Umno Blogger Directory

Monthly Archives: November 2013

Krisis Sabah Perlu Perhatian Majlis Keselamatan Negara

Dr. Mohamad Khir
Source Blog

Ketua & Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Negeri 2013

BANNER ketua wanita negeri WEBSITE WANITA

 

PERLIS

Ketua Wanita

YB Hajah Rela Ahmad

Ketua Wanita Bahagian Kangar

 

Naib Ketua Wanita

YBhg. Dato’ Hajah Shamsiah Yasin (baru)

Ketua Wanita Bahagian Arau

 

KEDAH

Ketua Wanita

YBhg. Datuk Maznah Abdul Hamid

Ketua Wanita Bahagian Jerlun

 

Naib Ketua Wanita

YBhg. Datuk Hajah Marlia Abd. Latif

Ketua Wanita Bahagian Padang Serai

 

PULAU PINANG

Ketua Wanita

YB Senator Puan Norliza Abd. Rahim (baru)

Ketua Wanita Bahagian Bukit Gelugor

 

Naib Ketua Wanita

Cik Sofiah Sharif (baru)

Ketua Wanita Bahagian Nibung Tebal

 

KELANTAN

Ketua Wanita

YBhg. Datin Hajah Rahimah Hj. Mohamad

Ketua Wanita Bahagian Machang

 

Naib Ketua Wanita

Puan Roslinah Mohamed

Ketua Wanita Bahagian Jeli

 

TERENGGANU

Ketua Wanita

YBhg. Datuk Hajah Fatimah Hamat

Ketua Wanita Bahagian Hulu Terengganu

 

Naib Ketua Wanita

YB Senator Hajah Rohani Abdullah

Ketua Wanita Bahagian Kemaman

 

PAHANG

Ketua Wanita

YB Senator Roslin Hj. Abdul Rahman (baru)

Ketua Wanita Bahagian Bentong

 

Naib Ketua Wanita

Puan Hajah Norahan Abu Bakar (baru)

Ketua Wanita Bahagian Kuala Krau

 

PERAK

Ketua Wanita

YB Datuk Hajah Rusnah Kassim

Ketua Wanita Bahagian Tanjung Malim

 

Naib Ketua Wanita

YBhg. Dr. Azizah Johor (baru)

Ketua Wanita Bahagian Lumut

 

SELANGOR

Ketua Wanita

YBhg. Datin Paduka Dato’ Nor Hayati Tan Sri Onn (baru)

Ketua Wanita Bahagian Klang

 

Naib Ketua Wanita

YB Puan Halimaton Saadiah Bohan (baru)

Ketua Wanita Bahagian Subang

 

WILAYAH PERSEKUTUAN

Ketua Wanita

YB Senator Mariany Mohd Yit (baru)

Ketua Wanita Bahagian Bukit Bintang

 

Naib Ketua Wanita

Puan Nor’ashikin Yusof (baru)

Ketua Wanita Bahagian Batu

 

NEGERI SEMBILAN

Ketua Wanita

YB Dato’ Norhayati Omar

Ketua Wanita Bahagian Kuala Pilah

 

Naib Ketua Wanita

Puan Siti Harpah Md. Dom (baru)

Ketua Wanita Bahagian Rembau

 

MELAKA

Ketua Wanita

YBhg. Datuk Hajah Rabiyah Haji Ali

Ketua Wanita Bahagian Kota Melaka

 

Naib Ketua Wanita

YBhg. Datuk Nor Adibah Abdullah

Ketua Wanita Bahagian Tangga Batu

 

JOHOR

Ketua Wanita

YBhg. Dato’ Hajah Sharifah Azizah Dato’ Syed Zain

Ketua Wanita Bahagian Kluang

 

Naib KetuaWanita

YB Senator Datuk Hajah Noriah Mahat

Ketua Wanita Bahagian Pagoh

 

SABAH

Ketua Wanita

YBhg. Datuk Armani Haji Mahiruddin

Ketua Wanita Bahagian Libaran

 

Naib Ketua Wanita

YBhg. Datuk Jainab Datuk Seri Panglima Hj. Ahmad (baru)

Ketua Wanita Bahagian Sepanggar

 

Laman Rasmi Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
Source Blog

Wajah terkini Siti Aisyah didedahkan di media London??

ITV News London menyiarkan imej wanita dipercayai Siti Aishah Abdul Wahab, 69 (gambar) dan seorang lagi wanita, Josephine iaitu wanita yang dijadikan hamba oleh sepasang suami isteri sejak 30 tahun di Brixton.
Imej berkenaan dirakamkan ketika Aishah dan Josephine bersama dengan suspek, Aravindan Balakrishnan menghadiri inkues di mahkamah pada 1997.
Inkues itu diadakan susulan kematian seorang wanita, Sian Davies, selepas terjatuh dari tingkap sebuah rumah pada Oktober 1997.

Dalam imej berkenaan Aishah memakai cermin mata serta kemeja dan dia serta Josephine berada di belakang Balakrishnan.

Menurut media tempatan, Siti Aishah bersama-sama enam wanita lain pernah dibicarakan pada 1978 selepas ibu pejabat Maoist di sebuah kedai buku di Brixton diserbu polis.

Siti Aishah paling kiri dan suspek Aravindan Balakrishnan kanan sekali.

Sepanjang perbicaraan ketika itu, semua wanita tersebut melaungkan slogan komunis dan enggan mengemukakan rayuan terhadap 13 tuduhan yang dikenakan ke atas mereka termasuk menyerang polis.
Ini kerana mereka tidak mengiktiraf mahkamah, hakim dan sistem kehakiman.
Malah Aishah yang ketika itu berusia 34 tahun, telah membacakan satu kenyataan bahawa British adalah suruhan kepada Amerika Syarikat.
Jelasnya, mereka semua merupakan tahanan politik yang berdepan dengan tuduhan yang sengaja direka-reka.
Semalam, seorang pesara guru, Kamar Mahtum Abdul Wahab menyatakan bahawa Siti Aisyah adalah  adiknya yang hilang dalam tempoh sama selepas menyertai fahaman komunis Maoist.
Kamar Mahtum memberitahu,  Siti Aishah ditahan oleh pasangan suami isteri, Aravindan Balakrishnan dan Chanda yang memimpin sebuah kumpulan ekstremis komunis pada 1970-an.
Siti Aishah pernah belajar di Kolej Tunku Kursiah di Seremban, Negeri Sembilan sebelum menyambung pengajian dalam bidang juru ukur bahan di London dengan biasiswa Komanwel.
Jelasnya, Siti Aishah berpindah ke Britain pada 1968 bersama tunangnya, Omar Munir dengan impian untuk memulakan kerjaya di negara tersebut bersama keluarga.--Sumber

Anak Seberang
Source Blog

Awat blog ni lembab saja nihhhh???

Ada kawan-kawan saya bertanya baru-baru ni tentang blog saya yang agak jarang di update sejak pulang dari Tanah Suci Makkah baru-baru ni. Saya tersenyum mendengar permintaan depa yang nak saya selalu update blog macam sebelum ni…
Saya beritahu depa…

“UMNO/BN dah menang dah kat Kedah ni. Jadi, tak payahlah saya pulun sangat berjuang menyerang PAS atau Pakatan Haram seperti sebelum ni. Update sikit-sikit mengikut isu yang wajar, sudah laaa.. lagi pun takkanlah nak berpolitik 24 jam kot? Tak boring ke?
Depa kata…
Aikkk? Menang sikit (tipis) pun dah rasa selesa dah? Tak payah nak menulis secara kritis hentam fitnah dan lawan provokasi melampau pembangkang? Kalau tak kritik pembangkang pun, takkan la semua pemimpin BN tu “perfect” kot? Jentik-jentik la sikit…
Saya jawab…
Bukan macam tu.. Saya pun kena kembali bekerja jugak. Ada anak isteri yang perlu disara. Sebelum ni memang la buat dua kerja, satu kerja hakiki dan satu lagi berjuang di blog. Tapi bila terlalu bertumpu di blog, kadang-kadang letih satu badan..kerja hakiki pun jatuh sikit prestasinya.. kena la cover balik…dan saya perlu kerja lebih la.. bekerja sendiri ni payah sikit brooo…kena usaha lebih..
Saya akan tetap kritik atau hentam pembangkang kalau depa merapu dan meroyan teruk sangat. Pemimpin BN pun tak terlepas jugak kalau depa buat tak kena pada rakyat. Tapi rasanya macam “chill” sikit kot lepas PRU dan PRK Sg Limau ni…heh!
Depa tanya lagi…
Abih tu? Nak biarkan blog tu bersawang? Tak sayang ke?
Saya jawab…
Entah la… kadang-kadang tu rasa macam nak bersara jer… Dah banyak sangat dah blog yang hebat-hebat di Kedah ni… Saya boleh tumpu buat kerja lain la pulak… Tapi rasa sayang kat blog ni tu memang tebal… serba salah rasanya kalau blog ni ditutup… jadi biar la blog ni ada.. kalau bersawang, maka bersawang lah dia… kalau rasa idea nak tulis datang, maka saya menulis.. kalau takdak ilham tu…rasanya baik saya buat kerja lain jer…kan? kan? kan? Heh!
Jadi.. moral dari pertanyaan kawan-kawan tu ialah…
Lepas ni mungkin saya akan kurang aktif di blog ni… tapi tak semestinya blog ni mati. Kalau betul pun saya nak tutup blog, saya akan beritahu kemudian. 
Bukan apa… kadang-kadang tu rasa macam malas dah nak menulis di blog… bukan dapat apa pun.. dapat pahala perjuangan je sikit… itupun kalau Allah nak bagi…Takut juga kalau dapat dosa.. Na’uzubillahhhh…
Nak kata blog ni membantu UMNO/BN pun tidak rasanya… saya menulis secara neutral. Sama ada UMNO atau PAS, kalau buat salah, tetap saya kritik… fair and square…
Lagipun…berblog ni bukannya bukannya ada pihak yang hargai sangat pun. Kalau ada pun yang hargai kita, sekali sekala saja. Kalau ada kepentingan, depa hargai la kita sekejap… lepas tu depa tak peduli dah la kat kita… hanya segelintir saja yang hargai blogger ni….
Jadi, apapun…kita teruskan perjuangan… Perjuangan tu ada banyak… perjuangan hidup dan perjuangan alif ba ta… perjuangan ke akhirat tu lebih penting dari segalanya… kita semua faham, kan? 
Untuk berjuang ke akhirat, kita perlu lalui perjuangan hidup di dunia dulu.. dan bila berjuang untuk hidup di dunia sambil membawa bekalan ke akhirat, sudah tentulah kita perlu pilih perjuangan yang lurus (mustaqim)… saya pilih perjuangan Islam, Melayu dan Tanah Melayu… insyaAllah diredhai Allah sehingga ke akhirat… doakan saya…

THE DUKE’S BLOG
Source Blog

BINCANG PERSIAPAN DUN SUNGAI LIMAU

Kuala Terengganu: Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir, akan bertemu Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini untuk membincangkan soal calon dan persiapan menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau.

“Saya akan berjumpa Tan Sri Muhyiddin esok (hari ini) untuk membincangkan persiapan bagi PRK Sungai Limau dan soal calon. Kriteria calon masih terbuka, kita tengoklah nanti siapa diputuskan pucuk pimpinan,” katanya yang juga Pengerusi BN Kedah.

Bercakap kepada media selepas majlis memperkenalkan calon Majlis Tertinggi (MT) dan EXCO Sayap UMNO di Stadium Tertutup Gong Badak, di sini semalam, Mukhriz membayangkan calon akan diketengahkan BN pada PRK itu dari latar belakang agama bagi menepati cita rasa dan latar belakang pengundi kawasan berkenaan.

“Situasi di Sungai Limau berbeza dengan beberapa tempat lain yang pernah menghadapi PRK sebelum ini kerana Allahyarham mempunyai hubungan baik sekali dengan BN walaupun berbeza fahaman politik,” katanya yang akan bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti kali ini.

Tanggungjawab besar

Di Kuala Kangsar, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengingatkan semua pihak dalam parti bahawa PRK itu adalah tanggungjawab lebih besar berbanding pemilihan parti.

“Saya ingin ingatkan ibu pejabat (UMNO), badan perhubungan negeri dan semua sayap parti, walaupun sibuk dengan pemilihan, jangan lupa tanggungjawab lebih besar iaitu memastikan calon kita menang pilihan raya dan yang terdekat PRK Sungai Limau yang mana rakyat jadi pihak berkepentingan,” katanya.
Bercakap selepas taklimat tertutup kepada ahli UMNO Perak di sini semalam, Hishammuddin yang mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti kali ini, berkata kemenangan di Sungai Limau penting demi memantapkan kedudukan BN di Kedah selepas berjaya merampas negeri itu pada PRU-13.

“Walaupun UMNO sibuk dengan pemilihan, persaingan politik di Sungai Limau lebih besar kerana ia jadi ukuran kepada kemampuan parti dan diperhatikan rakyat keseluruhan. Jika menang (PRK), bermakna BN berjaya mengukuhkan lagi kepercayaan rakyat terhadap kemampuan parti untuk mentadbir dan memimpin Kedah,” katanya lagi.

Perpaduan penting

Di Sandakan, seorang lagi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata perpaduan ahli UMNO dan komponen BN bergerak sebagai sebuah pasukan bagi memenangi PRK itu selain menerima siapa juga calon diletakkan adalah paling penting.

Ketika selepas merasmikan Penyampaian Sijil Latihan 1Malaysia (L1M) Zon 2 GiatMARA Sabah dan sumbangan kepada pelajar miskin di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chi Hwa semalam, beliau yakin BN berpotensi menang di DUN Sungai Limau.


Mukhriz Mahathir
Source Blog

Astaghfirullahil’azim..Ni apa jenis “Mursyidul Am” nihhh..?

ScreenHunter_04 Nov. 26 03.33
Lidah rasmi PAS, Harakahdaily, melaporkan bahawa Mursyidul Am mereka, Datuk Nik Aziz Nik Mat meluahkan rasa syukur pada Allah SWT kerana tiada seorang pun perwakilan PAS yang mencadangkan agar partinya berbaik-baik semula dengan UMNO.
Nik Aziz berkata, perkembangan itu adalah sesuatu yang baik kerana ia jelas menunjukkan bahawa para penyokong PAS tidak lagi terfikir untuk berbaik-baik dengan UMNO. Itulah yang dilaporkan oleh Harakahdaily. Itu juga fakta dan bukan auta…
Nik Aziz merupakan seorang guru yang berjawatan Mursyidul Am PAS. Namun saya kurang pasti apa jenis “guru musyid” yang sesuai dilabelkan padanya. Selalunya, seorang guru mursyid akan menyeru anak-anak buahnya ke arah kebaikan dan bersyukur sekiranya mereka melakukan perkara yang diredhai Allah SWT.
Namun dalam hal ini, sangat berlawanan pula sifat “guru mursyid” yang dipamerkan Nik Aziz.
Dalam sebuah hadith sahih Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang berbunyi, “tidak akan masuk syurga bagi mereka yang memutuskan silaturrahim”, jelas ulama mentafsirkan tentang kepentingan ukhuwah sesama Islam yang harus dipelihara sebaiknya.
Malah di dalam hadith yang juga diriwayatkan oleh Imam Muslim yang mafhumnya Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa tidak halal bagi seseorang muslim itu untuk tidak bertegur siapa denga saudaranya (seagama) melebihi tiga hari dan yang terbaik di antara mereka yang tidak bertegur siapa itu ialah mereka yang mula memberi salam terhadap saudaranya.
Dari kedua hadis di atas, ternyata Islam melarang umatnya bermasam muka. Apatah lagi bergaduh sehingga berhari-hari, bukan? Malah Rasulullah SAW mengajar kita untuk sering berbaik-baik sesama ummah (yang terbaik di antara mereka ialah yang memberikan salam terlebih dahulu).
ScreenHunter_06 Nov. 26 03.34
Namun lain pula halnya dengan Nik Aziz. Dia bersyukur pada Allah kerana tiada seorang pun anak buahnya yang mengesyorkan agar PAS berbaik-baik dengan UMNO? Sedangkan PAS itu merupakan sebuah jemaah umat Islam dan UMNO juga merupakan jemaah majoriti umat Islam! Kita hanya berbeza pandangan politik, tapi kita semua tetap umat Muhammad SAW, bukan?
Jadi kenapa Nik Aziz bersyukur bila tiada umat Islam dari pihak jemaahnya yang mencadangkan agar umat Muhammad SAW di Malaysia ini berbaik-baik? Pada saya, dia sepatutnya berdukacita mengenangkan akhlak para jemaahnya yang gagal ditarbiyah dengan baik untuk mencontohi ajaran dan suluk yang dianjurkan Rasulullah SAW.
Apa maknanya bila tiada seorang pun anak-anak buahnya yang terfikir untuk berbaik-baik dengan UMNO? Pada saya, itu membawa maksud bahawa dia sebagai Mursyidul Am PAS gagal sama sekali mentarbiyah anak-anak buahnya supaya merapatkan ukhuwah sesama Islam. Apakah itu yang diajar Rasulullah SAW pada Nik Aziz?
Nik Aziz berbangga bila tiada seorang pun anak buahnya yang terfikir untuk berbaik-baik dengan UMNO? Pemikiran “guru mursyid” jenis apakah ini? Bangga bila umat Islam di Malaysia bermusuhan sesama sendiri? Nik Aziz sukakan pepecahan di kalangan umat Islam? Kenapa sampai begitu teruk sekali pemahaman Islam di benak Nik Aziz?
Dalam kenyataannya, dia mahu semua penyokong PAS memberi masa 2 tahun pada kepimpinan PAS yang baru untuk melaksanakan tanggungjawab dan selepas itu barulah boleh ditegur. Pun begitu, Nik Aziz mahu para penyokong parti itu menegur melalui saluran yang betul seperti di dalam mesyuarat dan tidak dilakukan secara terbuka. Katanya, teguran secara terbuka itu bermaksud “mengumpat”.
ScreenHunter_05 Nov. 26 03.34 
Jadi, apa yang Nik Aziz lakukan terhadap Ustaz Nasharuddin Mat Isa sebelum ini? Terang-terangan dia menegur, melanyak dan menghentam bekas Timbalan Presiden PAS itu hanya kerana mencadangkan parti tersebut menyambut saranan “Kerajaan Perpaduan” yang bertujuan menyatukan ummah.
Ustaz Nasharuddin mencadangkan sesuatu yang mampu menyatukan ummah di negara kita dan sudah tentu ianya sangat mulia di sisi Islam. Itu pun Nik Aziz marah dan hentam beliau sehingga mendapat liputan meluas di dada media? Nik Aziz hentam secara terbuka di media, bukan saja dalam mesyuarat. Tindakan itu tidak dikira “mengumpat”, kah? Atau Mursyidul Am PAS dihalalkan untuk berbuat demikian?
Itu baru satu dua contoh kekhilafan pemikiran Mursyidul Am PAS yang saya nukilkan. Saya percaya, ramai lagi di kalangan kita yang pernah terlihat pelbagai kekhilafan “fatwa” Nik Aziz sebelum ini, bukan?
Persoalannya, apakah sesuai Nik Aziz bergelar “Mursyidul Am” di dalam sebuah parti yang kononnya berteraskan Islam dan tidak pernah melencong dari makaarimul akhlak yang diwariskan Rasulullah SAW? Sudah-sudahlah. Buang yang keruh, ambillah yang jernih. Sama-samalah kita martabatkan Islam sebagai jalan terbaik untuk kita meneruskan kehidupan. Sesat jalan, kembalilah ke pangkalnya. Kita bukannya akan terus hidup menongkat langit, bukan?

THE DUKE’S BLOG
Source Blog

DIKERAT SEPULOH PUN DAP TAK AKAN BUAT PEMILHAN CEC SEMULA KATA LGE!! SAH!! DAP ADALAH PARTI HARAM JADAH..

SELASA, 06 OGOS 2013

KERANA takut kalah sekiranya diadakan semula CEC, Lim Guan Eng serta geng-geng DAP yang lain tetap dengan keputusannya sebelum ini yang enggan mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) selagi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) tidak menjawab tuntutan parti itu yang mahukan penjelasan mengenai sebab-sebab parti perlu berbuat demikian. Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata DAP tidak akan mematuhi arahan ROS tanpa sebarang alasan munasabah. Guan Eng begitu marah dengan ROS dan berkata, siapa ROS, apa dia ingat di Raja kah? . Hehehe…memang Guan Eng tengah terdesak. Katanya ROS langsung tak beri sebab dan membuat pengumuman dahulu sebelum menjawab surat. Bengang betul nampaknya cinabeng DAP ni.


Seperti biasa, Lim cuba memberi alasan dan menyalahkan pihak lain diatas kesilapanya dan permain kotornya itu,  berkata DAP akan hanya menerima arahan itu jika ROS memberi alasan mengapa ia tidak berpuas hati dengan penjelasan parti berhubung perjalanan CEC pada 15 Disember lepas. Semalam Pendaftar ROS Datuk Abdul Rahman Othman dalam satu kenyataan berkata DAP seharusnya mengutamakan pelaksanaan keputusan yang dibuat oleh ROS kerana itu keputusan terbaik dan mencerminkan permintaan akar umbi DAP. Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang mendakwa tindakan ROS mengarahkan DAP membuat pemilihan semula CEC adalah berunsur penganiayaan dan dendam politik. Bagi pandangan IBM, Guan Eng patuttanyalah diri sendiri, siapa menginaya siapa?

Katanya lagi, DAP juga (akan terima arahan) jika ROS jelaskan di bawah peruntukan undang-undang mana arahan pemilihan semula CEC diberikan. Masih tak mengaku akan kesilapan yang dilakukan, beliau berkata walaupun DAP terdapat kesilapan tetapi pemilihan CEC pada Disember lepas adalah bersih. Bersih??..Puiii!! Disamping itu beliau katanya, akan memfailkan saman fitnah terhadap beberapa organisasi media tempatan yang dikatakan telah mengeluarkan laporan palsu terhadap DAP. Pada 30 Julai lalu, ROS mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula CEC dan memaklumkan ia tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh parti itu berhubung isu penyelewengan undi pada pemilihan CEC dan isu manipulasi undi membabitkan 547 perwakilan.

Apapun, memang jelas, Lim Guan Eng dan geng-gengnya yang lain, termasuk pengerusinya, Karpal Singh dan penasihatnya. Lim Kit Siang, memang tak ada telo dan takut dengan bayang-bayang mereka sendiri. Dulu, mereka-mereka ini mendabik dada memperlekehkan parti orang lain termasuk Umno yang kononya mengamalkan politik kotor, rasuah dan tidak telus. Tapi, apa jadi dengan mereka sekarang, ada ketelusan ke? Malah lebih teruk dari apa yang mereka cakap. Cakap tak serupa bikin, meludah kelangit terkena muka sendiri. Kalau IBM jadi pengerusi ROS dah lama IBM batalkan pendaftaran DAPigs ni. Padan muka ~ IBM
DAP MEMANG PARTI RASIS. INGAT DAP INGAT KOMUNIS
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Aku Sayang UMNO dulu, kini dan selamanya (Perjuangan yang belum selesai )
Source Blog

Naib Ketua Dan Penolong Setiausaha Wanita UMNO Malaysia dilantik Ahli MT

azizah rosni

KUALA LUMPUR: Majlis Tertinggi (MT) UMNO melantik empat pemimpin daripada tiga sayap UMNO sebagai ahli tambahan MT manakala sembilan yang lain akan diumumkan minggu depan.

Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pelantikan itu pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MT UMNO yang pertama malam tadi, selepas pemilihan pada 19 Oktober lalu.

Beliau berkata, dua wakil Pergerakan Wanita yang dipilih ialah Naib Ketuanya, Datuk Azizah Mohd Dun dan Penolong Setiausaha Datuk Rosni Sohar.

“Naib Ketua Pemuda, Khairul Azwan Harun dan Naib Ketua Puteri, Zahida Zarik Khan turut dilantik,” katanya di sini malam tadi. Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Laman Rasmi Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
Source Blog

Prospek wanita ceburi bisnes

AKSESORI WANITA DAN FESYEN

 

SETIAP wanita mempunyai cara tersendiri untuk menampung kehidupan. Salah satu cara ialah menceburi bidang perniagaan.

Begitulah yang dilakukan oleh Junaidah Amin, 49, yang memutuskan untuk menceburi perniagaan aksesori dan perhiasan wanita.

“Sebelum itu, saya menjalankan perniagaan jual beli emas tetapi selepas diperkenalkan dengan bisnes D’or Rue Sdn. Bhd. (D’or Rue), saya lantas berubah angin,” ujar wanita kelahiran Tawau, Sabah itu ketika ditemui di program Usahawan Bimbingan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) di AEON Mahkota Cheras, Bandar Mahkota Cheras, Kajang, baru-baru ini.

Dia dan peserta lain diberikan latihan kemahiran mengenai selok-belok dunia perniagaan. Selain itu, peserta turut diajar membuat aksesori seperti kerongsang, baju Melayu, gelang dan lain-lain.

“Perniagaan sebegini menyeronokkan kerana setiap hari saya dikelilingi dengan barang-barang perhiasan yang cantik,” jelasnya.

Kini, Junaidah mengembangkan cabang kreativitinya dengan menghasilkan tudung yang dihaisi manik dan mutiara dari Sabah.

“Ramai yang memberi reaksi positif terhadap perhiasan tersebut terutamanya daripada pelancong-pelancong asing,” kongsinya yang sudah bermastautin selama 17 tahun di Kuala Lumpur.

Latihan intensif

Dalam pada itu, Noor Saliwati Md. Ali, 39, mula menyertai D’or Rue selepas mengikuti satu kursus perniagaan di ibu kota. Sepertimana Junaidah, dia diberikan latihan intensif sebelum diberikan mandat bisnes untuk menjual barang-barang syarikat tersebut.

“Sekarang saya mempunyai beberapa orang pelanggan tetap dari Kedah dan Johor. Malah, ada rakan-rakan yang turut berminat untuk berniaga bersama D’or Rue,” ujarnya. Dia menjalankan perniagaan secara dalam talian dengan menggunakan laman sosial seperti Facebook dan Instagram iaitu Sally Noor.

D’or Rue merupakan syarikat bumiputera yang telah beroperasi sejak 20 tahun lalu. Perusahaan itu menjadi kilang pembuatan untuk aksesori fesyen, cenderahati korporat dan perhiasan unik.

Menurut Pengarah Urusan, Hanizah Zainuddin, syarikatnya kini memberi fokus untuk menarik lebih ramai wanita untuk menceburi bidang perniagaan.

“Kami memberi peluang kepada golongan wanita terutamanya suri rumah dan ibu tunggal untuk menyertai D’or Rue kerana banyak manfaat bakal diperoleh.

“Selain diberi intensif perniagaan, kami turut mengajar mereka kaedah pemasaran yang berkesan,” ujarnya.

Salah satu program yang dijalankan ialah program Usahawan Bimbingan JPW yang diadakan di pasar raya besar, AEON seluruh Malaysia. Ia mendapat kerjasama daripada Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga.

Sebagai permulaan, program itu mengadakan rangka promosi di AEON Mahkota Cheras sehingga esok. Selepas itu, ia akan berada di beberapa cawangan AEON antaranya Pahang, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan.
Sumber – Kosmo!

Laman Rasmi Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
Source Blog

@ustazfathulbari Pihak Berkuasa Mesti Pergiat Benteras #Syiah




Komen Abu Aqif: Syiah Malaysia memang sesat. Meraka ambil fahaman Syiah Imam 12. Perlu tegas benteras mereka.


List penuh video akan di-update kemudian. Harap dapat bersabar. Barakallahufikum..


Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari blog Abu Aqif Studio ke wall masing², boleh klik di sini:

- Klik “Syndication” di sebelah kiri
- Klik “Grant Permissions
- Klik “Add Facebook Target” dan klik “Add

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah.

Anda bebas untuk share dan download. Tidak perlu keizinan untuk mengambil video dari Channel Abu Aqif Studio. Namun video yang diambil dari Abu Aqif Studio mohon diberi sedikit kredit dengan link-kan semula kepada video yang asal. Jazakallahukhair.. Semoga bermanfaat..
Abu Aqif Studio
Source Blog

TANDA PUTERA in London

Semua rakyat Malaysia di United Kingdom dijemput hadir untuk menonton
filem Tanda Putera serta berpeluang untuk berdialog dengan Datin Paduka
Shuhaimi Baba.

Tarikh: 23hb November 2013
Tempat: Prince Charles Theatre, London
Masa: 2.00pm – 5.00pm

Tetamu Khas:
i. Datin Paduka Shuhaimi Baba (Pengarah Filem Tanda Putera)
ii. TYT Dato Sri Zakaria Sulong (Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United
Kingdom & Ireland)
iii. Prof. Madya Dr. Mohad Anizu (Pengarah Education Malaysia UK
Ireland)

Anjuran
Abstract Reality of London dengan kerjasama Pesona Pictures & Kelab UMNO
United Kingdom.

Laman Rasmi Kelab UMNO Luar Negara
Source Blog

Kajilah PAS. Jangan jadi bodoh

UMNO Pulau Pinang Cadang Pas Kaji Hubungannya Dengan PKR Dan DAP

GEORGE TOWN, 20 Nov – UMNO Pulau Pinang mencadangkan Pas mengkaji semula hubungannya dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam pakatan pembangkang kerana penyertaan Pas dilihat seperti ‘melukut di tepi gantang’.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman berkata  pergolakan yang berlaku dalam pakatan pembangkang itu kini diibaratkan meniti detik-detik ‘retak menanti belah’.

“Kenyataan yang dibuat oleh Pas semalam ibarat lava gunung berapi, ia sudah lama bergelodak dan baru semalam mengeluarkan lavanya.

“Kenyataan Pas itu juga mengesahkan bahawa parti itu adalah rakan kongsi kelas ketiga dalam pakatan pembangkang,” katanya dalam sidang media di sini hari  ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang Muhammad Fauzi Yusoff bahawa kerajaan negeri meminggirkan Pas, selain tidak menghargai usaha dan sumbangan mereka dalam memastikan pakatan pembangkang kekal relevan di kalangan rakyat terutamanya masyarakat Melayu.

Kerajaan negeri di bawah pimpinan DAP juga dikatakan gagal mengamalkan slogan kecekapan, akauntabiliti,  ketelusan (CAT) dalam pakatan pembangkang.

Zainal Abidin berkata lebih elok sekiranya Pas tidak lagi mempunyai apa-apa hubungan dengan pakatan pembangkang kerana ia tidak menguntungkan parti itu dan orang Melayu.

“Kita tidak akan ganggu urusan dalaman parti Pas, cuma nak mereka kaji semula hubungan itu, kita kesian tengok Psd disisihkan, ke sana tak ke sini pun tidak,” katanya.

Beliau mendakwa selama ini Pas hanya diperalat dan dipergunakan untuk kemenangan AP di seluruh negara.

Sementara itu, dalam sidang media di sini hari ini, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengarahkan Pas dan PKR supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu tersebut, sebaliknya menyifatkan apa yang berlaku adalah manipulasi jahat media.

Lim juga enggan menjawab soalan daripada media berhubung kenyataan Muhammad Fauzi bahawa terdapat campur tangan kerajaan negeri dalam hal ehwal agama Islam di negeri ini.

Ketua Menteri meminta agar kedua-dua parti iaitu Pas dan PKR mengadakan mesyuarat bagi  membincangkan hal berkenaan supaya satu keputusan dapat dibuat.

Pesuruhjaya Pas negeri Datuk Salleh Man yang turut hadir pada siding media itu berkata beliau menyangkal dakwaan berlakunya campur tangan DAP dalam urusan hal ehwal Islam.

Bagaimanapun Salleh yang ditemui pemberita sebelum itu mengakui Badan  Perhubungan Pas Negeri memang mempersetujui empat resolusi yang perlu dipertimbangkan oleh kerajaan negeri antaranya menggesa kerajaan negeri member kuasa penuh kepada Yang Dipertua Majlis  Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) yang juga (Pesuruhjaya Pas Negeri) untuk melantik ahli-ahli majlis itu.

Selain itu kerajaan negeri memperuntukkan kuota yang lebih  besar bagi wakil dari Pas dalam mana-mana syarikat berkaitan kerajaan (GLC), meningkatkan  kuota Pas kepada hingga empat orang ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan  Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP)
Anak Seberang
Source Blog

16 jemaah haji kita meninggal dunia di tanah suci

Sebanyak 16 jemaah haji Malaysia meninggal dunia di tanah suci kerana masalah kesihatan ketika mengerjakan rukun Islam kelima itu.

Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata segala urusan pengebumian dan sijil kematian diuruskan oleh Tabung Haji di sana dan kemudian dihantar kepada waris di negara ini.

“Petugas Tabung Haji yang berada di Makkah akan memaklumkan kepada saya sekiranya ada jemaah haji kita yang meninggal di sana supaya pihak kita dapat memaklumkan kepada waris si mati,” katanya kepada pemberita ketika melawat keluarga seorang jemaah yang meninggal dunia di Makkah, di Kampung Pokok Pauh Dalam, Pokok Sena dekat Alor Setar hari ini.

Abdul Azeez menziarahi keluarga Allahyarham Jasin Taib, 73, yang meninggal dunia di Hospital King Abdulaziz di Jeddah pada Isnin lalu akibat sakit tua.

Rombongan Tabung Haji hadir di kediaman keluarga Allahyarham bagi menyampaikan bantuan khairat kematian kepada anak sulung Allahyarham, Ghazali, 52.

Abdul Azeez berkata Allahyarham merupakan jemaah ke-15 yang meninggal dunia di Makkah dan jenazah disemadikan di tanah perkuburan Syara’ik di Makkah.

Beliau berkata isteri arwah, Siti Aminah Abau, 70, dan anak bongsu, Abdul Rashid, 40, yang turut serta menunaikan haji akan pulang ke Malaysia pada 14 Nov ini.

Abdul Azeez berkata setakat ini, lebih 2,000 jemaah haji Malaysia telah pulang ke Malaysia dan penerbangan terakhir bagi musim haji kali ini adalah pada 17 Nov.

Sementara itu, Ghazali berkata arwah ayahnya sepatutnya menunaikan haji pada tahun lepas tetapi disebabkan kesihatannya tidak mengizinkan, tahun ini baru arwah boleh ke sana.

“Arwah ada penyakit kencing manis dan darah tinggi. Sebelum berangkat, arwah sedikit bimbang untuk ke sana kerana tidak berapa sihat. Ayah dah lama simpan duit untuk ke Makkah. Dia bekerja buat bendang dan hasil duit itulah membolehkannya pergi menunaikan haji dengan mak,” katanya.

Bernama

:SembangHaji.Com:
Source Blog

Peluang Golongan Ulama Menguasai PAS Makin Tipis ?

Abdul Rahman Malik – Pertembungan di antara penyokong kepimpinan ulama dengan golongan yang mahu profesional memimpin dikatakan mewarnai pola pemilihan dalam Muktamar PAS ke-59 yang diadakan minggu ini.

Soalnya, jika ini berlaku apakah kesannya kepada arah tuju perjuangan PAS nanti? Adakah jurang perbedaan pemikiran kepemimpinan PAS akan tambah melebar? Dan, secara langsung apakah percikannya akan menjejaskan Pakatan Rakyat?

Sehubungan ini timbul persoalan, adakah persaingan yang bakal mencalar kesepaduan dan kejituan perjuangan PAS dapat dielakkan?

Kedua-dua pihak nampaknya kini semakin bersedia untuk bertarung dan keadaan ini dianggap segelintir pimpinan PAS adalah sebagai hasil “permainan pihak musuh untuk melemahkan PAS”.

Penyokong ulama nampaknya lebih bersedia menghadapi saingan kerana kali ini umumnya mereka mensinonimkan golongan profesional ini sebagai liberal yang berbahaya pada jatidiri PAS dan akidah ummah.

Lantas, walaupun ia melanggar adab perjuangan, ulama kelihatan tidak tegas menegur, apatah lagi membidas, golongan yang menggelar diri mewakili Fikrah Islamiah Pilihan Kami “menganjingkan” seorang calon bagi kerusi Ketua Pemuda yang dianggap liberal.

Golongan ini secara terbuka mengaku tidak mahu beberapa pemimpin yang dianggap liberal seperti Mohammad Sabu, Datuk Husam Musa, dan Datuk Mahfuz Omar menang kerana dikatakan berbahaya kepada parti dan umat Islam di Malaysia ini.

“Kemenangan calon-calon liberal ini sudah pasti akan menghalang usaha penyatuan ummah dan bangsa Melayu yang telah sekian lama kita idamkan bagi sebuah Negara Islam yang menjadi matlamat perjuangan seluruh pencinta parti,” kata kenyataan yang dikeluarkan oleh pengurus Facebook Fikrah Islamiah ini.

Agak jelas golongan ini adalah penyokong tegar ulama yang seakan “tidak mahu pisang berbuah dua kali” dan tidak mahu golongan liberal terus menguasai teraju kepimpinan PAS.

Di sudut lain, golongan profesional yang dianggap liberal juga memang lebih daripada bersedia memasuki gelanggang. Mereka sedar kejayaan dalam pemilihan lalu telah merangsang kesiap-siagaan ulama berdepan dengan pemilihan minggu ini.

Mereka tidak mahu kemenangan Mat Sabu bagi jawatan Timbalan Presiden dan Husam serta Mahfuz berulang dalam pemilihan kali ini kerana ia pasti menyesakkan kedudukan ulama sehingga PAS dianggap hanya menjadi Pak Turut dalam pilihan raya umum Mei lalu.

Yang nyata Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah ditonjolkan sebagai ulama bagi persaingan jawatan Timbalan Presiden dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man serta Datuk Abu Bakar Chik pula untuk bersaing jawatan Naib Presiden.

Golongan liberal ini lebih mesra dengan strategi yang diatur oleh liberal lain di luar parti yang dikawal-selia oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kumpulan yang diberi jolokan Anwarinas ini berpolitik menurut model Erdogan, Perdana Menteri Turki hari ini.

Maka muncullah beberapa pemimpin PAS untuk cuba mereda dan mengelakkan pertembungan sia-sia ini. Mereka cuba memperkenalkan istilah alternatif bagi menghindar kekeliruan sesama ahli dan pemimpin PAS agar tidak terjebak dalam jerangkap samar musuh.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Datuk Dr Mujahid Yusuf berusaha mempopularkan istilah progresif bagi memberi dimensi baru pada persaingan menentang ulama oleh golongan yang dipanggil profesional dan Erdogan itu.

Baginya persaingan kepimpinan dalam PAS sebenarnya bukan di antara profesional dan ulama. Ia adalah persaingan di antara golongan progresif dengan puak yang selesa dengan keadaan atau status quo PAS hari ini.

Beliau berpendapat semangat progresif dianuti oleh bukan sahaja profesional tetapi ulama sendiri. Golongan ini mahu PAS bergerak untuk membajak ladang perjuangan yang lebih luas dan menyeluruh dalam sistem politik Malaysia.

Malah, katanya, perkara ini sudah dihuraikan oleh Presiden parti, Datuk Seri Abdul Haji Hadi Awang dalam satu taklimat khas pada pelbagai lapisan pimpinan PAS tidak berapa lama lalu.

Malangnya, kata beliau, seperti biasa taklimat berkenaan tidak mendapat liputan menyeluruh media. Lantas jika kefahaman ini dapat disebarkan meluas pasti ramai yang akan faham bahawa persaingan kali ini sebenarnya dipacu oleh hasrat untuk menjadikan PAS lebih progresif.

Dalam satu wawancara, ahli Parlimen Parit Buntar ini dilaporkan berkata, ramai ulama yang berpemikiran progresif mahu PAS melebarkan sayap perjuangannya merentasi sempadan kaum, agama, dan pelbagai pemikiran politik.

Demikian, katanya, adalah asas pemikiran politik Islam. Justeru, beliau percaya ramai ulama yang bersedia menyokong usaha meluaskan skop perjuangan PAS. Ini, tegas beliau, bukan bermakna PAS perlu tunduk pada tekanan pihak lain.

Apapun menjelang pemilihan hujung minggu ini, hanya ada kira-kira 25 peratus daripada 61 calon untuk kerusi jawatankuasa pusat PAS boleh dianggap ulama. Maka jika diandaikan ada di kalangan mereka sendiri yang “pro-progresif” atau haraki, maka suara calon yang dianggap ulama tulen sudah pasti tidak besar dan se-gah profesional.

Lantas isu seperti desakan supaya kerjasama politik atau tahaluf siyasi dalam Pakatan Rakyat yang penyokong ulama mahu dikaji semula mungkin tidak akan berlaku dalam muktmar ke-59 ini. Suara ulama nampaknya semakin tenggelam.

Maka tinggallah pendokong ulama dengan media sosial seperti ‘Fikrah Islamiah Pilihan Kami’ dan juga beberapa akhbar arus perdana yang dikatakan “sebahagian daripada seteru PAS yang meletakkan jerangkap samar pertikaian profesional-ulama ini” untuk memperjelaskan perjuangan ulama sebenar dalam PAS.

Bagaimanapun, inilah yang diharapkan oleh golongan Erdogan. Bagi mereka sesiapa sahaja dalam PAS yang berharap sokongan akhbar arus perdana seperti Utusan Malaysia, pasti akan kalah.

Contohnya, mantan Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan Datuk Hasan Ali. Jika ramalan ini menjadi realiti, adakah ini bermakna PAS akan muncul sebagai sebuah lagi parti politik pragmatik dan bukan gerakan akidah seperti diimpikan oleh kebanyakan ahlinya?

Tags:  

Del.icio.us


Facebook
TweetThis
Digg
StumbleUpon


Copyright © .::Pisau.Net::. [Peluang Golongan Ulama Menguasai PAS Makin Tipis ?], All Right Reserved. 2013.
.::Pisau.Net::.
Source Blog

Kumpulan terakhir jemaah haji tiba di KLIA

SEPANG – Kumpulan terakhir seramai 281 jemaah haji Malaysia, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini menerusi pesawat MH8309.

Mereka yang tiba pada kira-kira 7 pagi disambut pegawai pengurusan kanan Lembaga Tabung Haji (TH), Malaysia Airlines System (MAS) dan anggota keluarga masing-masing.

Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat Kumpulan TH, Anis Zuhani Ahmad berkata, seorang jemaah haji bagaimanapun masih menerima rawatan di Hospital King Fahd Jeddah, Arab Saudi.

“Pesakit yang dirawat kini dalam pemerhatian doktor dan petugas Tabung Haji di Tanah Suci akan terus memantau keadaan beliau,” menurutnya dalam kenyataan yang diedarkan kepada media di sini.

Sebanyak 64 buah penerbangan terdiri daripada 39 penerbangan MAS dan 25 penerbangan Saudi Airlines telah digunakan untuk membawa pulang seramai kira-kira 22,000 jemaah haji secara berperingkat, bermula 21 Okt lepas.

Pada musim haji tahun ini, jumlah kematian jemaah haji Malaysia di tanah suci adalah seramai 26 orang iaitu 15 lelaki dan 11 wanita.- Bernama

:SembangHaji.Com:
Source Blog

Kumpulan terakhir jemaah haji tiba 18 November – Azeez

Kumpulan terakhir jemaah haji Malaysia yang pulang daripada mengerjakan ibadat itu di Tanah Suci dijadual tiba pada 18 November ini.

Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, terdapat seramai 19,482 orang jemaah Malaysia masih berada di Mekah dan Madinah dan akan pulang secara berperingkat melibatkan 57 penerbangan.

Menurutnya, sehingga kini sebanyak 2,492 jemaah telah selamat pulang ke tanah air dengan tujuh penerbangan.

“Sebanyak 64 penerbangan digunakan untuk membawa pulang kesemua jemaah haji Malaysia dengan kumpulan terakhir dijangka tiba pada 17 dan 18 Novermber ini.

“Dengan kepulangan kesemua jemaah kita, bilik gerakan TH di Mekah akan menamatkan operasi pada 20 November ini,” katanya

 

:SembangHaji.Com:
Source Blog

Suspek utama kes bunuh pegawai AmBank didakwa Isnin ini

KUALA LUMPUR 16 Nov. – Suspek utama kes bunuh pegawai AmBank Subang Jaya yang ditahan pada 10 Nov di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor akan didakwa Isnin ini.

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada BERNAMA, tidak menyatakan di mahkamah mana suspek akan didakwa.

Dalam kejadian pada 23 Oktober, Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak oleh suspek ketika membuka peti besi di dalam bilik kebal bank itu, sebelum suspek melarikan diri dengan hasil rompakan berjumlah RM450,000.

Pada 11 November, polis menemui senjata api jenis ‘pump gun’ yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan itu, di dalam sebuah longkang di Jalan Subang 2, Taman Perindustrian Subang, tidak jauh dari bank berkenaan.

 

MYKMU.NET: DEMI SEBUAH PERJUANGAN
Source Blog

Tiga jemaah haji maut dalam kemalangan

Tiga jemaah haji maut manakala tiga parah termasuk pemandu, selepas van yang dinaiki mereka merempuh belakang sebuah lori di Km210.2 Lebuh raya Pantai Timur menghala ke Kuantan dekat Kuantan, awal pagi tadi.

Mangsa yang terbunuh ialah penumpang hadapan, Kamarudin Ab Rahman, 43, dari Permatang Badak dan dua penumpang belakang, Zainab Awang Hassan, 59, dari Kampung Seri Teruntum dan Fatimah Said, 63, dari Kampung Rozali dekat Jalan Gambang di Kuantan.

Pemangku Tadbir/Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, ASP Zainalabidin Othman berkata dua lagi penumpang dan pemandu van itu mengalami kecederaan dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan.

“Nahas jam 3.40 itu berlaku semasa van yang membawa lima jemaah haji terbabit dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) menuju ke Kuantan.

“Dipercayai di tempat kejadian, van itu telah merempuh bahagian belakang lori muatan bijih besi terbabit yang berada di lorong kiri jalan.

“Ekoran itu, ketiga-tiga mangsa mati di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan,” kata Zainalabidin kepada pemberita.

Beliau berkata mangsa yang terbunuh dihantar ke hospital yang sama untuk bedah siasat dan keluarga semua mangsa kemalangan telah dimaklumkan.

- Bernama

:SembangHaji.Com:
Source Blog

Copyright © 2013. All Rights Reserved.