau.Net::. [Ketika Ops Daulat, sebagai Menteri Pertahanan saya merasakan bahawa perundingan selama tiga minggu yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia dan pengganas Sulu terlalu lama sehingga memakan korban sebanyak 10 orang. Lapan orang pegawai dan anggota polis serta dua orang anggota tentera-Zahid Hamidi], All Right Reserved. 2013.
.::Pisau.Net::.
Source Blog

Copyright © 2013. All Rights Reserved.