Umno Blogger Directory

Pembangkang

PEMBANGKANG, MAJLIS PEGUAM DAN COMANGO “MERAMPAS” MKPN (NUCC)

TunAbdulHamid-main

Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad

Jika ada satu keputusan yang saya buat dalam beberapa bulan lepas yang semakin terbukti bahawa ia adalah betul, ianya adalah keputusan saya untuk menolak tawaran untuk menjadi Pengerusi Majlis Konsultansi Perpaduan Negara (MKPN) atau lebih dikenali dalam Bahasa Inggerisnya sebagai National Unity Consultative Council (NUCC). Saya menolak tawaran itu kerana saya khuatir saya akan menjadi alat untuk memanjangkan tuntutan-tuntutan pihak-pihak tertentu yang senentiasa mencari peluang untuk menguatkan kedudukan mereka dengan menghakiskan hak-hak orang Melayu dan anak-anak negeri Sabah dan Sarawak dan kedudukkan agama Islam, sambil mengekalkan hak-hak mereka. Saya takut kiranya saya akan menjadi “pengkhianat” kepada bangsa Melayu dan agama Islam. Saya berbuat demikian sebelum saya mengetahui komposisi dan nama ahli-ahli MKPN.

Apabila saya melihat komposisi dan nama ahli-ahli MKPN, saya lebih yakin bahawa keputusan saya itu adalah betul. Besar kemungkinan MKPN akan menjadi saluran untuk pihak-pihak yang mendokong program parti-parti pembangkang, terutama sekali DAP dan PKR (manakala PAS, seperti biasa akan menurut sahaja) dan ahliahli Melayu/Islam tidak akan dapat mempertahankan kedudukan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan, malah ada yang tidak akan mempertahankannya kerana fahaman mereka yang “liberal” itu. Ahli-ahli yang terdiri daripada anak-anak negeri Sabah dan Sarawak, terutama sekali yang beragama Kristian, yang kurang senang denagn orang Melayu/Islam di Semenanjung kerana isu kalimah Allah, juga akan bersekongkol tanpa menyedari bahawa hak-hak mereka juga akan terhakis.

Siapakakh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang dan Polisi MKPN? Pengerusinya ialah YB Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen PAS Parit Buntar dan Timbalan Pengerusinya ialah Encik Lim Chee Wee (LCW), bekas Presiden Majlis Peguam. Dato’ Dr. Mujahid adalah seorang pemimpin PAS dan LCW adalah mantan Pengerusi Majlis Peguam. Saya katakan bahawa Kerajaan melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), secara senghaja atau tidak, sedar atau tidak, telah menyerahkan tugas menetapkan dasar (polisi) dan menyediakan draf rang-rang undang-undang berikut kepada pembangkang:

1. Racial and Religious Hate Crime Billl;
2. National Harmony and Reconciliation Bill; and
3. National Harmony and Reconciliation Commission Bill.

Mengapa saya kaitkan Majlis Peguam dengan pembangkang? Semua orang tahu pendirian Majlis Peguam mengenai politik tanahair. Terus terang saya katakan bahawa Majlis Peguam menyebelahi dan menyokong Pakatan Rakyat, terutama sekali DAP dan Keadilan. Tidak perlu saya menghabiskan ruang untuk menurunkan fakta-fakta untuk menyokong kenyataan ini. Walau bagaimana pun saya akan cerita satu peristiwa yang berlaku semasa saya menjadi Ketua Hakim Negara.

Seleps PRU12, Majlis Peguam mengadakan Majlis Makan Malam Tahunannya. Untuk menjaga hubungan baik di antara Badan Kehakiman dan Majlis Peguam, saya hadir. Majlis itu tak ubah seperti majlis menyambut kemenangan parti-parti pembangkang. Antara lain, Dato Ambigar, Presiden Majlis Peguam berkata, “Akhirnya pengundi-pengundi telah matang….” (Soalan saya: Adakah pengundi hanya matang apabila mereka mengundi pembangkang, khususnya DAP dan Keadilan?) Encik Cecil Rajendra, peguam-penyair dari Pulau Pinang itu, menulis sebuah puisi memuji peguam-peguam yang memenangi pilihanraya atas tiket DAP dan Keadilan. Sebelum membaca puisinya, beliau memanggil mereka naik ke pentas dan mengisytiharkan mereka sebagai “Our heroes”. Itulah majlis rasmi Majlis Peguam yang menjemput Ketua Hakim Negara sebaga dif kehormat! Saya berfikir sama ada hendak meninggalkan majlis itu atau tidak, tetapi kerana tidak mahu membuat heboh, saya sabar juga. (Mungkin itu salah satu kelemahan orang Melayu: Orang Melayu terlalu sensitive terhadap perasaan orang lain sehingga orang lain tidak perlu sensitive terhadap perasaan mereka.)

Saya difahamkan bahawa LCW dan Andrew Khoo (Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam dan seorang aktivis COMANGO) terlibat dalam menyediakan draf ketiga-tiga rang undang-undang itu. Malah saya percaya bahawa firma guaman merekalah yang membuatnya. Naskah awal yang saya terima melalui email tertera kata-kata “Prepared by Bar Council”. Saya juga membandingkan kedua-dua set rang-rang undang-undang itu. Banyak peruntukan kedua-dua set itu serupa, seksyen demi sekyen.

Apa salahnya jika pembangkang dilantik menjadi Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa itu? Ia bererti, paling kurang, bahawa setelah BN berhempas pulas untuk memenangi PRU 13, ia mengketepikan pengundi-pengundinya untuk mengambil hati pembangkang. Jika demikian untuk apa penyokong-penyokong BN terutama sekali UMNO berkerja keras untuk memberi kemenangan kepada UMNO dan BN? Pembangkang pula tidak perlu berkerja keras untuk menang, sebab jika ia kalah sekalipun ia akan dapat menyerapkan rancangannya untuk dilaksanakan juga.

Apa salahnya jika Majlis Peguam yang menggubal draf awal? Saya katakan, apabila diberi peluang Majlis Peguam semestinya akan menggubal seperti yang dikehendakinya, sesuai dengan kehendak parti-parti yang disokongnya ia itu DAP dan Keadilan.

Hal seperi ini pernah berlaku semasa saya menjadi Ketua Hakim Negara. Majlis Peguam telah menggubal Rang Udang-Undang Pelantikan Hakim-Hakim. Draf itu dibawa kepada Perdana Menteri (pada masa itu) oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (pada masa tu), Dato Zaid Ibrahim. Kerana ia melibatkan Badan Kehakiman, saya diberi satu salinan. Ringkasnya, mengikut draf itu Suruhanjaya itu akan menentukan siapa yang akan dilantik menjadi Hakim dan siapa yang akan naik pangkat sehingga menjadi Ketua Hakim Negara. Dalam draf Majlis Peguam itu, majoriti ahli-ahli Suruhanjaya itu adalah peguam-peguam. Ertinya penguampeguamlah yang akan menentukannya. Saya membantahnya. Antara lain, saya berkata: “Jika Rang Undang-Undang ini diluluskan, Hakim-Hakim akan melutut kepada peguam-peguam.” Akhirnya, rang undang-undang itu dipinda dan peruntukan mengenai ahli-ahli yang terdiri daripada peguam-peguam dikeluarkan.
Tidakkah kita belajar dari kesilapan itu? Atau, dalam hal ini, adakah ia disengajakan, cuai, atau kerana tidak atau tidak dapat berfikir?

Saya difahamkan bahawa LCW, bersama-sama Christopher Leong (Presiden Majlis Peguam ) dan Andrew Khoo telah pun turun padang untuk mempromosikan agenda mereka.

Seperti yang ditegaskan oleh MKPN, rang-rang udang-undang itu berada di peringkat rundingan. Walaupun ia masih di peringkat rundingan, soalan saya ialah mengapa pembangkang, termasuk Majlis Peguam dan COMANGO diminta, dibenarkan, dibiarkan untuk menetapkan dasar dan menggubalnya, sedangkan mereka mempunyai agenda sendiri?

Mengikut amalan biasa, apabila Kerajaan hendak membuat sesuatu undangundang, Kerajaan (Kementerian atau Jabatan) akan terlebih dahulu membuat keputusan-keputusan dasar. Selapas itu Kementerian/Jabatan akan mengarahkan Jabatan Peguam Negara (melalui pegawai-pegawainya di Kementerian atau Jabatan itu.) Tugas Peguam Negara adalah untuk menggubal seperti yang dikehendaki oleh sesuatu Kementerian atau Jabatan. Mengapa amalan itu tidak diikuti?

Dalam hal ini, adalah amat menghairankan mengapa jawatankuasa itu bukan sahaja diberi tugas untuk mendraf rang-rang undang-undang, tetapi juga untuk menetapkan dasar mengenainya. Peguam Negara pun tidak tidak diberi tugas seperti itu.

Perlu ditegaskan bahawa saya tidak menentang pihak pembangkang dirunding mengenai rang-rang udang-undang itu. Tetapi, janganlah sampai menyerahkan penentuan dasar dan penggubalan kpada mereka. Mereka tentu sekali akan menetapkan dasar akan menggubal mengikut kehendak mereka. Ini kita dapat lihat daripada kandungan draf rang-rang undang-undang terebut.

Kerajaan BN, terutama sekali UMNO dan juga PAS akan bertanggungjawab jika undang-undang itu diluluskan dan ia akan menghakis hak-hak orang Melayu dan kedudukan agama Islam. Pemimpin-pemimpin anak negeri Sabah dan Sarawak juga tidak akan terlepas daipada tanggungjawab itu.

(Bhagian Kedua akan membincang peruntukan-peruntukan rang-rang undangundang itu)

tahamidm@gmail.com
www.tunabdulhamid.my

29 Jun 2014

MYKMU.NET
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Krisis jawatan bukti pembangkang parah

KUALA LUMPUR 29 Jun – Krisis perebutan jawatan Menteri Besar Selangor yang disandang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggambarkan perpecahan yang semakin parah bukan sahaja di dalam Parti Keadilan Rakyat…
Utusan Online – Politik
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Majlis Peguam Hilang Akal… Pembangkang Saja Ada Hak Asasi Manusia Untuk Saman Fitnah

Bebal betul Majlis Peguam …layak dipanggil BEBAL COUNCIL

Ini mesti kes dah terlalu banyak alcohol dalam badan. Maklumlah mereka ini majlis bar yang jual arak. Langsung otak pun tak berapa jelas berfikir.
Anwar tak ditegur nak saman media dari tanya soalan saja tapi Najib ditegur sebab saman pemfitnah. Hmmm … baca Cucu Tok Selampit berikut:

Ahli politik dan pegawai kanan kerajaan patut menerima kritikan umum sebagai sebahagian daripada kehidupan politik dan bukan menyaman pengkritik mereka, kata Badan Peguam Malaysia.

“Mereka patut menerima komen tidak menyenangkan, tidak kira berapa pedas, jelik atau tidak benar, kerana ia sebahagian rintangan semula jadi dalam kehidupan politik awam, selagi tidak menjejaskan kehidupan peribadinya,” kata presidennya Christopher Leong. – Sumber: Malaysiakini.

Presiden Badan Peguam Malaysia berkenaan amat ‘bias’ dan bersikap ‘double standard’ ketika menegur Datuk Seri Najib Razak, atas kapasiti peribadi, yang sebelum ini memutuskan untuk menyaman Malaysiakini ekoran kompilasi komen pembaca dalam dua artikel berkaitan krisis Terengganu.

Mungkin beliau lupa atau buat-buat lupa apabila dari tahun 2009 hingga tahun 2014, terdapat 14 kes saman yang dikemukakan ke atas media cetak oleh pemimpin-pemimpin pembangkang.

Kenapa Badan Peguam Malaysia tidak bertindak menegur pemimpin-pemimpin pembangkang ini sewaktu mereka menyaman media sebaliknya hanya memberi perhatian kepada saman Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak?

Kalau macam begini otak Majlis Peguam, ia bermakna pembangkang boleh menipu tapi tak boleh disaman. Kerajaan boleh difitnah tapi tak boleh betulkan diri sendiri.

Kata hak asasi manusia tapi PM tak ada ke hak asasi?

Apa punya gila lojik Majlis Peguam? Mereka ni terlalu lama di Bar hingga hilang akal ke?

theunspinners.blogspot.com

UMNO Online
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Edisi Bongkar: Raja Bomoh Pembangkang Punya ? @ustazfathulbari @Dr_Fadlan





Komen Abu Aqif: Betul ke dengar khabar bomoh ni sebenarnya pembangkang punya? Dengar cerita pembangkang kelepet dia pergi ke KLIA untuk cari MH370 tu? Apa pun khabar yang sedang berlegar sekarang ni kita tolak semua ke tepi. Perkara yang kita mesti tahu adalah kita kena tinggalkan semua perkara khurafat tahayu syirik seperti ini once and for all.



Lama sangat dah benda ni. Mohon semua ambil tanggungjawab sebarkan kepada kawan², saudara mara, jiran², pakcik, makcik, mak, ayah, adik, kakak, abang dan sapa² yang mampu yang sebenarnya amalan pembomohan ini adalah haram, berdosa dan boleh membawa kepada kekufuran.

Alasan upacara bomoh dapat menyelesaikan kes misteri bukanlah lesen untuk kita menghalalkan upacara seperti ini. Ia tetap haram dan berdosa. Jakim pun sudah mengeluarkan fatwa dan kenyataan media berkenaan hal ini. Harap semua umat Islam peka dengan masalah akidah seperti ini.



PUTRAJAYA – Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memandang serius pembabitan bomoh dalam usaha mencari pesawat MAS yang hilang sejak Sabtu lalu.

“Mohon Jakim memandang serius isu penglibatan bomoh-bomoh dalam mencari MH370 pelbagai versi.

“Ada tikar terbang zam-zam ala kazam, labu, kelapa, teropong, bubu dan sebagainya,” katanya dalam akaun Twitternya, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) gempar seketika dengan kemunculan seorang lelaki yang mendakwa sebagai ‘Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP’ yang kononnya mampu membuat ramalan lokasi pesawat MAS penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang.

Terbaru, KLIA lagi sekali digemparkan dengan penyebaran gambar dengan kehadiran sekumpulan tiga lelaki memakai sut lengkap untuk memulakan ritual mengesan pesawat tersebut.




KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
BERKENAAN PENGHARAMAN PENGGUNAAN KHIDMAT BOMOH YANG BERTENTANGAN SYARAK DALAM PENCARIAN MH370

Terlebih dahulu marilah sama-sama kita menginsafi bahawa sesungguhnya kekuasaan ALLAH meliputi semua ciptaanNya. Apabila Allah menghendaki sesuatu, maka Dia hanya memerintahkannya sahaja, begitulah hebatnya kekuasaan ALLAH SWT. Sebagai manusia yang diciptakan olehNya, Dia menguji kita dengan pelbagai ujian demi untuk kesempurnaan manusia itu sendiri. Allah tidak akan menguji manusia di luar kemampuannya. DIA menguji kita dengan pelbagai dugaan dalam taraf kemampuan manusia dan setelah disediakan dengan segala alat kelengkapan pada diri manusia itu sendiri.

JAKIM menyelar usaha pihak-pihak yang mendapatkan khidmat bomoh dalam usaha pencarian pesawat MH370 yang secara jelas adalah bertentangan dengan Islam. Hukum mengamalkan pengubatan alternatif atau kaedah perbomohan adalah harus di dalam Islam namun mestilah tidak bertentangan dengan syarak. Jakim telah terlebih dahulu mengeluarkan Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam untuk diteliti dan difahami oleh masyarakat dan ia boleh diakses melalui laman web Jakim di www.islam.gov.my.

Walaupun kita amat sedih dengan ujian yang sedang menimpa kita. Tatkala pelbagai usaha yang telah kita lakukan oleh pihak berkuasa dan dengan pelbagai jenis teknologi dan aset sama ada dari negara kita dan dari negara-negara luar yang sudi menghulurkan tangan, kita masih menemui jalan buntu tanpa sebarang petunjuk dalam tempoh 3 hari ini. Namun kita tidak boleh berputus asa dan wajib terus memohon pertolongan Allah swt.

Dalam satu Mesyuarat panel Kajian Akidah Jakim pada 22 hingga 23 November 2004 telah memutuskan bahawa rawatan perbomohan Ibrahim Mat Zin adalah bercanggah dengan aqidah Islam kerana mengandungi unsur-unsur syirik, khurafat serta penipuan. Jika dilihat dari sudut alat-alat yang digunakan beliau pula menggambarkan bahawa bahawa Raja Bomoh ini menggunakan unsur khurafat dan tahyul yang ditolak dalam Islam. Panel menjelaskan bahawa Islam adalah saintifik dan menolak segala perbuatan tahyul dan khurafat.

Mana-mana pihak juga adalah dilarang mengelirukan masyarakat dengan penggunaan kalimah arab sebagai cara untuk menunjukkan ia adalah bertepatan dengan syarak sedangkan hakikatnya pengamalan, bacaan dan prosedur yang digunakan adalah jelas bertentangan dengan syarak.

Sehubungan dengan itu, saya mengingatkan semua msyarakat khasnya umat Islam agar tidak terpengaruh dan/atau mengamalkan upcara perbomohan yang jelas bertentangan dengan Islam. Ia bukan sahaja satu usaha yang sia-sia malah boleh mengundang kemurkaan Allah swt.

Umat islam harus menyakini bahawa ALLAH swt adalah sebaik- tempat bergantung dan bertawakkal. Setelah segala usaha pencarian dengan upaya manusia melalui ilmu sains, kepakaran dan teknologi sedang giat dijalankan maka kita sebagai hamba Allah harus terus berdoa bermohon kepada Allah yang maha Kuasa. Saya yakin kita akan berjaya temui petunjuk terhadap misteri kehilangan pesawat ini atas izinNya jua.

Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK AGAMA DAN NEGARA
‘Saya Yang Menurut Perintah’

DATO’ HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA
12 Mac 2014



Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari blog Abu Aqif Studio ke wall masing², boleh klik di sini:

- Klik “Syndication” di sebelah kiri
- Klik “Grant Permissions
- Klik “Add Facebook Target” dan klik “Add

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah.

Anda bebas untuk share dan download. Tidak perlu keizinan untuk mengambil video dari Channel Abu Aqif Studio. Namun video yang diambil dari Abu Aqif Studio mohon diberi sedikit kredit dengan link-kan semula kepada video yang asal. Jazakallahukhair.. Semoga bermanfaat..
Abu Aqif Studio
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

ALAHAI! CETEKNYA POLITIK PEMBANGKANG NI…BIOL..MEMANG BIOL!

ISNIN, 24 FEBRUARI 2014

PEMBANGKANG hari ini mendapat malu besar bila di tempelak oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof mengenai procedure berkempen yang telah ditetapkan oleh SPR. Memang bodoh rupanya pembangkang ni ye. Tan Sri Abdul Aziz terpaksa menjawab segala tuduhan yang tidak berasas dari pembangkang  yang menyelar UMNO-BN turun berkempen sebelum penamaan calon dan tarikh PRK diadakan. Mengikut kata Pengerusi SPR itu, pembangkang tidak boleh menyamakan program kempen yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) dengan siri ceramah oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah turun berkempen lebih awal bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang.

Sebaliknya, menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof, program-program turun padang yang dilakukan oleh BN adalah atas kapasiti seorang Menteri dan bukan hadir sebagai calon.  Tan Sri Muhyiddin adalah seorang Menteri, jadi sebagai seorang Menteri mungkin beliau ada mesyuarat PIBG dan sebagainya. Mungkin ada lagi program yang mana Pengerusi SPR itu sendiri tidak tahu. Itu tugas seorang Menteri. Jadi, kenapalah pembangkang tidak memahami akan hal ini? Pendek dan cetek betul pemikiran pembangkang ni. 

IBM setuju dengan pendapat dan teguran Tan Sri Abdul Aziz terhadap pembangkang. Kena ajar dorang ni. Kalau berkempen di atas pentas di kawasan perumahan, bawa wakil PAS, DAP dan berucap pulak tu, itu memang tak boleh, kataTan Sri. Beliau sebenarnya bukan nak menyebelahi UMNO-BN yang mana pembangkang menuduh bahawa UMNO-BN pun turut melakukan perkara yang sama dengan aktivit turun padang berjumpa penduduk di kajang. Persolannya di sini, UMNO-BN mendapat fed-back atau komplain dari rakyat akan permasalahan mereka di situ, maka, tak salahkan bila UMNO-BN berjumpa dan buat program bersama rakyat Kajang?

Tapi, oleh kerana benggong dan kepala biol pembangkang ini, mereka menuduh UMNO-BN juga turun berkempen. Siapa suruh mereka (pembangkang) menyuruh wakil rakyatnya meletak jawatan? Jadi, pada siapa rakyat Kajang nak mengadu ketika mereka menghadapi masalah? Apabila UMNO-BN mendapat maklumat dan dipanggil, maka mereka dengan Menterinya turun le ke padang. Salah ke tu? Salah UMNO-BN juga ke? Selain dari itu, Tan Sri Aziz berkali-kali menegaskan bahawa pihaknya tidak mempunyai kuasa untuk menghalang mana-mana parti berkempen, kerana itu di luar bidang kuasa mereka. 

Disamping itu, Tan Sri Aziz juga berkata, SPR tidak ada kuasa dari segi menguatkuaskan akta Pilihan Raya. SPR hanya boleh menasihatkan, itu pun kalau mereka hendak dengar supaya kempen rasmi itu hanya bermula selepas penamaan calon dan tamat tempoh berkempen malam sebelum mengundi. Jadi, dalam hal ini, Pengerusi SPR itu hairan mengapa pembangkang tidak faham dan menuduh UMNO-BN juga berkempen awal. Padahal mereka yang lebih, kata Tan Sri Aziz. Sementara itu, Tan Sri Aziz mengingatkan parti-parti yang bertanding yang mahu mengadakan ceramah berkelompok supaya meminta kebenaran dengan pihak berkuasa (Polis). Jangan buat undang-undang sendiri.

Dan katanya lagi, kalau hendak menaikkan bendara atau menampal poster, mestilah mendapat kebenarn daripada pihak berkuasa tempatan, tetapi pada masa ini pihak SPR tidak boleh menguatkuasakan akta SPR sebab penamaan calon belum dilakukan lagi. Sekali lagi Tan Sri Aziz menasihatkan mana-mana pihak supaya jangan berkempen sebelum penamaan calon. Tapi, baru-baru ini Ketua Pembangkang yang juga calon PKR menuduh UMNO-BN terlebih dahulu melakukan kempen tersebut. Mana mungkin, kerana sebelum ini BN belum mengumumkan siapakah calon mereka di PRK DUN Kajang. Baru dua hari lepas calon BN diumumkan. Ini bermakna, Anwar bercakap bohong dan memang bodoh tak tahu undang-undang kempen pilihan raya. 

Tapi, secara realitinya, semua orang tahu siapa yang memulakan kempen tersebut. Berbalik kepada kehadiran Timbalan Perdana Menteri di Kajang adalah kerana urusan rasmi beliau sebagai seorang Menteri dan juga Timbalan Perdana Menteri. Bukan berkempen seperti yang didakwa oleh pembangkang. Nampaknya pembangkang sudah mula merasai panas dan tertekan. Ini terbukti apabila calon PKR iaitu Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim terlalu gelojoh dalam cubaannya meraih undi dan simpati dari pen gudi-pengundi DUN Kajang.

Laporan terkini yang IBM dapat, Anwar telah mengadakan siri jelajah sejurus selepas beliau diumumkan sebagai calon yang mewakili PKR untuk bertanding dalam PRK DUN Kajang. Maka, jelaslah siapa sebenarnya yang mengelabah, apatah lagi bila PerdanaMenteri dan Timbalan Perdana Menteri mengatakan turunya calon BN kali ini adalah sebagi ‘underdog’. Itulah perkataan yang membuat Anwar jadi ‘fobia’ dan tidur pun tak lena. Suka tengok Anwar meroyan, merapu-rapu cakapnya. Ayuh, rakan-rakan. Kita turun beramai-ramai bantu calon BN, Datin Paduka Cik Chew Mei Fun. Kita buat kejutan yang besar pada sejarah PRK pada tahun ini. BN boleh! ~ Wasallam.

“TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA”

Aku Sayang UMNO dulu, kini dan selamanya (Perjuangan yang belum selesai )
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Operasi Curi Pasir Selangor Didalangi Kongsi Gelap Dengan Sokongan Pakatan Pembangkang?

Nampak gaya isu curi pasir  tidak akan berkesudahan selagi pakatan memerintah Selangor? Memang rakyat Selangor sudah sampai ke tahap  “cuak” dengan sandiwara pemantauan  kecurian pasir yang tidak pernah selesai dalam erti kata yang sebenarnya.

 

Hakikatnya, tidak sampai dua bulan setelah aktiviti curi pasir di satu kawasan di Semenyih didedahkan namun sindiket yang mendalangi aktiviti itu sudah berani kembali beroperasi di tempat sama. Mereka seolah-olah begitu berani. Adakah mereka ini kebal dari tindakan undang-undang? Ataupun mereka tahu bahawa mereka sentiasa dilindungi oleh “pihak tertentu”? Perkara ini perlu disiasat dan didedahkan kepada rakyat Selangor kerana ini melibatkan hak rakyat.

 

Manakala  sindiket yang  sama dari Banting yang telah didedahkan kerana kegiatan curi pasir di tanah kerajaan seluas 50 hektar bersebelahan kuari Sungai Long dan perumahan di Semenyih itu, sudah beberapa kali dikenakan tindakan, tetapi seolah-olah kebal kerana beroperasi semula sejak seminggu lalu.  Adakah tindakan yang dikenakan itu terlalu ringan ataupun tindakan itu hanya sekadar pada nama  yang menyebabkan pihak yang disabitkan “pandang ringan”.

 

Sebelum ini kerajaan pakatan di Selangor telah mendabik dada kononnya berjaya menyelesaikan hampir 90 peratus kecurian pasir yang berlaku di negeri ini. Kononnya terdapat kira-kira 10 peratus lagi kejadian curi pasir yang masih berlaku. Kononnya  ia mungkin disebabkan mereka menjalankan kegiatan curi itu pada waktu malam. Malam atau siang bukannya  alasan kerana pihak berkuasa yang bertanggungjawab perlu bertindak mengikut keperluan. Atau adakah penjenayah pasir ini “dilindungi” untuk beroperasi pada waktu malam?

 
Kononnya  pihak pakatan telah  mengambil pelbagai langkah dalam menangani kegiatan curi pasir  daripada terus berleluasa seperti bekerjasama dengan Pejabat Tanah bagi mengatasi kejadian curi pasir tersebut. Kononnya mereka merampas pasir yang dicuri serta mesin-mesin digunakan.  Namun persoalannya kejadian curi pasir masih terus berleluasa. Ini seolah-olah menggambarkan bahawa “orang dalam” bersubahat” dalam aktiviti jenayah ini.

 

Sehingga kini kerajaan pakatan Selangor masih gagal melaksanakan satu pelan tindakan khusus bagi membendung kegiatan mencuri pasir di negeri itu termasuk siasatan terperinci kemungkinan wujudnya penglibatan pakatan dan kongsi gelap dalam aktiviti berkenaan.

 

Rakyat perlu tahu bahawa  kegiatan mencuri pasir merupakan perkara serius yang bukan sahaja melanggar undang-undang, malah memberikan kesan kepada perolehan hasil negeri melalui sebuah syarikat yang mengawal perlombongan pasir di Selangor iaitu  Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB). Sebelum ini juga Khalid Ibrahim ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada tahun lalu mengumumkan keberkesanan operasi pemantauan dan pencegahan yang telah dijalankan. Nampak gaya pakatan telah terlalu kerap berbohong sehinggakan ianya mendatangkan masalah kepada parti mereka sendiri.

Pada 15 Jun lalu, akhbar telah menyiarkan pendedahan seorang lelaki yang menjalankan kegiatan mencuri pasir di kawasan rekreasi Sungai Batang Si, Kampung Pasir Baru, Semenyih, Selangor sehingga mampu memperoleh keuntungan mencecah kira-kira RM300,000 sehari. Keuntungan lumayan itu menyebabkan lelaki terbabit tidak serik melakukan kegiatan haram berkenaan walaupun pernah dikenakan tindakan kompaun oleh Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat baru-baru ini. Malahan lelaki berusia 54 tahun itu dipercayai berani meneruskan kegiatan mencuri pasir di kawasan tersebut kerana perbuatannya dilindungi kumpulan samseng dan pihak tertentu yang dipercayai penyokong sebuah parti setelah dibayar sejumlah sogokan.

 

Pakatan pembangkang sering menuduh kerajaan Barisan Nasional sebagai tidak telus, korupsi dan lain-lain lagi. Hakikatnya pakatan itu sendiri penuh dengan “najis mughallazah” yang tidak mampu dicuci oleh sesiapapun.  Mungkin “Kekebalan” penjenayah curi pasir merupakan antara bukti ketidak telusan dan korupsi melampau pakatan pembangkang.Sebelum ini kuasa untuk menentukan kutipan pasir ditentukan oleh PTG melalui sistem doket. Ini bermakna, mereka yang diberi kebenaran melombong pasir itu perlu membayar doket terus kepada PTG selaku pihak berkuasa di bawah kerajaan negeri. Namun pakatan mengubah dengan mewujudkan KSSB yang membeli doket daripada PTG. Kemudian KSSB mengeluarkan doket mereka sendiri yang berkemungkinan terdedah kepada pelbagai bentuk manipulasi.

 
Demi menjaga kesejahteraan rakyat Selangor maka kita semua bertanggungjawab bagi memastikan tampuk pemerintahan Selangor dikembalikan kepada Barisan Nasional.

MYKMU.NET: DEMI SEBUAH PERJUANGAN
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Salahkan Pihak Ketiga Alasan Basi Tutup Kemelut Dalam Kain Pembangkang

KUALA LUMPUR 12 Nov – Menyalahkan pihak ketiga dalam apa jua kemelut dalaman PKR mahupun pembangkang boleh dianggap sebagai alasan basi yang sentiasa digunakan untuk menutup aib di kalangan parti pembangkang.

Hakikatnya inilah wajah politik sebenar pembangkang yang cukup bijak menuding jari menyalahkan orang lain meskipun perkara yang berlaku itu dalam kain mereka sendiri.

Kemelut pembangkang di Sabah sememangnya sudah dijangka walaupun  pembangkang sebelum ini begitu hebat mewar-warkan untuk mewujudkan  gelombang di negeri  tersebut.

Mengulas mengenai perkara tersebut Naib Ketua Pemuda UMNO Sabah, Mohd Joh Wid berkata gelombang yang ingin dicipta mereka sebelum ini rupa-rupanya menjerat leher mereka sendiri.

Menurut beliau pelbagai alasan terpaksa diberikan kerana kemelut yang melanda pembangkang di Sabah cukup memalukan mereka.

“Nampaknya gelombang kebangkitan yang diwar-warkan memakan diri….gelombang suram mula melanda mereka dan kita percaya apa yang berlaku hari akan berterusan dan itulah realitinya.

“Realitinya pakatan pembangkang sebenarnya caca merba.  Setiap alasan yang diberikan, saya percaya itu hanyalah sekadar alasan untuk menutup malu semata-mata,” katanya.

Sebelum ini, ADUN kawasan Luyang daripada DAP, Hiew King Cheu, mengumumkan keluar parti itu dan menjadi wakil rakyat bebas, manakala ADUN Kadamaian Jeremmy Malajad bertindak  keluar PKR berkuat kuasa pada Isnin lalu.

Terbaru, pada Jumaat,  ADUN Matunggong, Datuk Jelani Hamdan  pula mengisytiharkan peletakan jawatan Naib Pengerusi 1, Majlis Pimpinan Negeri (MPN) parti itu, berkuat kuasa serta-merta .

Joh yang kini penggal terakhir Naib Ketua Pemuda UMNO negeri seterusnya menambah apa yang berlaku bukan sahaja memberi kelebihan kepada BN Sabah malah kepada rakyat keseluruhannya.

“Kalau wakil rakyat mereka sendiri bertindak sedemikian, takkan rakyat akan percaya kepada parti yang caca marba. Itulah perbandingan mudah yang kita boleh nampak dan berharap rakyat akan membuat pertimbangan sewajarnya,” ujar beliau.

Laman Rasmi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Source Blog

Zahid Berterima Kasih Kepada Media Pembangkang

Sejak Datuk Seri mengambil alih KDN, serangan pembangkang terhadap kementerian itu meningkat. Komen Datuk Seri?

AHMAD ZAHID : Saya berterima kasih kepada liputan oleh portal berita, akhbar dan media sosial yang didalangi oleh pembangkang. Sebelum ini saya tidak dapat liputan.
Tentunya ini melonjakkan populariti saya kerana yang saya pentingkan ialah rakyat Malaysia secara keseluruhannya.
Bukan sebilangan kecil yang menjadi perosak kepada keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
Jika ada pihak yang berkenaan itu mempertahankan hak asasi manusia mereka yang melakukan jenayah, tentu hak asasi keseluruhan rakyat Malaysia harus dipertahankan termasuk pegawai dan anggota polis yang tertembak atau terbunuh ketika operasi dilakukan.
Bagaimana pula hak asasi manusia mangsa-mangsa tembakan, rompakan atau pembunuhan yang dilakukan oleh penjenayah itu?

Mengapa tiada pembelaan?
Daripada pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pemimpin pembangkang yang mempertahankan hak asasi manusia penjenayah, saya tidak fikir mereka propenjenayah.
Jika mereka tidak propenjenayah, mereka mesti pro pada majoriti rakyat keseluruhannya. Jadi, ketegasan saya kerana menjaga kepentingan majoriti rakyat, bukan kepentingan penjenyah.

Untuk temuramah seterusnya : KLIK SINI

Tags:  

Del.icio.us


Facebook
TweetThis
Digg
StumbleUpon


Copyright © .::Pisau.Net::. [Zahid Berterima Kasih Kepada Media Pembangkang], All Right Reserved. 2013.
.::Pisau.Net::.

September 2014
M T W T F S S
« Aug    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Copyright © 2013. All Rights Reserved.